ISU Alam Sekitar Latestttt

Embed Size (px)

Citation preview

ISU-ISU ALAM SEKITAR; KAEDAH DAN PENYELESAIANNYA

PENGENALAN

Alam ini adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga untuk kesejahteraan kehidupan. Sememangnya, kita banyak bergantung kepada sumber- sumber semulajadi di atas muka bumi ini. Bumi yang luas terbentang telah dijadiakan tempat tinggal kita, gunung- ganang sebagai pasak dan dibuka jalan serta cabang- cabang agar mudah untuk kita melepasi segenap penjurunya. DEFINISI ALAM SEKITAR Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, alam didefinisikan sebagai bumi, dunia, dan segalanya yang terdapat di langit mahupun di bumi. Manakala sekitar pula membawa erti sepenuhnya, segenap, dan sekeliling tempat. Dalam Bahasa Inggeris pula, alam sekitar yang disebut environment membawa maksud keadaan sekeiling ataupun lingkungan. Oleh itu, secara literalnya; alam sekitar dapatlah diinterpretasikan sebagai segala apa yang ada di sekeliling yang mempunyai hubung kait dengannya sehingga melahirkan suatu keadaan atau suasana. Namun demikian, jika diperincikan lagi; istilah alam sekitar itu merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik mahupun abiotik yang meliputi sesuatu organism. Iklim dan cuaca juga termasuk dalam fenomena ini. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002) Pandangan Islam terhadap alam sekitar adalah bersumberkan kepada wahyu al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Terdapat beberapa ayat al- Quran yang mengenengahkan hubungan jitu antara manusia, alam, dan Penciptanya. Allah tidak mengasingkan kehidupan manusia daripada alam sekitar sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah an- Nisa ayat 126. Maksudnya: Kepunyaan Allah jua apa-apa yang ada di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu. Sehubungan dengan itu, alam sekitar itu menurut Islam ialah tidak pegun dan kaku. Tetapi ia adalah sejenis entiti yang mempunyai unsur- unsur kerohanian. Segala bentuk gangguan dan campur tangan ke atas alam sekitar akan memberikan kesan terhadap perhubungan

kudus antara manusia dan Penciptanya. Konsep inilah yang dipegang teguh oleh umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat; di mana mereka tidak pernah sekalipun menakluk, menjajah , mahupun menundukkan alam sekitar. Konsep manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini adalah salah satu prinsip asas ajaran Islam. Sebagai hamba Allah, manusia bertindak dengan mematuhi segala undang-undang dan suruhan yang telah ditetapkanNya. Alam sekitar sekadar amanah Allah kepada manusia, yang mesti diuruskan dengan sebaik- baiknya. Oleh yang demikian, sebarang aktiviti manusia yang boleh mengancam kehidupan adalah ditegah sama sekali. Penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan, penyiraman racun makhluk perosak secara berlebihan, pemusnahan hutan yang tidak terkawal, dan sikap suka membuang sampah merata- rata semuanya dilihat sebagai satu ketamakan dan sikap yang lepas tangan untuk menjaga alam sekitar. Jika ditinjau tentang kerosakan alam yang dilakukan di negara kita, sedikit sebanyak kita dapat menyedari bahawa perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan. Terdapat banyak kawasan tadahan air telah dimusnahkan akibat proses meratakan hutan. Tanah dan selut yang tidak lagi diikat oleh akar- akar pokok hutan terhakis dan dibawa oleh sungai ke muara. Seandainya diteliti dan ditelusi punca-punca pencemaran alam sekitar, kita akan mendapati bahawa kebanyakannya terjadi disebabkan permintaan manusia yang tinggi terhadap hasil keluaran industri. Perkara ini akan menyebabkan tekanan kepada keupayaan bumi membekalkan sumber bagi memenuhi permintaan sebegini.

Senario Status Alam Sekitar di Malaysia. Secara umumnya, pengurusan alam sekitar di Malaysia sudahpun bermula secara bersepadu seawal tahun 1970 an, iaitu berikutan penubuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) bagi mencegah dan mengawal pencemaran serta memulihara alam sekitar. Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia; Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus Akta ini secara holistik.

