61
ISU KENAIKAN HARGA BARANG Kenapa Tidak Berterima Kasih Apabila Harga Petrol, Diesel Diturunkan? Bagaikan satu rahmat apabila perkembangan harga minyak dunia yang turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, membolehkan kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel. N.A.I.K L.A.G.I........ Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira? Semua orang tahu, ini kali keempat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang. Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya. Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter . Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus. Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat. Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan

Isu Kenaikan Harga Barang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isu Kenaikan Harga Barang

ISU KENAIKAN HARGA BARANG

Kenapa Tidak Berterima Kasih Apabila Harga Petrol, Diesel Diturunkan?

Bagaikan satu rahmat apabila perkembangan harga minyak dunia yang turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, membolehkan kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel.

N.A.I.K L.A.G.I........

Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira?

Semua orang tahu, ini kali keempat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang.

Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya. Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter .

Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus.

Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat.

Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.

Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi.

Apa yang pelik, kita langsung tidak mendengar ada peniaga yang menyokong Perdana Menteri ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu. Begitu juga ucapan terima kasih, tidak pun dinyatakan ketika penurunan harga bahan api diumumkan.

Sikap degil dan tidak sensitif terhadap tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat cukup 'meletihkan' kita.

Sepatutnya kerajaan dan pengguna tidak perlu merayu kepada para peniaga. Mereka sendiri sepatutnya sedar dan mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang secara sukarela tanpa perlu menerima desakan daripada kerajaan dan orang ramai.

Oleh kerana kerajaan telah empat kali menurunkan harga bahan api, langkah itu diharap mampu mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Logiknya memang patut pun

Page 2: Isu Kenaikan Harga Barang

demikian.

Jika sebelum ini semua perniagaan yang berteraskan petroleum menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan mereka, maka sudah kena masanya sekarang, ia harus diteliti semula.

Bagaimanapun, penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan hari ini tidak memberi sebarang manfaat kepada pengguna jika harga barangan keperluan masih melambung tinggi.

Kepada pengguna, kita usah mengikut perangai peniaga yang tidak tahu berterima kasih.

Sebagai pengguna, memang ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petroleum dahulu.

Tetapi sebagai rakyat negara ini, kita amat berterima kasih dengan penurunan harga tersebut yang sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit perbelanjaan harian.

Pengurangan harga minyak ini, membolehkan kita merancang semula perbelanjaan harian. Pasti ramai yang melahirkan rasa lega dengan penurunan ini. Malah ramai yang berharap kerajaan akan mengkaji kadar harga baru itu dari semasa ke semasa bagi kepentingan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun akan ada segelintir rakyat menyuarakan pandangan bahawa penurunan ini terlalu kecil dan gagal menangani masalah inflasi, khususnya dalam menurunkan harga barangan, tetapi ia suatu langkah yang wajar diambil daripada tiada tindakan langsung.

Kalau mengikut firasat pakar ekonomi, ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini maka harga petrol sebaik-baiknya dikembalikan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara.

Malah, lebih daripada itu, kita mengharapkan ekonomi kita akan berdaya saing dan pulih segera, walaupun kini berdepan dengan krisis kewangan global.

Reformasi Sektor Pertanian Tepis Tempias Krisis Makanan Global

JIKA ditanya apakah satu persamaan dihadapi umat manusia sejagat masa kini, jawabnya ialah kenaikan harga makanan. Pada 2007-2008 menyaksikan kenaikan dramatik harga makanan yang mencetuskan

Page 3: Isu Kenaikan Harga Barang

bukan sedikit ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Pertubuhan Pertanian dan Makanan Sedunia (FAO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 852 juta penduduk dunia hidup dalam kebuluran, manakala lebih dua bilion penduduk dunia pula dalam keadaan kekurangan makanan kerana kemiskinan.

Jumlah penduduk dunia sekarang sudah mencecah 3.3 bilion dan ini bermakna lebih separuh penduduk dunia tidak cukup makan.

Statistik lain pula menunjukkan di negara kaya, mereka hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan untuk perbelanjaan makanan. Penduduk negara membangun membelanjakan 30 peratus, manakala di negara mundur 50 hingga 60 peratus digunakan untuk makanan.

Kenaikan harga makanan akan menjadikan lebih ramai manusia miskin dan lebih ramai akan kebuluran. Ini adalah krisis yang memberi impak besar kepada tamadun manusia. Jalan penyelesaian harus difikirkan dan dilaksanakan dengan segera.

Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai sebab kenaikan harga makanan hari ini. Antaranya adalah kerana kenaikan harga minyak dunia. Ia memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran makanan, dari ladang dan harga baja berasas nitrogen, kepada pemprosesan hinggalah ke logistik.

Ini sekali gus menaikkan kos pengeluaran makanan yang memberi kesan kepada pengguna. Faktor ini tidak boleh dikawal selagi pemimpin dunia tidak boleh bersetuju untuk mengawal harga minyak. Dengan kata lain, satu mekanisme harus diwujudkan agar harga minyak tidak boleh dispekulasi oleh pelabur yang mahu mengaut untung cepat tanpa mengira keperitan hidup lebih dua bilion penduduk miskin dunia.

Selain itu, perubahan iklim juga dikatakan sebagai satu faktor. Bermula dengan pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan, akhirnya melarat kepada pengurangan hasil pertanian. Umum tahu perkara ini sudah banyak kali dibincangkan dan langkah segera mesti dilakukan untuk memastikan dunia kita masih boleh didiami. Konsep melestarikan alam sekitar adalah sesuatu yang penting untuk abad mendatang.

Ada pula yang mengatakan kerancakan dunia untuk menghasilkan ‘biofuel’ sebagai ganti bahan bakar daripada ‘fossil fuel’ (minyak yang digerudi) menjadi sebab kenaikan harga makanan. Makanan dijadikan minyak, stok makanan di pasaran menjadi kurang. Lantas menaikkan harga makanan.

Tetapi perkiraan menunjukkan penghasilan ‘biofuel’ hanya menyumbang sekitar dua hingga tiga peratus saja kepada kenaikan harga makanan. Tambahan pula, teknologi penghasilan ‘biofuel’ adalah teknologi strategik yang harus disokong dan dikembangkan untuk kita menghadapi krisis tenaga dunia.

Masyarakat dunia sudah melakukan perkara yang sama ketika krisis makanan 1972. Melalui ‘Revolusi Hijau’, hasil produk pertanian dunia ditingkatkan untuk menampung permintaan. Revolusi hijau berjaya menstabilkan harga pasaran.

Negara kita melalui Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sudah mengambil langkah untuk menambah import

Page 4: Isu Kenaikan Harga Barang

beras dari negara jiran, Thailand. Selain itu, inisiatif juga diambil oleh Bernas untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dengan pekilang beras di Thailand. Syabas kita ucapkan. Langkah ini serba sedikit mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap krisis makanan.

Tetapi harus diingat, langkah ini bukan penyelesaian jangka panjang. Bayangkan jika krisis makanan terus memuncak dan Thailand enggan menjual beras kepada kita, maka kelaparanlah rakyat Malaysia.

Malaysia harus menghasilkan beras sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana negara jiran. Justeru, saranan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang mahu kerajaan mengambil langkah drastik meningkatkan pendapatan dan perolehan makanan adalah saranan yang bijaksana dan bertepatan.

Baginda bertitah supaya menjadikan pertanian sebagai sektor utama di beberapa negeri. Jika kita lihat Jepun, mereka sudah lama peka mengenai perkara ini. Jepun adalah negara yang keluasannya hampir sama dengan Malaysia, tetapi penduduknya hampir lima kali ganda dari Malaysia.

Jepun tidak mempunyai tanah luas yang sesuai untuk tujuan pertanian, tetapi tidak mengimport beras dari mana-mana negara. Malaysia juga seharusnya memandang berat perkara ini dengan mengkaji semula dasar pertanian negara agar kita dapat mengurangkan pergantungan kepada negara asing.

Seperkara yang perlu diberi perhatian dalam menangani krisis makanan adalah bukan dengan tergesa-gesa memugar hutan di Sarawak untuk dijadikan jelapang padi. Sektor pertanian sangat bergantung kepada permintaan semasa kerana hasil pertanian tidak boleh disimpan lama.

Selain itu, kita juga tidak mahu dituduh oleh pihak Barat sebagai pemusnah alam hanya kerana memugar hutan. Kita harus berupaya untuk ‘menilik’ permintaan dalam negara untuk tahun-tahun akan datang dan menghasilkan produk pertanian sebanyak permintaan pasaran.

Sebagai contoh, krisis makanan dunia sekarang kerana penghasilan produk makanan meningkat sebanyak 1.1 peratus, manakala jumlah penduduk dunia meningkat sebanyak 1.2 peratus. Di sini, jika kita menganalisis data ini lebih awal lagi, sudah tentu kita dapat mengelak ditimpa krisis makanan.

Boleh kita fahami bahawa bukan mudah untuk menghasilkan produk pertanian sekadar permintaan pasaran. Industri pertanian sangat terdedah kepada risiko. Justeru, perancangan yang teliti pelbagai agensi kerajaan sangat diperlukan. Pertanian era ini bukan saja tanggungjawab Jabatan Pertanian, malah ia membabitkan seluruh jentera kerajaan.

Kerajaan sudah lama menubuhkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk memartabatkan sektor pertanian. Kerajaan juga sudah menghantar puluhan pegawai ke Jepun dan serata dunia untuk mempelajari teknik pertanian moden.

Kita tidak memerlukan semua rakyat Malaysia menjadi petani. Misalnya pengeksport hasil pertanian, Amerika syarikat hanya mempunyai dua juta petani moden, kurang satu peratus daripada jumlah penduduk negaranya. Kita memerlukan modal insan yang komited dan teknologi tinggi untuk

Page 5: Isu Kenaikan Harga Barang

memajukan sektor pertanian.

Selain itu, kita mesti meningkatkan perbelanjaan penyelidikan untuk pertanian. Menghasilkan benih yang tahan penyakit melalui teknik pertanian konvensional atau pengubahsuaian genetik.

Mewujudkan sistem yang menyokong petani untuk memaksimumkan hasil pertanian mereka. Tanpa melakukan perkara ini, sektor pertanian akan menjadi tidak berdaya maju dan kompetitif.

Mungkin kita akan kehabisan tanah untuk bercucuk tanam apabila jumlah penduduk meningkat terlalu ramai. Halangannya terlalu banyak. Tetapi kita tidak ada pilihan selain memajukan sektor pertanian dan menanam padi sendiri.

Kita harus pantas bergerak sekarang, jika tidak kita bakal menjadi ‘pengemis dari negara bertanah subur’. Teringat ketika penulis masih kecil, dihiburkan oleh bonda dengan cerita Nabi Yusof AS mengumpul dan menyimpan gandum selama tujuh tahun untuk negaranya sebelum kedatangan musim kemarau panjang tujuh tahun.

Hasilnya, saudaranya yang dulu memusuhinya dan juga Ayahandanya Nabi Yaakub AS datang meminta bantuan. Juga teringat ketika bonda memberi peringatan, bertani adalah pekerjaan mulia, pekerjaan Nabi Daud AS, pekerjaan yang pasti membawa berkat. Sekarang selepas 20 tahun dihiburkan dengan cerita di atas, barulah terasa kepentingan sektor pertanian.

Malangnya, penulis bukanlah petani, hanya mampu berkongsi buah fikiran untuk tatapan dan renungan bersama. Semoga dengan berulangnya krisis makanan kali ini memberi pengajaran dan teladan kepada kita.

Penulis ialah Pensyarah, Kulliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Industri Pertanian Atasi Krisis Makanan

Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM20 juta pada tahun ini sebagai pinjaman untuk membantu golongan belia yang ingin mengusahakan industri pertanian.Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberitahu, golongan tersebut boleh memohon pinjaman bermula RM15,000 hingga RM50,000 itu bagi menjayakan projek pertanian mereka.

''Seluruh dunia kini menghadapi masalah kekurangan makanan terutamanya bekalan makanan ruji seperti beras oleh kerana negara-negara pembekal seperti Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam berhadapan dengan masalah cuaca dan bencana alam." katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 Pertubuhan Peladang Daerah Bera di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi mengatasi masalah kekurangan beras, Malaysia terpaksa mengimport 200,000 hingga 300,000 tan setiap bulan dari negara jiran, Thailand dan India.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu dapat diatasi jika semua tanah-tanah terbiar di seluruh negara dapat dibangunkan semula dengan mengusahakan sawah padi.

Page 6: Isu Kenaikan Harga Barang

Sehubungan itu, beliau berharap Pertubuhan Peladang Kawasan dan agensi pertanian mengenal pasti tanah-tanah terbiar dan turut membabitkan golongan belia secara langsung bagi membangunkan tanah tersebut dengan penanaman padi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera yakin jika semua tanah terbiar dapat ditebusguna dengan mengusahakan tanaman makanan masalah krisis makanan yang melanda negara dapat diatasi.

Malah beliau yakin industri pertanian mampu menangani masalah pengangguran di kalangan belia sekali gus menghapuskan kemiskinan.

Bahan Bakar Bio Punca Harga Makanan Naik

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan pada Forum Ekonomi Dunia Mengenai Asia Timur bersependapat mengenai peranan kerajaan dalam menangani peningkatan harga makanan dan memberi amaran lebih banyak protes akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.

