Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KAJIAN PERSEPSI PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL DI SALAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR BAHRU JOHOR
TERHADAP BIDANG KEUSAHWANAN
ISMAIL BIN IBRAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN PERSEPSI PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL DI SALAH SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR BAHRU JOHOR TERHADAP BIDANG
KEUSAHAWANAN
ISMAIL BIN IBRAHIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
ii
iii
DEDIKASI
Bonda yang dikasihi,
Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati.
Doamu memberiku kekuatan dan lcesejejahteraan
dalam menempuh ranjausepanjangperjalanan ini
Untuk isteri dan anak- anakku tersayang,
Sesungguhnya kejayaan inii ada!ah anugerah Ilahi
untuk kita syukuri bersama dan
sebagai pendorong kepada kalian semua
untuk berusaha ke arah itu
dan menikmatinya di masa yang mendatang.
Ingatlah,
Sesungguhnya ilmu pengetahuan adala pelita hidup
di dunia dan akhirat
Kejayaan sebenar seseorang iyu diukur sejauh mana
Keimanan dan ketaqwaannya kepada
ALLAH s.w.t semasa hidupnya.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, penulis telah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
penyelia projek, Encik Mohd Khata bin Jabor di atas segala tunjuk ajar, bimbingan
dan nasihat dengap penuh kerelaan tanpa jemu di sepanjang tempoh laporan projek
ini disiapkan.
Juga diucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua dan pelajar-pelajar Tingkatan Lima Aliran
Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. Tidak ketinggalan
penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut membantu dalam
menjayakan projek ini. Semoga ALLAH s.w.t memberkati hidup kalian.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi menyebabkan
kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu bagi menstabilkan ekonomi negara.
Salah satu daripada nya ialah melahirkan usahawan tempatan. Sehubungan dengan
itu, satu kajian mengenai Persepsi Pelajar Aliran Teknikal Di Salah Sebuah Sekolah
Menengah Di Johor Bahru Johor Terhadap Bidang Keusahawanan telah dilakukan.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana tanggapan pelajar-pelajar
Tingkatan Lima Aliran Perdagangan terhadap bidang keusahawanan di Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru Johor. Dalam kajian ini, tanggapan
adalah berasaskan kepada beberapa faktor yang mempengaruhi bidang
keusahawanan. Sehubungan dengan itu, dalam menentukan pengetahuan dalam diri
pelajar terhadap bidang keusahawanan,
faktor yang dikaji menekankan tanggapan naluri dalam diri pelajar seperti ciri-ciri
peribadi dalam diri usahawan, minat dan pengalaman usahawan, tahap pengetahuan
asas perniagaan dan pengetahuan pelajar terhadap peluang kerjaya keusahawanan.
Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan Lima Aliran
Perdagangan, metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah soal selidik untuk
mendapatkan data-data dan maklumat yang diperlukan. Hasil dapatan diproses
dengan menggunakan perisian SPSS (VER 13.0). Satu kajian rintis telah dibuat dan
hasil dari kajian ini nilai kebolehpercayaan yang diperoleh ialah 0.84. Hasil kajian
menunjukkan tanggapan pelajar terhadap bidang keusahawanan adalah tinggi.
Faktor-faktor ini jelas telah memainkan peranan yang penting dan dapat membantu
serta mempengaruhi minat. Untuk meningkatkan prestasi pengetahuan dalam diri
pelajar dalam bidang keusahawanan, penyelidik mencadangkan beberapa syor untuk
difikirkan sesuai berkaitan dengannya. Di antaranya membentuk peribadi pelajar
yang jitu, menerapkan konsep perniagaan dalam teori dan amali berbentuk koperasi,
menyarankan pelajar berniaga sambilan di waktu cuti sekolah dan mencari bahan-
bahan terkini daripada media dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
vi
ABSTRACT
An economic depression period occur in the country and high jobless rate
have made the government take step to stabilized nation economy by inventing local
entrepreneur. In order one research have been done with the topic Persepsi Pelajar
Aliran Teknikal Di Salah Sebuah Sekolah Menengah Di Johor Bahru Terhadap
Bidang Keusahawanan. The Objective of this study was to determine the perception
of Form Five Students of Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor from the
Commerce’s stream towards entrepreneurship. In order to determine the general
entrepreneurial knowledge of students identified factors were inner characteristics of
an entrepreneur, inner entrepreneurial skills, level of basic entrepreneurship
knowledge from the aspect of business and finally, student’s knowledge of
entrepreneurship career opportunities. The research sample comprised of 100 Form
Five Students of Commerce’s Stream and researcher used survey sets in obtaining
data which was analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS
ver 13.0). The value obtained for the level of reliability was 0.84. This research has
concluded that the students had high perception towards the entrepreneurship.
