Author
vancong
View
262
Download
0
Embed Size (px)
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
PELAN
STRATEGIK
2015-2020 ( Vol. 4)
Pelan Startegik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini berdasarkan pada semakan semula dan kajian semula bertarikh pada 7-8 Januari 2018.
2
Kandungan
“Syariah Asas Keadilan”
• Prakata 1
• Sejarah Penubuhan 5
• Punca Kuasa 7
• Stakeholders 8
• Pelanggan 10
• Garis Masa 11
• Misi, Visi dan Motto 12
• Objektif 13
• Nilai-Nilai Sejagat 14
• Apa Kata Pelanggan 15
• Peta Strategik 16
• Teras Strategik 17
• Strategi 18
• Strategi dan Pelan Tindakan 19
• Mekanisme Pelaksanaan 51
• Jawatankuasa Penyelarasan 52
• Pemantauan Pelan Strategik JAKESS 53
• Penutup 53
3
Prakata KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
Assalamualaikum W.B.T.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-
musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja
yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan
dianiaya.”
(Surah al-Anfaal : 60)
Usaha jabatan untuk mengadakan Pelan Strategik ini merupakan suatu usaha untuk melonjakkan
kecemerlangan perkhidmatan jabatan dengan membuat persediaan menghadapi cabaran-cabaran semasa yang
semakin kompleks dan jumlah pemfailan kes yang semakin meningkat pada setiap tahun.
4
Dalam setiap organisasi, perancangan yang teliti dan strategik merupakan kunci kepada kejayaan terhadap apa
juga program yang dirancang dan dilaksanakan. Tanpa perancangan, kita seolah-olah bergerak tanpa
persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015
hingga 2020 ini disusun bagi sebagai usaha penambahbaikan dan bagi menggantikan Pelan Strategik Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor 2010-2015 yang berfungsi sebagai panduan kepada kita semua dalam
memastikan peranan, fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kehakimam Syariah Selangor (JAKESS) berada di
landasan yang betul dan mencapai piawaian penyampaian perkhidmatan yang benar-benar melangkaui
ekspektasi semua stakeholder dan pelanggan. Pelan Strategik Jabatan ini telah disediakan dengan mengambil
kira Visi dan Misi JAKESS yang digubal selaras dengan keperluan dan menyahut kehendak stakeholders dan
pelanggan serta perkembangan semasa. Sehubungan dengan ini, Empat Teras Strategik utama telah ditetapkan
seperti yang berikut:
1. Memantapkan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah ke arah mendaulatkan syariat Islam;
2. Mempertingkatkan tadbir urus ke arah kecemerlangan organisasi sejajar dengan etika perkhidmatan
awam;
3. Memperkasakan keupayaan dan kapasiti warga jabatan bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan organisasi; dan
4. Meningkatkan imej jabatan dan kefahaman masyarakat terhadap perundangan Syariah bagi mencapai
matlamat keunggulan organisasi.
5
Justeru, penggubalan Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang baru bagi tempoh Tahun 2015
hingga 2020 adalah tepat pada waktunya kerana ianya bukan sahaja menjadi panduan semua warga JAKESS,
malah dapat memberi maklumat tepat kepada semua stakeholders JAKESS berhubung dengan peranan, fungsi
dan tanggungjawab Jabatan ini.
Untuk itu, bagi memastikan JAKESS masih terus relevan dalam memberikan perkhidmatan yang benar-benar
berkesan dan efektif kepada rakyat, dua ciri penting iaitu akauntabiliti dan responsibiliti perlu dibudayakan dalam
organisasi. Jika dua ciri ini dapat difahami dan diamalkan oleh setiap daripada kita, saya yakin JAKESS bukan
sahaja akan terus relevan, malah mampu membuat transformasi persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap
Institusi Kehakiman Syariah.
Sekian, Wassalam
YAA DATO’ DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
D.P.M.S., AMN., BSK., PPC.
6
Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada subseksyen 44(1) dan 44(2) Undang-
Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952. Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah
Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai 1 September 1991,
pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah telah diasingkan daripada pengurusan pentadbiran JAIS dan
dikenali sebagai Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pusat pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor
beroperasi di Tingkat 5 & 6, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai,
Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Mulai 2 Oktober 2003, pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah ditukar namanya dan
dikenali sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bermula 18 Julai 2011, JAKESS telah
berpindah dan memulakan operasinya di bangunan baru di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
JAKESS bertanggungjawab menguruskan perjalanan kes Mal, kes Jenayah, Kes Rayuan serta pembahagian
Faraid di semua peringkat mahkamah (Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah
Rayuan Syariah).
7
JAKESS mempunyai 3 peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Mahkamah
Tinggi Syariah Selangor yang beroperasi di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah Shah Alam,
manakala, Mahkamah Rendah Syariah Selangor teletak di 12 lokasi mahkamah di Negeri Selangor seperti yang
berikut:
1. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat;
2. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam;
3. Mahkamah Rendah Syariah Petaling;
4. Mahkamah Rendah Syariah Klang;
5. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat;
6. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur;
7. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor;
8. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor;
9. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat;