Pengerusi Nestle Switzerland, Peter Brabeck-Letmathe, berkata dua pertiga daripada kenaikan harga makanan berpunca daripada keputusan diambil kerajaan.

"Kira-kira 10 peratus peningkatan harga makanan disebabkan peningkatan harga bahan bakar, 10 peratus disebabkan perubahan gaya hidup.

"Satu pertiga lagi disebabkan penggunaannya bagi bahan bakar bio, satu pertiga disebabkan keputusan untuk menghentikan eksport dan 10 peratus lagi adalah disebabkan spekulasi," katanya pada perbincangan forum bertajuk Kebimbangan Mengenai Makanan dan Bahan Bakar: Bolehkan Asia Menguruskan Kos Politik Inflasi' pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia Timur di sini, semalam.

Ahli panel sependapat bahawa isu makanan adalah disebabkan pengaruh politik kerana harga pertanian sudah lama ditentukan menerusi subsidi kerajaan.

Brabeck Letmathe berkata, keputusan diambil negara seperti Argentina dan Kazakhstan untuk menghentikan eksport, selain tindakan Amerika Syarikat mempromosikan penggunaan bahan bakar bio

Page 7: Isu Kenaikan Harga Barang

menyumbang kepada ketidakseimbangan ketika ini.

"Satu pertiga daripada pengeluaran jagung di Amerika akan digunakan dalam bahan bakar bio," katanya.

Pengerusi Roux International Australia, Michael J Roux, berkata isu mengenai peningkatan harga makanan perlu ditangani secara berbeza daripada krisis bahan bakar, dengan menyatakan faktor menyokong peningkatan harga minyak adalah lebih sukar dikekalkan.

Beliau berkata, harga minyak akan melambung jika AS berdepan kemelesetan ekonomi.

"Kita sudah menyaksikan banyak tindakan diambil dalam pasaran dan kini perlu membayar harganya," katanya.

Beliau memberi contoh tindakan China mengawal harga diesel menjelang penganjuran Olimpik adalah antara tindakan jangka pendek yang menyebabkan lonjakan harga bahan bakar ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata faktor yang melonjakkan harga makanan adalah disebabkan pelaburan tidak seimbang dalam infrastruktur, terutama di negara membangun seperti Indonesia menyebabkan kos logistik lebih tinggi.

Beliau berkata, Asean juga perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka panjang berbanding reaksi serta-merta yang pasti membawa kepada masalah lain pada masa depan.

Page 8: Isu Kenaikan Harga Barang

Kerajaan sudah lama kawal harga barang

14 Februari 2014

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penduduk setempat pada majlis bersama rakyat di SMK Lundu di Lundu hari ini. - Foto Bernama

SARAWAK - Di sebalik isu kenaikan harga barang yang sering dimainkan pembangkang untuk meracuni fikiran rakyat, ramai yang tidak mengetahui Malaysia adalah antara negara yang kerajaannya turut campur tangan mengawal harga barang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan perdana menteri menegaskan inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat pun sudah bermula lebih awal lagi sebelum isu harga barang dimainkan, terutama menerusi Akta Kawalan Harga 1946.

"Harga barang tidak boleh ditetapkan oleh kerajaan, harga barang ditentukan oleh permintaan dan bekalan. (Tetapi) sebagai kerajaan yang berkuasa, kita gunakan kebijaksanaan menerusi undang-undang untuk melindungi rakyat daripada terbeban melalui kawalan harga seperti yang dilakukan seminggu menjelang dan seminggu selepas musim perayaan.

"Biarpun begitu pada mulanya tidak mudah untuk kita (kerajaan) dapatkan persetujuan daripada pembekal serta peniaga untuk mematuhi kawalan harga tersebut, mereka berkata kerajaan tidak boleh menentukan harga barangan, rugi kepada mereka semula namun usaha kerajaan dengan minta pertolongan mereka, (yang bermakna) pertolongan kepada rakyat akhirnya membuahkan hasil apabila kawalan harga pada musim perayaan sehingga kini masih dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga anggota Parlimen Santubong dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem, anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.

Muhyiddin turut mendedahkan bahawa setiap bulan mesyuarat kabinet akan menerima laporan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengenai trend turun naik harga barang.

"Harga turun naik barang dikira menerusi Indeks Harga Pengguna. Berdasarkan laporan tersebut, kita dapat lihat ada barang yang mengalami kenaikan, ada yang turun harga...tetapi bila ada barang turun harga mereka (pembangkang) tidak sebut pula," katanya.

Muhyiddin berkata melihat kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, adalah tidak wajar untuk pembangkang berterusan membangkitkan isu tersebut seolah-olah kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Page 9: Isu Kenaikan Harga Barang

"Mereka berterusan mempersoal apa kerajan buat? apa kerajaan sudah buat, nama Barisan Nasional (BN) ditukar pula kepada 'Barang Naik' dengan pelbagai simbol dan logo...tetapi bila saya turun melakukan tinjauan harga barang mereka ketawakan pula, cakap apa yang boleh dilakukan dengan hanya tinjauan?.

"Mereka hanya pandai bercakap, tetapi apa yang mereka sendiri telah buat untuk bantu rakyat?" soal Muhyiddin. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Ikan cencaru RM3.99 sekilo di pasar raya Cheras

269 premis layak dapat anugerah kedai harga patut

Kerajaan sudah lama kawal harga barang

Orang ramai disaran pantau perubahan harga barang

Pelbagai cara dilakukan untuk jimat belanja

Ayam bersih standard dijual RM1.09 sekilogram

Ikan bawal hitam catat harga rendah hari ini

Harga barang keperluan terkawal

Harga 13 barangan kawalan pada paras stabil

Harga bekalan rendah, peniaga diminta jual mura

Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Kenaikan Harga Barangan dan PerkhidmatanDitulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian

Page 10: Isu Kenaikan Harga Barang

Kita sering mendengar ungkapan (cliché) "kenaikan harga ini adalah minima dan tidak membebankan rakyat" atau

"kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan dan rakyat perlu berjimat cermat, jangan membazir" keluar daripada mulut

para pemimpin negara setiap kali berlaku kenaikan harga sesetengah barangan atau perkhidmatan.

Ungkapan-ungkapan ini dijangka akan kembali kedengaran memandangkan harga minyak di pasaran dunia semakin menghampiri tahap USD100 setong. Jadi sayugialah kita semua bersedia untuk membayar lebih lagi untuk bahan bakar tersebut dan juga barangan-barangan yang berada di bawah kumpulan makanan dan minuman; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, dan pengangkutan.

Selain ungkapan-ungkapan tersebut, ada satu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum yang dapat kita perhatikan melalui suasana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini, iaitu di sebalik kenaikan harga, indeks harga pengguna (IHP) negara kekal stabil pada paras yang rendah.

Apapun, kita terpaksa mengakui bahawa rata-rata ahli masyarakat sekarang mengeluh kerana berhadapan dengan masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jadi apa ikhtiar kita untuk menangani masalah ini? Perlukah kita mengambil saranan para pemimpin supaya berjimat cermat dan jangan membazir sedangkan sumber kewangan yang terhad yang kita ada semakin hari semakin mengecil nilainya akibat dihakis oleh masalah kenaikan perbelanjaan sara hidup ini?

Sebenarnya apa yang kita alami sekarang turut dialami oleh masyarakat Muslim yang terdahulu. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan masalah kenaikan harga ini berlaku dalam sejarah tamadun Islam seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, Khalifah Umar Ibn al-Khattab dan Khalifah Uthman Ibn al-Affan.

Berbeza dengan pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan kita yang banyak menggunakan pendekatan kawalan harga ke atas keperluan asas dan memberi subsidi ke atas barangan tertentu, pendekatan Nabi s.a.w untuk masalah ini dilihat lebih adil dan saksama kepada pihak pengeluar dan pengguna. Baginda membiarkan aliran permintaan dan penawaran yang menentukan rangkaian taraf harga. Ini adalah lebih adil kerana ada waktunya harga meningkat kerana unsur-unsur yang ditentukan Ilahi seperti kekurangan bekalan akibat perubahan cuaca dan sebagainya. Ia juga untuk mendidik pengguna supaya tahu menggunakan hak-hak yang ada pada mereka untuk mengawal taraf harga pasaran tanpa perlu ada campur tangan kerajaan.

Inilah juga pendekatan yang diambil oleh khalifah Umar ibn Al-Khattab apabila golongan wanita datang mengadu kepada baginda berkenaan kenaikan harga daging. Khalifah Umar menyuruh mereka menangguhkan pembelian sehingga harga daging turun. Ia juga merupakan satu isyarat supaya masyarakat pengguna tidak terikat dengan suatu barangan tertentu sahaja. Sebaliknya kita perlu mencari pilihan lain kepada barang tersebut yang mungkin lebih murah tetapi tetap mempunyai sifat dan mutu yang sama seperti barangan asal yang kita kehendaki.

Bagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh Khalifah Uthman Ibn al-Affan bagi menangani masalah ini agak berbeza sedikit. Pendekatan yang diambil mungkin berdasarkan perbezaan suasana yang dialami pada waktu itu. Sebagai contoh, apabila masalah kenaikan harga melanda rakyat di sebuah kawasan di bawah kuasa pemerintahannya, khalifah Uthman telah menghantar satu kafilah barangan keperluan ke kawasan terbabit dan mengagihkan secara percuma kepada penduduk di situ.

Dengan kata lain jika kita merujuk kepada kisah-kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw, zaman Khalifah Umar dan Khalifah Uthman, aliran Islam sebenarnya menganjurkan satu kaedah pasaran bebas yang bertindak untuk menentukan harga barangan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama juga ia

Page 11: Isu Kenaikan Harga Barang

menganjurkan kepada umatnya supaya menggunakan kuasa yang ada untuk mempengaruhi tahap harga di pasaran.

Di sini kita dapati unsur kepenggunaan dan kuasa yang ada pada pengguna sepatutnya digunakan dengan bijaksana. Selain itu juga, kerajaan dilihat berperanan untuk mengurangkan beban yang dialami masyarakat melalui pendekatan-pendekatan berbentuk pengagihan kemakmuran negara secara saksama. Selain itu peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal selia suasana pasaran perlu juga diwujudkan supaya tidak berlaku apa yang dirujuk oleh Ibn Taimiyyah (1263M - 1328M) di dalam bukunya "Majmuk al-Fatawa Shaikh al-Islam" sebagai kenaikan harga yang berpunca daripada salah laku manusia dan ketidaksempurnaan pasaran seperti perbuatan menyorok barang, spekulasi, peranan orang tengah, amalan monopoli dan sebagainya.

Hakikatnya, masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang kita alami sekarang bukan hanya berpunca daripada peningkatan harga minyak dunia semata-mata. Ia juga ada kaitan lebihan permintaan, kekangan bekalan serta kelemahan kaedah pasaran.

Walau apa pun unsur pencetus masalah ini, kita sebagai pengguna Muslim yang bijak perlu bersederhana dalam segi penggunaan dan perbelanjaan. Dengan bersederhana dan berjimat cermat, jumlah permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan dapat dikurangkan dan wang kita boleh disalurkan untuk tujuan yang lebih baik.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah pendekatan kepenggunaan dalam ajaran Islam adalah berasaskan kepada keperluan sebenar manusia bukannya penggunaan yang mengikut kehendak nafsunya kerana kehendak nafsu manusia adalah tidak terbatas.

Dari sini kita boleh membezakan pendekatan maslahah dan pendekatan kepuasan penggunaan (utility theory) ekonomi sedia ada (convensional). Dalam ekonomi sedia ada, penggunaan barangan dan perkhidmatan pada tahap yang tertentu oleh seseorang itu dapat memberi suatu kepuasan kepada individu terbabit. Ini berbeza dengan pendekatan maslahah dalam agama Islam. Pendekatan ini lebih memberatkan kepada penggunaan untuk mencapai matlamat yang telah digariskan oleh syarak iaitu untuk menjaga 5 perkara; agama, jiwa, keturunan, harta dan akal. Jika penggunaan barangan atau perkhidmatan itu mempunyai kelima-lima unsur-unsur di atas, ia boleh dikatakan mempunyai maslahah ke atas kehidupan manusia.

Apa yang berlaku sekarang yang menyebabkan masyarakat mengeluh sebenarnya berpunca daripada pendekatan kepenggunaan yang sedia ada yang telah sebati dalam jiwa kita di mana kita mengguna atau berbelanja untuk kepuasan yang tidak terhad. Sebaliknya jika kita (termasuklah kerajaan) mensebatikan pendekatan maslahah dalam setiap urusan perbelanjaan kita, sudah pasti semua masalah yang berpunca daripada ketidaksempurnaan pendekatan ekonomi sedia ada dapat dihindari.

 

Page 12: Isu Kenaikan Harga Barang

Pertandingan Pidato 1Malaysia 2014AUTHOR: SURIATI ALI 9 MARCH 2014 5:29 PM0 COMMENTSVIEWS: 82

Jabatan Penerangan negeri mempelawa kaum bukan Melayu di Terengganu untuk menyertai Pertandingan Pidato 1Malaysia 2014 yang akan diadakan pada pertengahan April depan.

Pemangku Pengarahnya, Mustafa Abd.Kadir berkata, program tahunan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM4,500.

