31
Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah : Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai. Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.

Isipadu Cecair - Summit Hotel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Matematik

Citation preview

Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah

Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah :

Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah

Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.

Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.

Langkah-langkah :

1. Murid dibahagikan kepada  lima kumpulan dan mempunyai lima orang ahli.Murid diminta bekerja secara koperatif.2. Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.3. Berikan bahan-bahan yang disediakan di hadapan kelas kepada setiap kumpulan.

4. Minta murid mengisi air berwarna ke dalam gelas dan kemudian menuangkan air berwarna itu ke dalam silinder penyukat.5. Ulang dengan  bekas-bekas yang lain.6. Minta murid rekod bacaan air berwarna di dalam jadual dibawah :

7. Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah:       Air di dalam gelas ialah __________liter.       Air di dalam cawan ialah __________liter.       Air di dalam botol mineral ialah __________liter.       Air di dalam teko ialah _________liter.8. Minta murid membincangkan dan membuat perbandingan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil dan paling besar.9. Perbentangan kumpulan.

Lembaran kerja

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR

Mengajar konsep isipadu cecair bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai seorang guru

matematik yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid seperti

miskonsepsi isipadu cecair, maka adalah wajar jika guru-guru berusaha untuk menyediakan

bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai, berkesan dan yang paling penting ialah dapat

membantu murid-murid memahami konsep isipadu cecair. Berikut adalah ciri-ciri BBM yang

saya pilih:

            i.          Sesuai untuk topik isipadu cecair

            ii.         Murah dan mudah didapati

            iii.        Berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih

konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh.

            iv.        Boleh digunapakai oleh semua murid tanpa mengira tahap kebolehan

dan kecerdasan mereka.

Maka dengan itu, untuk topik ini saya akan menggunakan bahan-bahan buangan (terpakai)

bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai/bukan standard isipadu cecair. Bahan-bahan

tersebut adalah seperti yang berikut:

Botol plastik bekas minuman ini boleh diperolehi dalam beberapa saiz seperti 1.5

Liter, 1 Liter dan 0.5 Liter. Botol ini boleh didapati dengan mudah dengan kos yang murah.

Botol adalah relevan bagi murid kerana mereka sudah biasa melihatnya.Gelas juga adalah

bahan yang mudah didapati serta murid sudah biasa dengan bahan ini. Cuma satu perkara

yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah bahan ini perlu diguna dengan berhati-hati

kerana ia mudah pecah.

Bahan bantu mengajar yang saya pilih diatas adalah amat sesuai untuk

memperkenalkan konsep isipadu cecair terutamanya kepada murid-murid di tahun dua kerana

ianya blum melibatkan unit standard. Bahan ini juga amat sesuai digunakan untuk

memperkenalkan istilah-istilah ‘kurang’, ‘separuh’, ‘kosong’, ‘penuh’ dan ‘lebih separuh’

kepada murid-murid tahun 2 kerana pada peringkat inimereka masih lagi belum

menggunakan ukuran piawai, maka bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam P&P

adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang tepat.Seterusnya Bahan bantu mengajar

yang sesuai digunakan terutamanya bagi murid-murid cerdas ialah silinder penyukat dan

bikar:

Pada peringkat murid-murid di tahun 2, mengukur isipadu cecair bukanlah satu perkara yang

mudah kerana untuk menggunakan silinder penyukat, kita memerlukan kemahiran dan

pengalaman. Lagipun, bagi mendapatkan bacaan yang betul, silinder penyukat perlu

diletakkan di permukaan yang rata. Semasa mengambil bacaan, pastikan mata kita berada

pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan

cecair tersebut. Namun bahan bantu mengajar ini relevan untuk digunakan sebagai pengayaan

atau hanya untuk membiasakan murid-murid dengan cara menyukat isipadu cecair dengan

menggunakan sulatan piawai yang betul. Begitu juga dengan bikar yang mempunyai sukatan.

Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar murid-murid dalam memperkenalkan konsep

isipadu cecair. Silinder penyukat dan bikar sebenarnya bukannya bahan yang asing bagi

murid-murid kerana bahan-bahan ini selalunya ada di makmal sains. Dengan menggunakan

kedua-dua bahan bantu mengajar ini, saya juga agar murid-murid memahami serba sedikit

tentang kegunaan skala di tepi bikar dan silinder penyukat itu tersebut sekaligus

menimbulkan semangat ingin tahu mereka.

http://www.youtube.com/watch?v=D_g0U3vxr18&feature=related

PENGENALAN

Isipadu cecair adalah kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas. Ia disukat

dengan menggunakan alat penyukat cecair. Alat penyukat mempunyai 2 jenis iaitu alat

penyukat yang menggunakan alat yang digunakan dalam bentuk alat unit piawai dan alat

bukan unit piawai. Menyukat dalam unit piawai ialah menggunakan alat penyukat yang

mempunyai sukatan iaitu seperti bikar, tabung uji, picagari dan selinder penyukat. Manakala

menyukat dengan menggunakan unit bukan piawai ialah dengan menggunakan bahan yang

tiada penyukat yang tetap iaitu seperti cawan, mangkuk, jug air, botol, baldi dan gelas. Dalam

pengukuran, alat bukan piawai sebenar biasanya diukur dengan membuat perbandingan iaitu

seperti kurang, lebih atau sama. Manakala dalam pengukuran dengan mengunakan alat

piawai sebenar pula ia menggunakan unit dalam sistem metrik iaitu menggunakan sukatan

mililiter (ml) ataupun liter (l).

Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa

yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi

kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan

sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka

juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu

nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan

apa-apa nombor.

SALAH KONSEP / KEKELIRUAN

Ramai murid mengalami kekeliruan atau salah konsep dalam menyukat dan juga

membanding beza isipadu cecair. Dalam menyukat, kebiasaannya murid silap cara untuk

mendapatkan sukatan, dan murid juga keliru dalam membanding bezakan isipadu cecair

dengan menggunakan bekas yang berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas. Dalam

mengatasi masalah ini, guru hendaklah menggunakan pelbagai cara dan aktiviti dalam

pemahaman murid terhadap cara membaca sukatan dan juga membuat banding beza terhadap

isipadu cecair. Pelbagai bahan dan bekas boleh di bawa ke kelas. Alat-alat bantu mengajar ini

boleh didapati oleh murid di persekitaran rumah mereka .

Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka

sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada

lebih isinya”.

Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa

berlaku  salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak

datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan

dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun

perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat

perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila

ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih  tinggi

ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi

walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula

dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.

Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan

pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh

mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh

mengisi lebih.       

Screen-reader users, click here to turn off Google Instant.

Search Results

1.

bahan ppt i

400 × 223 - sagadbl.com