Author
wak-mil
View
13
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
la ilaha illah muhammad abduhu warasuluhu
960815-01-5712
ABSTRAK
Di Malaysia, Kadar inflasi memainkan peranan yang penting dari segi membangunkan ekonomi sesebuah negara. Maka kajian ini yang dijalankan berkaitan dengan arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012 danmengkaji kadar inflasi di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah.
960815-01-5712
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Kawasan malaysia boleh dibahagi kepada kawasan timur (Semenanjung
Malaysia ) dan kawasan barat (Sabah dan Sarawak). Dari segi sejarah, kedua-dua
wilayah tersebut memang terpisah dari segi politik dan ekonomi sehingga tertubuhnya
Malaysia pada tahun 1963. Sejak mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia telah
melalui perkembangan yang pesat daripada ekonomi yang berasaskan pertanian
kepada ekonomi yang didorong oleh perkilangan dan kini menjadi ekonomi
berasaskan perkhidmatan. Apabila ekonomi berkembang maju dan pendapatan
bertambah, corak perbelanjaan isi rumah yang mendasari Indeks Harga Pengguna
(IHP) juga telah berubah.(Sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_harga_
pengguna).
Manakala di dalam tulisan ini, pengkaji akan menyentuh dengan lebih mendalam
tentang perbandingan inflasi antara semenanjung Malaysia dan Sabah. Inflasi adalah
diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu. Kumpulan barang yang terdapat
di IHP (Indeks Harga Pengguna) mengandungi Makanan dan minuman bukan
beralkohol, Minuman beralkohol dan tembakau, Pakaian dan kasut. Perumahan, Air,
Elektrik, Gas dan bahan api lain dan lain-lain. Setiap kategori barangan dan
perkhidmatan di atas memberi kesan yang berbeza kepada indeks di dalam IHP
(Indeks Harga Pengguna). Peratusan kategori barangan dan perkhidmatan di atas
melambangkan corak atau pola perubahan perbelanjaan pengguna. Kawasan timur
dan barat di Malaysia juga mempunyai kadar kumpulan yang berbeza.
960815-01-5712
Pada awal tahun, sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah diperuntukkan
untuk makanan dan kesannya, barangan makanan mempunyai wajaran yang lebih
tinggi dalam kumpulan IHP. Apabila ekonomi terus maju dan pendapatan purata
meningkat, bahagian perbelanjaan untuk makanan telah menurun, manakala
perbelanjaan untuk perumahan, pengangkutan dan komunikasi telah meningkat. Jadi,
inflasi berlaku akan menyebabkan pelbagai masalah iaitu apabila harga jualan di
Semenanjung Malaysia lebih murah berbanding dengan harga jualan di sabah dan ini
akan menyebabkan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia lebih rendah. Kadar inflasi
lebih rendah di Semenanjung Malaysis kerana peniaga turun barang import di
pelabuhan Semenanjung Malaysia dan kos pengangkutan akan berkurang, dan
akhirnya kos pengeluaran juga akan turun.
(Sumber: http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/ 2014/Q4/bm_p1.pdf)
Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kadar inflasi yang lebih tinggi
berbanding dengan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia apabila jumlah inflasi
sabah dan sarawak mencampur. Hal ini disebabkan oleh kerana kos pengangkutan
yang tinggi, keluasan kawasan dan sistem pengagihan barangan yang rumit
menyumbang kepada kadar inflasi di Sabah, dan Sarawak.
(Sumber:http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/16/kadar-
inflasi-di-sabah-lebih-rendah/)
1.2 Definisi Dan Kata Kunci
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud sesuatu kenaikan dalam tingkat
harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke
semasa. Indek harga pengguna merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur
atau menentukan kadar inflasi. Inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa
beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebanar dalam medium pertukaran
dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi
harga adalah kadar inflasi iaiy perubahan peratusan tahumam di dalam sesuatu indeks
harga umum dari masa ke semasa. (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi)
960815-01-5712
Oleh itu, menurun Teks Efektif STPM Makro Ekonomi, Sabariah Ali (2010),
kadar inflasi merupakan peratusan atau kadar kenaikan tungkat harga umum yang
berlaku pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya. Kadar inflasi dapat
dihitung dengan menggunakan IHP (Indeks Harga Pengguna). Kadar inflasi dihitung
dengan Indeks Harga Pengguna (IHP). Indeks Harga Pengguna (IHP) bermaksud
merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi.
