of 2 /2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e-mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN MUTIARA AL-QURAN “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. (Surah al-Baqarah : 188) SUBUH SYURUK 5:46 7:04 ZUHUR ASAR 1:14 4:30 MAGHRIB ISYAK 07:20 8:31 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya 1. Imam/Khatib Juma’at pada minggu ini 28 April 2017/01 Rejab 1438H ialah Ust. Muhammad Syahmi Bin Rusli. JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID April 2017/ Syaaban 1438H 28 JUMAAT Kuliah Maghrib : Fiqh Lengkap Ust. Hj. Ismail Bin Hj. Omar 29 SABTU Kuliah Subuh : Hadith 40 Dr. Abd. Rahman Bin Mahamood Kuliah Maghrib : Hadis Qudsi Ust. Ahmad Bin Hasbullah 30 AHAD Kuliah Subuh : Fiqh Sirah Ust. Ramli Bin Ahmad Kuliah Maghrib: Akidah Ahli Sunnah Ust. Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi Mei 2017 / Syaaban 1438H 01 ISNIN Kuliah Maghrib : La Tahzan Ust. Shamsul Hakim Abd Samad 02 SELASA Kuliah Dhuha : Tasawuf & Majlis Zikir Ust. Hj. Hasyim Bin Mahmud 03 RABU Kuliah Maghrib : Rehlah Ila Daril Akhirah Prof Madya Dr.Hj Mohd Fauzi Bin Muhammad 04 KHAMIS Kuliah Dhuha : Sahih Bukhari Prof Madya Dr. Hashim Bin Mehat Maghrib : Bacaan Surah Yasin & Tahlil

JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID - pic.upm.edu.my · mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID - pic.upm.edu.my · mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah

VVVV

Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

Sebarang cadangan & komentar sila e-mailkan kepada kami di:

[email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582

FAKS: 03-89483742

HEBAHAN & MAKLUMAN

MUTIARA AL-QURAN

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang

salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu

(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan

(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

(salahnya)”.

(Surah al-Baqarah : 188)

SUBUH SYURUK

5:46 7:04

ZUHUR ASAR

1:14 4:30

MAGHRIB ISYAK

07:20 8:31

WAKTU SOLAT

Daerah Petaling dan

kawasan yang sewaktu

dengannya

1. Imam/Khatib Juma’at pada minggu ini 28 April 2017/01 Rejab 1438H

ialah Ust. Muhammad Syahmi Bin Rusli.

JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID

April 2017/ Syaaban 1438H

28

JUMAAT

Kuliah Maghrib : Fiqh Lengkap

Ust. Hj. Ismail Bin Hj. Omar

29

SABTU

Kuliah Subuh : Hadith 40

Dr. Abd. Rahman Bin Mahamood

Kuliah Maghrib : Hadis Qudsi

Ust. Ahmad Bin Hasbullah

30

AHAD

Kuliah Subuh : Fiqh Sirah

Ust. Ramli Bin Ahmad

Kuliah Maghrib: Akidah Ahli Sunnah

Ust. Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi

Mei 2017 / Syaaban 1438H

01

ISNIN

Kuliah Maghrib : La Tahzan

Ust. Shamsul Hakim Abd Samad

02

SELASA

Kuliah Dhuha : Tasawuf & Majlis Zikir

Ust. Hj. Hasyim Bin Mahmud

03

RABU

Kuliah Maghrib : Rehlah Ila Daril Akhirah

Prof Madya Dr.Hj Mohd Fauzi Bin Muhammad

04

KHAMIS

Kuliah Dhuha : Sahih Bukhari

Prof Madya Dr. Hashim Bin Mehat

Maghrib : Bacaan Surah Yasin & Tahlil

Page 2: JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID - pic.upm.edu.my · mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah

SEDUTAN KHUTBAH “ZIKRULLAH MEMBENTUK AKHLAK,

MERUBAH KEHIDUPAN” (petikan daripada teks khutbah JAIS)

Ketika berzikir pula kita dapat merasakan keagungan, kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Disamping itu kita hendaklah melakukan zikir dengan suara yang perlahan sekadar didengari oleh si penzikir sendiri. Berzikir dengan menyebut lafaz-lafaz yang terdapat dalam al-Quran atau as Sunnah. Adabadab ini perlu dilakukan supaya kita mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Dengan demikian insya-Allah amalan berzikir akan diterima oleh Allah SWT. Bagaimanakah zikir yang dilakukan mampu membentuk akhlak? Jawapannya amat mudah. Bukankah seseorang yang berzikir ia sedang mengingat Allah. Jika ia mengingat Allah bermakna ia juga mengingat segala perintah dan syariat yang ditetapkan oleh Allah. Akhlak dan tatakelakuan seseorang yang ingat dan takutkan Allah sudah tentu tidak sanggup melakukan apa-apa sahaja perkara yang bertentangan dengan perintah-Nya. Inilah yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat Rasulullah SAW dan mereka yang cintakan Allah dan Islam.