Semasa awal penguatkuasaan Akta ini, negara sedang menghadapi masalah pencemaran air yang kronik kesan daripada pelepasan kilang kelapa sawit dan getah yang merupakan kegiatan utama ekonomi Malaysia ketika itu.Pelbagai usaha telah ditekankan bagi mencari penyelesaian dan mengawal pelepasan daripada kedua- dua industri berkenaan. Selain itu, setiap tindakan yang diambil telah memberi pertimbangan sewajarnya ke atas aspek- aspek ekonomi bagi memastikan perkembangan ekonomi negara tidak terjejas. Dengan kerjasama padu daripada semua pihak termasuklah industri, agensi penyelidikan dan penguatkuasaan, pencemaran daripada kedua-dua punca utama ini telah dapat dikawal. Seiring dengan pembangunan negara yang memasuki era pembangunan perindustrian; daripada industri berasaskan getah dan sawit dan beralih kepada industri pembuatan, isu alam sekitar juga bertukar kepada masalah yang berbeza. Kualiti alam sekitar telah merosot akibat pelepasan efluen, asap, dan buangan sisa yang mengandungi bahan- bahan toksid berupa logam dan bahan- bahan kimia. Agensi- agensi yang berkuatkuasa telah menetapkan piawaian-piawaian pelepasan yang perlu dipatuhi dalam usaha mengawal dan mengurangkan pelepasan daripada industri-industri yang terlibat. Antara pendekatan yang telah dilaksanakan ialah dengan memastikan lokasi pembangunan perindustrian ditempatkan di kawasan yang sesuai iaitu jauh daripada penempatan masyarakat. Apabila arus perindustrian beralih ke arah pembangunan projek- projek mega seperti industri pelancongan bersepadu dan petrokimia,isu alam sekitar menjadi kian mencabar. Di bawah Seksyen 34A (1) Akta Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127), kerajaan telah memperkenalkan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environment Impact Assessment; EIA) yang memberi kuasa kepada Menteri Sains dan Teknologi dan Alam Sekitar untuk menyenaraikan segala aktiviti yang dirasakan memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap penggerak projek besar wajib menjalankan kajian ini sebelum melaksanakannya. Di peringkat global, perlaksanaan indeks bagi mengukur prestasi alam sekitar telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale dan Universiti Columbia; dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah dan Forum Ekonomi Sedunia. Bermula dengan Indeks Kelestarian Alam Sekitar [Environmental Sustainable Index (ESI)] yang

diguna pakai dari 1999 sehingga 2005, para pengkaji kemudiannya telah memperkenalkan indeks yang lebih mesra pengguna. Pada tahun 2002, Indeks Prestasi Alam Sekitar- IPAS [Environmental Performance Index (EPI)] ditampilkan dengan menggunakan pendekatan indikator berdasarkan hasil. Berikutan itu; pada tahun 2006 dan 2008, kumpulan pengkaji ini telah mengeluarkan Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar yang melibatkan sebanyak 149 buah negara termasuklah Malaysia. 25 indikator telah diguna pakai termasuklah kesihatan alam sekitar, pencemaran udara, sumber air, biodiversiti dan habitat, perubahan iklim, dan sumber semulajadi produktif. Malaysia telah menduduki tempat ke- 9 dengan indeks mata sebanyak 83.3, manakala pada tahun 2008 jatuh ke tangga ke 27 dengan peningkatan indeks mata 84.0. Pada Januari 2010 , EPI global sekali lagi menunjukkan kedudukan Malaysia merudum ke tangga 54. Memetik beberapa petikan ulasan daripada penulisan Prof. Ir. Datuk Zaini Ujang dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Mac 2010; beliau berpendapat bahawa penurunan berlaku disebabkan tiada kewujudan strategi dan koordinasi dalam kalangan pelbagai agensi agar prestasi pengurusan alam sekitar dapat dilaporkan secara holistik dan tidak rigid kepada fokus sesuatu agensi sahaja. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan supaya dasar alam sekitar holistik dirangka dengan menggunakan tiga pendekatan strategik iaitu berteraskan pembangunan ekonomi rendah karbon, berteraskan pencapaian, dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Pembangunan Lereng Bukit 1) Definasi kawasan lereng bukit Projek-projek di kawasan lereng bukit boleh didefinasikan sebagai projek-projek yang terletak di lereng-lereng bukit yang mempunyai darjah kecerunan seperti berikut: i) kecerunan 5 20% ii) kecerunan 21 30% - kecerunan landai - kecerunan curam dan merbahaya