10. Mahkamah Rendah Syariah Sepang;
11. Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam; dan
12. Mahkamah Rendah Syariah Ampang.
8
Punca Kuasa
PUNCA KUASA
Perlembagaan Malaysia
Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
Arahan- Arahan
Perundangan Subsidiari Enakmen-
enakmen
Perjanjian Skim Perkhidmatan
Gunasama Pegawai Syariah
Malaysia
Surat Kelulusan Perjawatan Bil 15
Tahun 2014
9
Stakeholders Di Peringkat Persekutuan
JAKESS
Jabatan Perdana Menteri
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Agama)
Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM)
10
Stakeholders Di Peringkat Negeri
JAKESS Pejabat
Menteri Besar Selangor
Majlis Agama Islam Negeri
Selangor
D.Y.M.M Sultan Selangor Perdana Menteri Exco Agama
Negeri Selangor
Pejabat Setiausaha
Negeri Selangor
11
Pelanggan
JAKESS
Jabatan-Jabatan
Kerajaan Jabatan Bantuan Guaman
Mahkamah Syariah
Negeri-negeri
Bahagian Undang-
undang Majlis Agama Islam
Selangor
Unit Guaman Syarie Majlis Agama Islam
Selangor
Peguam-Peguam Syarie
Pertubuhan-Pertubuhan
Bukan Kerajaan
Pusat Pengajian
Tinggi Badan-badan Berkanun
Syarikat-Syarikat Swasta
Jabatan Imigresen Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Jabatan Pendaftaran
Negara
Warga kerja JAKESS
Pembekal Perolehan
Bekalan dan Perkhidmatan
Lain-lain pelanggan
12
Garis Masa
13
Misi, Visi dan Motto
MISI
Melaksanakan pengadilan dan pengurusan
Mahkamah Syariah secara berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan
Undang-Undang.
VISI
Menjadi Institusi Kehakiman Syariah
yang TERUNGGUL di Malaysia pada tahun
2020 yang berteraskan kepada
keadilan Islam
MOTO
"SYARIAH ASAS
KEADILAN'
14
Objektif
OB
JEK
TIF
Mengurus dan mengendali kes-kes mal dan Jenayah secara tepat dan teratur mengikut hukum Syarak dan undang-undang mengikut masa yang ditetapkan
Menguatkuasa dan melaksanakan penghakiman secara teratur dan berkesan.
Memberi perkhidmatan penyelesaian kes secara alternatif yang berkesan.
Merancang dan Membangunkan sumber manusia yang mencukupi, terlatih dan kompeten
15
Nilai-Nilai Sejagat
Sabar
Mesra
Berintegriti
Responsif
16
Apa Kata Pelanggan
Perkhidmatan
Kaunter
•Pengurusan Kaunter Lebih
Sistematik
•Meminimumkan Tempoh
Berurusan
Infrastruktur
•Pengurusan Lebih Cekap Dan
Teratur
•Keselesaan Dan Keselamatan
Kompetensi
Pegawai Dan
Kakitangan
•Penyampaian Perkhidmatan
Lebih Berkesan
Pengurusan
Dan
Pengendalian
Kes
•Penyampaian Lebih Efisyen
•Penjimatan Masa
Perintah/
Penghakiman
•Penguatkuasaan Dan
Pelaksanaan
KEPUASAN
PELANGGAN
17
Peta Strategik
Teras Strategik
PELAN STRATEGIK
JAKESS 2015-2020
Visi
Misi
Objektif
SUMBER RUJUKAN
Maklum Balas Pelanggan
Pelan Strategik
Stakeholder
Statistik Kes
Pelan Strategik Jabatan
2011-2015
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Sasaran Kerja Tahunan Bajet Tahunan
18
• MEMANTAPKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH KE ARAH MENDAULATKAN SYARIAT ISLAM
TERAS 1
• MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI SEJAJAR DENGAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
TERAS 2
• MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI WARGA JABATAN BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN ORGANISASI
TERAS 3
• MENINGKATKAN IMEJ JABATAN DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERUNDANGAN SYARIAH BAGI MENCAPAI MATLAMAT KEUNGGULAN ORGANISASI
TERAS 4
19
Strategi Pada tahun 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan menjadi―
“Syariah Asas Keadilan”
VISI Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang TERUNGGUL di
Malaysia pada tahun 2020 yang berteraskan kepada keadilan Islam
MISI
Melaksanakan Pengadilan Dan Pengurusan Mahkamah Syariah Secara Berkesan Dan Sistematik Berasaskan
Peruntukan Undang-Undang
Memantapkan Pentadbiran
Kehakiman dan
Perundangan Syariah Ke
Arah Mendaulatkan
Syariat Islam
Mempertingkatkan Tadbir Urus Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Sejajar Dengan Etika Perkhidmatan Awam
Memperkasakan
Keupayaan Dan Kapasiti
Bagi Meningkatkan
Kecekapan Dan
Keberkesanan
Organisasi
Meningkatkan Imej Jabatan Dan Kefahaman Masyarakat Terhadap Perundangan Syariah Bagi Mencapai Matlamat Keunggulan Organisasi
PELANGGAN
PROSES DALAMAN
PEMBANGUNAN DAN PEMBELAJARAN
KEWANGAN
20
Strategi dan Pelan Tindakan Jabatan TERAS 1 : MEMANTAPKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Objektif strategik pertama mengandungi sembilan (9) strategi iaitu “Penyelesaian Kes-Kes Tertangguh, Mempercepatkan
Penyelesaian Kes Mal, Memperkasakan Perkhidmatan Kaunter, Pemerkasaan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Selangor
Melalui Kolaborasi Bersama Dengan Jabatan, Agensi Dan NGO Yang Melaksanakan Dan Menguatkuasakan Undang-Undang
Syariah, Pemerkasaan Penyelesaian Kes Secara Alternatif, Pemerkasaan Proses Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Perintah,
Pengemaskinian Undang-Undang, Pelaksanaan Dan Pembudayaan Teknologi ICT Secara Maksimum Dan Meningkatkan Jaringan
Kerjasama Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan.”.
Sebagai sebuah institusi kehakiman Syariah yang wujud di sebuah Negeri maju yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang
ramai, status pelanggan yang memiliki tahap pendidikan dan latar belakang sosio ekonomi yang secara majoritinya bermula dari
kelas pertengahan dan atas dan pelanggan yang datang daripada berbagai-bagai latar belakang budaya, keturunan dan
kewarganegaraan, JAKESS berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan getir untuk memastikan keadilan dapat
ditegakkan selaras dengan undang-undang dan hukum Syarak tanpa timbulnya perasaan rasa tidak berpuas hati di kalangan
pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi JAKESS untuk benar-benar menjadi sebuah jabatan yang memiliki sistem
pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah yang benar-benar mantap, fokus, teratur, berdaya saing, terkini dan berinovasi.
