Inovasi Buku Kawalan Murid

Embed Size (px)

Citation preview

Unit Hal-Ehwal MuridSK Larkin (Satu)Johor Bahru Inovasi Program Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah 2012/2013

1. LATAR BELAKANG PROJEK :Disiplin murid perlu dipertingkatkan dengan kawalan secara Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah supaya pergerakan murid dapat dikesan oleh pihak sekolah. Pihak pentadbir sekolah terutama guru besar mendapati tiada sistem yang terancangan dalam pengurusan :a. Urusan kehadiran murid dalam kelasb. Urusan kehadiran guru dalam kelas mengikut jadual waktu c. Urusan kehadiran guru ganti dalam kelasd. Urusan bilangan murid yang hadir ke dalam kelase. Urusan bilangan keseluruhan murid dalam kelasf. Nama murid yang tidak hadir 2. MATLAMATMelalui program ini diharapkan agar pihak sekolah berupaya membentuk Sekolah Selamat yang menjurus kepada keselamatan pelajar dan pengurusan bilik darjah.3. OBJEKTIF

i. Meningkatkan pengurusan keselamatan dalam bilik darjah.ii. Meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Iii Menepati matlamat Melindungi Masa Instruksional (MMI).Iv. Mengenal pasti kehadiran guru mengikut jadual waktu mengajar.v. . Mengenal pasti kehadiran guru ganti mengikut jadul waktu mengajar.vi. Mengenal pasti murid yang tidak hadir di sekolah dan waktu pengajaran dan pembelajaran.4. PELAKSANAAN

i. Mewujudkan Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah pada setiap kelas. ii. Jadual waktu kelas dan senarai nama murid dilengkapkan dalam kawalan murid. iii. Ketua Darjah akan mengambil buku kawalan murid di pejabat pada masa pertama dan memulangkannya pada waktu akhir ke pejabat.

iv. Guru yang mengajar pada setiap pengajaran dan pembelajaran akan melengkapkan masa pengajarannya dan murid yang tidak berada di dalam kelas. v. Guru kelas akan mengesahkan setiap hari buku kawalan bilik murid.vi. GPK Hem akan menyemak selepas waktu pengajaran setiap minggu supaya pelaksanaannya berjalan lancar.

A. TARIKH DAN TEMPAT

iTarikh program dilancarkan pada Mac 2011 ii Tempat di kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas atau di bilik khas.

B. ANGGARAN KOS218 murid x 0.05 x 195 hari = RM 2125.50C. SUMBER KEWANGAN Sumber dari kewangan sekolah D. PUNCA MASALAH

Pihak sekolah mendapat terdapat bebeberapa masalah sebelum Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah murid diwujudkan seperti :

i. Guru tidak menepati masa masuk ke dalam kelas.ii. Guru terlupa masuk ke kelasiii. Guru tidak mengetahui murid yang tidak hadir pada hari itu kerana Buku Kedatangan Murid (BKM) telah dihantar sebelum pukul 9.00 pagi.iv. Ada murid didapati ponteng kelas dengan pergi ke tandas atau berada di tempat ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.V. Buku Kawalan Bilik Darjah sebagai bahan rujukan jika berlaku kes membabitkan pelajar di dalam kelas atau bilik khas.

E. CADANGAN PENYELESAIAN INOVATIF DAN KREATIF

1. Tanda Aras

Terdapat suatu rekod tentang data dan maklumat guru dan murid yang berada dalam bilik darjah atau bilik khas sehingga dapat memelihara Zon Sekolah Selamat ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2 Pencapaian Inovasi

Program Buku Kawalan Bilik Darjah sebagai bahan penyokong kepada kekurangan yang terdapat dalam Buku Kedatangan Murid (BKM). Buku Kawalan ini juga sebagai bahan bukti kepada keberadaan guru dan murid dalam bilik darjah dalam satu masa sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Penciptaan Nilai

3.1 Dapat menyedarkan guru tentang tanggungjawab melaksanakan tugas hakiki dalam bilik darjah.

3.2 Berperanan sebagai kawalan disipin murid tentang kewajiban mereka hadir dalam satu- satu sesi pembelajaran..

3.3 Dapat mengambil tindak susul terhadap pelajar yang sering poteng kelas.

4. Anugerah, Penghargaan dan Pengiktirafan Sebagai dokumen penting dalam menangani kes disiplin di dalam kelas atau bilik khas.

F. Refleksi

1 Kekuatan Program

1.1 Pihak pentadbir mengenal pasti pelajar yang ponteng dalam kelas.

1.2 Memudahkan pihak pentadbir mengesan guru yang mengajar pada waktu tersebut.

1.3 Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.

2 Kelemahan Program

2.1 Ada segelintir guru yang mungkin mengabaikan akan keperluan data tentang kehadiran mereka dalam kelas.

2.2 Guru mengambil masa kurang 2 minit untuk melengkapkan borang yang terkandung dalam Buku Kawalan Murid.

2.3 Buku Kawalan Bilik Darjah perlu dibawa oleh ketua darjah sama ada di kelas atau di bilik khas ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3 Penambahbaikan Program

3.1 . Berat Buku Kawalan Bilik Darjah telah dikurangkan dengan membahagikan buku tersebut kepada dua bahagian daripada 195 muka surat menjadi 100 muka surat setiap penggal. Apabila satu bahagian sudah diselesaikan, satu bahagian akan disambung guna.

3.2 Tidak susulan yang progresif perlu dilaksanakan supaya guru dapat mencatat kehadiran mereka di dalam kelas.

4 Gambar Projek

6