8
Bil. 44/2014 51 S ejarah komunikasi antara manusia berlaku sejak dahulu lagi iaitu sejak zaman Nabi Adam dan Hawa. Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman Nabi Adam bagi menghilangkan rasa kesunyian di syurga. Ini kerana, manusia sentiasa ingin berhubung antara satu sama lain. Justeru, manusia mencipta pelbagai cara untuk terus berkomunikasi. Jika zaman dahulu, penggunaan burung merpati, penunggang kuda dan perutusan diperlukan untuk menghantar khabar berita kepada seseorang. Cara ini memakan masa yang sangat lama untuk menyampaikan sesuatu berita tersebut. Tetapi kini dengan adanya teknologi komputer terutama selepas wujudnya Internet (inter networking), komunikasi menjadi semakin mudah. Malah, manusia boleh berkomunikasi antara manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan yang jauh dari pandangan mereka. Dengan kata lain, manusia boleh mengawal peralatan dengan teknologi Internet ini. Sejarah Internet of Things Terma Internet of Things (IoT) dicipta oleh Kevin Ashton, pengarah eksekutif Pusat MIT Auto-ID Center pada 1999. Semenjak itu, banyak peranti berubah dengan menambahkan fungsinya (contohnya: telefon bimbit bukan hanya untuk menerima dan membuat panggilan tetapi sebagai alat untuk menggantikan fungsi kamera, merekodmerekodkan suara dan jam). Beberapa organisasi menjadikan IoT perkara yang penting dalam merangka strategi organisasi mereka. Penyelidikan berkaitan IoT menerbitkan beberapa istilah baharu yang menggambarkan perspektif yang berbeza Pengenalan Internet of Things (IoT) mencipta kecerdikan, rangkaian yang boleh mengesan, mengawal dan memprogram dengan sendirinya. IoT membolehkan peranti/peralatan komputer menggunakan teknologi yang ada padanya yang membenarkan mereka berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung atau melalui Internet. (The IoT creates an intelligent, invisible network fabric that can be sensed, controlled and programmed. IoT- enabled products employ embedded technology that allows them to communicate, directly or indirectly, with each other or the Internet). Jim Chase (2013) Najmah Nawawi Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ke Arah Kehidupan Saling Berhubung

Internet Things of (IoT)

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/2014 51

Sejarah komunikasi antara manusia berlaku sejak dahulu lagi iaitu sejak zaman Nabi Adam dan Hawa. Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman Nabi

Adam bagi menghilangkan rasa kesunyian di syurga. Ini kerana, manusia sentiasa ingin berhubung antara satu sama lain. Justeru, manusia mencipta pelbagai cara untuk terus berkomunikasi. Jika zaman dahulu, penggunaan burung merpati, penunggang kuda dan perutusan diperlukan untuk menghantar khabar berita kepada seseorang. Cara ini memakan masa yang sangat lama untuk menyampaikan sesuatu berita tersebut. Tetapi kini dengan adanya teknologi komputer terutama selepas wujudnya Internet (inter networking), komunikasi menjadi semakin mudah. Malah, manusia boleh berkomunikasi antara manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan yang jauh dari pandangan mereka. Dengan

kata lain, manusia boleh mengawal peralatan dengan teknologi Internet ini.

Sejarah Internet of ThingsTerma Internet of Things (IoT) dicipta oleh Kevin

Ashton, pengarah eksekutif Pusat MIT Auto-ID Center pada 1999. Semenjak itu, banyak peranti berubah dengan menambahkan fungsinya (contohnya: telefon bimbit bukan hanya untuk menerima dan membuat panggilan tetapi sebagai alat untuk menggantikan fungsi kamera, merekodmerekodkan suara dan jam).Beberapa organisasi menjadikan IoT perkara yang penting dalam merangka strategi organisasi mereka. Penyelidikan berkaitan IoT menerbitkan beberapa istilah baharu yang menggambarkan perspektif yang berbeza

Internet of Things (IoT):

Pengenalan

Internet of Things (IoT) mencipta kecerdikan, rangkaian yang boleh mengesan, mengawal dan memprogram dengan sendirinya. IoT membolehkan peranti/peralatan komputer menggunakan teknologi yang ada padanya yang membenarkan mereka berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung atau melalui Internet.

(The IoT creates an intelligent, invisible network fabric that can be sensed, controlled and programmed. IoT-enabled products employ embedded technology that allows them to communicate, directly or indirectly, with each other or the Internet).

