38
Persiapan Menjelang Ramadhan Alhamdulillah (Doa) Rabbish Rahli Ayat Alquran dan Maknanya Kata Penghormatan: yang mulia 1 Wednesday, July 17, 13

Jati Diri Ramadhan

Embed Size (px)

Citation preview

Persiapan Menjelang Ramadhan

• Alhamdulillah

• (Doa) Rabbish Rahli

• Ayat Alquran dan Maknanya

• Kata Penghormatan: yang mulia

1Wednesday, July 17, 13

ORANG YANG PALING MULIA DISISI ALLAH

2Wednesday, July 17, 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

SURAH AL-HUJURAT: 13

3Wednesday, July 17, 13

HUBUNGAN SYAABAN & RAMADAN (SYAABAN)

Syaaban bulan kelapan

Berasal dari perkataan “Sya’ab”

Berpecah-pecah atau berpuak-puak kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air

Diantara peristiwa penting yang berlaku di bulan syaaban adalah perubahan kiblat

4Wednesday, July 17, 13

HUBUNGAN SYAABAN & RAMADAN (RAMADAN)

Ramadhan bulan kesembilan

Berasal dari perkataan “Ramad”

Bererti panas, terbakar, terik kerana pada kebiasaannya cuaca sangat terik pada bulan ini di semenanjung arab

Bulan Ramadhan sahaja yang ada disebut didalam Al-Quran dari Kalendar Taqwim Hijrah

Pensyariatan bermula pada 2 hijrah

5Wednesday, July 17, 13

DALIL PENSYARIATAN BERPUASA

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

6Wednesday, July 17, 13

DALIL PENSYARIATAN BERPUASA

Hubungan كتب على االذين من قبلکم (Kisah Nabi Musa dengan

bau nafas ketika berpuasa)

Penjelasan لعلکم تتقونن (إإنن أأكرمکم عند االله أأتقاكم

7Wednesday, July 17, 13

KENAPA BULAN RAMADHAN DIPILIH UNTUK BERPUASA

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menghendaki kamu menanggung kesukaran.

8Wednesday, July 17, 13

ALLAH TIDAK MEMBEBANI HAMBANYA

DIDALAM PERLAKSANAAN IBADAH

9Wednesday, July 17, 13

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

10Wednesday, July 17, 13

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

SURAH AN-NISA: 28

11Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 1

12Wednesday, July 17, 13

PERBEZAAN NIAT SETIAP MALAM & SEBULAN

Niat setiap malam adalah wajib (disyariatkan)

Niat sebulan adalah keringanan yang di anugerahkan oleh Allah SWT bagi mengelakkan kepada lupa

Walaubagaimanapun, niat setiap malam adalah lebih di utamakan

Contoh: Niat sembahyang bagi tiap-tiap sembahang hendaklah di perbaharui

13Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 2

14Wednesday, July 17, 13

HIKMAH BERSAHUR

“Bersahurlah kerana pada sahur ada keberkatan”(Riwayat Bukhari)

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) ialah dengan adanya makan sahur” (Hadis Muslim)

Puasa bagi Kristian: berpuasa pada hari-hari tertentu seperti Ash Wednesday, Good Friday, Lent Friday etc tiada makan daging untuk sehari, makan daging sekali sahaja untuk sehari, berpuasa makan hanya dibenarkan minum air

Puasa bagi Yahudi: Bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil.Yom Kippur (Hari Penebusan & Pembersihan Dosa adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Torah.

15Wednesday, July 17, 13

HIKMAH BERSAHUR

Puasa bagi Agama Hindu: Agama Hindu berpuasa pada hari kesebelas yang dihitung mulai dari sehari setelah purnama (bulan purnama) menjadikannya dua hari dalam sebulan.

Terdapat 26 macam cara dan sejarah di sebalik puasa agama Hindu. Ada penganut agama Hindu yang berpuasa pada siang hari dan menfokuskan diri untuk bersembahyang atau bermeditasi pada malamnya. Ada berpuasa diwaktu malam dan terdapat juga berpuasa untuk bebrapa jam

16Wednesday, July 17, 13

HIKMAH BERSAHUR

Sahur pada kebiasaannya pada pukul 0300-0500. Pada masa itulah lapisan udara dipenuhi dengan oksigen yg sangat diperlukan oleh tubuh badan. Apabila matahari terbit lapisan oksigen akan hilang. Perjalanan darah akan menjadi lancar apabila menerima oksigen.

Bangun lewat juga merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang

Sesungguhnya Allah dan para malaikat mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yg bersahur (Riwayat At Tabrani)

Sentiasa umatku dlm kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahur (Riwayat Imam Ahmad)

Hikmah Sahur dari pandangan Sains

Doa dimakbulkan dan sentiasa berada didalam kebaikan

17Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN IMSAK

Waktu imsak adalah waktu amaran bagi mempercepatkan waktu makan sebelum masuk waktu subuh

Waktu imsak masih lagi dibolehkan untuk makan

Waktu imsak diciptakan adalah untuk mempersiapkan diri dengan waktu berpuasa iaitu dengan membersihkan mulut dan bersedia untuk menunaikan sembahyang subuh

Puasa diteruskan, Jika makan & minum sewaktu azan hendaklah dikeluarkan dari mulut dan jangan ditelan.

18Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 3

19Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN SETUBUH

Jika seseorang didalam keadaan hadas besar selepas jimak, dan masuk waktu subuh maka puasanya boleh diteruskan akan tetapi hendaklah mandi junub seberapa cepat yang mungkin

Makruh hukumnya melambat-lambatkan mandi wajib ketika berpuasa.

20Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 4

21Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN KELUAR AIR MANI

Jika air mani keluar disebabkan oleh mimpi maka puasa tidak batal

Jika air mani keluar disebabkan oleh persetubuhan semasa berpuasa hukumnya haram dan puasa dikira batal

Makruh hukumnya jika menyentuh atau melihat apa-apa yang menaikkan syahwat menyebabkan air mani keluar secara sengaja seperti menyentuh isteri dll

22Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 5

23Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN MENGOREK HIDUNG & TELINGA

Mengorek hidung tidak membatalkan puasa melainkan melebihi daripada batin hidung, ulama berpendapat tentang batin hidung terbahagi kepada dua: 1. dalam otak 2. melepasi tulang hidung

Mengorek telinga tidak membatalkan puasa melainkan melebihi daripada batin telinga iaitu belakang gegendang telinga.

Makruh hukumnya jika secara sengaja mengorek hidung & telinga melainkan merasakan gatal atau sakit di kedua rongga tersebut

24Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 6

25Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN MERASAI MAKANAN TANPA HAJAT

Merasa makanan tidaklah membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh kecuali jika ada keperluan seperti tukang masak, membeli makanan untuk berbuka atau sebagainya.

Namun setelah dirasa hendaklah diluahkan kerana jika tertelan masuk ke dalam kerongkong bersama air liur atau sebagainya akan batallah puasa.

26Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 7

27Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN RAWATAN GIGI

Mencabut gigi tidak membatalkan puasa, melainkan kalau gigi dimakan atau ditelan pelayar doktor :p

Melainkan semasa rawatan pesakit tidak dapat mengelak dari tertelan air, maka puasanya batal

Makan & Minum dan memasukkan sesuatu kedalam rongga telinga hidung mulut dan kemaluan membatalkan puasa

28Wednesday, July 17, 13

29Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 8

30Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN PESAKIT ASMA (INHALER)

Tidak batal puasa bagi yang menggunakan inhaler kerana inhaler bukan berbentuk makanan tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa.

Salur pernafasan adalah berbeza dari salur pemakanan. Salur makanan adalah dari mulut hinggalah ke perut. Menelan sesuatu bersifat makanan & minuman melalui salur tersebut akan membatalkan puasa.

Bagaimanapun, salur pernafasan meliputi hidung dan mulut, terus ke paru-paru. Menyedut sesuatu ke dalam saluran ini tidak mengenyangkan dan tidak membatalkan puasa. Apatah lagi kandungan Inhaler tersebut bukanlah bersifat makanan.

Maka, menyedut inhaler bagi pesakit asma tidak seperti makan dan tidak membatalkan puasa.

Ianya boleh dikiaskan dengan berkumur-kumur dan bersugi ketika berpuasa yang bersifat kuantiti kecil air tetap melepasi kerongkong

31Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 9

32Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN PIL MENAHAN PERIOD

Hukumnya harus bagi yang memakan pil menahan period dengan niat berpuasa penuh (pendapat dari ulama mutakkirin)

Hukum harus terletak jika tidak memudaratkan kesihatan pemakan pil

Afdalnya adalah seperti yang diamalkan oleh salafussalih, isteri2 nabi, isteri para sahabat, isteri ulama terdahulu: menerima ketentuan Allah.

33Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 10

34Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN PEMAKAIAN MINYAK HARUM

Orang-orang yang tidak boleh memakai haruman adalah orang-orang yang didalam ihram haji, umrah atau perempuan didalam ‘iddah wafat 4 bulan 10 hari

Bagi orang2 berpuasa adalah disunatkan untuk memakai minyak wangi

Hukum makruh terletak kepada menghidu haruman denkat dengan hidung dikhuatiri minyak haruman naik ke hidung.

35Wednesday, July 17, 13

PERMASALAHAN LAZIM 11

36Wednesday, July 17, 13

KEKELIRUAN MANDI KETIKA BERPUASA

Islam tidak melarang untuk mandi ketika berpuasa, asalkan tidak berlebih-lebih ketika mandi ditakuti tertelan dan termasuk kedalam rongga yang membatalkan puasa

Islam agama yang bersih dan wangi

Nabi sendiri tidak pernah menolak jika diberi minyak wangi dan melarang orang lain dari menolak minyak wangi

37Wednesday, July 17, 13

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

38Wednesday, July 17, 13