21
TANAMAN AVOKADO DIBENTANG SEMASA LATIHAN 2 MINGGUAN KAKITANGAN PEJABAT PERTANIAN TAWAU DISEDIAKAN OLEH MASRI MATLAN KJP/PLDDM JPTN TWU JABATAN PERTANIAN SABAH CAW.PENGEMBANGAN DAERAH TAWAU

Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

TANAMAN AVOKADO

DIBENTANG SEMASA LATIHAN 2 MINGGUAN KAKITANGAN

PEJABAT PERTANIAN TAWAU

DISEDIAKAN OLEH

MASRI MATLAN KJP/PLDDM JPTN TWU

JABATAN PERTANIAN SABAH CAW.PENGEMBANGAN DAERAH TAWAU

Page 2: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1.0 Maklumat Am 1 - 2

2.0 Botani Tanaman 2 - 3

3.0 Keperluan Asas Tanaman 4

4.0 Pembiakan Tanaman 5 - 7

4.1 Kaedah Pembiakan Tanaman 5 - 6

4.2 Teknik Cantuman 6 - 7

4.3 Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pembiakan tanaman

7

5.0 Penanaman DiLadang 7 - 9

5.1 Cara Penanaman 8

5.2 Langkah-langkah penanaman 8

5.3 Penjagaan Tanaman 8 - 9

6.0 Penyakit dan Perosak 10 - 15

6.1 Serangga Perosak 10 - 13

6.2 Penyakit 14 - 15

7.0 Penuaian Hasil 15 - 16

8.0 Analisa Saiz Ekonomi Ladang 16

9.0 Khasiat Avokado 17 - 18

10.0 Sumber Rujukan 19

i

Page 3: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Avokado ( Persea americana Mil )

1.0 Maklumat Am

Nama Botani : Persea americana Mill Nama Tempatan : Avokado

Nama Keluarga : Lauraceae Asal : Amerika Tengah

Avokado tergolong dalam kumpulan pokok renek, terkenal zaman-berzaman. Bagi puak India Amerika, ia sumber makanan dan agen lemak serta penyembuh penyakit. Sebab itu ramai wanita menggosok minyak daripada buahnya pada kulit agar kulit kekal muda. Mereka yang tinggal di kawasan tropika menggunakan minyak avokado untuk melindungi kulit daripada kering atau merekah kesan pencemaran.

Berasal dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya Mexico dan perkataan avocado sendiri berasal daripada nama orang Mexico, Ahuacale. Kini, kebanyakan pokok avokado ditanam di kawasan tropika dan separuh tropika seperti di California, Florida, Mexico, Amerika Selatan, Sepanyol, Portugal, Israel dan Afrika Selatan. Jenisnya melebihi 400. Di Malaysia tanaman ini belum banyak ditanam walaupun buahnya diketahui berkhasiat dan berpotensi komersial. Di Negeri Sabah keluasan tanaman ini iaitu 42.6 hektar, daripada itu hanya 28.4 hektar telah berhasil dengan jumlah hasil sebanyak 188.6 tan setahun.

Nilai pemakanan untuk satu hidangan avokado

Jumlah lemak 5 g Lemak 1 gLemak tak tepu (polyunsaturated) 1 g Lemak tak tepu (monounsaturated) 3 g

Kolesterol 0 mg Natrium 0 mgKalium 17 mg Karbohidrat 3 gSerat 3 g Protein 1 gVitamin B6 4% Riboflavin 2%Vitamin C 4% Niasin 2%Vitamin E 4% Mg 2%Asid pantotenik 2% Folate 5%Kalsium 6%

1

Page 4: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Kegunaan Tanaman kebanyakkannya untuk kegunaan tempatan antaranya adalah :-

Buahnya dimakan segar

Digunakan dalam industri pembuatan alat-alat kosmetik.

Sebagai Ubatan Tradisional 2.0 Botani Tanaman

Pokok avokado sederhana besar, iaitu kira-kira 10-15m tinggi dan mempunyai kanopi berbentuk kon. Pokok avokado berbuah mengikut musim, biasanya ia berbunga dan berbuah sekali atau dua kali setahun. Musim pembungaan ialah selepas musim kering. Pemerhatian menunjukkan setiap pokok boleh mengeluarkan sebanyak 50-200 biji buah sepokok semusim dalam keadaan penjagaan yang minimum.

Daunnya jenis mudah dan teratur melingkar di ranting tetapi berkelompok rapat dihujung ranting. Daun avokado tebal dan agar keras, panjangnya 9-20 cm dan lebarnya 5-8 cm bergantung pada jenis. Bentuk daun berbeza-beza daripada hampir bulat hingga panjang dan sempit. Tepi daunnya licin. Daun matang berwarna hijau tua kekuningan, hijau muda atau hijau tua bergantung pada jenis.