Jim Chase (2013)

Najmah NawawiPusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Ke Arah Kehidupan Saling Berhubung

Page 2: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/201452

yang menunjukkan signifikannya IoT hari ini dan akan datang seperti Cyber Physical Systems, Industrial Internet, Internet of Everything, Industry 4.0, Web of Things, Web 3.0, M2M (machine-to-machine), Internet of Objects dan sebagainya. (Sumber: Program of the 4th International Conference on the Internet of Things, 2014).

IoT amat diperlukan dalam Industry 4.0. Industry 4.0 berkait rapat dengan perubahan masa depan sektor perkilangan atau pembuatan. Sektor ini diisytiharkan sebagai 'Fourth Industrial Revolution' dengan visinya menjadikan mesin pengeluaran tersebut mempunyai kecerdikan buatan (artificial intelligent) yang (sistem yang diguna di kilang) mengatur dan mencari alternatif terbaik sepanjang masa proses pengeluaran produk. Ini merujuk kepada kilang pintar, mesin pintar, bahan pintar dan produk pintar yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Pada masa hadapan, akan didapati setiap bahagian/komponen yang terlibat dengan pengawalan sesebuah pengeluaran produk di kilang, akan dikawal sepenuhnya oleh komputer dan boleh berinteraksi sesama sendiri tanpa campur tangan manusia atau dengan penglibatan manusia yang sangat minimun. Semua komponen yang dikawal oleh komputer akan datangini akan dapat mengesan sekiranya terdapat dengan segera jika terdapat kepincangan dalam sistem pengeluaran tersebut. Selain itu, ia juga dapat atau menjalan rutin untuk menyelenggarakan secara automatik seperti yang telah ditetapkan oleh sistem di kilang tersebut.

Pada 2014 ini, visi Internet of Things (Wikipedia, 2014) ialah untuk lebih berkembang dengan memberi penumpuan kepada beberapa teknologi seperti komunikasi tanpa wayar (wireless communication), Internet, sistem dalaman (embedded systems) dan micro-electromechanical systems (MEMS). Ini bermakna sistem dalaman, rangkaian sensor tanpa wayar, automasi (automasi pintar untuk rumah dan bangunan) dan sebagainya akan menyumbang kepada penggunaan Internet of Things (IoT) secara meluas dan berkesan kepada manusia.

Pada masa kini, bagi membolehkan sesebuah komputer beroperasi, atau teknologi Internet dapat dimanfaatkan sepenuhnya, maka sumbangan kepada isi kandungan Internet, kemasukkankemasukan data atau maklumat masih bergantung kepada manusia. Oleh itu, didapati hampir 50 petabytes (satu petabyte bersamaan 1,024 terabytes) data yang berada di Internet dimasukkan oleh manusia; melalui perkongsian dokumen, video, grafik, audio dan sumber-sumber lain ((Wikipedia, 2014). Namun, kelemahan manusia yang mempunyai masa yang terhad, perhatian dan ketepatan menyebabkan terdapat data tidak dapat di kumpul dengan baik pada setiap saat. Di sinilah bantuan IoT diperlukan untuk merekodkan data untuk dianalisis bagi kebaikan manusia akhirnya.

Justeru, boleh dikatakan bahawa IoT secara amnya bermaksud menghubungkan peralatan (things) kepada infrastruktur Internet (wayar atau tanpa wayar) dan menggunakan perhubungan tersebut untuk memantau atau mengawal peralatan secara jarak jauh. Biasanya, IoT menawarkan perhubungan kepada peranti, sistem dan perkhidmatan yang dikenali sebagai komunikasi mesin ke mesin (machine-to-machine communications - M2M) yang melibatkan pelbagai protokol, domain dan aplikasi.

Things atau peranti yang di maksudkan oleh IoT boleh merujuk kepada pelbagai jenis peranti seperti implan pemantauan jantung, transponder biochip pada haiwan ternakan, kereta yang dipasang sensor, atau peralatan yang digunakan oleh pihak bomba untuk tujuan mencari dan menyelamat. Di pasaran, terdapat sistem termostat pintar dan mesin basuh atau pengering yang menggunakan pemantauan secara tanpa wayar (wifi). Merujuk kepada Gartner terdapat hampir 26 bilion peranti akan berhubung yang dikenali sebagai Internet of Things menjelang 2020. ABI Research pula menjangkakan lebih daripada 30 bilion peranti akan berhubung secara tanpa wayar dan berhubung kepada Internet of Things (Internet of Everything) pada 2020.

