25
ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR) NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

  • Upload
    vuhanh

  • View
    346

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

1

ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM

ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)

NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 2: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

2

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK

SARJANA MUDA

KAJIAN TENTANG ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM

ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)

SESI PENGAJIAN: 2017/ 2018

Saya NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan Malaysia

seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang

telah ditentukan oleh organisasi/badan di

mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh

................................................................. ………………..............................

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

NAMA PENULIS: NAMA PENYELIA:

NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI DR. INDERA SYAHRUL BIN

MAT RADZUAN

ALAMAT TETAP:

LOT 1273, KAMPUNG TEPI SUNGAI TENDONG,

17030, PASIR MAS KELANTAN

Tarikh: Tarikh:

CATATAN:

** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, Sila Lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

i

ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM

ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)

NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Januari, 2018

Page 4: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

ii

Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Pelajar : ……………………………………………….

NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI

Tarikh : …………………………………………………

Penyelia : ……………………………………………….

DR. INDERA SYAHRUL BIN MAT RADZUAN

Tarikh : …………………………………………………

Page 5: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

iii

DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di atas kurniaan dan Kesejahteraan yang dilimpahkan

Selawat dan Salam buat Junjungan besar Rasulullah S.A.W

Ditujukan khas buat insan-insan tersayang iaitu

Ibu Hasinah Binti Mat Ali dan ayah Mohd Shabri Bin Yaacob yang tercinta,

Adik Beradik tersayang,

Sahabat saya iaitu Nur Nabilah Binti Abdul Aris

dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi semangat

dalam mengharungi dunia Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan untuk Dr. Indera Syahrul Bin Mat Radzuan

Selaku penyelia yang ikhlas memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas dalam

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dan tidak lupa kepada

Panel-panel iaitu Dr. Abdul Jalil Bin Omar dan

Prof. Madya Dr. Mohammad Tahir Sabit Bin Mohammad

yang banyak memberi idea yang senang untuk melicinkan perjalanan kajian

yang akan dilakukan.

“Semoga kebahagiaan dan kejayaan akan terus bersama kita dan

Sentiasa bersyukur ke atas kurniaanNya.”

Aminn Ya Rabbal Alamin..

Page 6: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah Ya Allah! Bersyukur kepadaMu diatas limpahan nikmat yang telah

Engkau berikan kepadaku serta salam dan selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad

S.A.W. Pada hari ini, saya telah berjaya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda

Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bonda tercinta, Hasinah Binti Mat Ali yang

tidak jemu-jemu memberi sokongan dan dorongan dari segi semangat dan juga

kewangan sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini. Selain itu, saya ingin merakamkan

jutaan terima kasih kepada Dr. Indera Syahrul Bin Mat Radzuan, yang telah banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar, pendapat dan dorongan dan kritikan membina dalam

proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Nur Nabilah selaku sahabat saya yang telah

banyak memberi idea, semangat dan telah banyak membantu saya sepanjang proses

menyiapkan projek ini.

Sekalung budi buat semua yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak

langsung dalam usaha menyiapkan kajian ini. Segala sokongan dan tunjuk ajar dari

semua pihak amatlah dihargai, Semoga Allah S.W.T. akan membalas jasa baik anda

semua. Sekian Terima Kasih.

Page 7: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam

pemuliharaan bangunan muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar). Objektif

kajian ini adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikkan

dan mengkaji isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium tersebut. Bagi

mencapai objektif kajian, kaedah temubual bersama pihak berkepentingan telah

dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis

bagi mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan langkah-langkah pemuliharaan ini.

Hasil kajian mendapati langkah-langkah pemuliharaan yang dijalankan ke atas bangunan

Istana Jahar dilakukan mengikut keperluan dan arahan daripada pihak muzium sendiri.

Langkah-langkah yang telah dijalankan ini telah mendatangkan kesan positif kepada

bangunan kerana kerosakan yang berlaku dibaiki dan diselenggara dengan cepat.

