12
Penisular : RM 1.00 Sabah / Sarawak : RM 1.50 www.islamdaily.net Friday, 23.September.2011 ISLAM Daily TEPAT DARI SUMBER RAMADHAN MERAWAT HATI DAN IMAN KOTA BHARU – Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh- Nya dapat bertemu lagi den- gan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim). Sempena dengannya. ma- rilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tu- buh badan bagi menyempurna- kan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik. Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersi- hkan luar dan dalam. Maka sam- painya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai pe- nyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan seba- gainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar muja- rab bagi semua jenis penyakit ini. Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini di- wajibkan oleh Allah sekali seta- hun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk meng- hayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita ber- henti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal iba- dat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain. KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui pro- gram pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu melihat perkara sebenar di negeri ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Ma- kanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sem- pena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). “Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi pelu- ang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya. Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk men- genali sesama manusia di muka bumi ini. Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelan- tan miskin, mundur dan berbagai lagi. TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelancongan Pesalah rasuah tetap akan menerima hukuman Allah di dunia atau akhirat MACHANG: Persoalan beban di akhirat hanya ada di dalam Islam. Ia tidak wujud di dalam pengajian aliran sekular mahupun aliran-aliran selain daripada Islam. Justeru, seorang muslim jika dipertang- gungjawabkan untuk memikul amanah tidak akan melakukan rasuah dan penyelewengan kerana yakin ia akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Orang yang melakukan rasuah ialah orang yang yakin bahawa amalannya tidak akan men- jadi pahala di akhirat, lantas baginya cukuplah dengan kekayaan di dunia memuaskan hatinya sekalipun diperolehi dengan cara yang haram. Hakikat inilah yang disebut oleh Allah SWT: Manakala orang yang beriman, ker- janya di dunia diperhalusi agar tidak melang- gar syariat Allah SWT kerana dia yakin di sebalik kepayahan yang ditempuhi di dunia, ia di- janjikan dengan pahala oleh Allah SWT di akhirat. Keyakinan inilah yang menghalang tangannya untuk menandatangani cek se- cara tipu, meluluskan projek secara tipu dan menerima deposit wang secara tipu. Hakikatnya, manusia mungkin boleh sa- haja terlepas daripada pendakwaan di dunia den- gan meletakkan jawata.n tetapi cerita yang sebenar tetap jua akan terdedah di mahkamah Allah SWT. Dalam hal ini saya bukanlah meru- juk kepada kes ini semata-mata, tetapi un- tuk semua kes dan melibatkan sesiapa sahaja. Pada saya, tidak mengejutkan jika per- juangan sekular diseliputi oleh kes-kes penyele- wengan dan rasuah kerana itulah sahaja cara

Islam Daily

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mohamad Nazmi Bin Saufi 52208112261

Citation preview

Page 1: Islam Daily

Penisular : RM 1.00Sabah / Sarawak : RM 1.50

www.islamdaily.net Friday, 23.September.2011

ISLAM DailyTEPAT DARI SUMBER

RAMADHAN MERAWAT HATI DAN IMANKOTA BHARU – Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi den-gan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim). Sempena dengannya. ma-rilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tu-buh badan bagi menyempurna-kan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik.

Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersi-hkan luar dan dalam. Maka sam-painya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai pe-nyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan seba-gainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar muja-rab bagi semua jenis penyakit ini. Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini di-wajibkan oleh Allah sekali seta-

hun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk meng-hayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita ber-henti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal iba-dat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.

KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui pro-gram pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu melihat perkara sebenar di negeri ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Ma-kanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sem-pena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). “Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi pelu-ang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya. Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk men-genali sesama manusia di muka bumi ini. Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelan-tan miskin, mundur dan berbagai lagi.

TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelanconganPesalah rasuah tetap akan menerima

hukuman Allah di dunia atau akhiratMACHANG: Persoalan beban di akhirat hanya ada di dalam Islam. Ia tidak wujud di dalam pengajian aliran sekular mahupun aliran-aliran selain daripada Islam. Justeru, seorang muslim jika dipertang-gungjawabkan untuk memikul amanah tidak akan melakukan rasuah dan penyelewengan kerana yakin ia akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Orang yang melakukan rasuah ialah orang yang yakin bahawa amalannya tidak akan men-jadi pahala di akhirat, lantas baginya cukuplah dengan kekayaan di dunia memuaskan hatinya sekalipun diperolehi dengan cara yang haram.

Hakikat inilah yang disebut oleh Allah SWT: Manakala orang yang beriman, ker-janya di dunia diperhalusi agar tidak melang-gar syariat Allah SWT kerana dia yakin di sebalik kepayahan yang ditempuhi di dunia, ia di-janjikan dengan pahala oleh Allah SWT di akhirat. Keyakinan inilah yang menghalang tangannya untuk menandatangani cek se-cara tipu, meluluskan projek secara tipu dan menerima deposit wang secara tipu. Hakikatnya, manusia mungkin boleh sa-haja terlepas daripada pendakwaan di dunia den-gan meletakkan jawata.n tetapi cerita yang sebenar tetap jua akan terdedah di mahkamah Allah SWT. Dalam hal ini saya bukanlah meru-juk kepada kes ini semata-mata, tetapi un-tuk semua kes dan melibatkan sesiapa sahaja. Pada saya, tidak mengejutkan jika per-juangan sekular diseliputi oleh kes-kes penyele-wengan dan rasuah kerana itulah sahaja cara

Page 2: Islam Daily

Haji tahun ini lebih baik buat rakyat Malaysia bagi memenuhi tahun 2011

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji ta-hun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun, katanya per-mohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun. Sehingga kini seramai 936,000

rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripa-danya berusia lebih 75 tahun sudah ber-daftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra-jaya di Masjid Putra, di sini malam tadi. Sebelum ini isu kuota haji un-tuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan ban-yak pihak dengan tindakan segelin-tir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas. Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudimenghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.Sehubungan itu Jamil Khir menasi-hati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketert-iban sepanjang berada di tanah suci.

2 Nasional Friday, 23.September.2011

Banjir: MPK akan baiki sistem perparitan KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menaik taraf sistem perparitan dan longkang seki-tar Jalan Muda Off Jalan Meru beri-kutan banjir yang agak luar biasa me-landa kawasan itu baru-baru ini. Ahli majlis, Noor Na-jhan Mohd Salleh berkata, penduduk memaklumkan ka-wasan berkenaan tidak per-nah dilanda musibah sejak 20 tahun lalu dan kejadian banjir yang berlaku mengejutkan ko-muniti di situ serta beberapa langkah segera telah diambil untuk menangani kejadian itu. Menurutnya, hujan se-lama empat jam itu telah me-nyebabkan sebahagian rumah dinaiki air dan ia dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang ada di situ. “Berlaku pertem-bungan air di kawasan ini dan ia menyebabkan limpa-han yang agak mendadak serta mengakibatkan ban-

jir dalam masa yang agak pantas. “Selain daripada itu,sampah sarap di parit terlibat juga telah me-nyebabkan air mudah naik dan ini menyebabkan sekitar dinaiki air

KUALA PILAH – Mahasiswa per-lu utamakan matlamat asal memasu-ki universiti iaitu bagi menggenggam segulung ijazah dan pada masa sama mem-bawa dimensi baru dalam dunia politik kini. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Univer-siti (Auku) yang diluluskan oleh Dewan Neg-ara membawa kepada sudut pro dan kontra. Menurutnya, dia berpendapat ma-hasiswa perlu bijak membahagikan masa dan keutamaan mereka pada pelajaran. “Mereka perlu cemerlang da-lam pelajaran bukannya taksub kepa-da politik hingga mengabaikan matla-mat asal mereka memasuki universiti. “Jangan meletakkan keaktifan politik sebagai kayu pengukur menjadi seorang pelajar yang hebat. Jangan terlalu ghairah untuk ber-politik hingga memusnahkan kehidupan pada masa akan datang. Kehebatan seorang pelajar ialah menyeimbangkan semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan politik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Bahagian bersama Dewan Undangan Negeri (Dun) Senaling di Dewan Orang Ramai Senaling, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Umno Ba-hagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim. Adnan berkata, tindak tanduk pihak Pemuda Umno Malaysia menubuhkan Kelab Penyokong Umno di institusi pen-gajian tinggi (IPT) disokong sepenuhnya.