Menurut Wikipedia (2014), wearable computing (peranti yang dipakai seperti jam atau gelang) akan terdapat pada setiap manusia dan menjadi keperluan setiap mereka. Contohnya, peranti mengesan degupan jantung pengguna akan menghantar signal kepada pihak perubatan sekiranya didapati penggunanya mempunyai masalah dengan jantung dan memerlukan pertolongan dengan kadar segera. Maka, bantuan daripada pusat perubatan yang berdekatan boleh diberi dengan kadar segera. Teknologi Radio-frequency Identification (RFID) pula boleh dipakai oleh anak-anak semasa mereka keluar dari rumah. Teknologi RFID ini akan memaklumkan kepada ibu bapa di mana anak mereka berada. Contohnya, signal daripada jam RFID yang dipakai oleh anak-anak akan memberi notifikasi apabila mereka telah sampai ke sekolah.

Internet of Things (IoT)

IoT secara ringkasnya merupakan lanjutan daripada teknologi Internet masa kini. Era digital ini membolehkan interaksi berlaku antara manusia dengan mesin/komputer (human-to-machine), mesin dengan manusia (machine-to-human) atau mesin dengan mesin (machine-to-machine). Tanpa disedari, kita secara tidak langsung terlibat dengan IoT dalam menjalankan aktiviti harian kita. Jika di pejabat, sistem perakaunan berinteraksi dengan sistem sumber manusia, jika di rumah, anak-anak bermain permainan komputer secara dalam talian dengan rakan dari tempat yang lain, jika di kedai, peniaga boleh menempah barangan secara dalam talian dan sebagainya. Contoh lain pula, data

Page 3: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/2014 53

yang diambil oleh beberapa CCTV di lebuh raya dimuat naik ke pelayan (server) komputer dan digunakan untuk dipaparkan di papan tanda digital yang terdapat lebuh raya atau telefon bimbit pengguna untuk memaklumkan situasi terkini lebuh raya. Ini adalah permulaan apabila kita melihat “things” akan berinteraksi sesama sendiri tanpa campur tangan manusia. Senario ini telah berlaku kini apabila kita melalui sesuatu kawasan, kita akan menerima mesej di telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi untuk memberitahu kemudahan seperti stesen minyak, rumah rehat, restoran makan segera dan sebagainya yang ada berhampiran dengan laluan kita. Kita juga boleh memuat turun aplikasi Waze untuk melihat apa kemudahan atau perkara yang ada sepanjang perjalanan kita. Waze dapat memberi info jika ada kesesakan jalan raya, kemalangan, sekatan jalan raya dan akan menunjukkan jalan yang paling selamat untuk dilalui.

Di samping itu, IoT merupakan suatu senario yang membolehkan kita melihat “things” atau peranti atau gajet berhubung antara satu dengan yang lain tanpa campur tangan manusia. Contohnya, sensor yang dipasang pada kereta atau pintu pagar rumah bertindak menghantar amaran (alert) ke telefon bimbit kita sekiranya pintu tidak berkunci.

Persekitaran Internet of Things (IoT)

Teknologi IoT ini bukanlah sesuatu yang masih baru. Penyelidikan dan pembangunan Internet bermula sejak tahun 1960-an lagi (yang kebanyakannya di gunakan

oleh universiti dan pihak ketenteraan). Sehingga tahun 1980-an, barulah penggunaan Internet diperkenalkan secara meluas kepada orang ramai. Pada awalnya, hanya komputer sahaja disambungkan kepada Internet. Tetapi sejak kebelakangan ini, didapati hampir ke semua telefon bimbit dan tablet berkemampuan untuk disambungkan ke Internet. Malah kini, terdapat beberapa peranti yang dilengkapi sensor disambungkan kepada Internet seperti sensor haba, kelembapan (humidity), pergerakan (motion) dan banyak lagi. Mengikut kajian (Mazlan, 2014), nisbah antara gajet-gajet (things) disambungkan ke Internet dan penduduk manusia menunjukkan bahawa “things” yg disambungkan ke Internet melebihi penduduk di dunia pada 2008 (penduduk dunia lebih kurang 6.7 bilion). Kajian juga mengatakan bahawa pada 2020 terdapat 50 bilion “things” yang akan disambungkan kepada Internet berbanding dengan penduduk manusia yang hanya 7.6 bilion pada masa itu.

