46
12/3/2011 1 Institusi Perundangan Nurazmallail Bin Marni Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus Institusi-Institusi Islam (UICI 2042)

Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-9.pdf12/3/2011 1 Institusi Perundangan Nurazmallail Bin Marni Sayed Mahussain Bin

Embed Size (px)

Citation preview

12/3/2011

1

Institusi Perundangan

Nurazmallail Bin Marni

Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus

Institusi-Institusi Islam(UICI 2042)

12/3/2011

2

OBJEKTIFOBJEKTIF

• Membincangkan kedudukan dan pelaksanaanundang-undang Islam di Malaysia berdasarkan latarbelakang sejarah dan realiti semasa

• Menjelaskan beberapa persoalan yang seringditimbulkan berkaitan pelaksanaan undang-undangIslam dan cadangan penyelesaiannya.

2

12/3/2011

3

SEJARAH PELAKSANAANUNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

1. Sebelum Kedatangan Penjajah

• Undang-undang Islam dilaksanakansepenuhnya, di samping campuran undang-undang adat; termasuk dalam bidang-bidangjenayah, muamalah, kekeluargaan danperlembagaan.

3

12/3/2011

4

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUMKEDATANGAN PENJAJAH

• Islam hanya bertapak kuat di Melaka pada kurun ke-15walaupun telah berkembang di Asia Tenggara sejak kurun ke-13 dan sampai ke Tanah Melayu pada kurun ke-14.

• Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu mengikut undang-undang adat yang dipengaruhi sedikit sebanyak undur-unsurHindu.

• Setelah raja-raja dan orang Melayu memeluk agama Islam,perubahan-perubahan telah dibuat untuk mengubahsuai adatMelayu supaya selaras dengan Islam dan seterusnyamenggunakan undang-undang Islam.

4

12/3/2011

5

Sambungan …

• Pelaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu dalamkurun ke-15, 16 dan 17 terbukti dengan wujudnya beberapaundang-undang yang dikuatkuasakan di negeri-negeri Melayuketika itu.

• Di Melaka, sebahagian besar daripada peruntukan dalamUndang-undang Melaka yang mengandungi 44 fasal adalahberasaskan undang-undang Islam terutamanya peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan jenayah, muamalah,kekeluargaan, keterangan dan acara.

5

12/3/2011

6

Sambungan ...

2. Zaman Penjajahan British• Campurtangan British dalam segala urusan, termasuk

hal-ehwal agama dan adat Melayu.

6

12/3/2011

7

Cara British Perkenalkan UndangCara British Perkenalkan Undang--undangundangInggeris Di Tanah Melayu;Inggeris Di Tanah Melayu;

1. keputusan kehakiman - hakim-hakim British ketikamemutuskan kes merujuk kepada undang-undang Inggerisberasaskan Common Law dan kaedah ekuiti

2. badan perundangan - membawa masuk beberapa undang-undang Inggeris seperti yang digunapakai di India ke negeriMelayu dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang negeriseperti Contract Ordinance, Evidence Ordinance dan PenalCode

3. penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang berkuasamembuat undang-undang berdasarkan perundanganInggeris.

7

12/3/2011

8

Sambungan ...

3. Zaman Pasca Kemerdekaan• Undang-undang Islam dilaksanakan dalam aspek

yang sempit, iaitu berkaitan undang-undang dirisahaja.

• Wujudnya dikotomi undang-undang sebagaimanayang diperkenalkan pada zaman penjajah, iaituundang-undang awam yang ditadbir oleh mahkamahawam dan undang-undang Islam yang ditadbir olehmahkamah syariah.

8

12/3/2011

9

UNDANG-UNDANG ISLAMSETELAH KEDATANGAN PENJAJAH

• Tidak syak lagi bahawa sebelum kedatanganpenjajah British, undang-undang Islam adalahundang-undang negara di Malaysia.

• Inggeris campur tangan di negeri-negeriMelayu secara berperingkat-peringkatsehingga negeri-negeri Melayu menerimapenasihat Inggeris (residen) dalampemerintahan.

