Jailbreak IOS (2014)

  • Upload
    thehq17

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    1/17

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    2/17

    Apakah ituJailbreak?

    Jailbreak adalah proses menghapuskan/memecah limitasi yangdikenakan oleh Apple pada setiap peranti/idevice yang

    menjalankan sistem operasi iOS melalui penggunaan

    perkakasan/perisian eksploitasi.

    Jailbreak juga membolehkan pengguna iOS untuk mendapatkan

    akses root untuk sistem operasi, membenarkan mereka untuk

    menggunakan aplikasi dengan percuma, menambahkan

    extensions, dan tema yang tidak tersedia melalui Apple App Storerasmi.

    Ringkasnya,

    Jailbreak adalah tentang membebaskan peranti iOS daripada

    sekatan Apple untuk membolehkan anda memasang apa sahaja

    yang anda mahu.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    3/17

    q&a

    Adakah Jailbreak ini salah disisi undang-undang?

    - Tidak sama sekali

    Adakah Jailbreak ini akan hilangkan waranti idevice?

    (Soalan paling popular) - Ya dan Tidak.

    > Ya, waranti akan hilang jika anda tunjukkan idevice yang sudah

    jailbreak ketika menuntut waranti.

    > Tidak, bagi pengguna yang hilangkan jailbreak dahulu dengan

    restore (kembali pada factory setting) pada iTunes sebelum

    menuntut waranti.

    Bolehkah apple kenal pasti iphone yang telah di jailbreak selepas

    restore untuk menuntut waranti?

    - Tidak sama sekali jugak

    Adakah Jailbreak dengan Unlock ini sama?

    - Tidak, jailbreak dengan unlock ialah berbeza. Anda perlu jailbreak

    dahulu sebelum unlock. Jailbreak untuk masuk dan ubah system,

    unlock pula untuk membolehkan idevice menggunakan telco yang

    berlainan.

    Bolehkah saya menggunakan App Store seperti biasa selepas

    Jailbreak? (Soalan popular jugak)

    - Boleh dan tiada masalah untuk anda muat turun aplikasi di App

    Store.

    Adakah Jailbreak ini percuma?

    - Ya(Of kos!), ia percuma dengan anda buat sendiri.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    4/17

    Apakah kelebihan Jailbreak?

    Sebab utama jailbreak ialah untuk mempunyai keupayaan untuk

    memasang aplikasi pihak ketiga dan tweak, dimana Apple tidakluluskan dalam App Store.

    Terdapat pelbagai aplikasi yang tidak memenuhi standard Apple

    dan melakukan perkara-perkara yang Apple tidak mahu anda laku-

    kan pada peranti iOS anda untuk pelbagai sebab.

    Sebab lain jailbreak ialah untuk menggunakan aplikasi berbayar

    secara percuma dengan crack aplikasi tersebut. Majoriti ramai user

    baru/newbie yang menjailbreak idevice kerana mahukan

    aplikasi percumaTETAPI

    tidak disarankan kerana dianggapmencuri hasil kerja developer.

    Tujuan utama menggunakan aplikasi crack ialah

    untuk user mencuba aplikasi tersebut sebelum

    membelinya di AppStore.

    Dengan jailbreak juga, pengguna dapat mengubah tema iDevice

    dengan pelbagai tema yg terdapat dalam aplikasi yang dipanggil

    Cydia dan jailbreak juga digunakan untuk unlock iDevice

    khususnya iPhone untuk menggunakan telco yang berlainan

    dengan iPhone tersebut.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    5/17

    Jenis-jenis Jailbreak

    Jailbreak ini terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

    - *tethered jailbreak (tidak stabil) > jika user teroff

    idevice, anda terpaksa mengidupkan@On kembali denganboot-tethered menggunakan Redsn0w dan komputer

    - *semi-tethered (separa stabil) > idevice boleh Off & On seperti

    biasa tetapi sebahagian aplikasi (seperti Cydia, Safari. etc) tidakdapat digunakan (crash) dan perlu buat boot-tethered .

    - untethered jailbreak (paling stabil) > idevice boleh On & Off

    seperti biasa (seperti sebelum Jailbreak).

    *(tethered dan semi-tethered jailbreak ialah untuk idevice chip A4 sahaja

    iaitu iPhone 4 ke bawah, iPod Touch 4 ke bawah dan iPad 1).

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    6/17

    Perisian Jailbreak

    Tidak ada perisian jailbreak yang "terbaik", ini kerana perisian

    jailbreak akan sentiasa dikemaskini dan digantikan dengankaedah baru dan lebih baik (setiap kali iOS baru keluar, setiap kali

    juga perisian jailbreak akan diupdate untuk digunakan pada iOS

    baru). Setiap perisian jailbreak tidak semestinya boleh

    digunakan pada setiap iOS. (kena tengok pada tutorial yang

    disertakan link untuk muat turun)

    Siapakah pembangun software tersebut?

