Upload
others
View
15
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
2
✓ Ibadah merupakan pengabdian diri hamba secara berterusan kepada penciptanya. ✓ Al-Quran menjelaskan bahawa tujuan utama manusia diciptakan oleh Allah SWT
adalah untuk beribadah kepadanya. ✓ Ibadah jika dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah SWT
akan diberi ganjaran pahala.
JENIS IBADAH
Ibadah Umum
Ibadah yang meliputi segala aspek kehidupan sama ada yang berkaitan dengan hubungan manusia sesama
manusia atau dengan makhluk lain dan tidak bertentangan dengan syariat
Islam.
Makan, minum, berniaga dan bekerja.
Ibadah Khusus
Ibadah yang ditetapkan oleh syariat Islam dari segi cara, rukun dan
syaratnya serta tidak boleh di ubah.
Solat, puasa, zakat dan haji.
KONSEP IBADAH DAN JENIS HUKUM
PELAJARAN 17
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Maksud Ibadah
Bahasa :
Tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
Istilah :
Semua perkataan dan perbuatan zahir atau batin yang disukai dan diredhai Allah SWT.
3
Ulama fekah telah membahagikan hukum kepada lima jenis, iaitu wajib, sunat, harus,
makruh dan haram.
JENIS-JENIS HUKUM
WAJIBMendapat pahala jika dilakukan dan
berdosa jika ditinggalkan.
HARAMMendapat pahala jika ditinggalkan dan
berdosa jika dilakukan.
MAKRUHMendapat pahala jika ditinggalkan dan
tidak berdosa jika dilakukan.
SUNATMendapat pahala jika dilakukan dan
tidak berdosa jika ditinggalkan.
HARUSTidak berdosa jika dilakukan atau
ditinggalkan.
4
✓ Setiap muslim yang ingin melaksanakan ibadah solat dan tawaf disyaratkan suci
daripada hadas dan bersih daripada sebarang najis pada badan, pakaian dan tempat ibadah.
✓ Begitu juga ketika memegang, membawa atau menyentuh al-Quran seseorang itu diwajibkan suci daripada hadas.
✓ Tuntutan bersuci daripada hadas dan najis berdasarkan firman Allah SWT : (surah Al-Baqarah : Ayat 222) Bermaksud : Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang yang banyak bertaubat dan membersihkan diri.
TAHARAH
MENYUCIKAN NAJIS
MUKHAFFAFAH
MUTAWASSITAH
MUGHALLAZAH
MENGANGKAT HADAS
BESAR
MANDI
TAYAMUM
KECIL
TAYAMUM
WUDHUK
BERSUCI ASAS KEBERSIHAN
PELAJARAN 18
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Maksud Taharah
Bahasa :
Suci dan bersih.
Istilah :
Suci dan bersih daripada hadas dan najis.
5
ALAT BERSUCI
Alat yang digunakan untuk bersuci daripada hadas ialah : 1. Air . . 2. debu tanah .
Air digunakan untuk mandi dan berwuduk , manakala debu tanah digunakan untuk bertayamum . Air juga digunakan untuk beristinjak dan menyucikan sesuatu yang terkena najis . Batu atau benda-benda kesat yang lain pula boleh digunakan untuk beristinjak . Air mutlak terdiri daripada TUJUH sumber berikut :
1. Air hujan n
2. Air mata air a
3. Air sungai g
4. Air laut u
5. Air perigi r
6. Air salji i
7. Air embun m
TANAH Debu tanah yang suci daripada najis digunakan untuk bertayamum sebagai ganti kepada wuduk dan mandi wajib.
BATU ATAU BENDA KESAT Batu yang suci boleh digunakan untuk beristinjak disamping penggunaan air. Alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah benda-benda kesat seperti tisu, kertas dan daun.
JENIS-JENIS AIR Air merupakan alat utama untuk bersuci. Namun begitu, penggunaan air berbeza mengikut jenis-jenisnya. Jenis-jenis air adalah seperti berikut :
PERKARA AIR MUTLAK AIR MUSTAKMAL AIR
MUSYAMMAS AIR MUTANAJJIS
PEN
GER
TIA
N Air yang suci dan
boleh digunakan untuk bersuci.
Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Air yang di simpan di dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya matahari kecuali bekas emas dan perak.
Air yang dimasuki atau terkena najis.
6
PERKARA AIR MUTLAK AIR
MUSTAKMAL AIR
MUSYAMMAS AIR MUTANAJJIS
SIFA
T ✓ Air bersih .
yang belum .
digunakan .
untuk .
mengangkat .
hadas atau .
bersuci. .
✓ Air yang tidak
berubah sama ada bau, warna dan rasanya dengan sebab benda asing yang dimasukkan ke dalamnya.