“Sudah pasti usaha Pemuda Umno Ma-laysia disokong kerana dengan tertubuhnya kelab ini, ia melahirkan generasi muda alaf baru yang peka kepada soal semasa, rasional, berani dan ma-tang dalam menilai perjalanan politik dari mata dunia serta bukan semata-mata dalam negara. “Di samping itu, generasi ini akan lebih kreatif dan inovatif selain men-gasah bakat menjadi ahli politik serta pemimpin pada masa akan datang,” katanya. Namun begitu, Adnan menekankan kepada mahasiswa terutama mahasiswa Mel-ayu tidak perlu taksub kepada parti politik se-hingga meninggalkan pelajaran begitu sahaja. “Saya pernah menjadi seorang ma-hasiswa, maka saya tahu bagaimana segelin-tir mahasiswa terlalu terikut kepada parti politik hingga melanggar undang-undang. Ini tidak patut berlaku kerana kita memasuki universiti kerana ingin menimba ilmu bu-kan mengetepikan ilmu.“Oleh itu, berpoli-tiklah secara teratur, harmoni, dan tidak ter-pengaruh dengan anasir-anasir dan dakyah luar. Politik perlulah bersih,” katanya.

Jangan taksub dengan politik 4 Kes penyakit kencing tikus dilapor di HRPZIIKOTA BAHARU- Hospital Raja Perempuan Zain-ab II (HRPZII) di sini merekodkan empat kes penya-kit ‘kencing tikus’ atau leptospirosis sejak Januari lepas, yang menyebabkan tiga pesakit meninggal dunia. Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata dua kes dikesan di Pasir Puteh ser-ta masing-masing satu di Tanah Merah dan Pasir Mas. “Penyakit ini boleh menyebabkan kemudara-tan yang sangat teruk melalui jangkitan terutama selepas kita bersentuhan dengan sisa haiwan itu. Paling biasa berlaku adalah sungai atau air bertakung yang dicemari dengan kencing tikus, dan selepas bersentuhan, mer-eka tidak membersihkan diri,” katanya kepada pem-berita pada majlis Aidilfitri Perdana HRPZII hari ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membersihkan diri jika terdedah kepada sumber air yang kotor untuk mengelak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Sementara itu, beliau berkata kadar kes demam denggi atau jangkitan akibat gigitan nyamuk Aedes menurun dan tiada kematian direkodkan pada tahun ini. Dalam perkembangan lain, Dr Ghazali berkata be-liau yakin pembinaan beberapa blok bangunan baru HRPZII, yang bernilai RM180 juta, akan siap sepenuhnya tahun depan. Beliau berkata ini akan melancarkan lagi operasi hospital itu. “Pembinaan beberapa blok baharu itu te-lah dimulakan sejak dua tahun lepas dan saya ya-kin semua unit selepas ini akan kembali ke bangu-nan baharu malah kita turut menyediakan empat tingkat tempat meletak kenderaan awam,” katanya. -Bernama

Page 3: Islam Daily

Friday, 23.September.2011 Friday, 23.September.20113

Jamil Khir: Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini kekal 28,000

Polis temui petunjuk kematian penjaga tem-pat letak kereta KUALA TERENGGANU - Polis men-emui beberapa petunjuk positif berhubung ke-matian seorang penjaga tempat letak kere-ta persendirian yang ditemui mati dibunuh di Kampung Gong Manok dekat Kuala Besut Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata gerakan memburu kes-emua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. Katanya, pihak polis juga tidak menolak ke-mungkinan punca kematian duda yang berusia 27 tahun itu disebabkan perselisihan faham berkaitan dadah kerana hasil siasatan awal mendapati mang-sa turut mempuyai rekod penyalahgunaan dadah. “Gerakan memburu sedang dipergiat-kan berhubung siasatan lanjut kes itu dan hanya menunggu bukti kukuh untuk membuat serbuan individu-individu yang sudah dikenal pasti,” katan-ya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Jumaat lalu Bernama melaporkan seorang le-laki ditemui mati dalam keadaan tragis den-gan kesan kelaran dan tetakan di bahagian kaki.

Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaa-far, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dipercayai diseksa sebelum dibunuh ber-dasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa. Mayat mangsa ditemui salah seorang ahli keluarganya pada 2.40 petang selepas ham-pir dua jam kehilangannya, dalam keadaan terlentang di satu kawasan sawah padi. Mangsa dipercayai mati akibat teta-kan di bahagian lutut kirinya hingga hampir pu-tus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang. Polis percaya mangsa dibunuh antara 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu. Justeru itu, Manoharan meminta orang ra-mai yang mempuyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi mem-bantu siasatan dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Bernama

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasan-gannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditah-an dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar

Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam. Hasil soal siasat mendapati, le-laki yang sudah mem-punyai tiga cucu itu menyewa bilik den-

gan alasan mahu bertemu den-gan kekasihnya yang merupakan seorang janda. M a n a k a l a sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu mem-

buka pintu dan mem-pertikaikan tindakan pegawai masjid na-mun akur selepas pen-erangan diberikan. Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 be-rasal dari Kedah yang ditahan mengaku su-dah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bu-lan ini merayu minta dilepaskan kerana ta-kut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui. K e s e m u a pasangan berusia 20 hingga 50 tahun diba-wa ke masjid dengan

menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid. Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilaku-kan bagi membanteras gejala maksiat di ka-wasan perumahan itu. “Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau ka-riah di sini berikutan ia sering menjadi tum-puan pasangan keka-sih melakukan perkara tidak elok,” katanya. Susulan itu, satu laporan polis tu-rut dibuat di Balai

Polis berkas lelaki peragutGEORGE TOWN - Polis menahan seorang le-laki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat da-lam kes ragut di Jalan Perak, Jelutong pagi tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata polis melancarkan operasi khas bagi memberkas penjenayah terbabit selepas menerima laporan seorang wanita yang mengadu beg tangannya diragut ketika hendak ke tempat kerja pada 7.30 pagi. “Lelaki terbabit bertindak berseoran-gan dan menunggang motosikal. Dengan ban-tuan Unit Peronda Polis Elit Evolution X (MPV-Evo), polis berjaya mengesan suspek mem-berkasnya di Lorong Tenggiri, Seberang Jaya beber-apa jam selepas kejadian,” katanya kepada pemberita.

Nasional

Datuk gersang dicekup bersama dengan janda

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji ta-hun ini, kata Menteri di Jaba-tan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Bagaimanapun, katanya per-mohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpe-luang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia leb-ih 75 tahun sudah berdaftar un-tuk menunaikan haji, katanya

kepada pemberita selepas mer-asmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi. Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan ban-yak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstra-si Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudimenghantar nota diplomatik kepada Wisma Pu-tra untuk melahirkan rasa kece-wa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Ma-laysia supaya menjaga ting-kah laku dan ketertiban sepa-njang berada di tanah suci serta tidak mengadakan se-barang program atau perhim-punan yang tidak dibenarkan.“Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keu-tamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tamba-han dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata penerbangan per-tama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan pen-erbangan terakhir pada 29 Okt.Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya per-lu membayar tambang mengi-kut kos sebenar tanpa subsidi.Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di se-luruh negara, Jamil Khir berka-ta ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan leng-kap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci ta-hun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah

Page 4: Islam Daily

4 Semasa Friday, 23.September.2011

Kedai makan terbakar angkara perbuatan khianat, kata Halim 2 By 2KUALA LUMPUR - “Raya Aidilfitri tahun ini adalah de-tik malang keluarga saya apa-bila sumber rezeki yang saya usahakan sejak 2000 mus-nah dalam kebakaran,” kata A Halim Mamat, 37, setelah kedai makan diusahakan ber-sama isterinya, terbakar di Seksyen 2, Wangsa Maju di

sini, minggu lalu. Bekas anggota kum-pulan 2 By 2 itu berkata, dia tidak menyangka segala pen-gorbanan dan penat lelah ber-sama isterinya, Norsalawati Karman, 35, selama 10 tahun

musnah dalam sekelip mata. Bapa kepada empat cahayamata itu berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan berdasarkan maklumat saksi, dia percaya kejadian itu

angkara perbuatan khianat Menurutnya, dia kini buntu memikirkan keadaan nasib keluarganya kerana kedai makan itu adalah satu-satunya sumber utama penda-patan keluarga setelah beliau dan isterinya, yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine ,mengambil keputusan ber-henti menyanyi dan mengusa-

hakan kedai makan.