Bunga avokado ialah jenis lengkap dan teratur pada jambak penikel majmuk rasem yang dikeluarkan dihujung ranting. Bunga-bunga ini kecil dan berwarna hijau pucat hingga kuning.

Buah avokado berbeza-beza dari segi saiz, bentuk dan ketebalan isinya. Bentuk buahnya daripada hampir bulat hingga bentuk pir, bijinya satu dan berisi tebal, lembut, manis dan wangi. Ukurannya antara 7-20 cm. Warna kulitnya juga berbeza-beza dari hijau kekuningan,kuning hingga unggu tua atau hampir hitam. Buah avokado mempunyai satu biji yang besar dan keras bak batu dibaluti isi yang tebal dan kenyal.

Jenis Avokado secara umumnya boleh digolongkan ke dalam tiga kumpulan yang berbeza-beza dari segi asal usul, ciri buah serta kandungan minyaknya. Jenis tersebut ialah jenis Mexico,Guatemala dan jenis Hindia Barat.

Mexico berasal dari dataran tinggi Mexico dan Equador beriklim semi

tropika dengan ketinggian antara 2,400-2,800 m dpl. Klon ini mempunyai daun dan buahnya yang berbau adas. Masa berbunga sampai buah boleh dituai lebih kurang 6 bulan. Buah kecil dengan berat 100-225 gram, bentuk bujur (oval), bertangkai pendek, kulitnya tipis dan licin.

2

Page 5: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Biji besar memenuhi rongga buah. Isi buah mempunyai kandungan minyak/lemak yang paling tinggi. Jenis ini tahan terhadap suhu dingin.

Guatemala berasal dari dataran tinggi Amerika Tengah beriklim sub-tropika dengan ketinggian sekitar 800-2.400 m dpl. Klon ini kurang tahan

terhadap suhu sejuk (sampai -4,50C). Daunnya tidak berbau adas. Buah

mempunyai ukuran yang cukup besar, berat berkisar antara 200-2.300 gram, kulit buah tebal,keras,mudah rosak dan kasar (berbintil-bintil). Buah masak antara 9-12 bulan selepas berbunga. Bijinya relatif berukuran kecil dan melekat dalam rongga,dengan kulit biji yang melekat. Isi buah mempunyai kandungan minyak yang sedang.

Hindia Barat berasal dari dataran rendah Amerika Tengah dan Amerika Selatan yang beriklim Tropika, dengan ketinggian di bawah 800 m dpl.

Klon ini sangat peka terhadap suhu rendah. (2oC). Daunnya tidak berbau

adas, warna daunnya lebih terang dibandingkan dengan kedua yang lain. Buahnya berukuran besar dengan berat antara 400-2.300 gram, tangkai pendek,kulit buah licin agak liat dan tebal. Buah masak 6-9 bulan sesudah berbunga. Biji besar dan sering lepas di dalam rongga, keping biji kasar. Kandungan minyak dari isi buahnya paling rendah.

Jenis-Jenis Avokado Dalam Koleksi MARDI

Jenis-Jenis Avokado Yang Berbentuk Buah Pir Ini Terdapat Di UPM

Varieti Avokado Koleksi Jabatan Pertanian Ini Adalah Yang Terbaik

3

Page 6: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

3.0 Keperluan Asas Tanaman

Angin diperlukan oleh tanaman avokado, terutama untuk proses pendebungaan. Namun demikian angin dengan kelajuan 62,4-73,6 km/jam dapat dapat mematahkan ranting dan dahan tanaman avokado yang tergolong lunak, rapuh dan mudah patah.

Curah hujan minimum untuk pertumbuhan adalah 750-1000 mm/tahun. Klon Hindia Barat tumbuh dengan subur pada dataran rendah beriklim tropika dengan curah hujan 2500 mm/tahun. Bagi kawasan 2-6 bulan kering tanaman avokado masih boleh tumbuh asalkan kedalaman air tanah 2 m.

Cahaya diperlukan kira-kira 40-80% bagi pertumbuhan avokado. Baki Jenis Mexico dan Guatemala lebih tahan terhadap cuaca sejuk dan iklim kering, jika dibandingkan dengan Jenis Hindia Barat.