Clearly, the above factors have played an important role in influencing interest
among the students. In order to increase the level of entrepreneurship knowledge in
students, the researcher has included a number of suggestions pertaining to the field
of study. Few suggestions that suitable with entrepreneurship field such as build
student positive attitude, business concept in term of theory and practically,
recommending student do business during school holiday and seek latest information
on entrepreneurship field.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
LAMPIRAN xiv
PERKARA MUKA
SURAT
I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
viii
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi dan Istilah 9
1.7.1 Persepsi 10
1.7.2 Keusahawanan 10
1.7.3 Pelajar Aliran Teknik 11
II SOROTAN 13
2.0 Pengenalan 13
2.1 Kepentingan Ciri-Ciri Usahawan 14
2.2 Kepentingan Kemahiran Kepada
Usahawan 16
2.3 Kepentingam Pengetahuan
Keusahawanan 17
2.4 Kepentingan Peluang Keusahawanan 19
2.5 Remaja dan Bidang Keusahawanan 20
III METODOLOGI KAJIAN 22
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Tempat Kajian 23
3.3 Populasi dan Sampel 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Prosedur Kajian 27
3.6 Analisa Data 27
3.7 Kajian Rintis 30
IV ANALISIS DATA 32
4.0 Pengenalan 32
ix
4.1 Bahagian A : Latar Belakang
Responden 33
4.1.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina 33
4.1.2 Taburan Responden Mengikut
Bangsa 34
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Peperiksaan Yang Diambil 34
4.1.4 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 35
4.1.5 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 36
4.2 Bahagian B : Analisis Tentang Persepsi
Pelajar Tingkatan Lima Aliran
Perdagangan Sekolah Menengah
Teknik
Perdagangan Johor Bahru 37
4.2.1 Mengenalpasti Ciri-Ciri
Peribadi
Usahawan Dalam Diri Pelajar
Aliran Perdagangan 37
4.2.2 Mengenalpasti Mengenai
Minat
dan Pengalaman Usahawan
Yang Diketahui Pelajar Di
dalam Bidang Keusahawanan 40
4.2.3 Taburan Pemeratusan
Pengetahuan Asas Perniagaan
Untuk Menceburi Bidang
Keusahawanan Di Kalangan
Pelajar Aliran Perdagangan 43
4.2.4 Taburan Pemeratusan
Mengenai
Peluang Kerjaya Yang
diketahui Pelajar Dalam
46
x
Bidang
Keusahawanan
4.2.5 Analisis Data Keseluruhan
Aspek Yang Dikaji Dalam
Bahagian B 49
V PERBINCANGAN ,RUMUSAN DAN
CADANGAN 54
5.0 Pengenalan 48
5.1 Perbincangan 49
5.1.1 Ciri-Ciri Peribadi Usahawan
Dalam Diri Pelajar Aliran
Perdagangan 54
5.1.2 Minat dan Pengalaman
Usahawan Yang Diketahui
Oleh Pelajar Aliran
Perdagangan 52
5.1.3 Pengetahuan Asas
Perniagaan Untuk Menceburi
Bidang Keusahawanan
Dikalangan Pelajar Aliran
Perdagangan 56
5.1.4 Mengenai Maklumat
Peluang-Peluang Kerjay
Keusahawanan 57
5.1.5 Kajian Di antara Faktor
Demografi Dengan Persepsi
5.2 Rumusan 58
5.3 Cadangan 62
5..3.1 Cadangan Untuk Pihak
Sekolah 62
5.3.2 Cadangan Untuk Pihak 63
xi
Kementerian Pelajaran
5.3.3 Cadangan Kajian Lanjutan
5.4 Penutup 64
Rujukan 65
Lampiran 70
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Markat Skala Likert 26
3.2 Skala Pemeringkatan 28
3.3 Tahap Pertimbangan Peratusan 28
3.4 Markat Skala Likert Tiga Mata 29
3.5 Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Kolerasi 29
3.6 Signifikan 30
3.7 Pekali Alpha Conbach 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan
Yang Akan Diambil
35
4.4 Taburan Pekerjaan Bapa 35
4.5 Taburan Pekerjaan Ibu 36
4.6 Taburan Pemeratusan Mengenalpasti Mengenai
Ciri-Ciri Peribadi Usahawan Dalam Diri Pelajar
38
4.7 Taburan Pemeratusan Mengenalpasti Minat Dan
Pengalaman Usahawan Yang Diketahui Oleh
Pelajar
41
4.8 Taburan Pemeratusan Mengenai Pengetahuan
Asas Perniagaan Untuk Menceburi Bidang