“Sukar untuk mempercayai kejadian ini menimpa pada keluarga setelah pengorbanan saya dan isteri berhenti dari menyanyi menerima dugaan cukup besar pada hari raya Ai-dilfitri kali ini, Bagaimanapun, saya reda,” katanya kepada

Sinar Harian. Halim berkata, sewak-tu jam 1 pagi, hari kejadian, terdapat saksi ternampak api di bawah meja sewaktu ke-dainya masih belum berop-

erasi kerana cuti hari raya.

Menurutnya, isterinya menerima panggilan telefon dari sepupu memaklumkan kedai makan terbakar,” katan-

ya. Sementara itu, saksi kejadian, Koay Eng Heng, 31, berkata, dia ternampak api ke-cil bermula dari meja makan ketika pulang ke rumahnya

pada kira-kira jam 1 pagi. Dia yang merupakan pelanggan tetap kedai Halim berkata, ternampak sesuatu seperti kain atau kanvas di bawah meja di kedai makan Halim, mungkin untuk memu-

dahkan api bernyala. Kejadian malang yang menimpa bekas artis tersebut mendapat simpati Pengerusi Pusat Khidmat Barisan Na-sional Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look yang turut meninjau lokasi kejadian di

Seksyen 2. Sebelum ini, Sinar Ha-rian pernah menyiarkan men-genai dua rumah sampah di Seksyen 2 Wangsa Maju yang dibakar dan dipercayai ang-

kara perbuatan khianat.

Anggota polis bersama rakan ditahan kes peras ugutKUALA TERENGGANU - Se-orang anggota polis berpangkat konstabel dan rakannya ditahan kerana memeras ugut seorang le-laki di sini, pada Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 23 tahun itu sedang menung-gang motosikal telah dihimpit ang-gota polis berusia 51 tahun terb-abit, yang turut menaiki motosikal. “Kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah-nya di Kampung Bukit Bayas di sini. “Setelah dihimpit, mang-sa terjatuh lalu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya ke-pada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kira-kira 1 pagi pada keesokan harinya, mangsa yang berada di Jalan Pasir Panjang di sini, menerima satu panggilan daripada se-orang lelaki memperkenalkan diri se-bagai ‘Sarjan Bakar’ dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Terengganu. “Dalam panggilan itu, lelaki yang menyamar sebagai Sarjan Ba-kar telah meminta wang sebanyak

RM300 daripada mangsa jika ingin mendapatkan kembali motosikalnya. “Mangsa kemudian membuat laporan kira-kira 12.55 tengah hari pada hari sama dan ekoran itu, polis membuat perangkap dan menahan dua lelaki di pekarangan IPK,” katanya. Manoharan berkata selain menahan anggota polis terbabit bersama rakannya berusia 28 ta-hun yang merupakan orang awam, pihaknya merampas sebuah mo-tosikal milik mangsa, wang tu-nai, sebilah parang serta beber-apa tiub putih dipercayai dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati anggota polis terbabit positif dadah jenis meth-amphetamine (pil kuda) manakala rakannya positif dadah metham-phetamine dan morfin, katanya. Beliau berkata kedua-dua sus-pek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A dan 383 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Pemerasan. - Bernama

2 rakan baik maut selepas kereta masuk gaung KUANTAN- Dua wanita yang merupakan rakan baik terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke gaung setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km76 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai, Pekan malam tadi. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mang-sa, Balqis Amira Mat Hasan, yang memandu kereta Perodua Viva dan rakannya Sharifah Nur Hidayah Syed Hasan, kedua-duanya beru-sia 26 tahun dan berasal dari Tumpat, Kelantan maut di tempat kejadian. Katanya ketika kejadian pukul 11.30 malam itu, kereta yang dinaiki mang-sa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kend-eraan itu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza. Beliau berkata akibat pelanggaran itu menyebabkan kere-ta mangsa yang dalam perjalanan ke arah Kuantan melam-bung dan terhumban ke dalam gaung sedalam enam meter. Pada masa sama, beliau berkata sebuah Proton Wira yang berada di be-lakang Toyota Avanza tidak sempat mengelak kenderaan itu lalu melanggarnya. Katanya lima individu dalam Toyota Avanza itu dihantar ke Hospi-tal Muadzam Shah untuk menerima rawatan manakala pemandu Proton Wira dan seorang penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. -Bernama

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut kemalanganSHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal berkuasa ting-gi yang menghala ke Subang Jaya maut selepas terlibat dalam ke-malangan di kilometer 31.6 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.Difahamkan dalam kejadian jam 3 pagi itu, tangan mangsa, Fuad Wadduddin, 23, yang menunggang motosikal bersendirian juga hampir putus.Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Su-perintenden Azmi Mansor berkata, mangsa berkemungkinan gagal mengawal motosikalnya jenis Yahama R6, lalu terbabas di tengah jalan sebelum merempuh penghadang jalan. “Mangsa tercampak ke arah bertentangan jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.“Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kaki dan tangannya hampir putus,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tidak ikut laluan mo-tosikal di lebuh raya berkenaan dan pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Page 5: Islam Daily

5 Bisnes Friday, 23.September.2011

Yes, jenama di bawah YTL Commu-nications, bergerak di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 500,000 pelanggan pascabayar tahun ini.

Pegawai Pemasaran YTL Communica-tions, Reggie Chee Pok Jin berkata, je-nama itu masih menjalankan promosi pas-cabayar yang dilancarkan Mac tahun ini.

“Sekarang kami tidak boleh menyatakan bilangan sebenar pelanggan kami, ba-gaimanapun, semuanya dalam perancan-gan,” katanya, selepas mengumumkan peme-nang kereta internet 4G pertama Malaysia.

Menurutnya, Yes menerima lebih 10,000 penyertaan di laman Facebook Yes bagi peraduan ‘Me-nangi Kereta Internet 4G Pertama Malay-sia’ yang berlangsung bermula Februari 23 hingga 27 Mac lalu.

Peraduan ini mem-beri peserta peluang untuk memenangi Proton Inspira edisi istimewa dengan ca-paian internet Yes 4G bernilai RM100,000.

“Pemenang kereta ini boleh mem-bawa kereta dari Pulau Pinang se-hingga Muar dan pada masa sama mendapat capaian internet,” katanya.

Antara lain, Proton Inspira istime-wa ini dilengkapi Yes 4G Huddle, tiga iPad Apple dan sistem audio Sony.

Ng Oon-Ee terpilih sebagai pemenang kereta Internet selepas mencipta avatar kreatif dan menghantar gambar dirinya.

Yes yakin capai 500,000 pelanggan MForce optimis jualan meningkat

Pengeluar mo-tosikal jenama SYM, MForce Bike Hold-ings Sdn Bhd (MForce), ya-kin syarikatnya mampu menjual 30,000 motosikal SYM menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi MForce, Fabian Ong Ghee Seong berkata, pihaknya percaya sasaran itu mampu dicapai me-mandangkan sehingga Jun lalu, sebanyak 17,000 moto-sikal SYM telah dijual berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah tersebut sekali gus menyaksikan peningka-tan jualan 200 peratus. Buat masa ini, syarikat mempu-nyai lima model motosikal dan boleh dikatakan semuanya mendapat permintaan yang baik daripada rakyat Malaysia.

“Tahun lalu, kita hanya menjual 13,000 motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ghee Seong berkata, motosikal jenama SYM kini menguasai lima peratus nilai pasaran motosikal di seluruh negara.

Menurutnya, salah satu faktor kejayaan peningkatan jualan motosikal jenama SYM ialah modelnya yang berkualiti ting-gi selain harga jualan kompetitif berbanding jenama lain.

“Selain itu, maklum balas daripada penggu-na juga menyatakan motosikal keluaran kami leb-ih jimat minyak dan alat ganti lebih murah,” katanya.