21
STRATEGIK DAN PELAN TINDAKAN
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1. Penyelesaian kes-kes tertangguh
1.1. Menyenaraikan dan menyelesaikan kes-kes yang telah difailkan melebihi 2 tahun
Peratus kes Mal dan Jenayah di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah yang telah selesai
90% kes yang belum selesai bagi kes yang difailkan melebihi 2 tahun berjaya diselesaikan
1. Pelanggan berpuashati dengan tempoh penyelesaian kes.
2. Peningkatan peratusan kepuasan pelanggan
3. Tiada lagi teguran daripada stake holder berkaitan isu kelewatan kes
Setiap Tahun
2. Mempercepatkan penyelesaian kes Mal
Peratusan penyelesaian kes
Menghasilkan satu SOP proses perceraian
90% Penyelesaian kes cerai seksyen 47 dalam tempoh 6 jam dari masa difailkan
1.Pelanggan berpuashati dengan tempoh penyelesaian kes. Refer pada ada aduan kelewatan kes-Pn Herlina – aduan 2017
2.Peningkatan
2015-2020
22
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
peratusan kepuasan pelanggan
3.Tiada lagi teguran daripada stake holder berkaitan isu kelewatan kes
2.1 Menetapkan KPI bagi kes-kes semasa
Peratusan penyelesaian kes
2016-2020
Kes Mal: MRS 80%
Kes Mal: MTS 75%
3. Pemerkasaan perkhidmatan kaunter
3.1. Mewujudkan kaunter dan perkhidmatan runding cara, pentadbiran afidavit dan wakalah secara berasingan dengan kaunter pendaftaran
Bilangan lokasi Mahkamah Rendah Syariah
12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah
Urusan kaunter yang cepat dan pantas
2016-2020
3.2. Mewujudkan jawatan yang lebih kanan dan
Bilangan lokasi Mahkamah Syariah
12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah
Urusan kaunter yang cepat dan pantas
2016-2020
23
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
jawatan khusus bagi frontliner yang bertugas di kaunter
dan 1 lokasi Mahkamah Tinggi Syariah
3.3. Mewujudkan carta aliran kerja bagi urusan di kaunter untuk kemudahan pelanggan
Bilangan Carta Aliran Kerja
Menyediakan 2 carta aliran untuk:
i. Mahkamah Tinggi Syariah
ii. Mahkamah Rendah Syariah
2016-2017
3.4. Mewujudkan manual borang bagi kes-kes di Mahkamah Rendah Syariah pada tahun kedua pelaksanaan untuk kemudahan pelanggan mengisi borang Mahkamah
Bilangan manual 10 manual 1. Mengurangkan kadar kesilapan ketika mengisi borang
2. Mengurangkan pelanggan berulang alik ke kaunter bagi melengkapkan borang permohonan
2016-2020
24
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3.5. Meluaskan pemakaian “Queue Management System” (QMS) di semua lokasi Mahkamah Rendah Syariah
Bilangan lokasi yang masih belum diberi kemudahan QMS
2 lokasi yang akan diberi kemudahan QMS
1. Melancarkan urusan di kaunter
2. Kepuasan hati pelanggan
2017-2018
4. Pemerkasaan pentadbiran undang-undang Islam di Selangor melalui kolaborasi bersama dengan jabatan, agensi dan NGO yang melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang Syariah
4.1. Menganjurkan mesyuarat penyelarasan antara JAKESS dengan Jabatan dan agensi lain (Bahagian Penguatkuasa Agama dan Bahagian Pendakwa Syarie JAIS, Polis, Penjara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen dan lain-lain)
Bilangan Mesyuarat
3 Mesyuarat setahun
Mengurangkan isu ketidakselarasan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang – undang syariah negeri selangor yang melibatkan agensi yang berkaitan
Bermula 2015
25
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
5. Pemerkasaan proses penyelesaian kes secara alternatif
5.1. Melantik anggota Panel Hakam bagi memperkasakan proses Hakam
Jumlah pelantikan anggota panel hakam
60 orang anggota Panel Hakam dilantik
Tiada kelewatan penyelesaian kes – kes cerai
Bermula 2015
Jumlah penyelesaian kes dalam tempoh 6 bulan
90% kes-kes cerai yang dirujuk kepada hakam diselesaikan bermula tempoh daripada pelantikan hakam dalam tempoh 6 bulan berdasarkan Kaedah-Kaedah Hakam Negeri Selangor.
Tiada kelewatan penyelesaian kes – kes cerai
Bermula 2015
6. Pemerkasaan proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
6.1. Mewujudkan kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah bagi Bahagian Sokongan Keluarga di dalam undang-undang
Bilangan undang-undang dipinda
1 undang-undang selesai dipinda
Peningkatan penguatkuasaan perintah nafkah dan pembayaran lain
2019
26
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
7. Pengemaskinian undang-undang
7.1. Mewartakan draf Kaedah-Kaedah Sulh Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor
1 draf kaedah diluluskan
Pencapaian penyelesaian kes melalui sulh meningkat
2015- 2020
Bilangan draf kaedah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
1 draf kaedah diluluskan
2018
Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS
1 draf kaedah diluluskan
2019
Bilangan kaedah yang diwartakan
1 kaedah diwartakan
2020
7.2. Menggubal dan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Borang-Borang Jenayah)
Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor
1 draf kaedah diluluskan
Penyeragaman tindakan dan pengurusan kes jenayah
2015- 2020
Bilangan draf kaedah dibentangkan
1 draf kaedah diluluskan
2020
27
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS
Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS
1 draf kaedah diluluskan
2020
Bilangan kaedah yang diwartakan
1 kaedah diwartakan
2020
7.3. Meneliti dan mencadangkan pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggubalan
8 Mesyuarat diadakan
Semua proses kerja baru yang ditambahbaik melalui perekayasaan, KFA, Inovasi dan lain-lain dapat dilaksanakan secara sah menurut undang-undang
2015-2018
7.4. Cadangan pewujudan 2 Kaedah Tatacara Mal iaitu Kaedah Pengurusan Kes dan Kaedah Semakan Kehakiman
Cadangan – cadangan pindaan diterima oleh ahli mesyuarat
2018
Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah
1 draf pindaan diluluskan
2018
28
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
Selangor
Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS
1 draf pindaan diluluskan
2019
Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS
1 draf pindaan diluluskan
2019
Bilangan kaedah yang diwartakan
1 pindaan undang-undang diwartakan
2020
8. Pelaksanaan dan pembudayaan teknologi ICT secara maksimum
8.1 Melengkapkan Prasarana
Penyediaan kemudahan rangkaian komputer tanpa wayar (wireless)
