istiadat krs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kadet remaja sekolah

Text of istiadat krs

BUKU PANDUAN KRS/TKRS : ISTIADAT & PROTOKOL SEKRETARIAT KRS TERENGGANU 2009

BUKU PANDUAN KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

ISTIADAT DAN PROTOKOL

Disediakan oleh : Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Diedar oleh: Sekretariat KRS Terengganu Jabatan Pelajaran Terengganu 2009

BUKU PANDUAN KRS/TKRS : ISTIADAT & PROTOKOL SEKRETARIAT KRS TERENGGANU 2009

KandunganPendahuluan Bab 1 : Bab 2 : Bab 3 : Tatacara Perkhemahan Tatacara Dalam Pertandingan Kawad Tatacara Dalam Majlis Pentauliahan,Penganugerahan Sijil dan Pemakaian Pangkat Tatacara Majlis Dalam Kursus-Kursus KRS Istiadat Dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun KRS Majlis Makan Malam Beradat Perbarisan Istiadat Perarakan dan Mengibar Bendera 3 5 16

33 49 65 78 84 117

Bab 4 : Bab 5 : Bab 6 : Bab 7 : Bab 8 :

PendahuluanPENGENALAN

Kadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia merupakan satu-satunya pasukan beruniform yang ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pasukan ini telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Penubuhannya telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 20 Jun 1995 di Kuala Lumpur. Pada penghujung tahun tersebut, seramai 300 orang guru seluruh negara telah diberikan kursus pendedahan dan asas kejurulatihan KRS yang membolehkan mereka ditauliahkan sebagai pegawai. Penubuhan KRS ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pelajaran Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Rasionalnya, aktivitiaktiviti KRS diharap akan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Antara objektif penting yang terkandung dalam buku Kurikulum Latihan, Kadet Remaja Sekolah yang diterbitkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1997 ialah membina semangat patriotik, memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat, memberi peluang kepada pelajar dalam mengurus dan memimpin, memahami isu-isu semasa serta menjiwai semangat perpaduan, berketrampilan, berdaya saing, berdaya juang, kreatif dan inovatif dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. Ketika ini, usia Kadet Remaja Sekolah telah pun lebih daripada satu dekad. Dalam tempoh tersebut, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk aktiviti besar seperti perkhemahan perdana, pertandingan kawad, kursus-kursus pegawai dan kadet, sambutan ulang tahun, kembara duga dan sebagainya. KRS juga telah menganjurkan beberapa aktiviti yang melibatkan majlismajlis rasmi seperti perarakan bendera, majlis pentauliahan, penyampaian sijil dan kenaikan pangkat, majlis makan beradat, upacara pembukaan dan penutupan latihan, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Pada ketika ini, belum ada panduan khusus yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Kebanyakan program tersebut dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pegawai-pegawai berkenaan yang diperoleh daripada kegiatan mereka dalam pasukan beruniform seperti Askar Wataniah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan-pasukan beruniform yang lain. Walaupun secara amnya aktiviti-aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan, namun terdapat beberapa kelemahan yang ketara khususnya dalam aspek pengendalian, tatacara dan protokolnya. Oleh sebab itu, akan terdapat perbezaan-perbezaan tertentu semasa pelaksanaannya yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman pegawaipegawainya.

1

Penerbitan Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah (BPI) ini adalah satu usaha untuk menyelaras setiap aktiviti yang dirancang oleh pasukan ini supaya dapat mengurangkan perbezaan-perbezaan dalam aspek pengendalian aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, walau di mana program atau aktiviti KRS dilaksanakan maka akan terdapat persamaan daripada aspek tatacara dan protokolnya. Secara tidak langsung, semua program dan aktiviti yang dilaksanakan menjadi lebih mantap dan sistematik.

MATLAMAT Matlamat Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah ini diterbitkan adalah untuk dijadikan rujukan kepada semua organisasi Kadet Remaja Sekolah sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam melaksanakan program dan aktivitinya. Buku ini mengandungi tatacara pelaksanaan program yang melibatkan istiadat dan protokol sama ada di peringkat pengurusan, pelaksanaan, pegawai atau anggota bawahan supaya setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam buku ini.