Indeks Harga Pengguna mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan
yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. Indeks
Harga Pengguna diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan
perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa dalam
sesebuah negara.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kadar inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan bermakna kos
hidup rakyat meningkat dan akan menjejaskan taraf hidup mereka. Masalah ini
disebabkan kerana kos kadar kemiskinan, meningkatkan kos kerajaan, dan
mengurangkan pendapatan benar pengeluaran meningkat dan peniaga juga
meningkatkan harga jualan dalam pasaran dan akhirnya kadar inflasi akan berlaku.
Selain itu, menurut Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia, Theng Kock Leing
(2013), kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item
monetari lain dari masa ke semasa.
Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji arah aliran kadar inflasi di
Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012 dan membandingkan kadar inflasi di
Semenanjung Malaysia dengan Sabah dari tahun 2006 hingga 2012.
Demi mencapai kadar inflasi yang stabil dan sederhana iaitu tidak melebihi 2%
maka pihak berkuasa dan kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah. Hal ini
demikian kerana kadar inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan
bermakna kos hidup rakyat meningkat dan akan menjejaskan taraf hidup mereka.
960815-01-5712
Masalah ini disebabkan kerana kos kadar kemiskinan, meningkatkan kos kerajaan,
dan mengurangkan pendapatan benar pengeluaran meningkat dan peniaga juga
meningkatkan harga jualan dalam pasaran dan akhirnya kadar inflasi akan berlaku.
Demi menyelesaikan masalah kadar inflasi yang lebih tinggi, Bank Pusat boleh
menjual surat jaminan kerajaan. Melalui cara ini kerana Semasa inflasi, bank pusat
akan menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai. Ini
akan menyebabkan penawaran wang berkurang dalam masyarakat. Kuasa beli
masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang.
Maka, inflasi dapat diatasi.
Kajian ini penting kerana kadar inflasi yang tinggi akan menyebabkan kos
hidup rakyat meningkat dan menjejaskan taraf hidup rakyat. Oleh itu, langkah-
langkah untuk menyelesaikan masalah kadar inflasi amat penting. Cadangan dan pada
kajian ini boleh digunakan oleh Pihak kerajaan perlu untuk mengatasi masalah
kenaikan kadar inflasi seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat supaya kita
menjadi negara yang lebih maju di dunia. Oleh itu, langkah-langkah untuk
mengurangkan kadar inflasi adalah penting. Contohnya, langkah-langkah yang boleh
dilakukan ialah memberi latihan dan kemahiran buruh, kerajaan dengan menyediakan
dan menambahkan institusi-institusi kemahiran baharu seperti politeknik-politeknik,
Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),
Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Kemahiran Mara (IKM) merupakan
langkah yang sesuai bagi menurunkan kadar inflasi. Kerajaan perlu menjalankan
dasar mengawal kadar inflasi untuk menurun kos hidup masyarakat dan
mengenalpasti kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan inflasi dan
mendapat meningkatkan kualiti hidup rakyat supaya wawasan 2020 yang dilaung-
laungkan dapat diterjemahkan.
960815-01-5712
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapta dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.
3.1 Mengkaji arah aliran kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012.
3.2 Mengkaji kadar inflasi di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 Kaedah Memperoleh Data
Data sekunder merupakan data yang sudah tersedia sehingga mencari dan
mengumpulkan. Data primer adalah data yang hanya dapat memperoleh dari sumber
asli atau pertama. Data yang dicari ini hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian
yang dilakukan. Data sekunder biasanya digunakan bagi mengukuhkan data primer
dan diperoleh melalui kaedah rujukan ( kajian arkib). Jika data sekunder dapat
memperoleh dengan lebih mudah dan cepat karena sudah tersedia. Data sekunder
diperoleh melalui kaedah rujukan yang menjadi kaedah tambahan kepada kajian ini.
Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan merujuk daripada buku teks dan buku
rujukan. Antara buku rujukan yang ada seperti surat khabar, majalah dan jurnal.
Selain itu, pengkaji juga memperoleh laporan dan maklumat data sedia ada daripada
laman sesawang iaitu laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan-laporan
Ekonomi, dan Bank Negara.
960815-01-5712
4.2 Kaedah Menganalisis Data
Penganalisian arah aliran kadar inflasi Malaysia. Teknik penganalisian data yang
digunakan dalam kajian ini ialah kaedah deskriptif dalam bentuk bilangan, dan
peratus. Analisis data dilakukan apabila memperoleh data daripada data dan statistik
yang terdapat di laman web rasmi. Data yang diperoleh telah dianalisis dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual serta rajah. Selain itu, penyelidik juga
meringkaskan dan memerihal data mengikut peratusan. Misalnya, formula yang
digunakan dalam kajian ini adalah seperti yang berikut :
Dengan,
Indeks Harga Pengguna Tahun t = Indeks Harga Pengguna pada Tahun Semasa
Indeks Harga Pengguna Tahun ( t – 1 ) = Indeks Harga Pengguna pada Tahun
Sebelumnya
x 100
IHP tahun (t – 1)
IHP tahun t - IHP tahun (t – 1)
Kadar Inflasi =
960815-01-5712
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan penemuan kajian
yang telah dilaksanakan melalui metodologi yang digunakan. Data analisis ini
menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk bilangan peratusan. Tahap analisis
dicapai apabila data yang diperoleh itu disunting dan ditukarkan menjadi angka.
Seterusnya, data yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
rajah. Data mentah bagi statistik kadar inflasi semenanjung malaysia dan sabah
disenaraikan di lampiran.
5.1 Arah Aliran Kadar Inflasi Malaysia Pada Tahun 2006 Hingga Tahun 2012.
Tahun Indeks Harga Pengguna
(2010=100)
Kadar Inflasi (%) Perubahan kadar inflasi (%)
2005 87.7 ----- -----
2006 90.9 90.9−87.787.7
×100=
3.65
-----
2007 92.7 1.98 1.98-3.65= -1.67
2008 97.7 2.39 3.41
2009 98.3 0.61 -4.78
2010 100.0 1.73 1.12
2011 103.2 3.20 1.47
2012 104.9 1.65 -1.55
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia)
Jadual 1: Kadar inflasi dan perubahan kadar inflasi pada tahun 2006 hingga tahun
2012
Kadar Inflasi= x 100IHP tahun (t – 1)
IHP tahun t - IHP tahun (t – 1)
960815-01-5712
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
0
1
2
3
4
5
6
3.65
1.98
5.39
0.611.73
3.2
1.65
Kadar Inflasi dari tahun 2006 hingga 2012
Kadar Inflasi
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia)
Rajah 1: Arah Aliran kadar Inflasi Pada Tahun 2006 Hingga Tahun 2012
Menurut jadual 1 dan rajah 1 di atas menunjukkan kadar inflasi dan perubahan
kadar inflasi pada tahun 2006 hingga tahun 2012 di Malaysia. Secara keseluruhan,
kadar inflasi di Malaysia adalah menurun daripada 3.65% (tahun 2006) kepada 1.65%
(tahun 2012) iaitu menurun sebanyak 2%.
Pada tahun 2006 indeks harga pengguna bertambah dari 87.7 mata peratusan
kepada 90.9 mata peratusan. Kadar inflasi pada tahun ini adalah 3.65%. Menurut
Laporan Ekonomi Malaysia 2006/2007, inflasi diukur oleh IHP yang menggunakan
tahun 2005 sebagai tahun asas (2005=100) telah meningkat ke paras tertinggi 4.8%
dalam bulan Mac 2006 sejak krisis kewangan Asia 1997/1998. IHP telah meningkat
3.9% berikutan kos tenaga yang tinggi kesan daripada pelarasan harga runcit terkawal
bagi produk petroleum dan tarif elektrik bagi tempoh tujuh bulan pertama 2006.
