17
PADAT Perjanjian JABATAN SEJARAH No. 7 April 2018 Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya ...bersambung di ms 2 Satu sesi perbincangan telah diadakan oleh PADAT yang diwakili oleh Ketua Eksekutif PADAT, Y.Bhg. DatoPaiman Keromo dan pegawai-pegawai Padat dengan Jabatan Sejarah yang diwakili oleh Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja pada 22 Februari 2018 di ibu pejabat PADAT untuk membincangkan lebih lanjut tentang bentuk kerjasama yang dapat dijalinkan oleh kedua-dua pihak. Perjanjian Memorandum dengan PADAT yang ditandatangani pada 22 Mei 2012 telah berakhir pada 22 Julai 2017 (lima tahun) dan ini adalah perjanjian kedua yang diperbaharui selama lima tahun sehingga 2022. 1 Buletin April 2018

JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

  • Upload
    ledung

  • View
    245

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

PADAT

Perjanjian JABATAN SEJARAH

No. 7 April 2018

Memorandum Persefahaman antara Perbadanan

Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

dengan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

...bersambung di ms 2

Satu sesi perbincangan telah

diadakan oleh PADAT yang

diwakili oleh Ketua Eksekutif

PADAT, Y.Bhg. Dato’ Paiman

Keromo dan pegawai-pegawai

Padat dengan Jabatan Sejarah

yang diwakili oleh Ketua

Jabatan, Prof. Madya Dr.

Sivachandralingam Sundara

Raja pada 22 Februari 2018 di

ibu pejabat PADAT untuk

membincangkan lebih lanjut

tentang bentuk kerjasama yang

dapat dijalinkan oleh kedua-dua

pihak. Perjanjian Memorandum

dengan PADAT yang

ditandatangani pada 22 Mei

2012 telah berakhir pada 22

Julai 2017 (lima tahun) dan ini

adalah perjanjian kedua yang

diperbaharui selama lima tahun

sehingga 2022.

1 Buletin ♦ April 2018

Page 2: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

2 Buletin ♦ April 2018

Perjanjian dengan PADAT ini akan

membolehkan seramai 20 orang pelajar

ijazah pertama jabatan mendapat

latihan industri di tapak JUGRA dan

beberapa tapak lain yang akan

ditentukan oleh PADAT. Memorandum

ini juga akan membuka jalan kepada

beberapa bentuk kerjasama lain iaitu

penyelidikan dan kerja ekskavasi

arkeologi di Selangor; penyelidikan

sejarah dan budaya dan pertukaran

maklumat dan bahan yang berkaitan

dengan sejarah negeri Selangor.

Dato’ Paiman yang telah dilantik

sebagai Pengarah PADAT mulai 1 Julai

2017 berpendapat ada baiknya

perjanjian persefahaman ini disemak

semula supaya kedua-dua pihak

mendapat faedah yang maksima.

Beliau berpendapat tiada guna pelajar

jabatan ke tapak tanpa mengetahui

tujuan, kaedah cari gali dan semua

aspek lain yang akan melengkapkan

mereka dengan ilmu yang cukup

apabila mereka menceburi dunia

pekerjaan. Dato’ Paiman juga

mendapati kaedah yang tidak

menentukan tapak sama ada ia

mewakili Zaman Proto/Deutro Melayu,

Pra Sejarah, Zaman Pengaruh Hindhu

Buddha dan Zaman Sejarah

menyebabkan penggalian tidak

mencerminkan perancangan yang baik.

Beliau berpendapat perlunya dibuat

penggalian yang terancang mengikut

zaman supaya pelajar faham signifikan

zaman tersebut. Beliau juga mahu

kegiatan cari gali diluaskan ke Klang,

Dengkil, Batu Caves dan kawasan-

kawasan lain.