Suhu optima bagi pertumbuhan tanaman antara 12,8OC - 28,3

OC.

tanaman avokado juga boleh tumbuh di dataran rendah mahupun

dataran tinggi, tanaman ini tahan terhadap suhu antara 15-30OC atau

lebih. Jenis Mexico memiliki daya ketahanan hingga – 7OC, Guatemala -

4,5 O

C dan Hindia Barat 2OC.

Kesesuaian tanah bagi tanaman avokado adalah pada tanah gembur, subur dan banyak mengandung bahan organik dan kawasan yang tidak mudah bertakung air (sistem perparitan baik). Jenis tanah baik untuk pertumbuhan avokado adalah jenis tanah liat berpasir (sandy loam), tanah liat (clay loam) dan endapan berliat.

pH tanah antara pH 5,6 - 6,4

adalah sesuai. Bila pH di bawah 5,5 tanaman akan menderita keracunan kerana unsur Al, Mg, dan Fe larut dalam jumlah yang cukup banyak. Sebaliknya pada pH di atas 6,5 beberapa unsur seperti Fe,Mg, dan Zn akan berkurang.

Ketinggian Tempat Pada amnya tanaman avokado dapat tumbuh di dataran rendah hingga dataran tinggi, iaitu 5 - 1500 m dpl. Namun tanaman ini akan tumbuh subur dengan hasil yang memuaskan pada ketinggian 200-1000 m dpl. Bagi tanaman avokado jenis Mexico dan Guatemala lebih sesuai ditanam pada ketinggian 1000 - 2000m dpl. Manakala jenis Hindia Barat pada ketinggian 5 - 1000 m dpl.

4

Page 7: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

4.0 Pembiakan Tanaman

Avokado boleh dibiak dengan biji benih. Bijinya bersifat poliembrio dan dengan ini boleh dibelah 4-6 bahagian, setiap bahagian mengandungi sebahagian embrio. Biji avokado mudah bercambah tetapi mempunyai tempoh hidup yang singkat, iaitu kurang daripada dua minggu. Bibit yang baik adalah yang berasal dari buah yang sudah cukup tua dan buahnya tidak jatuh hingga pecah.

Untuk mempercepak percambahan, kulit biji perlu ditanggalkan sebelum

biji disemai. Pokok avokado boleh juga dibiak secara tampang. Teknik pembiakan tampang yang boleh digunakan ialah cantuman mata tunas, cantuman baji dan serpihan, sanding dan tut.

Walaubagaimanpun pembiakkan melalui biji kelemahannya lambat

berbuah (6-8 tahun) dan buah yang dihasilkan tidak tulin berbanding melalui pembiakan tampang ianya cepat berbuah (1-4 tahu) dan menghasilkan buah yang sama sifat dengan induknya.

Media Campuran Tanah 3:2:1 sesuai digunakan untuk kebanyakan

pokok, yang mengandung beberapa bahagian tanah atas, bahan organik dan pasir

4.1 Kaedah Pembiakkan Tanaman

i. Melalui Pucuk

Pokok Penanti

Berumur 6-7 bulan adalah sesuai untuk dibiakkan melalui pucuk

dan Mata tunas.

Tanaman dari biji yang berasal dari buah yang telah tua dan masak,

Tinggi 30 cm/kurang,

Jaringan pada pangkal batang belum berkayu.

Cabang sambungan yang digunakan adalah pada hujung dahan yang masih muda dan berdiameter lebih kurang 0,7 cm.

5

Page 8: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Dahan tersebut dipotong miring sesuai dengan celah yang ada pada pohon pokok sepanjang lebih kurang 10 cm, kemudian disisipkan ke dalam belahan di samping pohon pokok yang diikat/dibalut. Bahan yang baik untuk mengikat adalah pita plastik, plastik,rafia/kain berlilin. Sebaiknya penyambungan pada pohon pokok dilakukan serendah mungkin supaya tidak dapat kuncup pada tanaman pokok.

Penjagaan Pokok Cantuman

Pokok Penanti yang telah dicantum hendaklah diletakkan di

tempat teduh, tidak berangin,dan lembab.

Hendaklah disiram setiap hari.

Bagi mencegah serangan penyakit sebaiknya tanaman disembur dengan racun kulat.

ii. Melalui Mata Tunas.

Pokok Penanti berumur 8-10 bulan.

Mata tunas hendaklah diambil dari dahan yang sihat, berumur 1 tahun, serta matanya nampak jelas.

Cantuman sesuai dilakukan apabila kulit batang penanti tidak melekat pada kayunya.

4.2 Teknik Cantuman

Kulit penanti dipotong sepanjang 10 cm dan lebarnya 8 mm (6’’ dari pangkal pokok). Kupak/pisahkan kulit tersebut dari kayunya dan ditarik ke bawah lalu dipotong 6 cm.