OBJEKTIF a) Memberikan panduan mengenai tatacara, protokol dan istiadat yang perlu diikuti semasa melaksanakan majlis. b) Memberikan panduan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa yang dilantik untuk melaksanakan majlis. c) Menambah ilmu dan pengetahuan setiap anggota dalam semua aspek perancangan, pentadbiran dan pengurusan majlis. d) Memupuk kerja secara sistematik dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta membina sikap positif dalam konsep berorganisasi. e) Membina keprihatinan mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai, anggota atau ahli dalam organisasi.

2

Bab 1Tatacara Perkhemahan1.1.PENDAHULUAN. Sewaktu Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan, Negeri tuan rumah akan menerima kunjungan peserta dari Negeri di Malaysia. Dalam hal ini, sewajarnya pihak tuan rumah mempunyai satu sistem terancang untuk menerima tetamu dan menanamkan sikap memuliakan tetamu yang hadir dari negeri lain supaya mereka tidak terasa tersisih dan dapat menyumbang idea dan kepakaran dalam melaksanakan aktiviti bersama. . 1.2 TATACARA MENERIMA KONTINGEN 1.2.1 Pelaksanaan

A. Pendaftaran Meja dan kerusi hendaklah disediakan mengikut kesesuaian tempat bilik yang digunakan untuk pendaftaran. Setiap kontingen negeri yang .Hadir hendaklah di sambut oleh Penyambut tetamu (Laison oficer )negeri yang dipertanggungjawabkan. LO negeri tersebut hendaklah membawa Pengawai KRS negeri yang membawa borang pendaftaran ke tempat pendaftaran peserta. Pengawai yang bertugas di kaunter hendaklah memakai uniform lengkap KRS atau separuh uniform. Setelah pendaftaran selesai, petugas pendaftaran hendaklah mengagihkan tag nama peserta dan pengawai kepada negeri berkenaan. Semua pengawai dan peserta negeri yang terlibat akan bergerak ke tempat perhimpunan dengan berjalan secara berkawad untuk istiadat menaikkan bendera negeri, bacaan ikrar dan doa. Kedudukan anggota hendaklah menghadap bendera. Bendera negeri hendaklah disusun mengikut kekananan berdasarkan kepada tarikh pertabalan Sultan atau Raja. Bagi negeri yang tiada Sultan atau Raja pulabergantung kepada tarikh perlantikan Yang

3

Dipertua Negeri. Semasa upacara menaikan bendera dan nyanyian lagi rasmi negeri, penawai KRS yang memakai uniform lengkap dan half uniform hendaklah memberi tabik hormat sehingga nyanyian selesai. Pengawai yang tidak memakai uniform hendaklah berada di dalam keadaan sedia.

B. Susun Atur Kedudukan Anggota Semasa Menaikan Bendera.

a.

Kedudukan Anggota Secara Melintang

Peserta

Pegawai komander

Peserta

Pegawai

4

b. Kedudukan anggota secara melajur.

Peserta

Pegawai komander

Peserta

Pegawai

d. Pakaian Pakaian semua petugas kaunter pendaftaran dan helpers adalah uniform separa dengan kasut jungle boot atau spike boot atau memakai pakaian nombor 3 atau nombor 4. e. Bantuan Khidmat ( Rujuk lampiran). 1.3 TATACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PERKHEMAHAN

1.3.1 Pelaksanaan

5

A. Persiapan Tempat a. Pentas Pentas adalah bahagian penting dan merupakan wajah kepada majlis yang diaturkan. b. Kerusi VIP KerusiVIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan. Rujuk Lampiran. c. Backdrop dan hiasan pentas

Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop ditengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna. d. Rostrum VIP Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas. Rostrum hendaklah di alas. Pastikan VIP yang berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu. e. Rostrum Pengacara Majlis Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana bahagian yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan Rostrum VIP atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian bawah sebelah kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah (jika ada meja hadiah). f. Meja Hadiah Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.

B. Pembawa Dulang

6

Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada dua orang petugas yang lengkap berunifrom KRS yang berpangkat sarjan kebawah. ( Sila rujuk lampiran)

C. Penyambut Tetamu Bagi tetamu atau VIP usher hendaklah disediakan akan membawa VIP ketempat duduk yang diperuntukkan kepadanya. Usher akan berada dipintu utama dan menunggu VIP turun daripada kenderaan.( Sila rujuk lampiran). D. Bilik Menunggu atau Rehat Sementara V IP Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang jauh. Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara menunggu persiapan akhir majlis. E. Juru Acara Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis. Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara yang mengandungi perkara-perkara seperti m