Peruntukkan khas juga disediakan oleh pihak muzium, Setiausaha Kerajaan Negeri

(SUK) dan Jabatan Warisan Negara (JWN). Selain itu, turut dikenal pasti jenis isu yang

timbul seperti isu banjir, isu kewangan dan isu struktur bangunan. Isu dan cabaran ini

telah diatasi dengan baik kerana pihak muzium telah mengenalpasti jenis isu tersebut

dan kaedah penyelesaiannya.

Page 8: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the issues and challenges in conserving the

Kelantan Royal Customs Museum (Istana Jahar). The objective of this study is to

identify the conservation measures undertaken and to study the issues and challenges in

preserving the museum’s building. To achieve the research objectives, an interview with

various stakeholders was conducted to obtain information on the study. The results were

analyzed to find out the extent of the effectiveness of these conservation measures. The

result found that the conservation measures that have been carried out at Istana Jahar

building were done according to the needs and instructions from the museum itself.

These measures have given a positive impact on the building where as the damages has

been repaired and maintained accordingly. Special allocation was also provided by the

museums, State Secretary (SUK) and Department of National Heritage (JWN). Thus,

there are also identified issues such as flood, financial and building structure issues.

These issues and challenges have been addressed well because the museums have

identified the types of issue and its solutions.

Page 9: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

vii

ISI KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI

PENGHARGAAN

iii

iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii-x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Struktur Bab

6

7

7

Page 10: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

viii

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Kesimpulan

8

9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Definisi dan Konsep 11

2.2.1 Definisi Pemuliharaan 11

2.2.2 Definisi Warisan

13

2.2.3 Definisi Muzium 16

2.3 Sejarah Pemuliharaan

2.4 Prinsip dan Proses Pemuliharaan

18

18

2.4.1 Prinsip Pemuliharaan 18

2.4.2 Proses Pemuliharaan 19

2.5 Perancangan Kerja Pemuliharaan

2.6 Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

2.7 Etika Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

2.8 Pendekatan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

2.9 Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

21

22

23

25

26

2.10 Kesimpulan

27

Page 11: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Carta Kajian Metodologi 29

3.3 Peringkat Penyelidikan

3.3.1 Peringkat I: Mengenal Pasti Isu dan

Permasalahan Serta Pemilihan Tajuk

3.3.2 Peringkat II: Kajian Literatur

3.3.3 Peringkat III: Pengumpulan Data dan

Maklumat

3.3.4 Peringkat IV: Analisis Kajian

3.3.5 Peringkat V: Kesimpulan dan Cadangan

30

30

31

31

32

32

3.4 Penyelidikan Kualitatif

3.5 Kaedah Kajian

3.5.1 Data Primer

3.5.2 Data Sekunder

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Kaedah Temu Bual

3.6.2 Kaedah Pemerhatian

3.7 Kesimpulan

32

33

33

33

33

34

34

34

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

Page 12: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

x

4.1 Pendahuluan 35

4.2 Pengumpulan Data

4.2.1 Senarai Responden

35

36

4.3 Langkah-Langkah Pemuliharaan yang Dipraktikkan

di Bangunan Muzium

37

4.4 Maklumat Responden

4.5 Kawasan Kajian

4.6 Isu dan Cabaran Berkaitan Penjagaan Bangunan

Muzium

4.7 Pendapat dan Cadangan

4.8 Kesimpulan

44

44

46

55

57

BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 58

5.2 Penemuan Utama Kajian 59

5.3 Limitasi Kajian

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Potensi Kajian

5.6 Kesimpulan

62

62

63

64

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 69

VITA

Page 13: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

xi

SENARAI JADUAL

4.1 Senarai Responden (Profesional) 36

4.2 Nilai Peruntukan Kewangan untuk Penyelenggaraan 54

(Pemulihan) Bangunan (2015)