Beliau juga menyentuh tentang

pengaruh Hindhu-Buddha yang dapat

dikesan di tapak-tapak awal yang perlu

diketengahkan. Beliau tidak menafikan

wujudnya pengaruh Hindhu Buddha

dalam kehidupan masyarakat Melayu

yang dapat dilihat dalam amalan mandi

safar dan amalan lain. Semua amalan

ini hanya ditinggalkan oleh masyarakat

Melayu apabila mereka sedar ia

adalah pengaruh Hindhu yang tidak

sesuai dengan kepercayaan agama

Islam.

Dato’ Paiman juga berharap kerjasama

ini benar-benar membawa faedah

kepada kedua-dua pihak. Jabatan

Sejarah bersetuju dengan cadangan

Dato’ Paiman supaya jabatan merekrut

seorang staf dalam bidang arkeologi

dalam waktu yang terdekat supaya

kerjasama ini dapat dimantap dan

dimanfaatkan dengan baik oleh pelajar.

Page 3: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

ULASAN BUKU

3 Buletin ♦ April 2018

Ahmat Adam Majlis pelancaran dan ulasan buku Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam telah diadakan pada 30 Mac 2018 di Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera & Sains Sosial dan dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Jabatan Sejarah, Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja.

Buku Prof. Ahmat Adam berjudul “Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?” telah diulas oleh Prof.

Mohamad Abu Bakar. Majlis ini dihadiri oleh ramai sarjana dari dalam dan luar universiti. Para pelajar yang menghadiri siri ulasan ini mengambil kesempatan mendapatkan pencerahan tentang beberapa perkara yang memerlukan pencerahan dan para sarjana yang hadir juga telah mendapatkan penjelasan yang

lebih lanjut dari penulis buku tentang konten buku.

Penerbit buku Gerak Budaya turut mengambil kesempatan untuk menjual buku-buku terbitan syarikat tersebut di perkarangan Dewan Kuliah F pada majlis ini. Majlis yang bermula pada 10 pagi berakhir pada 12 tengah hari dengan tetamu jemputan diraikan makan tengahari di Bilik Sumber Jabatan Sejarah.

Page 4: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

4 Buletin ♦ April 2018

SEMINAR JABATAN

Mencari Malaysia Jabatan Sejarah dengan kerjasama

Universiti Nasional Singapura dan

The Malaysian Branch of The Royal

Asiatic Society (JMBRAS) telah

menganjurkan satu siri wacana

bertemakan “Mencari Malaysia” pada

13 April 2018 di Bilik Sumber,

Jabatan Sejarah. Siri wacana ini

yang akan diadakan dua bulan sekali

bertujuan untuk membincangkan

karya-karya sejarah berkaitan politik,

historiografi dan sejarah sosiologi

serantau.

Wacana ini akan menelusuri

permasalahan eurocentric dan

nationalistic dalam sejarah dan

bagaimana pemikiran sosial dan teori

dapat menyumbang kepada

pemahaman sejarah. Objektif

wacana ini adalah untuk merangsang

perdebatan dan pemahaman yang

Lebih baik tentang siapa kita sebagai

rakyat Malaysia. Wacana pertama

yang diadakan pada 13 April dan

dipengerusikan oleh Prof. Syed Farid

Alatas dari Universiti Nasional

Singapura telah mendapat sambutan

yang luar biasa. Seramai 100

peserta yang terdiri daripada

penggiat sejarah, ahli ekonomi dan

pelajar ijazah lanjutan sejarah dari

dalam dan luar negara telah

menyertai wacana ini.

Wacana kali ini telah mengupas

artikel Prof. Cheah Boon Kheng

berjudul “Malaysian Historiography”

yang mengupas tentang historiografi

Malaysia sejak 1950-an sehingga

1980-an dan melihat kerelevenan-

nya hingga ke hari ini. Wacana

kedua siri seminar ini akan diadakan

pada 22 Jun 2018.