iii) kecerunan melebihi 31% - cerun yang kritikal untuk pembangunan

Isu-isu pembangunan di lereng bukit di Malaysia 1) Pembangunan di kawasan Lereng Bukit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara isu-isu pembangunan lereng bukit di wilayah persekutuan Kuala Lumpur ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) tidak mempunyai pakar-pakar yang berkebolehan untuk menilai pembangunan-pembangunan di Lereng Bukit. DBKL perlu melantik pakar-pakar perunding yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang-bidang kepakaran yang disenaraikan di atas. Pengambilan pakar-pakar professional akan melibatkan kos yang tinggi dan memanjangkan tempoh proses kelulusan perancangan. DBKL memerlukan satu pasukan petugas yang boleh mengawasi setiap bangunan-bangunan yang berada di dalam sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek-projek pembangunan di Kawasan lereng bukit boleh dikategorikan kepada 4 kategori iaitu: Kategori 1: Projek-projek yang diberikan notis berhenti kerja. Projek-projek di bawah kategori ini memerlukan tindakan yang segera. Kabinet telah memberikan masa selama 1 bulan untuk Pihak Penguasa Tempatan membuat keputusan samada projek yang telah diberhentikan itu boleh diteruskan atau tidak. Pemaju dikehendaki mengemukakan laporan-laporan geo teknik, jenis cerucuk dan pembinaan tapak asas serta laporan sistem saliran dan perparitan kepada pihak DBKL. Satu Jawatankuasa Penilaian Pembangunan di Lereng Bukit perlu ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh pakar-pakar seperti ahli kaji bumi, jurutera struktur, arkitek, jurutera geoteknik, jurukur bangunan, ahli sains alam sekitar dan horticulturist. Jawatankuasa ini juga akan dibantu oleh pegawai-pegawai DBKL yang terdiri daripada Jurukur Bangunan, Jurutera Bangunan, Jurutera Awam, Jurutera Awam (Pembetungan dan perparitan), Pegawai Alam Sekitar dan Arkitek. Setelah menerima laporan-laporan daripada pemaju-pemaju, Jawatankuasa ini akan mengkaji dan menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan serta membuat syor kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur samada projek tersebut boleh diteruskan, ditolak ataupun dikenakan syarat-syarat tambahan untuk mempastikan projek itu selamat untuk didiami.

Kategori 2: Projek-projek C.F. atau T.C.F. Projek-projek di bawah kategori ini juga memerlukan tindakan yang agak segera. Bagi projek yang mempunyai T.C.F., pihak pemaju dan pihak pengurusan bangunan bagi projek yang telah mempunyai C.F dikehendaki mengemukakan laporan-laporan Geoteknik, Saliran dan jenis cerucuk kepada DBKL. Jawatankuasa Penilaian Pembangunan di Lereng Bukit yang telah ditubuhkan akan mengkaji laporan-laporan tersebut serta membuat cadangan dan syor kepada Datuk Bandar. Kategori 3: Projek dengan Perintah Pembangunan dan Pelan Bangunan. Projek yang berada di bawah kategori 3, adalah mempunyai keutamaan rendah berbanding dengan Kategori 1 dan Kategori 2. DBKL akan menarik balik kelulusan-kelulusan yang telah diberikan. Berikutnya pihak pemaju dikehendaki mengemukakan laporan kepada DBKL untuk menjelaskan bahawa projek mereka selamat untuk didiami. Jawatankuasa Penilaan Pembangunan di Lereng Bukit akan mengkaji laporan-laporan berikut dan membuat perakuan kepada Datuk Bandar. Kategori 4: Projek-projek dalam pertimbangan dan projek-projek akan datang. Pemaju dikehendaki mengemukakan laporan Geoteknik, laporan cadangan sistem

cerucuk dan laporan sistem saliran. Selain daripada laporan-laporan tersebut, pemaju juga dikehendaki mengemukakan pelan topo, pelan-pelan cadangan kerja-kerja tanah dan menyatakan cadangan penebangan pokok-pokok. Ahli Jawatankuasa Penilaian Pembangunan di Lereng Bukit akan meneliti laporan-laporan tersebut dan membuat perakuan kepada Datuk Bandar sebelum projek ini dipertimbangkan pada peringkat dasar di mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar. 2) Pembangunan di kawasan Lereng Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor Antara isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit yang dibangkitkan oleh penduduk Selangor ialah rakyat tidak berkeyakinan terhadap sistem sedia ada memandangkan akta-akta dan peraturan-peraturan tidak dipraktikkan dengan kaedah yang betul. Pojek pembangunan di tanah tinggi atau lereng bukit tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat tetapi hanya menguntungkan pihak pemaju.

