26
1 JABATAN KERJA RAYA PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR (MELEBIHI RM10.0 JUTA) PENGARAH KANAN CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA APRIL 2010

JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

1

JABATAN KERJA RAYA

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR

(MELEBIHI RM10.0 JUTA)

PENGARAH KANAN CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA APRIL 2010

Page 2: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

2

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR

BIL. KANDUNGAN M/ SURAT 1. Pendahuluan 4 2. Maklumat-maklumat Yang Diperlukan Untuk Penilaian 4 2.1 Borang-borang Maklumat 4

2.2 Dokumen-dokumen sokongan 5

2.3 Cara Untuk Mendapatkan Maklumat 6

2.4 Kegagalan Petender Mengemukakan Maklumat 6

2.5 Kesahihan dan Pengesahan Maklumat dan 7 Data-data Penilaian.

2.6 Tender Usahasam/Gabungan 7

2.7 Memastikan Kecukupan Dokumen Wajib 7 2.8 Penggunaan dan Penetapan Harga „Cut-Off‟ 8

3. Penilaian Peringkat Pertama 10

3.1 Pra Syarat Kelayakan 10

- Kesempurnaan Tender 10

- Kecukupan Dokumen Wajib 10

- Kecukupan Modal Minima 11

- Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan 13

- Tempoh Siap Kerja Maksima 14

4. Penilaian Peringkat Kedua – Penilaian Keupayaan Petender 14 4.1 Petender Yang Perlu Dinilai 14

4.2 Faktor-Faktor Penilaian 14

4.3 Kriteria-kriteria Penilaian 15

- Kedudukan Kewangan 16

- Keupayaan Teknikal 16 4.4 Markah Penilaian dan Kelayakan Minima 19

- Kaedah Pengiraan Markah 19

- Kelayakan Minima 20

Page 3: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

3

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR

BIL. KANDUNGAN M/ SURAT

- Penilaian Keupayaan Petender Gabungan 21

- Keputusan Penilaian 21

- Semakan Arithmatik 21 5. Penilaian Peringkat Ketiga – Tender Yang Paling 21 Menguntungkan Untuk Diperakukan 5.1 Kesan Rendahan Harga Tender 21

5.2 Tender Yang Hendak Diperakukan 22

6. Proses-proses Penilaian 23 6.1 Penetapan harga „Cut Off‟ 23

6.2 Penilaian Peringkat Pertama 23

6.3 Penilaian Peringkat Kedua - Penilaian Keupayaan Petender 24 6.4 Penilaian Peringkat Ketiga - Tender Yang Paling Menguntungkan Untuk Di Perakukan. 25 6.5 Laporan Penilaian Tender 26

6.6 Carta Aliran Penilaian Tender 26

Lampiran-Lampiran

- Lampiran A - Arahan-arahan Yang Perlu Dimasukkan Ke Dalam Arahan Kepada Petender, Borang-Borang Maklumat Dan Dokumen-dokumen sokongan.

- Lampiran B - Borang-borang Analisa/Penilaian - Lampiran C - Panduan Anggaran Keperluan Minima - Lampiran D - Panduan Pemarkahan Kriteria Penilaian

Keupayaan Petender.

- Lampiran E - Jadual Faktor Rendahan Harga - Lampiran F - Contoh Format Laporan Tender - Lampiran G - Carta Aliran Penyediaan Penilaian Tender

- Lampiran H - Surat Arahan Bil. 1/2009, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Page 4: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

4

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR

1.0. PENDAHULUAN

1.1. Penilaian ke atas tender-tender kerja dijalankan dalam tiga peringkat iaitu penilaian peringkat pertama, penilaian peringkat kedua dan penilaian peringkat ketiga.

1.2. Penilaian Peringkat Pertama merupakan satu sistem penilaian berasaskan kepada beberapa pra-syarat yang telah ditetapkan untuk menentukan sama ada petender layak dipertimbangkan untuk penilaian seterusnya.

1.3. Penilaian Peringkat Kedua pula merupakan satu sistem penilaian pra-kelayakan pos-tender untuk mengukur dan menentukan keupayaan petender melaksanakan dan menyiapkan projek yang ditender. Penilaian ini dibuat berasaskan satu sistem pemarkahan (point system) dan penentuan markah dibuat secara objektif dan kuantitatif bagi setiap kriteria penilaian.

1.4. Penilaian peringkat Ketiga pula melibatkan pelarasan keupayaan biayawan petender untuk mengambilkira kesan rendahan harga tender-tender yang berada di bawah harga „cut off‟.

1.5. Semua Pra-syarat yang telah ditetapkan serta kriteria penilaian bagi Penilaian Peringkat Pertama, Kedua dan Ketiga dijelaskan dalam Panduan Penilaian Tender Kerja ini. Disamping itu panduan ini juga menggariskan apakah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membolehkan penilaian dibuat ke atas tender-tender, cara mendapatkan maklumat-makumat tersebut, dan implikasi sekiranya maklumat tersebut tidak dikemukakan.

2.0. MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN 2.1. Borang-borang Maklumat

2.1.1. Penilaian tender memerlukan maklumat dan data-data berhubung dengan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, keempunyaan loji/peralatan asas dan prestasi kerja semasa petender. Maklumat dan data-data ini hendaklah diperolehi daripada petender dengan melengkap dan menyertakan borang-borang maklumat berikut seperti di Lampiran A kepada Panduan ini semasa mengemukakan tender masing-masing.

(a) Borang A - Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Keesahan Dokumen Yang Dikemukakan oleh Petender.

(b) Borang B - Maklumat Am Latar Belakang Petender.

Page 5: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

5

(c) Borang C - Data-Data Kewangan (d) Borang D - Rekod Pengalaman Kerja (e) Borang E - Kakitangan Teknikal (f) Borang F - Keempunyaan Loji dan Peralatan Pembinaan Asas setelah diisi dengan senarai Loji dan Peralatan Asas (tanpa Bilangan AKM). (g) Borang G - Senarai Kontrak Kerja Semasa. 2.2. Dokumen-dokumen Sokongan

2.2.1. Bagi memastikan kesahihan, maklumat dan data-data yang diterima daripada petender berkenaan para 2.1, maklumat tersebut hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(1) Salinan Akaun Syarikat yang telah diaudit oleh Juru Audit yang

bertauliah, bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya. Akaun Syarikat bagi tahun-tahun terdahulu daripada itu tidak boleh diterima. Salinan Akaun Syarikat tersebut hendaklah disahkan oleh Juru Audit/Akauntan bertauliah atau Pesuruhjaya Sumpah.

(2) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan

pentender bagi tiga (3) bulan yang terakhir, dan disahkan oleh Cawangan Bank berkenaan sebelum tarikh tutup tender.

(3) Laporan asal bank/institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan

petender, atas format seperti Borang CA, dalam satu sampul berlakri. Laporan tersebut hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang ditauliahkan oleh pihak bank berkenaan.

(4) Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja dan Salinan Surat Setuju

Terima Tender/Perakuan Bayaran Akhir bagi setiap kerja yang telah disiap dan disenaraikan di Borang D.

(5) Salinan Penyata Caruman KWSP bagi bulan caruman terakhir dan

Borang `A‟ yang mengandungi nama setiap kakitangan teknikal atau salinan perjanjian perkhidmatan professional yang diambil berkhidmat secara kontrak disenaraikan di Borang E.

(6) Salinan sijil kelulusan/kelayakan setiap kakitangan teknikal Kategori A

dan B yang disenaraikan di Borang E.

(7) Salinan Kad Pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan keempunyaan petender atau perjanjian sewa pajak/sewa beli atas loji dan peralatan yang disenaraikan di Borang F.

