23
KAJIAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA Dr. Haryati Binti Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Zakila Abd Rahman Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutusan Putrajaya Ab. Razak Othman Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya ABSTRAK Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dalam industri pembinaan aset/modal yang utama adalah sumber manusia. Isu keselamatan pekerja di tapak bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan majikan dengan menganggap bahawa persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang kefahaman/masalah komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bahawan telah menyumbang kepada risiko kemalangan di tapak bina. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina dan mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan yang dijalankan dengan berkesan telah mengurangkan risiko pekerja terlibat dalam kemalangan. Analisis data mendapati bahawa syarikat XYZ menjalankan pengurusan keselamatan di tapak bina pada tahap yang memuaskan dengan peratus kemalangan adalah rendah iaitu 8% dan indeks kemalangan pula pada 12%. Kemudahan kelengkapan di tapak bina adalah tinggi iaitu 76% dan peratus majikan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja adalah 92%. Manakala tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan juga memuaskan. Hasil kajian mendapati majikan menyediakan latihan/kursus keselamatan dengan penglibatan 64% pekerjanya. Ekoran daripada itu, peratus pekerja yang mematuhi peraturan keselamatan adalah tinggi iaitu mencapai 92%. Manakala peratus pekerja yang dikenakan denda/amaran kerana melanggar peraturan adalah kecil iaitu 12% sahaja. Peratus pekerja yang berpuashati dengan keselamatan di tapak adalah 80%. Daripada temu ramah yang dijalankan terhadap pengurusan kajian mendapati bahawa mereka akan memastikan pekerja memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan. Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk pengurusan keselamatan adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza-beza. Sekiranya terdapat kes kematian pekerja berlaku, projek yang dijalankan mungkin akan diberhentikan.Kesimpulan pentingnnya pengurusan keselamatan yang dijalanakan oleh pihak majikan bagi mengurangkan risiko pekerja terdedah kepada bahawa kemalangan. Kata Kunci: Pengurusan, Keselamatan, Tapak Bina, Kemalangan PENGENALAN Industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan tahap keselamatan pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat, syarikat pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan pengetahuan kepada pekerja mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan majikan yang enggan membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja dengan beralasan meningkatkan kos pembinaan, telah mendedahkan pekerja kepada bahaya fizikal dan “stress”. Dalam industri pembinaan, tahap perancangan dan pengurusan keselamatan perlu dijalankan dengan teliti, mengikut langkah- langkah dan prosedur yang telah ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting, terutamanya bagi pekerja di tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh meminimumkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan dan peka terhadap

isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

KAJIAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA

Dr. Haryati Binti Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Zakila Abd Rahman Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutusan Putrajaya Ab. Razak Othman

Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya

ABSTRAK

Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dalam industri pembinaan aset/modal yang utama adalah sumber manusia. Isu keselamatan pekerja di tapak bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan majikan dengan menganggap bahawa persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang kefahaman/masalah komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bahawan telah menyumbang kepada risiko kemalangan di tapak bina. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina dan mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan yang dijalankan dengan berkesan telah mengurangkan risiko pekerja terlibat dalam kemalangan. Analisis data mendapati bahawa syarikat XYZ menjalankan pengurusan keselamatan di tapak bina pada tahap yang memuaskan dengan peratus kemalangan adalah rendah iaitu 8% dan indeks kemalangan pula pada 12%. Kemudahan kelengkapan di tapak bina adalah tinggi iaitu 76% dan peratus majikan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja adalah 92%. Manakala tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan juga memuaskan. Hasil kajian mendapati majikan menyediakan latihan/kursus keselamatan dengan penglibatan 64% pekerjanya. Ekoran daripada itu, peratus pekerja yang mematuhi peraturan keselamatan adalah tinggi iaitu mencapai 92%. Manakala peratus pekerja yang dikenakan denda/amaran kerana melanggar peraturan adalah kecil iaitu 12% sahaja. Peratus pekerja yang berpuashati dengan keselamatan di tapak adalah 80%. Daripada temu ramah yang dijalankan terhadap pengurusan kajian mendapati bahawa mereka akan memastikan pekerja memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan. Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk pengurusan keselamatan adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza-beza. Sekiranya terdapat kes kematian pekerja berlaku, projek yang dijalankan mungkin akan diberhentikan.Kesimpulan pentingnnya pengurusan keselamatan yang dijalanakan oleh pihak majikan bagi mengurangkan risiko pekerja terdedah kepada bahawa kemalangan.

Kata Kunci: Pengurusan, Keselamatan, Tapak Bina, Kemalangan

PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan tahap keselamatan pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat, syarikat pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan pengetahuan kepada pekerja mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan majikan yang enggan membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja dengan beralasan meningkatkan kos pembinaan, telah mendedahkan pekerja kepada bahaya fizikal dan “stress”. Dalam industri pembinaan, tahap perancangan dan pengurusan keselamatan perlu dijalankan dengan teliti, mengikut langkah-langkah dan prosedur yang telah ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting, terutamanya bagi pekerja di tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh meminimumkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan dan peka terhadap

Page 2: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

keselamatan pekerjanya. Ini kerana pekerja merupakan aset/modal penting kepada sesebuah syarikat.

Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan perkara yang penting dalam menyumbang kepada kemalangan. Kesedaran bermasuk seseorang itu mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi persekitaran. Ia bermaksud pekerja harus sedar dan sentiasa prihatin terhadap keadaan persekitarannya dan kesedaran juga membawa kepada pemahaman secara jelas terhadap perkataan “BAHAYA”. Pekerja yang mempunyai kesedaran yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan boleh mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan. Menurut Abdul Aziz Hussin (2001), keselamatan pekerja didefinisikan sebagai keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya. Manakala kesihatan pekerjaan bermaksud bebas daripada penyakit kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan kerja yang diterapkan. Dalam industri pembinaan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja amat dititkberatkan terutamanya yang bekerja di lapangan tapak bina.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Tapak bina memperlihatkan pelbagai jenis skop kerja yang berbeza yang perlu dipikul oleh setiap individu sama ada pekerja binaan mahupun pekerja mahir. Kumpulan kontraktor, pemaju dan subkontraktor merupakan pihak yang bertanggungjwab penuh terhadap setiap aktiviti yang berlangsung di tapak bina. Bidang keselamatan di tapak binaan amat dititkberatkan. Pelbagai aspek dilihat dengan teliti mengenai keselamatan di tapak bina. Menurut Berita Harian (2005), sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu 1.5 peratus pada tahun 2004 daripada Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun demikian, kadar kemalangan dilaporkan dalam sektor pembinaan masih tinggi berbanding dengan sektor lain di negara kita.

Menyebut tetang aspek keselamatan di tapak bina, ia merupakan satu topik yang cukup luas untuk diperbincangkan. Menurut Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) pada 2000 sebanyak 159 kes kemalangan maut dicatatkan dan bilangan ini menurun tahun berikutnya kepada 89 kes. Tahun 2002 menyaksikan sebanyak 88 kes kematian dilaporkan dan meningkat pada tahun 2003 kepada 95 kes. Pada asasnya peratus kes kemalangan yang dilaporkan oleh PERKESO menunjukkan angka yang mencemaskaan iaitu tahun 2000 adalah 15.8 peratus kepada 9.3 peratus pada tahun 2001, 10.3 peratus tahun 2002 dan 11.4 peratus pada tahun 2003. Peratusan kemalangan maut dalam sektor pembinaan masih tinggi berbanding dengan industri-industri lain seperti sektor pengangkutan dan sektor perlombongan (Pertubuhan Keselamatan Pekerja 2000-2004).

Isu keselamatan pekerja dalam sektor pembinaan adalah isu global. Isu kelamatan pekerja turut dialami oleh negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat pada tahun 1996 mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 6.2 juta kes di tempat bekerja (Angelica et. al 2000). United Kingdom turut mencatakan angka yang tinggi iaitu dengan jumlah 1.9 juta kes yang dilaporkan bersamaan dengan 5.1 kes kemalangan bagi setiap 1000 orang pekerja (Reill et. al 1995). Manakala di Malaysia pula turut mencatakan jumlah kes kemalangan yang tinggi iatu 68,579 pada 1998 kepada 73,765 kes pada tahun 1999. Ini bermakna kes kemalangan

Page 3: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6%.(New Straits Times, 25 march 2001) (Mohamad Khan Jamal Khan et. al 2005).

Di Malaysia, Akta 514 adalah satu-satunya undang-undang di rantau ini yang memfokuskan kepada majikan untuk memikul tanggungjawab secara sukarela bagi bertindak mengawal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis masing-masing. Sungguhpun usaha-usaha melalui perudangan telah dibuat, namun perlaksanaan program bagi mengawal insiden kemalangan di tempat kerja masih lemah di kebanyakan negara di Asia- Pacifik (Kogi et. al 1997).

PERMASALAHAN KAJIAN

Industri pembinaan merupakan antara industri terpenting dan pemangkin kepada kepesatan ekonomi negara. Industri pembinaan juga amat bergantung kepada tenaga manusia sebagai aset/modal penting dalam satu-satu projek pembinaan. Permasalahan kajian ialah isu keselamatan pekerja di tapak bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan majikan dengan menaganggap bahawa persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang kefahaman atau masalah komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bawahan telah menyumbang kepada risiko kemalangan di tapak bina. Dalam industri pembinaan, tapak binaan diibaratkan sebagai medan peperangan. Walaupun keseluruhan prosedur perlaksaan dipatuhi oleh pihak kontraktor namun status keselamatan masih belum terjamin 100 peratus. Kecelakaan dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan sebarang tempat seandainya aspek keselamatan dan kesihatan pekerja diabaikan.

Kebanyakan pekerja atau buruh di tapak bina adalah terdiri daripada warga asing. Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Nepal dan beberapa buah negara lagi. Masalah komunikasi adalah antara masalah dan cabaran yang dikenalpasti dalam menyampaikan mesej kepada kelompok ini. Komunikasi yang baik cukup penting bagi menyampaikan maklumat/ arahan dengan tepat. Komunikasi yang baik juga boleh membantu pekerja mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kemalangan nyaris.

Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhamana aspek pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan dan mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina. Oleh yang demikian, matlamat akhir kajian ini adalah untuk mewujudkan satu bentuk pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina yang menyeluruh yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai peringkat pekerja. Sama ada di peringkat pengurusan, pentadbiran mahupun kuli. Dengan adanya kajian seperti ini diharapkan dapat membantu memperbaiki sistem pengurusan pekerja di tapak bina, terutama berkaitan dengan sikap sambil lewa di kalangan majikan dan dapat mengatasi masalah komunikasi dengan pekerja asing.

Page 4: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bermatlamat untuk melihat sejauhamana aspek pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan. Selain itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di tapak bina. Justeru, bagi mencapai matlamat kajian ini, 2 objektif telah diketengahkan iaitu;

1. Mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina.

2. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penekanan pemahaman mengenai keselamatan secara menyeluruh merupakan kepentingan dalam kajian ini. Amalan-amalan keselamatan sedia ada kini merupakan garis panduan kepada kontraktor umumnya dalam memastikan pengurusan keselamatan di tapak bina terutamanya di kalangan pekerja binaan dan mahir. Menerusi kajian ini, konsep serta teknik pengurusan keselamatan terkini diselitkan dalam meningkatkan mutu keselamatan khususnya melibatkan pekerja binaan di tapak bina. seterunya teknik serta konsep pengurusan keselamatan terkini menambahbaikan elemen-elemen keselamatan yang sedia ada di sektor pembinaan.

Pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina merupakan pendekatan yang mengkaji hubungan antara pekerjaan, kesihatan dan keselamatan setra kesan sesuatu pekerja terhadap pekerja. Justeru, menerusi kajian ini diharapkan mendapat maklumat mengenai prestasi individu dan melihat sejauh mana ia selari dengan prosedur yang dikehendaki. Kajian ini juga diharapakan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan di tapak bina dan seterusnya dapat menurunkan potensi dan risiko kemalangan di tempat kerja.

KAJIAN LITERATUR

Pengurusan Risiko Pekerja

Keselamatan dan kesihatan merupakan satu prioriti dalam pengurusan sumber manusia kerana ia mempunyai perkaitan dengan kehidupan bekerja yang berkualiti. Bidang keselamatan dan kesihatan melibatkan pelbagai pihak seperti pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan. Pengabaian isu keselamatan dan kesihatan menyasikkan majikan menanggung kos langsung seperti pampasan dan kos perubatan dan beberapa kos tidak langsung seperti kehilangan masa atau hari bekerja, kerugian pengeluaran, penaggantian pekerja, penyiasatan kemalangan kos perundangan dan sebagainya.

Menurut Dimond (2002) menyarankan bahawa setiap majikan perlu membentuk sistem pengurusan risiko yang efisien dalam memenuhi keperluan perundangan dan berpendapat bahawa proses penilaian risiko yang diamalkan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara berikut;

1. Melibatkan pihak pengurusan menganlpasti risiko dan hazad yang terdapat di organisasi.

Page 5: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

2. Memastikan semua aspek kerja bekerja diteliti dengan rapi.

3. Mengambil kira kerja bukan rutin seperti penyenggaraan, pembersihan dan sebagainya.

4. Mengambil kira gangguan yang terdapat di tempat kerja.

5. Membuat kajian mengenai kesan sesuatu pekerjaan terhadap kesihatan pekerja

6. Mengambil kira kesan risiko kepada orang awam.

Manakala Goetsch (2005) menyatakan bahawa penilaian risiko harus menjawab empat soalan berikut iaitu;

1. Tahap teruk (severe) sesuatu kecederaan

2. Kekerapan pekerja terdedah kepada hazad terlibat

3. Peluang untuk mengelakkan hazad sekiranya ia wujud

4. Kebarangkalian kecederan wujud sekiranya berlaku kegagalan pada sistem kawalan keselamatan.

Penyebab Kemalangan Di Tapak Bina

Jenis-Jenis Kemalangan Di Tapak Bina

Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya kemalangan di kalangan pekerja. Hal ini berlaku disebabkan situasi pekerja dan peralatan berada dalam suatu keadaan yang tergesa-gesa kerana semua pihak memfokuskan pada kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya tidak dikenakan denda. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, kemalangan mudah berlaku. Jenis kemalangan yang biasa direkodkan adalah terjatuh di tapak, kemalangan yang melibatkan kren, kemalangan yang melibatkan scaffolding, kecuaian pekerja mengendalikan peralatan, kemalangan yang melibatkan bekalan elektrik, kejadian keruntuhan parit, kebakaran dan letupan serta kemalangan semasa kerja kimpalan dijalankan. Setiap jenis kecelakaan ini adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.

Setiap jenis kecelakaan dapat dielakkan melalui pengurusan keselamatan yang efektif. Statistik menunjukkan setiap tahun lebih kurang 1000 pekerja binaan terbunuh semasa berada di tapak bina. Daripada jumlah ini, sebanyak satu per tiga atau lebih 300 kematian berpunca daripada kejadian tergelincir di tapak. Kejadian seperti ini perlu ditangani untuk mengurangkan bilangan kematian atau kecederaan. Kejadian tergelincir di tapak termasuklah terjatuh dari atap, terjatuh dari kren, terjatuh dari scaffolding dan terjatuh dalam lubang yang digali dan objek jatuh dari atas. Peralatan pelindungan yang sesuai dan langkah-langkah keselamatan amat perlu untuk melindungi nyawa pekerja dan memelihara kesejahteraan keluarga mereka (Jimmie W. Hinze 1997).

Page 6: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Jadual 1: Data Tahunan Kemalangan Di Tapak Pembinaan Pada 1990 Hingga 2001

Kategori kemalangan

Tahun

Keseriusan kecederaan

Jumlah

Maut Hospital Kecederaan ringan

Tidak diketahui

Kemalangan tapak yang melibatkan kontraktor dan pekerja

2001 0 9 174 161 344

2000 0 16 153 168 337

1999 3 12 119 92 226

1998 5 16 123 51 195

1997 2 22 62 45 131

1996 0 30 64 38 132

1995 2 29 77 48 156

1994 3 35 105 27 170

1993 1 57 97 15 170

1992 2 32 51 7 92

1991 2 43 46 9 100

1990 2 31 69 6 108

Total 22 332 1,140 667 2,161

Jumlah kemalangan tapak 22 356 1,554 680 2,612

Kemalangan trafik yang melibatkan kontraktor dan pekerja

2001 1 6 12 50 69

2000 1 5 18 74 98

1999 2 7 25 64 98

Page 7: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Kategori kemalangan

Tahun

Keseriusan kecederaan

Jumlah

Maut Hospital Kecederaan ringan

Tidak diketahui

1998 0 6 24 71 101

1997 0 7 19 52 78

1996 1 11 10 54 76

1995 0 9 10 51 70

1994 2 12 12 60 86

1993 1 7 14 27 49

1992 1 5 8 25 39

1991 1 6 7 56 70

1990 4 10 7 39 60

Total 14 91 166 623 894

Jumlah zon kerja trafik kemalangan

110 1,266 1,337 3,233 5,946

Jumlah kerja zon kemalangan 132 1,622 2,891 3,913 8,558

Jumlah kemalangan tapak bina yang melibatkan kontraktor, konsultant dan pekerja

Jumlah zon kemalangan trafik yang melibatkan pekerja tapak bina

Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ

Merujuk pada Jadual 1 menunjukkan kemalangan trafik telah melibatkan pekerja binaan iaitu sebanyak 10.4% daripada jumlah keseluruhan zon kerja kemalangan. Tanggungjawab utama kontraktor ialah menyediakan satu pemisahan fizikal yang positif contohnya halangan median konkrit, mengurangkan peralatan yang berasaskan trak dan penutupan keseluruhan lorong di antara peralatan berat dan pekerja binaan.

Kemalangan di tapak menunjukkan 2.5 kali lebih besar daripada kemalangan trafik. Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran pekerja di tapak masih berada dalam keadaan yang

Page 8: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

tidak memuaskan. Kontraktor perlulah mengambil tindakan yang efektif dan berkesan untuk mengurangkan bilangan kemalangan. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah menyediakan kursus kesedaran, panduan pengunaan peralatan, mewajibkan semua pekerja memakai dan menggunakan peralatan keselamatan.

Jadual 2 :Kemalangan Di Tapak Pembinaan Melibatkan Pekerja Kontraktor

Jenis Kemalangan

Keseriusan kecederaan

Jumlah

Jumlah (%)

Maut (%)

Hospital (%)

Kecederaan ringan (%)

Tidak diketahui (%)

Tergelincir 31.8 35.5 23.4 1.8 404 18.7

Tergelincir/tersadung (elevated) 31.8 22.9 9.6 1.3 201 9.3

Tergelincir/tersadung

(not elevated) 8.7 11.9 0.4 168 7.8

Terjatuh daripada bahagian belakang trak atau peralatan

3.9 1.9 35 1.6

Peralatan besar atau pengakutan pekerja

45.5 38.3 27.8 13.5 544 25.2

Tergamam dengan benda yang bergerak atau jatuh (Struck by Moving/Falling Load)

4.5 21.7 17.0 0.3 269 12.4

Tergamam atau pin dengan jentera yang besar (Struck/Pinned by Large Equipment)

36.4 14.8 9.7 5.5 205 9.5

Kerosakan kren 4.5 1.5 1.1 4.5 48 2.2

Lain-lain 0 0.3 0.0 3.1 22 1.0

Perkakas/peralatan kecil/bahan

0.0 16.6 29.1 0.6 391 18.1

Cedera/Tersangkut dalam jentera

0 11.7 20.1 0.1 269 12.4

Page 9: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Jenis Kemalangan

Keseriusan kecederaan

Jumlah

Jumlah (%)

Maut (%)

Hospital (%)

Kecederaan ringan (%)

Tidak diketahui (%)

Lain-lain 0 4.8 9.0 0.4 122 5.6

Kontrak utiliti 18.2 2.1 1.4 71.5 504 23.3

Kontrak utility dengan elektrik/gas

18.2 2.1 1.3 70.9 499 23.1

Tiada bekalan elektrik,tiada hubungan (Near-Miss Electrical, No Contact)

0.1 0.6 5 0.2

Pengangkutan pekerja 0 1.5 1.1 9.1 78 3.6

Kebakaran/letupan 0 1.5 1.1 2.5 35 1.6

Kemalagan di parit 0 0.6 0.4 0.1 8 0.4

Lain-lain (Miscellaneous) 4.5 3.9 15.6 0.7 197 9.1

Kemalangan runtuhan 4.5 0.3 0.1 0.1 4 0.2

Lain-lain 3.6 15.5 0.6 193 8.9

Jumlah 100 100 100 100 2161 100

Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kemalangan di tapak bina iaitu jumlah terbesar ialah kategori kemalangan peralatan besar/pengangkutan pekerja iaitu 45.5% daripada jumlah orang yang maut, kecederaan sampai ke tahap hospital adalah sebanyak 38.3% dan kecederaan ringan mengumpul sebanyak 27.8%. Kemalangan seperti ini biasa menggambarkan sebanyak 25.2% (544 kemalangan) daripada semua kemalangan di tapak pembinaan. Kontrak utiliti adalah jenis kemalangan kedua terbanyak dilaporkan iaitu sebanyak 23.3%. Daripada jumlah ini, sebanyak 18.2% adalah kejadian maut, 2.1% kecederaan sampai ke tahap hospital dan 71.5% daripada kecederaan yang tidak diketahui.

Selain itu, kategori kemalangan yang seterusnya ialah daripada kategori tergelincir iaitu sebanyak 31.8% daripada kejadian maut, sebanyak 35.5% daripada kecederaan sampai ke tahap hospital dan 23.4% daripada kecederaan ringan. Secara keseluruhannya, kejadian tergelincir adalah sebanyak 18.7% daripada jumlah kemalangan.

Page 10: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Satu lagi jenis kemalangan yang melibatkan pekerja di tapak pembinaan ialah kemalangan jenis perkakas atau peralatan kecil atau bahan. Sebanyak 18.1% daripada keseluruhan jumlah kemalangan adalah melibatkan kemalangan jenis ini. Dalam kategori ini, kecederaan pekerja atau pekerja sangkut dalam peralatan pembinaan adalah jenis kemalangan yang utama iaitu sebanyak 12.4% daripada jumlah keseluruhan kemalangan, sebanyak 11.7% adalah kecederaan sampai ke tahap hospital dan 20.1% adalah kecederaan ringan.

Punca Kemalangan

Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi, kilang penapis, pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak pembinaan, kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan kemalangan yang meyayatkan hati. Kemalangan scaffolding serta punca lain yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian biasanya disebabkan oleh kecuaian dalam menggunakan peralatan dan penyelenggaraan. Sebanyak 10,000 kemalangan selalu dilaporkan adalah berkaitan dengan scaffolding. Kebanyakan kecederaan yang disebabkan oleh scaffolding adalah berpunca daripada kegagalan untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan peralatan yang jatuh dari atas.

Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja dalam banyak industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan penggunaan alatan perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah kepada hazard semasa membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja menggunakan alatan perlindungan diri untuk melindungi pekerja mereka. Antara hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah sinaran UV(ultraviolet radiation) yang dihasilkan dengan menggunakan electric arc dalam proses kimpalan. Kulit yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam kebanyakan kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga boleh merosakkan kanta mata dan menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia (Robert et. al 1985).

Sinaran IR(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan electric arc dan nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian bawah dengan serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kebakaran termal dalam sesetengah situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada berbagai jenis bahaya dan berdepan dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan kecederaan dan kematian adalah tinggi berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati untuk 10 tahun yang yang lepas dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.

Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005, bilangan ini meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada kemalangan ini melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun. Pada yang tahun yang sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor pembinaan (544) berlaku di antara lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak menyediakan program keselamatan yang formal seperti syarikat besar kerana program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat kecil juga tidak dapat untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat seperti harnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).

Page 11: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Setiap tahun, kejadian tergelincir merekodkan bahagian yang besar dalam jumlah mangsa di tapak pembinaan. Kemalangan jenis ini lazimnya melibatkan punca yang pelbagai iaitu tempat kerja yang tidak stabil, penggunaan alatan perlindungan yang tidak betul dan kecuiaan manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan jaring keselamatan(safety nets), sistem kawalan kegelinciran(fall arrest system), penutup(covers) dan sistem kawalan pengangkutan(travel restriction system) boleh mencegah daripada kecederaan akibat terjatuh dan kematian.

Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:

• lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah • kecuaian dalam penggunaan tangga • pembinaan scaffolding yang tidak sempurna • kekurangan latihan penggunaan jentera berat • kemalangan jentera pembinaan • keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja • kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh • kekurangan penyeliaan keselamatan • pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health

Administration(OSHA) • kecuaian pekerja tapak yang lain • kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan • kerosakan peralatan di tapak bina • kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak

Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang panjang yang disebabkan oleh kemalangan.

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:

• kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul • kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab • kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau

kecuiaan • tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak • kejatuhan struktur • kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas

elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan

Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak, kontraktor atau pengilang bergantung kepada punca kemalangan.

Page 12: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bersumberkan data sekunder dan data primer. Data primer melibatkan kajian literatur yang menggariskan elemen-elemen penting yang diperlukan dalam bidang pengurusan keselamatan di tapak bina. Hasil daripada kajian literatur ini, pengumpulan data daripada sumber sekunder diperolehi bagi melengkap dan memperkukuhkan lagi kajian ini.

Sumber data primer pula diperolehi melalui kajian kaji selidik yang telah dijalankan ke atas syarikat pembinaan di Batu Pahat Johor, yang dilabelkan dengan nama Syarikat Pembinaan XYZ. Kaedah kaji selidik dilakukan menerusi pengedaran borang kaji selidik ke atas pekerja binaan (buruh) dan temubual (interview) kepada pihak pengurusan (majikan). Jumlah sampel yang digunakan adalah 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada site enginer, site ejen dan pekerja buruh.

Semua borang kaji selidik yang telah diterima telah dikoding bagi memudahkan proses “key in data”. Setelah kerja-kerja ‘kod’ selesai dilaksanakan, maklumat-maklumat yang diperlukan telah dimasukkan ke perisian SPSS (Statitical Package for Social Science versi 14.0). Dalam kajian ini, data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi melihat peratusan dan perbezaan.

ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN

Latar Belakang Responden

Kajian soal selidik ini melibatkan 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada seorang site enginer, seorang site ejen dan 21 pekerja buruh. Pekerja ini adalah terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Lingkungan umur responden adalah berumur di antara 20-46 tahun. Jadual 3 menunjukkan bilangan responden mengikut umur.

Jadual 3: Bilangan Responden Mengikut Umur

Umur <25 tahun 26-30 tahun 31-35 tahun 36-40 tahun >40 tahun

Bilangan 5 orang 10 orang 5 orang 3 orang 2 orang

Merujuk pada jadual 3, didapati bilangan responden mengikut umur yang paling tinggi adalah antara umur 26 hingga 30 dengan 40 peratusan daripada jumlah pekerja. Seterusnya adalah kumpulan umur <25 dan kumpulan umur 31 hingga 35 dengan mempunyai masing-masing 20%. Diikuti dengan kumpulan umur 36 hingga 40 dengan 12 peratusan dan akhirnya adalah kumpulan umur >40 dengan 8 peratus. Daripada jadual tersebut, jelas menunjukkan bahawa pekerja di tapak pembinaan kebanyakan terdiri daripada kalangan orang muda. Ini berdasarkan umurnya kurang <30 lebih produktiviti jika dibandingan dengan kumpulan umur >36 tahun.

Daripada Jadual 4, didapati 19 orang pekerja (76 peratusan) daripada pekerja adalah bujang dan 6 orang pekerja (24 peratusan) telah berkahwin. Kebanyakan pekerja adalah pekerja asing dari Indonesia.

Page 13: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Jadual 4: Status Pekerja Di Tapak Pembinaan.

Kajian mendapati 56 peratus pekerja tidak mempunyai pendidikan diikuti dengan 24 peratus yang mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah. Terdapat 12 peratus responden yang mendapat pendidikan sehingga universiti/ kolej dan 8 peratus daripada pekerja mendapat pendidikan sehingga sekolah Rendah. Kebanyakan pekerja buruh adalah datang dari Indonesia dan mungkin keluarga mereka miskin menyebabkan mereka tidak mampu ke sekolah.

Daripada Rajah 1, kajian mendapati pengalaman pekerja dalam industri pembinaan kebanyakan terdiri daripada kumpulan <1 tahun dengan mencapai 48 peratus. Diikuti dengan kumpulan mempunyai pengalaman pekerjaan 3 hingga 6 tahun dengan 32 peratus dan yang lebihnya terdiri daripada 1 hingga 3 tahun dengan mencapai 20 peratus. Tiada pekerja yang mempunyai pengalaman pekerjaan pembinaan ini yang >6 tahun.

Kebanyakan pekerja adalah baru dan hanya mempunyai pengalaman pekerjaan kurang daripada setahun, ini adalah kerana Syarikat XYZ construction Sdn Bhn adalah sub-syarikat yang baru dan dilantik dalam pembinaan Metropolis Johor dan mereka membawa masuk banyak pekerja yang baru dari Indonesia. Selain daripada itu, mereka juga mencampurkan pekerja yang mempunyai pengalaman 3 hingga 6 tahun supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar dan mengetuai mereka yang kurang pengalaman.

Rajah 1: Tempoh Pengalaman Bekerjaan Dalam Sektor Pembinaan

Peratusan Pengalaman Pekerjaan Dalam Pembinaan

<1 tahun48%

1-3 tahun20%

3-6 tahun32%

>6 tahun0%

Status Bujang Berkahwin

Bilangan 19 6

Page 14: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Pengurusan Keselamatan Yang Dijalankan Di Tapak Bina Kemalangan dan Keselamatan di Tapak Bina

Daripada Rajah 2, kajian mendidapati bahawa sebanyak 92 peratus daripada jumlah pekerja tidak pernah mengalami kemalangan dan yang lain-lain iaitu 8 peratus pernah mengalami kemalangan. Keputusan menunjukkan angka yang agak selesa, walaupun tidak mencapai 100%. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh kebanyakan pekerja adalah baru bekerja dan tidak pernah berlaku kemalangan. Ini juga mungkin hasil daripada keberkesanan pengurusan keselamatan di tapak pembinaan.

Rajah 2: Peratusan Pekerja yang Mengalami Kemalangan

Peratusan Pekerja Yang mengalami Kemalangan

ya8%

tidak92%

Daripada Rajah 3, kajian mendidapati sebanyak 88 peratusan pekerja menyatakan bahawa kemalangan adalah tidak sering berlaku di tapak pembinaan, dan 12 peratus menyatakan ia adalah sering berlaku kemalangan. Jelas di sini bahawa kemalangan adalah di bawah kawalan syarikat dan menunjukkan indeks yang memuaskan.

Rajah 3: Peratusan Indeks Kemalangan Di Kalangan Pekerja

Peratusan Terhadap Indeks Sering Berlaku Kemalangan

ya12%

tidak88%

Page 15: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Daripada Rajah 4, kajian mendapati sebanyak 44 peratusan pekerja menyatakan

bahawa tahap kesedaran tentang keselamatan di tapak bina adalah tinggi diikuti dengan 40 peratus yang mengatakan tahap kesedaran adalah sederhana dan yang lebihnya 16 peratus menyatakan tahap kesedaran adalah rendah. Kesedaran tentang keselamatan di tapak adalah penting kerana risiko kemalangan dapat di kurangkan dengan mempunyai kesedaran yang tinggi dan pekerja sentiasa berwaspada ketika bekerja. Boleh dikatakan tahap kesedaran tentang keselamatan di tapak bina adalah sederhana tinggi kerana tidak melebihi 50 peratus yang menyatakan tahap tinggi.

Rajah 4: Peratusan Tahap Kesedaran Pekerja di Tapak Bina

Peratusan Tahap Kesedaran Di Tapak Bina

tinggi44%

sederhana40%

rendah16%

Rajah 5 menunjukkan sebanyak 76 peratus pekerja menyatakan bahawa kemudahan keselamatan adalah lengkap di tapak bina dan yang lain-lain iaitu 24 peratus menyatakan tidak lengkap. Pekerja menyatakan kelengkapan adalah tidak lengkap mungkin disebabkan syarikat tidak memberikan topi keselamatan kepada mereka kerana pekerjaan mereka adalah bebas daripada benda jatuh iaitu mereka hanya memecahkan ‘framework’ sahaja.

Rajah 5: Peratusan Kelengkapan Kemudahan Di Tapak Bina

Peratusan Kelengkapan Kemudahan Di Tapak

ya76%

tidak24%

Page 16: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Tahap Keberkesanan Pengurusan Yang Dijalankan Di Tapak Bina Oleh Majikan

Daripada Rajah 6, didapati 64 peratus pekerja yang mengatakan bahawa mereka pernah mengikuti latihan atau kursus keselamatan dan 36 peratus menyatakan tidak. Semasa mengadakan lawatan ke tapak, pengaji telah menemubual beberapa responden berkenaan adalah syarikat XYZ menanjurkan program keselamatan atau tidak. Pengkaji mendapati kesemua pekerja menyatakan ada. Walau bagaimanapun, apabila analisis dijalankan terhadap borang kaji selidik, kajian mendapati bahawa terdapat 36 peratus pekerja yang menyatakan tidak pernah mengikuti kursus. Pengkaji menyimpulkan bahawa mereka yang tercicir ini kemungkinan telah ponteng menghadiri program yang dianjurkan oleh syarikat.

Rajah 6: Peratusan Pekerja Yang Mengikuti Latihan/Kursus Keselamatan

Peratusan Pekerja Yang Mengikuti Latihan Atau KursusKeselamatan

ya64%

tidak36%

Rajah 7, didapati 92 peratus pekerja bersetuju bahawa syarikat XYZ mengambil berat tentang keselamatan pekerja. Manakala 8 peratus lagi tidak menunjukkan persetujuan. Walau bagaimanapun, daripada maklumat pekerja, sitesupervisor dan site ejen menyatakan mereka akan meronda dan mengawasi pekerja setiap hari. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa syarikat ini mengambil berat tentang keselamatan pekerja di tapak bina.

Rajah 7: Peratusan Syarikat Mengambil Berat tentang Keselamatan Pekerja

Peratusan Terhadap Syarikat Mengambil Berat Tentang Pekerja

ya92%

tidak8%

Page 17: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Merujuk pada Rajah 8, kajian mendidapati 80 peratusan daripada pekerja adalah berpuas hati dengan tahap pekerja keselamatan di tapak bina. Manakala hanya terdapat 20 peratus sahaja yang tidak puas hati terhadap keselamatan di tapak bina. Justeru, boleh dikatakan di sini langkah keselamatan syarikat adalah memuaskan.

Rajah 8: Peratusan Pekerja Berpuas Hati Terhadap Keselamatan di Tapak Bina

Peratusan Bilangan Pekerja Yang Berpuas Hati TerhadapKeselamatan di Tapak

ya80%

tidak20%

Daripada carta pai pada rajah 9 menunjukkan bahawa 96 peratus pekerja yang mengaku bahawa syarikat ada mengambil insurans nyawa untuk setiap pekerja tetapi terdapat juga 4 peratus yang tidak menyertujuinya. Terdapat seorang pekerja sahaja yang mengatakan syarikat tidak mengambil insurans nyawa setiap pekerja mungkin disebabkan dia sendiri tidak mentahuinya. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa memang benar syarikat XYZ membeli insurans nyawa kepada setiap pekerja mereka semasa mengeluarkan permit pekerja.

Rajah 9: Peratusan Pekerja yang Mengambil Insuran Nyawa

Peratusan Bilangan Pekerja Terhadap Pekerja yang MengambilInsurans Nyawa

ya96%

tidak4%

Daripada carta pada Rajah 10, didapati 92 peratus pekerja yang menyatakan bahawa mereka sentiasa mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat manakala 8

Page 18: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

peratus yang mengatakan tidak. Pekerja pada tapak bina ini memberikan semangat kerjasama yang memuaskan kepada syarikat dan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Rajah 10: Peratusan Pekerja yang Mematuhi Peraturan Keselamatan

Peratusan Bilangan Pekerja yang Mematuhi PeraturanKeselamatan

ya92%

tidak8%

Rajah 11 menunjukkan terdapat 12 peratus pekerja yang pernah menerima denda atau amaran apabila tidak mematuhi peraturan keselamatan syarikat. Manakala sebanyak 88 peratus pekerja yang tidak pernah menerima denda. Indeks ini menyatakan pekerja adalah mematuhi peraturan dan pihak syarikat adalah tegas memberikan amaran dan denda kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan supaya pekerja bebas daripada kemalangan dan seterusnya mengurangkan kes kemalangan di tapak bina.

Rajah 11: Peratusan Pekerja yang Menerima Denda/Amaran

Peratusan Bilangan Pekerja Yang Menerima Denda atau Amaran

ya12%

tidak88%

Daripada Rajah 12, kajian mendapati bahawa sebanyak 68 peratus pekerja yang mengatakan bahawa syarikat mempunyai klinik panel dan 32 peratus pekerja pula yang mengatakan tidak. Walau bagaimanapun daripada temu bual yang telah dijalankan ke atas pihak pengurusan, mendapati bahawa syarikat memang mempunyai klinik panel. Masalah yang timbul di sini adalah kemungkinan komunikasi yang tidak berkesan, ataupun terdapat sesetangah pekerja yang tidak mendapati imformasi yang tepat. Justeru, pentingnya komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan dengan pekerja supaya segala aspek berkaitan dengan kebajikan pekerja, keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.

Page 19: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Rajah 12: Peratusan Pekerja yang Mengetahui Syarikat Mempunyai Klinik Panel

Peratusan Bilangan Pekerja yang Mengetahui SyarikatMempunyai Klinik Panel

ya68%

tidak32%

Walaupun syarikat mempunyai klinik panel, kajian mendapati bahawa tidak 100 peratus pekerja yang mengethui adanya klinik panel pergi mendapatkan rawatan. Daripada Rajah 13 kajian mendapati sebanyak 40 peratus pekerja sahaja menyatakan bahawa mereka pernah pergi ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan. Manakala selebihnya 60 peratus mengatakan tidak. Angka ini masih menunjukkan agak tinggi. Sesetengah pekerja yang pernah mendapatkan rawatan di klinik panel hanya untuk memeriksa badan dan bukan kerana kecederaan.

Rajah 13: Peratusan Pekerja yang Pernah Ke Klinik Panel

Peratusan Bilangan Pekerja yang Pernah Ke Klinik Panel

ya40%

tidak60%

Daripada carta pai pada Rajah 14, kajian mendapati bahawa sebanyak 84 peratus pekerja yang diambil kerja disebabkan kepakaran mereka dan hanya 16 peratus pekerja yang diambil kerja dengan kelayakan pendidikan. Kebanyakan pekerja yang mempunyai tahap pendidikan rendah diambil bekerja disebabkan kepakaran manakala pekerja yang diambil berdasarkan pendidikan adalah bekerja sebagai site ejen dan site supervisor.

Page 20: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

Rajah 14: Peratusan Pekerja Berdasarkan Pendidikan/Kepakaran

Peratusan Bilangan Pekerja Terhadap Kelayakan Diambil Kerja

kepakaran84%

pendidikan16%

Hasil Kajian Temu Bual Terhadap Pihak Pengurusan

Selain daripada kajian soal selidik menggunakan borang kaji selidik, kajian ini juga melakukan temu bual ke atas pihak pengurusan bagi mengenalpasti sejauh mana komitment pihak pengurusan dalam memastikan pekerja di bawah mereka berada dalam keadaan “Free Accident” semasa bekerja di tapak bina. Di samping itu uga bertujuan mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak pembinaan. Dengan adanya temu bual ini, kajian boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan aktiviti pengurusan keselamatan yang sebenarnya dijalankan di tapak pembinaan pada masa kini. Pegawai di temu bual adalah merupakan ‘site agent’ bagi projek tersebut.

Temu ramah yang dijalankan oleh terbahagi kepada dua, iaitu secara lisan dan soal selidik. Temu ramah secara lisan hanya dijalankan kepada ‘site agent’ tersebut manakala soal selidik dijalankan kepada ‘site agent’ dan pekerja yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Daripada temu bual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa pihak pengurusan akan memastikan pekerja mereka memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan. Sekiranya pekerja tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan menetapkan amaran sebanyak tiga kali bagi setiap kesalahan. Kali pertama, pekerja akan diberi amaran secara lisan. Kali kedua, gaji akan dipotong. Seterusnya pada kali ketiga, pengurusan akan mengambil tindakan berdasarkan kepada situasi. Setiap bulan, pihak pengurusan akan memeriksa jentera yang digunakan dan memastikan mana-mana aksesori yang perlu ditukar. Ia bertujuan bagi mengurangkan peluang berlaku kemalangan.

Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk Program Pengurusan Keselamatan adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza. Majikan membeli insuran berdasarkan kepada keseluruhan projek. Sekiranya terdapat kes kematian pekerja berlaku, projek yang dijalankan oleh mereka mungkin akan diberhentikan.

Justeru, kajian menyimpulkan Syarikat XYZ, adalah sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja di premis mereka. Ini berdasarkan hasil kajian yang jelas menunjukkan bahawa hasil daripada komitment yang tinggi daripada pihak pengurusan dalam menyediakan kelengkapan, latihan, klinik panel dan beberapa keutamaan

Page 21: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

lain telah menyediakan satu persekitaran tempat kerja yang selamat kepada pekerja mereka. Walaupun sukar untuk mendapatkan 100% “Free Accident” bagi kerja-kerja dalam sektor pembinaan, sekurangnya-kurangnnya majikan dapat mengurangkan kemalangan maut dan kemalangan nyaris. Malang memang tidak berbau, tetapi kemalangan boleh dihindari kerana manusia mampu mengubahnya. Oleh yang demikian, pentingnnya Program Pengurusan Keselamatan dikuatkuasa dan dijalankan dengan berkesan oleh majikan kerana ia mampu mengurangkan risiko kemalangan kepada pekerja.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Pekerja sebagai set penting dalam pembinaan memerlukan persekitaran kerja dan tempat bekerja yang selamat dan terhindar daripada sebarang bahaya. Bagi memastikan keadaan persekitaran di tempat kerja selamat dan sihat, peraturan yang terkandung dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) hendaklah dipatuhi. Kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja bawahan amat penting bagi memastikan Akta, Peraturan, Undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya.

Pihak pengurusan perlu mengambil penyertaan daripada pekerja bawahan dalam menggubal polisi/peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja supaya prosedur keselamatan premis mencakupi pekerja dalam pelbagai skop. Maknanya di sini ialah, pekerja daripada pelbagai peringkat/kelas pekerjaan perlu dilibatkan dalam membuat polisi keselamatan dan kesihatan pekerja. Ini kerana hanya pekerja sahaja yang mengetahui sejauh mana tingkat bahaya yang dihadipi oleh mereka kerana mereka sentiasa berada dalam persekitaran tersebut. Justeru, perundingan, kerjasama serta penglibatan pekerja dan majikan hendaklah digalakkan demi meningkatkan/ menjayakan usaha menambahbaik tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Pada keseluhannya, majikan atau kontaktor mempunyai tanggungjawab yang sewajarnya untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada ancaman bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Pada amnya, keselamatan dan kesihatan majikan dan pekerja di Malaysia adalah dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Jadi, syarikat dan industri yang berada di Malaysia hendaklah mematuhi penguatkuasaan yang telah ditetapkan. Antara contoh-contoh tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang majikan/kontraktor termasuklah menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa bekerja, menyenggara tempat kerja supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan serta menyediakan tatacara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan jentera dan bahan.

Selain itu, pekerja sendiri juga hendaklah mematuhi semua arahan dan perintah yang termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tidak menyatakan atau menerangkan kedudukan dan tanggungjawab yang sewajarnya sebagai seorang pekerja di tempat binaan. Tetapi, pekerja hendaklah menitikberatkan keselamatan dan kesihatan diri serta orang lain semasa bekerja. Di samping itu, sebagai seorang pekerja di tapak binaan, mereka perlulah memberikan kerjasama

Page 22: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

kepada majikan, kontrakor, dan pekerja lain dalam memenuhi segala tanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta atau peraturan-peraturan yang berkaitan dan sentiasa memakai pakaian keselamatan dan menggunakan kelengkapan perlindungan diri yang disediakan semasa di tempat pembinaan.

Selain daripada pihak-pihak utama yang disebutkan di atas, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjagakan dan memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat binaan. Undang-undang dan peraturan perlu bagi memastikan setiap perkara berhubung keselamatan dan kesihatan dilakukan dan dipatuhi. Ini bermakna kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan, seperti memberi dendaan atau hukuman kepada pihak yang tidak mematuhi undang-undang yang disediakan sama ada pihak majikan atau pekerja.

Kerajaan Malaysia seharusnya menubuhkan beberapa badan-badan atau agensi-agensi kerajaan bagi memantau keselamatan dan kesihatan pekerja dalam industri pembinaan negara. Badan-badan dan agensi-agensi yang ditubuhkan ini haruslah mempunyai undang-undang dan peraturannya sendiri secara jelas supaya semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan bekerjasama antara satu sama lain demi keselamatan masing-masing. Selain itu, aktiviti yang bermakna ini haruslah disebarkan oleh pihak kerajaan supaya kadar kemalangan yang berlaku di tempat binaan dapat dikurangkan dari tahun ke tahun.

Oleh yang demikian, kajian ini memilih Syarkat XYZ Construction Sdn. Bhd sebagai kajian kes bagi melihat sistem pengurusan keselamatan, tahap kesedaran para pekerja terhadap kemalangan dan risiko yang ada di tapak, dan keberkesanan pengurusan yang dijalankan oleh majikan di tapak bina.

Berdasarkan kaji selidik ke atas Syarikat XYZ kajian merumuskan bahawa kemalangan boleh dielakkan di tapak binaan berdasarkan beberapa faktor, antaranya penglibatan pekerja dalam menghadiri kursus/latihan, komunikasi, tahap pendidikan dan sebagainya. Faktor penyertaan pekerja kepada kursus dan latihan yang disediakan juga faktor yang sangat penting bagi memberi kesedaran kepada pekerja dan seterusnya mengurangkan kes kemalangan. Faktor komunikasi yang berkesan juga penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada para pekerja. Kehadiran buruh asing dari pelbagai negara juga perlu diberi perhatian terutama bagi meningkatkan masalah komunikasi. Faktor yang seterusnya adalah tahap pendidikan pekerja itu juga akan mempengaruhi kadar kemalangan yang berlaku di tapak binaan. Oleh sebab itu, semakin tinggi tahap pendidikan pada seseorang pekerja, jadi semakin tinggi tahap kesedaran tentang keselamatan di tapak binaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam setktor pembinaan semua pihak harus melibatkan diri dalam mengurangkan kes kemalangan. Program keselamatan dan kesihatan pekerja tidak akan berjaya sekiranya tanpa komitmen daripada semua pihak. Semua pihak juga perlu sentiasa meningkakan tahap sistem pengurusan keselamatan di tapak binaan untuk mengurangkan kes-kes kecederaan atau kematian. Ini bagi memastikan industri pembinaan adalah industri yang selamat untuk diceburi oleh golgongan belia demi kepentingannya industri ini yang banyak menyumbangkan kepada pendapatan perkapita negara.

Page 23: isu keselamatan dan kesihatan pekerja1

RUJUKAN

Abdul Aziz Hussin. 2001. Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina Tanggungjawab Bersama. Universiti Sains Malaysia.

Dimond, B. 2002. Risk Assessment And Management To Ensure Health And Safety At Work. British Journal of Nursing, 11 (12). 1372-1374.

Goetsch, D. 1999. Occupational Safety And Health For Technologists, Engineers, And Managers. New jersey. Prentice Hall.

Jimmie W. Hinze. 1997. Construction Safety. 1st .ed. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Mohd Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah & Ab. Aziz yusof. 2005. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dalam Organisasi. Pearson Prentice Hall.

Kogi, K. & Kawakami, T. 1997. Organization And Sevices In Occupational And Environmental Health. Journal Environmental Management and Health 8,5. 154-157.

Robert L. Peurifoy and William B. Ledbetter. 1985. Construction Planning, Equipment &

Methods. 4th.ed. McGraw-Hill International Editions. 1-6.