Bangunan ibu pejabat -12 titik capaian
Mahkamah Rendah Syariah – 2 titik capaian bagi setiap MRS
2019-2020
Melengkapkan setiap dewan bicara dengan kemudahan komputer dan mesin pencetak
2 unit komputer dan sebuah mesin pencetak untuk setiap dewan bicara kegunaan
1. Semua aplikasi esyariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.
2020
29
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
Pembantu Dewan dan Setiausaha Pejabat/ Pembantu Setiausaha Pejabat
2. Mempercepatkan pengesanan kepada status kes
8.2 Menggunapakai aplikasi My SMS
3 jenis notis dikeluarkan
1. Notis Tangguhan Sulh
2. Notis Tangguhan Bicara
3. Notis Makluman Perintah Siap
1. Penjimatan kertas, sampul surat dan setem untuk penghantaran melalui pos
2. Pelanggan menerima notis dengan lebih cepat
2020
8.3 Melaksanakan Sistem e-Faraid
Peratus penggunaan 30 % penggunaan oleh Hakim
1. Tiada kesilapan siasatan waris
2. Mudah dan cepat
2020
8.4 Mengoptimumkan Modul e-Bicara
Peratusan daripada kes yang diselesaikan menggunakan E-Bicara
40% penyelesaian kes menggunakan E-Bicara
2017
8.5 Mengoptimumkan penggunaan Sistem e-nafkah
Penggunaan dan pemantauan lebih cekap sistem e-Nafkah
100% 2016
30
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
8.6 Mengoptimumkan penggunaan Sistem Pengurusan Peguam Syarie (SPPS)
Peratus pelaksanaan proses permohonan dan Peguam Syarie secara paperless
100% 2020
8.7 Menguatkuasakan penggunaan portal E-Syariah untuk fungsi pra-pendaftaran kes mal dan kes jenayah
Peratus pendaftaran 30% 2020
8.8 Membuat program penggantian perkakasan ICT
Peratus penggantian 25% 2020
9. Meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan
9.1. Menjalinkan hubungan kerjasama dan perkongsian pintar dengan institusi kehakiman Syariah negeri/negara lain
Bilangan perkongsian pintar yang digunapakai
2 perkongsian pintar
2018-2020
31
TERAS 2 : MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI SEJAJAR DENGAN ETIKA
PERKHIDMATAN AWAM
Objektif strategik kedua mengandungi tiga (3) strategi iaitu “Memperkasa Dan Meningkatkan Keberkesanan Tadbir Urus Di Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor, Mempertingkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan
Memantapkan Sistem Dan Prosedur Kerja.”. Salah satu daripada cabaran utama JAKESS ialah memastikan keadilan ditegakkan
dengan mematuhi segala proses kerja dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh piagam
pelanggan agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian, tadbir urus yang terbaik adalah
sangat penting bagi menghadapi cabaran ini dengan berkesan. Ketiga-tiga strategi ini diatur agar teras kedua ini dapat
direalisasikan dan akan dilaksanakan sejajar dengan pekeliling dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh MAMPU dan
Jabatan Perkhidmatan Awam.
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1. Memperkasa dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
1.1. Meningkatkan kecekapan proses dan kawalan dalaman melalui pengukuhan pengurusan dan pelaksanaan
Peratus pencapaian analisa Prestasi Perkhidmatan melalui objektif kualiti jabatan/ bahagian dan unit
85% pencapaian prestasi keseluruhan jabatan/ bahagian dan unit
Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008
Setiap tahun
Mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015
Dipersijilkan oleh SIRIM
Semua proses kerja dapat dilaksanakan
2018
32
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
sistem kualiti.
Kekerapan laporan Laporan mesyuarat MKSP sekali setahun
secara teratur sebagaimana yang didokumenkan
Setiap tahun
Jumlah mesyuarat tindakan pembetulan NCR dan pencegahan (OFI)
Sekali setahun bagi ibu pejabat JAKESS dan lokasi Mahkamah Rendah Syariah
Setiap tahun
Peratus tindakan terhadap ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan daripada auditan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
80% Peratus tindakan diambil
Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008
Setiap tahun
Peratus tindakan terhadap ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan daripada auditan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
80% Peratus tindakan diambil
Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015
2018
Peratus bilangan NCR dan OFI
Menurun sebanyak 30% setiap tahun
Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008
Setiap tahun
33
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1.2. Melaksanakan semua tindakan yang perlu bagi memenuhi kriteria auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)
Status pencapaian auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) yang dilakukan pada tahun sasaran kepada 2 tahun sekali
Tersenarai dalam 15 jabatan terbaik
Pengiktirafan APPC 2015
Mengekalkan percapaian APPC
2016
Mengekalkan percapaian APPC
2017
Mengekalkan percapaian APPC
2018
Mengekalkan percapaian APPC
2019
Mengekalkan percapaian APPC
2020
1.3. Memendekkan
proses kerja dan mengurangkan karenah birokrasi melalui proses perekayasaan dalam program Key Focus Activity (KFA)
Bilangan program perekayasaan proses kerja
Mewujudkan 3 program perekayasaan proses kerja setiap tahun
1. Kepuasan pelanggan/ kurangnya pertanyaan daripada pelanggan berhubung isu bidangkuasa melalui telefon
2. Mengurangkan kadar kesilapan ketika mengisi borang
2016-2020
Menganjurkan Hari Inovasi/ Mini Konvensyen
2018-2020
34
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3. Mengurangkan pelanggan berulang alik ke kaunter bagi melengkapkan borang permohonan
4. Mempercepatkan penyelesaian kes
5. Mengelakkan tangguhan kes disebabkan pihak/ saksi sakit atau hilang upaya
1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri/ Wilayah
Tempat 1-5/ Anugerah Emas Konvensyen KIK peringkat Negeri/ Wilayah
2016-2020
1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan
1.Tempat 1-5 Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan
2. Memperoleh penarafan 3 bintang
2020
1.4. Melaksanakan budaya dan persekitaran
Pensijilan
Pensijilian EKSA di lokasi ibu
Pensijilan EKSA tahap cemerlang
2015 - 2020
35
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
kerja yang kondusif melalui amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
pejabat JAKESS.