Page 5: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

5 Buletin ♦ April 2018

Mencari Malaysia SEMINAR JABATAN

Page 6: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

6 Buletin ♦ April 2018

Mencari Malaysia Reading Group

How do we understand our

history? The Malaysian nation-

state is a relatively young entity,

formally coming into being less

than 60 years ago. There are many

Malaysians today who were born

into a territory that was not named

or even conceived as Malaysia.

How do we understand our

collective past and the trajectories

that influenced our current

present? How does this

understanding shape our identities,

our affiliations, our constitution?

Are we really made up of 'imagined

communities'? Why should our

national territory get truncated at

our international borders? If 'the

past is a foreign country', what is

the value of studying our history?

Is it even necessary to have a

common history?

Malaysia is often described as a

development success story in

official discourse – rapidly

reducing poverty, increasing

standards of living and

implementing effective strategies to

achieve high-income nation status.

How do we conceptualize the

different, often competing,

narratives of change? How do we

describe the contested landscape

of transformation - whether in

terms of power relations, class

struggle or new social movements?

What does liquid modernity mean

for a society stepping out of the

shadows of the Kerajaan? How do

you fit-in the 'Islamic' in the

anthropology of the state? Can a

common history help enhance the

eflexivity of Malaysians in an

increasingly 'risk society'?

These are some of the

fundamental questions that

confront students interested in the

study of Malaysia and the forces of

change affecting Malaysia. The

ability to answer these and other

related questions rests on our

knowledge of not

only the facts of the past, but how

we frame the trajectories of change

and the nature of society in the

past. Thus, social thought and

theory become indispensable to

the construction of our picture of

the past and understanding of the

present.

The Mencari Malaysia reading

group will meet once every two

months to read seminal works that

stimulate discussion on the

theoretical history, historiography

and historical sociology of the

Nusantara. The readings will deal

with problems surrounding the

issues of Eurocentric and

nationalist history and how social

thought and theory can contribute

to an understanding of history that

resonates with contemporary

issues shaping the public

discourse. The objective is to

stimulate debate and develop

richer understandings of who we

are as Malaysians.

Page 7: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

7

SEMINAR JABATAN

Buletin ♦ April 2018

How to Write

a Thesis: Pitfalls and How

to Avoid Them

Jabatan Sejarah telah menganjurkan

seminar berjudul “How to write a thesis:

Pitfalls and how to avoid them” pada 17

April 2018 (Selasa) di Bilik Sumber Jabatan

Sejarah. Pembentang seminar ini ialah Prof.

Andrew Peacock dari University St. Andrew

dari United Kingdom yang juga Profesor

Pelawat di jabatan.

Dalam pembentangan tersebut, beliau telah

menyentuh tentang pemilihan tajuk tesis,

maksud tesis, kepentingan bibliografi dan

panduan menghasilkan satu tesis yang baik.

Seminar ini telah dihadiri oleh ramai pelajar

ijazah lanjutan jabatan, dari luar fakulti dan

juga pelajar dari universiti lain.

Page 8: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

PENULISAN PERUNDING

KAJIAN

PASCA SISWAZAH

PERSATUAN SEJARAH

• Shakila Yacob (2018).

“Government, Business and

Lobbyists: The Politics of Palm

Oil in US–Malaysia Relations “,

The International History

Review, DOI:

10.1080/07075332.2018.1457

556 (ISI-Indexed)

• Danny Wong Tze Ken,

Cheong Kee-Cheok & Lee

Kam Hing (eds.). (2018). “The

Chinese Overseas in Malaysia

in theEra of Change:

Remembering Lee Poh Ping.

Kuala Lumpur: University of

Malaya Press.

Sivachandralingam Sundara

Raja, Pakar Rujuk Kurikulum

Sejarah dan Buku Teks Sejarah

Kementerian Pendidikan

Malaysia Sesi 2017-2022,

Kementerian Pendidikan.