Page 14: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

xii

SENARAI RAJAH

1.1 Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) 7

3.1 Carta Aliran Metodologi 29

4.1 Peta Lokasi Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) 37

4.2 Plak yang Membuktikan Bangunan Istana Jahar di Wartakan: 39

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

4.3 Bukti Keretakkan Tiang pada Bangunan Muzium Istana Jahar 40

4.4 Kerosakkan Bahagian Bumbung Bangunan Muzium 48

Page 15: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICOM - Majlis Muzium Antarabangsa

JKR - Jabatan Kerja Raya

JMM - Jabatan Muzium Malaysia

JMN - Jabatan Muzium Negeri

JWN - Jabatan Warisan Negara

MPPP - Majlis Perbandaran Pulau Pinang

PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

SUK - Setiausaha Kerajaan Negeri

UNESCO - United Nations Education, Scientific and Cultural Organization

Page 16: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Temu Bual 69

B Kertas Seminar 75

Page 17: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mutakhir ini, semakin banyak bangunan baru dan moden dibangunkan bagi

memenuhi keperluan semasa terutamanya di kawasan yang berpotensi dan

strategik seperti kawasan pusat bandar dan sekitarnya. Ancaman pembangunan

moden antara punca banyak bangunan lama dipinggarkan, terancam dan

mungkin akan dirobohkan. Pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan

dalam melindungi bangunan-bangunan lama dan mengawal pembangunan baru

di sekitarnya. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bangunan lama ini

dapat terus dikekalkan dan kewujudannya adalah untuk dimanfaatkan dan

memberi kesan yang positif pada masyarakat disekitarnya.

Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk mengetahui sama ada

ancaman pembangunan di kawasan kajian akan menimbulkan masalah dan isu

yang mengganggu kewujudan bangunan bersejarah di kawasan tersebut.

Kawasan kajian ini meliputi kawasan bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja

Kelantan (Istana Jahar) dan Balai Senjata yang terletak di dalam kawasan bandar

Kota Bharu, Kelantan. Bangunan bersejarah ini sebenarnya telah diwartakan

sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 di bawah Akta 645 dan

merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri

Kelantan, PMNK (Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2016).

Page 18: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

Sejarah ringkas Muzium Adat ini bermula dengan tahun penubuhannya,

yang mana ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang

merupakan istana tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan

Muhammad ke IV dari tahun 1920 sehingga 1944. Namun begitu, mengikut

peredaran masa, fungsi bangunan telah berubah yang mana di sini dipamerkan

Adat Istiadat Diraja seperti pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat

pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan. Manakala pada bahagian belakang

bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata

lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain

senjata. Dari segi reka bentuk bangunan ini pula melambangkan senireka

bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan.

Walaupun dikelilingi banyak bangunan baru dan ditengah-tengah laluan

lalu lintas utama bagi kawasan Kota Bharu, bangunan muzium ini masih kekal di

kawasan asalnya. Namun begitu, risiko untuk bangunan tersebut diancam oleh

arus pemodenan tetap wujud dan impak pembinaan bangunan moden di

sekitarnya masih wujud. Sehubungan itu, langkah pemuliharaan bangunan

muzium perlu dititkberatkan supaya bangunan bersejarah ini akan terus kekal

untuk tatapan generasi akan datang.

1.2 Latar Belakang Kajian

Fokus utama kajian ini adalah di Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja

Kelantan (Istana Jahar). Kedudukan muzium ini adalah terletak di atas tanah Lot

No. 430, dalam seksyen 7 Bandar Kota Bharu dan keluasan sebenar kawasan

muzium adalah 1, 822 meter persegi. Kawasan muzium ini terletak di kawasan

pusat bandar dan berada di tengah-tengah kewujudan zon budaya. Secara tidak

langsung ini menjadikan muzium tersebut adalah satu mercu tanda dan daya

tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim (Haji Mohd

Akib, Yaacob, Jusoh, & Ibrahim, 2000).