Menurutnya, juara bakal menerima RM1,500, kedua (RM1,000) ketiga (RM500) dan lima hadiah saguhati RM300 setiap peserta.

“Pertandingan bertemakan nilai-nilai murni itu menyediakan lima tajuk iaitu Kreativiti dan Inovasi Pencetus Kecemerlangan Bangsa, Trasformasi Membentuk Negara Sejahtera,

Page 13: Isu Kenaikan Harga Barang

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Pemangkin Ekonomi Negara, Rasionalisasi Subsidi Ke Arah Yang Lebih Mampan dan Mengawal Kenaikan Harga Barang Tanggungjawab Bersama.

“Setiap peserta dikehendaki memilih satu tajuk yang sesuai untuk pidato mereka,” katanya dalam satu kenyataan kepada teganukita hari ini.

Jelas Mustafa, pertandingan itu bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman orang ramai mengenai dasar negara, kepekaan terhadap isu semasa selain memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai kaum.

Selain itu, ia diharap dapat mengekal dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac depan dan segala pertanyaan mengenai pertandingan boleh melayari laman sesawang jabatan http://www.penerangan.gov.my/terengganu atau hubungi Siti Mariam Mahdar di talian 09-6267831 dan Hong Kam Chiong 09 6267826.Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negeri ini.

MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG DAN INFLASI DUNIA

MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG DAN INFLASI DUNIA

Oleh : Ahmad Syah Ejaz Bin Hj. Ismail

Di dalam suasana ekonomi dunia yang berubah-ubah dan tidak menentu, golongan peniaga dan pengguna di seluruh dunia merasai kesan kemelesetan ekonomi global dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang sedang berlaku. Di tambah lagi dengan masalah pengurangan nilai matawang dollar Amerika Syarikat yang berlaku dengan kadar yang cepat, ini menambahkan lagi masalah kenaikan harga barang apabila negara kita banyak mengimport barang-barang keperluan daripada negara-negara jiran menggunakan matawang dollar.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi ini memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, minyak masak, dan tepung. Inflasi ini juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian di pasaran.

Kenaikan harga minyak

Tidak dapat dinafikan antara faktor utama yang menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi di Malaysia adalah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Walau bagaimanapun saya berpendapat faktor ini bukan penyumbang utama kepada masalah inflasi yang berlaku ke atas barang-barang perlu di Malaysia. Faktor kenaikan harga minyak mentah merupakan hanya antara faktor sampingan yang menyumbang kepada masalah inflasi yang berlaku. Walaupun kenaikan harga minyak

Page 14: Isu Kenaikan Harga Barang

mentah dunia naik secara mendadak, kesan kenaikan tersebut sebenarnya masih lagi diserap oleh pihak kerajaan dengan subsidi petroleum bernilai 2.1 billion setiap bulan sedangkan trend kenaikan harga barang keperluan harian naik mengikut keperluan dan kehendak pengguna di pasaran.

Umum mengetahui kadar kenaikan harga minyak mentah yang tinggi terpaksa ditanggung oleh semua lapisan peniaga dan pengguna di Malaysia berbanding pada tahun 80an dan 90an. Penggunaan sumber bahan api berasaskan petroleum masih lagi merupakan sumber tenaga yang efisien dan menjimatkan berbanding sumber tenaga alternatif yang ternyata lebih mahal untuk dibangunkan dan digunakan seperti sumber tenaga berasaskan bahan makanan dari jagung, minyak sawit dan sebagainya. Malah, penggunaan sumber tenaga alternatif seperti ini akan menambahkan lagi masalah inflasi dengan meningkatkan harga barang-barang makanan pada kadar yang terlampau tinggi dan tidak dapat ditampung oleh semua pihak.

Dasar pasaran bebas

Negara kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan memegang kepada prinsip keterbukaan pasaran dalam masa yang sama bertindak melindungi kepentingan sesetengah syarikat besar pengeluar barang-barang keperluan harian utama di Malaysia. Dasar melindungi kepentingan syarikat pengeluar makanan seumpama seperti di atas adalah pada asasnya untuk membantu syarikat pengeluar makanan seperti ini untuk membentuk harga pasaran yang lebih tinggi dari margin keuntungan perbandingan dengan perbelanjaan kos pengeluaran.

Kaedah ini seterusnya boleh mendatangkan keuntungan terutamanya dalam aspek pengeluaran produk makanan dan pertanian yang tidak menguntungkan di dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Dasar perlindungan dan kebergantungan kepada syarikat pengeluar bahan makanan utama ini adalah bagi memenuhi kehendak pengguna domestik sahaja dan keperluan masyarkat di dalam negara walaupun sistem pasaran bebas dikalangan pengeluar produk makanan dunia menawarkan harga yang lebih rendah dan kompetitif berbanding syarikat pengeluar makanan harian (gula, tepung, dan minyak masak) yang beroperasi secara domestik di Malaysia.

Ini menimbulkan masalah penyeludupan barang-barang perlu ke luar negara yang boleh dijual pada kadar yang lebih menguntungkan dan juga kekurangan barangan itu sendiri di dalam pasaran domestik apabila syarikat pengeluar ini mulai rugi dalam pengeluaran produk keperluan seumpama yang sebelum ini dipasarkan pada harga nominal sebagai memenuhi kehendak pengguna domestik dengan memegang kepada prinsip dan nilai tanggung jawab "national service".

Objektif sesuatu perniagaan

Kita tahu bahawa perkara pokok yang menjadi objektif utama syarikat perniagaan adalah keuntungan dan pengguna tidak boleh menyalahkan syarikat pengeluar kerana ingin mengaut keuntungan di dalam perniagaan atau operasi harian mereka kerana itu adalah prinsip utama mana-mana entiti perniagaan di dunia. Walau bagaimanapun, beberapa cara dan kaedah penyelesaian kepada kesan kenaikan inflasi

Page 15: Isu Kenaikan Harga Barang

yang tinggi mampu di implementasikan bagi mengurangkan kesan negatif masalah inflasi yang berlaku sekarang.

Antara cara penyelesaian utama yang boleh diambil kira dan diubah adalah pada rantaian pembekalan produk keperluan harian ini. Apabila kehendak dan keperluan pengguna domestik tidak dapat dipenuhi dan ditampung, maka berlakulah gangguan pada rantaian pembekalan barang-barang keperluan ini sehingga mengakibatkan inflasi yang tinggi dan lebih teruk lagi barangan keperluan ini tidak boleh diperolehi di dalam pasaran (jika ada hanya pada kualiti yang rendah).

Masalah inflasi yang berlaku kini tidak boleh disamakan dengan masalah inflasi yang berlaku pada era 80an dan 90an, ini adalah kerana masalah inflasi yang berlaku kini adalah berkait pada produk keperluan harian seperti gula, beras, susu dan tepung dan bukan pada barangan/ produk bersifat nilai intrinsik pengguna tertentu seperti barang-barang berjenama atau barang-barang yang menggambarkan kelas pendapatan bulanan. Ini dapat diterangkan apabila trend pembangunan ekonomi dunia pada masa kini jelas bergantung sepenuhnya kepada perbelanjaan pengguna (consumer spending) dan bukan kepada spekulasi pembangunan yang bergantung kepada pemberian kredit di bank-bank perdagangan untuk projek-projek dalam "intention mode". Berpandukan kepada prinsip pembangunan perbelanjaan pengguna di dalam sesebuah negara, semua negara di seluruh dunia mula menggalakkan dan merangka bentuk perancangan projek pembangunan yang menggalakkan perbelanjaan pengguna.

Perbelanjaan pengguna

Malaysia juga tidak harus terkecuali di dalam perancangan seumpama. Walaupun berlaku perubahan drastik kepada trend perbelanjaan pengguna di Malaysia yang dilihat bergerak rancak dengan pembukaan pasaraya besar (hypermarket) di bandar-bandar besar dengan menawarkan pelbagai produk barangan keperluan harian pada kadar yang rendah dibantu dengan perjanjian perdagangan bebas yang dimetrai oleh Kerajaan bersama syarikat asing pengedaran barangan luar negara.

Tindakan ini, walau bagaimanapun tersekat apabila negara bertindak melindungi sesetegah syarikat pengeluar domestik barangan keperluan harian seterusnya mengakibatkan pengguna di kawasan luar bandar terpaksa membayar lebih akan harga setiap produk yang ditawarkan apabila pembekalan barang-barang keperluan ini dialihkan ke kawasan bandar dimana penduduknya sanggup dan mampu membayar lebih dari harga yang ditawarkan dan mampu dibayar oleh penduduk di kawasan luar bandar.

Ini berlaku disebabkan pembekalan barang-barang keperluan ini (dikeluarkan oleh syarikat pengeluar tempatan) tidak dapat menampung kehendak dan keperluan pengguna di Malaysia yang semakin bertambah dan seterusnya mengakibatkan barang-barang keperluan seperti minyak masak dan gula tidak dapat diperolehi di kawasan luar bandar. Kesan kekurangan aliran produk atau keperluan barang-barang keperluan harian ini akan menambahkan lagi masalah aliran tunai apabila penduduk di kawasan luar bandar adalah terdiri daripada peniaga kecil-kecilan yang bergantung hidup kepada bekalan barang-barang keperluan harian ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka terutamanya aktiviti perniagaan harian mereka.

Page 16: Isu Kenaikan Harga Barang

Nilai kuasa beli pengguna di Malaysia yang semakin mengecil dan berkurangan juga menyumbang kepada masalah inflasi yang berlaku. Walau pun angka nilai ringgit yang diterima semakin meningkat sebagai gaji bulanan pengguna di Malaysia, namun kesan inflasi yang tinggi mengakibatkan kuasa beli yang ada pada pengguna semakin berkurangan dan keadaan seumpama tidak menggalakkan perbelanjaan pengguna di dalam pasaran domestik di Malaysia.

Kaedah penyelesaian

Di dalam dunia globalisasi pasaran bebas, nilai kuasa beli pengguna menentukan pembangunan dan kerancakkan ekonomi negara. Sesetengah negara mempunyai kadar pendapatan bulanan yang tinggi seperti Luxembourg tetapi mempunyai kuasa beli pengguna yang rendah. Negara kita antara beberapa negara yang mempunyai kadar pendapatan bulanan yang rendah tetapi mempunyai kuasa beli pengguna yang tinggi. Walau bagaimanapun trend seumpama mulai berubah dengan berlaku peningkatan daya saing yang tinggi dari negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand dan penduduk di negara jiran ini mula menggunakan kuasa beli yang ada pada mereka untuk menarik produk pasaran domestik Malaysia ke negara mereka secara haram.

Pengguna di Malaysia perlu digalakkan berbelanja dan menjadi kemestian untuk kerajaan menggalakkan perbelanjaan seumpama dengan menyediakan kehendak agregat (aggregate demand) yang selari dengan penambahan bilangan penduduk dalam negara serta selaras dengan perbelanjaan pengguna yang sentiasa meningkat. Jika kehendak agregat ini tidak dapat disediakan, maka inflasi akan berlaku dengan kadar yang tinggi dan tidak dapat dikawal serta masalah sorokkan barang-barang keperluan harian akan berlaku bertujuan untuk menaikkan harga barang tersebut lebih tinggi dari harga pasaran yang sepatutnya.

Di dalam sistem pasaran bebas, untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan bergerak ke hadapan, struktur pembekalan barang-barang keperluan harian ini perlu dikaji semula. Jika struktur sedia ada gagal untuk membekalkan barang-barang keperluan ini pada kadar atau kehendak serta keperluan semasa pengguna dalam masa yang sama pengeluar produk seumpama yang beroperasi di luar negara mampu untuk memberikan atau menyampaikan produk yang sama dengan kadar harga yang lebih rendah, maka semakan semula perlu dilakukan pada struktur tersebut. Malaysia ternyata sedang mengalami krisis identiti di dalam perubahan iklim ekonomi dunia.

Rakyat Malaysia perlu bertanyakan kepada mereka sendiri adakah mereka sudah bersedia untuk sistem ekonomi pasaran bebas yang memerlukan mereka berkorban dengan membayar lebih untuk mendapatkan keperluan harian mereka pada kualiti yang tinggi seperti penduduk negara-negara maju, dalam masa yang sama golongan peniaga perlu sedar keperluan untuk bersaing secara kompetitif. Kerajaan boleh membantu mengurangkan beban inflasi bukan lagi dengan cara orthodoks dengan memberikan subsidi secara terus dalam pelbagai bentuk subsidi bertujuan untuk mengurangkan harga barangan keperluan harian, kerana ini akan menambahkan lagi kesan buruk masalah inflasi yang sedang berlaku.