Selain itu kelemahan terhadap pelaksanaan garis panduan sedia ada serta kekangan dari aspek kewangan atau peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur perlu diberi tumpuan. Tahap profesionalisme diperingkat reka bentuk dan pembinaan agak meragukan. Pelan Pembangunan tidak menyentuh isu kepelbagaian biologi (biodiversity) dan tidak menitik beratkan isu keselamatan. Beberapa cadangan telah dikemukan bagi menangani masalah pembinaan dikawasan lereng bukit. Antaranya ialah memperkemaskan sistem sedia ada di PBT didalam pemantauan dan penyelenggaraan projek pembangunan. Elemen insuranperlu dimasukkan bagi pembangunan dikawasan tanah tinggi/lereng bukit. Pihak PBT perlu melantik Perunding Geoteknikal Bebas. Rancangan Tempatan perlu disediakan bagi kawasan yang berketinggian dalam julat 150m hingga 300m di Negeri Selangor seperti Penang Hill. Laporan terperinci perlu disediakan berhubung pembangunan lereng bukit sedia ada di Selangor. Pihak yang bertanggungjawab perlu merujuk kepada Geotechnical Office, Hong Kong untuk membantu di dalam merangka garis panduan dengan menitik beratkan isu keselamatan dan alam sekitar. Pembangunan dikawasan yang berkecerunan melebihi 25 adalah tidak dibenarkan. Disamping itu, beban tanggungan terhadap cerun bagi projek pembangunan di lereng bukit atau tanah tinggi perlu diberi kepada pihak pemaju. Isu berhubung penggazetan sungai semulajadi perlu dipertimbangkan. Isu Pencemaran Air Isu pencemaran air merupakan salah satu isu pencemaran alam sekitar yang semakin hangat diperkatakan. Isu ini menjadi sasaran perbincangan dan mendapat perhatian umum oleh semua golongan masyarakat kerana air merupakan suatu elemen yang penting untuk menampung kehidupan. Ini kerana air merupakan salah satu dari tiga unsur penting selain daripada oksigen dan matahari yang merupakan keperluan asas bagi setiap kehidupan dalam ekosistem bumi.

Pencemaran Sungai Sungai merupakan aset penting dalam kehidupan manusia disebabkan oleh kepelbagaian fungsi kepada manusia seperti sumber bekalan air untuk kegunaan domestik dan komersial, medium pengangkutan, medium perolehan sumber protein dan lain-lain. Pencemaran sungai merupakan satu isu yang memerlukan usaha holistik daripada pelbagai ke arah penyelesaiannya memandangkan kualiti air sungai di Malaysia semakin terancam. Pada umumnya, sungai di Malaysia dikategorikan kepada lima kelas iaitu: y y y y y Kelas 1: airnya boleh terus diminum tanpa rawatan Kelas 2: airnya memerlukan rawatan biasa Kelas 3: air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing Kelas 4: tercemar Kelas 5: hampir mati

Senario semasa di Malaysia menunjukkan kategori sungai-sungai di Malaysia yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan manakala kategori Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Hal ini memang sudah dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami negara selain mentaliti yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca dan kesan pencemaran sungai Punca utama masalah pencemaran sungai di Malaysia ialah aktiviti pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek perumahan dan perindustrian telah mendorong kepada masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai.

Selain itu, aktiviti pertanian juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah pencemaran sungai terutamanya jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Air hujan yang mengalir dari kawasan pertanian akan mengakibatkan hakisan dan secara tidak langsung miningkatkan kandungan zarah terampai dalam air sungai. Disamping itu, penggunaan racun rumpai, serangga dan herba yang mengandungi bahan kimia turut mencemarkan air sungai. Aktiviti pelombongan juga merupakan salah satu punca pencemaran sungai kerana air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai serta bahan logam yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. Sisa bahan buangan daripada kawasan perindustrian perbandaran, perumahan, perniagaan dan kilang turut mencemarkan air sungai. `Pencemaran dan kekotoran sungai di Malaysia juga berpunca daripada sikap dan perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menitikberatkan kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat lain yang turut mempunyai hak terhadap sungai tersebut. Masalah pencemaran sungai memberi kesan besar kepada kehidupan manusia sejagat terutamanya apabila sumber air yang dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Antara kesan pencemaran sungai kepada manusia ialah seperti merebaknya penyakit, ekosistem akuatik terganggu dan ketidakselesaan kepada masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran kawasan sungai. Sebagai contoh, sungai di Lembah Kelang dikategorikan sebagai tercemar teruk akibat dilimpahi sampah sarap dan kelodak. Akibatnya, kejadian banjir kilat kerap kali melanda terutamanya disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai Masalah pencemaran sungai yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini telah mendorong masyarakat supaya meningkatkan usaha memelihara dan memulihara sungai. Antara isu pengurusan sungai adalah memelihara sungai untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya.