Menurut Dr. Mazlan (2014), CEO REDtone, IoT berperanan untuk mengoptimumkan operasi, mengurangkan kos, merangsang produktiviti dan memperbaiki kehidupan. Justeru, diharapkan teknologi IoT dapat dimanfaatkan oleh pengguna dengan lebih baik lagi. Ia boleh menjadi deria ke enam manusia bagi membantu lima pancaindera yang dianugerahi Tuhan seperti bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. IoT ini boleh menjadi sensor kepada pancaindera manusia kerana ia dapat menyimpan data yang banyak pada bila-bila masa kerana ia berada di luar kemampuan - manusia. Sebagai contoh, IoT atau peranti (sensor) yang dipasang

Page 4: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/201454

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

di kediaman boleh bertindak menghubungi sensor yang berada di syarikat keselamatan atau polis jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di kediaman seperti kejadian pecah rumah. Malah, apabila kita meninggalkan rumah, penggera keselamatan berfungsi secara automatik dan mematikan segala perkakas elektrik yang tidak digunakan untuk menjimatkan tenaga.

Teknologi IoT menyediakan kemudahan untuk manusia yang ingin mencari jalan untuk mengautomasikan banyak perkara terutama yang sering dilakukan seperti menghidupkan lampu atau penghawa dingin mengikut perubahan persekitarannya; sejuk, panas, gelap atau terang. Malah, terdapat teknologi seperti terdapat peranti kawalan kepada kereta untuk memarkir sendiri tanpa bantuan daripada tuannya. Jadi, ini adalah sebahagian daripada tugas-tugas harian yang boleh diautomasikan melalui IoT. Peranti-peranti yang mempunyai sensor yang berkaitan akan berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon atau mana-mana rangkaian komunikasi (Internet). Terdapat juga perisian pintar yang boleh mempelajari tabiat dan lokasi kita untuk memberikan cadangan yang lebih tepat.

Aplikasi Internet of Things (IoT)

Aplikasi IoT bukan hanya digunakan untuk kemudahan pengguna isi rumah semata-mata. Malah ia lebih penting lagi dalam membantu industri yang diusahakan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Berikut merupakan persekitaran yang menggunakan teknologi IoT dalam melicinkan tugasan mereka (Wikipedia, 2014).

Pemantauan Alam Sekitar (Environmental Monitoring)

Aplikasi pemantauan alam sekitar menggunakan teknologi IoT yang menggunakan sensor khas untuk mengawasi alam sekitar dengan memantau kualiti udara dan air, keadaan atmosfera atau tanah, dan meninjau dan merekodkan pergerakan binatang liar dan habitatnya. Pembangunan peranti yang dihubungkan dengan Internet ini membolehkan lain-lain aplikasi seperti sistem amaran awal gempa bumi atau tsunami berhubung dengan perkhidmatan kecemasan untuk memberi bantuan yang lebih efektif. Peranti IoT perlu diletakkan di kawasan yang luas dan boleh dipindah dengan mudah.

Pengurusan Infrastruktur (Infrastructure Management)

Operasi memantau dan mengawal infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar seperti jambatan, trek kereta api, dan kincir angin merupakan fungsi utama aplikasi IoT. Aplikasi infrastruktur IoT digunakan untuk

memantau sebarang perubahan struktur yang melibatkan ketidakselamatan dan mengakibatkan risiko kepada persekitarannya. Ia juga membolehkan penyediaan penyelenggaraan berkala dengan cekap hasil koordinasi antara pembekal perkhidmatan dan pengguna. Peranti IoT ini digunakan untuk mengawal infrastruktur yang kritikal seperti jambatan yang menghalang laluan kepada kapal besar. Kegunaan peranti IoT diperlukan untuk memantau operasi infrastruktur bagi meningkatkan pengurusan kemalangan dan mengkoordinasi tindakan yang perlu kepada tindak balas kecemasan, dan menjamin perkhidmatan berkualiti kepada infrastruktur tersebut.

Aplikasi Perindustrian (Industrial Applications)

Kawalan rangkaian dan pengurusan peralatan perindustrian, aset dan pengurusan situasi atau kawalan proses perkilangan menggunakan teknologi IoT sebagai aplikasi industri dan perkilangan pintar. Sistem pintar (intelligent systems) IoT membolehkan penghasilan pengeluaran produk baru, tindak balas yang dinamik kepada permintaan produk, dan mengoptimumkan masa sebenar (real-time) pengeluaran dengan merangkaikan mesin, sensor dan sistem dalam meningkatkan pengeluaran yang lebih produktif.