Kerajaan telah memperkenalkan sistem e-Diesel nelayan dan Fleet Card pada Mac
2006 untuk membendung kenaikan harga yang tidak munasabah. Sebagai kesimpulan,
inflasi yang perlahan iaitu kadar inflasi pada 4 peratus atau kurang akan menyebabkan
pertumbuhan ekonomi semakin rancak. Hal ini disebabkan oleh permintaan agregat
Tahun
Kadar Inflasi (%)
960815-01-5712
akan bertambah apabila inflasi berlaku, kegiatan ekonomi dan pengeluaran akan
berkembang dan seterusnya tingkat harga umum dan pendapatan negara akan
meningkat.
Selain itu, kadar inflasi telah menurun dari 3.65% (tahun 2006) kepada tahun
1.98% (tahun 2007) iaitu menurun sebanyak 1.98%. Indeks harga pengguna
bertambah dari 90.9% mata peratusan (tahun 2006) kepada 92.7% mata peratusan
(tahun 2007). Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2007/2008, IHP berkurang dengan
ketara kepada 2.0% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 berikutan keadaan
bekalan yang lebih baik, pengawalan harga yang efektif. Sebahagian besar
peningkatan dalam IHP disebabkan oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan dan
minuman tanpa alkohol, pengangkutan serta sewa dan utiliti. Ketiga-tiga kumpulan ini
menyumbang 87.4% kepada pertumbuhan dalam IHP. Kumpulan makanan dan
minuman tanpa alkohol menyumbangkan 0.9 mata peratusan kepada IHP dalam
tempoh tujuh bulan pertama 2007. Sebagai kesimpulan, kadar inflasi yang sederhana
iaitu 1.98% pada tahun 2007 menyebabkan nilai wang meningkat. Apabila nilai wang
tinggi, semakin banyak barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan suatu unit
mata wang.
Berdasarkan jadual di atas, kadar inflasi pada tahun 2008 ialah 5.39%. Keadaan
ini telah mencapai perkembangan kadar inflasi yang paling tinggi dari tahun 2006
hingga tahun 2012. Indeks harga pengguna terus meningkat daripada 92.7 mata
peratusan kepada 97.7 mata peratusan pada tahun 2008.
Selain itu, kadar inflasi meningkat dari 1.98% (tahun 2007) kepada 5.39% (tahun
2008). Perubahan kadar inflasi ini telah meningkat sebanyak 3.41% berbanding
dengan tahun 2007. Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2008/2009, harga bahan api
dan makanan yang tinggi di seluruh dunia pada tahun 2008. Harga minyak mentah
meningkat 79.0%, manakala harga komoditi makanan iaitu gandum, beras, kacang
soya dan jagung naik antara 30.0% hingga 130.0% sejak separuh kedua 2007 hingga
bulan Jun 2008. Seiring dengan harga yang tinggi, inflasi yang diukur melalui peratus
perubahan tahunan IHP meningkat 4.4% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2008.
960815-01-5712
Berikutan pelarasan harga petrol (41%) dan diesel (63%) serta tarif elektrik antara
18% dan 26% bagi pengguna domestik, komersial dan industri berkuat kuasa mulai 1
Julai 2008, inflasi telah meningkat 8.5% pada bulan Julai iaitu kadar tertinggi sejak
Disember 1981. Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2008, harga kumpulan makanan
dan minuman bukan alkohol meningkat 6.9% dan menyumbang 2.2 mata peratusan
kepada peningkatan IHP. Harga kumpulan pengangkutan meningkat 6.7% dan
menuymbang 1.1 mata peratusan kepada peningkatan IHP. Harga kumpulan
perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api meningkat 1.4% dan menyumbang 0.3
mata peratusan kepada peningkatan IHP. Sebagai kesimpulan, inflasi yang melampau
menyebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan. Hal ini disebabkan harga
minyak mentah meningkat, harga faktor-faktor pengeluaran juga akan meningkat.