Sebanyak tiga model jenama SYM iaitu Bonus110 SR, E-Bonus110, VTS200 dan EVO250i, mula dijual sejak tahun lalu, manakala dua lagi model baru, T2 250i dan Maxsym 400i, dijual tahun ini. - Bernama

Axis tambah cawangan di AsiaAxis Communication, peneraju rangkaian video di dunia semakin mengukuhkan operas-inya di Asia Tenggara apabila bakal membuka pejabat baru di Malaysia, Thailand dan

Indonesia serta menam-bah 12 pejabat yang dimiliki di rantau ini.

Lokasi terbaru yang akan dibuka di Kuala Lumpur, Bangkok dan Jakarta ini menampung pertambahan kakitan-gan baru selain men-gukuhkan kehadiran syarikat bagi memenuhi kepentingan dan perkembangan rangka-ian video di pasaran.

Pengurus Negara Axis Communica-tion Malaysia, Nafis

Jasmani berkata, langkah membuka beberapa pejabat baru di Asia disokong komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsinya.

“Pasaran di Malaysia, Thailand dan Indonesia didorong kesedaran keselamatan yang semakin meningkat dan permintaan di kalangan sektor awam dan swasta terutamanya dengan anjakan teknologi berterusan daripada analog kepada pengawasan video digital.

“Ini disebabkan pengawasan video digital adalah lebih baik di mana ia menawar-kan kualiti imej lebih jelas, pemasangan lebih mudah, keselamatan lebih baik, pe-nyelesaian berskala dan fleksibel serta kos pemilikan lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, pembukaan lokasi di Asia membuktikan pertumbuhan pengawasan video di Asia dan Axis bersedia menghadapi gelombang ini dengan pelbagai tawaran penyelesa-ian rangkaian video.

Page 6: Islam Daily

6 Hiburan Friday, 23.September.2011

Emosi buat Erra hampir gila

Cincin ulang tahun jadi cincin tunang

TANPA banyak bunyi, Ahad lalu me-nyaksikan berlangsungnya majlis per-tunangan pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21. Dikatakan, suasana majlis tidak diadakan secara besar-besaran sebaliknya serba ringkas dan sekadar mengikut syarat.Tiada rakan media mahupun rakan ar-tis diundang. Berita gembira itu pula hanya dikongsikan ibu Diana, Nor-siah Ramli kepada sebuah akhbar, dua hari selepas anak tunggalnya itu selamat menjadi tunangan orang.Bukan sahaja majlis yang berwajah seder-hana, kelestarian cinta ke arah fasa yang lebih serius antara Diana dan Farid juga tidak keterlaluan dalam menguar-uarkan pengisytiharan status ikatan mereka.“Kami cuma buat majlis pertunan-gan ikut syarat. Bertunang bukannya nikah sebab itu saya tak jemput se-siapa. Kalau ada jodoh, masa nikah nanti saya akan panggil semua orang.“Majlis pertunangan sebenarnya satu majlis yang agak terhad. Ia lebih ke-pada satu perbincangan antara dua buah keluarga,” ujar Diana yang menjawab usikan media tentang pertunangan-nya yang berlangsung secara tertutup.Di jari manis wanita kacukan Melayu-Inggeris itu, tersarung indah sebentuk cincin permata berlian yang berkilau indah. Ditanya tentang tanda kepada gelaran tunangan orang itu, Diana tan-pa ragu mengiakan, cincin itu, cincin sama yang dihadiahkan Farid sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka.“Sebenarnya, dua butir berlian dari-pada cincin ini sudah tertanggal, ia di-

hantar ke kedai untuk dibetulkan. Jadi, apabila sudah dibaiki dan dikilatkan semula, saya rasa seolah-olah ia cin-cin yang baharu,” ujarnya tersenyum namun tiada gambaran untuk meluah-kan emosi berstatus tunangan orang.Cukup jelas bunga bahagia yang terpan-car dari wajahnya, pelakon yang masih di lokasi filem Kami Histeria bagaimanapun menyerap nasihat orang yang lebih arif un-tuk memahami erti sesebuah perhubungan.“Apa yang boleh saya katakan, hubun-gan saya dan Farid sedang bergerak di landasan yang lebih serius. Saya cuba untuk tidak terlalu teruja atau terburu-buru dengan pertunangan ini. Tempoh ini sebenarnya satu dugaan yang besar untuk kami dan macam-macam perkara boleh berlaku. Saya harap hubungan ini akan berlangsung sebaik mungkin,” katanya yang masih menanti tayangan filem be-sar lakonannya, Hanyut dan Sembunyi.Ditemui pada majlis pelancaran filem animasi 3D berjudul Super Squad The Movie, Diana terlibat sebagai pelakon suara bagi watak utama filem berke-naan yang bernama Elly. Filem ani-masi terbitan Netcarbon Sdn. Bhd di-jangka siap Disember tahun depan.Kisah cinta antara Farid dan Diana sudah diketahui umum. Pegangan kedua-dua selebriti itu yang tidak mudah berkong-si cerita serta tidak mahu merakamkan gambar bersama juga cukup disedari.“Fokus saya masih kepada karier, saya masih macam dulu, sama sahaja,” katanya.

MENCORAKKAN kanvas hidup mengikut selera hati adakalanya jauh daripada apa yang telah ditentu-kan oleh-Nya. Itu takdir setiap manusia dan ketentu-an itu jugalah yang sedang lalui pelakon Erra Fazira.Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun di sebalik si-lau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. Dia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan.Ketika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran mulai sunyi daripada topik bualan, kini masuk pula skandal cinta yang entah mana datangnya. Biar set-eguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah.Berbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu digelar pasrah. Memberi jawapan yang juga keden-garannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas.

“Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang keden-garan klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk menjadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya dengan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini,” katanya.Mencari sisi terbaik untuk men-guraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun tidak melatah biar banyak dan sudah berulang-ulang juga disuakan dengan

persoalan yang sama. Ternyata sepak terajang sepanjang berbelas tahun berumah di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah dalam menepis mahupun menelan api kontroversi.Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu di-gali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana Bu-daya diketepikan seketika, sementara wanita be-ranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri.Kata Erra, dalam memilih dan mencari ses-uatu yang terpilih untuk diambil sebagai kepu-tusan jalan hidup, dia terlebih dahulu con-dong untuk memikirkan perasaan orang lain.“Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menun-

tut saya untuk tidak lagi terlalu memikirkan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat.Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke da-lam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci ‘selektif’ masih tak lepas dari pandangan.“Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi. Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keter-laluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripada fasa lakonan saya yang ter-dahulu,” katanya menjawab soal pilihan atas kek-erapan persembahan di kaca televisyen ketika ini.Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya.“Saya memang cintakan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolokan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap,” getusnya optimis.Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan bat-innya turut terpanggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati un-tuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.

Page 7: Islam Daily

7 Hiburan Friday, 23.September.2011

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilangKUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menga-lami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.“Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i ber-warna putih miliknya telah hilang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes di-siasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

Nora Danish tak kemaruk cari jodoh

‘Hati saya sudah tiada untuk dia’PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Ai-dil Zafuan Abd. Razak mem-buat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap ister-inya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Ren-dah Syariah di sini semalam.Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam

Aidil iaitu Ahmad Nazib Jo-hari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes dis-ebut semula petang semalam.“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebu-tan untuk melantik wak-il ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.“Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Per-lis sebagai menuruti ara-

han mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosid-ing itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi.Hakim Syarie Wan Mahyud-din Wan Muhammad kemu-dian membenarkan permo-honan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 ke-pada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.