    Sejak iOS 1.0 lagi, sudah terdapat jailbreak yang dibangunkan

    oleh sekumpulan penggodam dan pembangun iOS, The Dev

    Team diikuti Chronic-Dev Team. pod2g, comex dan seterusnya.

    Berikut ialah sebahagian perisian jailbreak dan pembangunnya:

    - Redsn0w & PwnageTool (The Dev Team)- GreenPois0n (Chronic-Dev Team)

    - Absinthe (pod2g, Chronic-Dev Team dan The Dev Team)

    - Sn0wbreeze (iH8Sn0w)

    - JailbreakMe [laman web] & Spirit (Comex)

    - Seas0nPass [Jailbreak Apple TV sahaja] (FireCore)

    - LimeRa1n, BlackRa1n & Purplera1n (GeoHot)- Evasi0n (Evad3rs)

    - Pangu (Pangu Team)

    - TaiG (TaiG Team)

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    7/17

    Penerangan dari Amar Sidqi:

    Setiap software jailbreak yang dibangunkan developer jika telah

    menjumpai vulnerabilitiespada iOS tersebut yangkemudiannya mencipta sebuah exploitbagi membuang

    limitasi yang telah ditetapkan oleh Apple untuk mengakses root

    mengikut setiap iDevice.

    iDevice chip A5 ke atas mengambil masa yang agak lama untukmencari bootrom-level exploit berbanding iDevice chip A4.

    Oleh itu, untethered jailbreak mengambil masa yang agak lama

    untuk dilepaskan kerana penggodam terpaksa mencari

    vulnerabilities yang lebih berkuasa dan sekurang-kurangnya duaexploit tambahan selepas exploit tethered jailbreak.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    8/17

    q&a

    Bolehkah saya untuk update ke iOS yg terbaru selepas jailbreak?

    - Anda boleh update ke iOS terbaru tetapi Jailbreak itu tadi akan hilang

    dan iOS yang baru biasanya mengambil masa untuk jailbreak dicipata

    dan dilepaskan (selalu jenguk group untuk berita)

    Adakah cara jailbreak setiap perisian sama?

    - Tidak, setiap perisian tidak sama cara jailbreaknya.

    (tutorial disediakan dekat group mengikut perisian itu sendiri)

    Adakah jailbreak ini senang?

    - Ya bagi yang sudah berpengalaman. Tidak bagi yang baru mula bela-

    jar (perasaan takut) dan elakkan untuk hantar ke kedai yang menyuruh

    and meninggalkan iDevice kerana banyak berlaku kes bahagian

    dalaman original ditukar dengan bahagian tiruan.

    Sering berhati-hati dengan kedai yang menawarkan perkhidmatanrepair dan jailbreak yang belum dikenal pasti dan jailbreak ini cuma

    ambik masa sekejap saja, jadi kedai yang menyuruh tinggalkan idevice

    semata-mata hendak jailbreak mungkin ada agenda tersembunyi.

    Bagi yang benar-benar tidak berani untuk jailbreak, boleh hantar

    dengan orang yang dipercayai pastikan upah yang diambil

    berpatutan (dalam RM30-RM50 sahaja) atau belanja makan, LOL.

    Sebolehnya buatlah sendiri kerana ia suatu ilmu, walaupun ia ilmu

    dunia sekurang-kurangnya anda belajar dan boleh bantu orang lain.

    Jangan jadikan newbie sebagai alasan yang anda tidak boleh buat

    sendiri dan belajar. Yakin pada diri sendiri

    Kenapakah idevice perlu restore sebelum jailbreak?

    - Perlu restore bagi idevice yang mempunyai masalah seperti hang atau

    lag kerana iDevice tersebut mempunyai bug yang boleh menyebabkan

    proses jailbreak tidak berjalan dengan lancar.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    9/17

    Apakah itu Cydia?

    Cydia merupakan aplikasi perisian untuk iOS yang membolehkan

    pengguna untuk mencari dan memasang pakej perisian (termasuk

    aplikasi, interface customizations, dan sistem extension) di bawah

    idevice yang sudah Jailbreak. Cydia ialah independent third-party

    bagi platform digital untuk perisian iOS.

    Banyak pakej perisian (sering dipanggil "tweak") boleh didapati

    melalui Cydia adalah percuma, dan ia juga termasuk beberapa

    ratus pakej untuk dijual melalui sistem pembayaran Cydia Store

    dengan persediaan komisen yang serupa dengan App Store.