9

12/3/2011

10

Sambungan …

• Perjanjian telah diadakan antara Raja-raja Melayu denganpihak British yang menyatakan dengan jelas bahawa Raja-rajaMelayu bersetuju menerima semua nasihat British melainkandalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

• Pelaksanaan undang-undang Islam hanya dibenarkan dalamhal ehwal kekeluargaan, pewarisan, ibadat-ibadat khusus danjuga beberapa aspek undang-undang jenayah.

• Undang-undang umum seperti dalam perkara jenayah,keterangan, kontrak, tort dan tanah, menggunakan undang-undang Inggeris.

10

12/3/2011

11

Sambungan …

• Pemakaian undang-undang Inggeris diperkukuhkan lagidengan penguatkuasaan Enakmen Undang-undang Sivilsecara rasmi pada 1937.

• Kemudiannya, Undang-undang Sivil telah diperluaskanpenguatkuasaannya dari Negeri-negeri Melayu bersekutu keMelaka dan Pulau Pinang pada tahun 1956 dan Negeri-negeriMelayu Tidak Bersekutu pada tahun 1957.

11

12/3/2011

12

Pihak British tetap campurtangan

• Akibatnya, kuasa-kuasa Mahkamah Syariah dihadkan danmenjadi rendah tarafnya daripada Mahkamah Sivil.

• Sehingga tahun 1948, Mahkamah-mahkamah Kadi dan NaibKadi di negeri-negeri Melayu menjadi sebahagian daripadastruktur mahkamah.

• Bermula pada tahun 1948, Ordinan Mahkamah-mahkamahtelah menubuhkan sistem kehakiman bagi Persekutuan danmeninggalkan Mahkamah Syariah daripada hierarkimahkamah yang ada pada masa itu.

12

12/3/2011

13

Misalnya dalam kes

• In the Goods of Abdullah [1855] 2 Ky. Ecc. Rs.8, undang-undang Inggeris telah digunakanuntuk mengesahkan wasiat yang melibatkankeseluruhan harta (menyalahi undang-undangIslam yang hanya membenarkan wasiatsetakat satu pertiga harta).

13

12/3/2011

14

Cadangan Ahmad Ibrahim Agar Undang-undang IslamBoleh Dilaksana Lebih Menyeluruh:

1. Mansuhkan Akta Undang-undang Sivil 1956 yangjadikan undang-undang Inggeris sebagai sumberperundangan, dan diganti dengan undang-undangIslam

2. Pinda peruntukan dalam Perkara 3 PerlembagaanPersekutuan kepada sepertimana berikut – “Mana-mana undang-undang yang bertentangan denganundang-undang Islam hendaklah terbatal dandianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu”.

3. Adakan satu peruntukan dalam semua statutperundangan bahawa jika terdapat sebarang lacuna(kekosongan) dalam statut berkenaan, mahkamahhendaklah merujuk kepada undang-undang Islam

14

12/3/2011

15

JENIS-JENIS JENAYAHDALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

15

JENAYAHDALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Hudud Qisas Ta‘zir

12/3/2011

16

JENIS-JENIS JENAYAHDALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

(1) Hudud

(2) Qisas dan diyat

(3) Ta‘zir.

• Hudud dan qisas adalah jenayah yang telah ditetapkanhukumannya dalam al-Quran dan al-Sunnah.

• Bezanya ialah hudud merupakan hak Allah untuk menjagakepentingan masyarakat, sedangkan qisas merupakan hakperibadi setiap manusia. Dengan demikian, hukuman qisasboleh diampuni, diwarisi, dan diringankan. Perkara-perkara initidak terdapat dalam hukuman hudud (tidak boleh diampuni,diwarisi dan diringankan).

16

12/3/2011

17

(1) HUDUD7 Jenayah Kategori Hudud

• Zina

• Qazaf

• Minum arak

• Mencuri

• Merompak

• Memberontak

• Murtad.

