Jd001108 3 Hak Hak Anda Sebelum Perbicaraan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Jd001108 3 Hak Hak Anda Sebelum Perbicaraan

    1/2

    (b) ke

    Bagi diperjaminmahkuntukiaitu yang

    Bagi

    memuntukatas j

    Anda

    (a) sada

    (b) sateat

    (c) saan

    Baya

    Anda berhak untuk

    (a) mendapat tahu apakah sebab-sebabatau alasan-alasan anda ditangkap;

    (b) tidak memberikan apa-apa kenyataanmelainkan memberi nama, nombor kad

    pengenalan dan alamat anda;

    (c) dilepaskan tanpa lengah kecuali apabilaanda dibawa ke hadapan seorangMajistret dalam masa 24 jam danMajistret itu membuat perintah supayaanda ditahan selanjutnya;

    (d) diwakili oleh seorang peguam apabilaanda dibawa ke hadapan seorangMajistret dalam masa 24 jam;

    (e) memberitahu Majistret tentang caraanda dilayani oleh agensipenguatkuasaan (polis, kastam,imigresen dan sebagainya), keadaanbilik tahanan anda, keadaan kesihatananda dan perkara-perkara berkaitanyang lain;

    (f) dilayani dengan adil;

    (g) mendapat suatu senarai benda yangdirampas semasa penggeledahan,sekiranya penggeledahan dibuatsemasa tangkapan.

    Apakah hak-hak anda apabiladitangkap?

    A. APABILA DITANGKAP

    Anda mempunyai hak yang berikut:

    (a) anda boleh enggan menjawab apa-apasoalan yang jawapannya mungkinmendedahkan anda kepada suatupertuduhan jenayah atau penalti ataurampasan;

    (b) apa-apa pernyataan dalampenyiasatan yang diberikan oleh andakepada pegawai penyiasat perlu dibacabalik kepada anda dalam bahasayang anda fahami. Anda bolehmembuat apa-apa pembetulan atauperubahan yang dikehendakiterhadap pernyataan tersebut sebelumanda menandatangani ataumenurunkan cap jari;

    (c) anda boleh enggan untuk memberipernyataan beramaran kepadapegawai penyiasat. Pernyataanberamaran ini boleh digunakanterhadap anda semasa perbicaraan dimahkamah nanti. Amaran yang biasadiberikan sebelum pernyataan diambilialah

    ADALAH MENJADI KEWAJIPANSAYA MEMBERI AMARAN KEPADAKAMU BAHAWA KAMU TIDAKDIWAJIBKAN BERKATA APA-APA JUAATAU MENJAWAB APA-APASOALAN, TETAPI APA-APA JUAYANG KAMU KATAKAN, SAMA ADASEBAGAI MENJAWAB SOALAN

    ATAU TIDAK BOLEH DIBERI SEBAGAIKETERANGAN;

    Apakah hak-hak anda semasapenyiasatan?

    B. SEMASA PENYIASATAN (d) anda berhak menggunakan bahasayang anda sukai semasa memberiapa-apa pernyataan kepada polis.Jika pegawai penyiasat tidak dapatbercakap dalam bahasa yang andasukai, jurubahasa perlu diadakan;

    (e) sekiranya terdapat apa-apa dorongan,ugutan atau janji oleh pegawaipenyiasat supaya anda membuatpengakuan bersalah melakukan

    sesuatu kesalahan, anda berhakmembuat suatu laporan polis ataumemberitahu Majistret apabilaberpeluang berbuat demikian.Misalnya anda dijanjikan akandikenakan tuduhan yang ringansekiranya mengaku bersalah,keluarga akan selamat dansebagainya;

    (f) anda juga tidak boleh dipaksa untukmenunjukkan apa-apa barang kesseperti dadah, senjata dan bukti lainyang berhubungan dengan sesuatukesalahan tanpa kerelaan anda;

    (g) anda boleh memberitahu Majistretsemasa anda dibawa ke hadapannyatentang layanan yang tidak adil semasaanda disiasat.

    Terdapat dua jenis kesalahan (a) kesalahan yang boleh dikenakan

    hukuman mati atau pemenjaraan

    seumur hidup;

    Apakmend

    C. HAK MENDAPAT JAMINAN

    Sekiranya anda dipertuduh dimahkamah, adakah anda berhakuntuk mendapat jaminan?

    1 1

    1

    2

  • 7/28/2019 Jd001108 3 Hak Hak Anda Sebelum Perbicaraan

    2/2

    Antara perkara yang diambil kira ialah

    (a) hal keadaan dan berat kesalahanberkenaan;

    (b) keterangan yang ada yang menyokongpertuduhan;

    (c) sama ada wujud atau tidak wujudalasan munasabah untuk mempercayaiorang yang dituduh itu bersalah;

    (d) berat hukuman yang boleh dikenakanandainya disabitkan kesalahan;

    (e) kepastian orang yang dituduh tidakakan menghilangkan diri ataumenghalang perjalanan tugaspendakwaan;

    (f) bahaya kesalahan yang sama mungkinditeruskan atau diulangi oleh orangyang dituduh;

    (g) kemungkinan orang yang dituduh, jikadibebaskan akan membuat kacau ataumengganggu pihak pendakwa;

    (h) kemungkinan orang yang dituduh akanmembuat keterangan palsu bagimenyokong pembelaannya;

    (i) peluang orang yang dituduh untukmenyediakan pembelaan dirinya;

    (j) tempoh tahanan yang berpanjangan.

    Apakah perkara yang diambil kira olehmahkamah semasa menimbangkanpermohonan jaminan?

    Apakah prinsip undang-undang utamayang perlu anda ketahui?

    Antara prinsip undang-undang utamayang perlu diketahui ialah

    (a) undang-undang menganggap andatidak bersalah sehingga dibuktikansebaliknya di mahkamah;

    (b) beban untuk membuktikan bahawa

    anda telah melakukan kesalahan adalahterletak pada pihak pendakwa;

    (c) pertuduhan yang dihadapkan terhadapanda hendaklah dibuat dengan tepatdan jelas bagi membolehkan andamengetahui dengan pasti apakahkesalahan yang dipertuduh itu danboleh membuat persediaan untukmenjawab dan membela diri dengancara yang terbaik;

    (d) anda berhak untuk dibela oleh seorangpeguam pilihan anda.

    Untuk keterangan lanjut, sila berhubung

    dengan mana-mana cawangan Jabatan

    Bantuan Guaman yang berdekatan atau Ibu

    Pejabat Jabatan Bantuan Guaman di alamat

    yang berikut:

    IBU PEJABAT

    JABATAN BANTUAN GUAMAN

    ARAS 1, BANGUNAN HAL EHWAL

    UNDANG-UNDANGPRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN

    KERAJAAN PERSEKUTUAN

    62692 PUTRAJAYA

    NO. TELEFON : 03-88851000

    NO. FAKSIMILE : 03-88851829/1830/1831

    LAMAN WEB : www.jbg.gov.my

    SMS : Taip JBG MENU dan

    hantar ke 15888

    CATATAN:

    RISALAH INI IALAH SUATU PENERANGANRINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG

    RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT

    UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN

    TERPERINCI.

    ANDPE

    JD001108PNMB., K.L.

    2 3