Upload
awen-maowek-culla
View
190
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
mengenali jenis2 pengintegrasian budaya
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan
kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak
hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain.
Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya
hidup dalam suasana aman damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan
berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang
berbeza. Konsep integrasi adalah lebih luas, iaitu dikatakan satu proses yang abstrak, satu
penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian
13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi-strategi ke arah
mewujudkan integrasi nasional.
Selain peranan kerajaan dalam memperkasa integrasi dan perpaduan nasional dalam
kalangan masyarakat plural, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sendiri perlu
memainkan peranan masing-masing agar proses ke arah pemupukan nilai integrasi dan
perpaduan nasional itu berjaya diserapkan dalam sanubari semua warganegara di Malaysia
tidak kira agama, kaum, warna kulit, bahasa, budaya dan sebagainya. Pemupukan dan
pemerkasaan nilai integrasi dalam kalangan masyarakat plural amat penting bagi
mengelakkan perselisihan faham sehingga mencetuskan ketidaksefahaman antara kaum yang
berbeza. Ketidaksefahaman ini merupakan sebuah musibah kepada negara Malaysia kerana
sekiranya pengukuhan perpaduan yang goyah membolehkan Malaysia mudah terdedah
kepada ancaman luar atau musuh.
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa
perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbagai kelemahan dan ancaman yang boleh
menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Keadaan ini telah menunjukkan bertapa
pentingnya wujud perpaduan dan intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Menurut
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), masalah perpaduan bagi
negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding
dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum
dan etnik seperti Malaysia. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa wujudnya halangan-
halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk memastikan usaha mencapai
perpaduan dan intergrasi nasional tercapai.
1
2.0 DEFINISI ISTILAH.
2.1 Integrasi Dan Perpaduan Nasional.
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Intergrasi
nasional adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan
kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia.
Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat
amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi dan perpaduan nasional
bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang
mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi
mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk mewujudkan
kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang
rapat dan harmoni.
2.2 Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Non-Governmental Organization (NGO) didefinisikan sebagai organisasi yang
ditubuhkan oleh seorang atau sekumpulan manusia dan tiada sebarang kaitan atau
wakil dengan mana-mana pertubuhan kerajaan. Menurut definisi yang dikeluarkan
oleh World Bank, badan bukan kerajaan (NGO) ialah institusi sukarela yang bebas
daripada pengaruh politik atau kerajaan dan prinsip penubuhannya pula adalah untuk
kepentingan kemanusiaan tanpa melibatkan keuntungan. Terdapat NGO yang
ditubuhkan berasaskan pelbagai matlamat yang ingin diperjuangkan oleh sekumpulan
manusia yang mempunyai ideology yang sama seperti hak asasi manusia, alam sekitar
atau kesihatan. Mereka menyediakan analisis dan kepakaran, menyampaikan
mekanisme amaran awal dan bantuan memantau dan melaksanakan perjanjian
antarabangsa. Hubungan mereka dengan pejabat dan agensi-agensi dalam sistem
Pertubuhan Bangsa-Bangsa berlainan bergantung kepada matlamat mereka, tempat
mereka dan mandat institusi tertentu.
2
2.3 Masyarakat Plural.
Masyarakat Plural adalah wujudnya komuniti kepelbagaian bangsa dan agama di
sesuatu tempat. Komuniti ini mengamalkan cara hidup, budaya dan kepercayaan yang
berbeza mengikut agama anutan masing-masing. Masyarakat Plural memperkenalkan
masyarakat migran yang dipaksa datang dan bergaul dengan masyarakat tempatan
atau melayu dan sistem yang sedia ada dalam masyarakat peribumi. Masyarakat
migran itu pula datang dari pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa masuk untuk
menjadi buruh ketika zaman penjajahan britis suatu ketika dahulu.
3.0 PROSES INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL.
3.1 Aspek Politik.
Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut
politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng,
Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan
yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi
kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi
peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam Kerajaan
Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui
pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi
majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) salah
satu cara untuk mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus
atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah
atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan
Nasional (BN) menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang
dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana BN adalah satu parti politik yang terdiri
daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India
yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. BN yang
mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi
nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari
pelbagai kaum dan bukannya satu kaum.