Di Malaysia, agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Pengurusan sungai menumpukan kepada pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang melibatkan kaedah perundangan dan kaedah bukan perundangan. Kaedah perundangan melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam pengurusan sungai antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Kaedah bukan perundangan pula antara lain membabitkan penglibatan orang ramai dalam projek pemeliharaan sungai, penglibatan Oganisasi Bukan Kerajaan dan media massa dalam menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai peri pentingnya penjagaan sungai serta peranan institusi pendidikan melalui pendidikan secara formal mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kempen Save the River di Sungai Juru (15.10.2011) Salah satu program yang dijalankan ialah melontar bola lumpur kedalam Sungai Juru. Sejumlah 7,848 bola lumpur telah dihasilkan oleh kakitangan Sony dan dibuang ke dalam Sungai Juru. Bola Lumpur adalah berguna sebagai salah satu penyelesaian alam sekitar kearah mengurangkan bahan pencemar air dan seterusnya meningkatkan kualiti air disungai-sungai dan parit-parit. Penapaian yang terpancar dari bola lumpur akan mengurangkan atau memusnahkan nitrogendan ammonia yang ditemui dam system air kumbahan manusia.

Pencemaran Laut Punca dan kesan Pencemaran Laut Terdapat pelbagai sumber yang menyebabkan berlakunya pencemaran laut. Antaranya kapal membuang najis dan sisa terus kedalam laut, kelodak dari ladang, kuari atau hasil projek pembangunan dan pembalakan dialirkan kesungai dan dibawa terus ke laut. Selain itu, laut juga dicemari oleh logam-logam berat sepeti merkuri, plumbum, zink dan kadmium yang terhasil daripada pembuangan dari kilang-kilang industri.

Limpahan minyak merupaka salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran laut. Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-8, pemantauan air laut ( berasaskan contoh yang dikumpulkan daripada 237 stesen ) menunjukkan bahawa pencemar utama perairan pantai di semua negeri adalah minyak dan gris. Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi bakteria E. coli. Antara kesan daripada berlakunya limpahan minyak dan pembunagan najis yang mengandungi bakteria ialah menutup permukaan laut dan secara tidak langsung membunuh hidupan di laut. Sisa pejal yang dibuang seperti pukat dan alat pembungkus akan memerangkap hidupan laut seterusnya mengancam kehidupan mereka. Logam berat yang terbina dalam rantaian makanan. Sampah plastik, sisa industri dan minyak dikenalpasti sebagai angkara utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin. Walaupun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar justeru mengancam kehidupan mereka. Peningkatan drastik pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an kini merupakan isu yang begitu meruncing. Bahan plastik merupakan bahan yang diketahui umum merupakan bahan yang amat sukar terbiodegradasi dan mungkin kekal di dalam persekitaran laut sehingga 450 tahun. Setiap tahun puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat plastik. Malah ada kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik. Langkah mengatasi Pencemaran Laut Salah satu langkah mengatasi masalah pencemaran mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985. Perkara ini dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini sebanyak 40 pulau-pulau yang paling kaya dengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa lagi dalam kajian.