(8) Salinan Perakuan Bayaran Interim terakhir bagi setiap kerja semasa yang

disenaraikan di Borang G.

(9) Laporan asal dari Penyelia Projek mengenai prestasi semasa petender, bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan di Borang G, atas format

Page 6: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

6

seperti Borang GA/GA1, dalam satu sampul berlakri. Laporan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Profesional yang menyelia projek tersebut.

2.3 Cara Untuk Mendapatkan Maklumat

2.3.1. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan Dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di perenggan 2.1 dan 2.2 di atas daripada petender, arahan-arahan seperti di Lampiran A kepada Panduan hendaklah dimasukkan dalam Dokumen Tender sebagai sebahagian daripada Arahan Kepada Petender.

2.3.2. Bagi memastikan petender akan memberikan maklumat-maklumat sebagaimana

yang dikehendaki, Borang-borang Maklumat iaitu Borang A, B, C, D, E, F dan G tersebut hendakah dijadikan sebagai sebahagian daripada Dokumen Tender.

2.3.3 Selain daripada itu, semasa lawatan ke tapak bina yang diatur oleh Jabatan,

petender hendaklah dimaklumkan dan diberi penerangan mengenai Peraturan Penilaian Tender dan mereka hendaklah diperingatkan betapa mustahaknya mereka mengemukakan dokumen-dokumen seperti mana yang diminta dalam Arahan Kepada Petender serta akibatnya terhadap tender mereka sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

2.3.4 Bagi petender usahasama atau gabungan seperti antara kontraktor-kontraktor

Bumiputera yang dibenarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor, setiap ahli gabungan hendaklah diminta mengisi dan melengkapkan borang-borang maklumat yang berasingan.

2.4. Kegagalan Petender Mengemukakan Maklumat 2.4.1 Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta hendaklah diperolehi

daripada petender semasa mengemukakan tendernya sebelum Tender ditutup.

2.4.2. Sekiranya petender gagal untuk mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan di perenggan 3.3.1(2), tendernya hendaklah ditolak (disqualified) di peringkat pertama penilaian tender dan tidak boleh diberi pertimbangan seterusnya.

2.4.3. Sekiranya petender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian

daripada Dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan 2.2.1(3), (4), (5), (6) dan (7), maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidakcukupan dokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambilkira dalam Penilaian Keupayaan petender yang berkenaan. Ini bermakna kriteria-kriteria yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau data-data ini, hendaklah diberi markah nilaian sifar, atau nilai-nilai yang bergantung kepada dokumen-dokumen tersebut hendaklah diambil sebagai sifar.

2.4.4. Walau bagaimanapun sekiranya dokumen 2.2.1(8) dan (9) tidak dikemukakan

bagi projek-projek yang disenaraikan dalam Borang G, maklumat-maklumat tersebut hendaklah diambilkira sebagaimana tercatit dan Pegawai Penilai hendaklah mengambil tindakan seperti di para 2.5 (kecuali Pegawai Penilai mempunyai maklumat yang terkini mengenai projek berkenaan) kerana ini akan memberi kesan negatif terhadap nilai keupayaan pentender.

Page 7: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

7

2.5. Kesahihan dan Pengesahan Maklumat dan Data-Data Penilaian 2.5.1 Maklumat-maklumat yang diberi oleh petender melalui Borang-borang Maklumat

hendaklah disemak untuk memastikan maklumat adalah selaras dengan Dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan bersamanya. Jika didapati maklumat bercanggah maka maklumat dari dokumen sokongan yang sah hendaklah digunapakai. Setelah itu maklumat dan data-data tersebut hendaklah dianalisa dan dijadualkan dalam Borang-borang 1 hingga 12 seperti di Lampiran B untuk membolehkan nilaian yang sewajarnya dibuat ke atas setiap kriteria penilaian keupayaan bagi petender yang berkenaan.

2.5.2. Sekiranya petender didapati tidak memberikan mana-mana maklumat yang

dikehendaki, memalsu atau menyorokkannya, catatan yang sewajarnya hendaklah dibuat dalam Analisa Data-data Penilaian dan hendaklah juga dimasukkan dalam Laporan Tender. Dalam kes pemalsuan atau penyorokan maklumat dokumen yang diberikan, tender yang berkenaan hendaklah sekali-kali tidak boleh diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima.

2.5.3 Lazimnya penilaian keupayaan petender hendaklah dibuat hanya berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diterima daripada petender bersama-sama tendernya sahaja, tanpa semakan lanjut dengan mana-mana pihak. Bagaimanapun bagi semua tender yang lulus penilaian keupayaan sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap kesahihan Dokumen-dokumen sokongan yang diterima daripada/melalui petender, semakan yang sewajarnya hendaklah dibuat dengan Pegawai Penguasa, Juru Perunding, Pusat Khidmat Kontraktor, Cawangan Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya, SKALA, pihak bank dan pihak-pihak lain yang berkenaan oleh Pegawai Penilai untuk mengesahkan maklumat-maklumat dan data-data yang digunakan dalam penilaian keupayaan petender-petender yang berkenaan.

2.6 Tender Usahasama/Gabungan

Bagi Petender usahasama atau gabungan, adalah dikehendaki mengisi borang-borang maklumat secara berasingan

2.7 Memastikan Kecukupan Dokumen Wajib

2.7.1 Sampul dokumen wajib yang diterima bersama-sama dokumen tender petender hendaklah dibuka di Pejabat Pegawai Penilai dan hendaklah disaksikan oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai daripada Unit lain di Pejabat berkenaan.

2.7.2 Sampul dokumen wajib daripada petender yang disenaraipendek sahaja yang

perlu dibuka. Jawatankuasa Semakan Dokumen Wajib (JSDW) hendaklah ditubuhkan dan berfungsi sebagai pihak berkecuali yang mengesahkan penerimaan dan pembukaan dokumen-dokumen wajib/sokongan yang diterima bagi tujuan mengujudkan ketelusan. Ahli-ahli JSDW hendaklah dianggotai oleh 3 orang ahli seperti berikut

a) Pengerusi - Ketua Unit berkaitan yang menguruskan

tender b) Ahli 1 & 2 - Pegawai lain yang berkecuali (sekurang

kurangnya Gred J29) yang tidak berkaitan dengan Jawatankuasa Pembuka Tender/Penilaian Tender.

Page 8: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

8

Ahli JSDW bertanggungjawab mengisi dan menandatangani borang Senarai

Semakan Dokumen Wajib (SSDW). Sekiranya terdapat apa-apa keraguan/pemerhatian, ahli JSDW hendaklah membuat catatan dengan tepat dan jelas sebelum Borang SSDW ditandatangani. Borang SSDW ini hendaklah dikepilkan bersama-sama Jadual Tawaran untuk dimasukkan di dalam Laporan Penilaian Tender. Borang SSDW adalah berdasarkan Surat Arahan Bil. 1/2009, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sila rujuk Lampiran H

2.8 PENGGUNAAN DAN PENETAPAN HARGA „CUT OFF‟ 2.8.1 Pengiraan Harga „Cut-off‟

2.8.1.1 Bagi memastikan harga tender yang munasabah harganya dan sentiasa mengambilkira harga pasaran semasa diperakukan untuk disetujuterima, penentuan kemunasabahan harga sesuatu tender hendaklah dibuat berdasarkan perbandingan dengan satu paras „Harga Cut-off‟ yang ditetapkan mengikut kaedah statistik ke atas harga-harga tender yang diterima termasuk anggaran jabatan sebagai salah satu daripada harga tender .