PELAKON cantik manis Nora Dan-ish Mohd Hanif, 29, sering sahaja berdepan dengan gosip-gosip nakal mengenai kisah peribadinya. Ada sahaja yang ingin menyelak diari kehidupan ibu tunggal jelita itu sejak dia bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, pada tanggal 12 Ogos 2008.Satu persatu gosip mengenai dirinya keluar di dada akhbar. Daripada cerita mengenai bekas suaminya Jejai menghadiahkannya kereta mewah ba-ru-baru ini, gosip percintaannya den-gan kerabat yang berasal dari Tereng-ganu dan terkini dengan pemain bola sepak kacak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23.Kosmo! berjaya menghubungi Nora Danish semalam dan seterusnya merungkai segala gosip yang membe-lenggu diri ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu.Kosmo!: Baru-baru ini timbul cerita mengenai Nora Danish dan Apek saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook. Malah, Nora juga per-nah bertemu dan berkenalan dengan Apek? Benarkah?NORA: Selepas gosip itu keluar

saya menerima terlalu banyak mesej dan panggilan bertanyakan hal saya dan Apek. Saya terkilan kerana berita mengenai saya dan Apek sal-ing berkenalan dan pernah bertemu sama sekali tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus. Saya simpati dengan nasib Apek kerana sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk diri saya sedangkan perkara tersebut tidak benar.Kenapa Nora cakap berita mengenai Apek dengan beberapa wanita yang pernah muncul di dada-dada akhbar tidak benar? Adakah Nora benar-benar mengenali Apek?Satu persatu cerita mengenai dia den-gan wanita itu dan ini timbul. Selepas itu, timbul kenyataan wanita atau Apek menafikannya. Nampak sangat cerita itu tidak benar dan ada orang yang cuba menjatuhkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak Malaysia.Jadi, bagaimana gosip mengenai Nora dan Apek boleh timbul jika ia tidak benar?Orang yang menulis atau yang me-nyebarkan cerita itu sengaja mereka-reka cerita. Malah, mereka tidak

pernah tanya saya sendiri mengenai perkara itu. Saya jarang tengok per-lawanan bola sepak tetapi bila saya tengok perlawanan sengit dan hebat Malaysia menentang Indonesia saya terus minat. Daripada situ, saya mula kenal Apek dan Safee Sali sebagai pe-main bola sepak yang bagus. Selepas itu, saya ada tulis Tweet mengenai dua pemain itu. Malah, pernah pergi bersama teman-teman menonton perlawanan bola sepak Malaysia me-nentang Singapura pada 28 Julai lalu. Mungkin, daripada situ mereka mula menyebar cerita sedangkan saya dan Apek tidak pernah berkenalan dan bertemu.Selain cerita itu, baru-baru ini Ko-smo! dapat tahu Jejai ada membeli sebuah kereta mewah untuk Nora. Benarkah?Ini juga cerita yang tidak benar sama sekali. Saya tidak menerima kereta mewah daripada dia (Jejai). Memang kami masih berhubung dan hubungan kami rapat walaupun sudah bercerai. Jadi, saya ada minta pandangannya mengenai kereta kerana saya tahu dia mahir mengenainya. Malah, saya ada minta tolong dia tempah kereta untuk

saya tetapi saya yang akan memba-yarnya bukan dia. Namun, selepas uji pandu kenderaan tersebut, saya tidak jadi membelinya kerana merasakan kenderaan tersebut kecil berbanding kereta yang saya bawa sekarang.Kereta jenis apa yang Jejai tempah dan apakah jenis kenderaan yang digunakan Nora sekarang?Tak payahlah saya beritahu kereta apa yang ditempah Jejai itu. Sekarang saya memandu kenderaan Mercedes Benz ML.Jadi, jika bukan dengan Apek, Nora bercinta dengan siapa sekarang ini?Saya tidak terburu-buru ingin mencari jodoh. Malah, saya tidak mahu fikir lagi mengenai hubungan cinta. Apa yang penting sekarang adalah kelu-arga dan kerjaya.Maaf bertanya. Fasha Sandha dengan Jejai khabarnya akan berkahwin seki-tar bulan April ini di Jakarta, Indone-sia. Apa komen Nora?Maaf, saya tak mahu komen menge-nai mereka.Khabarnya hubungan Nora dengan bekas mertua juga begitu baik seh-ingga kini. Malah, Kosmo! dapat tahu Nora meraikan hari jadi bekas ibu.

Page 8: Islam Daily

8 Dunia Friday, 23.September.2011

Korban gempa bumi cecah 89 orangSHANGHAI - Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sam-pai dan membantu penduduk di ped-alaman semalam selepas sekurang-kurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkem-bar, lapor media negara berkenaan.Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus mening-kat ekoran ketibaan laporan dari beber-apa kawasan yang terputus hubungan.Bencana itu menyebabkan beka-lan elektrik terputus dan mence-tuskan tanah runtuh yang men-ghalang laluan jalan-jalan raya sekali gus menggugat usaha menyelamat.

Selain situasi tersebut, anggota-ang-gota penyelamat dijangka berdepan hujan lebat yang diramalkan turun selama tiga hari bermula hari ini.Stesen televisyen China menyiar-kan imej dinding-dinding bangunan runtuh manakala jalan-jalan raya dipenuhi timbunan batu dan runtuhan.Lebih 200,000 orang di wilayah Yunnan dipindahkan selepas gem-pa bumi berkembar itu meruntuh-kan lebih 6,600 buah rumah dan merosakkan ribuan lagi bangunan.Menurut beberapa pegawai, hingga 740,000 penduduk di enam daerah di wilayah berkenaan paling ter-uk terjejas dalam bencana kali ini.Di wilayah Guizhou yang berjiran dengan Yunnan pula, lebih 11,700 buah rumah rosak dengan kehidu-

pan hampir 28,000 orang terjejas.Xinhua melaporkan lebih 800 orang cedera akibat dua gempa bumi tersebut.Kebanyakan mangsa yang cedera be-rasal dari daerah Yiliang dalam wilayah Yunnan, berhampiran pusat gempa.Dalam perkembangan berkaitan, Per-dana Menteri Wen Jiabao mengadakan satu mesyuarat tergempar di dalam pesawatnya semasa beliau menu-ju ke zon bencana lewat kelmarin.Xinhua melaporkan, Jiabao tiba di Yilian sejurus selepas ten-gah malam dan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa tersela-mat di beberapa buah kampung serta hospital di daerah berkenaan.Pasukan penyelamat di Yunnan me-nyatakan, mereka telah tiba di ke-banyakan kawasan paling teruk ter-

jejas di wilayah berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Awam mem-beritahu, kerugian ekonomi akibat bencana kali ini dianggarkan seki-tar 3.5 bilion yuan (RM1.71 bilion).Gempa pertama berlaku pada pukul 11.19 pagi kelmarin (waktu tempa-tan) disusuli gegaran kedua sekitar 45 minit kemudian pada kedalaman 10 kilometer (km) di bawah tanah.Gempa bumi berpusat kurang 70km dari permukaan bumi dianggap cetek dan boleh mendatangkan kemusnahan besar walaupun pada magnitud rendah.Pada 2008, sekitar 87,600 orang terbunuh di wilayah Sichuan, ba-rat daya China apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. - Reuters

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keem-pat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah mem-failkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai keka-

yaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilion-air berusia 63 tahun itu yang mengetuai em-payar barangan mewah LVMH telah menge-mukakan permohonannya pada minggu lalu.“Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain,” kata ketua Su-ruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne.“Kami kini menerima 47,000 per-mohonan untuk diproses.”Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki ke-diaman di ibu negara Belgium, Brussels.Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. - AFP

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal duniaSYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya.Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembus-kan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide.Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk “berkabung bersama keluarga saya.”Lelaki berkenaan berusia 93 tahun.Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC.Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig Emerson kini akan menggantikan tempat beliau pada forum tersebut yang berakhir hari ini. - AFP

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewahTEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu mem-beli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menje-jaskan ekonomi negara ini.Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).“Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebi-asaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi ber-banding di negara asing,” kata seorang jurujual di sini.Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012.Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini.Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh be-berapa minggu lagi.Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta diIran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat eko-ran ia melaksanakan program nuklear.Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluar-kan senjata nuklear.Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