Page 17: Isu Kenaikan Harga Barang

Apa yang Kerajaan mampu lakukan adalah dengan membina kemudahan infrastruktur yang menggalakkan perbelanjaan pengguna dan membantu mobiliti penduduk seperti projek pembangunan jalan raya dan keretapi laju. Perbelanjaan pembangunan seperti ini akan menambahkan keyakinan pengguna domestik untuk terus berbelanja dan meningkatkan sumber pendapatan selari dengan peningkatan ekonomi dunia dan mengawal kesan inflasi yang meningkat dari hari ke hari

Kenaikan Harga Barangan

1.1 PENGENALAN

Barangan keperluan harian, merupakan barangan keperluan yang diperlukan oleh individu, keluarga, atau rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian mereka. Perkara ini melibatkan keperluan makanan, perkhidmatan, pengangkutan dan barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka setiap hari. Kerisauan dan keresahan pengguna tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung serta kegawatan ekonomi yang dialami masa kini kian mendalam. Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 102.2 dibandingkan dengan 99.4 pada bulan yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2010, IHP Mac 2011 mencatatkan kenaikan sebanyak 3.0 peratus daripada 99.4 kepada 102.4 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus. Banyak lagi index lain, kajian-kajian anekdot ahli media, pengumuman rasmi prestasi syarikat, dan juga data dari kerajaan menunjukkan bahawa keadaan yang gawat ini adalah benar dan rakyat sedang menderita setiap hari. Di dalam suasana ekonomi dunia yang berubah-ubah dan tidak menentu, golongan peniaga dan pengguna di seluruh dunia merasai kesan kemelesetan ekonomi global dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang sedang berlaku. Di tambah lagi dengan masalah pengurangan nilai mata wang dollar Amerika Syarikat yang berlaku dengan kadar yang cepat, ini menambahkan lagi masalah kenaikan harga barang apabila negara kita banyak mengimport barang-barang keperluan daripada negara-negara jiran menggunakan mata wang dollar.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi ini memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, minyak masak, dan tepung. Inflasi ini juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan menyorokkan produk keperluan harian di pasaran.

1.2 PASARAN PERSAINGAN TERBUKA YANG IDEAL DAN SEPATUTNYA

Keadaan berbeza dengan pasaran persaingan terbuka seperti yang kita harapkan dalam pasaran bebas kini yang bermaksud sebuah pasaran yang mempunyai ramai penjual dan pengguna dalam suatu pasaran yang homogen mengikut kehendak pasaran yang bebas dari perkara yang tidak sihat seperti

Page 18: Isu Kenaikan Harga Barang

monopoli, manipulasi dan sebagainya. Dalam ciri-ciri pasaran persaingan sempurna terdapat enam-enam cirinya iaitu:

Ramai penjual dan pembeli – terdapat bilangan yang banyak dalam kalangan pembeli dan penjual. Oleh itu, tindakan sebuah firma atau seseorang pembeli tidak dapat mempengaruhi pasaran.

Kebebasan keluar masuk – firma-firma dari mana-mana industri bebas keluar masuk dalam industri jika ia memberi keuntungan atau kerugian kepada firma-firma tersebut. Oleh sebab itu, semua firm hanya mampu memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

Keluaran yang homogen – keluaran yang dihasilkan oleh setiap firma dalam industri adalah sama jenis iaitu homogen. Keluaran firma-firma ini adalah merupakan pengganti sempurna antara satu sama lain. Pengiklanan tidak diperlukan kerana ia merupakan perbelanjaan untuk persaingan bukan harga.

Firma adalah penerima harga – firma tidak mempunyai kuasa mempengaruhi harga. Harga ditentukan melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran iaitu mekanisme harga.

Pengetahuan sempurna tentang pasaran – pembeli dan penjual mempunyai pengetahuan sempurna mengenai pasaran iaitu harga setiap barang dalam pasaran di pihak pembeli dan harga faktor pengeluaran di pihak penjual.

Faktor Mobiliti – semua faktor pengeluaran adalah bebas bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dan mudah digunakan serta faktor pengeluaran yang sama mempunyai kecekapan yang sama.

(Ismail & Hussin, 2009)

Keadaan yang berlaku sebaliknya dengan dasar monopoli harga, peranan pihak ketiga dan dasar perlindungan kerajaan telah menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna yang telah memberi masalah kepada rakyat yang terpaksa membayar lebih.

2.1 MASALAH KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA

Masalah kenaikan harga barangan pengguna dipengaruhi oleh banyak faktor. Keadaan ini mungkin timbul dari faktor dalaman itu sendiri, seperti cara perbelanjaan, permintaan yang lebih terhadap barangan luar negeri, tiada sumber mentah yang stabil dalam negara dan sebagainya. Keadaan ini juga

Page 19: Isu Kenaikan Harga Barang

disebabkan oleh masalah luaran seperti pengaruh pasaran global, masalah berkaitan dengan sumber tenaga dunia dan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil.

2.2 KENAIKAN HARGA MINYAK

Keadaan minyak dunia kini yang melambung tinggi berada pada paras USD 100 setong memberi kesan negatif kepada industri pengangkutan negara. Perkara ini yang menjadi keresahan dan kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga barangan keperluan asas. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka akan berlaku. Apa yang kita harapkan agar mereka tidak menaikkan harga tersebut sehingga membebankan pengguna. Wujud golongan oportunis yang akan meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini amat-amat diharapkan. Ketika harga minyak meningkat, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus.

Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat. Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi.

Umum mengetahui kadar kenaikan harga minyak mentah yang tinggi terpaksa ditanggung oleh semua lapisan peniaga dan pengguna di Malaysia berbanding pada tahun 80an dan 90an. Penggunaan sumber bahan api berasaskan petroleum masih lagi merupakan sumber tenaga yang efisien dan menjimatkan berbanding sumber tenaga alternatif yang ternyata lebih mahal untuk dibangunkan dan digunakan seperti sumber tenaga berasaskan bahan makanan dari jagung, minyak sawit dan sebagainya. Malah, penggunaan sumber tenaga alternatif seperti ini akan menambahkan lagi masalah inflasi dengan meningkatkan harga barang-barang makanan pada kadar yang terlampau tinggi dan tidak dapat ditampung oleh semua pihak (Ahmad Syah, 2008).

2.3 PASARAN BEBAS

Page 20: Isu Kenaikan Harga Barang

Kehendak ekonomi global kini lebih menekankan kepada pasaran bebas, ini bermakna negara kita terpaksa menerima kemasukan barangan asing tanpa ada sekatan dan pada masa yang sama juga barangan tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Kebaikannya kualiti dan harga produk yang ditawarkan akan lebih rendah mengikut harga tempatan.

Negara kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan memegang kepada prinsip keterbukaan pasaran dalam masa yang sama bertindak melindungi kepentingan sesetengah syarikat besar pengeluar barang-barang keperluan harian utama di Malaysia. Dasar melindungi kepentingan syarikat pengeluar makanan seumpama seperti di atas adalah pada asasnya untuk membantu syarikat pengeluar makanan seperti ini untuk membentuk harga pasaran yang lebih tinggi dari margin keuntungan perbandingan dengan perbelanjaan kos pengeluaran. Kaedah ini seterusnya boleh mendatangkan keuntungan terutamanya dalam aspek pengeluaran produk makanan dan pertanian yang tidak menguntungkan di dalam sistem ekonomi pasaran bebas.

Seterusnya dasar perlindungan dan ketergantungan kepada syarikat pengeluar bahan makanan utama ini adalah bagi memenuhi kehendak pengguna domestik sahaja dan keperluan masyarakat di dalam negara. Walaupun sistem pasaran bebas di kalangan pengeluar produk makanan dunia menawarkan harga yang lebih rendah dan kompetitif berbanding syarikat pengeluar makanan harian (gula, tepung, dan minyak masak) yang beroperasi secara domestik di Malaysia.

Ini menimbulkan masalah penyeludupan barang-barang perlu ke luar negara yang boleh dijual pada kadar yang lebih menguntungkan dan juga kekurangan barangan itu sendiri di dalam pasaran domestik apabila syarikat pengeluar ini mulai rugi dalam pengeluaran produk keperluan seumpama yang sebelum ini dipasarkan pada harga nominal sebagai memenuhi kehendak pengguna domestik dengan memegang kepada prinsip dan nilai tanggung jawab "national service". Keadaan ini menyebabkan harga subsidi yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat tidak sampai ke tangan mereka. Untuk mengatasinya kerajaan terpaksa mengurangkan harga subsidi atau menjalankan penguatkuasaan untuk mengatasinya.

Dari satu segi lain, kebergantungan rakyat Malaysia terhadap barangan import juga dilihat sebagai salah satu keburukan dalam ekonomi bebas. Antaranya kita mempunyai permintaan yang tinggi terhadap barang makanan import. Dalam tempoh lima tahun, data dari Kementerian Pertanian menunjukkan bahawa bilangan makanan import Malaysia mengalami pertambahan sebanyak 85% kepada RM21.5 bilion pada tahun 2007 dari RM11.6 billion pada tahun 2003. Senarai dalam kategori umum telah mencecah 35 jenis barangan, dan senarai spesifik merangkumi beratus jenis barang makanan dari pelbagai Negara.

Page 21: Isu Kenaikan Harga Barang

Dari tahun 2003-2007, import untuk bekalan susu dan hasil tenusu yang lain (selain keju dan mentega) telah meningkat sebanyak 100%, dari RM1.1 billion kepada RM2.2 billion. Permintaan untuk bekalan ikan pula mengalami kenaikan dari RM828 juta kepada RM1.2 billion (45%), gandum sebanyak 99% dari RM653 juta kepada hampir RM1.3 billion, manakala permintaan untuk bekalan daging lembu pula mengalami kenaikan sebanyak 69% dari RM439 juta kepada RM740 juta. Bekalan makanan yang mencukupi merupakan agenda utama kebanyakan negara membangun di rantau Asia, terutamanya bekalan beras ketika krisis bekalan makanan. Memandangkan situasi ini semakin memuncak, bekalan makanan negara kita akan menghadapi risiko. Ketergantungan kita kepada negara lain untuk bekalan makanan meletakkan negara kita dalam pergolakan harga pasaran dunia.

2.4 MONOPOLI SYARIKAT GERGASI

Dengan adanya sistem pasaran terbuka, syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Nestle, Monsanto, Krafts dan lain-lain telah mendominasi pasaran negara-negara membangun, dengan dasar monopoli ini mereka memaksa pengguna untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah atau kos pengangkutan, menyebabkan pengguna terpaksa membayarnya dan pada masa yang sama mereka mendapat keuntungan yang banyak dengan memanipulasi kenaikan harga barangan.

Syarikat multinasional yang menguasai rangkaian bekalan dan pemasaran dalam sektor makanan yang dilihat sebagai faktor penting yang menyumbang kepada kenaikan harga makanan. Sebagai contoh, Monsanto memiliki 60% daripada pasaran biji-bijian dunia. Nastle bersama pengusaha lain seperti Krafts dan general Food secara relatifnya menakluki pasaran makanan global. Apabila adanya kuasa pasaran seperti ini, penyerapan kos adalah dijangka minimum dan segala kos yang berlebihan akan disalurkan kepada pengguna melalui kenaikan harga. Memandangkan wujudnya kuasa monopoli oleh korporat gergasi seperti ini, dan kekurangan perundangan untuk memupuk persaingan adil di pasaran, secara amnya tiada sebarang cara yang dapat menghalang mereka daripada memanipulasikan harga untuk keuntungan yang berlipat ganda.

Seperti contoh, Nestle mengumumkan keuntungan tiga kali ganda pada suku keempat tahun 2008, dan sebabnya walaupun harga jualan telah meningkat, tiada penurunan pada kuantiti jualan. Ini menjelaskan mengapa tiada penurunan harga barangan makanan walaupun terdapat penurunan pada harga borong komoditi makanan (Zulkifli Mat, 2010). Keadaan ini memberi tekanan kepada pengguna, yang sepatutnya boleh mendapatkan harga yang rendah, kerana tiada peruntukan undang-undang yang jelas menyebabkan syarikat gergasi dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

2.5 PERANAN ORANG TENGAH

Page 22: Isu Kenaikan Harga Barang

Peranan orang tengah juga dilihat sebagai punca utama menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna, terutama barangan yang berkaitan dengan makanan. Peranan orang tengah yang dilihat cuba mengambil kesempatan dari kedua belah pihak pengguna dan peniaga, menyebabkan harga barangan pengguna terus meningkat. Mereka selalu berada dalam situasi yang menguntungkan kerana boleh mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak, iaitu pengeluar dan pengguna.

Kebanyakan menetap dan membeli barangan daripada petani dengan harga yang rendah dan menjual barangan yang sama dengan harga yang jauh lebih tinggi kepada peniaga dan pengguna. Mekanisme harga dan operasi kartel harus dikaji dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi penghalang kepada kemasukan pasaran tempatan dan mengurangkan persaingan. Keadaan ini tidak adil kepada pengguna, yang sepatutnya mereka, memperoleh barangan dengan harga yang murah. Kerana manipulasi pihak ketiga menyebabkan mereka terpaksa membayar harga yang mahal.

Keadaan ini menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih untuk memperoleh sesuatu barangan yang sepatutnya, mereka boleh memperoleh dengan harga yang murah. Keadaan ini menyebabkan harga sesuatu barangan akan sentiasa naik kerana telah dimanipulasikan oleh pihak ketiga iaitu orang tengah.

2.6 MASALAH KETIDAKTENTUAN CUACA DUNIA KINI

Masalah ada hubung kait dengan masalah pemanasan global dan ketidakseimbangan keadaan ekologi dunia, telah memberi kesan kepada keadaan cuaca yang seterusnya menyebabkan malapetaka telah berlaku.

Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Keadaan ini diburukkan lagi, bahan makanan tersebut merupakan makanan asasi rakyat negara ini seperti beras.

