Upload
hoangthuy
View
221
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
ISU 12
Finding An Agent That’s Right For You
5432 Any Street West
Townsville, State 54321
COMPAN Y
REAL ESTATE
Isu Kali Ini >>>
BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG
JELAJAH #myGST4U DI KEDAH & SABAH
EKSPLORASI TRANSFORMASI
Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim
niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et
iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.
Ikuti Kami
SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com
KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA
Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA
MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG
1 — 16 NOV 2014
Pada 4 November 2014, telah berlangsung Majlis Penyerahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong. Seramai 12 orang pelajar
menerima penajaan terbabit bagi sesi 2014-2015 daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lounge
Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam pelajar sarjana dalam bidang
sains dan teknologi serta undang-undang menerima biasiswa yang diperkenalkan untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa
seseorang individu. Bagi penawaran kali ini, satu bidang baru diperkenalkan iaitu Kewangan Islam selaras dengan hasrat
menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa. Keistimewaan penajaan itu ialah mereka menerima elaun sara
hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasiswa Persekutuan untuk pengajian luar negara.
SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 –
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam telah melancarkan Kempen
Go Green JPA4U di INTAN Kampus Wilayah Utara
(INTURA). Kempen peringkat Jabatan Perkhidmatan
Awam bertemakan “Wilayah Lestari: Ke Arah Gaya
Hidup Hijau” ini adalah bertepatan dengan Teras Keempat
Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu
menjalinkan kerjasama dan penglibatan awam-swasta-
NGO bagi melahirkan Perkhidmatan Awam yang
berprestasi tinggi dan berjiwa rakyat.
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, Kempen Go
Green ini bersempena dengan Hari Kitar Semula
Kebangsaan yang disambut pada 11 November diharap
akan memberi kesedaran berterusan tentang kepentingan
menghargai alam sekitar. Beliau mahukan agar rakyat
bersikap terbuka dan positif membuat perubahan dalam
kehidupan seharian dengan mengitar semula bahan-bahan
seperti plastik, kertas dan kaca demi untuk menyelamatkan
bumi.
Selain daripada pengisian program JPA4U@INTURA
yang merangkumi aktiviti berkonsepkan “Go Green” dan
“Community Engagement”, program ini turut didatangkan
dengan hidangan intelek seperti Wacana Transformasi
Kepimpinan Muda, Wacana Kepimpinan Al-Fateh dan
Program Khas bersama Angkawasan Negara, Dato’ Dr.
Sheikh Muzaphar Shukor. Terdapat pelbagai jenis
pameran yang menyertai program ini seperti pameran
Mybest Buy dari FAMA, e-Filing dari LHDN, Kitar
Semula dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri
Kedah dan sebagainya.
KEMPEN GO GREEN JPA4U
DI INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA) 5 November 2014 - Jelajah #myGST4U julung-julung kalinya telah diadakan di
Negeri Sabah. Majlis ini telah direalisasikan hasil jalinan kolaborasi dan
kerjasama padu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, PejabatSetiausaha
Persekutuan Sabah dan INTAN Sabah dengan kerjasama daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jelajah #myGST4U di Kota Kinabalu ini yang merupakan negeri kedua da-
ripada enam siri jelajah yang akan diadakan oleh JPA pada tahun ini. Siri Jela-
jah yang pertama telah diadakan di Kuala Kangsar pada 30 Oktober 2014 yang
lalu. Jelajah #myGST4U merupakan salah satu inisiatif di bawah Blue Ocean
Communication on GST yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui program turun padang yang amat
digalakkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di bawah
konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ia membolehkan JPA dan MOF
menyebar luas agenda dan dasar mengenai GST serta menjawab segala
pertanyaan dan kemusykilan mengenai GST yang berada di fikiran para
penjawat awam dan kepada rakyat umumnya. Penganjuran program sebegini
diharap dapat membawa anjakan perubahan baharu yang positif ke dalam
minda penjawat awam agar menyokong dan melaksanakan dasar-dasar
Kerajaan ke arah mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi dan
mampan.