2.8.1.2 Penetapan dan Pemakaian „Harga Cut-off‟

Harga „Cut-off‟ adalah paras harga terendah yang dianggap munasabah untuk diperakukan. Harga tender yang lebih rendah daripada Harga „Cut-off „dianggap sebagai terlampau rendah dan tidak menjamin kejayaan petender melaksanakan projek .

Mengikut kaedah statistik penetapan Harga Cut-off hendaklah berasaskan harga Min dan „Standard Deviation‟ harga-harga tender yang diterima (dan Anggaran Jabatan sebagai salah satu daripadanya), setelah mana-mana harga „freak‟ dikeluarkan.

Harga „Cut-off‟ hendaklah digunapakai bagi semua penilaian tender kerja kecuali tender-tender berikut:-

a) Tender yang disertai kurang daripada 10 petender yang boleh diambilkira

untuk pengiraan b) Tender yang disertai lebih dari 10 petender tetapi menjadi kurang dari 10

setelah harga „freak‟ di keluarkan selepas proses cut off.

c) Design & Build , Turnkey dan tender-tender yang berasaskan cadangan rekabentuk/ spesifikasi dari petender;

2.8.1.3 Pengiraan „Harga Cut-off‟ adalah berdasarkan formula berikut;

„Mean – X%Mean‟ atau „Mean – Stdev‟ yang mana lebih tinggi, di mana X% adalah seperti berikut;

a. Bagi Kerja Bangunan - X adalah 15%

Page 9: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

9

b. Bagi Kerja Kejuruteraan Awam - X adalah 17% c. Bagi Kerja Mekanikal & Elektrik - X adalah 15%

„Mean‟ - Purata bagi kesemua harga-harga tender yang diterima dan boleh diambilkira termasuk Anggaran jabatan (Sebagai salah satu dari harga tender) iaitu;

X/N Stdev - „Standard Deviation‟ bagi kesemua Harga-Harga

Tender yang diterima dan boleh diambilkira termasuk Anggaran Jabatan iaitu;

NX² - (X) ² N²

Yang mana :- X = Harga-harga Tender dan Anggaran Jabatan N = Bilangan Tender campur 1 (Anggaran Jabatan) CV = „Coefficient of Variation‟ bagi kesemua Harga-harga tender yang boleh

diambilkira termasuk Anggaran Jabatan iaitu :- Stdev/‟Mean‟

2.8.1.4 Semakan Harga „Freak‟

Sebarang Harga Tender yang dianggap „freak‟ hendaklah dikeluarkan daripada pengiraan. Untuk tujuan ini adalah diputuskan bahawa sesuatu Harga Tender atau Anggaran Jabatan hendaklah dikira sebagai „freak‟ sekiranya ;

X – „Mean‟ > 2.33 kali Stdev (Z-score > 2.33) Atau X – „Mean‟ < -2.33 kali Stdev (Z-score < - 2.33)

2.8.1.5 Walau bagaimanapun bagi projek-projek yang berprestij tinggi yang mana harga

yang tinggi dijangka lebih menjamin kelancaran perlaksanaan projek dan kualiti yang baik, Pengarah Cawangan/Negeri dibenarkan untuk mencadangkan pindaan terhadap formula penetapan Harga „Cut-off‟ iaitu dengan mengurangkan nilai X% (contohnya „Mean - 12%Mean‟ atau “Mean – 10%Mean‟). Cadangan ini hendaklah dibuat secara bertulis serta justifikasinya sebelum tender ditutup untuk kelulusan Ketua Pengarah Kerja Raya.

2.8.2 Petender Yang Perlu Dinilai

2.8.2.1 Penilaian hanya perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10 tender yang berada di atas paras „Cut-off‟ dan tender yang berada di bawah paras „cut off‟ dengan Harga Kerja Pembina tidak lebih rendah dari (-)15.99% berbanding harga „Mean‟ Kerja Pembina.

Page 10: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

10

2.8.2.2 Bagi tender yang tidak menggunakan kaedah cut off

(a) Tender yang disertai kurang dari 10 petender penilaian hendaklah dibuat ke atas semua petender

(b) Tender Terbuka (Reka & Bina) - Penilaian hanya perlu dilaksanakan

ke atas sekurang-kurangnya 10 petender yang menawarkan harga tidak melebihi siling peruntukkan dengan perbezaan tidak lebih rendah dari (-)18.00% dari siling peruntukkan.

3.0 PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA 3.1 Pra Syarat Kelayakan

3.1.1 Pra syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu ditepati oleh petender bagi melayakkan tendernya dipertimbangkan untuk penilaian Peringkat Kedua adalah seperti berikut:-

(1) Kesempurnaan Tender Hanya tender-tender yang lengkap dan bebas dari segala kecacatan dari

segi undang-undang dan kontrak yang boleh menjejaskan kelayakannya mengikut amalan semasa, layak dipertimbangkan. Misalnya tender yang mana borang tendernya tidak ditandatangani atau ditandatangani oleh pihak yang tidak diberikuasa atau di mana harga tender atau tempoh siap tidak dicatit di dalam borang tender atau tidak menepati mana-mana syarat mentender yang penting tidak layak dipertimbangkan. Kesemua dokumen asas tender juga hendaklah dikembalikan oleh petender. Dokumen asas yang dimaksudkan adalah:-

(a) Borang Tender (b) Senarai Kuantiti/Ringkasan Tender (c) Adenda (tambahan) yang dikemukakan kepada petender selepas

dokumen dijual kepada mereka (jika ada).

(d) Rekabentuk, spesifikasi, senarai harga dan sebagainya yang perlu bagi membolehkan kerja yang direkabentuk oleh petender dinilai. (Untuk Reka & Bina)

(2) Kecukupan Dokumen Wajib

Petender hendaklah mengemukakan maklumat dan Dokumen-dokumen

Sokongan yang secukupnya semasa mengemukakan tendernya untuk membolehkan penilaian keupayaannya dibuat. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk menentukan sama ada petender menepati pra-syarat (3) dan (4) selepas ini, iaitu dokumen-dokumen berikut telah ditetapkan sebagai dokumen wajib yang mesti dikemukakan oleh petender untuk melayakkan tendernya dipertimbangkan:

Page 11: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

11

Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya;

Atau Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam

Tangan Pentender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Tender;

Atau Salinan Laporan Bank/Institusi Kewangan atas borang CA; Petender yang gagal mengemukakan mana-mana dokumen tersebut

tidak layak dipertimbangkan. (3) Kecukupan Modal Minima

(a) Hanya petender yang dapat mengemukakan bukti yang ia mempunyai modal dalam bentuk asset mudah cair sekurang-kurangnya tiga (3%) peratus daripada nilai kerja pembina (builder‟s works) mengikut Anggaran Jabatan layak dipertimbangkan. Modal dalam bentuk asset mudah cair ialah jumlah campuran Modal Pusingan (Asset Semasa tolak Liabiliti Semasa seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan) atau nilai positif purata baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir termasuk deposit tetap, saham-saham amanah (seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Mara dan Amanah Saham Johor) dan Bon Perbendaharaan (sekiranya ada) yang mana lebih tinggi, dan jumlah baki Nilai Kemudahan Kredit yang dinikmati dan nilai Kemudahan Kredit tambahan yang layak/akan diperolehi oleh petender daripada Bank atau Institusi Kewangan.