Peningkatan kos menyebabkan pengeluar terpaksa menanggung tambahan kos yang
tinggi. Justeru itu, pengeluaran barang dan perkhidmatan akan dikurangkan.
Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2009/2010, inflasi seluruh dunia berada
pada tahun 2009 apabila harga minyak mentah dan komoditi makanan jatuh
mendadak daripada paras tertinggi pada tahun 2008 akibat permintaan yang lebih
rendah berikutan kelembapan ekonomi global. Kadar inflasi merosot dari 5.39%
(tahun 2008) kepada 0.61% (tahun 2009). Kadar inflasi telah merosot paling banyak
berbanding dengan tahun-tahun lain iaitu 4.78%. Pada tahun 2009, indeks harga
pengguna ialah 98.3% mata peratusan dan meningkat 0.6 mata peratusan berbanding
dengan IHP tahun 2008. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2009, inflasi domestik
mereda dengan IHP meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.3%.
Seterusnya, inflasi pada bulan Jun 2009 menjadi negatif 1.4% buat pertama kali sejak
bulan Ogos 1986 (-0.5) dan sekali lagi negatif 2.4% pada bulan Julai dan Ogos 2009.
Ini disebabkan oleh kesan kumulatif pengurangan harga petrol dan diesel sejak bulan
Ogos hingga Disember 2008 inflasi negatif ini dijangka bersifat sementara dengan
inflasi diunjur meningkat kira-kira 1% bagi tahun 2009. Sebagai kesimpulan, inflasi
pada tahun 2007 adalah paling rendah disebabkan oleh kerajaan telah melaksanakan
beberapa langkah untuk menangani tekanan inflasi iaitu, meningkatkan pengeluaran
960815-01-5712
makanan, mewujudkan stok penimbal beras dan menambah baik pengedaran makanan
serta mengawal harga barangan keperluan makanan. Keadaan ini menyebabkan kadar
inflasi terendah dan mencegah kenaikan harga secara sewenang-wenangnya.
Seterusnya, kadar inflasi 1.73% (tahun 2010) berbanding dengan 0.61% (tahun
2009) iaitu meningkat sebanyak 1.12%. Indeks harga pengguna meningkat dari 98.3%
mata peratusan tahun 2009 kepada 100.0% mata peratusan pada tahun 2010.
Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2010/2011, inflasi keseluruhan telah
meningkat 1.5% dalam tempoh lapan bulan pertama 2010. Peningkatan dalam IHP
disebabkan oleh kenaikan harga bagi kumpulan makanan dan minuman tanpa
alkohol ; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta pengangkutan,
menyumbang 1.1 mata peratusan kepada peningkatan dalam IHP. Selain itu, harga
bagi kumpulan pengangkutan nail 1.3% menyumbang 0.2 mata peratusan kepada
peningkatan dalam IHP, Kenaikan harga ini mendorong kepada harga yang lebih
tinggi dalam pengangkutan awam menggunakan laluan jalan raya (5.2%), pembaikan
dan penyelenggaraan untuk pengangkutan persendirian (2.3%) serta bahan api dan
pelincir untuk peralatan pengangkutan persendirian (1.7%). Sebagai kesimpulan,
inflasi yang perlahan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan semakin
menurun. Maka, kos untuk medapatkan barang dan perkhidmatan menurun. Oleh itu,
apabila berlaku inflasi, kos sara hidup akan menurun.