Page 23: Isu Kenaikan Harga Barang

Tanaman padi di Malaysia hanya mampu menampung keperluan sekitar 40% sahaja keperluan negara. Selebihnya pihak kerajaan melalui Syarikat Bernas akan mengimportnya dari negara luar, seperti Thailand, Kemboja, India untuk memenuhi keperluan negara. Masalah bencana alam, yang telah dialami oleh negara-negara berkenaan menyebabkan mereka memberhentikan atau mengurangkan eksport beras ke Malaysia. Menyebabkan berlaku kenaikan harga beras yang ketara di pasaran dunia dan memberi kesan kepada rakyat negara kita terutamanya dari segi kenaikan harga.

3.1 DAPATAN DARI ISU-ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA

Untuk mengetahui dengan lebih baik, kajian telah dilakukan untuk membuktikan isu-isu berkaitan di atas telah memberi impak kepada kenaikan harga barangan pengguna ataupun tidak.

3.2 KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA

Memang tidak dinafikan kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan seterusnya mempengaruhi harga barangan. Adakah kenaikan harga minyak merupakan faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna di Malaysia? Untuk membuktikannya kita boleh lihat perbandingan harga minyak di negara Asean dan harga barangan yang sama di negara berkenaan untuk menilai faktor kenaikan harga minyak kepada harga barangan tersebut.

Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara. Jika dibuat perbandingan harga gula di Malaysia RM 1.45 sen sekilogram dengan harga minyak petrol RM1.90 sen seliter dengan harga gula di Thailand RM1.84 sen sekilogram dengan harga minyak petrolnya RM3.91 sen seliter. Menunjukkan harga pengangkutan di Thailand dapat menawarkan harga yang lagi murah berbanding dengan harga di Malaysia. Keadaan ini jelas menunjukkan kenaikan harga minyak bukan faktor utama yang mempengaruhi harga barangan pengguna.

Kerajaan ini telah memberikan banyak subsidi bagi perkara yang berkaitan dengan barangan atau keperluan pengguna. Seperti subsidi diesel untuk nelayan, bot penumpang sungai, kenderaan darat dan juga gas. Bagi mengurangkan kenaikan kos sistem pengangkutan. Keadaan ini jelas, menunjukkan kenaikan bahan sebenarnya telah ditampung oleh pihak kerajaan melalui subsidi dan kenaikan harga barangan pengguna oleh sebab kenaikan tidak sepatutnya berlaku. Pengguna seharusnya mendapat menikmati seperti sebelum tanpa kenaikan harga baranga

3.3 FAKTOR PASARAN BEBAS

Dengan ada pasaran bebas seperti Asean Free Trade Area (AFTA), menyebabkan negara terpaksa membuka pasarannya kepada barangan negara Asean tanpa ada sekatan ataupun cukai. Namun pihak kerajaan masih lagi tidak membuka sepenuhnya ruangan bagi barangan negara luar untuk memasuki pasaran negara kita. Keadaan ini perlu, untuk memberi masa dan meningkat kualiti pengeluar dan produk tempatan supaya mampu bersaing.

Page 24: Isu Kenaikan Harga Barang

Jika tidak syarikat atau pengeluar produk tempatan akan gulung tikar kerana ketidakmampuan untuk bersaing dengan negara pengeluar pertanian yang maju seperti Thailand, Singapura dan negara jiran Asean seperti China, Taiwan dan Korea Selatan yang mempunyai kemampuan menawarkan produk yang berkualiti dengan harga yang lebih murah. Keadaan ini menyebabkan pengguna tiada pilihan untuk membeli barangan tersebut, walaupun harganya mahal seperti produk pertanian beras. Jika dibuat perbandingan harga beras Thailand dengan kualiti yang baik dapat dibeli murah melalui aktiviti penyeludupan di sempadan

Tetapi penduduk tempatan terpaksa membeli beras tempatan dengan harga yang mahal tetapi berkualiti rendah. Hal ini diakui oleh setiap negeri yang bersempadan dengan Thailand, di mana mereka lebih suka menggunakan beras Siam dari beras tempatan. Keadaan ini tidak menguntungkan pengguna, lebih-lebih lagi kerajaan hanya memberi kebenaran atau lesen tunggal untuk mengimport beras hanya kepada Syarikat Bernas sahaja untuk mengimport beras dan mereka yang mengawal harga bagi makanan rugi rakyat Malaysia. Monopoli ini tidak menguntungkan rakyat yang terpaksa membayar harga yang mahal.

Pada masa yang sama juga pasaran bebas memberikan kelebihan kepada rakyat untuk memilih barangan pengguna berdasarkan harga yang ditawarkan. Kesan globalisasi juga telah membawa kepada perubahan kepada cara perniagaan dijalankan pada hari ini. Jumlah perdagangan global makanan adalah amat besar dan terdapat peningkatan yang signifikan dalam kuantiti dan variasi makanan yang didagangkan. Malaysia sebagai ahli WTO terikat dengan beberapa perjanjian global, dan bawah perjanjian GATS, Malaysia terikat secara udang-undang untuk mengurangkan perlindungannya atas pasaran domestik. GATS bertujuan untuk mempromosikan perdagangan global dan mengalihkan halangan perdagangan dengan menggalakkan penswastaan. Pengalaman lepas mengesahkan bahawa penswastaan berkait langsung dengan peningkatan harga barangan. WTO juga memberi impak kepada pengguna dalam corak perbelanjaan dan kepenggunaan. Implikasi dari GATS juga telah menyebabkan pasaran menjadi lebih agresif dan bersaing tinggi.

Dari segi pasaran bebas, keadaan ini bergantung pada permasalahan tertentu. Seperti dasar perlindungan terhadap sesuatu barangan atau syarikat, dilihat tidak begitu menguntungkan pengguna. Mereka terpaksa mendapatkan barangan tertentu dengan kualiti yang tidak baik, tetapi terpaksa membayar harga yang mahal. Sebaliknya barangan yang baik pula boleh didapati, tetapi terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal kerana cukai yang dikenakan untuk melindungi barangan tempatan. Begitu juga monopoli pasaran oleh syarikat multinasional, yang mengenakan kos operasi mereka untuk ditanggung oleh pengguna, dilihat antara punca berlakunya kenaikan harga barang. Yang pasti dengan pasaran bebas juga pengguna mempunyai pilihan untuk membeli sesuatu barangan dan tidak bergantung hanya pada satu sumber. Perbandingan harga boleh dibuat, bermakna pengguna yang mengawal kenaikan harga barangan. Pada masa yang sama pengguna yang akan menilai tahap kualiti dan keperluan barangan dan bijak mengawal keperluan.

3.4 FAKTOR MONOPOLI

Page 25: Isu Kenaikan Harga Barang

Dari segi monopoli harga barangan oleh syarikat multinasional kerana pengaruh pasaran bebas seperti Nestle, Kraft, dan sebagainya, telah melihat penguasaan mereka dalam menentukan harga barangan pengguna. Sebagai contoh, kenaikan harga susu tepung yang dilihat naik secara mendadak, dari USD 2100 setan pada tahun 2009 kepada USD 3000 pada tahun 2010. Jika dilihat dari segi relatifnya walaupun ada kenaikan sebanyak USD 900 setan susu dalam masa setahun. Keadaan ini masih boleh diimbangi, kerana faktor permintaan dan keperluan juga naik secara mendadak sebanyak 30% dalam pasaran dunia kerana pasaran bebas telah dijalankan hampir separuh negara di dunia. Pasaran negara besar seperti China, Rusia dan bekas tanah jajahan telah memperlihatkan kadar permintaan semakin bertambah sehingga tidak mencukupi, menyebabkan kenaikan harga bahan mentah.

Apabila adanya kuasa pasaran seperti ini, penyerapan kos adalah dijangka minimum dan segala kos yang berlebihan akan disalurkan kepada pengguna melalui kenaikan harga. Memandangkan wujudnya kuasa monopoli oleh korporat gergasi seperti ini, dan kekurangan perundangan untuk memupuk persaingan adil di pasaran, secara amnya tiada sebarang cara yang dapat menghalang mereka daripada memanipulasikan harga untuk keuntungan yang berlipat ganda. Seperti contoh. Nestle mengumumkan keuntungan tiga kali ganda pada suku keempat tahun 2008, dan sebabnya ialah walaupun harga jualan telah meningkat, tiada penurunan pada kuantiti jualan. Ini menjelaskan mengapa tiada penurunan harga barangan makanan walaupun terdapat penurunan pada harga borong komoditi makanan (Zulkifli Mat, 2010).

Jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak dapat menolak jika pengeluar mahu menaikkan harga bahan itu kerana tidak dapat mengawal harga barangan import. Jika pihak kerajaan cuba menghalang pengilang menaikkan harga susu tepung tanpa lemak, mereka akan bertindak menghentikan pengeluaran kerana tidak mahu rugi berikutan kos penggunaan bahan mentah semakin mahal. Katanya, bahan import yang digunakan pengilang tidak dapat dikawal kementeriannya kerana mereka berhak menjual produk dihasilkan dengan harga mahal berikutan penggunaan bahan import. Jelasnya lagi, pengguna perlu bijak merancang perbelanjaan kerana pengilang memainkan peranan utama menentukan kenaikan harga sesuatu barangan katanya. (Tuty Haryanti, 2008).

3.5 PERANAN ORANG TENGAH

Keadaan ini antara faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna, terutama melibatkan barangan makanan mentah seperti sayur-sayuran, daging dan ikan. Harga sebenar seperti sayur-sayuran adalah rendah, tetapi harga ini telah dimanipulasikan oleh orang tengah yang kemudiannya menjual dengan harga yang mahal kepada pengguna dengan pelbagai alasan seperti susah didapati, kenaikan harga petrol, tanaman diserang penyakit dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya bagi para petani yang dibayar dengan harga yang rendah oleh orang tengah dengan alasan, produk mereka tidak berkualiti, harga yang ditawarkan rendah. Keadaan ini menyebabkan orang tengah dapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Golongan orang tengah ini dikenali dengan gelaran kartel, antara punca penyebab kenaikan harga barangan pengguna.

Page 26: Isu Kenaikan Harga Barang

3.6 FAKTOR CUACA DUNIA

Dengan perubahan iklim dunia yang mengancam pengeluaran hasil tani, kebanyakan negara membangun sedang mengurangkan eksport bahan makanan untuk memenuhi permintaan tempatan. Sebagai contoh, Vietnam sedang mengurangkan eksport beras kerana masalah banjir yang membawa kepada pengurangan jumlah beras yang dihasilkan. Musim kemarau yang berlarutan pula mengurangkan pengeluaran gandum. Mencapai keseimbangan dalam import dan eksport makanan adalah kritikal dan bersama dengan persaingan dalam pasaran, akan memastikan pengguna mendapat barangan berkualiti dengan harga berpatutan (Zukifli Mat, 2010). Bencana alam yang melanda India dan Bangladesh telah menyebabkan tempiasnya melanda negara kita. Januari 2011, harga bawang dari India melonjak naik 50% dari harga biasa, keadaan ini disebabkan pengeluaran yang rendah berikutan banjir yang melanda kawasan penanaman bawang di negeri Andhara Paresh dan Karnataka menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran sekarang iaitu, RM 6 sekilogram bagi bawang merah besar, RM 10 sekilogram bagi bawang merah kecil dan RM 12.50 bagi bawang merah ros. Dalam ini pihak kerajaan tidak mampu untuk mengawal kenaikan harga barangan import tersebut. Faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan kenaikan harga barangan pengguna.

4.1 UNTUK MENGATASI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA

Bagi mengatasi masalah kenaikan harga barangan pengguna, terdapat beberapa pendekatan yang melibatkan kedua belah pihak iaitu pihak pengguna sendiri dan seterusnya pihak kerajaan bagi memastikan harga barangan di pasaran berada dalam tahap sesuai atau rendah bagi menjamin keselesaan kehidupan. Melaluinya kedua belah pihak dapat memberi tumpuan dalam memajukan negara antara langkahnya ialah:

4.2 PERANAN PENGGUNA DALAM BERBELANJA

Pengguna pada masa ini harus menilai kembali perbelanjaan mereka harus tumpukan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. Aktiviti yang membazirkan seperti meminum arak, berjudi dan merokok seharusnya dihentikan, kerana ia bukan sahaja mahal tetapi juga membahayakan kesihatan. Bayangkan seseorang yang membeli tiket loteri sebanyak RM 30 seminggu, dalam setahun sudah membelanjakan sebanyak RM 1,560 yang boleh dijadikan simpanan ataupun untuk membiayai ansuran.

Merokok dan meminum arak merupakan kegiatan seharian yang amat merugikan. Lebih dari 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit yang disebabkan oleh aktiviti merokok atau meminum arak, dan banyak lagi yang menderita kerananya sama ada dari kerosakan hati, keganasan domestik, ataupun kemalangan disebabkan pemandu mabuk. Kajian MOH menunjukkan bahawa 12.2% dari populasi rakyat Malaysia yang dewasa meminum minuman beralkohol

Page 27: Isu Kenaikan Harga Barang

Satu contoh lagi adalah perbelanjaan atas telefon bimbit. Malaysia berada di tempat keenam pada tahun ini dalam jumlah pesanan ringkas(SMS) yang dihantar melonjak lebih dari 20% dari tahun lepas. Sejumlah 50 billion SMS telah dihantar oleh 23.3 juta pengguna. Berdasarkan MAXIS sahaja, pelanggannya menghantar lebih dari 100 juta SMS sehari dengan purata 13 SMS per individu. Caj yang dikenakan adalah biasanya dari 5sen sehingga 15sen, dan perbelanjaan untuk SMS sahaja boleh mencecah angka yang tinggi, dan ini tidak termasuk panggilan-panggilan yang dibuat. Selain itu juga ada ASTRO. Sehingga Julai 2008, terdapat 2.4 juta pelanggan kediaman, merangkumi 43% dan jumlah isi rumah.

