36
JENIS AYAT Kumpulan : Roslina Muslimin

Jenis Ayat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis ayat

Citation preview

Jenis Ayat

Jenis AyatKumpulan :Roslina MusliminAyat Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu :Ayat penyata.Ayat tanya.Ayat perintah.Ayat seruan. Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.Contohnya :Nadiah jurutaip.Dia wartawan.Abdullah sedang tidur.Penjual ikan itu sentiasa senyum. Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nasa suara dan penggunaan perkataan tertentu, aya tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu :Ayat tanya tanpa kata tanya.Ayat tanya dengan unsur tanya.1. Ayat Tanya tanpa kata Tanya :Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).Contohnya :Encik zahid pengurus syarikat itu?Puan mariam guru sekolah?Adih masih menangis?

Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Dalam bahasa melayu lisan partikel kah biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti dalam contoh berikut :

Dia ke sekolah?= Dia ke sekolahkah?Mereka berlepas pagi tadi?= Mereka berlepas pagi tadikah?.Minggu lalu kamu ke melaka?.= Minggu lalu kamu ke melakakah?

Ayat kedua dalam setiap ayat di atas mengandungi unsur yang dijadikan focus yang ditandai oleh partikel kah, iaitu ke sekolahkah, pagi tadikah, dan ke melakakah?.

Tidak terdapat berlaku sebarang perubahan pada struktur ayat apabila kah dimasukkan.

Dalam bahasa tulisan, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan , iaitu pendepanan konstituen- konstituen yang menjadi fokus itu. Struktur ayat berubah, iaitu mempunyai susunan yang berikut :

Konstituen yang dijadikan + subjek + unsur predikat lain (jika ada)Fokus diikuti oleh kah. Pendepanan ayat yang dimaksudkan dapat dilihat seperti di bawah :

Konstituen yang dijudulkan + kahSubjekUnsur predikat lainKe sekolahkahdia?-Pagi tadikahmerekaBerlepas?Ke melakakah kamuMinggu lalu?Ayat-ayat tersebut mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel kah. Namun demikian, terdapat beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel kah seperti contoh berikut :

Encik alikah guru itu?Orang muda itukah pengurusnya?Mariakah ibunya?Ayat Tanya dengan unsur tanyaAyat tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan iaitu :Ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya.Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Ayat Tanya dengan kata tanyaAyat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti :BerapaBagaimanaBilaMengapaKenapa

Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh ini :

Harga barang ini berapa?Hari perkahwinannya bila?Adiknya tidak mahu pergi mengapa?

Ayat di atas, lazimnya mengalami proses pendepanan untuk menghasilkan ayat yang berikut :Berapa harga barang ini?Bila hari perkahwinannya?Mengapa adiknya tidak mahu pergi?

Bagi membentuk bahasa tulisan, ayat di atas perlu menerima partikel kah pada unsur yang dikedepankan, seperti contoh yang berikut :Berapakah harga barang ini?Bilakah hari perkahwinannya?Mengapakah adiknya tidak mahu pergi?

Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri tanyaAyat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya mengandungi bahagian predikat seperti contoh berikut :Benda itu apa?Gurunya siapa?Adik awak mana?

Bentuk tersebut boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan ayat-ayat yang berikut :Apa benda itu?Siapa gurunya?Mana adik awak?

Walaubagaimanapun, ayat-ayat di atas merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi bentuk bahasa lisan, ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel kah pada unsur yang dikedepankan seperti contoh yang berikut :Apakah benda itu?Siapakah gurunya?Manakah adik awak?Jenis ayat ini juga boleh wujud dalam ayat pasif. Contohnya :Apakah yang kamu buat?Siapakah yang patut saya temui?Manakah yang dipilih olehnya?

Ayat Tanya dengan frasa sendi nama tanyaAyat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat.

Contohnya Tuan tinggal di mana?Mereka dating dari mana?Ali hendak ke mana?Ayat ini juga boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan partikal kah untuk menghasilkan ayat yang berikut :Di manakah tuan tinggal?Dari manakah mereka dating?Ke manakah ali hendak pergi?Sejak bilakah penyakit itu merebak?Ayat Tanya terbuka dan ayat Tanya tertutupSelain cara penggolongan yang berdasarkan struktur, ayat tanya juga boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka.Ayat tanya tertutup ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan. Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhadp kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayay tanya tersebut.Contohnya :Ayat tanya tertutup :Encik hilmi pengurusnya?= Ya encik hilmi pengurusnya.

Kuruskah puan fatimah?= Tidak puan fatimah tidak kurus.

Contoh :Ayat tanya terbuka :Apakah benda itu?= Benda itu komputer telapak.

Dari manakah mereka dating?= Mereka datang dari singapuura.

Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan.Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis :Ayat suruhanAyat laranganAyat silaanAyat permintaan.Ayat suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya yang biasa digugurkan. Walaubagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan. Contohnya :Keluar dari bilik ini!Pergi dari sini!Jaga barang barang ini.Ayat suruhan ini boleh menggunakan partikel lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat. Seperti konstituen yang menerima kah, konstituen yang menerima lah pun mengalami proses pendepanan. Contohnya :

Keluarlah dari bilik ini!Pergilah dari sini!Jagalah barang-barang ini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalam men- , awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini, dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awala, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya :

Mengangislah sepuas-puas hatimu.Menjeritlah sekuat-kuatnya.Berangkatlah dengan segera.

Ayat laranganAyat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya :Jangan ambil harta orang.Kamu jangan beritahu dia.Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.

Ayat di atas dapat dilembutkan lagi dengan menambahkan partikel lah, contohnya :Janganlah ambil harta orang.Kamu janganlah beritahu dia.Ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah, contohnya :Dilarang merokok.Ditegah berludah di sini.Ayat silaanAyat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat. Contohnya :Sila datang ke rumah saya.Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini.Sila serahkan borang ke pejabat.Ayat ini juga boleh dilembutkan seperti ayat lain dengan menggunakan partikel penegas lah. Contohnya :Silalah datang ke rumah saya.Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini.Silalah serahkan borang ke pejabat.

Ayat permintaanAyat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti berikut :

Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.Minta tuan benarkan kami masuk.Minta kamu semua bertenang.Tolong tutup pintu itu.Bentuk kata silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, ayat berikut tidak dianggap betul.Sila jangan merokok.Tolong jangan ambil.Minta jangan berludah.Bentuk ayat larangan yang betul bagi contoh seperti yang diberikan ialah :Jangan merokok.Jangan ambil.Jangan berludah.Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :Harap jangan merokok.Harap jangan ambil.Harap jangan berludah.Ayat seruanAyat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marahm takjub, geram, sakit dan sebagainya.Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi,wah,cis,eh, aduh, syabas dan sebagainya.

Contohnya :Ibu!Anakku!Comelnya!Oh, tuhanku!Amboi, garangnya!Wah, besarnya kereta abang!Cis, terimalah tikamanku!Terima kasih