9
ISU DAN CABARAN SEMASA GURU DI PEDALAMAN. 1.0 INTEGRASI NASIONAL. Integrasi nasional merupakan satu proses yang dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Malaysia khususnya negeri- negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Tujuannya adalah membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dan bersatu-padu. Perpaduan wujud apabila pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup bersatu dengan memberi komitmen kepada identiti kebangsaan. Guru-guru yang bertugas di pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak mempunyai tugas besar yang perlu dilaksanakan. Guru-guru ini berhadapan dengan kumpulan etnik tertentu, yang kurang berinteraksi antara kumpulan etnik kerana faktor geografi dan budaya etnik masing- masing. Proses integrasi perlu dipupuk secara tidak langsung kerana hampir tiada percampuran etnik dalam sekolah. Guru-guru berhadapan cabaran terutama jika guru-guru tersebut bukanlah dari kumpulan etnik tersebut. Guru perlu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya etnik tersebut agar mudah melaksanakan proses pemupukan integrasi. 2.0 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

Isu Dan Cabaran Semasa Guru Di Pedalaman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isu

Citation preview

ISU DAN CABARAN SEMASA GURU DI PEDALAMAN.

1.0 INTEGRASI NASIONAL.Integrasi nasional merupakan satu proses yang dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Malaysia khususnya negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Tujuannya adalah membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dan bersatu-padu. Perpaduan wujud apabila pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup bersatu dengan memberi komitmen kepada identiti kebangsaan.Guru-guru yang bertugas di pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak mempunyai tugas besar yang perlu dilaksanakan. Guru-guru ini berhadapan dengan kumpulan etnik tertentu, yang kurang berinteraksi antara kumpulan etnik kerana faktor geografi dan budaya etnik masing-masing. Proses integrasi perlu dipupuk secara tidak langsung kerana hampir tiada percampuran etnik dalam sekolah. Guru-guru berhadapan cabaran terutama jika guru-guru tersebut bukanlah dari kumpulan etnik tersebut. Guru perlu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya etnik tersebut agar mudah melaksanakan proses pemupukan integrasi.

2.0 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKANPendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar. Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, guru-guru di pedalaman menghadapi cabaran 1. Kekurangan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar. 2. Kekuangan kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.

3.0 GLOBALISASI PENDIDIKANCediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan. Guru-guru di pedalaman perlu menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020: 1. Guru perlu melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri. 2. Guru perlu berusaha membuka minda pelajar agar mampu berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi dalam keadaan serba kekurangan dan tanpa pengetahuan sediada pelajar yang terbatas.Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.

4.0 KEPELBAGAIAN BUDAYABudaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun-temurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada perlbagai kaum. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiridaripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduandalam kalangan murid di sekolah. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapa berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budayaKonsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Guru di pedalaman perlu menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya: 1. Guru perlu mendalami mengenai budaya murid 2. Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar 3. Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. 4. Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain

5.0 PENGARUH PERKEMBANGAN TMKKehadiran teknologi maklumat merupakananugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam .Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran. Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.Namun, guru-guru di pedalaman hanya mampu menceritakan kepada pelajarnya kerana tiada kemudahan apatah lagi capaian kepada teknologi sedemikian.

6.0 GEJALA SOSIALGejala sosial berpunca daripada sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak, sikap pelajar, pengaruh media massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan sebaya terhadap sikap agresif, ponteng sekolah, dan merosakkan harta benda sekolah. Guru di pedalaman kurang berhadapan dengan gejala sosial dan masalah lebih tertumpu kepada amalan atau kebiasaan sesuatu kaum atau etnik yang kurang sesuai dengan kehidupan sebagai pelajar.