✓ Air mutlak yang telah digunakan untuk bersuci.
✓ Air yang .
terdedah .
kepada .
cahaya .
matahari di .
negeri yang .
iklimnya .
terlalu panas.
✓ Air yang dimasuki najis dan jumlahnya tidak sampai dua kolah walaupun tidakmengubah warna, bau dan rasa.
✓ Air tidak .
mengalir yang.
berubah .
warna, bau .
atau rasanya .
apabila .
dimasuki najis .
walaupun .
melebihi dua .
kolah. .
PERKARA AIR MUTLAK AIR MUSTAKMAL AIR
MUSYAMMAS AIR MUTANAJJIS
KEG
UN
AA
N Mandi wajib,
berwuduk dan membasuh sesuatu yag terkena najis.
Boleh diminum dan digunakan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan mengangkat hadas atau bersuci.
Makruh apabila digunakan ketika masih panas.
Tidak sah bersuci dengannya dan tidak boleh diminum.
Kadar dua kolah mengikut timbangan tradisional ialah 500 kati Baghdad bersamaan :
Liter Antara 192 hingga 270 liter
Hasta 1 ¼ hasta padu
Tin minyak tanah 9 2/3 hingga 13 tin
7
PERBEZAAN ANTARA SUCI DENGAN BERSIH
BERSIH Pakaian yang terkena najis dan dibasuh dengan sabun tetapi tidak menggunakan air mutlak.
• Bersih tetapi tidak suci.
• Tidak boleh digunakan untuk solat.
SUCI
Kotoran yang bukan najis dan boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan sapu tangan atau tisu sahaja.
• Tidak bersih tetapi suci.
• Boleh digunakan untuk solat.
KEPENTINGAN BERSUCI TERHADAP DIRI DAN PERSEKITARAN
❖ Sentiasa bersiap sedia untuk beribadah ..
❖ Memelihara kesihatan dan menghindari penyakit.
❖ Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif . Air paip juga dianggap sebagai air mutlak kerana air ini bersumberkan satu daripada tujuh sumber air. Air muqaiyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu bahan yang suci.
Berubah warna Berubah bau Berubah rasa
Air Kopi Air pewangi baju Air gula
8
SUCI DARIPADA NAJIS
LENGKAPKAN BERKENAAN JENIS NAJIS BERIKUT
JENIS NAJIS MAKSUD CARA MENYUCIKAN
NAJIS MUKHAFFAFAH
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua tahun yang hanya minum susu ibunya.
✓ Buang najis ✓ Renjis air pada tempat
yang terkena najis
NAJIS MUTAWASSITAH
Najis pertengahan seperti darah, muntah, nanah, tahi, air kencing dan bangkai
✓ Buang najis, ✓ Basuh tempat yang
terkena najis dengan mengalirkan air ,
✓ Pastikan hilang dan suci daripada warna , bau, rasa.
NAJIS MUGHALLAZAH
Najis berat, iaitu anjing dan khinzir dan kacukkan keduanya serta yang ada kaitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan lainnya.
✓ Buang najis, ✓ Sediakan satu bekas air tanah
dan satu bekas air mutlak, ✓ Basuh tempat yang kena najis
dengan satu kali basuhan air tanah,
✓ Basuh tempat yang terkena najis dengan enam kali air mutlak,
✓ Pastikan hilang dan suci dari bau , rasa dan warna
BERSUCI DARIPADA NAJIS
PELAJARAN 19
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Maksud Najis
Bahasa :
Semua benda yang kotor.
Istilah :
Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah.
9
CARA MENYUCIKAN KULIT HAIWAN
✓ Manusia banyak menggunakan kulit haiwan untuk tujuan tertentu. ✓ Contohnya, baju kulit dipakai untuk memanaskan badan ketika musim sejuk. ✓ Selain itu, kulit haiwan dijadikan bahan untuk beg tangan, tali pinggang, kasut dan
dompet. ✓ Semua kulit haiwan boleh dimanfaatkan kecuali kulit anjing dan khinzir. ✓ Kulit tersebut perlu disucikan sebelum digunakan. ✓ Proses menyucikan kulit haiwan disebut sebagai samak. ✓ Samak ialah proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang
melekat pada kulit.
Cara menyucikan kulit haiwan adalah seperti yang berikut:
✓ Sediakan bahan yang menghakis untuk untuk menyamak seperti:
Daun akasia, kulit delima, tawas, tahi merpati, bahan kimia.
✓ Buang lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit tersebut.
✓ Gosok kulit dengan bahan yang disediakan (samak).
✓ Bilas kulit dengan air mutlak.
