Upload
sharifaharifin
View
87
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
isu-isu etika guru
Citation preview
Isu Isu Etika Guru
Kesantunan Guru
Kepedulian Guru
Penampilan Guru
Berniaga di sekolah
Kerjaya Sambilan
Pengurusan Masa
Pengurusan Kewangan
Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai panduan untuk diikuti guru supaya guru saling menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya, serta kebolehan mengurus kehidupan dengan baik
Demi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.(Abd. Rahim, 2007).
Kesantunan (politeness) atau kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial
Isu Kesantunan Guru
Kesantunan selalu bipolar, iaitu memiliki hubungan dua hala seperti antara guru dengan murid.
Selain daripada itu, kesantunan juga dipamirkan dalam
cara berpakaian, cara bertindak dan cara bertutur
dan berbahasa.
contoh
Pakaian terlalu nipis
Mini skirt
Berbelah terlalu tinggi
Sarat dengan aksesori
Kesantunan pakaian
Pakaian Guru
Guru perlu faham kesantunan bertindak dalam situasi tertentu.
Ketika berada dalam bilik darjah
Menerima tetamu
Cara duduk di ruang bilik darjah
Menghadapi orang yang kita hormati
Menunggu giliran untuk berjumpa pihak atasan kita atau orang
kenamaan
Cara makan bersama ahli dalam organisasi atau di tempat umum
dan sebagainya
Kesantunan bertindak adalah tatacara bertindak atau gerak-geri ketika menghadapi
sesuatu atau dalam situasi tertentu
Guru harus ikut pada norma-norma budaya, dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja.
Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
Jika tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, ia akan mengundang nilai negatif, misalnya guru dianggap sebagai orang angkuh, tidak beradab dan bersopan.
Kesantunan berbahasa merupakan tatacara berkomunikasi secara lisan
Kesantunan bahasa : guru dihormati
“Tidak ada seorang pun yang peduli dengan saya” merupakan keluhan pelajar terhadap guru di sekolah
Mengikut Hall, George, dan Rutherford (1977) kepedulian didefinisikan sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas
Isu Kepedulian Guru
“Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself.”
Leo Tolstoy( n.d )
1. Kesedaran,
2. Informational,
3. Personal,
4. Pengurusan,
5. Akibat,
6. Kolaboratif
7. Fokus semula
Hall et. al (1977) mengemukakan Model Concerns-Based Adoption : 7 peringkat
Kepedulian mengenai impak pengajaran beralih tumpuan kepada pelajar secara menyeluruh.
Guru pada peringkat ini lebih berkeyakinan tentang kebolehan mengajar mereka, persekitaran bilik darjah, dan hubungan dengan sekolah dan pelajar. Guru lebih memberi fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan pendidikan ( Adams & Martray,1981).
Fokus semula
Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru, termasuk sikap, kepercayaan, minat, apresiasi, dan nilai-nilai.
Stewart (2005) mendefinisikan penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan seseorang sebagai guru.
Penampilan Guru
Howard (2007) menghuraikan empat ciri utama yang merangkumi penampilan guru serta sahsiah yang secara signifikannya dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih baik.
Keempat ciri terdiri daripada penampilan untuk perbezaan, dialog, disillusionment dan demokrasi.
Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia suatu masa dahulu. Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik dalam bilik darjah, bukan menjalankan perniagaan di sekolah.
Adakala diperhatikan guru menjalankan perniagaan dari boot kereta dan ini amat melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam.
Peranan pihak pentadbir untuk memberi teguran dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru sedemikian yang menjejaskan imej profesion perguruan.
Berniaga di sekolah
Guru tergolong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan merupakan sebahagian daripada pegawai kerajaan. Maka mereka tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam.
Kerjaya Sambilan
Kerja sambilan
Pengurusan masa merupakan proses peribadi dan mesti bersesuaian dengan gaya dan keadaan diri sendiri.
Pengurusan masa merupakan satu disiplin diri bagi seseorang guru.
Pengurusan masa berkesan bergantung kepada diri seseorang, iaitu sejauh mana seorang itu teguh dalam menguruskannya demi mencapai hasrat yang diingini.
Pengurusan masa
Kaji kes berikut:
Seorang guru Sejarah masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat. Beliau mengajar secara gopoh gapah kerana ingin menghabiskan topik yang telah dirancangkan. Oleh kerana kesuntukan masa, beliau tidak memberi peluang murid untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang diajar. Adakala , beliau terpaksa mengambil masa waktu yang berikut kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.
Refleksi:
Sebagai seorang guru, buat renungan tentang kes di atas dan bincangkan apakah kesan situasi tersebut kepada murid secara amnya dan profesion keguruan khasnya.
Pertama, mengurus kewangan semasa bertugas di sekolah jika guru merupakan guru kelas
Kedua, bagaimana seseorang guru perlu tahu mengurus kewangan dirinya dan keluarga supaya tidak dibelenggu kerumitan dalam hal kewangan
Pengurusan kewangan
“tidak pandai mengurus wang”
muflis
Masalah kewangan?