17

12/3/2011

18

7 Jenayah Kategori Hudud

18

Zina

Qazaf (Tuduhan zina)

Minum arak (Shurb al-khamr)

Mencuri (Sariqah)

Merompak (Hirabah)

Memberontak (al-Bughah)

Riddah (Jenayah Murtad)

12/3/2011

19

(2) QISAS (balasan setimpal)

• Hukuman bagi kesalahan

1. Membunuh (sengaja, tidak sengaja, menyerupai sengaja)

2. Mencedera (fizikal, emosional)

3. Menggugurkan kandungan.

• Termasuk juga dalam konsep qisas ini ialah diyat yangmerupakan gantirugi (tort) dalam bentuk harta yangdikenakan dengan sebab sesuatu kesalahan mencederakandan juga sebagai hukuman gantian bagi kesalahanmembunuh, tetapi mendapat keampunan daripada keluargamangsa.

19

12/3/2011

20

(3) TA‘ZIR

• kesalahan-kesalahan jenayah yanghukumannya tidak dinyatakan dalam al-Qurandan al-Sunnah.

• Hukumannya adalah berdasarkan budi bicarahakim termasuk hukuman bunuh.

• Jenayah dalam kategori ta‘zir merupakankumpulan kesalahan yang terbanyak.

20

12/3/2011

21

Hudud dalam Undang-undang Melaka

• Kesalahan kategori hudud dalam Undang-undang Melakameliputi kes berhubung dengan kesalahan;

1. Zina -fasal 40:2

2. Qazaf (tuduhan zina) -fasal 12:3

3. Murtad -fasal 36:1

4. Meninggalkan sembahyang -fasal 36:1

5. Mencuri -fasal 7:2 & 11:1

6. Minum arak -fasal 42

7. Merompak (hirabah) -fasal 43

8. Menderhaka (bughah) -fasal 5 & 42

21

12/3/2011

22

Ta‘zir dalam Undang-undang Melaka

• termasuk kesalahan;

1. mencuri yang digugurkan hukuman hudud (Fasal 11 dan11:1)

2. melakukan hubungan sejenis dan bercumbu-cumbuan (Fasal43:5)

3. melakukan fitnah (Fasal 41 dan 41:3)

4. berjudi (Fasal 42)

5. menjadi saksi palsu (Fasal 36)

6. meminang tunangan orang (Fasal 12).

22

12/3/2011

23

Muamalah (Ekonomi) Dalam Undang-undang Melaka

• Undang-undang Melaka tidak memperuntukkan secaraterperinci berkenaan peraturan muamalah Islam, namun iamenyatakan beberapa aspek umum berkenaan perkaratersebut.

• Ini termasuk soal timbangan (Fasal 29); syarat-syarat sah jualbeli serta pengharaman riba (Fasal 30); jual beli hartanah(Fasal 31); khiyar /hak memilih (Fasal 31:2 dan 31:3); muflis(Fasal 32:1); suluh/penyelesaian (Fasal 32:2); pinjaman danjaminan (Fasal 15:4, 32:3, 32:4 dan 32:5);musyarakah/perkongsian dan murabahah/kongsi untung(Fasal 33:1 dan 33:2) dan amanah (Fasal 34:1 dan 34:2).

23

12/3/2011

24

KEKELUARGAAN DALAM UNDANG-UNDANGMELAKA

• Peraturan berkenaan undang-undang keluarga diperuntukkandalam Fasal 25 hingga Fasal 28.

• Hal ini termasuk kuasa wali untuk mengahwinkan anak ataucucu (Fasal 25:1). Fasal ini memperincikan mengenaiperwalian bagi anak dara dan janda, tanda-tanda baligh bagigadis yang ingin dikahwinkan, susunan kedudukan wali, iaituwali aqrab (hampir) dan wali ab’ad (jauh).

• Seterusnya, mengenai ijab dan qabul (Fasal 25:2); saksi (Fasal26); khiyar dan hak untuk membatalkan perkahwinan (Fasal27) dan talak serta wanita-wanita yang boleh dikahwini (Fasal28:1, 28:2 dan 28:3).

24

12/3/2011

25

Undang-undang Keterangan Dan Acara DalamUndang-undang Melaka

• Undang-undang Melaka memperuntukkan peraturanmengenai keterangan dan acara meliputi soal;

1. tuntutan harta (Fasal 32)

2. Penjamin dan kesaksian (Fasal 26 dan 37)

3. Sumpah, tuntutan di hadapan hakim, kedudukan ikrar, danetika kehakiman (Fasal 38).

25

12/3/2011

26

Undang-undang PerlembagaanDalam Undang-Undang Melaka

• Undang-undang Melaka tidak memperuntukkan secaraterperinci mengenai tatacara dan bidang kuasa pemerintahanseperti perlembagaan moden.

• Namun, diperuntukkan dalam Fasal 1:3 mengenai syarat yangmesti ada pada seorang yang dilantik menjadi raja (pemimpin)iaitu pengampun, pemurah, perkasa, dan menjalankanhukuman dengan kekuasaannya.

• Konsep tanggungjawab pemimpin diperuntukkan dalam Fasal43:1.

26

12/3/2011

27

Negeri-negeri Yang Turut MelaksanakanUndang-undang Islam Dalam Pemerintahan

• Umumnya dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka samaada secara langsung atau tidak.

• Antaranya Undang-undang Johor, Undang-undang Kedah,Undang-undang Pahang, Undang-undang Sembilan PuluhSembilan Perak, Undang-undang Sungai Ujung (NegeriSembilan).

• Pemakaian undang-undang Islam sebelum kedatanganpenjajah Inggeris adalah jelas melibatkan hampir keseluruhanaspek perundangan Islam.

27

12/3/2011

28

Sambungan …

• Pelaksanaan undang-undang Islam di Pahang misalnya adalahtertakluk juga kepada bukan Islam yang tinggal di Pahang.

• Buktinya, dalam satu kes bunuh yang berlaku pada tahun1888 yang mana seorang Cina bernama Go Hui telah matidibunuh dan Sultan Ahmad yang memerintah Pahang telahmemerintahkan supaya kes tersebut dibicarakan dan dihukummengikut Undang-undang Pahang, bukan undang-undangInggeris yang baru diperkenalkan di Pahang pada masa itu.

28

12/3/2011

29

KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAMDALAM PERLEMBAGAAN

• Pada 1957 hanya meneruskan apa yang telah adaketika sebelum merdeka.

• Undang-undang Islam masih lagi diamalkan dalamskop yang sempit, iaitu yang berhubung undang-undang diri sahaja dan berkuatkuasa ke atas orang-orang Islam sahaja.

• Setelah melalui sejumlah perundingan, beberapaperuntukan mengenai Islam telah dimasukkan kedalam Perlembagaan di bawah Perkara 3, 11, 12(2)dan 150(6A).

29

12/3/2011

30

Sambungan …• Kewujudan peruntukan-peruntukan tersebut dalam

Perlembagaan boleh dianggap unik keranabertentangan dengan sifat negara ini yang sekular.

• Dengan adanya peruntukan tersebut, negara danperlembagaan tidak boleh lagi disifatkan sebagaisekular (yang tidak mahu dikaitkan dengan apa bentukagama dan kerohanian).

• Jelasnya peruntukan tersebut memberi beberapakelebihan dan keistimewaan kepada Islam danpenganutnya di Malaysia. Dari satu sudut, kedudukanIslam dalam Perlembagaan sebenarnya merupakanpenerusan kedudukan yang kesahannya berakarkepada sejarah.

30

12/3/2011

31

Tafsiran PerkaraTafsiran Perkara 33((11), Perlembagaan), Perlembagaan

• Perkara 3(1), Perlembagaan memperuntukkan bahawa “Islamialah agama bagi Persekutuan; akan tetapi agama-agama lainboleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-manabahagian Persekutuan.”

• Perkara 3(1) perlu dilihat dalam konteks Perkara 3(4) yangmemperuntukkan bahawa “Tiada apa-apa jua dalam Perkaraini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalamPerlembagaan ini”.

