27
KRAF TRADISIONAL UKIRAN KelabuAsapArt.bl ogspot.com

ISL Minggu 9 Ukiran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv

Citation preview

Page 1: ISL Minggu 9 Ukiran

KRAF TRADISIONAL UKIRAN

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 2: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.

Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Page 3: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

SEJARAH PERKEMBANGAN

Sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk.

Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477.

Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu.

Page 4: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam.

Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

(Sambungan)SEJARAH PERKEMBANGAN

Page 5: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

BENTUK-BENTUK UKIRAN

1. Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Page 6: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

BENTUK-BENTUK UKIRAN

2 . Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

3. Ukiran Arca

Page 7: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

BENTUK-BENTUK UKIRAN

4. Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya

sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian- bahagian tertentu dan dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

5. Ukiran Kayu

Hanyut

Page 8: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

TOKOH UKIRAN

1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir.

Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal.

Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu.

Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.

Page 9: ISL Minggu 9 Ukiran

KelabuAsapArt.blogspot.com

TOKOH UKIRAN

2. Tuan Haji Wan Su bin

Othman

Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu.

Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu.

Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu.

Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

Page 10: ISL Minggu 9 Ukiran

Proses Penghasilan

Page 11: ISL Minggu 9 Ukiran
Page 12: ISL Minggu 9 Ukiran
Page 13: ISL Minggu 9 Ukiran
Page 14: ISL Minggu 9 Ukiran
Page 15: ISL Minggu 9 Ukiran

DEFINISI ANYAMAN

• Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

Page 16: ISL Minggu 9 Ukiran

Sejarah anyaman

• Menganyam merupakan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi.

• kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.

• Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti perabot dan perhiasan diri.

Page 17: ISL Minggu 9 Ukiran

• Menurut Siti Zainun dalam Buku Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

• Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu.

• Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Serawak dan Sabah.

Page 18: ISL Minggu 9 Ukiran

TOKOH ANYAMAN TANAH AIR

• Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas  

• Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau   

• Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek  

• Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah  

• Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Page 19: ISL Minggu 9 Ukiran

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT ANYAMAN

• Rotan ,Buluh, Mengkuang, Lidi, Bemban, Nipah, Bertam, dll.

• Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan.

Page 20: ISL Minggu 9 Ukiran

Alat Yang Digunakan Bagi Proses Anyaman

•  Parang–  Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang

dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun

• Jangka– Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan

mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.• Pelarut

– Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut.

• Penyisip – Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses

anyaman.

Page 21: ISL Minggu 9 Ukiran

RAGAM HIAS ANYAMAN

• Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak.

• Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.

• Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Page 22: ISL Minggu 9 Ukiran

• Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk.

• Teknik sulam adalah teknik susun susup. • Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih

merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi

Page 23: ISL Minggu 9 Ukiran

JENIS ANYAMAN

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Page 24: ISL Minggu 9 Ukiran

• PROSES PENYEDIAAN DAUN– Pemilihan dan pemotongan daun

• Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda dan sesuai diambil pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun cepat layu.

– Melayur daun• Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan.

Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama

– Menjangka daun• Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/ mencarikkan

daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil.

– Melurut • Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian

daun menjadi lembut dan tidak bergulung.

– Merendam• Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk

direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari.

Page 25: ISL Minggu 9 Ukiran

Langkah-langkah membuat anyaman

• memulakan proses mengayam dengan melakukan proses melurut bilah mengkuang dengan menggunakan pelurut.. proses melurut bertujuan untuk melembutkan bilah mengkuang supaya mudah dianyam.

• mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih

• anyaman yang dimulakan ditengah dikembangkan sehingga membentuk kelarai. kemaskan anyaman dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah mengkuang.

Page 26: ISL Minggu 9 Ukiran

• kemaskan lebihan mengkuang yang diselit pada bahagian belakang anyaman. Ianya bertujuan supaya anyaman lebih kemas.

Page 27: ISL Minggu 9 Ukiran