32
ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 6. Tugasan 3 : Membina Instrumen Pentaksiran 3.1 Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur Instrumen 1 Instrumen 2 Instrumen 3 3.2 Instrumen Kemahiran Membaca Instrumen 4 Instrumen 5 Instrumen 6 3.3 Instrumen Kemahiran Menulis Instrumen 7 Instrumen 8 Instrumen 9 2 10 18 1

Instrumen Bahasa Malaysia tahun 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penilaian berdasarkan kemahiran

Citation preview

ISI KANDUNGANBilPerkaraMuka Surat

6.Tugasan 3 : Membina Instrumen Pentaksiran3.1 Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur Instrumen 1 Instrumen 2 Instrumen 33.2 Instrumen Kemahiran Membaca Instrumen 4 Instrumen 5 Instrumen 63.3 Instrumen Kemahiran Menulis Instrumen 7 Instrumen 8 Instrumen 92

10

18

TUGASAN 3 : MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN

3.1Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur

3.1.1 - INSTRUMEN 1(Tahap Penguasaan 4)

Tema: 5 - Kenali warisan BangsaTajuk: Bercuti di Pulau SebatikStandard Kandungan: Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.Standard Pembelajaran: 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusilaKEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANBerkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan; memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan mengemukakan pendapat pada tahap kukuh.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Guru membaca petikan surat tidak rasmi.2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan teliti.3. Murid berbincang dan mengemukakan pendapat berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, berkaitan dengan petikan yang telah dibacakan secara lisan.

BAHAN BANTUPetikan surat kiriman tidak rasmi.

Bercuti di Pulau Sebatik

Dengar petikan yang dibacakan dengan teliti, kemudian bincang dan kemukakan pendapat berdasarkan soalan-soalan yang berikutnya.

Erika Sofia binti Samsul,No. 38, Lorong Mutiara 3,Taman Mahsuri Indah,14300 Nibong Tebal,Pulau Pinang.4 Mac 2015.

Menemui sahabatku, Nurul Amani yang berada di Johor Bahru, semoga saudari sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudari, Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu bersama sama keluarga. Kami menginap di sebuah hotel di Pulau Sebatik. Kami menginap di situ selama tiga hari dua malam.

Pulau Sebatik ini sangat indah, terutama pada waktu malam. Airnya sangat jernih sehingga jelas kelihatan dasarnya yang penuh dengan hidupan dan karangan laut yang cantik. Pelancong tidak dibenarkan sewenang-wenangnya menangkap ikan dan mengutip batu karang kerana kawasan laut itu telah diwartakan sebagai Taman Negara.

Pelbagai aktiviti telah kami lakukan di sana. Antaranya ialah bermain bola pantai, menyelam untuk melihat hidupan di dalam air, dan menyertai pertandingan membina istana pasir. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar yang menarik sewaktu di sana.

Saudari, Saya amat gembira semasa berada di sana. Pengalaman bercuti ini tidak dapat saya lupakan. Saya berazam akan kembali lagi ke sana kerana saya amat suka akan suasana di pulau itu.

Setakat ini sahaja cerita saya. Semoga kita berutusan lagi di lain lembaran. Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya untuk saudari sekeluarga di sana. Sekian, terima kasih. Yang benar,Erika Sofia

Soalan :1. Siapakah nama sahabat penulis ?2. Bilakah penulis melancong ke Sabah ?3. Di manakah pelancong menginap semasa melancong ke Sabah ?4. Mengapakah pelancong tidak dibenarkan menangkap ikan dan mengutip batu karang di Pulau Sebatik ?5. Apakah aktiviti penulis bersama keluarga di Pulau Sebatik ?6. Apakah harapan penulis setelah bercuti di Sabah ?7. Pada pendapat kamu, mengapakah Pulau Sebatik menjadi pilihan penulis untuk pergi melancong.

3.1.2 - INSTRUMEN 2(Tahap Penguasaan 5)

Tema: 6 Pertanian dan PenternakanTajuk: Raja Segala BuahStandard Kandungan: Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.Standard Pembelajaran: 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila.KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANBerkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan; memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan mengemukakan pendapat pada tahap terperinci.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Guru membaca petikan Raja Segala Buah.2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan teliti.3. Murid menyatakan isi penting yang terdapat dalam petikan secara lisan.

BAHAN BANTUPetikan Raja Segala Buah

Raja Segala Buah

Sebutkan isi-isi penting daripada petikan yang dibacakan oleh guru.