Potong mata tunas dengan sedikit kayu dari cabang mata (enthout), kayu dilepaskan pelan-pelan tanpa merosak mata. Kulit yang bermata dimasukkan di antara kulit dan kayu yang telah dikupak pada pokok penanti dan balut dengan pita plastik. (pastikan mata tunas tidak dibalut sekali)

Biarkan 3-5 hari jika matanya masih hijau, bererti cantuman berjaya.

Buka pembalut selepas 10-15 hari dicantum.

6

Page 9: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Batang pokok penanti dipotong serong kira-kira 5-7,5 cm diatas tunas, lalu dilengkungkan sehingga pertumbuhan mata dapat lebih cepat.

Setelah batang yang keluar dari mata mencapai tinggi 1 m, maka bahagian pohon pokok yang dilengkungkan dipotong tepat di atas tunas dan lukanya diratakan, kemudian ditutup dengan parafin yang telah dicairkan.

Pokok cantuman yang berjaya dapat dipindahkan ke kebun setelah berumur 8-12 bulan dan pemindahan yang paling baik adalah pada permulaan musim hujan.

4.3 Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pembiakan

tanaman adalah :-

Menjaga kelembaban udara agar tetap tinggi (+ 80%)

Suhu udara di tempat cantuman tidak terlalu panas iaitu antara 15

- 25OC.

Mencantum tidak boleh dilakukan pada musim hujan lebat serta terlalu banyak terkena sinar matahari secara langsung.

Cantuman perlu disiram secara rutin dan dibaja 2 minggu sekali. Pembajaan boleh dilakukan semasa menyiram, iaitu dengan melarutkan 1-1,5 gram urea/NPK ke dalam 1 liter air. Baja daun boleh juga diberikan dengan kadar yang telah disyorkan.

Pengawalan penyakit dan perosak dilakukan bila perlu saja.

5.0 Penanaman Diladang Bibit sesuai dipindahkan ke kebun setelah berumur 9-16 bulan, dan pemindahannya dilakukan pada permulaan musim hujan. Manakala Jarak tanaman yang di syorkan bagi tanaman avokado ialah 20’x20’ (109 pk/ekar ) atau 6 m x 6 m ( 278 pk/ha ).

Tanah digali dengan ukuran panjang, lebar, dan tinggi masing-masing 75 cm. Lubang tersebut dibiarkan terbuka selama lebih kurang 2 minggu.

Tanah bahagian atas dan bawah dipisahkan.

Lubang tanaman ditimbus semula. Tanah bahagian atas dicampur dulu dengan 20 kg baja organik sebelum dimasukkan ke dalam lubang.

7

Page 10: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Lubang tanaman yang telah ditimbus semula hendaklah beri tanda supaya kita tahu dimana letak lubang tanaman yang kita gali tadi.

5.1 Cara Penanaman Waktu penanaman yang sesuai adalah pada awal musim hujan dan tanah yang ada dalam lubang tanam tidak lagi mengalami penurunan. Hal yang perlu diperhatikan adalah tanah yang ada dalam lubang tanam harus lebih tinggi dari tanah sekitarnya. Hal ini untuk menghindari air bertakung bila disirami atau hujan.

5.2 Langkah-langkah penanaman adalah seperti berikut:

Lubang tanam yang telah ditutup, digali lagi dengan ukuran sebesar polibag bibit.

Bibit dikeluarkan dari polibag dengan menyiayatnya agar gumpalan tanah tetap utuh.

Bibit beserta tanah yang masih menggumpal dimasukkan dalam lubang hingga paras pangkal batang, lalu ditimbun dan diikatkan ke kayu penyokong.

Setiap bibit sebaiknya diberi naungan untuk menghindari sinar matahari secara langsung, tiupan angin, maupun hujan. Naungan tersebut dibuat miring dengan bahagian yang tinggi di sebelah timur. Naungan diperlukan sehingga tumbuh tunas-tunas baru atau lebih kurang 2-3 minggu.

5.3 Penjagaan Tanaman

Penyiangan rumput rumpai banyak tumbuh di sekitar tanaman kerana di tempat itu banyak terdapat zat makanan. Selain merupakan saingan dalam memperoleh makanan, rumput-rumpai juga merupakan tempat bersarangnya perosak dan penyakit. Oleh kerana itu, agar tanaman dapat tumbuh dengan baik maka rumput-rumpai tersebut harus disiangi (dicabut) secara rutin.