Dengan kos bulanan untuk pakej termurah sebanyak lebih kurang RM40, dan kebanyakan pengguna membayar purata bil sebanyak RM100 sebulan. la sebenarnya perbelanjaan yang boleh dielakkan. Pengurangan dalam aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan sebegini membolehkan penjimatan yang ketara setiap bulan, dan wang nya boleh digunakan untuk membiayai keperluan asas harian (Zulkifli Mat, 2010).

4.3 MENUBUH SURUHANJAYA HARGA

Dengan penubuhan sebuah badan seperti Suruhanjaya Harga dapat membantu pihak kerajaan dalam mengawal harga barangan pengguna dengan harga yang sepatutnya tanpa ada manipulasi kerana mahu mengaut keuntungan yang berlebihan. Negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom sudah wujud badan khas yang mengawal harga barangan pengguna supaya tidak ada manipulasi harga yang menyebabkan kenaikan harga barangan tersebut.

Di negara membangun seperti Kenya dan Jamaica, ada badan kawal selia harga seperti Suruhanjaya Monopoli dan Harga serta Suruhanjaya Perniagaan Adil yang telah wujud lebih sedekad untuk memastikan perkhidmatan utiliti awam berada pada tahap yang berpatutan. Di Singapura, wujud Suruhanjaya Persaingan dan Akta Amalan Perniagaan Adil untuk memastikan harga dan mutu barangan serta perkhidmatan pengguna berpatutan

Dengan penubuhan Suruhanjaya Harga akan menggalakkan kecekapan ekonomi Malaysia serta melindungi kepentingan pengguna negara ini melalui kawalan ke atas amalan anti-saingan serta tindakan dominasi pasaran. Pada masa yang sama kebajikan rakyat akan terlaksana daripada kegiatan tidak baik dalam menaikkan harga barangan pengguna.

4.4 MEWUJUDKAN STOK PENIMBAL

Inisiatif menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan pula dilihat sebagai jalan keluar kepada krisis kekurangan bekalan barangan keperluan pengguna. Petrol dan minyak masak adalah antara barangan yang dikatakan akan dimasukkan dalam senarai Stok Penimbal Kebangsaan ini.

Secara umumnya, bekalan barangan keperluan harian bergantung kepada pengeluar atau pengimport. Bagi barangan yang diimport seperti tepung, sebahagian daripada sayur-sayuran dan hasil tangkapan laut, bekalan tempatan sudah pasti terjejas apabila berlaku masalah di negara sumber.

Page 28: Isu Kenaikan Harga Barang

Dengan adanya stok penimbal ini, apabila berlaku kekurangan, kerajaan dapat mengeluarkan bekalan daripada stok penimbal bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Ini dapat menstabilkan harga dengan menyenaraikan barangan yang perlu dimasukkan ke dalam stok penimbal adalah barang keperluan asas dan kegunaan harian antaranya tepung, gula, minyak masak, beras, garam, ayam dan daging.

4.5 PERANAN AGENSI YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG PERTANIAN

Sebagai sebuah negara membangun Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk membangunkan bidang pertanian, dalam memberikan pulangan yang baik kepada rakyat, terutama dari segi penurunan harga barangan makanan. Dengan kemudahan teknologi kita dapat mengurangkan ketergantungan kepada makanan luar. Galakkan kempen untuk buah-buahan tempatan seperti rambutan durian, jambu dan sebagainya dapat mengurangkan ketergantungan terhadap import buah-buahan luar.

Mengusahakan kembali tanah terbiar, untuk tujuan penanaman makanan, itu dengan sendirinya dapat memberi pulangan yang baik dan pada masa yang sama keperluan pertanian makanan tersebut dapat menampung pasaran tempatan. Dengan sendirinya harga barangan tersebut akan rendah.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih kurang 200 kelab golf dan jumlah hektar tanah yang sudah digunakan berjumlah 13,090 hektar. Kita dikurniakan dengan iklim tropika dan tanah yang subur, namun terdapat banyak lagi tanah terbiar yang belum diusahakan. FELDA memiliki 20,000 hektar tanah terbiar yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit, dan adalah wajar ia diusahakan untuk tanaman makanan (Zulkifli Mat, 2010).

4.6 PERLU ADA MAKLUMAT

Pihak kerajaan melalui Kementerian Koperasi Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengambil langkah pro aktif dalam memberikan maklumat mengenai kenaikan harga barang. Pada masa yang sama agensi minat bertindak sebagai sebuah badan dalam mengawal kemasukan barangan makanan dan keperluan harga yang ditawarkan itu, supaya pengguna akan dilindungi. Pada masa yang sama memberi maklumat awal kepada pengguna mengenai masalah yang bakal dihadapi dan mereka lebih awal akan bersedia menghadapinya secara berhemah. Melalui maklumat itu juga pengguna mungkin mempunyai alternatif lain, untuk digunakan bagi mengatasi kekurangan mereka

5.0 KESIMPULAN

Dengan mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani kenaikan harga barangan supaya pihak hendaklah bersatu, ini penting dengan mengambil langkah-langkah yang dijelaskan di atas, pengguna dan kerajaan dapat bersama-sama mengatasi masalah kenaikan harga terutama melibatkan barangan import. Juga pada masa yang sama peranan pengguna sendiri juga penting dalam ketergantungan

Page 29: Isu Kenaikan Harga Barang

kepada barangan import yang telah menyebabkan kenaikan harga kerana lebihan permintaan. Peranan pihak kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat akan lebih terjamin

Langkah-langkah menangani masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan SOALAN 1

SOALAN 1

Pengguna-pengguna hari ini berhadapan dengan pelbagai masalah yang membebankan mereka dan keluarga. Antara masalahnya ialah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran. Masalah ini, jika gagal ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai masalah yang serius terhadap masyarakat dan negara.

Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini supaya tidak terus berlarutan dan menjadi semakin serius.

Mutakhir ini, kita sering dikejutkan dengan isu kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran. Isu-isu tersebut seakan-akan tidak pernah engsot dari bibir masyarakat, bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Selari dengan kegawatan ekonomi, masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran bukan sahaja merunsingkan masyarakat malahan membebankan rakyat jelata. Bayangkan betapa susahnya kehidupan rakyat apabila dihimpit dua masalah serentak. Walau bagaimanapun, pelbagai mekanisme dapat diaplikasikan untuk menangani permasalahan ini. Persoalannya, bagaimanakah cara terbaik menangani masalah yang menjadi duri dalam daging kepada masyarakat kita hari ini?

Pada hemat saya, kerajaan memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran. Langkah pemantauan harga barangan dan penetapan harga siling harus dilaksanakan secara istiqamah dan berkesan. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan tiada peniaga yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan yang paling penting adalah dengan menetapkan harga barangan pada kadar yang ditentukan oleh pihak kementerian berkenaan seperti harga gula RM2.20 sekilogram. Tidak terkecuali, kerajaan juga harus menguatkuasakan undang-undang tertentu atau memperketat undang-undang yang sedia ada. Kita sememangnya difahamkan bahawa undang-undang yang luwes tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, seperti hukuman penjara, denda yang setimpal atau lesen perniagaan ditarik balik, barulah peniaga-peniaga akan sentiasa berwaspada dan berasa serik untuk menaikkan harga barangan atau menyorokkan bekalan makanan sesuka hati. Dalam konteks yang sama, kerajaan juga harus memperkasa peranan Tribunal Tuntutan Pengguna serta

Page 30: Isu Kenaikan Harga Barang

melindungi hak pengguna dari semasa ke semasa, tanpa mengira apa-apa cara sekalipun. Tindakan pantas terhadap laporan kenaikan harga barangan sesuka hati atau kekurangan bekalan makanan di pasaran haruslah diambil supaya kebajikan dan hak rakyat sebagai pengguna dipelihara. Bukan itu sahaja, kerajaan juga bertanggungjawab menggiatkan aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta aktiviti pertanian. Hal ini bertujuan memastikan rakyat mendapat bekalan makanan yang berterusan. Sementelahan itu, kerjaaan perlu meningkatkan import makanan sekiranya masih berlakunya kekurangan seperti bekalan gula dan beras. Untuk menjayakan usaha ini, Taman Kekal Pengeluaran Makanan boleh diwujudkan dan kerajaan juga wajib meningkatkan teknologi pertanian seperti penggunaan mesin, pengusahaan tanah pertanian pada skala besar, menggiatkan tanaman aeroponik, hidroponik atau organik bagi mempercepat dan memperbanyak hasil pertanian yang menyumbang kepada kelangsungan bekalan makanan. Jelasnya, peranan kerajaan amat penting dalam menangani masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran.

Selain itu, tidak dinafikan bahawa media massa juga memainkan peranan yang dominan dalam menangani masalah ini. Berperanan sebagai saluran informasi terkini, media massa haruslah mendedahkan isu kenaikan harga barangan serta masalah kekurangan bekalan makanan di pasaran kepada masyarakat. Informasi atau berita tersebut boleh disampaikan menerusi kaca televisyen, iklan, surat khabar, majalah mahupun internet dan sebagainya. Dengan itu, masyarakat akan membuat persediaan awal dalam menghadapi kemelut tersebut. Senarai barangan kawalan juga harus didedahkan kepada masyarakat untuk pengetahuan pengguna, terutamanya semasa hari perayaan. Misalnya, barang-barang yang disenaraikan sebagai barang kawalan adalah seperti daging ayam, gula, telur ayam, tepung dan sebagainya. Implikasinya, masyarakat akan menjadi lebih berpengetahuan dan mampu menjadi pengguna yang bijak serta tidak mudah diperdaya oleh peniaga. Sekiranya berlaku perubahan atau pindaan dalam senarai barang kawalan, maka maklumat tersebut perlu diumumkan supaya hak pengguna tidak tergugat. Kempen-kempen yang efektif juga tidak boleh dikesampingkan misalnya, media massa boleh menggiatkan serta menggerakkan kempen berjimat cermat, kempen pertanian sebagai perniagaan dan sebagainya. Hal ini akan dapat melatih masyarakat agar sentiasa bersedia dan tidak panik ketika masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran berlaku. Kempen pertanian sebagai perniagaan juga akan dapat merangsangkan minat golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang pertanian atau menerimanya sebagai kerjaya. Hal ini demikian kerana dengan bertani, kita juga boleh mengaut keuntungan jika dilakukan secara gigih dan merupakan salah satu profesion yang dapat menjamin peningkatan ekonomi. Sekiranya sektor pertanian digiatkan, nescaya bekalan makanan di pasaran akan meningkat. Izharnya, kita sedia maklum betapa pentingnya peranan media massa dalam menangani masalah-masalah ini.

Sementelahan itu, peranan individu dan masyarakat juga tidak boleh diabaikan. Peranan dan kerjasama mereka amat signifikan untuk menangani masalah-masalah ini. Mereka harus faham akan kebaikan amalan bijak berbelanja dan mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan. Segala perbelanjaan yang tidak diperlukan haruslah dikurangkan bagi mengelakkan pemborosan dan pembaziran. Apabila melakukan pembelian atau semasa membeli-belah, masyarakat haruslah menyenaraikan barang yang hendak dibeli dan tidak membeli barangan secara berlebihan. Tindakan bijak ini membolehkan pengguna membeli barangan yang diperlukan sahaja dan dapat mengelakkan

Page 31: Isu Kenaikan Harga Barang

perbelanjaan boros, bak kata pepatah, sambil berdiang, nasi masak. Tambahan pula, masyarakat juga harus mengetahui hak-hak sebagai pengguna. Mereka harus memastikan barangan yang dibeli berkualiti dengan harga yang berpatutan supaya tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga. Kalau mendapati peniaga yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, maka kita sebagai mata dan telinga pihak kerajaan harus segera melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan tegas seperti penggantungan lesen, penyitaan premis perniagaan mahupun hukuman penjara boleh dijatuhkan jika didapati bersalah. Sebagai pengguna, kita berhak menggunakan kuasa untuk memboikot barangan, peniaga mahupun kedai yang berkaitan apabila berlaku ketidakadilan ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab peniaga. Masyarakat juga dinasihati supaya mengelak pembelian panik kerana tindakan sebegini hanya akan menyebabkan stok barangan seperti minyak masak atau gula berkurangan di pasaran. Keadaan inilah biasanya diambil kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan, bak kata pepatah, menangguk di air keruh. Oleh itu, sebagai tulang belakang negara, kita juga digalakkan melibatkan diri dalam sektor pertanian. Kita seharusnya percaya bahawa segala keringat dalam menjana hasil pertanian adalah penting untuk membanteras kekurangan bekalan makanan di pasaran.