7.0 PENCAPAIAN PENDIDIKAN DALAM NEGARABerdasarkan pengalaman sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia, terdapat empat perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan salah satunya adalah memastikan setiap kanak-kanak berjaya. Menetapkan tahap pencapaian tinggi bagi semua pelajar (tanpa mengira latar belakang) dan menyediakan bantuan yang sistematik serta sokongan kepada kanak-kanak yang ketinggalan. Dalam serba kekurangan, guru perlu berusaha mencapai matlamat ke arah memastikan seiap kanak-kanak berjaya bagi membantu pencapaian hala tuju pendidikan negara. Keadaan ini sudah pasti memberikan tekanan yang tinggi kepada guru sedangkan guru itu sendiri perlu berhadapan dengan situasi yang sukar dalam menjalani kehidupan seharian.8.0 ANALISIS PUNCA TEKANAN EMOSI

Terdapat banyak punca berlakunya tekanan emosi di kalangan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;Faktor diri.Faktor interpersonal.Faktor organisasi.Faktor kekurangan sumber.

8.1 Faktor DiriPada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesa, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan terutama bagi guru-guru yang dihantar mendidik di kawasan pedalaman. Kesukaran menjalani kehidupan sebagai seorang guru di kawasan pedalaman jauh dari jangkaan awal kehidupan yang selesa mula menjadi tekanan hebat kepada guru.Guru perlu menyesuaikan diri dengan budaya, cara hidup yang asing dari kehidupannya.

8.2 Faktor InterpersonalDaripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.Hal ini kurang berlaku kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman, kerana jumlah guru yang berkhidmat tidak ramai. Perhubungan anara guru biasanya lebih akrab. Namun, jika berlaku keadaannya lebih teruk kerana bilangan yang tidak ramai pasti menyebabkan seseorang itu berasa lebih tersisih.

8.3 Faktor OrganisasiFaktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan tekanan emosi di kalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor tekanan emosi yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.Tugasan kerja berterusan (kronik).Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.Perubahan dasar yang drastik.Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru.Capaian antara sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan amat terad bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Guru-guru sering ketinggalan dalam mendapatkan maklumat tetapi dalam masa yang sama perlu memenuhi kehendak organisasi terutama sekolah.

8.4 Faktor Kekurangan Sumber.Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah tekanan emosi yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menambahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Di kawasan pedalaman, seseorang guru perlu bersedia menggalas beban yang berat terutama apabila rakan sekerja terpaksa meninggalkan sekolah bagi urusan tertentu. Adakalanya, hanya terdapat seorang guru di sebuah sekolah. Tahap tekanan emosi guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

9.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURUKesemua faktor yang menyumbang kepada masalah tekanan emosi di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal tekanan emosi. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan tekanan emosi. Kegagalan guru untuk mengendalikan tekanan emosi memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara. Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada tekanan emosi. Antara langkahnya ialah:

1.Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif). 2. Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres. 3. Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja. 4. Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.5. Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum. 6. Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.

10.0 MENGURUS PERUBAHAN PENDIDIKAN DARI ASPEK STRATEGI PENGAJARAN GURU YANG INOVATIFPerubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian dalam pendidikan mestilah dielakkan kerana jikalau berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda pada masa akan datang. Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi. Evolusi ialah proses perubahan yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa yang panjang atau lama manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara drastik dan pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan. Selain itu, perubahan merupakan multidemensi iaitu sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimesi yang berkaitan dengan perubahan. Inovatif membawa maksud kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Sistem pendidikan masa kini menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan bakat dan kebolehan mereka secara optimum seterusnya menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih berkesan Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan dalam bentuk pengajaran yang berunsurkan teknologi. Guru yang pakar dalam bidang teknologi maklumat boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran menggunakan multimedia. Guru tidak seharusnya mengajar hanya berpandukan sukatan pelajaran serta bahan pengajaran semata-mata. Hal ini demikian kerana pengajaran yang disampaikan akan menjadi kurang berkesan sekiranya tidak dapat difahami dan menjemukan murid. Oleh itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang pelakon yang bijak dan memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pelajaran. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih berinovasiStrategi pengajaran pula merangkumi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian. Pemilihan ini ada kaitannya dengan gaya belajar murid. murid yang bercirikan visual lebih berminat pada gambar, objek, video dan bahan dimensi (3D) dapat dilihat untuk memenuhi keperluan mereka dalam pembelajaran. Murid yang memiliki kecerdasan audio berminat pada bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik dan kesan bunyi-bunyian.

10.1 Pelan Tindakan