Mengekalkan pencapaian.
Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah kecuali Mahkamah Rendah Syariah Gombak dan Hulu Langat
Pensijilan EKSA
2015-2020
Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Mengekalkan pencapaian.
Pensijilan EKSA tahap cemerlang
2016-2020
Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Pensijilan EKSA tahap cemerlang
2016-2020
36
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1.5. Memperkasakan kumpulan rakan pembimbing perkhidmatan awam (AKRAB) melalui sesi perjumpaan seluruh kakitangan jabatan secara berkelompok
Bilangan aktiviti 3 kali setahun
Warga kerja sentiasa sihat dan bermotivasi
2015-2020
Jumlah program promosi
4 kali setahun
1.6. Membuat Kajian semula piagam pelanggan untuk mencapai ciri-ciri SMART (Specific, measurable, achievable, realistic, timebound)
Peratus tahap kepuasan pelanggan
Peratus pencapaian Piagam Pelanggan sekurang-kurangnya 80%
Hebahan di setiap lokasi Mahkamah
2020
Bilangan kajian semula 1 kajian 1. Tidak berlaku kelewatan dalam proses – proses kerja utama
2. Meningkatkan
2018-2020
Tahap kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 85%
2016 - 2020
37
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
peratus tahap kepuasan pelanggan
2. Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
2.1. Melaksanakan aktiviti penerapan dan penghayatan integriti serta nilai-nilai murni
Bilangan aktiviti
melaksanakan 3 aktiviti penerapan dan penghayatan integriti pada setiap tahun
Pengurangan kes tatatertib
2020
Penyediaan laporan – laporan untuk dihantar kepada Unit Integriti SUK
4 kali setahun
2018-2020
2.2. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan tatatertib secara bersepadu
Bilangan kes tatatertib Tidak lebih 2% kes tatatertib yang berlaku
2015-2020
2.3. Melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni
Bilangan program Tazkirah Jumaat sekurang-kurang 2 kali sebulan
Tazkirah setiap hari Jumaat kecuali bertembung dengan program yang melibatkan warga JAKESS
Setiap tahun
38
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
keseluruhannya
Mengadakan 2 program pembersihan jiwa
3 program ceramah
Setiap tahun
2.4. Meningkatkan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti yang di keluarkan oleh Jabatan Audit Negara
Jumlah teguran audit Jumlah teguran menurun pada setiap auditan
Pencapaian 5 bintang 2020
2.5. Menganjurkan program-program penerangan dasar-dasar jabatan kepada seluruh warga JAKESS
Jumlah program 2 kali setahun Bermula 2015
39
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3. Memantapkan sistem dan prosedur kerja
3.1. Menambahbaik Dokumen Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2008 dengan pelaksanaan Versi Syariah
Jumlah Bengkel Penambahbaikan Dokumen
2 Bengkel Penambahbaikan Dokumen
Semua proses kerja dapat dilaksanakan secara teratur sebagaimana yang didokumenkan
2015
Bilangan dokumen disediakan
1 dokumen disediakan
2015
Pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah
Berjaya di berik pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah
2016
Pensijilan MS 1900:2014 Versi Syariah
Berjaya diberi pensijilan MS 1900:2014 Versi Syariah
2018
Pensijilan MS ISO 9001:2015
Berjaya diberi pensijilan MS ISO 9001:2015
2018
40
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
4. Memperkasakan
pengurusan Rekod
Jabatan
Melaksanakan program pelupusan secara berjadual
Bilangan rekod yang dilupuskan
Melaksanakan pelupusan rekod 5000 fail setahun
1. Mengoptimumkan ruang simpanan
2. Kemudahkesanan fail
3. Memelihara rekod-rekod penting Jabatan secara simpanan kekal di Jabatan
Setiap tahun
41
TERAS 3 : MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI WARGA JABATAN BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN
DAN KEBERKESANAN ORGANISASI
Objektif strategik ketiga mengandungi enam (6) strategi iaitu “Pengukuhan Organisasi, Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia,
Peningkatan Kompetensi Warga Jabatan, Meningkatkan Tahap Motivasi Warga Kerja Agar Sentiasa Cemerlang dan Produktif,
Meningkatkan Aspek Penjagaan Kebajikan Warga Jabatan dan Jalinan Kerjasama Yang Erat Antara Seluruh Warga Jabatan dan
Penyediaan Kemudahan, Prasarana Dan Ruang Kerja Yang Kondusif Dan Selamat”.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan memperkukuhkan organisasinya dengan menyediakan Kertas Cadangan Pengukuhan
Organisasi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pekhidmatan Awam Malaysia bagi memastikan jumlah tenaga kerja
yang mencukupi dan peluang perkembangan kerjaya yang lebih luas bagi meningkatkan motivasi warga kerja. Strategi
memperkukuhkan pengurusan sumber manusianya dilaksanakan dengan membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber
Manusia yang dipantau dan disemak semula pada setiap tahun bagi memastikan ia sentiasa realistik dan boleh dicapai. Strategi ini
juga akan menggariskan usaha bagi meningkatkan kompetensi warga kerja melalui program pembelajaran berterusan yang
terancang melalui penyediaan peruntukan kewangan yang mencukupi, penganjuran program latihan yang teratur dan mengadakan
kolaborasi dengan IPTA yang kompeten untuk melaksanakan program latihan yang telah dikenalpasti.
