15
ISL MINGGU 10 Tajuk: Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963, 1964-kini. Sumber: http://www.slideshare.net/zue5588/pembangunan-politik- dlam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysia United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

ISL 10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

v

Citation preview

ISL

ISLMINGGU 10

Tajuk: Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963, 1964-kini.

Sumber: http://www.slideshare.net/zue5588/pembangunan-politik-dlam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysiaUnited Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Sumber:http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/03/pembangunan-politik-dalam-konteks.html

Kerjasama Semasa British Ciri-ciri strategi British ke arah Negara-bangsa di Tanah Melayu Berperingkat-peringkat (peringkat awal, terhad; meluas selepas Malayan Union, penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British) Pemisahan dan pembahagian kuasa (kuasa Sultan dihadkan) Kerjasama semasa & selepas Pendudukan Jepun Mengajar pentingnya kerjasama antara etnik untuk mencapai objektif politik Contoh kerjasama antara etnik: AMCJA-PUTERA UMNO-MCA, MIC

Kembalinya British ke Tanah Melayu membawa Malayan Union.

Malayan Union sebagai Negara-bangsa bersifat unitary, dan kesaksamaanCiri-ciri Malayan Union: Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali hal berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu Hak kerakyatan berasaskan prinsip jus soli.

Tentangan membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di bawah Dato Onn Jaafar.

Penubuhan MIC (1946) dan MCA(1949)- kesediaan untuk kerjasama dengan Melayu.

Hasil kerjasama UMNO, MCA, MIC, menang 51 daripada 52 kerusi MPP 1956.

Dato Onn keluar UMNO dan tubuhkan IMP kerana cadangan untuk buka UMNO kepada bukan Melayu tidak dipersetujui.

Kerjasama Selepas Penubuhan Malaysia Parti Perikatan Barisan Nasional 1972 (ahli-ahli baru: PAS, Gerakan dan SUPP)

Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik.

Sarawak SUPP ditubuhkan 1959: Sebagai persediaan untuk pemerintahan sendiri Asalnya multi-etnik, tetapi berubah setelah calon bukan Cina kalah dalam PR 1963.

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan parti masing-masing.

Di kalangan Dayak dan Iban: SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dari kawasan Skrang-Saribas pada 1961) dan dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tidak mendapat tempat dalam SNAP, maka Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dari Rejang pada 1962

Bagi Melayu dan Melanau, 2 parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkan pada tahun 1960 dipimpin oleh golongan perabangan dari Kuching iaitu Abang Mustapha.2. Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961 dutubuhkan oleh Melayu/Melanau dari Lembah Rejang atas dakwaan mereka tidak diwakili dalam PANAS.

Perubahan besar proses politik di Sarawak selepas Malaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu dan Melanau.

Bagi etnik Cina: Selepas tahun 1970, SUPP menjadi teman pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas pilihanraya umum tahun 1969/71. Di akhir 1970-an, DAP muncul di Sarawak sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan Cina.

Etnik Melayu dan Melanau: Perpaduan politik semakin kukuh sejak penggabungan Berjasa dan PANAS dalam Parti Bumiputera untuk membentuk PBB (Pasti Pesaka Bumiputera Bersatu) pada pertengahan 1970-an.

Kini, dalam konteks percaturan politik: Etnik Dayak dan Iban berpecah kepada PBB, SPDP, PRS dan SUPP yang berada dalam Barisan Nasional. Juga di antara SNAP dan beberapa puak daripada peninggalan pengharaman PBDS iaitu kumpulan Moggie-Tajeim dan MDC( Malaysian Dayak Congress) yang masih menunggu pendaftarannya diluluskan. Sabah: Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain terpisah berasaskan anutan agama.

Justeru parti-parti yang ditubuhkan akan mendapat sokongan daripada peribumi beragama Islam dan Kristian.

Sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Sabah diperintah oleh semua etnik utama negeri.

Ini bermula dengan Donald Stephen: Menubuhkan parti UNKO (united Kadazan National Organization) pada Ogos 1961. Bagi menyatupadukan Kadazandusun dan bumiputera bukan Islam.