• Perkara 3(4) boleh dikatakan berfungsi membuat sekatan keatas Perkara 3(1) – supaya Perkara 3(1) tidak boleh dianggapsebagai fasal yang mengatasi dan membatalkan peruntukan-peruntukan yang lain.

31

12/3/2011

32

Sambungan …

• Dengan demikian, kedudukan Islam sebagai agamaPersekutuan yang diperuntukkan dalam Perkara 3(1) tidaklahboleh memberi maksud bahawa undang-undang Islam adalahundang-undang bagi Persekutuan yang perlu menjadi asaskepada perundangan di Malaysia.

• Kenyataan ini diperkuatkan dengan peruntukan dalam Perkara4(1) yang memperuntukkan: “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undangyang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanandengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yangberlawanan itu.”

32

12/3/2011

33

Tafsiran PerkaraTafsiran Perkara 1111((11) Kebebasan Beragama) Kebebasan Beragama

• Perkara 11(1) pula memberi jaminan terhadapkebebasan setiap orang untuk menganut danmengamalkan agamanya, namun hak ini tertaklukkepada Perkara 11(4) , iaitu;

• bahawa undang-undang boleh diwujudkan bagimenyekat penyebaran agama bukan Islam ke atasorang-orang Islam.

• Perkara 12(2) berkenaan bantuan kewangan atauperuntukan khas untuk menubuhkan ataumenyelenggara institusi Islam atau mengembangkanajaran Islam oleh kerajaan negeri dan persekutuanbagi orang Islam. 33

12/3/2011

34

Pentingnya PerkaraPentingnya Perkara 150150((66A)A)

• Mengenai pengecualian undang-undang Islamdaripada undang-undang darurat yangdiperuntukkan oleh Perkara 150(6A).

34

12/3/2011

35

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAMDI MALAYSIA

• Umumnya boleh dikatakan bahawa sebahagian undang-undang Islam telah dilaksanakan di Malaysia.

• Undang-undang keluarga dan ibadat khusus terus diikuti. Inidibuktikan dengan program pembangunan masjid, surau,pusat zakat dan lembaga rasmi yang menguruskan hal ehwalhaji orang Islam telah dijalankan dengan baik.

• Turut diluluskan undang-undang khusus berkenaan keluargaIslam di setiap negeri untuk mentadbir hal ehwalperkahwinan, perceraian, nafkah dan seumpamanya.

35

12/3/2011

36

DALAM BIDANG KEHAKIMANDALAM BIDANG KEHAKIMAN

• Dikotomi sistem kehakiman semakin jelas dengan pindaanPerlembagaan iaitu Perkara 121(1A) yang memperuntukkanbidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dicampuri olehmahkamah sivil.

• Di peringkat Persekutuan diwujudkan Jabatan KehakimanSyariah Malaysia untuk tujuan penyelarasan dan memajukanpentadbiran kehakiman syariah di Malaysia.

• Mahkamah syariah diberikan bidang kuasa yang lebih rendah,iaitu membicarakan hal-hal yang dianggap sebagai personallaw dan hanya berkuat kuasa kepada orang Islam sahaja.

36

12/3/2011

37

DALAM BIDANG EKONOMIDALAM BIDANG EKONOMI

• Nampaknya telah ada usaha untuk membangunkan sistemekonomi Islam sejak tertubuhnya Bank Islam yang pertamapada tahun 1983 dan syarikat insurans Islam/Takaful yangpertama pada tahun 1984.

• Perbankan Islam semakin dipertingkatkan dengan pengenalanSistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) yang membenarkanbank-bank konvensional yang mengamalkan dasar ribamenawarkan perkhidmatan perbankan yang selaras dengankehendak syarak.

37

12/3/2011

38

Sambungan …

• Namun, sistem ekonomi Islam masih berada di pinggirandalam sistem ekonomi konvensional yang berada dalam arusperdana ekonomi negara.