Aspek motivasi juga diberi penekanan utama bagi memastikan kecemerlangan warga jabatan dapat dikekalkan dan seterusnya
akan meningkatkan produktiviti sepanjang masa. Ia juga akan turut menekankan pembudayaan kerja yang berprestasi tinggi di
samping menekankan pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran. Strategi seterusnya menekankan aspek penjagaan
kebajikan warga jabatan agar penumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab tidak terjejas dengan masalah-masalah
yang tidak sepatutnya atau disebabkan oleh suasana kerja yang serba kekurangan. Selain itu, jalinan kerjasama yang mantap
antara semua warga jabatan akan terus diperkasakan agar setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan
42
sempurna. Seterusnya, penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat juga akan diberi penekanan
kerana ia bukan saja akan dapat melahirkan suasana kerja yang lebih aman dan selesa, malah ia juga akan memberikan imej dan
gambaran yang positif kepada semua pelanggan yang datang berurusan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1. Pengukuhan organisasi
1.1. Menyediakan kertas cadangan pengukuhan organisasi yang melibatkan pertambahan jawatan baru nak menaik taraf jawatan sedia ada
Bilangan kertas cadangan
1 Kertas Cadangan disediakan
1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan
2. Kesan daripada masalah kekurangan pegawai dan kakitangan dapat diminimumkan
2015
Pembentangan cadangan kepada PSM SUK
1 Kertas Cadangan diluluskan
Kelulusan cadangan oleh pihak PSM SUK
2015
Pembentangan cadangan dengan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Organisasi JPA bagi gred 54 ke bawah
1 Kertas Cadangan diluluskan
Kelulusan waran perjawatan baru dengan pertambahan jawatan, bahagian dan peluang kenaikan pangkat
2017
43
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1.2 Memastikan pengisian gred jawatan lantikan dan gred kenaikan pangkat
Peratus pengisian 1. Peratus pengisian bagi kenaikan pangkat sebanyak 100%
2. Peratus pengisian jawatan lantikan sebanyak 90%
1. Meningkatkan motivasi untuk pekerja
2. Mengurangkan masalah kekosongan jawatan
Setiap tahun
1.3 mengemukakan cadangan untuk perwujudan jawatan secara lantikan kontrak
Bilangan kertas cadangan
1 Kertas Cadangan diluluskan
1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan
2. Kesan daripada masalah kekurangan pegawai dan kakitangan dapat diminimumkan
2018
2. Pemantapan pengurusan sumber manusia
Pelaksanaan Pelan Strategik Sumber Manusia agar memberi impak yang sebenar
Peratus pelaksanaan pelan tindakan Pelan Strategik Sumber Manusia
80% pelaksanaan daripada Pelan Strategik Sumber Manusia
1. Pengurusan Sumber Manusia lebih berkesan dan teratur
2. Sebarang masalah dan kelemahan yang melibatkan Sumber Manusia dapat ditangani
Setiap tahun
44
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3. Peningkatan kompetensi warga jabatan
3.1 Menganjurkan program latihan secara in house bagi setiap gred dan jawatan di JAKESSyang mempunyai jumlah penjawat yang ramai
peratusan program latihan yang dianjurkan
80% daripada program latihan yang dirancang pada setiap tahun dilaksanakan
1. Meningkatkan kompetensi semua warga kerja
2. Kepuasan pelanggan meningkat terhadap perkhidmatan Jabatan
Setiap tahun
3.2 Mengenal pasti dan mencalonkan kehadiran bagi program latihan luar
Bilangan program latihan yang disertai
20 program latihan
1. Meningkatkan kompetensi semua warga kerja
2. Kepuasan pelanggan meningkat terhadap perkhidmatan Jabatan
Setiap tahun
3.3 Memastikan semua warga jabatan menghadiri program latihan yang relevan dengan bidang tugas dan keperluan
Bilangan program latihan dihadiri setiap warga jabatan
1 hari program latihan Pendidkan Islam
6 hari program latihan yang relevan dengan bidang tugas dan keperluan
1. Meningkatkan kompetensi semua warga kerja
2. Kepuasan pelanggan meningkat terhadap perkhidmatan Jabatan
Setiap tahun
45
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3.4 Memastikan semua Pegawai Sulh yang berkhidmat di JAKESS menghadiri dan berjaya dipersijilkan sebagai Mediator Antarabangsa oleh Accord Group atau mana-mana badan persijilan lain yang diiktiraf
Peratus Pegawai Sulh yang dipersijilkan
100% Pegawai Sulh yang dipersijilkan sebagai Mediator Bertauliah
1. Semua Pegawai Sulh menjadi mediator bertauliah yang layak beramal sebagai mediator di peringkat antarabangsa
2. Meningkatkan kompetensi semua Pegawai Sulh
3. Kepuasan pelanggan meningkat terhadap Majlis Sulh
4. Peningkatan penyelesaian kes melalui Majlis Sulh
5. Mengurangkan kes tertunggak
2016-2020
46
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
4. Meningkatkan tahap motivasi warga kerja agar sentiasa cemerlang dan produktif
4.1. Memberi penghargaan dengan mewujudkan anugerah tambahan bagi warga jabatan cemerlang yang tidak terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Bilangan Anugerah tambahan diwujudkan
12 Anugerah tambahan diwujudkan
Meningkatkan motivasi untuk pekerja
2015-2020
Jumlah Penerima Anugerah
20 penerima Anugerah
Meningkatkan motivasi untuk pekerja
2015-2020
4.2. Memberi penghargaan dengan mencalonkan warga jabatan yang layak untuk menerima pingat dan darjah kebesaran
Bilangan warga jabatan yang dicalonkan
5 orang warga jabatan yang dicalonkan diperingkat negeri dari kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II
Meningkatkan motivasi pekerja
Meningkatkan imej dan kredibiliti jawatan tertinggi
Setiap tahun
47
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
Seorang warga jabatan yang dicalonkan di peringkat negara atau negeri lain dari kumpulan Pengururusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II
Meningkatkan motivasi pekerja
Meningkatkan imej dan kredibiliti jawatan tertinggi
Setiap tahun