Tidak kurang pula, peranan peniaga-peniaga dalam mematuhi peraturan dan undang-undang. Segala urusan perniagaan haruslah dijalankan mengikut piawaian perniagaan dan bukan secara sesuka hati. Paling penting peniaga-peniaga juga tidak harus mengabaikan kepentingan orang lain. Misalnya, bersikap individualistik dan hanya mementingkan keuntungan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila telah tersemai nilai-nilai murni dalam diri dan mengamalkan etika perniagaan yang jujur dan adil, maka peniaga tidak akan menyorok barangan mahupun menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Lantaran itu, segala kebajikan dan hak pengguna akan dapat dipenuhi dan dijaga. Pengusaha dalam sektor pertanian juga harus bersikap inovatif, terutamanya dalam meningkatkan pengeluaran bekalan makanan. Penyelidikan dan pembangunan atau R&D untuk meningkatkan hasil keluaran haruslah dijalankan kerana kaedah ini merupakan suatu mekanisme untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan. Kaedah ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan hasil keluaran malah, kualiti produk yang dihasilkan juga akan lebih baik. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab peniaga dan pengusaha sektor pertanian penting dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di negara ini.

Akhirulkalam, memandangkan kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan di pasaran mencetuskan banyak masalah kepada masyarakat, pelbagai pihak haruslah menggembleng kudrat untuk menangani masalah ini, bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam menangani masalah tersebut hingga ke akar umbi.

78 markah

Page 32: Isu Kenaikan Harga Barang

MEMAHAMI REALITI KENAIKAN HARGA BARANG

Hakikat bahawa harga barang naik memang ada kebenarannya. Kenaikan harga barang menyebabkan berlakunya kenaikan kos sara hidup. Ramai yang menyalahkan kerajaan terutamanya pembangkang. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka. Demikian juga sikap sesetengah pengendali media sosial yang sengaja membesar-besarkan isu ini secara berlebihan tanpa melihat faktor-faktor lain berdasarkan sudut pandang ilmu ekonomi.

Pembangkang menuduh kenaikan harga barang adalah disebabkan rasionalisasi subsidi, penghapusan subsidi gula dan kenaikan takrif elektrik. Walaupun kita tidak menafikan faktor terbabit sedikit sebanyak memberi kesan tetapi kesannya terhadap kenaikan harga barang adalah terlalu minima. Justeru, kita harus melihat isu kenaikan harga barang dari pelbagai sudut ekonomi termasuk kaitannya dengan ekonomi global.

Mereka yang bersikap rasional akan berlaku adil dalam soal kenaikan harga barang ini. Negara kita bukan berada di luar lingkungan ekonomi dunia. Kita adalah negara yang berada dalam kitaran ekonomi global dunia. Justeru, apa juga yang berlaku pada ekonomi dunia maka kita tetap merasainya.

Ketika ekonomi dunia berkembang secara positif maka kita akan merasai kesan kemakmuran ekonomi. Sebaliknya ketika ekonomi dunia bermasalah maka kesan negatifnya tetap dirasai.

Ada beberapa punca yang menyumbang kepada kenaikan harga barang hari ini. Antaranya berlaku situasi di mana pengeluaran barangan keperluan terhad tidak dapat menampung keperluan pengguna. Contohnya, hasil tangkapan ikan yang terhad dalam musim tengkujuh menyebabkan harga ikan menjadi mahal untuk beberapa bulan.

Demikian juga harga sayur-sayuran boleh menjadi mahal disebabkan faktor cuaca. Namun, harga barangan seperti ini akan kembali turun dan stabil apabila keadaan cuaca kembali normal.

Permintaan mendadak pada musim perayaan utama juga boleh menyebabkan harga sesuatu barang keperluan naik. Dalam musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas permintaan ke atas barang tertentu akan meningkat kerana pengguna memerlukan lebih banyak barang keperluan pada musim perayaan. Ini boleh menyebabkan berlakunya kekurangan barang dan mempengaruhi kenaikan harga barang.

Page 33: Isu Kenaikan Harga Barang

Namun, dalam perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini kerajaan berjaya mengawal kenaikan harga barang yang diperlukan oleh masyarakat Cina.

Sayugia diingat bahawa sistem ekonomi Malaysia adalah sistem ekonomi pasaran bebas yang lebih hampir kepada sistem ekonomi campuran (Kapitalis dan pasaran bebas). Dalam konteks ekonomi bebas, pengaruh pasaran memainkan peranan penting dalam penentuan harga. Namun, kerajaan masih mempunyai kuasa kawalan dalam aspek tertentu. Antaranya memastikan bekalan barang barang keperluan mencukupi dengan harga berpatutan.

Isu dalam yang sering berbangkit ialah sikap segelintir peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata (tamak haloba) yang bertindak memanipulasi dan menaikkan harga barang adalah antara punca kenaikan harga barang. Golongan peniaga ini adalah kelompok peniaga yang tidak beretika dalam perniagaan.

Peniaga yang tamak haloba ini adalah peniaga yang tidak berperikemanusiaan dan bertimbang rasa terhadap kesusahan rakyat. Golongan terbabit bukan sahaja tidak menghiraukan Rukuniaga Malaysia dan Kod Etika Amalan Perniagaan (KEAP) yang telah diperkenalkan oleh Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) tetapi juga tidak menghiraukan akta-akta berkaitan perniagaan di negara ini.

Kita bimbang mungkin ada agenda politik di sebalik kerakusan mereka menaikkan harga barang. Apa pun, kerajaan tidak berpeluk tubuh dalam isu kenaikan harga barang. Pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengawal situasi termasuk melaksanakan penguatkuasaan yang tegas.

Melalui bahagian penguatkuasa KPDNKK kerajaan berusaha nmmastikan bekalan barang keperluan mencukupi dengan harga berpatutan. Sejak Julai 2013 bahagian penguatkuasa KPDNKK telah menggerakkan operasi bagi menangani kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan dalam pasaran.

Sepanjang tempoh 6 Julai sehingga 31 Disember 2013 jumlah pemeriksaan yang dijalankan ialah sebanyak 484, 506 dan jumlah tindakan kes ialah sebanyak 3, 776. Selain itu, jumlah rampasan bernilai RM1, 101,268.56 dan nilai kompaun pula sebanyak RM340,880.

Pada tahun 2014, bermula 1 Januari sehingga kini Bahagian Penguatkuasa KPDNKK telah menggerakkan operasi yang sama bagi menangani kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan yang tidak berpatutan. Penekanan bagi Ops kali ini adalah kepada tindakan terhadap kegiatan pencatutan (profiteering) oleh peniaga. Pengguatkuasaan secara tindakan tegas dilaksanakan dalam Ops ini dengan mengeluarkan notis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011.

Selain itu kerajaan turut melaksanakan beberapa langkah bagi mengatasi isu kenaikan harga barang seperti berikut:- • Penubuhan Jawatankuasa Khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan 2014.• Tindakan pendakwaan di mahkamah terhadap peniaga dan syarikat yang gagal mematuhi peraturan yang diperuntukkan.

Page 34: Isu Kenaikan Harga Barang

• Menjalankan kerjasama dengan pihak pembekal dan NGO serta agensi kerajaan lain yang ada kaitan dengan usaha ini. • Mengambil tindakan tegas melalui Akta Persaingan 2010.

Cadangan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada mana-mana pasaraya atau peniaga yang menawarkan harga berpatutan seperti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin harus dilaksanakan segera. Mana-mana peniaga yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang berkaitan perniagaan mesti dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Penulis mencadangkan nama kedai atau syarikat mereka yang melakukan kesalahan serius mesti dipaparkan di media massa sebagai peniaga yang tidak beretika.

Usaha kerajaan untuk mengawal harga barang dan meminimumkan kesannya sepatutnya disokong oleh semua pihak termasuk pembangkang. Adalah tidak wajar kita mengambil sikap yang boleh memburukkan lagi keadaan. Keadaan kita tidaklah seburuk beberapa negara lain di mana kos sara hidupnya lebih tinggi daripada kita.

Sentiasa amalkan pesanan Rasulullah SAW seperti maksud hadis diriwayatkan Abu Hurairah, “Lihatlah orang yang lebih rendah (juga lebih susah) daripada kamu dan janganlah melihat yang lebih atas darimu. Demikian itu lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat-nikmat Allah kepadamu”.

Sayugia diingat bahawa walaupun kerajaan mempunyai agensi penguatkuasaan, namun tanpa kerjasama pengguna maka isu kenaikan harga barangan sukar diatasi. Pengguna jangan asyik menunding jari kepada agensi kerajaan semata-mata.

Pengguna hendaklah bertindak dengan menggunakan “kuasa pengguna”. Antaranya memilih kedai yang menawarkan harga berpatutan, memboikot barang yang terlalu mahal dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Selain itu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah perlu lebih bijak mengurus pendapatan serta mengelakkan hutang. Mereka juga perlu kreatif dalam menambahkan pendapatan secara halal sama ada halal dari segi agama mahupun halal dari segi undang-undang.

Sesungguhnya Nabi pernah ditanya tentang pekerjaan yang baik. Baginda menjawab, “Pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang baik”.

Mungkin perniagaan atas talian (on line) adalah cara yang boleh dipraktikkan. Pendapatan yang diperoleh melalui perniagaan cara ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup. Jika bernasib baik ia boleh membawa keuntungan yang besar kepada peniaga terbabit.

Satu lagi kaedah ialah melalui jualan car boot sales yang juga boleh memberikan pendapatan tambahan kepada mereka yang mahu berusaha menambah pendapatan.

Page 35: Isu Kenaikan Harga Barang

Untuk jangka masa panjang kerajaan wajar melaksanakan beberapa langkah yang dapat membantu mengawal kenaikan harga barang. Langkah menghapuskan monopoli dalam perniagaan adalah satu pendekatan berkesan dalam menangani isu kenaikan harga barang.

Dalam pasaran sering wujud satu pihak memonopoli sesuatu barang menyebabkan mereka berkuasa menaikkan harga barangan sesuka hati walaupun barang terbabit tersenarai sebagai harga kawalan.

Usaha meningkatkan peranan koperasi secara berkesan dan menyeluruh adalah satu lagi cara terbaik dalam mengawal harga barang terutama barang keperluan harian seperti makanan pada harga yang berpatutan. Tidak ada maknanya jika kita mempunyai begitu banyak koperasi tetapi tidak berupaya membantu menangani isu penting yang dihadapi rakyat ini.

Kita tidak mahu koperasi di negara ini lebih dikenali sebagai pemberi pinjaman dan bukannya berperanan aktif dalam rantaian bekalan. Justeru, kementerian dan agensi berkaitan harus berbuat sesuatu bagi menjadikan koperasi di negara ini berperanan lebih aktif dalam membekalkan makanan dan barangan keperluan. Cara ini juga dapat memecahkan monopoli oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga harus mempunyai strategi jangka panjang dalam isu pembekalan barang makanan. Transformasi dalam bidang pertanian dan penternakan seperti yang dirancang kerajaan mesti benar-benar dilaksanakan supaya negara mengeluarkan hasil makanan secara besar-besaran.Ini penting supaya harga bahan makanan dari pertanian dan penternakan menjadi lebih murah dan sekali gus dapat menjamin dasar ‘food security’ negara.

Pengeluaran hasil pertanian termasuk memajukan sektor perikanan secara besar-besaran menjadikan negara tidak terlalu bergantung kepada negara luar. Usaha ini juga akan dapat menstabilkan harga makanan serta dapat mengurangkan kemerosotan mata wang negara kesan daripada terlalu banyak mengimport barang dari luar.________________________________________________________

Page 36: Isu Kenaikan Harga Barang

Bendung kenaikan harga barangan

Oleh NG LUM YONG

PENULIS ialah Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia

Masyarakat pengguna perlu berjimat dan berhemat di pasar dalam musim kenaikan harga barangan. - Gambar hiasan

Kenaikan harga barang kembali melanda Malaysia. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti pekerja biasa dan golongan bawah, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, "ingat sebelum kena, jimat sebelum habis."

Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang. Antaranya masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.

Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus daripada harga sebelumnya.

Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup-cukup makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga.

Page 37: Isu Kenaikan Harga Barang

Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna.

Selain itu, terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini membawa kesan negatif kepada sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara.

Peranan penting orang tengah dalam rangkaian makanan yang mana mereka menentukan harga dan bekalan barang makanan yang dijual di pasaran. Orang tengah berada dalam kedudukan selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada pihak pengeluar dan pihak pengguna.

Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi.

Hal ini melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Keadaan yang meruncing dan mendadak akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan.

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini.

Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Kos perkhidmatan yang membebankan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini.

Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan.

Bagi mengurangkan bebanan ini, peniaga terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

Peningkatan harga minyak 10% tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran.

Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir yang diangkut. Kerajaan boleh campur tangan dengan

Page 38: Isu Kenaikan Harga Barang

mengumumkan Dasar Kawalan Harga barangan tetapi dari segi ekonomi, dasar campur tangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan.

Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan penggunaan minyak terus meningkat. Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut.

Jika mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan negara lain sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Contohnya, sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap. Oleh itu, kenaikan harga barang memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa beli masyarakat.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini. Langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan pengguna.

Hal ini berlaku demikian kerana melalui kempen atau mesej awam, kerajaan boleh menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat bagi mendatangkan hasil.