Selain itu, operasi bersama pengawasan udara telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasukan Polis Udara dan Unit Tentera Udara Kementerian Pertahanan bagi mengenal pasti pembuangan haram minyak dan sisa di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. JAS juga menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air marin pulau-pulau sejak tahun 1998. Ini melibatkan 71 buah pulau terpilih dengan 85 buah stesen pengawasan, iaitu 3 buah pulau pembangunan, 25 buah pulau peranginan, 38 buah pulau taman laut dan 5 buah pulau yang dilindungi. Isu penggondolan bukit Antara isu hangat penggondolan bukit di Malaysia adalah dikawasan tanah tinggi di Cameron Highlands. Terdapat dua lokasi yang telah digondolkan iaitu berdekatan dengan Kg. Pos Terisu dan Sg. Palas yang berdekatan dengan Ladang Teh Boh. Akibat kerakusan mereka yang terlibat serta ketiadaan pemantauan dari pihak berkuasa yang berkaitan, kegiatan penggondolan bukit ini berjalan tanpa dapat dikesan. Kegiatan ini jika berlarutanakan mengakibatkan kerosakan alam sekitar, hakisan tanah malahan kesan penggondolan ini juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan mengancam nyawa penduduk setempat. Ironinya, kegiatan penggondolan tanah tinggi ini berlaku sejak bulan Oktober 2005 lagi. Dan pada ketika itu juga pemantauan dari udara menggunakan helikopter telah diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Adakah ini secara kebetulan ataupun sememangnya mengikut perancangan pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dan berkomplot untuk memastikan kegiatan penggondolan bukit dilakukan tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Kegiatan jenayah alam sekitar ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu secara terancang dan menggunakan khidmat masyarakat Orang Asli untuk meneroka tanah milik kerajaan tersebut. Modus operandi sindiket ini bertujuan untuk berselindung menggunakan imuniti masyarakat Orang Asli, sementelahan tanah milik kerajaan tersebut terletak dalam kawasan pengumpulan semula Orang Asli di Kg. Pos Terisu. Pembangunan tanah tinggi di Cameron Highlands bukanlah satu isu baru malahan Kabinet telah mengarahkan pemantauan yang berterusan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi

memastikan kerosakan yang berlaku tidak berpanjangan. Penubuhan Jawatankuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Pembangunan Tanah Tinggi telah dibentuk untuk menggubal polisi, prosedur pembangunan dan melakukan pemantauan berkala. Apa pun alasan diberikan, kecuaian pihak yang diamanahkan untuk memantau arahan Kabinet dan melaksanakannya secara sambil lewa perlu dihukum. Kekecewaan rakyat melihat arahan Kabinet diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu amat mendukacitakan.

Walaupun garis panduan pembangunan tanah tinggi telah disediakan, namun pelaksanaan pemantauan di lapangan amat sukar untuk dilaksanakan. Penerokaan tanah yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah masih terus berlaku. Isu Pembangunan Tanah 1) Pertanian Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Akibat daripada aktiviti ini, pelbagai masalah telah timbul antaranya mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Selain itu, penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah seterusnya mengakibatkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Mengikut statistik, perbelanjaan pembangunan pertanian mencecah nilai US$30 bilion dalam pembelian racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Sebannyak 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila

menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. 2) Perlombongan Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, sumber air semula jadi diganggu oleh perlombongan emas skala kecil. Hal ini menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan. Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi dibandingkan dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian. Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara. 3) Sisa buangan/pembentungan Beberapa faktor yang mendorong kepada masalah pengurangan sisa buangan ialah ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat. Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.

Oleh yang demikian, pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik. Industri-industri yang berkaitan seharusnya diwajibkan mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan. serta menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Kesan Penggunaan Tanah Kategori undang-undang tanah di Malaysia seperti yang dicatatkan dalam Laporan Klasifikasi Kemampuan Tanah (Lee dan Panton, 1971) termasuk Tanah Kerajaan, Tanah Yang Diberi Milik Untuk Pertanian, Tanah Yang Diluluskan Untuk Perlombongan, Tanah Rizab Melayu, Rizab Untuk Ternakan, Rizab Orang Asli, Rizab Hutan, Rizab Hidupan Liar dan Tanah Diberi Mlik atau diwartakan untuk kemudahan awam dan tujuan lain. Pembangunan tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untuk pertanian, perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhan industri dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflik berhubung dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikan tanah satu persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanah yang buruk dalam keadaan tertentu. Beberapa masalah serius telah timbul disebabkan amalan penggunaan tanah yang buruk dan Negara juga berhadapan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka masa panjang. Masalah yang boleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untuk menyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumber semula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan, pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas di Malaysia. Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan input sejumlah besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih produktif di Malaysia. Malangnya hal ini memberikan kesan kepada alam sekitar dimana penukaran tanah daripada hutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan, mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar.

Selain itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian semakin berkurangan di kawasan ini. di sebalik fakta bahawa sebahagian besar tanah telah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang subur tidak digunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk tujuan lain seperti perumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian.