Abu Hanifah Haris, Penulis

Siri Penulisan Sejarah Malaysia

Baharu, Sejarah Negeri Kedah

Sehingga 1957, 2017-2017,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Danny Wong Tze Ken,

Monuments And Memorials To

The Deaths In Malaysia: A

Study Of Their Distributions

And Significance, Co-

Investigator, 2016 -

2018, Geran Penyelidikan

Universiti Malaya (UMRG),

(National)

Zulkanain Abdul Rahman,

Penyelidikan dan Penulisan

Buku Sempena Sambutan 50

tahun Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia,

Principal Investigator(PI), 2016

- 2017, Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia,

(National)

Pembentangan Proposal Ijazah

Tinggi

Wen Wei (China) (AHA160023),

“The Transformation of Chinese

Dialect Group Leaderships in

Klang Valley, 1885-1941”,

dibawah penyeliaan Profesor

Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken,

pada 28 Februari 2018 (Rabu)

jam 9.30 pagi bertempat di Bilik

Sumber, Jabatan Sejarah, Fakulti

Sastera dan Sains Sosial.

Pembentangan Candidature

Defence Ijazah Tinggi

Rammani a/p Karupiah

(AHA130025), “Philippines –

Malaysia Relations 1957-2010”,

dibawah penyeliaan

Datuk Profesor Dr. Danny Wong

Tze Ken pada 18 Januari 2018

(Khamis), jam 9.30 pagi

bertempat di Bilik Sumber,

Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera

dan Sains Sosial.

Pembentangan Seminar Akhir

Ijazah Tinggi

Ilango a/l Karuppannan

(AHA130035), ”Malaysia and

Lebanon, 1963-2009: An

Analysis of Small State Bilateral

Relations”, dibawah penyeliaan

Profesor Dr. Shakila Parween

Yacob, pada 18 Januari 2018

(Khamis), jam 9.30 pagi

bertempat di Bilik Sumber,

Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera

dan Sains Sosial.

• Historian’s Warrior Day,

13 Mei 2018 (Ahad), Padang

Varsiti, Universiti Malaya.

• Forum Mahasiswa Sejarah

“Mahasiswa Sejarah Tunjang

Pembaharuan Negara” 12 Mei

2018 (Sabtu) di Dewan Kuliah

A, Fakulti Sastera dan Sains

Sosial.

8 Buletin ♦ April 2018

Page 9: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

The subject of history and historians

are facing serious challenges with

recent changes in teaching emphasis

in universities and reduction in

research funding and the rise of

media-driven history.

If we take the first scenario, it has

become quite clear that over the last

few decades history departments in

many universities in Malaysia have

been downsized or placed as a unit

within broader multidiscipline

departments. This indicates a lower

priority being given to the discipline in

the academic pecking order. While this

may be partly due to the need for

universities to restructure in order to

manage the operations with limited

resources and size of public funding, it

impacts considerably the future of the

discipline. Until about the 1980s, the

country’s history was largely written

and the narrative dominated by

western historians. In the last three

decades or so, local historians have

come to play a major role in

researching and writing the country’s

history. Khoo Kay Kim, Cheah Boon

Kheng, Abdullah Zakaria, Ahmat

Adam, Abu Talib Ahmad and many

other local historians have made

substantial contributions to

documenting the country’s past. They

challenged the historical narratives

developed by western historians and

provide alternative perspectives of the

nation’s past. With the reduction in the

size of history departments, more

recent doctoral graduates in history

are hard-pressed to secure jobs in

public universities. This could lead

again to a situation where western

scholarship could re-emerge to define

the historical narratives of the country.

Public policy-makers need to take

stock of the fact that that while they

have rightly extended the teaching of

history to primary schools, they have

failed to match this with investing in

the necessary human resource in

public universities.

Secondly, there has been a serious

decline in the research grants

available in public universities in the

last few years and this has

compounded the problems faced by

the discipline of history and historians.

Some of the reductions in research

grants are also faced by other

disciplines, due to the reduction in

allocation to public universities in the

national budgets. But in the case of

history, the reduction in funding in

recent years have affected the

discipline considerably more because

of a drop in funding even earlier.

Historians require substantial grants to

conduct research at archives, often

located abroad, and this requires

considerable expenditure for travel,

accommodation and making copies of

important documents. External

sources of funding such as the Japan-

based foundations are not reliable as

they often come with strings attached.

The historian often has to conduct

research related to Japan or the

Southeast Asian region. This does not

fit well with country-based historical

research conducted by Malaysian

historians. What does this mean for

the discipline? It simply means that

historians are not able anymore to

conduct in-depth historical research in

their areas of specialization. Invariably,

this will affect the quantity and quality

of historical output in public

universities, which will also in the long

term affect the international ranking of

local universities.

The third challenge relates to historical

documentaries for television channels.

While historical documentaries in

themselves are good and educational,

there is some concern over the

accurateness of these documentaries

which sometimes sensationalise or

exaggerate historical episodes to

attract greater TV viewers. These

documentaries are often the product of

people who lack adequate expertise in

history. These documentaries done

over a shorter period of time challenge

the traditional narratives produced by

historians. The historians are unable to

respond to these documentaries as

their archival based research often

take a much longer period of research

and evaluation before they are

published as books or articles.

Television documentaries while

interesting and useful, sometimes do a

disservice to the discipline of history

and historians.

It would do well for universities and

policy-makers to reconsider their

attitude towards the discipline of

history in order to ensure that local

historians are able to continue to make

a significant contribution to the

documenting of the country’s history.

KOMEN ISU SEMASA

Historians and challenges

in higher education

Joseph M. Fernando

9 Buletin ♦ April 2018

Page 10: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

DR. ADNAN HAJI MOHD

NAWANG dilahirkan pada 5

September 1945 di Mekah, Arab

Saudi. Beliau berasal dari Kubang

Jambu, Lenggong, Hulu Perak dan

memulakan pendidikannya di Sekolah

Melayu dan Sekolah Inggeris di

Lenggong. Setelah menamatkan

pengajian sekolah menengah, beliau

memasuki Maktab Perguruan Ipoh,

Perak dan mendapat sijil perguruan

pada tahun 1967.

Dr. Adnan meneruskan pengajian di

Universiti Malaya pada tahun 1975. Di

universiti tersohor ini, Dr. Adnan

mengkhusus dalam bidang Sejarah

Malaysia dan memupuk minat yang

mendalam terhadap penulisan biografi

tokoh pemikir dan persuratan Melayu,

Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba).

Kecenderungan ini dapat dilihat melalui

tiga kajian ilmiah yang beliau usahakan

dari peringkat ijazah pertama

sehinggalah kedoktoran. Bermula dari

kajian ijazah pertamanya yang berjudul

‘Za’ba 1896-1973: Suatu Tinjauan

Tentang Kegiatan-kegiatannya’, Dr.

Adnan terus memilih tokoh yang sama

untuk kajian sarjana dengan tajuk

‘Biografi Za’ba dengan Rujukan Khas

kepada Perjuangan’ dan tesis

kedoktoran yang disempurnakan pada

tahun 1995 iaitu ‘Pemikiran Za’ba

tentang Kemajuan Melayu’. Walaupun

beliau turut menulis tentang beberapa

aspek lain dalam Sejarah Malaysia,

namun Dr. Adnan dan Za’ba tidak

mungkin dapat dipisahkan. Beliau

diiktiraf sebagai penerima Anugerah

Perdana bagi Sejarawan Biografi

Malaysia pada Majlis Anugerah Buku

Negara dan Pengumuman Calon

Anugerah Telenovela 2017 yang

diadakan di Kuala Lumpur pada 2 Mei

2017.

Kerjaya Dr. Adnan telah berkembang

dan memuncak di Jabatan Sejarah,

Universiti Malaya. Beliau memulakan

khidmat sebagai pengajar (1980-1982)

sebelum menjadi pensyarah (1983)

dan dinaikkan pangkat ke jawatan

Profesor Madya pada tahun 1994.

Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan

Sejarah pada November 1999

sehingga September 2000. Dr. Adnan

bersara pada tahun 2000 sebelum

khidmatnya disambung sebagai

pensyarah kontrak untuk tempoh dua

tahun lagi (2000-2002)

memandangkan pengalaman dan

kepakarannya terus ditagih untuk

meningkatkan kecemerlangan Jabatan

Sejarah.

Beliau juga banyak mengendalikan

kursus ijazah dasar dan ijazah tinggi di

Jabatan Sejarah, antaranya Sejarah

Malaysia, Sejarah Perkembangan

Masyarakat Malaysia, Kaedah dan

Pemikiran Sejarah, Dokumentasi dan

Sumber Sejarah Malaysia, Perubahan

Sosial di Malaysia dan Sejarah

Malaysia 1800-1941. Selain

melaksanakan tugas-tugas pengajaran

dan pentadbiran, beliau juga terlibat

sebagai editor, penyelaras dan ketua

editor bagi jurnal Jabatan Sejarah

Universiti Malaya iaitu Sejarah

pada dekad 1990-an dan awal 2000.

Sepanjang berada di Jabatan Sejarah

Universiti Malaya, Dr Adnan bergiat

aktif dalam kerja-kerja penyelidikan

dan perundingan yang melibatkan

pelbagai pihak seperti Kementerian

Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Majlis Peperiksaan

Malaysia, Gabungan Penulis Nasional

(GAPENA) dan Syarikat ESSO

Malaysia. Kegiatan beliau ini

diterjemahkan melalui banyak

penulisan dan penerbitan buku, bab

dalam buku dan makalah serta

pembentangan kertas-kertas kerja.

Dr. Adnan kemudiannya menabur bakti

di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI), Tanjong Malim, Perak. Beliau

dilantik sebagai Dekan Fakulti Sains

Kemanusiaan yang pertama mulai 1

Mac 2005 dan menjawat jawatan

tersebut sehingga tahun 2009.

Pelantikan beliau turut menjadikan

Fakulti Sains Kemanusiaan sebagai

fakulti yang kelapan ditubuhkan di

UPSI. Pada tahun 2014, Penerbit

UTHM menerbitkan sebuah buku

bertajuk Sejarah dalam Arus

Kesedaran : Sumbangsih kepada Prof.

Dr. Adnan Haji Nawang yang disunting

oleh Ishak Saat, Adnan Jusoh dan

Nabir Abdullah.

Buku ini didedikasikan kepada beliau

sempena

mengingati jasa

dan sumbangan

beliau dalam

membangunkan

Fakulti Sains

Kemanusiaan

UPSI sebagai

dekannya

yang pertama.

PERSONALITI JABATAN SEJARAH

DR. ADNAN HAJI MOHD NAWANG

10 Buletin ♦ April 2018

Page 11: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

Majlis Anugerah dan Tautan Kasih Fakulti Sastera

2017

11 Buletin ♦ April 2018

Jabatan Sejarah telah memenangi beberapa

hadiah dalam Majlis Anugerah Fakulti 2017

yang telah diadakan pada 4 Mei 2018 di

Dataran Sastera. Hadiah yang telah dimenangi

oleh Jabatan adalah seperti berikut:

1. Anugerah penyeliaan Ph.D. paling ramai –

Dr. Arba’iyah Mohd Noor.

2. Anugerah penyeliaan Sarjana (Mod

Penyelidikan) paling ramai – Prof. Madya

Dr. Sivachandralingam Sundara Raja.

3. Anugerah Jabatan dengan jumlah

penerbitan buku dan bab dalam buku yang

terbanyak.

4. Anugerah Jabatan dengan pengijazahan

Ph.D. yang paling ramai.