3
Pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah
memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia
kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam BN. Parti-parti kaum yang
mewakili kaum masing-masing dalam BN akan bekerjasama untuk membangunkan
negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada
masa kini, BN bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat
banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi
pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan
parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi
yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama,
interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.
3.2 Aspek Ekonomi.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), proses ini telah dilaksanakan
oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk
membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai
dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor
ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang
terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu
akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah hak milik
tersebut.
Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai
satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula
masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan
rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan
kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi
mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi
di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.
3.3 Aspek Sosial.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), pembangunan sosial adalah
penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan
4
dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial. Kerajaan perlulah
memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi
Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) lagi, untuk
menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di
mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun Negara penting
kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang
menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang atau
pegangan yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh
rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat
membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat ini akan dapat menjamin
kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah
menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan
perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum
dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu
cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.
Berlainan pula dengan pendapat Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad
Mazlan Zulkifly (2006), menyatakan bahawa pendidikan adalah medium penting bagi
Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi
muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah. Maka kerajaan telah membuat
pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk
perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Kewujudan sistem sekolah
berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan
masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan
dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum.
Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002),
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan
menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara. Kerajaan
melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan
5
merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang
bangsa seperti Malaysia.
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi
memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen
Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan
Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan integrasi nasional.
Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata
pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa
Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan
pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma
kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang
mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan
membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan
pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha
kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan integrasi
nasional.
4.0 SUMBANGAN DAN KERJASAMA WARGANEGARA SERTA BADAN
BUKAN KERAJAAN (NGO).
4.1 Rukun Tetangga.
Rukun tetangga merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang amat berperanan
dalam mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum melalui kerjasama NGO dan
rakyat. Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 bertujuan untuk
membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing
dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun menjalankan
tugas rondaan pada waktu malam. Jadual giliran bertugas juga disediakan bagi
mengelak kejadian ketidakadilan berlaku dalam menjalani tugas melakukan rondaan,
justeru semua masyarakat tidak kira kaum akan sepakat dan tidak timbul sikap
6
prejudis terhadap sesuatu kaum. Konsep kejiranan ditekankan dalam Rukun Tetangga
untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat setempat.
Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk
persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu
padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya “Bersatu Terus Maju” dalam
konteks pencapaian Wawasan 2020. Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan
mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar
pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Dengan kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk
membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman
mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa
kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan negara.
Melalui Rukun Tetangga juga, program yang bersifat mengeratkan
perhubungan antara masyarakat plural di sesuatu kawasan seperti mengadakan
sukaneka atau sukan rakyat sebagai aktiviti wajib dalam kalendar tahunan mereka dan
diadakan pada setiap tahun. Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh
diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat
menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan
seluruh warga masyarakat. Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan rakyat
yang dianjurkan seperti tarik tali, jalan dengan terompah, lecek buah kelapa dan
sebagainya dapat memupuk semangat kerjasama dalam memperoleh kemenangan
dalam setiap acara yang dianjurkan. Melalui aktiviti sukan ini, semangat muhibah
yang jitu dapat diwujudkan dan masyarakat plural dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan berkesan sesama mereka tidak kira kaum, agama, warna kulit dan
bangsa. Persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum juga dapat
dikukuhkan, justeru dapat mengelakkan berlakunya konflik antara kaum kerana semua
masalah dapat diselesaikan dengan perbincangan yang damai malahan semangat
kekitaan dapat dilunturkan dalam kalangan warganegara Malaysia.