Keusahawanan
44
4.9 Taburan Pemeratusan Mengenai Peluang-
Peluang Kerjaya Yang Diketahui Pelajar Dalam
Bidang Keusahawanan
47
4.10 Peratus Dan Min Keseluruhan Aspek Yang
Dikaji
50
4.11 Taburan Kolerasi 51
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
f - Frekuensi
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SMT - Sekolah Menengah Teknik
No. - Nombor
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
SS - Sangat setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
> - Lebih besar
α - Alpha
= - Sama dengan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Kelulusan EPRD 73
C Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran Johor 75
D Surat Kebenaran daripada UTM 76
E Surat Pengesahan Pakar Bidang 77
F Kajian Rintis (Nilai Alpha) 78
G Analisis SPSS (Bahagian A) 79
H Analisis SPSS (Bahagian B) 80
I Analisis SPSS Korelasi 89
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Manusia boleh dididik dan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dari
peringkat muda lagi supaya sikap berdikari boleh dipupuk. Pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang keusahawanan boleh dipelajari untuk menjadikan manusia lebih kreatif
dan produktif. Keusahawanan dapat menghasilkan manusia yang sanggup menerima
cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan sentiasa berusaha. Nilai-nilai ini perlu ada
dalam setiap individu untuk menjadikan mereka rakyat yang dapat menyumbangkan
kepada pembangunan industri. Oleh itu di negara-negara maju terdapat ramai usahawan
yang bergiat aktif untuk memajukan negara (Zaidatul Akmaliah, Habibah Elias, 1997).
Bidang keusahawanan adalah merupakan salah satu daripada yang diberikan
penekanan sekarang kerana untuk menjadi sebuah negara maju, kemajuan dalam bidan
keusahawanan adalah perlu digerakkan. Manakala usahawan adalah golongan yang
mempengaruhi cara hidup masyarakat dunia. Golongan inilah yang membawa dari segi
pertumbuhan ekonomi, kemantapan sumber pekerjaan serta teknologi baru yang
melibatkan kualiti penghidupan kita semua.
g
Di Malaysia keusahawanan tidak lagi sesuatu yang asing kepada masyarakatnya.
Walau bagaiamanapun di zaman serba maju ini, masyarakat seharusnya melengkapkan
diri dengan segala ilmu untuk memahami selok belok keusahawanan bagi menghadapi
cabaran globalisasi. Jadi dengan ini secara tidak langsung timbul kesedaran untuk hidup
berdikari dan kepentingan keusahawanan, di mana manusia boleh hidup dengan kerja
sendiri dan menubuhkan perniagaan sendiri (Yip Putih, 1989)..
Galakkan dan kesedaran untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
perlu dipergiatkan. Ini kerana tindakan ini dapat memainkan peranan penting dalam
usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan
keusahawanan menunjukkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara. ini
kerana menurut Zaidatul Akmaliah, Lope Pihie dan Habibah Alias, (1997)
i. Pendidikan keusahawanan boleh didedahkan dan dididik untuk mempunyai ciri-
ciri keusahawanan semenjak kanak-kanak di bangku sekolah lagi.
ii. Latihan dan pendidikan vokasional diperlukan untuk memberikan pendidikan
khusus yang membolehkan seseorang individu mendalami bidang masing-
masing.
iii. Institusi latihan perlu disediakan untuk melahirkan individu yang mempunyai
kemahiran teknikal. Individu yang berpotensi menerokai bidang pekerjaan
berasaskan kemahiran, boleh diasuh dan dididik untuk menjadi usahawan.
iv. Latihan keusahawanan perlu diperbanyakkan supaya individu dapat
memperkembangkan potensinya untuk bekerja sendiri.
v. Pendidikan pengurusan boleh dimulakan pada tahap lebih rendah lagi, kerana
manusia perlu mempelajari teknik mengurus dan mentadbir.