PROGRAM JELAJAH #MYGST4U@SABAH
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI
DAN JELAJAH #MYGST4U @ KEDAH
SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 – Program Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U Negeri Kedah
merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, CUEPACS serta badan NGO seperti Persatuan Pesara.
Program yang berkonsepkan Merakyatkan Perkhidmatan Awam membolehkan JPA dan agensi-agensi lain menyebar luas agenda dan
dasar mengenai GST serta menjawab segala pertanyaan mengenai GST yang berada di fikiran para penjawat awam dan kepada
rakyat umumnya. Selain itu, penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam
JPA untuk turun padang dan berjumpa dengan penjawat awam bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan transformasi.
Terdapat 6 siri jelajah yang akan diadakan dan negeri Kedah merupakan siri yang ketiga selepas negeri Perak dan Sabah. Melalui
penganjuran program ini, penjawat awam dapat memahami dengan jelas dasar yang diperkenalkan, bersikap terbuka dan positif
untuk membuat perubahan dan sekaligus, membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran di kalangan rakyat kerana mereka juga
merupakan sebahagian dari jurucakap dasar-dasar kerajaan.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam ucapannya turut menyentuh mengenai 1Pesara yang merupakan salah satu
inisiatif yang disediakan untuk menjaga kebajikan pesara Kerajaan yang telah banyak menabur budi dan jasa bakti sepanjang berada
dalam perkhidmatan awam. Inisiatif ini diterajui oleh JPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia yang bernaung di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy (NBOS).
Pelbagai inisiatif yang disediakan ini adalah untuk menunjukkan betapa Kerajaan secara berterusan mengambil berat dan prihatin
terhadap kebajikan penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara. Kesemua inisiatif ini seharusnya
dimanfaatkan sebaik mungkin dan dibalas dengan semangat patriotisme yang tinggi demi menjaga kedaulatan dan nama baik
Perkhidmatan Awam dan Negara. Oleh itu, kebersamaan semua pihak dalam program hari ini jelas menunjukkan aspirasi serta
semangat yang padu serta jitu oleh penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bagi memastikan agenda nasional dapat
digarap, dihasilkan dan dilaksanakan dengan jayanya.
5 November 2014 - Majlis Dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Guru-guru di Sabah telah diadakan di De-
wan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini telah direalisasikan hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama padu Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam amanatnya kepada para guru mengajak semua guru untuk bersama
JPA melayari bahtera transformasi menuju destinasi iaitu sebuah Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi, Berintegriti,
Dinamik dan Berjiwa Rakyat. Melalui program turun padang ini, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
berharap dapat mendengar sendiri keluh kesah dan harapan para guru untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan Negara di
samping meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan. Beliau juga berharap dengan program turun padang ini,
penyampaian agenda transformasi kepada para guru dapat disampaikan dengan jelas dan anjakan minda dan perubahan ter-
hadap dasar-dasar baharu dapat diterima dengan terbuka dan positif.
JPA juga, dengan kerjasama KPM telah melaksanakan projek rintis melalui NBOS – Program Pemantapan Profesion Guru
atau NBOS - PPG di mana penempatan seramai 445 orang pembantu guru dengan jawatan Pembantu Tadbir dan 229 orang
Juruteknik Komputer telah diwujudkan dan ditempatkan untuk membantu Guru Tugas Khas iaitu Guru Data, Guru Per-
pustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari di 313 buah sekolah di Melaka mulai tahun 2013.
Mengakhiri amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berharap agar para guru dapat memainkan
peranan aktif sebagai jurucakap bagi memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan termasuklah pelaksanaan GST kepada umum.
JPA melalui INTAN dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia telah diberi peranan
untuk melatih penjawat awam agar sentiasa bersedia untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu GST.