Tambahan pula, perikanan persisir pantai dan pedalaman tidak begitu berjaya dalam persaingan untuk pembangunan tanah yang seterusnya melemahkan pengeluaran makanan tempatan. Usaha untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan menggalakkan industri berasaskan makanan perlulah diperkukuhkan dalam usaha untuk menyediakan jaminan makanan untuk negara.

Oleh kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunan infrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai. Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah runtuh dan pemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil.

Dalam kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untuk keselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapi digunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan rekreasi.

Pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan perbandaran bersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin.

PENCEMARAN UDARA KESAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN Atmosfera dikenali sebagai ruang angkasa bumi yang mengandungi udara dan merupakan selimut kepada bumi.Udara merupakan komponen penting kerana semua hidupan memerlukan udara untuk bernafas.Udara yang bersih terdiri daripada 0.1 ppm karbon monoksida,0.001ppm nitrogen dioksida dan 0.25ppm oksida-oksida nitrous.(H.C.Perkin,1974:3.).Pencemaran udara

boleh mengubah komposisi komponen-komponen ini seperti kandungan oksigen berkurangan dan komponen-komponen yang membahayakan seperti karbon monoksida bertambah ,keadaan ini mengancam kehidupan. Perubahan yang berterusan di Malaysia sehingga hari ini ,bersama-sama dengan industralisasi dan urbanisasi telah menyebabkan udara menghadapi ancaman yang besar akibat kegiatan manusia. Menurut Jabatan Alam Sekitar,punca utama pencemaran udara di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kenderaan bermotor, stesen janakuasa dan perindustrian. Melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001,berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia telah menghasilkan sebanyak 933 000 tan bahan-bahan pencemaran udara setahun.Carta pai di bawah menunjukkan peratus punca pencemaran udara di Malaysia.

Punca Pencemaran Udara4.9% 3.9% 9.4%

Kenderaan Stesen Janakuasa

23.9%

58.1%

Pembakaran bahan api industri Pemprosesan industri

Punca Pencemaran Udara di Malaysia Sumber dari Akhbar Utusan Pengguna 2001

Jerebu merupakan salah satu contoh fenomena pencemaran udara di Malaysia. Jerebu berlaku disebabkan zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Zarah-zarah tersebut terhasil dari kegiatan manusia seperti pembakaran terbuka,pembukaan tanah, penggunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api. Pada September 1997, Malaysia mengalami keadaan jerebu paling buruk apabila keadaan darurat diisytiharkan di Sarawak ekoran kebakaran hutan di Kalimantan. Pada 11 Ogos 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor telah diisytiharkan darurat akibat kebakaran di Sumatera dan Riau selepas Indeks Pencemaran Udara (API) mencatat bacaan 500,melebihi paras bahaya

301.Pada September 2011,beberapa bandar utama di Malaysia dilanda jerebu sekitar kawasan Lembah Klang,negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang berpunca dari kebakaran yang berlaku di Sumatera,Indonesia. Kesan pencemaran udara di Malaysia boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu nilai estetik, ekonomi, keselamatan , kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu.Berdasarkan kesan estetik,pencemaran udara boleh menjejaskan kecerahan atmosfera. Pencemaran udara boleh megurangkan pendapatan negara dari segi kerosakan tanaman, ternakan dan kerosakan harta benda termasuk berlakunya proses pengaratan. Kesan lain adalah ketidakselesaan mata, kesukaran pernafasan, kerabunan dan kerosakan mata malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian. Telah nyata bahawa pencemaran udara boleh membawa mudarat kepada semua hidupan dan bumi kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan bagi menangani isu pencemaran udara ini. Kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar merupakan asas kepada pendekatan menangani alam sekitar dari tercemar. Bagi menyelesaikan masalah

pencemaran udara ini, beberapa undang-undang telah di kuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Antaranya ialah Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977, Akta Kilang dan Jentera 1967,Ordinan Lalu Lintas 1958-Undang- undang Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan ) 1959 dan Akta Taman-taman Negara 1980. Memandangkan pencemaran udara berpunca dari asap kenderaan, peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas )1977, di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 telah dikuatkuasakan pada 15 Mac 1978 bertujuan khusus bagi pencemaran udara yang berpunca daripada kenderaan yang menggunakan minyak diesel .Peraturan ini telah menetapkan piawaian pelepasan asap ekzos kenderaraan pada 50 unit asap hatridge (UAH). Melalui peraturan ini, kenderaan bermotor perlu dilengkapi dengan alat kawalan bagi memerangkap pencemaran gas yang terlepas khususnya hidrokarbon. Tahap kepekatan sufur yang tinggi iaitu sebanyak 500ppm dalam minyak diesel di Malaysia telah menyebabkan pelepasan asap hitam ke udara dari kilang industri dan kenderaan. Krisis alam sekitar yang melanda zaman moden ini mencetuskan minat di kalangan para saintis