Kempen tersebut boleh dijalankan melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio dan juga media cetak. Di samping itu, kempen tersebut juga sekurang-kurangnya diharap dapat memberikan kesedaran kepada para pengguna. Dengan cara itu, kesan kenaikan harga barang akan dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam kalangan pengguna.

Masyarakat yang juga merupakan pengguna digalakkan untuk menanam sayur-sayuran bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau.

Dengan cara ini, para pengguna tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar setiap hari. Contohnya, masyarakat boleh menanam sayur-sayuran yang mudah ditanam di belakang rumah ataupun di dalam pasu seperti cili, kangkung, sawi, kunyit, serai, tomato dan sebagainya. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran.

Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.

Selain itu, cara ini juga boleh menjimatkan masa untuk membeli sayur-sayuran di pasar.

Pihak kerajaan hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

Page 39: Isu Kenaikan Harga Barang

Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat.

Contohnya, mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kenaikan harga barang.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara.

Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan membendung masalah kenaikan harga barangan keperluan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya masalah kenaikan harga barang dapat dikurangkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140102/re_02/Bendung-kenaikan-harga-barangan#ixzz2ySk5CC2B

Barang Naik Harga, Rakyat Tanggung Bahana…

Kalau Menteri BN kata kekal, maknanya akan naik!

Isu berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang berkaitan langsung

dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian mereka.

Sebagai pengguna yang berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung,

rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun

luka. Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi,

malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.

Tanpa bermaksud untuk mengagungkan negara jiran itu tetapi sekadar menjawab hujah pemimpin

Umno/BN yang gemar menjadikan perbandingan kos hidup negara di seberang Tambak Johor itu

sebagai antara jawapan untuk menutup mulut rakyat setiap kali kenaikan harga barang berlaku di

samping alasan lapuk, rasionalisasi subsidi.

Memanglah secara bandingannya, harga barangan di Malaysia masih murah dibandingkan dengan

Singapura, tetapi perlu dibandingkan juga jurang perbezaan pendapatan bulanan rakyat negara kita

Page 40: Isu Kenaikan Harga Barang

berbanding dengan rakyat negara jiran di selatan kita dengan contoh, gaji seorang guru secara

puratanya mencecah 6,000 SGD (RM24,000) sebulan! Gaji pokok seorang kerani biasa di Singapura

mencecah 1,000 SGD (RM2,400) sebulan belum lagi dicampur elaunnya, berbanding gaji pokok seorang

kerani biasa di Malaysia sekitar RM900 sebulan. Dicampur pelbagai elaun, dapatlah sekitar

RM1,400 sebulan.

Apatah lagi kalau dikemukakan hujah bahawa negara kita adalah negara pengeluar yang kaya dengan

pelbagai hasil bumi dan sumber asli. Ironinya, keperluan yang sering tiada di pasaran atau harganya

sentiasa dalam trend meningkat adalah produk keluaran bumi ibu pertiwi. Bagaikan ibarat… Datuk,

nenek kita… pohon durian dan rambutan keliling rumah, tetapi anak cucu nak makan pun susah, kalau

nak, terpaksalah kena bayar dengan harga mahal. Pelik bukan?

Keterlaluankah perumpamaan ini? Tentu sekali tidak! Perhatikan pohon-pohon kelapa sawit yang

menghijau subur bukan hanya setakat di ladang-ladang besar, malah sekarang ini telah memenuhi

segenap ceruk kampung tetapi minyak masak sawit sukar didapati dipasaran, yang ada hanyalah minyak

jagung dan minyak bunga matahari dengan harga yang berlipat ganda. Aneh sekali.

Impak kenaikan harga barangan dan kos hidup

Purata kenaikan gaji rakyat Malaysia 2.5% setahun tetapi kenaikan harga barang-barang keperluan

adalah sebanyak 8.5% setahun. Kenaikan harga barangan keperluan yang sangat tidak seimbang dengan

peningkatan pendapatan rakyat tentunya membawa kesan negatif yang berpanjangan kepada sosio-

ekonomi rakyat. Natijahnya, bila barang naik harga, jatuhlah air mata rakyat…

Perhatikan senario seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka perlu

mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran

bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja

keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil lektrik dan air juga gas

memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman

trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan emosi yang mampu menggugat

keharmonian kehidupan. Apatah lagi kalau hidup di bandar dengan setiap keperluan perlu dibeli.

Situasi yang sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana seorang bapa

terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika anak-anak belum lagi

terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat malam apabila anak-anak telah lena dibuai

mimpi.

Page 41: Isu Kenaikan Harga Barang

Ketiadaan masa berkualiti bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih

sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi anak-anak yang sarat

dengan gejala sosial. Apatah lagi untuk meluangkan masa dengan masyarakat dan persekitaran.

Tekanan hidup yang dibantu oleh faktor nipisnya iman di dada juga boleh mengundang pecah amanah,

penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi perlakuan yang menyalahi syariat dan undang-undang.

Bermakna, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya

dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif lektrik

dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan

seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara

Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak

diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.Kita yang belum maju tetapi bercita-cita untuk

maju pula sebaliknya, bila negara tak ada duit, rakyat yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk

sedangkan pemimpin bermewahan. Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga

barangan itu dan ini, yang ada hanyalah pelarasan subsidi!

Bagaimana kenaikan harga barangan boleh berlaku?

Pengeluaran yang banyak tetapi tidak dapat menampung permintaan pengguna.Negara kita kaya

dengan kesuburan tanah dan sumber asli, tetapi kerajaan gagal memanfaatkannya secara optimun, baik

dalam sektor pertanian mahu pun pengeluaran sehingga keperluan rakyat gagal dipenuhi.

Antaranya, krisis ketiadaan bekalan minyak masak telah menjadi fenomena rutin yang telahberulang

entah untuk kali yang ke berapa walaupun Malaysiamemegang status sebagai negara pengeluar minyak

sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak ini menimbulkan pelbagai

persoalan.Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar yang menjadi puncanya atau

siapakah yang menjadi dalang dengan bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang

tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung

kesukaran?

Bekalan gula juga pernah mengalami nasib sama sehingga Idris Jusoh pernah menjual gula dihadapan

Wisma Darul Iman ketika menduduki kerusi MB Terengganu dulu. Dalam tempoh kurang setahun,

kerajaan telah menikkan harga gula sebanyak 3 kali.  Tanggal 16 Julai 2010, Kerajaan UMNO-BN

Page 42: Isu Kenaikan Harga Barang

mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen/kilo. Pada 4 Disember 2010, Kerajaan

mengumumkan lagi kenaikan harga gula sebanyak 20 sen/kilo. Kira- kira 6 bulan kemudian pada 9 Mei

2011, diumumkan  sekali lagi kenaikan harga gula sebanyak 20 sen/kilo. Semuanya atas alasan

rasionalisasi subsidi.

Umum mengetahui bahawa Malaysia antara pengeluar gula utama dunia. Pengeluaran gula di Malaysia

dikuasai 4 kilang iaitu; Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd atau dikenali sebagai Gula Prai, Central

Sugar Refinery Sdn. Bhd, Gula Padang Terap Berhad dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd.

Kalau bukan pengeluar utama gula, manakan mungkin Raja Gula Malaysia, Robert Kuok Hock Nien

boleh menyandang gelaran manusia terkaya di atas muka bumi Malaysia dan di Asia Tenggara untuk

beberapa tahun berturut-turut. Pemimpin negara jangan berlagak seperti Pak Pandir dengan

mengeluarkan kenyataan, bila gula naik harga, ianya bagus untuk gaya hidup sihat rakyat Malaysia dan

menurunkan kadar diabetes.

Kenaikan harga minyak dan kesannya terhadap kenaikan harga barangan

Kenaikan harga minyak memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran bermula dari ladang

atau kilang hinggalah sampai ke tangan pengguna. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan

dan perkhidmatan sehingga membebankan pengguna akan berlaku, sekalipun berulang kali kerajaan

memberikan jaminan bahawa, walaupun harga minyak dinaikkan, tidak akan berlaku kenaikan harga

barangan keperluan.

Minyak dan gas asli adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apasahaja yang berlaku kepada

pasaran dan pengeluaran sumber asli ini akan memberi kesan kepada seluruh negara dan masyarakat

dunia. Inilah yang disebut ‘magnet tarikan ekonomi berasaskan

petroleum’. Kenaikannya akanmenyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran, pengangkutan serta

pemasaran baik di pihak pengilang, pertanian, pemborong, peniaga-peniaga dan begitulah seterusnya

apabila barangan sampai ke tangan pengguna.

Lantaran itulah, penafian pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barangan pada setiap kali berlakunya

kenaikan harga minyak adalah suatu penafian yang tidak bersandarkan kepada teori dan kaedah

ekonomi.

Page 43: Isu Kenaikan Harga Barang

Pergantungan kepada sumber import

Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport. Lantas,

sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lainakan turut memberi kesan kepada negara kita.

Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras

meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan. Semua ini disebabkan kita

masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususya negara jiran.

Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini

menghadapi bencana serentak- banjir, ribut, kemarau panjang, gempa bumi atau terlibat dalam kancah

peperangan. Krisis makanan tentulah akan memuncak dan mampukah bekalan yang dihasilkan di dalam

negara untuk menyuap mulut rakyat kita seramai 28.6 juta dan pendatang asing seramai 2.3 juta?

Ahli hikmat ada berkata, ketika saat ketiadaan bekalan makanan, mereka yang mempunyai stok

makanan adalah orang yang paling kaya. Lebih kaya dari mereka yang mempunyai emas berbongkah-

bongkah. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana pengeluaran sumber makanan Negara Mesir yang

dirancang dan dilaksanakan dengan begitu bijak oleh Nabi Yusof a.s sehingga kemarau panjang selama 7

tahun tidak menyebabkan rakyatnya kebuluran malah mampu untuk membantu menyuap mulut rakyat

negara-negara berdekatan. Beginilah Islam mengambil berat dengan keperluan asasi rakyat.

Di manakah silapnya sistem pertanian kita. Dengan keluasan dan kesuburan muka bumi anugerah Allah,

berbilion ringgit peruntukan tahunan, sungai-sungai yang membelah daratan membentuk dataran yang

subur, rakyat yang sedia membanting tulang, tetapi pertanian kita belum lagi mencapai tahap sara diri

apatah lagi untuk diimport. Dengan kata lain, kerajaan telah gagal! Hujahnya, Malaysia telah

membelanjakan sejumlah RM13 bilion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan seperti

sayur, ikan, daging, kentang, bawang serta buah-buahan. Jumlah import beras dari Thailand sahaja

mencecah 307,000 tan metrik setahun.

Ada isu besar yang perlu diteliti. Di Terengganu contohnya, masih banyak tanah sawah terbiar tanpa

dapat diusahakan lantaran masalah infrastruktur seperti pengairan. Ada projek-projek yang dikira boleh

menghasilkan sumber makanan negeri seperti projek ternakan kambing kaprima Telaga Papan Setiu,

projek ternakan ikan dalam sangkar Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Projek tanaman kelapa pandan

di Rhu Tapai semuanya gagal walaupun ratusan juta telah dibelanjakan. Wang peruntukan lesap tapi di

mana kambing, ikan dan kelapa pandan? Gahnya bunyi genderang projek dengan sasaran

hasilnya akandieksport, akhirnya melopong! Belum disebut lagi projek tanaman strawberry yang

Page 44: Isu Kenaikan Harga Barang

namanya pun dah dilupakan orang. Terkini projek udang Setiu.Sasarannya juga untuk dieksport

sebagaimana Mat Said pernah bercita-cita untuk mengeksport kelapa pandan dari Rhu Tapai ke Jepun!

Kelemahan penguatkuasaan dan urus tadbir

Kelemahan penguatkuasaan masih belum berjaya diperbaiki sepenuhnya sehingga berlakunya monopoli

dan memberi ruang kepada peniaga menaikkan harga sewenangnya. Tindakan menyorokkan barangan

keperluan bagi tujuan menaikkan harga oleh para peniaga memburukkan lagi keadaan.

Persoalan kuota bekalan juga sering dibangkitkan. Sering terdengar rungutan yang menyatakan punca

kekurangan bekalan barangan di pasaran seperti minyak masak

adalah disebabkan  pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang

ditetapkan kerajaan. Kuota yang digunakan dalam kes minyak masak pula telah berusia hampir empat

tahun. Sekiranya itulah antara sebabnya, maka tentu sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa kuota

tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat

tahun lepas boleh sama seperti sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai

runcit serta bilangan pengguna.

Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi

mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi

yang diberi kerajaan.

Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan dan pembelian oleh rakyat negara jiran

menjadi punca kekurangan malah ketiadaan bekalan untuk rakyat tempatan. Kalau sungguh bagai dikata,

di mana keberkesanan agensi penguatkuasaan kita?

Antaranya, alasan pembelian minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai didakwa menjadi

punca kekurangan bekalan di negara ini.Sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan

mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran

mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. Apatah lagi

bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di seluruh negara dan bukan hanya melibatkan negeri-

negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Page 45: Isu Kenaikan Harga Barang

Apa peranan kita?

Menghadapi arus kenaikan harga barangan, sebolehnya elakkan pembelian tidak terancang. Belilah

hanya barang-barang yang benar-benar diperlukan, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit

dan yang paling utama, Tolak BN (Barang Naik).