✓ Jemur kulit hingga kering.
• Ubat-ubatan yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut bukan najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut tidak diproses seperti arak.
• Basuhan menggunakan mesin basuh hendaklah dicucikan terlebih dahulu pakaian bernajis sebelum dicampurkan dengan pakaian yang tidak terkena najis.
• Produk berasaskan kulit seperti beg tangan, kasut kulit dan tali pinggang yang dibuat dengan kulit khinzir boleh dikesan dengan melihat bintik-bintik segi tiga yang ada pada produk tersebut.
10
BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK BERISTINJAK
× Kertas atau bahan yang tertulis ayat al-Quran atau hadis, nama-nama Allah dan Rasul.
× Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang.
× Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh.
× Benda najis atau yang terkena najis seperti tahi binatang yang kering.
× Benda yang bernilai seperti emas, perak dan sutera.
KEPENTINGAN BERISTINJAK.
✓ Terhindar dari jangkitan penyakit.
✓ Badan menjadi sihat dan cergas.
✓ Ibadah sah dan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
ISTINJAK SUATU TUNTUTAN
PELAJARAN 20
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
ISTINJAK
MAKSUD : BAHASA :
Selamat daripada penyakit.
MAKSUD : ISTILAH :
Perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur.
HUKUM :
Wajib
ALAT :
1. Air Mutlak ( 7 sumber air).
2. Batu atau benda -benda kesat.
(Tisu, batu, kertas, kulit kayu, kain dan daun kering)
11
SYARAT BERISTINJAK MENGGUNAKAN BENDA KESAT
Alat mesti suci, bersih dan kering
Najis pada qubul atau dubur
belum kering.
Najis tidak meleleh ke tempat lain seperti peha
atau betis.
Tiada najis lain yang melekat
ditempat keluar najis.
CARA BERISTINJAK
Menggunakan
batu dan air
(Afdal) bersihkan tempat keluar najis dengan
mengunakan tiga biji batu atau satu biji batu yang
mempunyai tiga permukaan, kemudian
basuh dengan air mutlak sehingga diyakini bersih.
Menggunakan
air
Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak
sehingga diyakini bersih.
Menggunakan
batu atau benda-
benda kesat
Bersihkan tempat keluar najis dengan 3 biji batu
atau sebiji batu yang mempunyai tiga
permukaan atau benda-benda kesat sehingga
diyakini bersih.
12
ADAB QADA HAJAT
1. Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti al-Quran atau nama-nama Allah.
2. Membaca doa sebelum masuk tandas.
3. Memakai selipar dan menutup kepala.
4. Melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.
5. Menjaga aurat sehingga masuk ketempat membuang air, mencangkung dan berhati-hati dengan percikkan najis.
6. Tidak menghadap kiblat (bagi tempat yang tidak berdinding).
7. Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika membuang air seperti : × Bercakap semasa membuang air. × Memegang qubul atau dubur dengan tangan kanan.
8. Tidak membuang air di tempat yang dilarang seperti : × Tempat berteduh × Laluan orang ramai × Dalam lubang tanah × Dalam air yang tenang seperti tasik atau kolam renang.
13
DALIL WAJIB BERWUDUK DARIPADA AL-QURAN IALAH:
........
(Surah al-Maidah, 5: ayat 6) Terjemahan: Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat, Maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke siku, serta sapulah kepalamu dan basuhlah kakimu hingga kedua-dua buku lali .......
WUDUK DAN SYARAT KESEMPURNAANNYA
PELAJARAN 21
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
WUDUK
MAKSUD
Bahasa :
Bersih, elok dan berseri.
Istilah :
Membasuh anggota tertentu berserta niat.
HUKUM
WAJIB .
Ketika menunaikan solat dan tawaf.
Ketika memegang atau membawa mashaf al-Quran
SUNAT .
Ketika berhadas kecil.
Ketika membaca al-Quran.
Ketika melaungkan azan dan iqamat.
14
CARA BERWUDUK
• Membaca basmalah.
• Membasuh dua tangan hingga pergelangan tangan.
• Berkumur-kumur.
• Memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung (Istinsyak).
• Mengeluarkan air dari hidung (Istinthar).
• Membasuh muka. Niat berwuduk ketika membasuh muka.
(Wajib membasuh semua bulu yang berada dalam had muka).
• Membasuh dua tangan hingga siku.
• Menyapu kepala. Sekurang-kurangnya tiga helai rambut.
• Menyapu kedua telinga.
• Membasuh kaki hingga ke buku lali.
• Tertib mengikut urutan.
• Membaca doa.