Page 9: Islam Daily

9 Dunia Friday, 23.September.2011

EU fikir campur tangan di SyriaPAPHOS (Cyprus): Peningkatan konflik di Syria menimbulkan persoalan mengenai “tanggungjawab untuk campur tangan” di negara itu, kata Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, sema-lam.Menurut Reynders, Eropah kini berasa konflik di Timur Tengah itu menjadi perang saudara yang semakin mendalam.“Timbul persoalan sama ada kita membiarkan perang saudara ini - yang semakin ganas - untuk berterusan, atau perlu mengambil tanggungjawab campur tangan,” katanya kepada media.Reynders memberi komen ketika Persidangan Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) selama dua hari di Cyprus yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Syria.Kelmarin, Menteri Luar EU menggesa supaya bantuan besar-be-saran ditingkatkan kepada orang awam di Syria ekoran kemung-kinan berlaku krisis kemanusiaan di negara berkenaan.Krisis di Syria juga boleh memberi kesan kepada keselamatan Eropah. Reynders berkata, EU perlu memikirkan sama ada terus kekal dalam rangka kerja Majlis Keselamatan PBB dan veto atau sebaliknya.“Jika kita bertindak dalam batasan itu, ia untuk selama mana?” katanya. Majlis Keselamatan PBB cuba memberikan tekanan tambahan ke atas Damsyik dalam tiga usul dikemukakan sebe-lum ini tetapi digagalkan melalui kuasa veto dua anggota tetap badan itu, China dan Russia. - AFP

Balai polis Sinai diserangKAHERAH: Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah balai poils di Sinai Utara semalam, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.Jurucakap polis berkata, penyerang menaiki dua kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Sheikh Zuwayyid police berhampiran sempadan Mesir - Gaza.“Polis membalas tembakan itu dan berlaku pertempuran beberapa ketika sehingga peny-erang melarikan diri,” katanya. Balai polis itu terbiar selama kira-kira 18 bulan selepas ia diserang ketika rakyat Mesir bangkit menyingkirkan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari 2011.Ia kemudian dibuka semula pada 8 Ogos lalu. Pasukan keselamatan Mesir meningkatkan kawalan mereka di kawasan berkenaan bagi memerangi militan Islam selepas sebuah pos kawalan diserang pada 5 Ogos lalu.Insiden itu menyebabkan 16 tentera maut dan menguji kepemimpinan Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir. - AFP

Kanada putus hubungan diplomatik dengan IranOTTAWA: Kanada menutup kedutaannya di Teheran dan mengarahkan duta Iran diusir, sekali gus memutuskan hubungan diploma-tik dengan negara itu, semalam.Tanpa merujuk sebarang insiden yang men-dorong keputusan itu, Menteri Luar Kan-ada, John Baird, menuduh Iran “ancaman terbesar kepada keamanan dunia.” Ottawa

juga mengecam sokongan Teheran terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad selain gala-kannya terhadap “pembunuhan beramai-ramai ke atas Israel.” “Kerajaan bimbang keselamatan kakitangannya yang terbabit dalam misi diplomatik di Teheran.“Kanada melihat Iran sebagai ancaman be-sar kepada keamanan global. katanya. - AFP

Bunuh, robek jantung rakanCRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah ra-kannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam.Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt ber-setuju membuat pengakuan itu dan me-mungkinkan dia menjalani hukuman pen-jara antara 50 tahun hingga seumur hidup.Penghakiman rasmi ke atas Wyatt di-jadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt men-gaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu.Pendakwa, Jon Alexander, berka-ta tertuduh didakwa membunuh ra-kan seperguruannya, Taylor Powell, 21.“Paling awal Wyatt boleh bertemu lem-baga parol (untuk mendapatkan pembe-basan awal) adalah pada 2062,” katanya.Sementara itu, peguam Wyatt, James Fall-man, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan eng-gan membenarkan keluarganya dipang-gil sebagai saksi. “Justeru, kami memo-hon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang menda-pat parol pada satu hari nanti,” katanya.

Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi pa-rol,” katanya. Persetujuan di antara Wy-att, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ke-tika polis tiba di rumah Wyatt yang terle-tak di muara Sungai Klamath, mereka me-nemui dia berbogel dan berlumuran darah.Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa.Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang.Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan.Dokumen dikemukakan kepada mahka-mah menyatakan, bedah siasat menun-jukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebe-lum insiden itu berlaku, Wyatt dan Pow-ell memakan sejenis cendawan beracun.Saksi juga percaya mereka terbabit da-lam sejenis ritual membabitkan “per-tembuangn kuasa baik dan jahat.” - AP

Jururawat penjara ‘layan’ banduanLONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tah-anan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam.Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah.Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan.Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. - TS

Akhbar China kecam ASBEIJING: Sebuah akhbar terkemuka China semalam mengecam tindakan Amerika Syarikat mengehadkan per-dagangan minyak Iran yang boleh menyebabkan bank China dikenakan sekatan.Akhbar People’s Daily berka-ta, tindakan sebelah pihak itu bukan saja salah tetapi boleh meningkatkan ketegangan ber-hubung program nuklear Iran.Amerika Syarikat mengec-ualikan Jepun dan 10 negara Eropah daripada dikenakan sekatan kewangan kerana neg-ara terbabit sudah mengam-bil langkah mengurangkan

pembelian minyak dari Iran.Bagaimanapun, pelanggan uta-ma Iran, China dan dan India masih terdedah kepada sekatan.Dalam rencana pengarangnya, akhbar berkenaan berkata, Amerika Syarikat bertindak terhadap Iran untuk memenuhi kepentingannya sendiri.Ia juga berkata, China ber-hak untuk mengimport minyak dari Iran. - AP

Page 10: Islam Daily

10 Sukan Friday, 23.September.2011

Messi ratah Paraguay

CORDOBA (Argentina): Lio-nel Messi membuktikan di-rinya sukar dihalang ketika membantu Argentina meraih kemenangan keenam berturut-turut dengan mengetepikan Paraguay, 3-1 untuk menda-hului pencabar lain dalam kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, semalam.Kemenangan itu membantu Ar-gentina, antara pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia Brazil 2014, mengambil alih teraju pu-singan kelayakan dari Uruguay.Argentina turut mengakhiri penantian 39 tahun untuk ke-menangan di laman sendiri ke atas Paraguay dalam ke-layakan Piala Dunia dan me-letakkan lawan mereka di tempat tercorot kumpulan.Messi hampir menjaringkan

hatrik ketiga dalam lima per-lawanan antarabangsa tapi cu-baannya terkena palang dua kali dan gol tunggal dijaringkan membolehkannya mengumpul 10 gol dalam enam perlawanan termasuk aksi persahabatan.“Ia sungguh indah. Me-mang menakjubkan apabila penyokong benar-benar su-kakan anda,” kata Messi.Messi berjaya membantu ra-kan sepasukannya beraksi ce-merlang pada perlawanan itu dengan Angel Di Maria dan Gonzalo Higuain menjaring-kan gol. Kehilangan Sergio Aguero, yang sentiasa di-lihat sebagai gandingan serasi Messi, tidak langsung dirasai.“ Kami terus bertahan dan tidak mahu pemain berubah daripa-da terlalu hebat kepada terlalu

teruk. Messi kelihatan gembira dan menunjukkan perasaan itu di padang,” kata jurulatih Argentina, Alejandro Sabella.Kumpulan terdiri daripada sem-bilan pasukan, tidak termasuk Brazil yang layak automatik selaku tuan rumah boleh diba-hagikan kepada dua kumpulan. Empat pasukan teratas layak automatik ke Brazil manakala pasukan di tangga kelima mem-punyai peluang 50-50 meneru-si perlawanan play-off menen-tang pasukan Asia dan empat pasukan tercorot tersingkir.Colombia yang bermain di bawah tahap sebenar pada awal kempen dan menyebab-kan penyingkiran jurulatih Leonel Alvarez, 10 bulan lalu melonjak ke tangga ke-lima selepas membelasah Uruguay, 4-0 di Barranquilla.“Kami tidak boleh hilang fokus dalam kempen ini,” kata jurulatih Colombia dari Argentina, Jose Pekerman selepas pasukannya mencatat kemenangan luar biasa sebaik penyerang berbisa, Radamel Falcao menjaringkan gol awal.“Kemenangan ke atas antara pa-sukan terbaik dunia yang tidak tewas 18 perlawanan amat pent-ing dan kami perlu menerus-kannya,” katanya. - Reuters