Sistem kawalan digital dibangunkan untuk mengawal proses secara automatik, dan sistem operator dan maklumat perkhidmatan pula untuk optimumkan keselamatan bangunan yang dimanfaatkan daripada teknologi IoT. Malah, ia dipertingkatkan sehingga sistem-sistem ini boleh mengurus aset melalui penyelenggaraan yang dijangka, penilaian statistik dan mengukur kepada kebolehpercayaan (measurements to maximize reliability) sesebuah bangunan untuk beroperasi seperti yang diharapkan (contohnya: sistem berupaya bertindak menghubungi pihak bomba jika terdapat kebakaran). Sistem pintar pengurusan industri juga boleh di integrasi dengan Smart Grid, iaitu mengoptimumkan tenaga secara masa sebenar (real-time energy optimization). Pengurusan pengukuran, kawalan secara automatik, mengoptimumkan kecekapan loji, kesihatan dan keselamatan, dan lain-lain fungsi yang dikawal oleh sensor dalam satu rangkaian yang besar. Contohnya; loji penjana kuasa boleh memperuntukkan sejumlah tenaga elektrik mengikut keperluan sesebuah kawasan berdasarkan data yang diperoleh dari sistem yang dipasang dalam bangunan kawasan tersebut.

Pengurusan Tenaga (Energy Management)

Integrasi antara sistem yang bersambung kepada Internet, mengoptimumkan penggunaan tenaga

Page 5: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/2014 55

secara keseluruhannya. Peranti IoT diperlukan untuk mengintegrasikan semua peranti yang berkaitan dengan tenaga (papan suis, outlet kuasa, lampu, televisyen, dan lain-lain) dan boleh berkomunikasi dengan syarikat yang membekalkan utiliti tersebut supaya membolehkan mereka mengimbangkan penawaran pengeluaran tenaga dengan lebih berkesan. Integrasi peranti melalui IoT ini memberi peluang kepada pengguna mengawal peranti mereka secara jarak jauh atau secara berpusat melalui teknologi cloud dan mempunyai fungsi menjadualkan aktiviti seperti menghidupkan dan mematikan sistem pemanasan atau penyejukan secara jarak jauh, mengawal ketuhar, menukar pencahayaan lampu dan sebagainya. Malah, terdapat sistem yang telah digunakan untuk mengawal aktiviti tenaga di kedai elektrik telah berada di pasaran seperti Belkin's WeMo dan Ambery Remote Power Switch.

Sistem Perubatan dan Kesihatan (Medical and Healthcare Systems)

Peranti IoT boleh digunakan untuk sistem pemantauan kesihatan dan menghantar notifikasi kecemasan secara jarak jauh. Peranti pemantauan kesihatan boleh memantau tekanan darah, tekanan jantung dan lain-lain. Ia boleh diguna pakai oleh semua yang memerlukannya terutama warga emas yang biasanya mengalami masalah jantung, pendengaran dan darah tinggi. Ini membolehkan pemantauan dan penjagaan yang sempurna dibuat serta membantu mereka yang hilang upaya melalui jadual terapi berkala. Alatan lain yang sesuai untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna adalah alat memantau degupan jantung.

Automasi Bangunan dan Rumah (Building and Home Automation)

Peranti IoT digunakan untuk memantau dan mengawal sistem mekanikal, elektrik dan elektronik yang digunakan dalam bangunan dan rumah. Sistem automasi ini boleh mengawal lampu, alat pemanas, pengudaraan, penghawa dingin, peralatan elektrik, sistem komunikasi (radio/televisyen), hiburan dan penggera. Ia bermanfaat untuk menambahbaikkan kemudahan, keselesaan, penggunaan kecekapan tenaga dan tahap keselamatan di rumah dan bangunan tersebut.

Sistem Pengangkutan (Transport Systems)

IoT boleh membantu untuk mengintegrasikan komunikasi, kawalan dan pemprosesan maklumat melalui pelbagai sistem pengangkutan. Aplikasi IoT untuk semua sistem pengangkutan seperti kenderaan, infrastruktur dan pemandu atau pengguna. Interaksi dinamik antara semua

komponen dalam sistem pengangkutan membolehkan komunikasi antara dan dalam kenderaan (inter and intra vehicular communication), kawalan trafik pintar, parkir pintar, sistem pungutan tol elektronik, pengurusan logistik dan fasiliti, mengawal kenderaan dan keselamatan serta bantuan jalan raya.

Penyebaran Skala Besar (Large Scale Deployments)

Pada masa kini, terdapat beberapa perancangan untuk menggunakan teknologi IoT secara besar-besaran bagi menjadikan sistem pengurusan bandar dengan lebih cekap lagi. Sebagai contoh, bandar Songdo di Korea Selatan sedang menuju ke arah bandar yang mempunyai teknologi IoT dalam pengurusannya serta sekali gus menjadikannya sebagai bandar pintar (ubiquitous city) secara keseluruhannya. Hampir semua peranti yang terdapat di bandar ini akan disambung, dipantau dan dianalisis datanya oleh komputer dengan penglibatan manusia yang minimum atau hampir-hampir tiada langsung.