Page 19: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

Bagi menggambarkan kawasan sekitar bangunan ini, terdapatnya

bangunan-bangunan lama dan bersejarah lain yang mana pada sebelah kirinya

terdapat Istana Balai Besar. Istana Balai Besar ini telah dibina pada 1840 dan

menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada

waktu tersebut. Sebelah kanannya pula, ada terdapat sebuah masjid yang

dipanggil Masjid Muhammadi.

Dari aspek struktur bangunan pula, rekabentuk Istana Jahar ini adalah

gabungan antara dua pengaruh iaitu timur dan barat. Pengaruh barat jelas dilihat

pada bentuk atapnya di bahagian hadapan (anjung) bangunan. Tiang-tiangnya

berbentuk silinder. Bangunan Istana Jahar berbentuk segi empat panjang dan

dibina dua tingkat. Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan

dihubungkan oleh dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian

belakang Istana Jahar. Terdapat tiga ruang utama di bangunan ini dan dipanggil

sebagai Ruang Surung, Ruang Serambi dan Ruang Tengah.

Struktur dalaman bagi Bangunan Istana Jahar ini terbahagi kepada tiga

ruang utama yang mana bagi runag yang pertama adalah dipanggil sebagai Ruang

Surung. Ruang ini terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk,

memanjang ke bahagian kiri dan kanan kira-kira 57 meter dan melebar ke

belakang kira-kira 7 meter. Ruang ini pada asalnya digunakan oleh sultan untuk

menyambut tetamu dan pelawat yang berkunjung ke istana.

Ruang keduanya pula adalah Ruang Serambi yang terletak di bahagian

hadaan dan kiri Ruang Surung, dengan keluasannya adalah 5.17 meter panjang

dan 7 meter lebar. Ruang ini pada asalnya digunakan sebagai tempat tinggal

pengawal-pengawal tetap istana. Namun kini, digunakan untuk mempamerkan

alat-alat adat istiadat Diraja semasa bertunang dan bersanding.

Ruang ketiga pula dipanggil Ruang Tengah atau nama lainnya dipanggil

Balai Tarik. Ruang ini mempunyai keluasan 57 x 25.47 meter. Ruang ini

berfungsi sebagai tempat mengadakan acara-acara rasmi seperti majlis

perkahwinan, kesyukuran, tempat persembahan kesenian seperti tarian dan

Page 20: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

hiburan. Ruang ini dipisahkan dengan Ruang Surung menggunakan dinding kayu

yang mempunyai 3 pintu kecil dari motif ‘janda berhias’.

Bagi bahagian elemen ukiran dan pengaruh kesenian yang ada pada

bangunan kajian adalah sebagai penambah seri kecantikkan dan tarikan pada

bangunan. Ukiran dan pengaruh kesenian ini mempunyai maksud yang tersendiri

dan kebiasannya membawa makna kepada kehidupan dan falsafah di sebalik

kewujudannya. Tiga unsur utama dalam menentukan ukiran dan pengaruh

kesenian adalah fungsi, bentuk dan motif.

Dari segi unsur fungsi adalah untuk menjadikan bangunan kelihatan lebih

cantik dan menarik. Bagi unsur bentuk pula adalah penghasilan mengikut keadaan

sekeliling dengan mengambil kira nilai-nilai keagamaan sebagai konsepnya.

Manakala unsur motif pula diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu flora dan

fauna, dan akan disusun dan dibentuk bagi menampakkan keharmonian antara

satu sama lain. Kesemua unsur tadi digabungkan dan diterapkan ke dalam seni

ukiran pada bangunan kajian bagi menampakkan keunikkan dan keindahan

senibina bangunan itu.

