4
Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat Terdapat pelbagai jenis teknik yang telah direka dan digunakan untuk membantu murid-murid membina ayat dengan lebih gramatis. Misalnya, teknik GALAS, SALAM, SALAK, WAT, SOT dan sebagainya banyak digunakan oleh guru-guru sekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Teknik “SALAK” merupakan satu teknik yang diperkenalkan untuk membantu murid membina ayat. Teknik ini memperuntukkan rumus formula yang boleh digunakan secara latih tubi untuk meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Penjanaan idea dengan teknik ini dapat membantu murid untuk membina ayat dengan lebih mudah dan efektif. SALAK merupakan akronim jenis penggabungan huruf awal, yang bermaksud: S: Siapa (menamakan pelaku atau watak) A: Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku L: Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung A: Alatan yang diguna pakai oleh pelaku K: Keterangan (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan. Tidak terdapat dalam bahan yang digunakan dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya dengan ayat yang dibina) Teknik “SALAK” dicipta untuk merangsang murid menggunakan kosa kata iaitu bermula daripada pembinaan frasa, klausa dan akhirnya ayat yang gramatis. Pelaksanaan Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat Langkah 1:

Inovasi Pedagogi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

wefw

Citation preview

Page 1: Inovasi Pedagogi

Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat

Terdapat pelbagai jenis teknik yang telah direka dan digunakan untuk membantu

murid-murid membina ayat dengan lebih gramatis. Misalnya, teknik GALAS, SALAM,

SALAK, WAT, SOT dan sebagainya banyak digunakan oleh guru-guru sekolah dalam usaha

meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid.

Teknik “SALAK” merupakan satu teknik yang diperkenalkan untuk membantu murid

membina ayat. Teknik ini memperuntukkan rumus formula yang boleh digunakan secara

latih tubi untuk meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Penjanaan

idea dengan teknik ini dapat membantu murid untuk membina ayat dengan lebih mudah dan

efektif. SALAK merupakan akronim jenis penggabungan huruf awal, yang bermaksud:

S: Siapa (menamakan pelaku atau watak)

A: Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku

L: Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung

A: Alatan yang diguna pakai oleh pelaku

K: Keterangan (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan. Tidak terdapat

dalam bahan yang digunakan dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya

dengan ayat yang dibina)

Teknik “SALAK” dicipta untuk merangsang murid menggunakan kosa kata iaitu

bermula daripada pembinaan frasa, klausa dan akhirnya ayat yang gramatis.

Pelaksanaan Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat

Langkah 1:

1. Teknik ‘SALAK’ diperkenal dan diterangkan.

S – Siapa

A – Aktiviti

L – Lokasi

A – Alat

K – Keterangan

2. Menerangkan jenis keterangan yang akan digunakan.

a. Keterangan tujuan

b. Keterangan harapan

c. Keterangan masa

Page 2: Inovasi Pedagogi

Langkah 2:

1. Sebuah gambar tunggal ditampal pada papan tulis.

2. Menjelaskan gambar secara ringkas.

Langkah 3:

1. Melukiskan sebuah jadual ‘SALAK’ pada papan tulis.

S –

Siapa

A –

Aktiviti

L –

Lokasi

A –

Alat

K –

Keterangan

2. Membimbing murid untuk menuliskan kata-kata kunci ke dalam jadual ‘SALAK’

berdasarkan gambar.

3. Membimbing murid untuk membina ayat dengan memurnikan gabungan kata kunci yang

ditulis dengan kata sendi, kata hubung, kata adjektif dan lain-lain unsur yang diperlukan.

4. Murid menuliskan ayat yang dimurnikan pada garisan yang disediakan.

5. Guru mengulang semula aktiviti 1-4 untuk ayat ke-2.

Langkah 4:

1. Murid melengkapkan jadual ‘SALAK’ tanpa bimbingan guru.

2. Murid menuliskan ayat ke-3, ke-4, dan ke-5 berdasarkan gambar dan kata kunci yang

telah dituliskan.

Page 3: Inovasi Pedagogi

Bina empat ayat berdasarkan gambar di atas dengan menggunakan

teknik SALAK.

S – Siapa A – Aktiviti L – Lokasi A – AlatK –

Keterangan

Pak Osmanmenanam tin-

tin kosongtanah

penggembur tanah

mengelakkan nyamuk aedes

membiak

1.

Pak Osman sedang menanam tin-tin kosong ke dalam tanah dengan

menggunakan penggembur tanah bagi mengelakkan nyamuk aedes

membiak.

S – Siapa A – Aktiviti L – Lokasi A – AlatK –

Keterangan

2. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________