Merujuk kepada UN World Urbanization Prospects (Natalia, 2011), kawasan bandar di seluruh dunia dijangka mempunyai kepadatan penduduk untuk empat dekad yang akan datang. Negara Eropah merupakan salah satu negara yang mempunyai tahap kebandarannya yang tinggi menjelang 2050, dan dijangka mencapai sehingga 84 peratus menjadi bandar. Ini membawaber maksud, penduduk bandar akan semakin bertambah kerana penghijrahan penduduk luar bandar. Oleh itu, ia menjadi cabaran kepada pembuat polisi dan pengurusan bandar untuk memastikan pengurusan yang lebih cekap, tanpa mengorbankan atau bersikap sambil lewa tentang kemapanan bandar raya apabila mereka bentuk model pengurusan bandar raya untuk masa akan datang. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau IoT ini juga telah menjadikan Santander, Sepanyol sebagai sebuah bandar pintar dan banyak inisiatif IoT sedang dibangunkan. Semua inisiatif ini untuk kebaikan penduduknya. Data yang diperoleh daripada pelbagai “things” (sensor, kamera dan sebagainya) akan analisis dan dipaparkan di stesen bas, dalam bas dan tempat-tempat tumpuan yang strategik.

Semua things berkomunikasi antara mereka dan hasilnya adalah dalam bentuk maklumat pengangkutan awam, trafik, maklumat kualiti udara, air dan sebagainya. Sehingga kini, seramai 18,000 orang daripada 180,000 orang penduduk bandar Santander telah memuat turun aplikasi bandar (city application) ke telefon pintar mereka. Aplikasi ini berhubung dengan 10,000 sensor yang memberi perkhidmatan seperti pencarian parkir, pemantauan alam sekitar, agenda bandar digital dan sebagainya. Maklumat yang dikumpulkan ini memberi

Page 6: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/201456

peluang kepada peniaga memanfaatkan sistem mereka untuk menghantar notifikasi, iklan atau promosi barangan mereka berdasarkan tabiat penduduk bandar ini.

Banyak lagi contoh-contoh projek lain yang sedang dibangunkan untuk menjadikan IoT sebagai pemangkin kepada sebuah bandar pintar contohnya Sino-Singapore Guangzhou Knowledge City (SSGKC) di China iaitu kerjasama antara negara China dan Singapura. Visi projek SSGKC ini untuk menjadi sebuah bandar yang unik, sebuah kota yang hidup dan mampan yang mampu menarik mereka yang mempunyai kepakaran dan menjadikan bandar ini yang menempatkan industri yang berasaskan pengetahuan. Di samping itu, dapat bertindak sebagai model dan pemangkin kepada transformasi ekonomi Guangdong. Malah, terdapat juga projek yang bermatlamat untuk menambah baik kualiti udara dan air, mengurangkan pencemaran bunyi, dan meningkatkan kecekapan pengangkutan seperti yang terdapat di San

Jadual 1: Contoh Konsep Bidang Utama dalam Bandar Pintar (Bandar pintar terpilih sahaja)

BIDANG UTAMA CONTOH

Telecom network

• Broadband development (Chattanooga, Dakota County)• Home automation (Lavasa, Malaga, and Masdar)• Internet access in public libraries (Cape Town)• ICT sector support and ICT training (Cape Town)

Energy

• Energy networks, such as smart grids, smart meters, smart buildings (Amsterdam, Chattanooga, Dublin, Malaga, Masdar)

• Renewable energy sources in a smart grid (Malaga)• Electric vehicles (Amsterdam, Malaga)• Power quality monitoring (Lavasa)• Energy conservation monitoring (Shenyang)

Transport• City transport systems (Dublin, Lavasa, Shenyang, Trondheim, Dakota County)• Consolidated parking management technology (Lavasa)• Geographic Information System (GIS) (Lavasa)

Business support

• Library business corners for starting and running small businesses (Cape Town)• Digital business centers with telephones, faxes, scanners, photocopiers (Cape Town)• Retail (Masdar)• Business incubation center (Suwon)• Climate street (Amsterdam)• Electronic trade office (Suwon)

Intelligent community framework

• Guide for planning (Dakota County)• Education (Gdansk)• Recreation (Gdansk, Chattanooga, Dakota County)• Integrated security command center (Lavasa)• Automated messaging/mass Short Message Service (SMS) from a citizen call center

(Lavasa)• Consolidated billing (Lavasa)• Residential (Masdar, Trondheim)• City administration center (Suwon)

Jose, California serta pembangunan sistem pengurusan trafik pintar di Singapura selatan.