Penggemburan Tanah yang setiap hari disiram tentu saja akan semakin padat dan udara di dalamnya semakin sedikit. Akibatnya akar tanaman tidak dapat menyerap unsur pemakanan. Untuk menghindarinya, tanah di sekitar tanaman perlu digemburkan dengan hati-hati agar akar tidak putus.

8

Page 11: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Penyiraman pada bibit yang baru ditanam memerlukan air yang banyak, dimana penyiraman perlu dilakukan setiap hari. Waktu yang tepat untuk menyiram adalah pagi.

Pembajaan yang diberikan tergantung pada umur tanaman dimana Pembajaan hendaklah diberikan 4 kali dalam setahun. Program pembajaan tahunan menggunakan baja urea (45% N), TSP (50% P), dan KCl (60% K) seperti dalam jadual dibawah .

Umur Tanaman Jenis Baja Kadar baja

1-4 tahun urea,

TSP

KCl

0,27-1,1 kg/pk

0,5-1 kg/pk

0,2-0,83 kg/pk

5 tahun lebih urea,

TSP

KCl

2,22 - 3,55 kg/pk

3,2 kg/pk

4 kg/pk

Pemangkasan hanya dilakukan pada cabang-cabang yang tumbuh

terlalu rapat atau ranting-ranting yang mati. Pemangkasan dilakukan secara hati-hati agar luka bekas pemangkasan terhindar dari jangkitan penyakit dan luka bekas pemangkasan sebaiknya diberi fungisida/penutup luka.

9

Page 12: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

6.0 Penyakit dan Perosak

6.1. Serangga Perosak

Serangga Perosak Pada Daun

1) Ulat kipat ( Cricula trisfenestrata Helf )

Ciri-Ciri : Panjang tubuh 6 cm, berwarna hitam berbintik-bintik putih dan dipenuhi rambut putih. Kepala dan ekor berwarna merah menyala.

Tanda Serangan : Terdapat bekas gigitan. Pada serangan yang teruk daun habis sama sekali tetapi tanaman tidak akan mati, dan terlihat kepompong bergelantungan.

Pengawalan : Menggunakan racun serangga yang mengandung bahan aktif monokrotofos atau Sipermetein, pada kadar 1-3 cc/liter.

2) Ulat kupu-kupu gajah ( Attacus atlas L )

Ciri-Ciri : Sayap kupu-kupu dapat mencapai ukuran 25 cm dengan warna coklat kemerahan dan segitiga tansparan. Ulat berwarna hijau tertutup tepung putih,panjang 15 cm dan mempunyai duri yang berdaging. Pupa terdapat di dalam kepompong yang berwarna coklat.

Tanda Serangan : Sama dengan gejala serangan ulat kipat, tetapi kepompong tidak bergelantungan melainkan terdapat di antara daun.

10

Page 13: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Menggunakan racun serangga yang mengandung bahan aktif monokrotofos atau Sipermetein, pada kadar 1-3 cc/liter.

3) Aphis ( Aphis gossypii Glover / A. Cucumeris, A. Cucurbitii )

Kumpulan Kutu Daun Kutu Daun di perbesarkan

Ciri-Ciri : Warna tubuh hijau tua sampai hitam atau kunig coklat. Serangga ini mengeluarkan embun madu yang biasanya ditumbuhi cendawan jelaga sehingga daun menjadi hitam dan semut berdatangan.

Tanda Serangan : Pertumbuhan tanaman terganggu. Pada serangan yang serius tanaman akan mengecil dan terpilin.

Pengawalan : Sembur dengan racun serangga berbahan aktif Dimethoate, pada kadar 0,5-0,8 gram/liter.

4) Koya (Pseudococcus citri Risso / Planococcus citri Risso)

Ciri-Ciri : Bentuk tubuh elips, berwarna coklat kekuningan sampai ke merah-merahan, tertutup tepung putih, ukuran tubuh 3 mm, mempunyai benjolan di tepi tubuh dengan jumlah 14-18 pasang dan yang terpanjang di bahagian pantatnya.

Tanda Serangan : Pertumbuhan tanaman terbantut dan kurus. Tunas muda, daun, batang, tangkai bunga, tangkai buah, dan buah yang diserang akan kelihatan pucat dan lama kelamaan kering.

11

Page 14: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Sembur dengan racun kulat yang mengandung bahan aktif formotion, monokrotofos, dimetoat, atau karbaril. Pada kadar 1-1,5 liter/ha,

5) Tungau merah ( Tetranychus cinnabarinus Boisd )

Ciri-Ciri : Tubuh tungau betina berwarna merah tua/merah kecoklatan, sedangkan tungau jantan hijau kekuningan/kemerahan. Terdapat beberapa bintik hitam, kaki dan bahagian mulut putih, ukuran tubuh 0,5 mm.