5. Anugerah Jabatan dengan pengijazahan

Sarjana (Mod Campuran) yang paling

ramai.

6. Anugerah Jabatan dengan pengijazahan

Sarjana (Mod Penyelidikan) yang paling

ramai.

Page 12: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

ANUGERAH BUKU

12 Buletin ♦ April 2018

Staf Jabatan telah

memenangi anugerah

buku ilmiah popular

terbaik dalam Majlis

Anugerah MAPIM-KPIT

pada 29 April 2018.

Buku terbitan tersebut

ialah Sejarah Perjuangan

SPRM Satu Perjalanan.

Jabatan mengucapkan

tahniah kepada Prof.

Madya Dr. Zulkanain

Abdul Rahman dan

Dr. Ahmad Kamal Ariffin

Mohd. Rus.

Page 13: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

PENERBITAN TERBAHARU

13 Buletin ♦ April 2018

Page 14: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

14 Buletin ♦ April 2018

PENERBITAN TERBAHARU

PENERBITAN TERBAHARU

Page 15: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

15 Buletin ♦ April 2018

Majlis diadakan pada 10 Februari

2018 di Dewan Tun Hamdan

Sheikh Tahir, Aras 2, Anjung

Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Sejak diperkenalkan pada tahun

1998, para pelajar dari Jabatan

Sejarah yang mencatatkan gred

terbaik dalam kursus-kursus

Sejarah Malaysia sepanjang

pengajian mereka dipilih untuk

menerima anugerah berprestij

daripada Persatuan Sejarah

Malaysia ini.

Bagi tahun 2017, penerimanya

adalah Nurul Amirah binti Hamzah.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda

Sastera (Sejarah) Lulus Dengan

Kepujian (Dengan Cemerlang) ini

menghasilkan kajian ilmiah

bertajuk “Hospital Permai Johor

Bahru, 1918-1941” di bawah

penyeliaan Dr Noraini binti

Mohamed Hassan. Nurul Amirah

menerima pingat emas, sijil

penghargaan dan buku daripada

YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima

Dr. Abdul Rahman Arshad.

Daripada kami seluruh warga

Jabatan Sejarah, setinggi-tinggi

tahniah kepada Nurul Amirah di

atas penganugerahan ini, semoga

terus cemerlang pada masa

hadapan dan mengharumkan

nama jabatan dan Universiti

Malaya.

PENGANUGERAHAN PINGAT EMAS

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA 2017

Page 16: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

AKTIVITI AKAN DATANG

16 Buletin ♦ April 2018

In the first Mencari Malaysia session, the problem of Eurocentric or Orientalist

historical writing that had shaped, and continues to influence, the historiography of the

Nusantara was raised. Orientalism provided the intellectual framework for structuring

the inferiority of non-Europeans while legitimising ideas of European exceptionalism

and, therefore, hegemony. Eurocentrism in consequence elevates the superiority of

European knowledge and perpetuates the primacy of European perspectives and

thought. From positivist historiography to the Washington Concensus, and from

theories of international relations to environmental management, Eurocentrism has

dominated the dynamics of academy and policymaking of post-colonial countries. How

do we address this issue? How do we free ourselves from this hegemony? What

would the notion of authenticity in social thought look like? Are we not over-

emphasizing indegeneity over what may be universality? Can a Malaysian

historiography stand up against its Eurocentric pretenders?

In the next Mencari Malaysia session, we will read three seminal articles that in

different ways help us to understand what Eurocentric history writing is and how we

may begin to transcend such a narrative. The articles are:

Soedjatmoko, “An Approach to Indonesian History: Towards an Open Future”,

Seminar on Indonesian History, Jogjakarta 1957.

John Bastin, “The Study of Modern Southeast Asian History”, Inaugural Lecture

Univeristy of Malaya 1959.

Syed Hussein Alatas, “Theoretical Aspects of Southeast Asian History: John Bastin

and the Study of Modern Southeast Asian History”, Asian Studies, Vol.11, No.2

1964.