Tambahan lagi, Rukun Tetangga juga amat penting dalam proses pemupukan
integrasi dan perpaduan nasional ini melalui aktiviti gotong-royong. Sebagai contoh,
7
aktiviti gotong royong dilakukan untuk membersihkan kawasan sekitar kampung atau
taman perumahan sekiranya terdapat kes jangkitan demam denggi dalam kalangan
warga penetap di kawasan itu. Komuniti pelbagai kaum ini akan sama-sama turun
padang membersihkan kawasan sekitar sama ada membersihkan longkang yang
tersumbat, mengutip sampah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk
aedes dan sebagainya. Ketua rukun tetangga yang dipilih juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk semangat kerjasama dalam masyarakat plural dengan
mengadakan mesyuarat seminggu atau sebulan sekali dengan memanggil semua
warga tidak kira kaum sama-sama berbincang memikirkan penyelesaian sesuatu
permasalahan yang timbul secara bersama. Perlantikan jawatankuasa tertinggi juga
perlu melibatkan semua kaum untuk memegang jawatan agar mereka yang berlainan
kaum dapat bekerjasama dalam menjaga keamanan dan mewujudkan persefahaman
yang utuh.
Selain itu, Rukun Tetangga juga akan mengadakan rumah terbuka. Masyarakat
pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Sebagai contoh,
semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan
pelbagai lagi akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya
apabila tiba perayaan etnik lain. Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat
melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang
melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang untuk
dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi daripada pelbagai pihak akan
disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya mereka juga dapat
merasai sambutan perayaan sama seperti mereka yang berkemampuan. Perkara ini
amat bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing’. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan
dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam
komuniti tempatan. Etnik Cina, misalnya, akan berusaha menyediakan makanan yang
halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah mereka
sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Demikian juga semasa perayaan Krismas atau
Deepavali.
Hal ini menunjukkan etnik Cina, India, Iban, dan Kadazan Dusun begitu
mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan etnik Melayu pula tidak
akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah
8
semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian
hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami
keharmonian budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial
dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama,
etnik dan budaya.
4.2 TV3 : Program 3R, ‘Respek, Relaks, Respon’.
3R adalah sebuah rancangan yang disiarkan dalam siaran TV3, iaitu merupakan
sebuah NGO yang aktif dalam media massa seperti di televisyen , Instagram,
Facebook dan sebagainya yang menjadi tontonan ramai tidak mengira kaum.
Rancangan ini dipengacarakan oleh pengacara yang berbilang kaum dalam golongan
wanita. Program 3R ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita
tidak mengira kaum untuk lebih menghargai diri mereka sendiri dengan tips-tips yang
amat berguna untuk diaplikasikan dalam kalangan wanita semasa berlakunya konflik
seperti diragut, dirogol dan sebagainya untuk lebih berani melawan dengan
mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.
Program 3R ini juga dilihat mampu menyumbang kepada kerjasama
warganegara dan badan bukan kerajaan dalam memupuk proses integrasi dengan
melakukan kunjungan atau Road Tour Kampus pada tahun 2014. Program tersebut
dijalankan dengan mengunjungi atau mendekati golongan belia wanita pelbagai kaum
di kampus dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti menyampaikan ceramah dan
diakhiri dengan tugasan berkumpulan seperti mereka “cheers” yang unik untuk
dirakam dan disiarkan kembali di siaran TV3. Tugasan berkumpulan tersebut
melibatkan perbagai kaum saling berbincang dan mewujudkan semangat kerjasama
yang tinggi bagi menyelesaikan tugasan berkumpulan tersebut. Kesan daripada
program ini dilihat kerjasama yang utuh antara warganegara dan NGO dilihat sangat
berkesan dan mampu memperkukuh proses integrasi yang sedang berlangsung bagi
mewujudkan sebuah negara bangsa yang ulung dan hebat pada masa akan datang.
4.3 UNICEF atau United Nations Children Fund.
UNICEF adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bermatlamat untuk memupuk
kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya menghargai kanak-kanak tidak mengira
9
kaum dan membanteras masalah penderaan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Melalui matlamat yang dibuat, iaitu melindungi kanak-kanak daripada menjadi kes
penderaan, masyarakat plural akan saling berganding bahu dengan melaporkan kepada
pihak berkuasa atau melakukan pengaduan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat
kanak-kanak yang menerima nasib didera.