• Sistem ekonomi Islam boleh dianggap sebagai pilihan(bukannya bersifat mandatori) kepada masyarakat Islam yangmempunyai kesedaran untuk mengelakkan diri daripadaberurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan sistemriba.

38

12/3/2011

39

DALAM UNDANGDALAM UNDANG--UNDANG JENAYAHUNDANG JENAYAH

• Kesalahan kategori jenayah syariah diperuntukkan dalamenakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri.

• Hukuman bagi kesalahan jenayah dalam kategori hudud danqisas tidak dilaksanakan.

• Hukuman bagi sebahagian jenayah syariah pula bolehlahdianggap sebagai hukuman ta‘zir kerana bidang kuasaMahkamah Syariah hanyalah setakat tiga tahun penjara, ataudenda sehingga RM5,000 atau enam kali sebatan rotan(formula 3,5,6) atau gabungan kedua-dua hukuman.

39

12/3/2011

40

BATASAN HUKUMAN DALAMBATASAN HUKUMAN DALAMUNDANGUNDANG--UNDANG JENAYAH ISLAMUNDANG JENAYAH ISLAM

40

3 tahunpenjara

RM 5,000denda

maksimum

6 kalisebatan

rotan

12/3/2011

41

Sambungan …

• Atas asas inilah sungguhpun sebahagiankesalahan dalam kategori hudud misalnyazina, minum arak dan murtad telahdiperuntukkan, namun hukuman sebagaimanayang ditetapkan oleh undang-undang Islamtidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

41

12/3/2011

42

Cadangan Prof. Abdul Aziz Bari

• Undang-undang jenayah hudud dan qisas boleh dilaksanakanmelalui kerangka Perlembagaan dan undang-undang yangsedia ada.

• Mekanisme pelaksanaannya adalah melalui pindaanPerlembagaan bagi;

1. mengecualikan jenayah di bawah undang-undang Islamdaripada bidang kuasa Persekutuan, dan

2. menaikkan atau mengubahsuai undang-undang yangmembataskan bidang kuasa mahkamah syariah terhadaphukuman jenayah syariah.

42

12/3/2011

43

Sambungan …

• Usaha ke arah itu perlulah seiring denganpindaan-pindaan lain yang melibatkanundang-undang selain daripada Perlembagaanseperti Akta Mahkamah Keadilan 1964, KanunKesiksaan, Kanun Acara Jenayah, AktaKeterangan 1950 dan seumpamanya.

43

12/3/2011

44

KESIMPULANKESIMPULAN• Sistem perundangan yang dibawa oleh Islam adalah untuk

merealisasikan matlamat untuk membina kehidupan yangsejahtera di dunia dan akhirat.

• Semua pihak berperanan dalam melaksanakanperundangan Islam, sama ada di peringkat individu,keluarga, masyarakat dan negara.

• Namun, sebahagian besar daripada bidang-bidang dalamperundangan Islam hanya boleh dilaksanakan dengankomitmen penuh daripada negara (pemerintah).

• Dalam personal law, komitmen negara diperlukan terutamadalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan.

44

12/3/2011

45

LATIHAN

1. Huraikan faktor-faktor manusia perlu kepada satu sistemperundangan daripada Allah?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang Islam?

3. Huraikan ciri-ciri undang-undang Islam yang membezakannyadengan undang-undang yang lain?

4. “Wahyu adalah sumber utama kepada perundangan Islam”.Huraikan kenyataan ini.

5. Senaraikan aspek-aspek yang terkandung dalamperundangan Islam dan cuba buat analisis terhadappelaksanaan aspek-aspek tersebut dalam realiti semasa?

45

12/3/2011

46

Sambungan Latihan

6. “Undang-undang Islam telah menjadi undang-undang negarasatu ketika dahulu”. Berikan pendapat dan hujah andakepada kenyataan ini

7. Pada pandangan anda, apakah yang menjadi punca kepadasalah faham terhadap undang-undang Islam?

8. Pada pandangan anda, apakah langkah yang paling praktikalbagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam secaratotal dapat direalisasikan?

46