Kewujudan mata pelajaran perniagaan dan keusahawanan untuk pelajar tingkatan
4 dan 5 di Sek.Men.Vokasional/Sek.Men.Teknik adalah antara bertujuan memupuk
pelajar ke arah menjadikan usahawan sebagai kerjaya. Mata pelajaran ini mula
diperkenalkan di Sek.Men. Vokasional pada tahun 1989 seiring dengan perlaksanaan
mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat sekolah menengah rendah. Ia
diperkenalkan kerana kesedaran tentang pentingnya pendidikan bidang ini untuk
pembangunan negara. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Dasar
Pelajaran (1992) dalam Pusat Perkembangan Kurikulum menyatakan “Mata pelajaran
perdagangan perlu diberi perhatian khas kerana matapelajaran ini penting untuk
pembangunan negara.”
Kini kita dapati, sebahagian besar daripada kita meragui kemampuan sendiri
untuk maju di bidang tersebut, walaupun kita tahu kerajaan telah membentuk berbagai
dasar serta menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu dan memudahkan
kita, berkembang maju di bidang keusahawanan. Kita keberatan untuk memilih bidang
keusahawanan sebagai kerjaya kerana kita masih beranggapan bahawa bidang ini tidak
dapat memberikan jaminan masa depan seperti mana yang dapat diberikan oleh sektor
awam mahupun sektor swasta (Yip Putih, 1989). Namun begitu semangat keusahawanan
yang telah disemai semasa kanak-kanak lagi dan pengalaman dalam aspek perniagaan
turut membantu memupuk sifat keusahawanan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh Malaysia bermula pada pertengahan
1997 dengan kejatuhan nilai ringgit dan diikuti pula kejatuhan nilai saham secara
mendadak. Apa yang berlaku ketika itu ialah kenaikan harga barangan impot, kadar
faedah yang dikenakan oleh bank naik dan kadar pengangguran yang tinggi. Tahun 1998
merupakan proses pemulihan kegawatan ekonomi negara (Dimensi Koop, Julai 1998).
Kini timbul lagi masalah pengangguran menurut laporan Kementerian Sumber Manusia,
kadar pengangguran dicatatkan pada 14.7 peratus pada penggal kedua 2004, berbanding
14.2 peratus pada penggal sebelumnya.
Pada masa yang sama, diketahui kira-kira satu dalam setiap lima graduan
universiti gagal mencari pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Perdana Menteri Malaysia
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah menyatakan bahawa pengangguran di
Malaysia semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. Para usahawan khususnya
perlu peka dengan suasana ekonomi ini kerana kesannya turut dirasai oleh segenap
lapisan masyarakat dalam jangka waktu yang agak panjang. Mereka perlu meningkatkan
usaha, tenaga dan modal supaya kegawatan ekonomi dapat dipulihkan dan masalah
pengangguran dapat dikurangkan.
Dengan ini kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki dan
memulihkan ekonomi negara pada tahap yang sebenarnya serta mengurangkan kadar
pengangguran. Di antara langkah-langkah yang digariskan oleh kerajaan untuk
memulihkan ekonomi dan mempertahankan kestabilannya serta mengurangkan kadar
pengangguran ialah meningkatkan jumlah usahawan-usahawan tempatan. Dalam usaha
melahirkan usahawan tempatan ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama iaitu pihak
kerajaan, swasta dan rakyat berganding bahu dalam menangani masalah tersebut.
Ini kerana secara tidak langsung dengan lahirnya usahawan-usahawan baru,
dapat mengurangkan kadar pengangguran dan mengatasi masalah kemiskinan. Oleh itu
salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam bidang keusahawanan
ialah pendidikan keusahawanan samada di peringkat rendah, menengah dan teknik serta
pengajian tinggi. Secara umumnya bakal usahawan ini diharapkan dapat mengubah sikap
menjadi lebih cekap, bersemangat dan tidak takut menghadapi persaingan. Seperti yang
dikatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Rafidah
Aziz, “Sekarang bukan masa untuk membuat persediaan sebaliknya mereka(usahawan)
sudah mula bersaing dengan masuk ke pasaran Asean. “ (Berita Harian, 12 April 2001)
Sekiranya diteliti tentang matlamat-matlamat yang digariskan oleh kerajaan
untuk memulihkan ekonomi, jumlah usahawan-usahawan tempatan perlu ditingkatkan
agar kestabilan ekonomi negara dapat dipertahankan dan kadar pengangguran dapat
dikurangkan. Didalam usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan tempatan mi, semua
pihak perlu berganding bahu khasnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
peringkat awalan iaitu pelajar-pelajar di bangku sekolah. Adalah tidak dinafikan bahawa
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam
menanam minat pelajar terhadap bidang keusahawanan dengan menawarkan mata
pelajaran Kemahiran Hidup bagi peringkat menengah rendah dan mata pelajaran
perniagaan dan keusahawanan di peringkat menengah atas dan teknik.