    Kebanyakan pakej ini memberi tumpuan kepada menyediakan

    penyesuaian dan pengubahsuaian yang hanya boleh digunakanpada peranti jailbroken.

    Cydia ialah grafik Advanced Packaging Tool (APT) dan sistem

    pengurusan pakej dpkg, dimana pakej yang terdapat di Cydia yang

    disediakan oleh Repo/ repositories (yang juga dipanggil Source)yang menyimpan dan menyenaraikan pakej ini.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    10/17

    Cydia dibangunkan oleh Jay Freeman (juga dipanggil "saurik") dan syari-

    kat beliau, SaurikIT. Nama "Cydia" adalah kiasan kepada

    rama-rama Codling, dengan nama saintifik Cydia pomonella, yang mer-

    upakan pepatah "cacing dalam epal."

    ->contoh antaramuka aplikasi Cydia iOS terbaru:

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    11/17

    Pada Cydia, terdapat bahagian Sources

    dimana terdapat senarai source yang

    ditambah dan yang source utama cydia

    Untuk memudahkan user mengenal pastiweak, tweak yang bertulisan biru ialah

    weak yang berbayar manakala tweak yang

    bertulisan hitam ialah tweak yang percuma.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    12/17

    Pada bahagian Changes pula, pakej yang baru

    akan dipaparkan setiap kali anda buka aplikasi

    Cydia. Selalu dan rajinkan diri untuk refresh

    cydia supaya tweak-tweak baru boleh masuk

    dalam cydia serta update.

    Bahagian Installed terdapat:

    - User iaitu pakej umum seperti tweak,themes, addon

    - Expert iaitu pakej yang untuk developer atau

    addon bagi tweak yang telah install

    - Recent iaitu senarai pakej yang install

    mengikut waktu terkini dan dahulu

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    13/17

    Bahagian Search pula, untuk mencari pakej dengan pantas.

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    14/17

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

    Ucapan terima kasih kerana anda yang muat turun dan membaca

    ebook ini. Tujuan utama ebook ini diterbitkan ialah untuk membantu

    pengguna idevice yang mengalami masalah dan menambahkan ilmu

    pengetahuan tentang jailbreak.

    Ucapan terima kasih juga kepada yang membantu samada secara

    langsung atau secara tidak langsung dalam pembuatan ebook ini. Ebook

    ini ditulis dengan tidak teratur dan tiada perancangan yang lengkap. Jadi

    sebarang kesilapan pada struktur ayat dan ejaan diharap dapat

    dimaafkan.

    Ebook ini ialah percuma dan tidak boleh dijual serta anda boleh kongsi

    secara percuma. Akhir sekali, diharapkan ebook ini dapat membantu

    pengguna idevice yang semakin bertambah di Malaysia yang ingin

    berjinak-jinak dengan jailbreak ini.

    Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah

    kelemahan diri saya sendiri.

    Haziq Harun

    Thehq17

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    15/17

    Kredit1. Group Apple User Group (Malaysia)

    > admin yang memberi bimbingan dan idea serta tunjuk ajar

    - Anuar Desmo

    - Rizal Razak- Nasuki Malim

    - Shazwan Shaher

    - Mohd Amin Yuddin Yacob

    - Muhammad Fitri

    - Amar Sidqi

    > semua ahli AUG yang membaca ebook ini.

    2. Group My Apple iClub

    > semua admin dan ahli MAiC yang membaca ebook ini.

    3. Group Idevice Mod

    > semua admin dan ahli Idevice Mod yang membaca ebook ini.

    - Muhammad Abdul Wahid yang telah kongsikan ebook iOS

    Hackers Handbook

    4. Aplikasi Jailbreak 101 - Jake Schultz > Pencetus idea ebook ini

    5. Ebook - Panduan Membuat Ebook oleh Azham Zanal

    6. Semua developer perisian jailbreak

    > http://blog.iphone-dev.org/

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    16/17

    Sumber

    - http://www.ijailbreak.com/developers/

    - http://www.ijailbreak.com/how-to-jailbreak/

    - http://www.ijailbreak.com/jailbreak/jailbreaking-tools-2011/

    - http://www.ijailbreak.com/jailbreak/hacker-i0n1c-stefan-ess-

    er-interviewed/

    - http://en.wikipedia.org/wiki/Cydia

    - http://en.wikipedia.org/wiki/IOS_jailbreaking

    - http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_iOS_jailbreaking

    - http://en.wikipedia.org/wiki/SHSH_blob

    - http://greenpois0n.com/about-us/

    - http://en.wikipedia.org/wiki/IPhone_Dev_Team

  • 7/26/2019 Jailbreak IOS (2014)

    17/17