1.3 Penyataan Masalah

Penjagaan sesuatu bangunan lama adalah sesuatu yang rumit. Pelbagai langkah

dan cabaran yang perlu dihadapi dalam memastikan bangunan lama ini kekal

sama ada dari segi bentuk bangunan mahupun persekitaran dalamannya. Antara

contoh cabarannya adalah ancaman kemusnahan akibat binaan bangunan makin

usang dan juga ancaman pembandaran, yang mana pada masa sekarang banyak

binaan moden yang dibina dan keperluan penggunaan ruang tanah yang makin

meningkat (Sinar Harian, 2014). Hal ini seterusnya akan meningkatkan risiko

bangunan lama musnah ataupun dimusnahkan untuk memenuhi keperluan semasa.

Dalam memastikan bangunan bersejarah kekal wujud. Pelbagai langkah

diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, seperti yang dilakukan oleh Jabatan

Page 21: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

Warisan Negara, (JWN). Perlaksanaan rancangan seperti ini adalah bertujuan bagi

memastikan bangunan bersejarah ini kekal dan memuliharanya supaya tidak

hilang mengikut peredaran zaman

Menurut Pihak Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Datin Paduka

Zuraida Majid mengatakan bahawa projek yang dilaksanakan ini adalah untuk

menjaga bangunan bersejarah supaya monumen warisan ini kekal untuk tatapan

generasi akan datang. Sekiranya tidak dijaga maka ianya akan luput ditelan zaman

dan nilai kebaikan yang ada dalam sesebuah bangunan tidak mungkin dapat

diketahui oleh masyarakat sekarang (Utusan, 2009).

Kejadian banjir besar yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 2014

seperti yang dilaporkan dalam keratan akhbar Berita Harian (2015) juga antara

punca berlakunya kerosakkan pada struktur bangunan kajian. Banjir besar yang

berlaku ini bukan sahaja melibatkan kawasan kajian bahkan kawasan lain juga.

Kejadian banjir ini telah menyebabkan bangunan kajian juga turut terjejas dan

kerosakan adalah akibat penenggelaman oleh air banjir.

Berdasarkan petikan akhbar Sinar Harian (2016), ancaman kemusnahan

terhadap bangunan warisan akan terjadi sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak

mempedulikan tentang bangunan sejarah yang lain kecuali menumpukan

perhatian kepada pemuliharaan bangunan bersejarah di kawasan Tapak Warisan

Dunia sahaja. Akhbar ini melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang

(MPPP) ingin memusnahkan dua bangunan bersejarah iaitu Northam Lodge di

Jalan Sultan Ahmad Shah dan 656 Jalan Evergreen itu dalam perancangan diroboh

dengan tujuan untuk menjalankan pembangunan.

Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk lebih memahami apakah

langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan muzium

berdasarkan langkah-langkah yang sedia ada dalam memulihara bangunan

bersejarah yang lain dan mengkaji isu dan jenis cabaran yang dihadapi dalam

menjaga bangunan muzium.

Page 22: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini telah menggariskan beberapa persoalan kajian sebagaimana berikut;

1) Bagaimanakah langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan

muzium?

2) Apakah isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium?

1.5 Objektif Kajian

Selaras dengan persoalan kajian, berikut adalah objektif kajian ini dijalankan;

1. Mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan

muzium.

2. Mengkaji isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium.

1.6 Skop Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimana langkah-

langkah pemuliharaan dipraktikan di bangunan muzium. Hal ini adalah bertujuan

untuk mengetahui sama ada langkah-langkah pemuliharaan yang dijalankan di

bangunan tersebut adalah sesuai untuk bangunan tersebut terus kekal dan apakah

langkah tersebut bersesuaian dengan keadaan dan keperluan sekarang.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengetahui apakah jenis

isu dan cabaran yang wujud dalam menjaga bangunan muzium tersebut. Sebarang

isu dan cabaran yang timbul perlu ditanggani bagi memastikan bangunan dapat

terus dikekalkan. Bahkan, isu dan cabaran yang timbul perlu dipastikan cara yang

jelas dan mengapa wujud keadaan sedemikian supaya usaha dalam mengekalkan

bangunan tersebut adalah sesuai dengan keadaan persekitarannya.