Berdasarkan jadual di atas, indeks harga pengguna telah meningkat dari 100.0
mata peratusan tahun 2010 kepada 103.2 mata peratusan tahun 2011. Kadar inflasi
pada tahun 2010 ialah 1.73% dan meningkat sebanyak 1.47% kepada 3.2% pada
tahun 2011. Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, indeks harga pengguna
telah mengalami peningkatan selaras dengan trend inflasi di seluruh dunia berikutan
harga bahan api dan makanan yang lebih tinggi pada tahun 2011. Inflasi di Malaysia
telah meningkat 3.1% dalam tempoh lapan bulan pertama 2011. Kumpulan makanan
dan minuman bukan alkohol meningkat 4.6% menyumbang 1.4 mata peratusan
kepada IHP. Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan harga makanan di rumah
sebanyak 5% dan makanan di luar rumah sebanyak 4.2%. Pada 10 Mei 2011, kerajaan
960815-01-5712
telah merasionalisasikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram
berikutan peningkatan mendadak harga gula dalam pasaran global. berikutan empat
pelarasan berturut-turut harga pam petrol RON97 dari RM2.40 ke RM2.90 seliter
antara Januari dan Mei 2011, harga bagi kumpulan pengangkutan turut meningkat
4.9% dalam tempoh lapan bulan pertama 2011, menyumbang 0.7 mata peratusan
kepada peningkatan IHP. Sebagai kesimpulan, inflasi yang perlahan menyebabkan kos
yang ditanggung oleh masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup berkurang
dan menunjukkan beban yang ditanggung menurun. Oleh itu, taraf hidup masyarakat
akan meningkat.
Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2012/2013, kadar inflasi pada tahun 2012
ialah 1.65% dan telah menurun sebanyak 1.55% berbanding dengan tahun 2011 iaitu
3.2%. Indeks harga pungguna terus meningkat daripada 103.2 mata peratusan kepada
104.9 mata peratusan pada tahun 2012. Kadar inflasi keseluruhan mencatat
pertumbuhan sederhana sebanyak 1.9% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012.
Peningkatan ini disebabkan sebahagian besarnya oleh harga yang lebih sederhana
dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol; perumahan, air, elektrik, gas
dan bahan api lain; pelbagai barangan dan perkhidmatan; dan pengangkutan.
Keempat-empat kumpulan ini secara keseluruhannya menyumbang 1.6 mata
peratusan kepada pertumbuhan indeks harga pengguna. Sebagai kesimpulan, inflasi
yang sederhana disebabkan oleh kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup tinggi
yang dihadapi oleh kumpulan pendapatan ini. Kerajaan menubuhkan cawangan
KR1M yang membekalkan barangan keperluan pengguna serta makanan pada harga
yang berpatutan.
Secara keseluruhannya, kadar inflasi berlaku turun naik dari tahun 2006 hingga tahun
2012 iaitu daripada 3.65% kepada 1.65%. Kadar inflasi pada tahun 2006 ialah 3.65%
meningkat kepada 1.98% pada tahun 2007 dan seterusnya meningkat kepada 5.39%
pada tahun 2008 iaitu mencapai kadar inflasi yang melampau. Hal ini disebabkan oleh
item berwajaran lebih besar dalam “bakul” iaitu makanan, pakaian dan bahan api
merupakan kadar tertinggi sejak peningkatan 7.6% pada bulan Januari 1982. Inflasi
960815-01-5712
yang melampau ini akan menghakis kuasa beli pengguna dengan mengurangkan
kemampuan membeli barangan dan perkhidmatan berdasarkan pendapatan boleh guna
sedia ada. Pada tahun 2009, kadar inflasi ialah 0.61% dan kadar ini adalah paling
rendah berbanding dengan tahun-tahun lain. Hal ini disebabkan oleh kesan kumulatif
pengurangan harga petrol dan diesel. Perkembangan teknologi dan promosi yang
intensif turut menyebabkan kejatuhan harga kumpulan komunikasi. Kadar inflasi telah
meningkat berterusan pada tahun 2009 kepada tahun 2011 iaitu daripada 0.61%
kepada 3.2%. Pada tahun 2012, kadar inflasi telah menurun daripada 3.2% kepada
1.65% iaitu sebanyak 1.55%. Oleh itu, pengkaji tidak dapat menafikan bahawa inflasi
yang melampau akan menjejaskan nilai wang sesebuah negara dan juga menjatuhkan
taraf hidup masyarakat.