(b) Jumlah Nilai Purata Baki Akhir Bulan dalam Penyata Bulanan

Bank bagi tiga bulan terakhir ditentukan seperti berikut:- (i) Penyata Bulanan Bank yang terakhir di antara tiga (3)

bulan yang disyaratkan tersebut mestilah dikemukakan oleh petender untuk tujuan penilaian. Bagi menentukan Penyata Bulanan Bank terakhir yang dimaksudkan, Pegawai Penilai boleh berpandukan kepada Penyata Bulanan Bank bagi bulan sebelum tender ditutup atau Penyata Bulanan Bank terakhir yang mana majoriti petender berupaya mengadakannya.

Di mana petender mengemukakan hanya satu (1) atau dua (2) Penyata Bulanan Bank, sekiranya nilai baki bersih Penyata Bulanan Bank tersebut adalah positif maka nilai ini hendaklah dibahagikan dengan tiga (3).

(ii) Sekiranya nilai baki bersih penyata bulanan tersebut

adalah negatif maka nilai ini dianggap sifar. (c) Saham-saham dan Bon Perbendaharaan yang boleh diambilkira

adalah yang dimiliki atas nama pemilik firma Perkongsian

Page 12: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

12

(Partnership) dan Pemilik Persendirian (Sole Proprietorship) sahaja. Sekiranya firma adalah atas nama Sdn. Bhd., maka saham-saham dan bon adalah atas nama syarikat.

(d) Deposit Tetap yang telah dicagarkan untuk mendapatkan Kemudahan Kredit atau Deposit Tetap yang telah diambilkira dalam Lembaran Imbangan untuk menghasilkan asset semasa tidak boleh diambilkira.

(e) Jumlah Nilai Baki Kemudahan Kredit yang dinikmati ditentukan

berasaskan salah satu formula seperti yang dinyatakan di bawah ini:

(i) Di mana Laporan Bank/Institusi Kewangan mengenai

kedudukan kewangan Petender dalam Borang CA ada dikemukakan/dinyatakan, jumlah Baki Kemudahan Kredit yang dinikmati ialah jumlah (baki) kemudahan kredit dalam bentuk mudah cair yang dinyatakan dalam borang CA seperti baki kemudahan overdraf dan baki talian kredit yang sedang dinikmati atau diperakui/dijamin, pinjaman yang akan/layak diperolehi untuk projek dan baki Surat Jaminan Kredit [ Letter of Credit (LC) ] yang belum digunakan.

(ii) Di mana borang CA tidak dikemukakan tetapi laporan

Bank/Institusi Kewangan dalam bentuk lain yang menyatakan jumlah kasar kemudahan kredit yang sedang/telah dinikmati (belum mengambilkira nilai yang telah digunakan) ada dikemukakan, jumlah Baki Nilai Kemudahan Kredit yang dinikmati dikira berasaskan jumlah kasar Kemudahan Kredit tersebut ditolak nilai negatif bulan akhir dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari Bank/Institusi Kewangan yang sama. Kesemua Borang CA yang dikemukakan hendaklah disahkan kesahihannya termasuk jumlah dan baki kredit yang ada.

(iii) Nilai Kemudahan Kredit (KK) yang dijanjikan atau akan

dipertimbangkan/ditentukan seperti berikut:-

- Surat tanpa komitmen - ambil 50% nilai sepenuhnya mengenai yang tertinggi KK baru yang dijanjikan dari sebuah bank oleh satu atau lebih Bank.

- Surat tanpa komitmen - ambil 50% jumlah sepenuhnya mengenai nilai dari semua KK tambahan yang Bank berkenaan. dijanjikan oleh satu atau lebih Bank. - Surat dan komitmen - ambil 100% nilai sepenuhnya mengenai yang tercatat. KK yang dijanjikan. - Surat tanpa apa-apa - 0% (tiada nilai) janji dari Bank.

Page 13: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

13

(f) Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, kumpulan Modal Minima hendaklah dianalisa secara bergabung di mana asset mudah cair ahli-ahli gabungan digabungkan mengikut ekuiti masing-masing.

(4) Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan (a) Kerja Semasa diertikan kerja kontrak yang masih dalam

pelaksanaan dan belum disiapkan pada Tarikh (tutup) Tender. (b) Prestasi Kerja Semasa dinilai berasaskan pencapaian kemajuan

kerja sebenar petender berbanding dengan kemajuan yang sepatutnya dicapai mengikut program kerja, dan nilainya dikira mengikut formula berikut:

Prestasi Kerja Semasa (PKS) = A – S(P+D)/P Di mana, A = Peratus kemajuan sebenar yang dicapai.

S = Peratus kemajuan yang sepatutnya dicapai mengikut

jadual, atau 100% sekiranya Tarikh Penyiapan sudah luput.

P = Tempoh kontrak, termasuk tempoh lanjutan masa yang

diluluskan dan/atau yang patut diluluskan. D = Tempoh Luputan tarikh penyiapan kerja (tempoh LAD)

pada tarikh penilaian kemajuan kerja terakhir, atau nilai kosong sekiranya Tarikh Penyiapan belum luput.

Adalah perlu diperhatikan bahawa nilai PKS membawa tanda ( - )

dan hendaklah ditulis sedemikian sekiranya pencapaian kemajuan sebenar petender di belakang jadual.

(c) Petender hendaklah dipastikan tidak mempunyai kerja semasa

yang mana prestasinya boleh dianggap sebagai “sakit” atau sedang menghadapi tindakan untuk penamatan pengambilan kerjanya. Sekiranya kemajuan pelaksanaan projek semasa pentender mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20 peratus (20%) daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu prestasi kerjanya adalah ditakrifkan sebagai “sakit”. Sekiranya diketahui atau terdapat bukti-bukti bahawa kerja semasa yang dilaksanakan oleh petender merupakan “projek sakit” atau petender sedang menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya, tender berkenaan hendaklah ditolak dan tidak layak dipertimbangkan.

(d) Sekiranya petender mempunyai lebih daripada satu kerja semasa,

nilai prestasi kerjanya hendaklah berasaskan kerja semasa yang mana prestasinya adalah terendah. Sekiranya petender didapati menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerja berhubung dengan pelaksanaan mana-mana kerja semasanya di mana notis

Page 14: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

14

untuk tujuan itu telah dikeluarkan terhadapnya, prestasi kerja semasanya hendaklah dikira sebagai `sakit‟ walaupun terdapat kerja semasanya yang lain berjalan lancar.

(e) Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, prestasi kerja

semasa hendaklah dianalisa berasaskan kerja-kerja semasa yang dilaksanakan oleh setiap ahli gabungan mengikut ekuiti masing-masing.

(f) Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi kerja petender atas

Borang GA lagi setiap kerja semasa yang dilaksanakan sekiranya kerja semasanya yang dikendalikan bukan projek JKR.

(5) Tempoh Siap Kerja Maksima

Petender yang menawarkan tempoh yang melebihi tempoh siap kerja maksima yang ditetapkan dalam Arahan Kepada Pentender tidak layak dipertimbangkan.

3.2 Petender yang didapati gagal menepati salah satu daripada pra-syarat kelayakan di atas

tidak layak diberi pertimbangan. 4.0. PENILAIAN PERINGKAT KEDUA – PENILAIAN KEUPAYAAN PETENDER 4.1. Petender yang perlu dinilai

4.1.1 Penilaian Keupayaan perlu dibuat ke atas petender yang lulus Penilaian Peringkat Pertama. Jika bilangan petender yang lulus penilaian peringkat pertama kurang dari tiga (3) petender, maka penilaian peringkat pertama perlu diulang sehingga bilangan petender yang lulus mencapai sekurang-kurangnya tiga (3) petender.