Tanda Serangan : Permukaan daun berbintik-bintik kuning yang kemudian akan berubah menjadi merah tua seperti karat. Dibawah permukaan daun kelihatan anyaman benang yang halus. Serangan yang serius akan menyebabkan daun menjadi layu dan gugur.

Pengawalan : Disembur dengan racun serangga yang mengandung bahan aktifdikofoldan, pada kadar 0,6-1 liter/ha.

Serangga Perosak pada Buah

1) Lalat buah Dacus (Dacus dorsalis Hend.)

Ciri-Ciri: Ukuran tubuh 6 - 8 mm dengan bentangan sayap 5 - 7 mm. Bahagian dada berwarna coklat tua berbintik kuning/putih dan bahagian perut coklat muda dengan pita coklat tua. Stadium larva berwarna putih pada saat masih muda dan kekuningan setelah dewasa, panjang tubuhnya 1 cm.

Tanda Serangan : Terlihat bintik hitam/benjolan pada permukaan buah, yang merupakan tusukan serangga dimana digunakan sebagai tempat meletakkan telur. Bahagian dalam buah berlubang dan busuk kerana dimakan larva.

12

Page 15: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Dengan umpan minyak citronella/umpan protein malation akan mematikan lalat yang memakannya. Sembur racun serangga yang menggandungi bahan aktif triazofos pada kadar 2 cc/liter dan tindakan yang paling baik adalah memusnahkan semua buah yang terserang atau membalik tanah agar larva terkena sinar matahari dan mati.

2) Keluang (Cynopterus sp)

Ciri-Ciri : Tubuh seperti kelelawar tetapi ukurannya lebih kecil menyerang buah-buahan pada malam hari.

Tanda Serangan : Terdapat bahagian buah yang berlubang bekas gigitan. Buah yang terserang hanya yang telah tua, dan bahagian yang dimakan adalah isi buahnya saja.

Pengawalan : Menangkap keluang menggunakan jala/menakut-nakutinya menggunakan kincir angin yang diberi whistle sehingga dapat menimbulkan suara.

Serangga Perosak Pada Cabang/Ranting

Kumbang Penggorek Cabang (Xyleborus coffeae Wurth / Xylosandrus morigerus Bldf).

Ciri-Ciri: Kumbang yang lebih menyukai tanaman ini berwarna coklat tua dan berukuran 1,5 mm. Larvanya berwarna putih dan panjangnya 2 mm.

Tanda Serangan : Terdapat lubang yang menyerupai terowong pada cabang atau ranting. Terowong itu didapati semakin besar sehingga makanan tidak dapat disalurakan ke daun, kemudian daun menjadi layu dan akhirnya cabang atau ranting tersebut mati.

Pengawalan : Cabang/ranting yang terserang dipangkas dan dibakar. Sembur dengan racun perosak berbahan aktif asefat atau diazinon dengan kadar 0,5-0,8 gram/liter dan Diazinon 60 EC pada kadar 1-2 cc/liter.

13

Page 16: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

6.2 Penyakit

1) Antraknosa

Penyebab : kulat Colletotrichum gloeosporioides (Penz.) sacc. Yang mempunyai miselium berwarna coklat hijau sampai hitam kelabu dan sporanya berwarna jingga.

Tanda Serangan : Penyakit ini menyerang semua bahagian tanaman, kecuali akar. Bahagian yang diserang berwarna coklat karat, kemudian daun, bunga, buah/cabang tanaman yang diserang akan gugur.

Pengawalan : Pangkas ranting dan cabang yang mati. Sembur racun kulat yang mengandungi bahan aktif maneb. Sembur racun kulat ini 2 minggu sebelum mengutip hasil pada kadar 2-2,5 gram/liter.

2) Bintik daun atau bintik coklat

Penyebab: cercospora purpurea Cke./dikenal juga dengan Pseudocercospora purpurea (Cke.) Derghton. kulat ini berwarna gelap dan menyukai tempat lembab.

Tanda Serangan : bintik cokelat muda dengan tepi coklat tua di permukaan daun atau buah. Bila cuaca lembab, bintik coklat berubah menjadi bintik-bintik kelabu. Bila dibiarkan, lama-kelamaan akan menjadi lubang yang dapat dimasuki organisme lain.

Pengawalan : Sembur racun yang mengandung benomyl, pada kadar 1-2 gram/liter.

3) Akar Busuk dan Kanker Batang

Penyebab : Kulat Phytophthora yang hidup ditanah yang mengandung bahan organik, menyukai tanah basah.