5.2 Kadar Inflasi Di Semenanjung Malaysia Berbanding Sabah
Tahun Kadar Inflasi
Semenanjun
g Malaysia
(%)
Perubahan
Kadar Inflasi
Semenanjung
Malaysia
Kadar
Inflasi
Sabah
(%)
Perubahan
Kadar
Inflasi
Sabah
Perubahan
Kadar Inflasi
Semenanjung
Malaysia dan
Sabah
2006 3.5 ----- 3.7 ----- 0.2
2007 2.0 2.1 0.1
2008 5.4 6.0 0.6
2009 0.5 1.7 1.2
2010 1.8 1.6 0.2
2011 3.3 2.8 0.5
2012 1.9 2.1 0.2
(Sumber: Dipetik dan disuaikan daripada Jabatan Statistik Malaysia)
Jadual 2: Kadar Inflasi Di Semenanjung Malaysia Berbanding Sabah Dari Tahun 2006
Hingga Tahun 2012
960815-01-5712
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
0
1
2
3
4
5
6
3.5
2
5.4
0.5
1.8
3.3
1.9
3.7
2.1
6
1.71.6
2.8
2.1
Kadar Inflasi Semenanjung Malaysia dan Sabah dari Tahun 2006 Hingga Tahun 2012
Kadar Inflasi Semenanjung Malaysia
Kadar Inflasi SabahKad
ar In
flas
i (%
)
(Sumber: Dipetik dan disuaikan daripada Jabatan Statistik Malaysia)
Rajah 2: Kadar Inflasi Di Semenanjung Malaysia Berbanding Sabah Dari Tahun 2006
Hingga Tahun 2012
Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan mengkaji kadar inflasi di
Semenanjung Malaysia berbanding Sabah. Inflasi di semenanjung malaysia dengan
sabah mempunyai kadar inflasi yang berbeza ini kerana jumlah kumpulan barang
yang berbeza. Kadar inflasi Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah tidak konsisten
antara tahun 2006 dengan tahun 2012. Secara keseluruhan, kadar inflasi di
Semenanjung Malaysia adalah menurun daripada 3.50% (tahun 2006) kepada 1.90%
(tahun 2012) iaitu menurun sebanyak 2% menyebabkan pengangguran meningkat
daripada 353.6 ribu orang (tahun 2006) kepada 396.3 ribu orang (tahun 2012).
Peningkatan ini adalah sebanyak 42.7 ribu orang bersamaan 12.08%.
Tahun
960815-01-5712
6.0 CADANGAN
Setelah menghasilkan kajian ini, beberapa isu dan masalah telah dikenal pasti.
Antara masalah yang wujud ialah kadar inflasi yang turun naik menyebabkan banyak
kesan buruk di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Masalah-masalah ini tidak boleh
dibiarkan sahaja kerana masalah tersebut akan menjejaskan perkembangan ekonomi
negara. Oleh itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah untuk mengatasi
masalah tersebut.
6.1 Dasar Kerajaan
Dasar kerajaan yang boleh membantu mengurangkan kadar inflasi adalah
seperti dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup.
6.1.1 Dasar Fiskal Menguncup
Dasar fiskal menguncup adalah satu dasar yang diambil oleh kerajaan dengan
mengubah jumlah perbelanjaannya dan cukai yang dikenankan supaya keadaan
ekonomi yang stabil dan dapat mengatasi masalah-masalah ekonomi negara. Dasar
fiskal yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi kadar inflasi yang melampau ialah
dasar fiskal menguncup iaitu dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan
menambahkan cukai kerajaan. Cukai yang ditambah akan mengurangkan pendapatan
boleh guna masyarakat seterusnya mengurangkan perbelajaan agregat dan juga
mengurangkan permintaan agregat. Apabila permintaan agregat menurun, harga akan
menurun dan seterusnya masalah inflasi dapat diatasi.
6.1.2 Dasar Kewangan Menguncup
Dasar kewangan menguncup ialah satu dasar yang dijalankan oleh bank pusat
dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga untuk mengatasi masalah ekonomi.