4.2. Faktor-Faktor Penilaian 4.2.1 Faktor-faktor berikut digunakan bagi menilai keupayaan petender:- A - Kedududukan Kewangan A1 - Keupayaan Biayawan (Financial Bid Capacity) B - Keupayaan Teknikal

B1. Pengalaman Kerja B2. Kakitangan Teknikal B3 . Keempunyaan Loji/Peralatan Asas (bagi kerja Kejuruteraan Awam

dan Binaan Bangunan sahaja).

Page 15: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

15

4.2.2 Faktor-faktor wajaran (weightage) seperti berikut:-

Faktor-Faktor

Kejuruteraan Awam

Binaan Bangunan

Kerja Mekanikal dan Elektrik

A - Kedudukan Kewangan A1 - Keupayaan Biayawan B - Keupayaan Teknikal B1 - Pengalaman Kerja B2 - Kakitangan Teknikal B3 - Keempunyaan Loji Dan Peralatan Asas

45%

35%

15%

10%

50%

35%

15%

5%

50%

35%

15% -

Jumlah:

105%

105%

100%

4.3. Kriteria-Kriteria Penilaian 4.3.1.A - Kedudukan Kewangan 4.3.1.1. A1 - Keupayaan Biayawan

(1) Keupayaan Biayawan (KB) petender ialah jumlah Nilai Tahunan Projek yang dijangka dapat dibiayai oleh petender daripada pelbagai punca kewangannya. Faktor ini dinilai berasaskan Modal Pusingan dan `Nett Worth‟ seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet) sekiranya petender adalah Syarikat Sdn. Bhd., atau mana-mana petender yang bukan Sdn. Bhd tetapi mengemukakan Lembaran Imbangan dan juga mengambilkira, Kemudahan Kredit daripada Bank atau Institusi Kewangan lain, dan jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja dalam tangan yang masih belum disiapkan; mengikut formula dan takrif-takrif seperti berikut;

KB = [ (10 x MP) + { (5 x (NW - MP) ) @ (9 x KK) } ] - (0.5 x NTBK)

atau Bagi petender yang tidak mengemukakan Lembaran Imbangan, dinilai berasaskan Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir. dan juga mengambilkira, Kemudahan Kredit daripada Bank atau Institusi Kewangan lain, dan jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja dalam tangan yang masih belum disiapkan; mengikut formula dan takrif-takrif seperti berikut;

KB = [ (10 x WDTS) + ( 9 x KK) ] - (0.5 x NTBK)

Page 16: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

16

di mana, @ = Bermakna yang mana lebih tinggi.

MP = Modal Pusingan, iaitu perbezaan antara Asset Semasa dan Liabiliti Semasa pentender seperti yang dinyatakan dalam Lembaran Imbangan dan dicampur nilai positif perbezaan antara wang dalam tangan semasa (WDTS) dengan wang dalam tangan dalam lembaran imbangan.

NW = `Nett Worth‟ iaitu perbezaan antara Jumlah Asset dan

Jumlah Liabiliti petender seperti yang dinyatakan dalam Lembaran Imbangan.

WDTS = Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata

baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir.

KK = Nilai baki Kemudahan Kredit yang diperolehi atau layak

diperolehi seperti yang dinyatakan dalam Laporan bank atau institusi kewangan lain atas borang CA,

dan/ atau jumlah kasar nilai kemudahan kredit seperti yang

dinyatakan oleh Bank/Institusi Kewangan (dalam borang selain dari borang CA) tolak nilai negatif baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi bulan terakhir dari bank/institusi kewangan yang sama.

NTBK = Jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja Dalam Tangan, iaitu

jumlah baki nilai kerja dalam tangan bagi kerja-kerja yang belum mencapai 75% kemajuan (termasuk kontrak baru yang diketahui akan diawardkan kepadanya yang perlu disiapkan oleh petender dalam tempoh satu tahun dari tarikh tutup tender) tidak termasuk Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

(2) Kriteria penilaian keupayaan Petender membiayai projek yang

ditender ialah nisbah bandingan nilai Keupayaan Biayawannya berbanding dengan Nilai Tahunan Projek. Nilai Tahunan Projek ialah nilai projek mengikut Anggaran Jabatan setelah ditolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara (nilai kerja pembina) dibahagi dengan Tempoh Siap Kerja Maksimum.

(3) Bentuk-bentuk Kemudahan Kredit mudah cair yang boleh diterima untuk

kegunaan pengiraan di atas adalah seperti kemudahan overdraf dan talian kredit yang sedang dinikmati atau diperakui/dijamin dan pinjaman yang layak diberikan oleh pihak bank atau Institusi Kewangan lain kepada petender. Kemudahan kredit yang dijanjikan atau akan dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat atau pernyataan umum tanpa komitmen daripada Bank atau Institusi Kewangan lain tidak boleh diambilkira dalam pengiraan di atas.

Page 17: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

17

4.3.2.B - Keupayaan Teknikal 4.3.2.1.B1 - Pengalaman

(1) Faktor ini dinilai berasaskan kriteria-kriteria berikut:-

B1.1. Jumlah nilai kerja yang disiapkan dalam tempoh lima tahun yang lepas.

B1.2. Nilai kerja terbesar yang pernah disiapkan dalam tempoh lima tahun yang lepas.

(2) Jenis kerja yang diambilkira hendaklah terhad kepada kerja-kerja

yang sebandingan atau yang serupa dengan projek yang ditender sahaja. Penentuan samada sesuatu pengalaman kerja itu sebanding atau serupa dengan projek yang ditender, hendaklah berpandukan kepada penjenisan kerja mengikut Kepala dan Sub-kepala yang dipakai bagi pendaftaran kontraktor-kontraktor kerja oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan mengikut takrif-takrif berikut:-

(a) Serupa ertinya – (i) Kerja yang diliputi oleh kepala kerja dan sub-

kepala kerja yang sama seperti kerja yang ditender. (ii) Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang sama

tetapi sub-kepala kerja yang berlainan daripada kerja yang ditender dan bersifat lebih komplek.

(b) Sebanding ertinya – (i) Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang sama

tetapi sub-kepala kerja yang berlainan daripada kerja yang ditender dan tidak bersifat lebih komplek.

(ii) Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang berlainan

daripada kerja yang ditender

Kerja yang diambilkira juga terhad kepada kerja yang dilaksanakan oleh pentender sebagai Kontraktor Utama dan Sub-kontraktor Yang Dinamakan sahaja. Kerja yang dilaksanakan sebagai sub-kontraktor biasa tidak boleh diambilkira kecuali ada pengesahan dari pihak Pegawai Penguasa dan Kontraktor Utama dan jenis dan skop kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja yang ditender.

4.3.2.2.B2 - Kakitangan Teknikal

(1) Faktor ini dinilai berasaskan kriteria-kriteria berikut:

B2.1. Bilangan kakitangan teknikal di bawah penggajian petender berbanding dengan bilangan Anggaran Keperluan Minimum (AKM) kakitangan teknikal untuk melaksanakan Projek yang

Page 18: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

18

ditender dengan memuaskan. AKM kakitangan teknikal dinyatakan di Lampiran C1.

B2.2. Pengalaman kakitangan teknikal di bawah penggajian petender.

(2) Bilangan AKM kakitangan teknikal bagi sesuatu projek hendaklah

ditetapkan sebelum penilaian kriteria ini dibuat. AKM bergantung kepada jenis dan nilai kerja pembina yang terkandung dalam sesuatu projek. Panduan bagi menetapkan bilangan AKM adalah seperti di Lampiran C1.

(3) Kakitangan teknikal yang diambilkira dibahagikan kepada tiga kategori,

iaitu Kategori A, Kategori B dan Kategori C. Pembahagian ini berasaskan disiplin dan/atau kelulusan/kelayakan mereka seperti berikut:-

Kategori A - Jurutera (Awam, Mekanikal dan Elektrik)

bidang pembinaan, Akitek, Juru Ukur Bahan, ahli-ahli `Institute of Building‟, siswazah dalam bidang Pengurusan Binaan lepasan universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Kategori B i) Pemegang Diploma Lepasan Universiti dalam bidang pembinaan

ii) siswazah-siswazah dalam bidang-bidang lain. iii) Pemegang sijil-sijil bidang pembinaan dari

Politeknik

Kategori C - Kakitangan-kakitangan lain yang membantu atau menjalankan tugas teknikal seperti pengawasan kerja di tapak bina, kerja ukur mengukur, rekabentuk dan sebagainya.

Nota: Untuk menentukan kakitangan yang layak

diambilkira bagi setiap kategori perlu ada dokumen sokongan seperti Ijazah/Diploma/Sijil dan bukti penggajian seperti borang KWSP „A‟ atau surat perjanjian perkhidmatan.

(4) Kakitangan-kakitangan tersebut di atas yang boleh diambilkira hendaklah hanya mereka yang sedang dalam penggajian petender pada tarikh tutup tender sahaja termasuk ahli professional yang diambil khidmat secara kontrak.

(5) Bagi mengambilkira perbezaan kategori dan pengalaman kakitangan

teknikal dalam penggajian petender, bilangan dan pengalaman mereka dikira atas asas-asas berikut:-

a) Faktor Penyama

KATEGORI A B C

Nilai Faktor Penyama 1.00 0.70 0.50

Bagi kakitangan kategori C dan B, peratus (%) bilangan AKM dihadkan kepada 100% dan jumlah pengalaman purata dihadkan kepada 10 tahun. Ini adalah untuk memastikan markah maksima yang diperolehi bagi kriteria-kriteria ini tidak melebihi 75% sekiranya petender tidak mengambil bekerja kakitangan teknikal kategori A.

Page 19: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

19

4.3.2.3.B3 - Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas (1) Kriteria yang digunakan untuk mengukur faktor keempunyaan loji dan

peralatan asas ialah bilangan loji/peralatan asas yang dimiliki atau yang disewapajak/sewabeli oleh petender dan sesuai digunakan dalam projek yang ditender, berbanding dengan bilangan Anggaran Keperluan Minima (AKM) Loji/Peralatan Asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja dengan memuaskan. AKM Loji/Peralatan Asas dinyatakan di Lampiran C2.

(2) Jenis-jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan Asas bagi sesuatu projek

hendaklah ditentukan sebelum mempelawa tender dan disertakan bersama dokumen tender menggunakan borang F atau selewat-lewatnya sebelum penilaian kriteria ini dibuat. Jenis-jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan Asas bergantung kepada jenis, nilai dan tempoh penyiapan kerja yang perlu dijalankan. Panduan bagi menetapkan jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan Asas adalah seperti di Lampiran C2. Panduan ini disediakan berdasarkan tempoh penyiapan biasa. Pemilihan jenis kerja untuk menetapkan jenis-jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan Asas mengikut panduan ini hendaklah pada amnya berdasarkan jenis kerja utama yang mempunyai nilai majoriti dalam projek yang ditender.

(3) Loji dan peralatan yang boleh diambilkira dalam penilaian ini hendaklah

terhad kepada loji dan peralatan seperti berikut: (a) Loji dan peralatan yang terdapat dalam senarai Loji/Peralatan

Asas yang ditetapkan bagi projek yang ditender. Bagaimanapun loji dan peralatan utama lain yang dimiliki oleh petender boleh juga diambilkira sekiranya ia menjalankan fungsi yang sama seperti mana-mana Loji/Peralatan Asas yang ditetapkan.

(b) Loji dan peralatan yang dipunyai oleh pentender secara belian

atau sewa-beli sebelum tender ditutup sahaja. (c) Loji dan peralatan yang berumur tidak melebihi 150% umur kerja

biasa (normal workinglife).

(d) Loji dan peralatan yang disewapajak hendaklah dengan syarat perjanjian sewapajak meliputi jangkaan tempoh penggunaan logi berkenaan bagi projek yang sedang ditender.

4.4. Markah Penilaian dan Kelayakan Minima

4.4.1. Kaedah Pengiraan Markah

4.4.1.1. Wajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu faktor penilaian diagih sama rata kepada kriteria-kriteria penilaian faktor berkenaan.

4.4.1.2. Markah penilaian bagi sesuatu kriteria diperolehi dengan mengikut

Panduan Pemarkahan Kriteria Penilaian Keupayaan Petender seperti di Lampiran D.

4.4.1.3. Purata markah-markah nilai kriteria-kriteria di bawah sesuatu faktor

memberikan markah bagi faktor yang berkenaan. Markah setiap faktor hendaklah didarabkan dengan peratus wajaran yang diuntukkan

Page 20: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

20

baginya. Jumlah markah-markah faktor tersebut memberikan markah keseluruhan keupayaan seseorang petender.

4.4.1.4. Pengiraan pemberian markah ini dibuat menggunakan Borang

Penilaian Keupayaan Petender seperti di Borang 12a bagi kerja Kejuruteraan awam, Borang 12b bagi Kerja Binaan Bangunan dan Borang 12C bagi kerja Mekanikal dan Elektrik. Contoh borang-borang ini adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran B12a/12b/12c.

4.4.2. Kelayakan Minima

4.4.2.1. Nilai Keupayaan Minima petender bagi melayakkan tendernya

dipertimbang untuk diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima adalah berasaskan nilai keupayaan petender seperti berikut:-

Kriteria

Markah Minimum

Petender Berpengalaman

Petender Belum

Berpengalaman

BB

KA

BB

KA

i - Keupayaan Biayawan ii - Keupayaan Teknikal iii - Keupayaan Keseluruhan

20.0

12.5

45.0

18.0

13.8

45.5

20.0

2.5

35.0

18.0

5.0

28.0

Nota :

BB - Kerja Binaan Bangunan & M&E

KA - Kerja Kejuruteraan Awam

4.4.2.2. Petender yang Sudah Berpengalaman ditakrifkan sebagai petender yang pernah menyiapkan sekurang-kurangnya satu projek kontrak kerja yang mempunyai kepala kerja yang sama seperti projek yang ditender. Petender yang belum berpengalaman ialah petender yang belum pernah menyiapkan projek yang mempunyai Kepala Kerja yang sama seperti projek yang ditender, dan tidak pernah dikenakan tindakan pemansuhan kontrak, sebelum tarikh tutup tender. Petender yang tidak mempunyai kerja yang disiapkan dalam tempoh lima tahun kebelakang adalah dianggap sebagai petender yang belum berpengalaman. Walau bagaimanapun jika petender tidak mempunyai kerja dalam tempoh lima tahun tetapi mempunyai kerja semasa pada masa penilaian tender dibuat petender tersebut dianggap sebagai berpengalaman.

Page 21: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

21

4.4.2.3. Petender yang memperolehi markah Penilaian Keupayaan yang kurang daripada Markah Kelayakan Minimum hendaklah dianggap sebagai tidak berkeupayaan untuk melaksanakan kerja yang ditender. Maka ia tidak layak dipertimbang untuk diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima.

4.4.3. Penilaian Keupayaan Petender Gabungan

4.4.3.1. Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, penilaian keupayaan mereka hendaklah dibuat secara berasingan sehingga mendapat markah keupayaan seperti yang dijelaskan dalam perenggan 4.3. Markah-markah keupayaan ahli-ahli usahasama hendaklah kemudiannya digabungkan dengan mengambilkira ekuiti setiap ahli usahasama dalam gabungan tersebut (sebagai wajaran) mengikut kiraan “weighted average” untuk mendapatkan markah keupayaan gabungan berkenaan.

4.4.4. Keputusan Penilaian

Keputusan Penilaian Keupayaan hendaklah dijadualkan dalam Borang 13 - Jadual Keputusan Penilaian Keupayaan seperti di Lampiran B13.

4.4.5 Semakan Arithmatik

Buat semakan arithmetik (setakat yang perlu) seperti yang biasa diamalkan ke atas tender yang lulus peringkat dua. Catatkan maklumat kesilapan ini atas LAMPIRAN D1 dan dilaporkan dalam laporan penilaian.

5.0. PENILAIAN PERINGKAT KETIGA-TENDER YANG PALING MENGUNTUNGKAN UNTUK DIPERAKUKAN

5.1. Kesan Rendahan Harga Tender 5.1.1. Kesan Rendahan Harga Tender hendaklah ditentukan ke atas semua petender

yang dinilai dan telah lulus penilaian peringkat kedua dan harga tender asalnya kurang daripada Harga „Cut-Off‟. (Atau lebih -18% dari AJ jika tidak menggunakan kaedah „cut off‟)

5.1.2. Bagi mengambilkira Kesan Rendah Harga Tender, satu faktor iaitu Faktor

Rendahan Harga (FRH) didarabkan kepada markah Keupayaan Biayawan yang diperolehi di peringkat kedua. Faktor Rendahan Harga (FRH) ini diperolehi mengikut formula seperti berikut:

FRH = ( R6 - 1)* R / ( R-1 ) / 6 Di mana

R = Nisbah Harga Pembina Petender/Harga Pembina „Cut Off‟ (atau kerja pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah „cut off‟)

Atau,

Page 22: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

22

R = (1 – L%) Faktor Kesan Rendahan Harga boleh diperolehi dengan merujuk L% dalam Jadual Faktor Rendahan Harga di Lampiran E.

5.1.3. Sekiranya hasil pendaraban Faktor Rendahan Harga dengan jumlah modal

mudah cair yang boleh digunakan menyebabkan jumlah modal mudah cair tersebut lebih rendah daripada modal minima yang diperlukan masing-masing, maka tender yang berkenaan hendaklah dianggap terlalu rendah dan Keupayaan Biayawan petender tidak mampu menanggung kerugian/rendahan harga yang akan dialami. Dalam keadaan ini petender berkenaan tidak layak diperakukan.

5.2 Tender Yang Hendak Diperakukan

5.2.1 Pada dasarnya tender-tender yang lebih tinggi dari Harga „Cut-off‟ atau tender yang lebih rendah dari „cut off‟ dengan harga kerja pembinan tidak lebih rendah dari (-)15.00% „Mean‟ Kerja Pembinan (atau tidak lebih besar dari -18% dari Kerja Pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah „cut off‟) layak dipertimbangkan. Tender-tender yang lebih rendah dari harga „cut off‟ dan harga kerja pembinan lebih rendah dari (-)15.00% dari „Mean‟ Kerja Pembina (atau lebih besar dari -18% Harga Kerja Pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah „cut off‟) tidak layak dipertimbangkan. Selain dari melepasi Harga „Cut-off‟ (atau AJ) di atas, petender yang layak dipertimbangkan hendaklah lulus di setiap peringkat penilaian.

Walau bagaimanapun , tender yang lebih rendah dari Harga „Cut-off „ boleh juga di pertimbangkan sekiranya petender memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

a) Lulus semua peringkat penilaian termasuk Faktor Rendahan Harga

(FRH) b) Harga petender tidak lebih rendah dari (-)15.00% berbanding harga

„Mean‟ Kerja Pembina dan c) Jika terdapat lebih dari satu petender yang menawarkan harga tender di

bawah Harga „Cut-off‟ serta memenuhi syarat (a) dan (b) di atas, keutamaan perakuan adalah kepada petender yang paling hampir dengan Harga „Cut-off‟.

5.2.1 Pada prinsipnya tender yang paling menguntungkan Kerajaan untuk diperakukan

kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima hendaklah tender yang terendah dan lulus semua peringkat penilaian Kesan Rendahan Harga tender.

5.2.2 Bagi penilaian yang tidak menggunakan kaedah „Cut Off‟, sekiranya

Jawatankuasa Penilaian Tender mendapati bahawa Anggaran Jabatan adalah lebih rendah berbanding harga tender yang terendah perkara seperti ini hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam Laporan Tender dan perakuan yang sewajarnya dengan sebab-sebab yang munasabah hendaklah dibuat kepada Lembaga Perolehan supaya sama ada:

(a) Meneruskan penerimaan tender tersebut; atau

(b) Tidak menerima mana-mana tender dan mempelawa semula Tender.

5.2.3 Pertimbangan untuk memutuskan salah satu perakuan di atas hendaklah

berasaskan pilihan yang dipercayai paling menguntungkan Kerajaan setelah mengambilkira kesuntukan atau kelegaan masa bagi perlaksanaan projek,

Page 23: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

23

keadaan pasaran, kemungkinan wujudnya pakatan menender oleh petender-petender dan sebagainya. Bagaimanapun dalam apa jua keadaan sekalipun, sebagai satu polisi yang perlu dipatuhi oleh Jawatankuasa Penilaian Tender mengikut peraturan ini, petender yang tidak lulus Penilaian Keupayaan atau dalam lain perkataan tidak layak diperakukan, sekali-kali tidak boleh diperakukan untuk disetujuterima.

6.0. PROSES-PROSES PENILAIAN 6.1. Penetapan harga Cut Off Mengikut Kaedah Statistik

6.1.1 Analisakan tender-tender secara statistik bagi menentukan harga Min(Mean), Deviasi Piawai (Std. Deviation) dan had-had keyakinan (Confidence Limits). Analisis tender-tender Mengikut Kaedah Statistik ini hendaklah dilampirkan di dalam Laporan Penilaian Tender.

Bagi tender yang tidak menggunakan kaedah „Cut Off‟ sila rujuk perkara 2.8.2.2.

6.2 Penilaian Peringkat Pertama

6.2.1 Semak kesempurnaan tender-tender untuk mempastikan ianya lengkap dan bebas dari segala kecacatan dari segi undang-undang dan kontraktual dan lengkapkan Borang 1 – Analisa Kesempurnaan Tender.

6.2.2 Bagi tender yang menetapkan tempoh siap maksima, semak tempoh yang

ditawarkan. Jika melebihi tempoh siap maksima yang ditetapkan atau tidak menawarkan sebarang tempoh siap, tender tersebut tidak layak dipertimbangkan. Bagi tender yang menetapkan tempoh siap (fixed period), semak tempoh siap kerja yang ditawarkan oleh petender dengan tempoh siap kerja yang ditetapkan. Sekiranya petender tidak menyatakan sebarang tempoh, tempoh siap kerja yang ditetapkan hendaklah digunakan. Catatkan keputusan ini atas Borang 1.

6.2.2 Semak kecukupan maklumat dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh

petender dan lengkapkan Borang 2 – Analisa Kecukupan Dokumen (wajib). Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang secukupnya hendaklah dikemukakan oleh petender semasa mengemukakan tendernya.

6.2.3 Ambil tindakan-tindakan berikut ke atas setiap tender bagi menentukan petender

mempunyai modal minimum yang diperlukan:

(i) Semak data-data kewangan yang terkandung dalam Borang C dengan data-data dalam Lembaran Imbangan, Penyata Bulanan Akaun Bank dan Laporan Bank/Institusi Kewangan atas kedudukan petender.