Page 23: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

Kawasan muzium ini terletak di kawasan pusat bandar dan berada di

tengah-tengah kewujudan zon budaya. Kedudukan muzium ini adalah terletak di

atas tanah Lot No. 430, dalam seksyen 7 Bandar Kota Bharu dan keluasan sebenar

kawasan muzium adalah 1, 822 meter persegi. Kedudukan bangunan ini yang

strategik merupakan faktor penting mengapa banyak cabaran mungkin timbul

dalam usaha pemuliharaannya dijalankan. Bahkan secara tidak lansung ini

menjadikan muzium tersebut adalah satu mercu tanda dan daya tarikan pelancong

untuk berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim dan menjadi aset penting

kepada negeri Kelantan khususnya.

Rajah 1.1: Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) di Kota Bharu,

Kelantan.

1.7 Struktur Bab

Kajian dijalankan melalui lima fasa penting. Fasa ini bermula pengenalan, kajian

literatur, kajian metodologi, analisis data dan kesimpulan. Permulaan kajian ini

Page 24: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

dijalankan adalah melalui bab yang pertama iaitu mengetahui isu dan pemilihan

tajuk yang sesuai.

Bab kedua bermula dengan kajian literatur yang memerlukan pelbagai

maklumat dan sumber sama ada dari artikel akhbar, buku, jurnal dan lain-lain lagi

sumber yang bersesuaian dengan kehendak kajian ini. Hal ini adalah untuk

memastikan persoalan kajian, objektif dan skop kajian ini dijalankan dapat fakta

dan sumber yang jelas dan sahih. Kajian literatur juga adalah rujukan awal bagi

menjalankan kajian ini.

Bagi bab ketiga pula adalah kearah kajian metodologi. Kajian metodologi

ini merupakan penentu bagaimana maklumat akan dapat diperolehi. Peringkat

pengumpulan data dan maklumat ini adalah merangkumi sama ada data primer

atau sekunder yang diperlukan. Pengumpulan data dijalankan mengikut

kesesuaian bagaimana bentuk data yang memang diperlukan.

Bab yang seterusnya adalah bab yang keempat yang melibatkan analisis

data. Data akan dikumpulkan dan dianalisis bagi memastikan data yang diperolehi

memenuhi keperluan objektif kajian ini dijalankan. Analisis data yang dapat

adalah bertujuan untuk mendapatkan satu keputusan yang berkaitan dengan kajian

yang dijalankan.

Terakhir sekali adalah bab lima yang memerlukan kesimpulan ke atas

sesuatu kajian setelah rumusan ke atas analisis data dibuat pada bab 4 dan bentuk

hasil kajian adalah dalam bentuk bertulis.

1.8 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini sudah semestinya adalah bertujuan untuk menjadi satu

bahan rujukan atau sokongan kepada penyelidik dan ahli akademik untuk

mengetahui lebih mendalam apakah isu dan cabaran dalam pemuliharaan

bangunan muzium yang lain.

Page 25: ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ...ethesis.uthm.edu.my/835/1/PSM E-Thesis.pdf1 isu dan cabaran dalam pemuliharaan bangunan muzium adat istiadat diraja kelantan

Selain itu, kajian ini mungkin juga akan membantu pihak muzium untuk

terus menjalankan langkah-langkah penjagaan yang lebih baik dan mendatangkan

manfaat kepada penjagaan bangunan yang lain supaya dapat terus digunakan dan

tahan lama.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini adalah untuk menerangkan secara ringkas tentang tujuan

kajian ini dijalankan. Kajian tentang isu dan cabaran dalam pemuliharaan

bangunan muzium ini dijelaskan melalui pernyataan masalah, objektif kajian,

skop kajian, dan kepentingan kajian ini dijalankan. Selepas itu, barulah kajian

literatur dijalankan pada bab yang seterusnya.