Di Malaysia, kita boleh menemui peniaga yang menjual buah durian di mana-mana sahaja seperti di pasar tani, di tepi jalan, dan di pasar malam. Buah durian digemari oelh semua kaun seperti Melayu, Cina, dan India. Oleh sebab itulah, buah ini sering dianggap sebagai Raja Segala Buah kerana duri tajam pada kulit yang melindungi isinya.Pokok durian ditanam secara meluas di Negara kita. Kulit buah durian bewarna sama ada hijau atau perang. Bentuknya pula ada yang bujur dan ada yang bulat. Ciri-ciri yang unik bagi buah durian ialah diselaputi oleh duri-duri yang tajam dan mempunyai bau yang kuat. Isi buah durian pula bewarna kekuningan.Penggemar durian mengatakan keistimewaan buah ini adalah kerana rasa isinya yang sangat enak. Mereka sangat suka pada isi durian yang tebal, lembut dan berasa lemak manis. Namun, terdapat juga sesetengah orang tidak suka makan buah durian kerana tidak tahan akan baunya. Begitu juga dengan pelancong luar terutama dari Barat yang tidak tahan akan bau durian. Mereka memakan buah durian dengan menutup hidung. Baunya yang kuat juga menyebabkan ada syarikat penerbangan melarang penumpang membawa buah durian di dalam pesawat mereka.Buah durian boleh dimakan dengan beberapa cara. Ada yang dimakan terus setelah buahnya dikopek. Ada juga yang mencampurkannya dengan santan dan dimakan dengan nasi. Selain, itu isinya juga boleh dimasak dengan santan dan gula Melaka seterusnya dimakan bersama roti atau pulut.

3.1.3 - INSTRUMEN 3(Tahap Penguasaan 6)

Tema: 8 Ekonomi BerwawasanTajuk: Sumber PendapatanStandard Kandungan: Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Standard Pembelajaran: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan menggunakan ayat yang mengandungi wacana.KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKTiga

TAHAP PENGUASAAN6 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dantersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMenyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Guru mengedarkan lembaran bermaklumat kepada murid.2. Guru membaca sambil murid meneliti maklumat yang terdapat dalam lembaran tersebut. 3. Murid berbincang dan menceritakan maklumat yang terdapat dalam lembaran tersebut dengan menggunakan ayat yang gramatis dan mengandungi wacana.

BAHAN BANTULembaran Bermaklumat

Sumber Pendapatan

Dengar dan teliti maklumat dibawah. Kemudian, ceritakan maklumat tersebut menggunakan ayat yang gramatis.

21

3.2Instrumen Kemahiran Membaca

3.2.1 - INSTRUMEN 4(Tahap Penguasaan 3)

Tema: 5 - Kenali warisan BangsaTajuk: Dondang SayangStandard Kandungan: Membaca kuat pelbagai bahan bacaan denegan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Standard Pembelajaran: 2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara makanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.KEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKSatu

TAHAP PENGUASAAN3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMembaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan betul pada tahap sesuai.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.2. Murid membaca ayat dengan intonasi yang betul dan menyatakan jenis ayat tersebut.

BAHAN BANTUPetikan dialog.

Dondang Sayang

Baca petikan dialog dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Wazif: Atuk, betulkan Dondang Sayang itu berasal dari Melaka ?

Atuk: Pada dasarnya begitulah. Tapi, irama ini asalnya daripada lagu tradisional orang Portugis yang menawan Melaka abad kelima belas dahulu.

Aqil: Kalau begitu, macam lagu Rasa Sayang dan Jingkling Nona, ya Atuk ?

Atuk: Betul tu. Tapi, kamu tahukah apa makna Dondang Sayang tu, Wazif? Ha, Dondang tu bermaksud dendang, menghiburkan hati. Sayang pula bermaksud kasih. Jadi, Dondang Sayang tu bermaksud lagu kasih.

Aqil: Sebab itulah penyanyinya sepasang, kan Atuk. Mereka berbalas pantun untuk menyuarakan isi hati masing-masing. Alat muzik terlazim seperti biola , rebana dan gong kecil dimainkan untuk mengiringi nyanyian. Kadang-kadang ditambah pula dengan akordion atau gitar.

Wazif: Eh, macam mana Abang Aqil tahu! Abang Aqil Tanya kawan atau Atuk, ya; atau baca buku.

Aqil: Hai, sekarang ni kan zaman IT, jangan asyik main game sahaja!