4.3. Menganjurkan program-program yang menyemarakkan motivasi atau semangat kerja berpasukan
Bilangan program 3 program setahun
Warga kerja menjadi lebih efisyen dan produktif dalam melaksanakan tugas
2015-2020
48
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
5. Meningkatkan aspek penjagaan kebajikan warga jabatan dan jalinan kerjasama yang erat antara seluruh warga jabatan
5.1. Menyelesaikan isu relevan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan
Peratusan isu-isu yang diselesaikan
80% 1. Meningkatkan motivasi pekerja
2. Warga kerja menjadi lebih efisyen dan produktif dalam melaksanakan tugas
3. Kebajikan warga kerja terjaga
Setiap tahun
Bilangan program yang dianjurkan
Menganjurkan program Hari Keluarga 2 tahun sekali
Meningkatkan motivasi pekerja
Warga kerja menjadi lebih efisyen dan produktif dalam melaksanakan tugas
2018
Bilangan program yang dianjurkan
Menganjurkan Sukan Jabatan 2 tahun sekali
1. Meningkatkan motivasi pekerja
2. Warga kerja menjadi lebih efisyen dan produktif dalam melaksanakan tugas
2020
49
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
3. Mengeratkan hubungan di antara warga Jabatan
Menyertai sukan yang dianjurkan diperingkat agensi dan persekutuan
Menyertai sukan dua tahun sekali
Mengeratkan hubungan di antara warga Jabatan dan agensi-agensi luar
2020
Bilangan program yang
dianjurkan
Menganjurkan 4 program perhimpunan Jabatan
Menganjurkan 1 program Ihya’ Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya
1. Mengeratkan hubungan di antara warga Jabatan
2. Warga kerja memahami semua dasar dan arahan Jabatan
Setiap tahun
5.2 Memantapkan kesihatan pekerja dengan menganjurkan program kesedaran kesihatan di peringkat dalaman
Jumlah program
Menganjurkan Program Kesedaran dan Saringan Kesihatan 1 kali setahun
1. Melahirkan warga kerja yang lebih sihat dan produktif
Setiap tahun
50
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
Mengeluarkan notis peringatan kepada semua pegawai yang telah mencapai umur 40 tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan
2. Pengurangan 1% pengambilan cuti sakit
6. Penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat
6.1. Memperbaiki semua aduan kerosakan yang bukan di bawah tanggungjawab pemaju
6.2. Mencari jalan
penyelesaian bagi memperbaiki keselurusan kerosakan bangunan baru yang berada di bawah tanggungjawab pemaju
Peratus pembaikan kerosakan yang diadu
30% kerosakan yang diadu diperbaiki
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa semasa berada di bangunan JAKESS
2015
60% kerosakan yang diadu diperbaiki
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa semasa berada di bangunan JAKESS
2016
80% kerosakan yang diadu diperbaiki
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa dan selamat semasa berada di bangunan JAKESS
2017
51
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
95% kerosakan di bawah tanggungjawab pemaju yang diadu diperbaiki
100% kerosakan yang bukan di bawah tanggungjawab pemaju yang diadu diperbaiki
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa dan selamat semasa berada di bangunan JAKESS
2018
6.3. Mendapatkan peruntukkan yang mencukupi bagi penyelenggaraan
Peratus peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan
10% peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa dan selamat semasa berada di bangunan JAKESS
2016-2018
52
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
6.4. Membuat penyelenggaraan berkala bagi keseluruhan peralatan dan kemudahan yang terdapat dalam bangunan
% pencapaian penyelenggaraan daripada yang perlu dilaksanakan
Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 100% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa dan selamat semasa berada di bangunan JAKESS
Setiap tahun
% bilangan kekerapan penyelenggaraan daripada yang ditetapkan
Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 75% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara
Warga Jabatan dan pelanggan berada di dalam keadaan selesa dan selamat semasa berada di bangunan JAKESS
2018
53
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
6.5 Menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan peruntukan
Bilangan kertas cadangan
Satu kertas cadangan disediakan
1. Latihan dapat dilaksanakan di Pusat Info
2. Penjimatan peruntukan bagi penganjuran program-program jabatan
3. Tiada program-program yang akan dibatalkan disebabkan oleh
4. kekangan kewangan atau tempat pelaksanaan program.
2020
54
TERAS KEEMPAT: MENINGKATKAN IMEJ JABATAN DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERUNDANGAN
SYARIAH BAGI MENCAPAI MATLAMAT KEUNGGULAN ORGANISASI
Objektif strategik keempat mengandungi tiga (3) strategi iaitu “Melaksanakan Program/Usaha Promosi Jabatan dan Memperkukuh
Jaringan Penyampaian Maklumat.”.
Imej sesuatu organisasi amat penting dalam meyakinkan pelanggan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan.
Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan giat melaksanakan usaha bagi mempertingkatkan imej korporatnya melalui
peningkatan kecekapan barisan hadapan. Program turun padang akan diadakan dengan lebih kerap agar masyarakat lebih
memahami fungsi dan peranan yang dimainkan oleh jabatan dalam melaksanakan fungsinya. Maklumat-maklumat di dalam laman
web akan sentiasa dipantau dan dikemas kini agar ia dapat memberi maklumat dan info yang berguna kepada masyarakat. Media-
media akan dimanfaatkan secara strategik supaya ia akan dapat menjadi medium yang berkesan untuk menyalurkan maklumat
kepada masyarakat serta dijadikan sebagai saluran dakwah yang menarik. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor juga akan
mempelbagaikan penerbitan dan bahan-bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber maklumat. Dengan cara
itu, imej jabatan akan dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih positif.