Suasana alam pekerjaan penyelidik sebagai guru telah mendedahkan diri
pengkaji dengan hala tuju pelajar-pelajar aliran kemahiran selepas menamatkan
pengajian mereka. Ada dikalangan mereka menceburi pekerjaan di sektor perkilangan
sebagai pekerja separuh mahir. Sebilangan lagi menimba pengalaman di bengkel-
bengkel untuk meningkatkan lagi kemahiran yang mereka miliki. Walaupun, mereka
telah mempunyai pengalaman tetapi amat kurang yang menceburkan diri sebagai
usahawan walaupun secara kecil-kecilan. Di sini beberapa persoalan yang ingin dikaji
berkaitan dengan persepsi pelajar-pelajar aliran teknikal di Sek.Men.Teknik
Perdagangan Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka di
masa hadapan.
1.2 Pernyataan Masalah
Setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan ranjau tersendiri. Orang yang tidak
bersedia menghadapi segala cabaran dan rintangan tidak akan maju dalam kerjayanya
kerana walaupun mempunyai kelulusan akademik atau teknikal yang tinggi. Para ahli
sejarah tanahair telah sependapat mengatakan bahawa keusahawanan bukanlah satu
bidang baru kepada kita semua. Namun begitu kita seringkali keberatan untuk memilih
keusahawanan sebagai kerjaya atau menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan
terakhir atau pekerjaan sementara.
Di dalam membentuk dan melahirkan usahawan yang berjaya usahawan yang
berjaya di masa akan datang, pelajar-pelajar sekolah haruslah dibentuk terlebih dahulu
supaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berpendidikan ilmu keusahawanan.
Kebanyakan usahawan sekarang adalah maju dan mempunyai banyak kegiatan tetapi
mereka tidak mempunyai sifat sebagai seorang usahawan yang berkualiti dan berdaya
positif dalam menguruskan pemiagaan. Situasi ini ternyata tidak selari dengan kehendak
dan cabaran globalisasi pada masa kini. Sehubungan dengan permasalahan yang timbul,
adakah pelajar-pelajar SMV/SMT berminat meneruskan kerjaya keusahawanan dalam
bidang mereka.
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan diberi kajian terhadap persepsi Aliran Teknik di Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan adalah
bertujuan meninjau dan untuk:
i. Mengenalpasti ciri-ciri peribadi usahawan dalam diri pelajar.
ii. Mengenalpasti mengenai minat dan pengalaman usahawan yang diketahui
pelajar.
iii. Mengenal pasti pengetahuan asas perniagaan untuk menceburi bidang
keusahawanan.
iv. Mengenalpasti mengenai maklumat peluang-peluang kerja dalam bidang
keusahawanan.
v. Mengenalpasti adakah jantina, bangsa, kelayakan akademik, pekerjaan
ibubapa ada hubungan dengan persepsi pelajar aliran teknik
terhadap bidang keusahawanan.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik membina persoalan spesifik yang
ingin dikaji untuk menentukan persepsi pelajar aliran teknik. Oleh itu penyelidik ingin
mengetahui :
i. Adakah pelajar Aliran Teknik mempunyai ciri-ciri peribadi yang di
perlukan untuk menceburi bidang keusahawanan.
ii. Adakah pelajar Aliran Teknik mempunyai minat dan pengalaman untuk
menjadi seorang usahawan.
iii. Adakah pelajar mengetahui asas pengetahuan perniagaan untuk menceburi
bidang keusahawanan.
iv. Adakah pelajar Aliran Teknik diberi maklumat mengenai peluang-peluang
kerjaya dalam bidang keusahawanan.
v. Adakah jantina, bangsa, kelayakan akademik, pekerjaan ibubapa ada hubungan
dengan persepsi pelajar aliran teknik terhadap bidang keusahawanan.