Kemudian Mustapha Harun: Menubuhkan USNO (United Sabah National Organisation) pada Disember 1961. Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain.

Cina bernaung di bawah SCA (Sabah Chinese Association)

Antara beberapa parti politik di Sabah: UNKO-Donald Stephen USNO-Mustapha Harun Parti Berjaya-Harris Salleh Parti Bersatu Sabah (PBS)- Joseph Pairin Kitingan UMN.

Kejatuhan PBS membawa perubahan besar kepada proses politik di sabah daripada beberapa sudut.1. UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran di antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya semua mempunyai peluang untuk memerintah.2. Keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baru dapat PBRS (parti Bersatu rakyat Sabah), dan PDS (parti Demokratik Sabah), yang melibatkan pemimpin utama daripada PBS yang telah meninggalkan parti tersebut.

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada Inggeris pada tahun 1957, satu perjanjian- kontrak sosial dicapai antara Melayu dan bukan Melayu

Kontrak Sosial ini bertambah kompleks apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan Singapura.

Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemen-elemen khasnya yang turut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kontrak Sosial 1957 Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan Raja British (1948), Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan wakil Raja British) yang mempunyai kuasa yang luas dalam hal membuat undang-undang dan menjalankan pentadbiran negeri. Mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan yang berhak membuat undang-undang sebagaimana termaktub dalam Jadual Perjanjian 1948 dan sehubungan itu lahirlah Perlembagaan Malaya 1948 Perlembagaan Malaya 1948: Mengandungi kuasa perundangan tetapi member kuasa pentadbiran kepada kerajaan-kerajaan negeri di Malaya. Mengandungi peruntukan khas yang bertujuan melindungi kuasa Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu.

Pilihanraya pertama (Jun 1955) telah diadakan untuk memilih ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan Malaya.

Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihanraya tersebut dengan mendapat 51 kerusi, manakala satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu Tahun 1956 satu persidangan telah diadakan di London antara pemimpin Parti Perikatan dengan pihak British.

Persidangan tersebut telah memutuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi sebuah Negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Lanjutan daripada persidangan tersebut, satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956.

Tugas utama Suruhanjaya Reid: Merangka satu perlembagaan persekutuan bagi mewujudkan satu kerajaan pusat yang kuat dan dapat memerintah dengan baik.

Perkara yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid: Kewarganegaraan Kedudukan Raja-raja Melayu Pembahagian kuasa antara negeri dan kerajaan pusat Hak-hak istimewa orang Melayu

Dalam usaha merangka perlembagaan, Suruhanjaya Reid turut meminta pandangan daripada Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin parti politik, dan pandangan serta cadangan daripada orang ramai.

Antara perkara yang menjadi perhatian utama adalah tuntutan-tuntutan daripada orang Melayu dan bukan Melayu.

Di antara perkara penting kontrak sosial adalah seperti berikut:1. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak boleh dipersoal2. Hal istimewa Melayu berdasarkan prinsip jus soli bagi yang lahir selepas Persekutuan Tanah Melayu3. Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan4. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain(Cina dan Tamil) boleh digunakan.Perjanjian Malaysia, 1963 Tidak mengubah kontrak sosial

Merupakan persetujuan yang dicapai di antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963.

20 perkara merupakan suatu dokumen yang mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju menyertai Malaysia.

20 perkara tersebut menyentuh: Agama Bahasa Perlembagaan Imigresen Kewangan Bumiputera SabahHubungan Etnik selepas penubuhan MalaysiaBentuk Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibat melihat faedah daripada proses tersebut. Di Negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung pihak kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down. Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan merupakan suntikan penting daripada kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.Pencapaian Dalam pembangunan ekonomi memang wujud ukuran tertentu yang boleh dijadikan penanda aras pencapaiannya Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan yang menyentuh soal perpaduan Negara. Dasar pelajaran kebangsaan misalnya, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah satu langkah mewujudkan perpaduan

Tajuk: Mengenalpasti fasal-fasal dalam Perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi.