Upload
suddakar-narayanan
View
5.209
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Tajuk: Isu Konsep Sekolah Selamat Dalam Dasar Pendidikan Negara
Definisi dan Konsep Sekolah Selamat
Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat
mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang
menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat
menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak.
(Ronald D. Stephens 1996).
School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge"
mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-
pelajar dan guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal
dan psikologikal.
Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah
mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis
panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil
serta berterusan. (Dick Young, 1999)
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula
menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas
daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,
penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam
kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya
1
aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996)
menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang
perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek
perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah
yang sentiasa berusaha memastikan
Pelaksanaan
Program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan pada
tahun 2002 adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran
secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat setempat.
Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan
persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah.
Amalan sekolah selamat walaupun telah ujud sejak dahulu lagi,namun hanya
sekarang satu garispanduan yang tersusun diperkenalkan untuk sekolah-sekolah
seluruh Malaysia mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan
dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang
mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.
Ciri- Ciri Sekolah Selamat
Sesebuah sekolah yang dianggap selamat adalah diharapkan mempunyai ciri-ciri
berikut:-
Sensitif dan rasa hormat kepada warga sekolah.
Bebas dari sebarang ganguan
Kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas
2
Dasar disiplin yang konsisiten
Pelajar mencintai sekolah
Menyokong dan mengiktiraf tingkahlaku positif
Proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah
Warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah
Respon segera terhadap kecemasan
Penyenggaraan yang menepati masa
Amalan kebersihan
Bilik darjah yang bersih dan tersusun
Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan
sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang
berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara
kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor yang menyumbang kepada keselamatan
sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati
supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya
sekolah.
Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah
selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka
sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan.
Semangat sekolah kita tanggungjawab kita bersama yang tinggi merupakan
indikator sesebuah sekolah mempunyai ciri-ciri keselamatan. Perasaan kekitaan ini
merupakan intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat
dalam konteks pendidikan di Malaysia.
3
Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan
mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga
diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta
merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang.
Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang
lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa
dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat tanpa
mengira bangsa dan warna kulit. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat
penyayang dengan lebih nyata lagi.
RASIONAL
Dalam banyak keadaan ianya kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
utama pertimbangan.
Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal
sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang
berterusan perlu diwujudkan.
Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan.
Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas,
tanpa sokongan keluarga dan komuniti.
4
Isu Keselamatan
Dalam memperkatakan konsep sekolah selamat, seringkali pihak sekolah dicabar
sejauh manakah sekolah sebagai tempat yang mendidik pelajar selamat untuk
pelajar. Insiden-insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah yang
mengakibatkan kecederaan dan yang lebih serius lagi kematian telah
menggemparkan rakyat Malaysia dan berasa bimbang tentang keselamatan anak-
anak mereka dalam sekolah,
Beberapa kejadian ‘membelasah’ yang tercetus antara pelajar, khususnya di
sekolah menengah berasrama, hingga mengakibatkan kecederaan serius ternyata
bukan lagi boleh dipandang ringan. Kecederaan Mohd Hafizi Jumhari, 16, pelajar
kursus Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, yang
dilaporkan sehingga terpaksa dibuang buah pinggang kirinya selepas dipercayai
dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama, boleh dijadikan pembuka mata
terhadap ancaman luar jangkaan di sekolah.
Adakah dengan kes gejala disiplin sedemikian secara tidak langsung
menunjukkan kegagalan Program Sekolah Selamat yang masih baru digerakkan?
Statistik
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Varathan (2001), pada tahun 1977 banyak
kes yang keluar dalam akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar sekolah seperti peras ugut, pelajar terlibat dalam kongsi gelap, pelajar sepak
guru, dan samseng sekolah sebagai ditahap serius serta bilangan yang ditahan pula
adalah seramai 1719 orang kerana melakukan pelbagai jenayah.
5
Menurut laporan disiplin pelajar sekolah pula , menjelang tahun 1995 terdapat 8197
buah sekolah di Malaysia di mana sebanyak 6865 adalah sekolah rendah dan
selebihnya sekolah menengah. Di antara kesalahan yang paling banyak dilakukan
oleh pelajar ialah jenayah (23.45 %), kurang sopan (20.37 %) dan ponteng (17.17
%). Kesalahan lain yang dilakukan ialah salah laku, tidak jujur, kekemasan diri serta
tidak pentingkan masa. Pada tahun 1995 juga didapati 15.63 % atau seramai 136
904 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam masalah disiplin di mana
pelajar-pelajar tingkatan tiga merupakan golongan yang paling ramai melakukan
kesalahan .
Jadual 1: Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis Sekolah Jenis Kes 1997 1998 1999
Kes Samseng 107 77 85
Membakar Premis Sekolah 6 19 10
Statistik Polis Diraja Malaysia pada tahun 2007 merekodkan sebanyak 1,837 kes
jenayah dan seramai 3,383 pelajar ditahan. Pada tahun 2008 pula bilangan ini
meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.
Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat
Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus samseng jalanan
berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8
peratus dipengaruhi kawan.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaporkan seramai 295 pelajar terbabit
dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.
6
Dapatan kajian Universiti Malaya mendedahkan masalah disiplin utama di sekolah
adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.(Sumber: Berita Harian)
Dari laporan SSDM Seramai 48 pelajar sekolah rendah yang dibuang sekolah
sejak tahun 2004 hingga penghujung Mac 2009. Manakala 5,932 pelajar sekolah
menengah telah dibuang sekolah bagi tempoh yang sama. (Utusan Malaysia
Online)
Segala maklumat yang dipaparkan ini menunjukkan pada kita bahawa sahsia
pelajar pada ketika ini adalah pada peringkat yang membimbangkan dan sekolah
selamat yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terus dipersoalkan
keberkesanannya.
Masalah Pelaksanaan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara
maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Tugas KPM adalah
untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi
memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan
mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata
dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(PIPP).
7
Sekolah yang selamat akan memastikan pemerolehan ilmu yang menjurus kepada
penyediaan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Peracangan kerajaan
untuk melahirkan modal insan yang bersahsia tinggi disamping kemahiran untuk
memperkembangkan potensi diri perlu dialu-alukan. Banyak negara sedang
membangun beranggapan bahawa pembangunan negara dapat dicapai dengan
memajukan bidang pendidikan. Ia dikatakan sebagai alat yang boleh menjana
perubahan dalam masyarakat dan sebahagian daripada polisi sekolah selamat.
Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting
bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi
negara.
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para
pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang
berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan.
Sekolah yang selamat untuk menuntut ilmu akan mempunyai disiplin diri pelajar
yang tinggi.
Namun pada masa yang sama polisi kerajaan yang tidak sungguh-sungguh dalam
menangani isu-isu keselamatan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah jelas
menuju ke jalan buntu walaupun pelbagai usaha dan tenaga dicurahkan.
8
Kuasa Guru
‘Empowerment’ para guru yang disekat dalam menangani disiplin pelajar
merupakan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan dimana kerajaan telah lebih mengutamakan pendekatan yang mesra
dengan pelajar diperkenalkan bagi meningkatkan perkembangan sahsia pelajar
sekolah .
Penggunaan ‘psychology’ dalam menangani disiplin pelajar sekolah sememangnya
berkesan pada segolongan pelajar tertentu sahaja. Perkara ini mengajak kita
merenung kembali istilah kemenjadian murid yang berada di sesebuah sekolah.
Teori sekolah berkesan mengatakan bahawa, sesebuah sekolah yang berkesan
berpunca dari pelajar-pelajar yang bersahsia tinggi dan berdisiplin.
Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang
selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan
yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam
pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang
selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. keselamatan,
ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Hal ini berkait rapat
dengan kemenjadian pelajar yang merupakan satu faktor yang akan menentukan
keberkesanan sekolah. Oleh yang demikian kaedah yang di gunakan di sekolah-
sekolah yang mempunyai pelajar bersahsia baik tidak semestinya boleh
dilaksanakan di sekolah sekolah yang kebanyakan pelajar yang mempunyai sahsia
kurang memuaskan.
9
Pendekatan kokurikulum
Pendekatan yang lebih menumpukan peraturan yang ketat disamping memberi
ganjaran yang setimpal dengan perubahan sikap pelajar yang konsisten dapat
menunjukkan perubahan dalam diri pelajar yang bermasalah. Contoh nya
penglibatan pelajar dalam aktiviti amal dalam kokurikulum dapat mendedahkan
pelajar kepada pelbagai isu-isu semasa dan peluang seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar kearah perkembangan modal insan yang diharapkan.
Pelaksanaan kokurikulum yang lebih mengutamakan aktiviti dalam sekolah telah
ternyata tidak memberi kesan kepada pelajar dari segi perkembangan sahsia
pelajar dalam jangkamasa mereka berada di sekolah. Walaupun aktiviti luaran
dianjurkan oleh sekolah, namun pelaksanaannya tidak konsisten dan seringkali
berbentuk lawatan untuk menambah ilmu sahaja.
Program kokurikulum hendaklah dirancang supaya pelajar sentiasa terlibat dengan
aktiviti khidmat masyarakat, di mana pendekatan ini bukan sahaja merapatkan
pelajar dengan masyarakat, tetapi yang lebih penting, memberi pengalaman hidup
dan realiti sebenar hidup bermasyarakat dalam konteks Malaysia.
Dengan pendekatan ini disiplin pelajar yang semakin merosot dapat dipulihkan
apabila pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa berpeluang berganding bahu
dalam menyelesaikan masalah dan tugasan yang perlu mereka laksanakan dalam
masyarakat mereka sendiri.
10
Pembentukan pasukan unit beruniform yang yang memberatkan penyertaan
sesuatu ethnik sahaja harus dielakkan demi untuk mengelakkan perpecahan
masyarakat sekolah. Tanpa disedari kita sendiri telah menyediakan tapak untuk
mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum dalam aktiviti sekolah yang mana
bercanggah dengan falsafah pendidikan negara.
Polisi kerajaan
Polisi-polisi kerajaan yang mengutamakan perpaduan kaum seringkali tidak
mendapat pemantauan yang cekap dan konsisten oleh kerajaan pada peringkat
institusi dan jabatan. Sejauhmanakah komposisi kaum diutamakan dalam sektor
kerajaan dan swasta adalah satu perkara yang jelas boleh dipertikaikan.
Budaya yang ujud ditempat kerja tidak memperlihatkan budaya Malaysia yang
sebenar sehingga semangat mempertahankan ethnik masing-masing terus
memuncak tanpa mengambilkira hala tuju kita yang sebenar.
Jelas kepada kita bahawa sistem pendidikan sekolah memainkan peranan yang
penting dalam mengujudkan modal insan yang berjaya dan berkemahiran tinggi
dan mempunyai semangat Malaysia yang tulin. Namun demikian ternyata sistem
persekolahan gagal menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai sikap
kemanusian yang sejati dan sebaliknya mengejar kelulusan dan kebendaan
semata-mata. Maka adakah sekolah merupakan sebuah tempat yang selamat
pada ketika ini dalam menghasilkan modal insan yang berwawasan. Walaupun
sekolah dan institusi pengajian menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam
pelbagai bidang dengan cemerlang namun pembentukan sahsia manusia telah
terpencong jauh.
11
Cadangan dan pandangan
Dalam usaha kita mengujudkan sekolah selamat yang mempunyai ciri-ciri yang
telah dinyatakan sebelum ini, adalah wajar pagi semua pihak yang
bertanggungjawab mengutamakan perpaduan kaum dan semangat Satu Malaysia
bermula dari bangku sekolah. Persekolahan di Malaysia yang lebih memberi
perhatian kepada kehendak pendidikan ethnik masing masing perlu dihapuskan
dengan mengadakan sistem sekolah yang baru iaitu Sekolah Pengajian Rendah
Malaysia dan Sekolah Pengajian Menengah Malaysia. Dalam sistem
persekolahan ini semua matapelajaran yang perlu dikekalkan dan ditambah
dengan matapelajaran Bahasa Cina dan Tamil sebagai tambahan kepada semua
pelajar peringkat rendah mahupun menengah.
Proses pembentukan sekolah ini akan menggabungkan ketiga-tiga peringkat
sekolah yang ujud pada masa ini(SK, SJKC dan SJKT) sebagai satu sekolah yang
diberi nama Sekolah Malaysia. Matapelajaran bahasa ibunda setiap kaum akan
tetap dipertahankan dalam sistem baru ini dengan memberi peluang dan
kebebasan kepada pelajar dari Melayu, Cina dan India mempelajari Bahasa Cina,
Tamil dan juga Jawi dan Bahasa Arab sebagai elektif. Ini dapat menyaksikan
perkembangan pendidikan yang sama taraf, sihat dan saling memahami antara
satu sama lain dibawah satu bumbung. Dengan adanya sekolah Malaysia yang
terdiri dari murid dari semua lapisan masyarakat, kita dapat membentuk semangat
Satu Malaysia dari peringkat awal lagi kanak-kanak.
12
Usaha ini memerlukan kajian yang teliti kerana memerlukan penambahan waktu
persekolahan serta peningkatan dalam kemudahan sekolah, rombakan tenaga
pengajar yang seimbang dan kakitangan sokongan. Walaubagaimanapun ini
merupakan satu cadangan yang boleh diuji keberkesanannya terlebih dahulu demi
untuk kepentingan masa depan negara.
Kesimpulan
Isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas
terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauan
yang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja terumpu kepada soal
fizikal bangunan dan prasarana sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada
pembentukan sahsia pelajar melalui disiplin yang mantap di peringkat rendah dan
menengah. Di samping itu perubahan perlu dilakukan untuk mengembalikan
semula semangat Malaysia yang sejati dikalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari
berbilang kaum supaya konsep Satu Malaysia menjadi satu realiti yang dapat
dibanggakan.
13
Rujukan
1 Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications
2 Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4 Becker, G. S. (1964). Human Capital. New York: National Bureau of
Economic Research.
5 National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United
States. Hlm.3
6 Malaysia. (1990). Laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia.Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
7 http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm. Safe Schools Policy 5600.
8 http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm. Safe-School Plan
9 http://gegar.wordpress.com/2009/06/27/38/
14