7
S a mbutan S ambutan PERINGKAT KEBANGSAAN HARI PENEROKA e-BUKU PROGRAM 7 JULAI 2021 (RABU) | 3.00 PETANG Dirasmikan oleh: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN PERDANA MENTERI Anjakan Minda Peneroka JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

SambutanSambutan

PERINGKAT KEBANGSAAN

HARI PENEROKA

e-BUKU PROGRAM

7 JULAI 2021 (RABU) | 3.00 PETANG

Dirasmikan oleh:

YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDINBIN HAJI MOHD. YASSIN

PERDANA MENTERI

Anjakan Minda Peneroka

JABATAN PERDANA MENTERILEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

(FELDA)

Page 2: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

ISI KANDUNGAN

ATURCARA PROGRAM

TEMA HARI PENEROKA FELDA 2021 “ANJAKAN MINDA PENEROKA”

PENGENALAN02

03

04

05

ANUGERAH TOKOH GENERASI 2020

ANUGERAH TOKOH BELIA 2020

ANUGERAH TOKOH BELIAWANIS 2020

ANUGERAH USAHAWAN TERBAIK 2020 (PERTANIAN)

ANUGERAH USAHAWAN TERBAIK 2020 (PENTERNAKAN)

ANUGERAH HASIL SAWIT TERTINGGI LOT PENEROKA 2020

ANUGERAH HASIL GETAH TERTINGGI LOT PENEROKA 2020

ANUGERAH KADAR PERAHAN DIGRED (KPG) TERBAIK 2020

ANUGERAH PERATUSAN TERTINGGI KUTIPAN SEDEKAH RANCANGAN

ANUGERAH KUTIPAN TERTINGGI SEDEKAH RANCANGAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN RANCANGAN FELDA (AKRF) 2021

SENARAI ANUGERAHHARI PENEROKA FELDA 2021

Page 3: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

PengenalanSambutan Hari Peneroka Kebangsaan merupakan acara tahunan FELDA yang disambut pada setiap tahun sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga peneroka FELDA. Selain daripada itu, sambutan ini juga diadakan bagi meraikan dan menghargai warga peneroka sekaligus dapat menyatukan warga peneroka dari seluruh negara. Pada tahun 2021, tema Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan adalah “Anjakan Minda Peneroka” seiring dengan semangat peneroka sebagai Perintis, Berani dan Suka Cabaran. Seperti sambutan Hari Peneroka pada tahun 2020, acara sambutan kali ini juga menitikberatkan langkah-langkah keselamatan warga peneroka dengan mematuhi SOP yang di saran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan Pandemik Covid 19.

Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2021 diadakan pada 7 Julai 2021, Rabu iaitu melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Pejabat Perdana Menteri. Acara sambutan ini akan turut disiarkan melalui laman web rasmi Facebook FELDA dari awal sehingga tamat majlis. Konsep sambutan ini lebih merupakan ucapan secara langsung YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Objektif Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan:

Menghargai pengorbanan peneroka dalam pembangunan Negara;

Merapatkan hubungan antara pihak Pengurusan FELDA dengan warga peneroka;

Menyampaikan informasi terkini kepada seluruh warga peneroka;

Melahirkan hasrat ke arah komuniti lebih berdikari, disegani dan memberi peluang serta pendedahan kepada masyarakat luar tentang pembangunan FELDA; dan

Meraikan warga peneroka sekaligus menyerlahkan warga peneroka sebagai perintis yang berani dan suka cabaran.

2

Page 4: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

Tema Hari PenerokaAnjakan MindaPeneroka

“Anjakan Minda Peneroka” merupakan tema Hari Peneroka 2021. Ia seiring dengan semangat peneroka sebagai Perintis, Berani dan Suka Cabaran. FELDA yakin dengan membudayakan corak pemikiran yang positif, kreatif dan inovatif mampu memberikan kehidupan yang lebih baik dan kejayaan yang berpanjangan kepada warga peneroka FELDA.

Membentuk komuniti minda kelas pertama menjadi agenda penting FELDA untuk memastikan kelestarian, keharmonian dan kegemilangan warga peneroka secara berterusan. Ia tidak terbentuk dengan sendiri, sebaliknya memerlukan usaha daripada pelbagai pihak untuk memupuknya secara sistematik dan terlaksana.

Menerusi Neuro-linguistic programming (NLP) iaitu pendekatan secara psikologikal yang diperkenalkan oleh Pengerusi FELDA, YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, secara tidak langsung dapat mengubah pemikiran peneroka dan generasi FELDA untuk lebih terbuka dan optimis. Nilai Sabar, Syukur dan Sedekah antara elemen yang diterapkan dalam komuniti peneroka FELDA untuk meningkatkan kualiti jiwa yang membawa kepada kebahagiaan dalam kehidupan.

Impaknya dapat dilihat dengan kejayaan kutipan Program Sedekah300 yang dilaksanakan dikalangan warga peneroka mencecah kepada RM10 Juta. Sambutan yang menggalakkan ini telah membuktikan bahawa pemikiran dan sahsiah warga peneroka telah berubah menjadi kepada masyarakat pemberi. Semoga inisiatif ini akan menambah keberkatan dan rahmat oleh Allah S.W.T.

Justeru itu, setiap warga peneroka perlulah memiliki minda kelas pertama bagi mendepani pelbagai cabaran khususnya sewaktu negara sedang berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 dan kehidupan norma baharu. Anjakan minda ini merupakan teras kepada keupayaan komuniti FELDA meningkatkan kesedaran dan jati diri untuk menjadi komuniti yang lebih cemerlang di masa hadapan.

3

Page 5: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

ATURCARA PROGRAM

MASA PERKARA

3.00 petang :

Ucapan Aluan

Encik Sulong Jamil bin Mohamed Shariff

Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan

3.10 petang :Ucapan dan Perasmian oleh: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia

3.40 petang :

Tayangan Video Penerima Anugerah

Pengumuman:

Anugerah-Anugerah Penghargaan

Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) 2021

3.45 petang : Tamat

4

Page 6: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

1Anugerah Tokoh Generasi 2020

2Anugerah Tokoh Belia 2020

3Anugerah Tokoh Beliawanis 2020

4 Anugerah UsahawanTerbaik 2020 (Pertanian)

5 Anugerah UsahawanTerbaik 2020 (Penternakan)

6Anugerah Hasil Sawit Tertinggi

Lot Peneroka 2020

7 Anugerah Hasil Getah TertinggiLot Peneroka 2020

8 Anugerah Kadar PerahanDigred (KPG) Terbaik 2020

9 Anugerah Peratusan TertinggiKutipan Sedekah Rancangan

10Anugerah Kutipan Tertinggi

Sedekah Rancangan

11 Anugerah KecemerlanganRancangan FELDA (AKRF) 2021

SENARAI ANUGERAHHARI PENEROKA FELDA 2021

MAKLUMAT PEMENANG AKAN DIKEMASKINI SELEPAS PENGUMUMAN RASMIYAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

5

www.felda.gov.myFelda Official

FeldaLKTP MyFelda@FeldaLKTP

Page 7: JABATAN PERDANA MENTERI LEMBAGA KEMAJUAN …

6

www.felda.gov.myFelda Official

FeldaLKTP MyFelda@FeldaLKTP