(ii) Buat analisa awal ke atas kedudukan kewangan petender dan

lengkapkan Borang 3 – Analisa Kecukupan Modal dengan menggunakan tatacara pengiraan sebagaimana diterangkan di perenggan 3.3.1(3) dalam Panduan Penilaian Tender.

(iii) Tentukan samada jumlah campuran Modal Mudah Cair iaitu

jumlah campuran Asset Cair dan baki Kemudahan Kredit petender sekurang-kurangnya 3% daripada Anggaran Nilai Kerja Pembina

Page 24: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

24

(Anggaran Jabatan Tolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara).

6.2.4 Ambil tindakan-tindakan berikut bagi menentukan prestasi kerja semasa

petender: (i) Sebaik sahaja tender diterima daripada Jawatankuasa Pembuka Tender,

dapatkan maklumat kerja semasa petender daripada Pegawai Penguasa bagi projek JKR. Untuk tujuan ini Pegawai Penguasa dan wakil Pegawai Penguasa diminta memberi kerjasama kepada Pegawai Penilai untuk memberi maklumat prestasi pentender dengan segera apabila diminta dengan mengisi Borang GA1 - seperti di Lampiran A kepada Panduan Penilaian Tender dan dihantar dengan mesin Fax.

(ii) Semak data-data dalam Borang G sama ada menyamai dengan Laporan

Sulit Penyelia Projek atas Borang GA bagi setiap kerja semasa petender yang bukan projek JKR.

(iii) Buat analisa prestasi kerja semasa petender dengan melengkapkan

Borang 4 – Analisa Data-data Penilaian Prestasi Semasa Petender.

(iv) Tentukan samada terdapat mana-mana kerja semasa petender yang mana kemajuan sebenar yang dicapai mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20 (20%) peratus daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu, prestasi kerjanya adalah ditakrifkan sebagai “sakit”.

6.2.5 Catatkan keputusan Penilaian Peringkat Pertama ini atas Borang 5 – Jadual

Keputusan Penilaian Peringkat Pertama . 6.2.6. Dapatkan pengesahan daripada Cawangan Pembangunan Usahawan (CPU)

Kementerian Kerja Raya atau pejabat CPU di negeri-negeri atau urusetia Tender JKR di Ibu Pejabat JKR, sama ada petender yang lulus Penilaian Peringkat Pertama tidak mempunyai projek “sakit” (yang tidak dapat dikesan kerana maklumat mengenainya mungkin disorok oleh petender). Bagi menjimatkan masa, gunakan mesin Fax untuk urusan ini.

6.2.7. Setelah menerima pengesahan tersebut dari pejabat-pejabat berkenaan buat

catatan tambahan dalam Borang 5 – Jadual Keputusan Awal, terhadap mana-mana petender yang didapati mempunyai projek „sakit‟.

6.2.8 Senaraikan petender-petender yang lulus Penilaian Awal dan disahkan tidak

mempunyai projek „sakit‟ dalam Borang 6 – Jadual Senarai Petender yang Lulus Penilaian Awal mengikut turutan harga tender.

6.3 Penilaian Peringkat Kedua – Penilaian Keupayaan Petender

6.3.1. Semak maklumat dan data-data kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal dan keempunyaan loji/peralatan asas petender yang terdapat dalam Borang-borang maklumat C,D,E & F dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam Dokumen-dokumen sokongan yang diterima daripada petender.

6.3.2. Sekiranya terdapat percanggahan atau perbezaan antara maklumat-maklumat

yang terdapat dalam Borang-borang maklumat dan Dokumen-dokumen Sokongan, buat pembetulan yang sewajarnya dalam Borang-borang Maklumat

Page 25: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

25

supaya selaras dengan maklumat yang terdapat dalam Dokumen-dokumen Sokongan.

6.3.3 Analisa kesemua maklumat dan data-data kedudukan kewangan, pengalaman

kerja, kakitangan teknikal dan keempunyaan loji/peralatan asas, buat semua pengiraan yang perlu dan lengkapkan format-format Analisa Data-Data Penilaian berkenaan seperti di Borang 7, 8, 9, 10 dan 11.

6.3.4 Berdasarkan nilai-nilai kriteria penilaian masing-masing, yang diperolehi daripada

analisa maklumat dan data-data tersebut, tentukan markah setiap kriteria dan markah keseluruhan penilaian Keupayaan Kewangan, Pengalaman Kerja, Penggajian Kakitangan Teknikal dan Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas mengikut panduan pemarkahan yang telah ditetapkan seperti di Lampiran D kepada Panduan Penilaian Tender atas Borang 12a, atau 12b - Penilaian Keupayaan Petender, mengikut yang mana berkenaan.

6.3.5 Bandingkan Markah Keupayaan Petender dengan Markah Kelayakan Minima

dan tentukan sama ada petender berkenaan lulus Penilaian Keupayaan atau sebaliknya.

6.3.6 Ulangi proses-proses di perenggan 6.3.1 hingga 6.3.5. di atas bagi tender kedua,

ketiga dan seterusnya hingga terdapat tiga (3) hingga lima (5) petender yang lulus Penilaian Keupayaan.

6.3.7 Jadualkan keputusan penilaian keupayaan petender atas borang 13 - Jadual

Keputusan Penilaian Keupayaan Petender. 6.3.8 Buat semakan arithmetik (setakat yang perlu) seperti yang biasa diamalkan ke

atas tender yang lulus peringkat dua. Catatkan maklumat kesilapan ini atas LAMPIRAN D1 dan dilaporkan dalam laporan penilaian.

6.4 Penilaian Peringkat Ketiga – Tender Yang Paling Menguntungkan Untuk Diperakukan. 6.4.1 Bagi mengambilkira Kesan Rendahan Harga Tender buat pelarasan ke atas

Markah Keupayaan Biayawan petender yang lulus penilaian peringkat kedua dan harga tendernya kurang daripada Haga ‟Cut-Off‟ dalam Borang 14.

6.4.2 Sekiranya Markah Keupayaan Biayawan atau Markah Keseluruhan lebih rendah

daripada markah kelayakan minima masing-masing, maka tender berkenaan hendaklah dianggap terlalu rendah dan petender berkenaan tidak layak diperakukan. Ulangi proses 6.4.1. bagi petender seterusnya.

6.4.3 Sekiranya Markah Keseluruhan didapati lebih rendah dari markah kelayakan

minima yang ditetapkan maka tender berkenaan dianggap tidak layak diperakukan.

6.4.4 Tentukan tender terendah mengikut harga terlaras dikalangan tender yang lulus

penilaian peringkat ketiga sebagai tender yang paling menguntungkan Kerajaan untuk diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima.

6.4.5 Sekiranya harga tender terendah tersebut didapati terlalu tinggi berbanding

dengan Anggaran Jabatan, timbang dan putuskan samada hendak memperakukan kepada Lembaga Perolehan supaya menyetujuterima tender yang terendah tersebut atau tidak menerima mana-mana tender dan memanggil semula tender, mengikut peraturan seperti yang dinyatakan di perenggan 5.3.3. di atas.

Page 26: JABATAN KERJA RAYA - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/37/Garis-Panduan-Penilaian-Tender-Kerja... · 1 . jabatan kerja raya. panduan penilaian tender kerja projek besar (melebihi

26

6.5 Laporan Penilaian Tender Bagi tujuan penyeragaman laporan penilaian tender satu format laporan penilaian

dicadang digunakan seperti di Lampiran G 6.6 Carta Aliran Penilaian Tender Carta Aliran proses-proses penilaian yang tersebut di atas adalah seperti yang

ditunjukkan di Lampiran H.