di Malaysia bagi menjalankan satu kajian berkaitan kaedah baru bagi merawat minyak diesel dan mengurangkan kadar kepekatan sulfur dari 500ppm kepada 50 ppm melalui pengunaan catalis dalam kajian tersebut. Penemuan baru tersebut merupakan kaedah mesra alam kerana berjaya merawat kepekatan sulfur yang tinggi dalam diesel dan kearah menghasilkan Green Diesel iaitu 10 ppm sulfur dalam diesel tanpa menjejaskan alam sekitar.

Pencemaran bahan kimia Isu Lynas dan Syarikat Mitsubishi Chemical Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Pembukaan kilang memproses nadir bumi yang dijangkakan mula beroperasi Januari tahun depan di Gebeng,Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd diramalkan banyak membawa kesan negatif kepada alam sekitar berbanding impak positif.Memang tidak dinafikan bahawa nadir bumi diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik yang

digunakan dalam peralatan iPad,lensa kamera,dan telefon.Walaubagaimanapun,nadir bumi ini mengandungi bahan radioaktif iaitu Monazite yang kaya dengan thorium .Thorium boleh

menghasilakn tenaga nuclear bagi menggantikan uranium. Kesan toksik dan radioaktif dari industri nadir bumi ini dikatakan boleh menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian ,perikanan dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut ,merencatkan IQ kanak-kanak ,rambut putih diawal usia 20-an malah lebih dasyat boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut. Isu berkaitan thorium pernah berlaku di Bukit Merah yang melibatkan pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Mitsubushi Chemical yang telah mencatat 8 kes leukimia dan 7 kes kematian . Sekiranya negara ingin meneruskan dan melibatkan diri dalam indusrti pemprosesan bahan radioaktif, langkah yang berkesan perlu diambil bagi mengelakkan sebarang bencana menimpa kepada rakyat .Bagi membendung masalah pembuangan sisa kimia ini,kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum pemberian lesen kepada syarikat industri pemprosesan nadir bumi .Lokasi yang sesuai juga perlu diambil kira iaitu berjauhan kira-kira 50 km dari

penempatan penduduk .Selain itu,pihak syarikat bertangungjawab menitikberatkan amalan keselamatan ditempat kerja mengikut piawaian yang ditetapkan oleh OSHA. KESIMPULAN Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar sememangnya merupakan satu perkara yang tidak asing lagi diperkatakan dan diperdebatkan oleh masyarakat dunia amnya; termasuklah Malaysia sendiri. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya bersama-sama berganding bahu bagi menjadikan alam sekitar ini suatu medan pelestarian. Kita sememangnya tahu dan mengerti akan akibat perbuatan buruk terhadap alam sekitar, tetapi pelaksanaan untuk

memurnikannya masih kurang. Sesungguhnya alam sekitar yang dianugerahkan bukanlah objek yang boleh dikitar semua, tetapi ia mestilah diurus dan dijaga sebaiknya.

RUJUKAN

[1] [2] [3]

Berita Harian, 19 Mac 2010. Utusan Malaysia, 17 Mac 2011. Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang.(2000). Pengurusan Bijak Alam Sekitar.IKIM. T.Y.T. Dato Musa Hitam. (1992). Krisis Alam Sekitar; Cabaran Negara-Negara Membangun. Universiti Sains Malaysia, Siri Syarahan Umum, Bil. 7. Perkins,H.C .,1974 Air Pollutions.USA: McGraw-Hill Co Surtahman Kastin Hasan,Abd Ghafar Ismail .,Alam Sekitar Permasalahan dan Pengawalan.1997.Dewan Bahasa dan Pustaka.

[4]

[5] [6]

DISEDIAKAN OLEH: 1. SYAZA BINTI AZHARI 2. WAN NAZWANIE BINTI WAN ABDULLAH 3. NURUL KHALIDA BINTI HIDZIR