Antara contoh lain penggunaan teknologi IoT yang telah pun siap ialah New York Waterways (NYWW), New York Iaitu bandar yang boleh dipantau oleh semua kapal secara langsung 24/7 (24 jam 7 hari seminggu). Rangkaian ini di reka oleh Fluidmesh Networks, sebuah syarikat yang berpangkalan di Chicago dan terlibat untuk membangunkan rangkaian tanpa wayar untuk aplikasi yang mempunyai misi kritikal (mission critical applications). Pada masa ini. rangkaian NYWW mempunyai liputan kepada Hudson River, East River, dan Upper New York Bay. Dengan rangkaian tanpa wayar ini, NYWW berupaya mengawal aliran kapal dan penumpangnya yang sebelum ini agak mustahil untuk manusia melakukannya. Aplikasi baru ini merangkumi keselamatan, pengurusan tenaga dan kapal, papan tanda digital, WiFi untuk kegunaan awam, tiket tanpa kertas dan banyak lagi.

Page 7: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/2014 57

Public utilities

• Water and sewage (Gdansk, Shenyang)• Streets (Gdansk)• Waste management (PlanIT Valley)• Food supply (Shenyang)

Industry sectors • Petrochemical (Jubail)

Eco-sustainability• Integrated environmental measures (Lavasa)• Smart building (PlanIT Valley, Masdar)• Environment management (Shenyang)

Technology development and innovation (academic based) • Technology and innovation centers (Masdar and MIT)

Sumber: Alcatel-Lucent Market Analysis, 2012

menggabungkan kesemua usaha IoT ini secara bersepadu dan mengeluarkan beberapa produk atau aplikasi IoT di Malaysia.

Setiap tahun terdapat sebuah pameran elektronik yang diadakan di AmerikaAmerika Syarikat (USA) yang dikenali sebagai Consumer Electronics Show (CES). Pada tahun ini, banyak alat elektronik yang dipamerkan bertemakan IoT sehinggakan ramai penganalisis industri menamakan tahun 2014 sebagai tahun IoT. Maka, MIMOS juga perlu menekankan dan menyediakan program kesedaran tentang kebaikan teknologi IoT kepada organisasi kerajaan.

Perkembangan teknologi ICT semakin pesat. Teknologi yang terbaik ialah apabila teknologi tersebut seolah-olah ghaib (invisible) tetapi kita menggunakan teknologi tersebut tanpa kita sedari. Sebagai contoh, kalau dahulu kita terpaksa membeli alatan Geographic Positioning System (GPS), tetapi kini ia menjadi sebahagian daripada peralatan kereta itu sendiri. Kita juga boleh menggantikan kamera atau telefon bimbit dengan aplikasi Google Glass (cermin mata) untuk mengambil gambar, merakam suara atau merakam video. Gajet yang menjadi gelang atau jam boleh merakam dan menghantar data seperti berapa langkah kita berjalan atau berlari, dan bagaimana kita tidur setiap malam. Telefon bimbit kita juga mempunyai banyak sensor yang boleh merakam secara automatik keadaan sekeliling atau aktiviti yang dilakukan oleh pengguna telefon itu sendiri. Kasut dan baju akan dilengkapi dengan sensor kecil (wearable devices) yang akan sentiasa merakam kesihatan dan aktiviti seseorang itu. Ini adalah antara lain-lain gambaran tentang teknologi akan datang yang seolah-olah semakin “ghaib” tetapi ia memerlukan kepintaran kerana banyak data yang dikutip atau disimpan tidak memberi makna sekiranya data tersebut tidak diolah menjadi maklumat. Namun, itu sahaja tidak cukup kerana sekiranya maklumat itu tidak dimanfaatkan menjadi ilmu pengetahuan.