Hulk selamat maruah BrazilSAO PAULO: Brazil hanya mampu menewaskan Afrika Selatan 1-0 pada perlawanan persahabatan, semalam dan aksi hambar itu mencetus kebimbangan terhadap masa depan Mano Menezes sebagai jurulatih Brazil.Menezes menurunkan jentera serangan terbaik tapi mereka bergelut untuk mengatasi Afrika Selatan dan hanya disela-matkan jaringan pemain gantian, Hulk pada minit ke-74.Penyerang yang menyertai Zenit St Petersburg dengan ba-yaran 55 juta euro (RM219.2 juta), minggu lalu berada di padang tidak lebih 10 minit apabila menyambar lantunan bola dan merembat dari jarak 12 ela.Menezes mengaku anak buahnya tidak menunjukkan kes-erasian tapi ejekan penonton yang bermula pada pertenga-han babak pertama tidak langsung membantu.“Ejekan itu merimaskan,” katanya. “Pasukan muda ini menganggap ia sebagai tanda kurang sokongan.” Menezes dilantik pada Julai 2010 dan menggantikan pemain lama dengan pemain baru seperti Neymar, Lucas, Thiago Silva dan Oscar.Biarpun pasukannya menang 22 daripada 33 perlawanan, mereka gagal mengatasi pasukan seperti Jerman, Argentina dan Belanda. Bekas jurulatih Corinthians itu tertekan untuk membentuk satu pasukan yang menarik dan mampu menjuarai Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014, kedua-duanya diadakan di Brazil. - Reuters

Amukan England

CHISINAU: Frank Lampard memastikan England bermula langkah kanan untuk laluan ke Brazil selepas pemain tengah Chelsea itu meledak dua gol bagi membolehkan pasukan-nya membelasah Moldova, 5-0 pada aksi pertama kelaya-kan Piala Dunia, semalam.Selepas tersingkir di suku akhir Euro 2012, penting buat pasukan Roy Hodgson mem-pamerkan aksi meyakinkan di Chisinau dan jaringan ke-

24 dan 25 Lampard bersama England menjadi pemangkin kepada amukan terhadap pa-sukan kerdil Kumpulan H itu.Lampard memberi England permulaan cemerlang apabila menyempurnakan penalti dan sekali lagi menjaringkan gol sebelum akhir babak pertama manakala penyerang Totten-ham, Jermain Defoe turut me-nyumbang jaringan sebelum James Milner dan Leighton Baines masing-masing men-

jaringkan gol pada saat akhir.Ukraine pasti memberikan uji-an lebih getir terhadap mereka apabila berkunjung ke Wem-bley, Selasa ini tapi ini adalah permulaan positif buat England untuk mara ke Piala Dunia 2014.Tanpa Wayne Rooney dan Andy Carroll yang cedera, Defoe yang selama ini terp-inggir berjaya membuktikan kemampuannya dengan gol kedua dalam dua perlawanan antarabangsa terakhir selepas Hodgson memilihnya meng-gantikan Danny Welbeck.Aksi matang pemain tengah muda Manchester United, Tom Cleverley turut mem-berikan suntikan semangat buat Hodgson yang bertekad memperbaiki reputasi negara.Pemain Moldova dijanjikan imbuhan �2,500 (RM12,443) seorang jika menewaskan England dan ia bukan satu jumlah kecil bagi negara ter-miskin di Eropah. - AFP

Victoria, Serena tentu juaraNEW YORK: Serena Wil-liams dan Victoria Aza-renka mara ke final Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan lawan masing-masing di perlawanan separuh akhir, semalam sekali gus mempertemu-kan pemain terhebat dalam generasinya dengan pemain nombor satu dunia ketika.Serena berada di tahap terbaik ketika membelasah pemain Itali, Sara Errani, 6-1 6-2 untuk meneruskan rentak cemerlang dipa-mer pada musim panas ini manakala Victoria juga tidak kurang hebat apabila berjaya menyingkirkan Ma-ria Sharapova, 3-6 6-2 6-4 di Flushing Meadows.Berbekal momentum hasil kemenangan Wimbledon kelima, Julai lalu dan kemudian menjuarai acara perseorangan dan beregu di Sukan Olimpik London, Serena akan memulakan pertemuan final sebagai pemain pilihan.“Ini mungkin musim panas terbaik pernah saya alami,” kata Serena.“Ini mungkin kerana anda menang Olimpik dan Wimbledon dan kemudian perlawanan ini, ia sesuatu

yang hebat.” Tidak ramai pemain mampu menyaingi Serena ketika dia cergas dan Victoria sedar betapa hebat cabaran yang me-nantinya selepas ini.Pemain Belarus itu mengekalkan status sebagai pemain paling konsisten di dunia tahun ini dan menang gelaran Grand Slam per-tama di Terbuka Australia, Januari lalu tetapi keputu-san menentang Serena sebe-lum ini tidak menyebelahi-nya, apabila pemain AS itu menang sembilan daripada 10 pertemuan mereka.“Dia pemain paling sukar ditentang dalam undian ini,” kata Victoria. “Ke-jayaannya mara ke final menjadikannya lebih sukar dan sudah pasti ia akan menjadi perlawanan paling mencabar.Biarpun berdepan pelbagai halangan, Victoria tidak mudah mengalah. “Tidak kira siapa yang menjadi pilihan juara, set-iap pemain yang berada di final berpeluang untuk mer-angkul gelaran ini. Victoria kini nombor satu dunia, tiada sebab kenapa dia tidak boleh menang,” katanya. - Reuters

Page 11: Islam Daily

11 Sukan Friday, 23.September.2011

Ikut telunjukGANDINGAN Koo Kien Keat-Tan Boon Heong boleh menentukan masa depan sendiri sama ada mahu terus bergandingan atau dipisah, selepas Jawatankuasa Kejurulatihan dan Lati-han (C&T) bercadang mendapatkan pandangan dua pemain itu sebelum membawa usul kepada mesyuarat Exco Persatuan Badminton Malay-sia (BAM), pertengahan bulan ini.Meskipun mesyuarat C&T dipengerusi-kan Ng Chin Chai semalam tidak menyatakan secara terang-terangan akan mengikut telunjuk gandingan itu, namun tindakan mereka yang bermesyuarat selama lebih enam jam mendengar pandangan jurulatih serta ahli jawatankuasa, berkesuda-han dengan keperluan pertemuan hati ke hati dengan dua pemain terbabit.“Kami tidak akan dedah usul diba-wa kepada Exco, kerana kami perlu bertemu dua pemain terbabit dulu sebelum memutuskan usul yang akan dikemukakan,” kata Pen-gurus Besar BAM, Kenny Goh.Menurut Kenny, pelbagai usul mem-bincangkan kelebihan atau kekuran-gan gandingan ini dikekal atau dipi-sahkan, dikemukakan oleh sembilan jurulatih dalam mesyuarat itu, namun mereka tetap perlu mendapatkan pan-dangan pemain supaya tidak men-imbulkan perasaan kurang senang.“Kami perlukan mereka untuk tem-poh empat tahun lagi sama ada da-

lam satu pasangan atau dipisah. Mereka tetap berada dalam kelom-pok elit program jangka pendek kita.“Sebelum ini saya pernah bercakap dengan Kien Keat-Boon Heong men-genai hal ini. Mereka nyata keliru hingga menyangka kami sengaja mahu menjatuhkan kerjaya dengan memis-ahkan mereka, kerana terlalu banyak spekulasi dibuat, namun akhirnya mer-eka menyatakan kesediaan menerima apa juga keputusan untuk kepentingan negara tapi selepas mesyuarat ini, saya perlu bertemu mereka sekali lagi.” Tindakan mahu merujuk kepada dua pemain itu sebelum mengemukakan cadangan kepada C&T menimbulkan persoalan, siapa menentukan masa de-pan pemain atau BAM mengikut apa saja kehendak pemain dinaung mereka.“Kita buat keputusan secara persetujuan bersama, bukan-nya mengikut telunjuk pemain.“Justeru untuk kejohanan China Masters dan Terbuka Jepun bulan ini, kami masih gandingkan mer-eka dan dua kejohanan ini mungkin boleh menjadi rujukan untuk kita membuat keputusan,” kata Kenny.Sementara itu, C&T juga mencadan-gkan kepada mesyuarat Exco untuk mengetatkan disiplin pemain serta men-gusulkan tiga program, jangka pendek, projek 2016 serta 2020, manakala pro-gram 12 tahun hanya dibincangkan di peringkat jawatankuasa pembangunan.