Melalui usaha ini, nasib kanak-kanak akan terbela dan seterusnya semangat
kejiranan dapat dipertingkatkan, khususnya dalam kalangan masyarakat bandar. Isu
penderaan kanak-kanak yang melibatkan pembantu rumah warga asing secara
khususnya dapat dibendung dengan adanya kejiranan yang sentiasa peka dengan
keadaan sekeliling dan akan segera melaporkan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut
atau kepada UNICEF sekiranya berlaku sebarang kes penderaan, justeru kes
penderaan kanak-kanak sehingga maut dapat dihindar. Situasi ini sering kita lihat
dalam kawasan kejiranan berbentuk taman perumahan yang melibatkan komuniti
majmuk, malahan menghakis elemen etnosentrisme atau prejudis. Pemupukan
masyarakat dapat diperkukuh dengan timbulnya kesedaran dalam kalangan
masyarakat majmuk bekerjasama membantu dan membendung masalah melibatkan
kanak-kanak yang teraniaya ini.
4.4 World Wide Fund For Nature (WWF).
Pertubuhan WWF sebagai badan bukan kerajaan yang bertujuan memperkasa usaha
dalam memelihara dan memulihara sumber alam flora dan fauna daripada pupus
kerana kegiatan pemburuan atau penebangan hutan secara haram. Pertubuhan ini
disertai oleh ahli yang mempunyai semangat cintakan alam semulajadi yang tinggi
yang terdiri daripada kaum cina, india, melayu dan etnik-etnik yang lain.
Kerjasama antara individu pelbagai kaum ini dengan mendukung semangat
cinta akan alam sekitar yang tinggi membuatkan mereka bekerjasama dalam usaha
membanteras keganasan atau penganiyaan manusia terhadap haiwan, seperti
pemburuan haram menangkap dan membunuh harimau yang semkin pupus bertujuan
menjual kulitnya yang bernilai tinggi di pasaran. Ahli-ahlinya yang berbilang etnik
akan sentiasa berbincang dan bertukar-tukar buah fikiran untuk melaksanakan
pelbagai program dalam memupuk masyarakat yang cintakan alam semulajadi.
Pertubuhan ini juga giat melakukan kempen yang melibatkan masyarakat
pelbagai kaum dalam usaha bersama mengembleng tenaga, masa dan wang untuk
10
memperkasa aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang semakin
diancam kepupusan kerana kegiatan manusia yang giat menghapuskan habitat
semulajadi mereka, iaitu hutan. Ekosistem alam semulajadi akan terganggu sekiranya
habitat mereka diterokai tanpa batasan kerana mereka hilang tempat tinggal dan
sumber makanan, justeru mati dan pupus kerana bilangan mereka semakin berkurang.
Penglibatan komuniti multietnik atas dasar semangat cinta akan alam semulajadi
mampu mewujudkan kerjasama antara warganegara dan NGO seterusnya
menyumbang kepada proses integrasi nasional.
4.5 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
IPTS merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang amat penting dalam mewujudkan
semangat perpaduan dalam kalangan belia pelbagai etnik. Di IPT bahagian hal ehwal
pelajar melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang
menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti
Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut
disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak
didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti
dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang
harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan
keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi
kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar. Kelab
Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha
menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan
mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan
dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab,
persatuan, pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang
pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui
psikomotor, kognitif dan afektif.
Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai etnik seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan
beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan
masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat dan mahasiswa balik kampung. Hal
11
ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan
rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting
dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara etnik. Para
pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum
yang positif. Mereka perlu mendapat pendedahan tentang kursus seperti Hubungan
Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi
memupuk keharmonian etnik. Para pensyarah dan mahasiswa berperanan sebagai
agen penyebar perpaduan dan keharmonian. Mereka merupakan agen integrasi dan
perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak
interaksi melalui tugasan dan projek akademik.