SESI DIALOG KPPA BERSAMA GURU-GURU SABAH
DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
3
6 November 2014 - Projek Sekolah Angkat JPA4U@INTAN Sabah ini merupakan projek rintis yang julung-julung kali diadakan.
JPA4U dilancarkan pada 9 Disember 2013 untuk menyokong agenda Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan oleh
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara untuk bertemu dengan rakyat, mendengar masalah dan rintihan
mereka serta melihat sendiri keperitan yang dilalui oleh masyarakat. Justeru, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya telah terpilih sebagai
sekolah angkat yang pertama sebagai menjayakan agenda ini.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam ucapannya menerangkan bahawa idea untuk melaksanakan program
sekolah angkat ini tercetus apabila menyedari bahawa agensi-agensi Kerajaan, GLC mahupun pihak swasta dilihat kurang berminat
untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pulangan komersial atau pun tanggapan ker-
jasama seumpama ini yang dikatakan kurang menonjolkan imej korporat mereka di mata masyarakat.
Justeru itu, JPA melalui Kampus INTAN Sabah mencadangkan program sekolah angkat ini dilaksanakan di bawah program JPA4U
bagi merealisasikan impian Merakyatkan Perkhidmatan Awam melalui konsep perkongsian pintar. Kepakaran dan keupayaan INTAN
dari segi tenaga pelatih yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan aset diharap dapat dioptimumkan. Dengan kerjasama
strategik ini diharap dapat memberikan pulangan terbaik kepada sekolah. Menyedari kepentingan pemupukan sumber manusia,
sekolah adalah institusi penting sebagai pusat utama pembenihan, pertumbuhan dan penyuburan sumber manusia, pembentukan
akhlak dan perwatakan generasi muda dan cara pemikiran. Guru memainkan peranan yang amat penting sebagai menyokong dan
membantu dalam pembentukan pemikiran dan sikap kanak-kanak sejak dari kecil. Justeru, didikan awal yang betul amat perlu untuk
mengubah cara berfikir agar mereka mudah menerima perubahan dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan
sepanjang proses membesar.
Mengakhiri ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri berharap agar program seumpama ini akan memberi impak yang tidak hanya terhad
kepada para pelajar malahan limpahan manfaatnya akan turut dirasai masyarakat umum. JPA melalui INTAN akan bersama-sama
menggalas tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan landasan kepada rakyat untuk lebih dekat dan mesra dengan agensi-agensi
kerajaan. Pelbagai program akan dirancang sebagai pendedahan terhadap peranan serta fungsi organisasi kerajaan dalam menangani
cabaran mendatang.
PUTRAJAYA,8 November 2014 - Program Eksplorasi
Transformasi 2014 dianjurkan oleh Bahagian Transformasi
Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (BTSA JPA)
dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
(PPTD), INTAN Bukit Kiara dan Kelab JPA.
Program berbentuk treasure hunt ini bertemakan Patriotisme
dan Bahasa Kebangsaan bermula di Kompleks C1, Kompleks C,
Putrajaya ke INTAN Bukit Kiara. Program merupakan salah
satu inisiatif ke arah menyebarluaskan agenda transformasi, di
samping mengukuhkan semangat berpasukan dan kekitaan di
kalangan penjawat awam dalam menyokong pelaksanaaan Pro-
gram Transformasi Kerajaan. Melalui penganjuran program ini
juga, para peserta akan bersikap lebih positif dan terbuka untuk
menghadapi sebarang perubahan dalam Perkhidmatan Awam.
Acara Pelepasan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Acara Pelepasan
bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di hadapan Blok C1,
Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Turut hadir bersama
ialah Yang Berbahagia Dato' Sri Dr Sharifah Zarah Syed
Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan), Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim
Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi) serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPA
Penyertaan terbuka kepada semua kementerian dan agensi
kerajaan dan setiap pasukan terdiri dari maksimum empat
orang. Sebanyak 65 buah kenderaan terlibat yang mana lebih
200 orang mengambil bahagian dalam acara Ekplorasi
Transformasi ini. Pasukan yang terlibat antaranya ialah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan dan Ke-
budayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan
Penyiaran Malaysia (RTM).
PERTANDINGAN EKSPLORASI TRANSFORMASI 2014
PROGRAM JPA4U@INTAN SABAH
DI SK SRI GAYA, KOTA KINABALU, SABAH