Peranan Agensi Kerajaan dan Swasta

Peranti IoT berperanan untuk mengoptimumkan operasi, mengurangkan kos, merangsang produktiviti dan memperbaiki kehidupan. Gajet ini mempunyai sensor yang berkaitan dan akan berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon atau mana-mana rangkaian komunikasi (Internet). Terdapat perisian pintar yang akan mempelajari tabiat dan lokasi kita untuk memberikan cadangan yang lebih tepat. Justeru, adalah wajar agensi kerajaan seperti MIMOS memainkan peranan untuk memperkembangkan teknologi ini. Walau bagaimanapun, sebelum kita dapat merealisasikan bagaimana “things” ini boleh “merasa”, “berhubung” dan “berfikir” sendiri, peranti IoT memerlukan beberapa teknologi yang berlainan dan disepadukan. Dalam zaman teknologi yang semakin berkembang pesat, kita dapat melihat sensor pintar boleh menjadi lebih kecil, lebih cerdik dan dapat berhubung tanpa wayar. Apabila semua data ini di kumpul daripada pelbagai sensor, ia menjadi semakin banyak. Maka istilah “big data” pula muncul. Memang terdapat kaitan antara big data dan IoT. Data daripada big data dianalisis dan disebarkan melalui IoT, dan untuk membuat ramalan yang tepat, cara analisis yang lebih pintar diperlukan.

Oleh kerana MIMOS sudah sekian lama menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi seperti membuat cip yang lebih kecil, teknologi sensor, perhubungan secara tanpa wayar, Big Data, teknologi pengetahuan (Knowledge Technology), maka amat sesuai teknologi ini dimaklumkan kepada umum. Mungkin gerakan koperasi dapat menggunakan teknologi ini di dalam pengurusan dan aktiviti yang mereka jalankan. MIMOS adalah sebuah agensi R&D dalam ICT di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), maka adalah amat sesuai sekiranya MIMOS dapat

Page 8: Internet Things of (IoT)

Bil. 44/201458

Rujukan

Kesimpulan

Kewujudan peranti IoT merupakan teknologi yang tidak boleh kita nafikan lagi. Tanpa disedari, kita telah menggunakannya hampir setiap hari. Oleh itu, koperasi perlu mengambil langkah proaktif untuk menjadikan teknologi IoT sebagai sebahagian cara kerja untuk meningkatkan produktiviti dan perhubungan dua hala antara anggota dan koperasi. Koperasi perlu memikirkan peranti yang boleh digunakan di dalam aktiviti yang sedia

ada atau membangunkan aktiviti baru yang menggunakan teknologi IoT sebagai cara untuk terus berhubung dengan anggota. Ini untuk memastikan anggota boleh dihubungi tanpa halangan tempat dan masa untuk menyampaikan informasi terkini koperasi. Notifikasi juga akan sentiasa diberi dan diterima oleh anggota untuk sama-sama memajukan koperasi masing-masing.

ABI Research .(2014). More than 30 billion devices will wirelessly connect to the internet of everything in 2020. Dicapai dari https://www.abiresearch.com/ press/more-than-30-billion-devices-will-wirelessly-conne.

Ashton, K. (2009). That ‘Internet of things’ thing. RFiD Journal, 22, 97-114.

Faisal Ramadoni .(2014). Apa itu Internet of things? Dicapai dari http://teknojurnal.com/definisi-internet-of-things/.

Holler, J., Tsiatsis, V., Mulligan, C., Avesand, S., Karnouskos, S., & Boyle, D. (2014). From Machine-to-machine to the Internet of Things: Introduction to a New Age of Intelligence. Academic Press.

Jim Chase .(2013). The evolution of the Internet of things. White paper: Texas Instruments. Dicapai dari http://ww.ti.com/lit/ml/swrb028/swrb028.pdf.

Mazlan Abbas, personal communication, Februari 5,2014.

Natalia, M. R. (2011). Smart cities: innovation becoming a reality. Dicapai dari http://www.publicpolicy.telefonica.com/blogs/blog/2011/11/18/smart-cities-innovati on-becoming-a-reality/.

Sino-Singapore Guangzhou Knowledge City Investment and Development Co. Ltd .(2012). Sino-Singapore Guangzhou Knowledge City: A vision for a city today, a city of vision tomorrow. Dicapai dari http://www.ssgkc.com/.

Stamford, C.(2013). Gartner says the Internet of things installed base will grow to 26 billion units by 2020. Dicapai dari http://www.gartner.com/newsroom/id/2636073.

The connectivist.(2014). Infographic: the growth of the internet of things. Dicapai dari http://www.theconnectivist.com/2 014/05/infographic-the-growth-of-the-internet-of-things/.

The Internet of Things. Paper presented at the 4th International Conference. (2014, Oktober 6 – 8), Cambridge, Massachusetts USA.

Wikipedia.(2014). Internet of things. Dicapai dari http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_of_Things.

Wikipedia. (2014). Wearable computer. Dicapai pada 4 November 2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/ Wearable_computer.

Wigmore, I. (2014). Internet of things (iot). TechTarget.