4.6 Majlis Belia Malaysia.
Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun terdapat
pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia
Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan
Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO
untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami
permasalahan dan jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara
tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik. Sebagai contoh, NGO
boleh menganjurkan program larian yang melibatkan majlis belia pelbagai kaum
dalam penyertaannya. Melalui program larian ini, disamping dapat memberi
kesedaran pentingnya senaman dalam mewujudkan gaya hidup yang sihat, objektif
lain yang dicapai ialah penyertaan belia pelbagai kaum dapat memupuk semangat
perpaduan dan mencairkan semangat perkauman yang tinggi dalam kalangan
komuniti berbilang kaum,agama dan kepercayaan. Melalui program larian ini,
masyarakat pelbagai kaum dapat beramah mesra dan saling bertukar pendapat dan
berkongsi idea, justeru proses interaksi dan komunikasi dalam kalangan masyarakat
plural berlangsung dengan berkesan.
4.7 Pelbagai NGO Semasa Berlaku Bencana.
Pelbagai jenis NGO turun padang menghulurkan bantuan semasa bencana berlaku di
Malaysia seperti kehilangan MH370 atau semasa banjir melanda. Sebagai contoh,
semasa berlakunya banjir yang teruk di kawasan sekitar negeri Kelantan, berbagai
12
pertubuhan bukan kerajaan seperti I Love Kelantan datang menghulurkan bantuan
dengan membawa barangan asas untuk kegunaan mangsa banjir seperti biskut, beras,
tuala wanita dan pampers kanak-kanak, susu, tilam, baju, air bersih dan sebagainya.
Selain bantuan berbentuk material, NGO juga menghulurkan bantuan berbentuk
tenaga seperti membantu membersihkan rumah yang kotor berlumpur disebabkan
banjir. kelab permotoran Vios Zero Seven (VZS) Malaysia pula membantu mangsa
banjir di Pahang dengan mangadakan kutipan derma dan menyalurkan bantuan
persekolahan kepada mangsa-mangsa banjir seperti beg, baju, kasut sekolah dan
sebagainya.
Tambahan lagi, dapat dilihat semasa berlakunya tragedi kehilangan pesawat
MH370 dan pesawat MH17 yang terhempas, banyak NGO yang turut sama membantu
memberikan bantuan daripada aspek khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa
yang sedih dan trauma serta bantuan dari segi penginapan kepada keluarga mangsa
yang datang dari jauh untuk mengetahui perkembangan keluarga mereka yang terlibat
dalam nahas tersebut. Bantuan diberikan adalah sama rata dan tiada mengira kaum
dan sebagainya. Pemupukan kerjama ini dilihat mempu menjadi pemangkin kepada
proses integrasi, iaitu masyarakat saling membantu dan berganding bahu dalam
membantu serta menghapuskan semangat kekitaan antara kaum.
13
5.0 KESIMPULAN.
Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya yang sendiri dan diamalkan
mengikut etnik masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang
tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu
difahami oleh semua lapisan masyarakat demi mewujudkan keharmonian hubungan antara
etnik.
Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai
pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Kerajaan dengan
pelaksanaan pelbagai dasarnya perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga
pihak swasta dan warganegara itu sendiri perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bagi
memastikan hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Penglibatan semua
pihak mampu menjayakan usaha ke arah mengeratkan hubungan tersebut.
Jatuh bangun sesebuah negara itu turut bergantung kepada aspek perpaduan dalam
kalangan rakyatnya, khususnya di Malaysia yang mempunyai warganegara multietnik.
Perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan
hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang
bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan
sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan
keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai
melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan
masyarakat, badan bukan kerajaan dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam
mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.
14
6.0 RUJUKAN.
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik (1995). Siri Perpaduan Negara-Wawasan 2020.
Petaling Jaya : Setiamas.
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Selangor : Oxford Fajar
Sdn Bhd.
Muhammad Kamarul Kabilan Dan Zaharah Hassan (2003). Readings In Ethnic Relations In
A Multicultural Society. Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Teh Faridah Abdul Jalil. et al. (2012). Majalah Muhibah Bil 3. Kuala Lumpur : Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM
KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia.
The Malaysian Times. Bencana Tingkatkan Solidariti Rakyat. 9 januari 2015. Diperolehi
pada 20 Mac 2015 daripada http://www.themalaysiantimes.com.my/bencana-
tingkatkan-solidariti-rakyat/.
15
16