For an electronic copy of the papers, please write to

[email protected]

with your request. Please include your mobile contact number.

Page 17: JABATAN SEJARAH Perjanjian No. 7 April 2018 PADAT · arkeologi di Selangor; penyelidikan sejarah dan budaya dan pertukaran ... karya-karya sejarah berkaitan politik, historiografi

AKTIVITI AKAN DATANG

17

MISI JABATAN SEJARAH

Untuk menjadi pusat terulung

dalam pengajian ilmu

kemanusiaan dan

kemasyarakatan bagi

menyumbang kepada

kesejahteraan diri, masyarakat,

negara dan umat manusia,

dalam wawasan untuk

menjadikan Jabatan Sejarah,

Fakulti Sastera dan Sains

Sosial, Universiti Malaya

sebagai pusat pengajian

Sejarah Malaysia seluruh dunia.

OBJEKTIF JABATAN

SEJARAH

• Melahirkan graduan sejarah

yang cemerlang, bermutu dan

berwibawa, di samping

menjayakan matlamat falsafah

pendidikan negara dalam

bidang sejarah.

• Melahirkan graduan sejarah

yang mempunyai ciri-ciri daya

saing dalam menghadapi

cabaran semasa.

• Melahirkan graduan yang

mempunyai perasaan kecintaan

kepada negara.

• Melahirkan modal insan yang

berfikiran kritis dan kreatif.

• Membolehkan graduan sejarah

mengaitkan ilmu sejarah dalam

pekerjaan di sektor awam dan

swasta yang memerlukan

kemahiran penyelidikan dan

analisis.

• Membolehkan graduan sejarah

mengambil iktibar daripada

peristiwa sejarah dan menjadi

asas perkiraan dalam

menghadapi permasalahan

semasa.

JABATAN SEJARAH Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

50603 KUALA LUMPUR

Tel: 03-79675507/5569/5582, Faks: 03-79675463

Emel: [email protected]

Laman Sesawang: [email protected]

Facebook: Jabatan Sejarah

KEAHLIAN JABATAN

SIDANG PENGARANG BULETIN SEJARAH

Ketua Pengarang Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja Timbalan Pengarang Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Setiausaha Dr. Noraini Mohamed Hassan

Buletin ♦ April 2018

KETUA JABATAN Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya)

PROFESOR EMERITUS Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Dato’ Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya)

PROFESOR Prof. Datuk Dr. Danny Wong Tze-Ken B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Prof. Dr. Shakila Parween Yacob B.A (Malaya), M.A (Western Michigan), Ph.D (Reading)

PROFESOR MADYA Prof. Madya Dr. Joseph Milton Fernando B.A. (Hull), Ph.D (London) Prof. Madya Dr. Hamidin Abdul Hamid B.A (Malaya), M.A (London), Ph.D (London) Prof. Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman B.A (Malaya), M.A (Leeds), Ph.D (East Anglia)

PENSYARAH KANAN Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Dr. Arba’iyah Mohd Noor B.A (UIA), M.A (Lancaster), Ph.D (Malaya) Dr. Azharudin Mohamed Dali B.A (Malaya), M.A., Ph.D (London) Dr. Ho Hui Ling, B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Dr. Mardiana Nordin B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Dr. Abu Hanifah Haris B.Ed (UPSI), Ph.D (Malaya) Dr. Noraini Mohamed Hassan B.A (Malaya), M.A (Malaya), Ph.D (Malaya) Dr.Akiko Sugiyama B.A. (Keio), M.A. (Ohio), Ph.D. (Hawaii)

PENSYARAH Puan Salina Zainol B.A (Malaya), M.A (Malaya)

PROFESOR PELAWAT Prof. Dr. Daniel Georges Perret B.A (France), Ph.D (Paris) Prof. Andrew Peacock B.A (Oxford), Ph.D (Cambridge)