Jenis Data, Pembolehubah Dan Pemalar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Visual Basic.Net Note for Beginners

Citation preview

UNIT 2

JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DANPEMALAR

1.0 Pencam (Pemalar Dan Pembolehubah)

1.1 Pencam

Pencam adalah nama yang digunakan untuk mewakili nama objek, pembolehubah, pemalar, prosedur dan fungsi. Panjang pencam boleh sehingga 255 aksara (biasanya tidak melebihi 25 aksara sahaja) Ia boleh terdiri daripada huruf (a hingga z, A hingga Z), digit (0 hingga 9) dan underscore ( _ )

Syarat-syarat pencam:

Tidak boleh menggunakan aksara seperti @, #,*,?, . Ruang kosong tidak dibenarkan. Mesti bermula dengan satu huruf dan boleh diikuti dengan satu atau lebih huruf, nombor atau underscore. Tidak boleh menggunakan reserved word.Reserved word mempunyai makna tertentu dalam Visual Basic dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.Contohnya Dim, Sub, Private, For, Print Case insensitive, bermakna huruf besar dan huruf kecil adalah sama. Di mana pembolehubah Jumlah dengan jumlah merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Selain dari syarat di atas, juga digalakkan nama yang diberi kepada suatu pencam biarlah bermakna.

Contoh:Pencam yang sah:

PurataRoot1KadarCukaiJumlah_besarA123

Pencam yang tidak sah:

123Total$Cmd 1e-line5ABC

1.2 Pembolehubah

Pembolehubah ialah lokasi ingatan yang menyimpan data. Setiap lokasi ingatan boleh menyimpan data nombor atau rentetan. Apabila projek Visual Basic dilaksanakan, data ini boleh berubah-ubah nilainya.

Contoh 2.6.2(a):Jumlah Sum_XKomisenJualanDim Pencam [AS Jenis data]

Sesuatu pembolehubah perlu diisytiharkan sebelum digunakan. Deklarasi pembolehubah dimulakan dengan pernyataan Dim. Pernyataan Dim (Singkatan bagi Dimension) mengisytiharkannya satu nama dan menentukan jenis datanya. Ini akan menyediakan ruang atau saiz ingatan kepada pembolehubah mengikut jenis data yang digunakan.Sintaks:

Dim Pencam [ As Jenisdata ]

Contoh 2.6.2(b):

Dim stnama As StringDim iJumlahJualanAs IntegerDim sSuhu As SingleDim cHarga As CurrencyDim vPertukaran Default kepada jenis variant

1.3 Pemalar

Pemalar juga merupakan lokasi ingatan yang menyimpan data. Apabila projek Visual Basic dilaksanakan, nilai data ini tidak berubah. Contohnya, dalam program yang mengira luas satu bulatan,pi (nilainya 3.142) merupakan nilai tetap iaitu pemalar.

Terdapat dua jenis pemalar iaitu: Pemalar bernama: pemalar yang anda definisi sendiriContohnya Pi, Tamat Pemalar pre-defined: pemalar yang telah sedia ada di dalam Visual Basic (disimpan dalam library Visual Basic)

Pemalar pre-defined menggunakan dua huruf awal (permulaan nama) untuk menunjukkan punca sumber, seperti vb untuk Visual Basic, db untuk Data Access Objects, dan xl untuk Excel.

Jadual 2.6.3 di bawah adalah contoh pemalar untuk warna.

Jadual 2.6.3: Pemalar untuk warna

Pemalar Pre-definedPenerangan

vbRedWarna merah

vbGreenWarna hijau

vbYellowWarna kuning

vbBlueWarna biru

Sesuatu pemalar perlu diisytiharkan sebelum digunakan. Deklarasi pemalar dimulakan dengan pernyataan Const. Pernyataan Const adalah singkatan bagi Constant.

Sintaks:

Const Pencam [ As Jenisdata ] = Nilai

[ As Jenisdata ] bermaksud pilihan, di mana pengguna boleh samada meletakkan jenis datanya atau tidak.

Contoh :

Const Tempat As String = POLISASConst Cukai_Jalan As Currency = 0.08

Jenis Data Apabila anda menakrifkan suatu pembolehubah atau pemalar, anda perlu juga menetapkan jenis datanya. Jenis data ini akan memaklumkan jenis data apakah yang akan disimpan di dalam ingatan komputer.Jenis-jenis data yang terdapat dalam Visual Basic adalah seperti berikut di Jadual 2.6.4:Jadual 2.6.4: Jenis DataJenis DataPenerangan

BooleanNilai True atau False

ByteSatu aksara ASCII (kod 0 ke 255)

CurrencyNombor perpuluhan seperti ringgit dan sen, sehingga 15 digit ke kiri (bulat) dan 4 digit ke kanan (perpuluhan)

DateLapan aksara untuk nilai tarikh dan masa. Januari 1, 100 sehingga Disember 31, 9999

DoubleNombor terapung (nombor perpuluhan) dengan ketepatan nilai hingga 14 digit, dalam julat 5E-324 hingga 1.8E308 dan -1.8E308 hingga -5E-324

IntegerNombor bulat (tanpa perpuluhan) dalam julat -32,768 hingga 32,767

LongNombor bulat (tanpa perpuluhan) dalam julat -2,147,483,648 hingga 2,147,483,647

SingleNombor terapung (nombor perpuluhan) dengan ketepatan nilai sehingga 6 digit, dalam julat 1E-45 hingga 3E38 dan -3E38 hingga -1E-45

StringRentetan aksara. 0 hingga 65,535 aksara.

VariantBoleh menyimpan mana-mana jenis data. Visual Basic tahu jenis data yang disimpan dan boleh menukar jenis datanya jika perlu. (default)