Tanda Serangan : Bila batang tanaman yang terserang maka akan nampak perubahan warna kulit pada pangkal batang.Bila tanaman yang terserang akarnya menyebabkan pertumbuhannya menjadi terganggu, tunas mudanya jarang tumbuh. Kesan yang paling ketara adalah tanaman akan mati.

Pengawalan : Sistem Perparitan perlu diperbaiki, jangan sampai ada air yang bertakung dan musnahkan tanaman yang diserang, ganti dengan tanaman baru.

14

Page 17: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

4) Buah Busuk

Penyebab: Botryodiplodia theobromae pat.

Tanda Serangan : menyerang apabila ada luka pada permukaan buah. Bahagian yang pertama kali diserang adalah hujung tangkai buah dengan tanda bintik coklat yang tidak teratur, yang kemudian menjalar ke bahagian buah. Pada kulit buah akan timbul benjol-benjol kecil.

Pengawalan : sembur racun kulat yang berbahan aktif Zineb, dengan kadar 2-2,5 gram/liter.

7.0 Penuaian Hasil

Ciri-ciri buah yang sudah tua tetapi belum masak adalah:

Warna kulit tua tetapi belum menjadi coklat/merah dan tidak mengkilat; Bila buah diketuk akan mengeluarkan bunyi yang nyaring; Bila buah digoyang-goyang, akan terdengar goncangan biji.

Penetapan tingkat ketuaan buah tersebut memerlukan pengalaman tersendiri. Sebaiknya perlu diamati waktu bunga mekar sampai enam bulan kemudian, kerana buah avokado biasanya tua setelah 6-7 bulan dari bunga mekar. Untuk memastikannya, perlu dipetik beberapa buah sebagai contoh. Bila buah-buah contoh tersebut masak dengan baik, tandanya buah tersebut telah tua dan sedia untuk dituai. Umumnya menuai buah avokado dilakukan secara manual, iaitu dipetik menggunakan tangan atau menggunakan galah yang diberi tangguk kain/goni pada hujungnya. Buah harus dipetik/dipotong bersama sedikit tangkai buahnya (3-5 cm) untuk mencegah memar/lebam, luka pada bahagian tangkai buah.

Pengendalian Lepas Tuai.

Mencuci dimaksudkan untuk menghilangkan segala macam kotoran

yang terdapat bagi memudahkan proses penggredan di buat.

Penggredan buah dilakukan semasa berada diladang lagi, dengan tujuan memilih buah yang baik dan memenuhi syarat, buah yang diharapkan adalah yang memiliki ciri seperti berikut:

i. Tidak cacat, kulit buah harus sempurna tanpa bintik. ii. Cukup tua tapi belum matang. iii. Ukuran buah seragam. Biasanya dipakai standar dalam 1 kg terdiri

dari 3 buah

15

Page 18: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

iv. Bentuk buah seragam.

Pemeraman dan Penyimpanan Cara pemeraman pada umumnya hanya dengan memasukkan buah ke dalam karung goni, kemudian ujungnya diikat rapat. Setelah itu karung diletakkan di tempat yang kering dan bersih. Kerana avokado hanya mampu bertahan sekitar 7 hari

dari ianya dipetik, kecuali ianya disimpan dalam ruangan bersuhu 5OC.

dengan cara ini jangka hayat buah avokada boleh tahan samapai 30-40 hari.

8.0 Analisa Saiz Ekonomi Ladang

Jangka hayat ekonomik 20 tahun Jumlah kos pengeluaran RM 56,685.00 sehektar. Jumlah pendapatan kasar RM107,640.00 sehektar Jumlah pendapatan bersih RM 50,955.00 sehektar Pendapatan bersih buruh keluarga RM3,717.55 Kadar pulangan balik modal tahun ke 9 Saiz ekonomi ladang 2.21 hektar

16

Page 19: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

9.0 Khasiat Avokado

Avokado (bahasa Inggeris avocado), tergolong dalam kumpulan pokok renek, terkenal zaman-berzaman. Bagi puak India Amerika, ia sumber makanan dan agen lemak serta penyembuh penyakit. Sebab itu ramai wanita menggosok minyak daripada buahnya pada kulit agar kulit kekal muda.

Mereka yang tinggal di kawasan tropika menggunakan minyak avokado untuk melindungi kulit daripada kering atau merekah kesan pencemaran.

Berasal dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya Mexico dan perkataan avokado sendiri berasal daripada nama orang Mexico, Ahuacale.