Atuk: Benar kata abang kamu itu, Wazif. Ada apa-apa yang hendak kamu tanya lagi?

Wazif: Bila Dondang Sayang dimainkan dan bagaimanakah sambutannya kini, Atuk?

Atuk: Biasanya dalam majlis pernikahan atau apabila ada temasya tertentu. Kini tradisi itu hamper pupus, Wazif. Kamu tahu mengapa?

Wazif: Pengaruh muzik barat dan muzik moden, betul Atuk? Kalau begitu, bagaimana hendak mempopularkan Dondang Sayang ini, Atuk?

Atuk: Pada Atuk, kita sendiri harus ada jati diri untuk menghidupkan kesenian ini. Ha, banyakkan promosi, banyakkan pertandingan daripada peringkat kanak-kanak lagi!

Aqil: Betul kata Atuk. Ha, mulai hari ini, kamu kena masuk Kelab Kebudayaan sekolah, Wazif!

Wazif: Kalau tak masuk boleh tak, Abang Aqil? Nanti Wazif jadi lembut pula.

Baca dengan sebutan dan intonasi yang betul bagi ayat dibawah, kemudian nyatakan jenis ayatnya.

1. Betulkah Dondang Sayang berasal dari Melaka?Jenis Ayat : ______________________________

2. Dondang Sayang itu bermaksud lagu kasih.Jenis Ayat : ______________________________

3. Eh, macam mana Abang Aqil tahu!Jenis Ayat : ______________________________

4. Ada apa-apa yang hendak kamu tanya lagi?Jenis Ayat : ______________________________

5. Nanti Wazif jadi lembut pula.Jenis Ayat : ______________________________

3.2.2 - INSTRUMEN 5(Tahap Penguasaan 4)

Tema: 8 Ekonomi BerwawasanTajuk: Memacu ekonomiStandard Kandungan: Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon yang betulStandard Pembelajaran: 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untuk menjana idea dengan betulKEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMembaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan, menjanakan idea, dan membuat penilaian pada tahap kukuh

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid membaca dan memahami carta.2. Murid melengkapkan dialog berdasarkan carta dan membaca dialog tersebut dengan intonasi yang betul.

BAHAN BANTULembaran carta dan dialog.

Memacu Ekonomi

Baca dan fahami carta di bawah. Kemudian, lengkapkan dialog berdasarkan maklumat daripad carta tersebut dan bacakan dialog tersebut dengan intonasi yang betul.

Amin: Selamat pagi, Encik Faizul.

Encik Faizul: Selamat pagi.

Amin: Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti Encik Faizul. Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang usahawan?

Encik Faizul: Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mesti ___________________________________________________________________. Dengan pengurusan yang cekap, risiko yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah.

Amin: Selain itu, apakah ciri yang harus dimiliki lagi oleh seorang usahawan?

Encik Faizul: Kita juga perlu ____________________________________________Di samping itu, usahawan juga harus _____________________________________________________. Usahawan perlu yakin terhadap kebolehan diri dan tidak harus ragu-ragu dengan tidakan yang harus diambil.

Amin: Setahu saya usahawan juga harus pandai ________________________________________________________. Betulkan, encik Faizul?

Encik Faizul: Ya, betul kata kamu. Kita tidak boleh melepaskan peluang-peluang yang ada.

Amin: Terima kasih, Encik Faizul. Maklumat yang diberi amat berguna untuk saya jadikan panduan dalam menceburi bidang keusahawanan.

Encik Faizul: Sama-sama. Semoga impian anda untuk menjadi usahawan berjaya tercapai satu hari nanti.

3.2.3 - INSTRUMEN 6(Tahap Penguasaan 5)

Tema: 4 Masyarakat PenyayangTajuk: Khidmat Rakan SebayaStandard Kandungan: Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membacaStandard Pembelajaran: 2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.KEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKTiga

TAHAP PENGUASAAN5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMembaca, menaakul, memindahkan maklumat, dan mengenal pasti nilai murni pada tahap terperinci.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid membaca petikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul2. Murid berbincang dan mencatat maksud setiap rangkap sajak itu secara berkumpulan.3. Murid membaca maklumat yang telah dibincangkan.

BAHAN BANTUPetikan sajak.

Khidmat Rakan Sebaya

Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian, bincangkan maksud setiap rangkap sajak tersebut.