Terpikat budaya timurWALAUPUN merantau jauh dari be-nua Afrika dan terpaksa melalui per-bezaan budaya, pemain import The Red Warriors, Obinna Nwaneri mengaku seronok bermastautin di negeri Cik Siti Wan Kembang, apatah lagi pen-duduknya ramah dan berbudi bahasa.Selepas menamatkan saingan Liga Super dan Piala FA, pemain berusia 30 tahun dari Nigeria itu semakin serasi dan menerima kelembutan budaya timur yang nyata jauh ber-beza dengan budaya negara asalnya.Pemain yang beraksi di posisi pertah-anan itu berkata, pada hari pertama menjejak kaki di bumi Kelantan, dia tidak menyangka terdapat penyokong bola sepak fanatik di negeri ini.Katanya, selain terkejut dengan ‘kegi-laan’ penyokong Red Warriors, dia juga tertarik dengan keramahan penduduk tempatan yang sentiasa memberikan senyuman sekali gus membuatkan-nya lebih dekat dengan peminat.“Saya tidak menyangka Kelantan mempunyai penyokong begitu fa-natik tapi berasa selesa berada di negeri ini kerana keramahan pen-duduk tempatan tidak membuat-kan saya seperti orang asing.“Penduduk tempatan selalu senyum. Itu adalah antara budaya baik yang da-pat dipelajari di sini biarpun berada di tempat cukup asing,” katanya. Tidak dinafikan bukan mudah baginya me-nyesuaikan diri di tempat baru namun situasi itu perlu dilalui dan bersedia bermain di mana-mana negara atau kelab yang memerlukan khidmatnya.Bekas pemain kebangsaan Nigeria itu berkata, perubahan besar dialami sepanjang bersama Kelantan adalah perbezaan budaya malah seakan-akan terikut dan ingin mempelajari budaya tempatan yang lebih sopan.Katanya, walaupun berbeza bahasa, kehidupan dilalui di negeri Kelantan cukup mudah kerana penduduk tem-patan boleh bercakap dan memahami bahasa Inggeris malah ada peminat yang mengajarnya dialek Kelantan.“Saya datang dari benua Afrika dan sampai ke negara baru namun hanya mengambil masa singkat untuk menye-suaikan diri berikutan keramahan rakan sepasukan dan penduduk tempatan.“Saya lihat penduduk di sini lebih menghormati satu sama lain malah mampu menjalani kehidupan sehar-ian dengan aman biarpun ada pelba-

gai bangsa.” Ketika ditanya apakah aktiviti pada waktu lapang, Nwan-eri berkata, dia gemar bersiar-siar di bandar Kota Bharu dan mem-beli belah di pusat beli belah KB Mall serta pasar Wakaf Che Yeh.Katanya, kehidupan di negeri ini tidak terikat dengan sukan bola sepak semata-mata kerana dia in-gin menjadi sebahagian penduduk Kelantan sekali gus berpeluang mempelajari budaya di negeri ini.“Banyak tempat menarik boleh dila-wati di sini selain kos hidup yang ren-dah namun kerana kesibukan jadual perlawanan saya perlu mencari masa sesuai melakukan aktiviti peribadi.“Saya selesa berada di sini ker-ana suasananya aman, cuacan-ya bagus dan rakan sepasukan pula ramah dan mesra,” katanya.Menurut Nwaneri, dia juga gemar memasak malah menu hariannya ada-lah spagheti yang dimasak sendiri.Katanya, untuk menjaga kesiha-tan dia lebih percayakan masakan dimasak sendiri dan kurang men-cuba makanan masyarakat Kelan-tan yang terkenal dengan pel-bagai masakan dan kuih-muih.“Saya boleh ikut budaya masyarakat tempatan, namun daripada segi pe-makanan saya ambil berat demi men-jaga kesihatan dan kecergasan. Dis-ebabkan itu, saya kurang mencuba makanan tempatan,” katanya lagi.Nwaneri yang menandatangani kon-trak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Januari lalu dan kini beraksi hampir keseluruhan per-lawanan menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan pasukannya.Pada kemunculan pertama, Nwan-eri kurang mendapat perhatian pe-nyokong namun selepas meng-harungi beberapa perlawanan, namanya mula menjadi buah mulut peminat berikutan pertahanan ken-tal yang dipamerkan ketika menga-tasi setiap pemain pasukan lawan.Bagaimanapun, Nwaneri mengaku pada awal penyertaannya dia be-lum dapat menyesuaikan diri namun selepas mendapat sokongan rakan dan pihak pengurusan, persemba-hannya bertambah baik Katanya, dia bertekad tidak mensia-siakan peluang membantu Kelantan da-lam menghadapi saingan musim ini.

Ziyad rangkul gangsaATLET elit olahraga negara, Mu-hamad Ziyad Zolkefli meraih pin-gat gangsa lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik London, semalam.Muhamad Ziyad, 22, menghad-iahkan pingat kedua buat Malay-sia pada temasya edisi ke-14 den-gan lontaran sejauh 15.21 meter.Sebelum ini, pemanah elit nega-ra Hasihin Sanawi menyumbang-kan pingat pertama negara, pin-gat perak dalam acara recurve individu lelaki W1/W2, Isnin lalu.Pingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan ja-rak 16.29m dan perak milik Jef-

frey Ige dari Sweden, 15.50m.Ketiga-tiga atlet melepasi rekod berusia 12 tahun milik Krzysztof Kaczmarek dari Poland, 13.10m dicipta di Paralimpik Sydney 2000.ingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan ja-rak 16.29m dan perak milik Jef-frey Ige dari Sweden, 15.50mMuhamad Ziyad, 22, menghadiah-kan pingat kedua buat Malaysia.“Saya bersyukur memenuhi sasaran untuk menang pingat di Sukan Para-limpik ini. Pingat ini untuk ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia,” kata Muhammad Ziyad yang kali pertama mewakili negara di Sukan Paralimpik.

Page 12: Islam Daily

Penisular : RM 1.00Sabah / Sarawak : RM 1.50

www.islamdaily.net Friday, 23.September.2011

Sukan‘United tetap kelab terbaik’

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Fer-guson (gambar) percaya skuad The Red Devils telah men-cipta sejarah besar dalam kancah Liga Perdana England.Meskipun masih berada dalam kesedihan selepas gagal mem-pertahankan kejuaraan liga musim ini, Ferguson tetap yakin anak-anak buahnya mampu bangkit pada saingan musim depan. “Apabila anda melihat semula rekod sebelum ini, ia akan menceritakan kehebatan sebenar Manchester United.“Tidak ada kelab di dunia ini yang mampu men-cipta drama seperti yang pernah United lakukan. “Saya akui kami gagal muncul juara liga musim ini tetapi jika anda melihat rekod kami sebelum itu, United mer-upakan sebuah kelab yang perlu diingati,” kata Ferguson. Menurut Ferguson, United akan terus kekal sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya selepas mengecap kejuaraan liga sebanyak 19 kali. Sebagai rekod, United mengungguli liga do-mestik pada musim 1907/08, 1910/11, 1951/52,

1955/56, 1956/57, 1964/65, 1966/67, 1992/93, 1993/94, 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2000/01, 2002/03, 2006/07, 2007/08, 2008/09 dan 2010/11. Dalam pada itu, Manchester City telah ber-sedia untuk bersaing dengan United bagi menan-datangani bintang Inter Milan, Wesley Sneijder.United telah dikaitkan dengan pemain antara-bangsa Belanda itu pada musim panas lalu, na-mun Sneijder lebih berminat untuk kekal di San Siro. Kini Sneijder dijangka memilih City berband-ing United apabila skuad kendalian Roberto Man-cini itu mahu membina skuad yang lebih mantap bagi mempertahankan status juara Liga Perdana England.Begitupun, Sneijder enggan memberikan sebarang ko-men mengenai tawaran dua kelab gergasi Manchester itu sebelum berakhirnya kempen Euro 2012. - Agensi