Kini, kebanyakan pokok avokado ditanam di kawasan tropika dan separuh tropika seperti di California, Florida, Mexico, Amerika Selatan, Sepanyol, Portugal, Israel dan Afrika Selatan. Jenisnya melebihi 400.

Daunnya kusam, berbentuk bujur dan tajam di hujung. Ukurannya 8-20 cm panjang dan 4-9 cm lebar. Bunganya halus berwarna coklat kekuningan dan berada di celah daun.

Manakala buahnya berbentuk bujur seperti pir, bijinya satu dan berisi tebal, lembut, manis dan wangi. Ukurannya antara 7-20 cm dan kulitnya berwarna hijau tua hingga coklat kemerahan seakan ungu serta mudah dikupas.

Avokado dipercayai memiliki khasiat semulajadinya tersendiri. Daunnya berkhasiat melawas kencing, membuang angin, membetulkan perjalanan haid dan membuka selera.

Buahnya yang mengandungi minyak lemak, lesitin dan phistosterin, digunakan untuk mengubat luka, membetulkan perjalanan haid dan merangsang syahwat.

Selain buahnya dimakan begitu sahaja, minyak avokado digunakan untuk menyediakan mayonis. Ramai tidak tahu, avokado kering boleh dikisar untuk dibuat tepung.

Keistimewaan avokado turut mendapat perhatian pengeluar alat solek dan barangan penjagaan diri kerana berkhasiat melegakan resu, menyegarkan dan melindungi kulit. Ia amat sesuai dan berkesan untuk kulit sensitif dan kering. Sebab itu, ia digunakan dalam minyak mandian, krim dan losyen khusus untuk kulit kering.

17

Page 20: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Tidak ketinggalan, ia dijadikan bahan utama dalam syampu dan perapi rambut, terutama bagi rambut kering.

Khasiat dari segi perubatan

Avokado boleh mengatasi tekanan darah tinggi, Avokado tak

sekedar sedap dimakan. Buah yang kaya kalori ini ternyata memiliki khasiat ubat yang sangat bermanfaat. Selain boleh mengatasi sawan dan sakit gigi, avokado juga boleh mengatasi tekanan darah tinggi, sakit kepala, kencing batu, kulit muka kering, bengkak, mual dan haid tidak teratur. Avokado kaya dengan kandungan kimia, antara lain saponin, alkaloida, flavonoida, tanin, polifenol, quersetin, dan gula alkohol persiit. Bahagian tanaman yang bisa digunakan sebagai ubat adalah isi buah, daun, dan biji. Dalam farmakologi Cina dan pengubatan tradisional, disebutkan bahwa tanaman ini memiliki sifat peluruh kencing, antiradang, dan menghilangkan sakit. Daun avokado bersifat antibakteri iaitu menghambat pertumbuhan beberapa spesies bakteri, antara lain Staphylococcus sp, Pseudomonas sp, Proteus sp, Escherichea sp, dan Bacillus sp.

Ubat kencing batu, empat lembar daun avokado ditambah tiga buah rimpang teki, lima tangkai daun randu, setengah biji pinang, sebiji buah pala, tiga jari gula enau, direbus dengan tiga gelas air sampai tersisa 2,25 gelas. Setelah dingin disaring lalu diminum. Sehari tiga kali 3/4 gelas.

Untuk mengatasi darah tinggi dan sakit kepala, tiga lembar daun avokado dicuci bersih lalu rebus dengan satu gelas air panas. Setelah dingin diminum sekaligus.

Jika kulit muka kering, buah diambil isinya lalu dilumatkan sampai seperti bubur. Kemudian dipakai untuk masker dengan cara memoles muka yang kering. Muka dibasuh dengan air setelah lapisan masker tersebut mengering.

Jika sakit gigi berlubang, masukkan biji avokado pada lubang gigi

Mengatasi bengkak kerana peradangan, bubuk dari biji ditambah air hingga menjadi adunan seperti bubur. Kemudian sapukan pada bahagian tubuh yang sakit.

Ubat kencing manis, biji dipanggang di atas api kemudian dipotong-potong kecil. Rebus dengan air bersih hingga air menjadi coklat, saring, minum setelah sejuk.

18

Page 21: Jabatan Pertanian Sabah Caw.pengembangan Daerah Tawau Tanaman

Teknologi Tanaman Avokado

Sumber Rujukan

1. Agromedia ( MARDI )

2. www.sabah.gov.my/tani/analisa_saiz_ekonomik_ladang.htm

3. pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a61301.htm

4. www.bppt.go.id/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=9

5. www.ristek.go.id/

6. warintek.bantul.go.id/web.php?mod=basisdata&kat=1&sub=2&file=47

19