3.3 Kemahiran Menulis

3.3.1 - INSTRUMEN 7(Tahap Penguasaan 3)

Tema: 5 - Kenali warisan BangsaTajuk: Melawat ke Ladang Herba Rawa SalorStandard Kandungan: Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.Standard Pembelajaran: 3.6.1 Menulis untuk menympaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan serta menegaskan kesantunan berbahasa.KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKEmpat

TAHAP PENGUASAAN3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMenulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun; menghasilkan kerangka dan penulisan kreatif dengan betul pada tahap sesuai.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid membaca dan memahami petikan2. Murid menulis nilai murni dan memberikan contoh yang terdapat dalam petikan.

BAHAN BANTUPetikan

Melawat ke Ladang Herba Rawa Salor

Baca dan fahami petikan. Kemudian, tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan. Berikan contoh yang sesuai daripada petikan.

Murid-murid beratur uttuk menaiki bas. Mereka akan bertolak ke Ladang Herba Rawa Salor yang terletak di Kota Bharu. Beberapa orang murid kelihatan membaca bukudan majalah semasa dalam perjalanan ke sana. Sebaik-baik sahaja peserta rombongan smpai di ladang itu, mereka disambut dengan mesra oleh Encik Bukhari, selaku pengurus ladang tersebut. Beliau menceritakan tentang susah payah yang dialami sepanjang mengusahakan ladang itu. Namun begitu, segalanya dihadapi dengan tenang.Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid melihat ladang itu diuruskan dengan baik. Encik Bukhari menggaji pekerja yang terdiri daripada penduduk kampong yang hidup dalam kesusahan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan dapat meringankan beban mereka. Para peserta rombongan dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman. Sebelum pulang, mereka dihadiahi buah tangan. Budi bahasa dan keramahan Encik Bukhari sukar untuk dilukan oleh setiap peserta rombongan.

1. Nilai Murni: ______________________________Contoh ayat: ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Nilai Murni: ______________________________Contoh ayat: ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Nilai Murni: ______________________________Contoh ayat: ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Nilai Murni: ______________________________Contoh ayat: ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Nilai Murni: ______________________________Contoh ayat: ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.3.2 - INSTRUMEN 8(Tahap Penguasaan 4)

Tema: 2 Amalan Kesihatan dan KebersihanTajuk: Pendidikan KesihatanStandard Kandungan: Menulis imlak dengan tepatStandard Pembelajaran: 3.4.2 Menulis frasa dan ayat yang ada perkataan berimbuhan pinjaman dengan ejaan dan tanda baca yang tepat secara imlak.KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMenulis ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman secara imlak, mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan, dan struktur ayat yang betul serta tepat pada tahap yang kukuh.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid mengedit petikan dengan imbuhan pinjaman, ejaan dan tanda baca yang betul.2. Murid menyalin dan memurnikan petikan yang telah diedit.

BAHAN BANTUPetikan

Pendidikan Kesihatan

Tulis petikan di bawah semula dengan imbuhan pinjaman, ejaan dan tanda baca yang betul.

Hasman murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab Hasman belajar di sekolah tersebut sejak pra sekolah lagi Oleh itu tidak hairanlah jika dia dilantik menjadi ketua murid di sekolahnya Dengan jawatannya itu dia sering menjadi juru acara dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah Sebagai ketua murid dia juga sering menasihati rakan-rakannya agar memenuhi tata etika berpakaianHasman bercita-cita menjadi juru tera apabila dewasa nanti Untuk mencapai impiannya dia belajar bersungguh-sungguh Mata pelajaran yang paling diminatinya ialah matematik Hasman sentiasa menjaga kesihatan dirinya Pihak Kementerian Kesihatan juga sering menghantar juru rawat untuk membuat pemeriksaan terhadap murid-murid di sekolahnya itu

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________3.3.3 - INSTRUMEN 9(Tahap Penguasaan 5)

Tema: 9 Bumi Indah Rakyat BertuahTajuk: Surat Kiriman Rasmi Ceramah Alam SekitarStandard Kandungan: Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.Standard Pembelajaran: 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat, laporan dan cerita dengan jelas serta menggunakan bahasa yang santun.KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKEmpat

TAHAP PENGUASAAN5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa)

PENYATAANMenulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun; menghasilkan kerangka dan penulisan kreatif dengan betul pada tahap terperinci.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid meneliti pelan karangan.2. Murid menulis surat kiriman rasmi dengan menggunakan bahasa yang santun

BAHAN BANTUPetikan pelan karangan.

Ceramah Alam Sekitar

Tulis surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon beliau menjadi perasmi sempena ceramah alam sekitar.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________