Bagi melahirkan masyarakat yang lebih celik undang-undang dan memahami hak masing-masing, program-program yang bersifat
untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam undang-undang Syariah juga penting kerana masyarakat yang memahami
undang-undang bukan saja akan memelihara hak masing-masing, malah ia lebih memudahkan mereka dalam berurusan dengan
jabatan tanpa perlu bergantung kepada mahkamah atau peguam dalam membantu mereka untuk mendapatkan hak masing-
masing di mahkamah.
55
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
1. Melaksanakan program/usaha promosi Jabatan
1.1 Mengadakan program turun padang
Bilangan program
5 kali setahun
Pelanggan memperolehi maklumat yang tepat berkaitan dengan peranan Jabatan dalam perkhidmatan yang diberikan
Bermula 2015
1.2 Menyediakan barangan cenderahati korporat jabatan yang mempunyai logo jabatan
Bilangan jenis cenderahati korporat disediakan
1 jenis cenderahati korporat disediakan
Bermula 2015
1.3 Menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan pihak media
Jumlah penglibatan media bersama jabatan
4 kali setahun
1. Membantu menyebarkan fungsi dan perkhidmatan mahkamah
2. Menaikkan imej Jabatan
Bermula 2015
56
KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR OUTPUT OUTCOME TAHUN
SASARAN
2. Memperkukuh jaringan penyampaian maklumat
2.1 Memaksimumkan penggunaan laman web bagi kemudahan dan rujukan pelanggan
Bilangan pengunjung
(histats)
Peningkatan jumlah pengunjung sebanyak 10% setiap tahun
Membantu menyebarkan fungsi dan perkhidmatan mahkamah
2015-2020
2.2 Menerbitkan bahan-bahan rujukan
Bilangan penerbitan yang dicetak dan dipaparkan dalam laman web
2 penerbitan 1. Membantu menyebarkan fungsi dan perkhidmatan mahkamah
2. Menaikkan imej Jabatan
2015-2020
3. Mendidik dan menyebarkan pengetahuan tentang perundangan Syariah kepada masyarakat
3.1 Menganjurkan, bekerjasama menganjurkan atau terlibat dengan program atau slot literasi undang-undang dengan jabatan kerajaan/NGO.
Bilangan penganjuran, kerjasama /penglibatan program literasi undang-undang.
12 kali setahun
Pelanggan memperolehi maklumat yang tepat berkaitan dengan peranan Jabatan dalam perkhidmatan yang diberikan
Bermula
2015
57
Mekanisme Pelaksanaan
Bagi memastikan setiap seksyen/ bahagian/ unit di JAKESS memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
tempoh lima (5) tahun ini, penilaian pencapaian Pelan Startegik ini akan dijalankan dua (2) kali pada setiap tahun untuk
menentukan keberkesanan pelan tindakan yang ditetapkan berdasarkan objektif, program dan sasaran prestasi yang ditetapkan.
Manakala kajian semula Pelan Strategik dan kajian keberkesanan akan dibuat satu (1) kali pada setiap tahun. Kajian tersebut
diringkaskan dalam jadual berikut:
BIL PERKARA TARIKH CADANGAN
1. Penilaian Pencapaian Dua (2) kali dalam setahun
2. Penilaian Keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik Satu (1) kali dalam setahun
58
Jawatankuasa Penyelarasan PemantauanPelan Strategik Jabatan
JAWATAN KEAHLIAN
Penasihat YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Pengerusi Puan Noor Huda binti Roslan
1. YA Tuan Mohamad Zakian bin Dio Timbalan Pengerusi 1 2. Puan Siti Noraini binti Mohd Ali Timbalan Pengerusi 2 3. Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar Setiausaha 4. Puan Wan Khairin Nissa binti Wan Azizan Timbalan Setiausaha 1 5. Puan Shanizah binti Ngatiman Timbalan Setiausaha 2
Ahli Jawatan Kuasa 6. Tuan Saharuddin bin Selamat 7. Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman 8. Puan Siti Rahmah binti Hussin 9. Tuan Abdul Majid bin Abdul Rahman 10. Puan Herlina Ainizawati binti Zakaria 11. Tuan Ahmad Zuhair bin Mubin 12. Puan Salasiah binti Saroji 13. Tuan Shahrudin bin Hanin Hamjah 14. Puan Noor Lidyawati binti Salleh 15. Puan Dayang Nurafni binti Mohd Dzolkifley 16. Tuan Mahadhir bin Karim 17. Puan Shahida Suhana binti Abdul Hamid
59
Penutup Penguasaan ilmu dan keselarasan tindakan mengikut Standard Operating System (SOP) perlu bagi semua
pegawai dan kakitangan agar kecemerlangan yang telah dicapai dapat diteruskan. Azam ini boleh dijayakan
dengan wujudnya komitmen serta permuafakatan dalam tindakan supaya kepuasan pelanggan dan hasrat satu
Malaysia boleh dinikmati bersama.
Pelan strategik ini digubal untuk meneroka potensi-potensi baru rangka kerja yang digembeling bersama
peranan agensi-agensi pusat persekutuan terutamanya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia supaya semua
pihak terlibat merealisasikan pelan strategik JAKESS. Oleh itu, iltizam, sumbangan tenaga dan idea secara
kolektif ditagih agar matlamat yang telah direncanakan dapat dicapai sepenuhnya.
Sekian,
YAA DATO’ DR HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor V.4 ini berdasarkan pada semakan semula dan kajian semula bertarikh 7-8 Januari 2018.