Semasa inflasi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan menguncup iaitu
menurunkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga. Apabila kadar bunga
meningkat, pulangan tabungan akan meningkat. Isi rumah akan meningkatkan
tabungan. Kos meminjam akan meningkat dan pinjaman akan berkurangan,
penggunaan akan berkurang menyebabkan perbelajaan agregat berkurang kerana
penggunaan adalah salah satu komponen perbelajaan agregat. Permintaan agregat juga
960815-01-5712
akan berkurang menyebabakan harga menurun dan seterusnya masalah inflasi dapat
dikawal. Oleh itu, pihak kerajaan dan bank pusat perlu melaksanakan dasar-dasar
tersebut supaya dapat mengekalkan inflasi sederhana iaitu kadar inflasi pada 4% atau
kurang untuk menggalakkan kegiatan ekonomi Malaysia.
6.2 Bantuan Lain Kerajaan
Bantuan kerajaan dalam mengurangkan boleh melalui dua cara iaitu
menambahkan peluang pekerjaan, kemahiran dan latihan buruh dan penyebaran
maklumat yang lengkap ataupun mengurangkan harga barang pasaran.
6.2.1 Mencipta Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan dapat ditambah dengan mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan baharu atau mengembangkan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi.
Kerajaan membuka tanah baharu untuk pertanian dan penternakan. Selain itu,
kerajaan juga boleh menyediakan tapak-tapak perindustrian yang baharu dan menarik
pelabur asing dengan memberi insentif-insentif tertentu seperti taraf printis dan elaun
cukai pelaburan. Hal ini bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan sektor
perindustrian malah lebih banyak peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan.
6.2.2 Kemahiran Dan Latihan Buruh
Latihan kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional yang bersesuian
diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi. Apabila buruh tidak mempunyai latihan
kemahiran yang sesuai, maka mereka susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi pihak
kerajaan perlu menambahkan bilangan institusi kemahiran teknik dan vokasional serta
meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang ini agar bakal buruh mendapat
latihan yang bersesuaian untuk diserapkan dalam pekerjaan tertentu. Langkah
kerajaan dengan menyediakan dan menambahkan institusi-institusi kemahiran baharu
seperti politeknik-politeknik, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Kemahiran Mara
(IKM) merupakan langkah yang sesuai bagi menurunkan kadar inflasi. Apabila para
belia atau buruh mendapat kemahiran-kemahiran yang sesuai, maka mobiliti buruh
akan bertambah. Hal ini dapat membantu mereka mendapat pekerjaan dan seterusnya
960815-01-5712
akan mengurangkan pengangguran.
6.2.3 Penyebaran Maklumat Yang Lengkap
Pengangguran geseran berlaku disebabkan oleh kekurangan maklumat tentang
pekerjaan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memastikan para majikan menyediakan dan
menyebarkan maklumat yang secukupnya tentang sesuatu pekerjaan seperti jenis
pekerjaan, tempat, kemahiran yang diperlukan, gaji, serta kemudahan lain yang
ditawarkan. Maklumat ini boleh disebarkan melalui media cetak, media elektronik,
atau internet supaya dapat mengurangkan pengangguran di Malaysia.
6.2.3 Mengurangkan Harga Barang
Kerajaan telah mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti
petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel
akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan
mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-
pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil
dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan
RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.
960815-01-5712
RUMUSAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari
tahun 2006 hingga tahun 2012 dan kadar inflasi di Semenanjung Malaysia berbanding
Sabah. Bersasarkan hasil kajian, didapati kadar inflasi mengalami kadar inflasi
mengalami pola turun naik dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Kadar Inflasi paling
tinggi adalah pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat
dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini
merangkumi harga minyak tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat
pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil
tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada petroleum)
dan inflasi sedunia dan krisis kredit teruk yang mengakibatkan lingkupnya bank-bank
pelaburan serta menjadikan bilangan pengangguran yang tinggi. Terutamanya sektor
pembuatan yang menguncup sebanyak 8.8% berikutan kelembapan sektor luaran dan
kejatuhan pelaburan swasta. Sentimen perniagaan merosot dengan ketara.
Selain itu, dalam hasil kajian juga didapati bahawa