Zikrullah ialah mengingati Allah dengan lisan dan perbuatan secara zahir mahu pun batin. Dengan berzikir kepada Allah, kita sentiasa melakukan perhubungan kepada Allah SWT. Ini memang merupakan satu daripada ciri orang bertaqwa. Skop zikir amatlah luas. Ianya meliputi segala perbuatan zahir mahupun batin selagi ditujukan kepada mengingati Allah. Termasuklah bila kita menyebut nama Allah SWT secara khusus, melakukan solat wajib dan sunat terutama solat sunat di waktu selepas satu pertiga malam, berpuasa, berzakat, membaca al-Quran, menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, berdoa, tidak melakukan maksiat, bekerja untuk mencari pendapatan yang halal dan merenung serta memikirkan pelbagai kejadian Allah SWT disamping mengucapkan sesungguhnya segala kejadian ini adalah ciptaan Allah SWT yang maha besar. Amalan berzikir mempunyai adab. Antaranya menyebut lafaz zikir seperti contoh “Lailaha Illa Allah” dan lain -lainnya dengan betul, berzikir dalam keadaan hati dan perasaan yang bersih dan suci.

28 April 2017/01 Rejab 1438H www.pic.upm.edu.my

ميمبار فوترا Mimbar Putra

RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/198/2017

SEDUTAN KHUTBAH

“PEKERJAAN SEBAGAI HAMPARAN SEJADAH” Petikan daripada teks khutbah JAIS

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh

setiap muslim yang bekerja agar pekerjaannya dapat

meraih keuntungan di dunia dan juga di akhirat.

1. Pekerjaan yang dijalani mestilah pekerjaan

yang baik dan patuh syariah. 2. Bekerja dengan tekun dan bertanggunjawab.

3. Niat bekerja sebagai ibadat dan mencari redha

Allah. 4. Tidak mengabaikan kewajipan kepada Allah.

Realitinya tidak semua orang dapat bekerja dalam

bilik yang berhawa dingin. Sesetengahnya terpaksa

bekerja ditengah terik panas matahari. Melakukan

kerja-kerja berat yang amat meletihkan. Namun

begitu Allah tetap memandang kepada mereka

dengan keampunan dan kasih sayang jika mereka

bekerja dan menjaga hak-hak Allah seperti menjaga

solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadan dan

seumpamanya.

Sesungguhnya dalam kegigihan mencari pekerjaan

itu, pastikan harta yang diperolehi tidak melalui

pekerjaan yang bertentangan dengan syariah.

Takutlah dengan pendapatan yang tidak bersih atau

tidak halal khususnya amalan rasuah yang berlaku

dalam urusan pentadbiran dan seumpamanya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai

tangkapan terhadap pelaku rasuah bagi tahun 2016

terhadap penjawat awam atau pegawai kerajaan dan

juga orang awam ialah sebanyak 939 tangkapan.

Islam menggalakkan umatnya bekerja keras

kerana hamparan dunia ini ditabur dengan

pelbagai rezeki Allah sama ada diatas permukaan

bumi atau dari dalam perut bumi, dilautan dan

diangkasa. Semuanya boleh diusahakan oleh

manusia dengan akal dan ikhtiar yang dibekalkan

oleh Allah kepada manusia.

Abu Hurairah R.Anhu meriwayatkan bahawa

pada suatu ketika, beberapa orang sahabat melihat

seorang pemuda yang kuat dan rajin bekerja.

Mereka pun berkata; Alangkah baiknya jika dia

berjihad di jalan Allah. Rasulullah segera

menjawab: Jangan kamu berkata seperti itu. Jika

dia bekerja untuk menafkahkan anak-anaknya

yang masih kecil maka dia berada dijalan Allah.

Jika dia bekerja untuk menafkahkan kedua orang

tuanya yang sudah tua, maka dia dijalan Allah.

Dan jika dia bekerja untuk memenuhi keperluan

hidupnya, maka dia dijalan Allah.