دإ عبده ، وأشهد أنا محما لا إللا إ له. أشهد أن لإ ورسول
إبيين، وإجعلني ن إلتاوا اهما إجعلني مي ن إلمتطه يريين، إلل مي
ن ين وإجعلني مي اليحي ك إلصا بادي .عي
PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AMALAN BERWUDUK.
Penemuan saintifik menunjukkan bahawa amalan berwuduk memberikan kesan
positif terhadap kesihatan tubuh badan.
Ketika berwuduk seseorang akan membasuh mulut,hidung dan muka yang sering
terdedah kepada ancaman kuman. Antaranya termasuklah kuman Staphylococcus
epidermis, Streptococcus pyogenes, yang sering menyerang kulit, Streptococcus
pneumonia yang menyerang paru-paru melalui rongga pernafasan.
Apabila seseorang berwuduk, anggota badannya bersih dan selamat serangan kuman
dan jangkitan penyaki t berbahaya.
Dalam masa yang sama kulitnya menjadi lembab dan mampu mengawal kestabilan
suhu badan.
Terdapat kajian yang mendapati,pusat saraf manusia yang paling peka berada pada
bahagian tangan, kaki dan dahi. Pusat saraf tersebut akan segar apabila dibasuh
dengan air.
15
AMALAN SUNAT SEBELUM DAN KETIKA WUDUK.
• Menggosok gigi sebelum berwuduk dan yang terbaik menggunakan kayu sugi.
• Membasuh dan menyapu anggota wuduk tiga kali.
• Menggosok ketika membasuh anggota wuduk.
• Melebihkan kawasan basuhan muka,tangan dan kaki.
• Menyelat janggut dan jambang yang tebal bagi lelaki.
• Mendahulukan anggota kanan daripada kiri.
• Menyelat jari tangan dan kaki.
• Menyapu seluruh kepala.
PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDUK.
• Menggunakan air secara berlebih-lebihan.
• Membasuh atau menyapu melebihi tiga kali.
• Berkumur-kumur dan beristinsyak secara berlebih-lebihan.
• Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki.
• Menampar air ke muka ketika membasuh muka.
• Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK.
• Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
• Tidur dengan cara tidak tetap punggung ke lantai.
• Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk, gila atau sakit.
• Bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan bukan mahram.
• Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari.
16
HIKMAH BERWUDUK
• Membersihkan anggota badan dan menjernihkan rohani.
• Memberikan ketenangan, kesegaran dan mengawal perasaan marah dan tekanan
• Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid menambah kesempurnaan solat.
• Menambah keimanan dan keyakinan kepada hari akhirat.
• Mendapat keampunan Allah SWT dan keluar dosa daripada basuhan wuduk
• Kawasan basuhan wuduk akan bercahaya pada hari akhirat.
KUNCI ILMU
• Masa berniat : Ketika air terkena sebahagian muka
• Niat wuduk : Mengingati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula dilakukan (tempatnya dalam hati):
ي نويت إلوضوء ا .تعال للي
Maksudnya : Sahaja aku berwuduk kerana Allah Ta`ala.
• Disunatkan membaca lafaz niat sebelum air terkena sebahagian muka.
• Kayu siwak yang berasal daripada pokok Arak ialah sejenis alat yang paling baik digunakan untuk bersugi .
• Rasulullah SAW mengambil wuduk dengan satu cupak (Mudd) air, bersamaan dengan 565 mililiter.
• Abdullah bin Amru r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW pernah lalu berdekatan dengan Saad yang sedang berwuduk lalu baginda bersabda,”Mengapa membazir?” lantas Saad bertanya kembali,” Adakah ketika berwuduk pun ada pembaziran?” Rasulullah SAW menjawab,” Ya,sekalipun kamu berwuduk di sungai yang mengalir”.
• Bilal bin Rabah r.a. mendapat keistimewaan kerana sentiasa berwuduk dan menunaikan solat sunat selepas wuduk sehingga Rasulullah SAW mendengar bunyi tapak kasut beliau di dalam syurga ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj.
17
DALIL NAQLI MANDI WAJIB
Al-Quran :
..........
( Surah al-Maidah 5,ayat 6 )
Terjemahan : Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib)....
Hadis: Daripada Ummi Salamah, Ummi al-Mukminin r.a., berkata bahawa Ummi Sulaim, isteri Abu Thalhah menemui Rasulullah SAW lalu berkata,” Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT tidak malu pada sesuatu kebenaran. Adakah perempuan wajib mandi apabila dia bermimpi (bersetubuh)?” Rasulullah SAW menjawab,” Ya, sekiranya dia melihat air mani.”
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI PEREMPUAN SAHAJA
• Keluar mani • Haid
• Jima’ • Wiladah
• Mati selain mati syahid • Nifas
LARANGAN SEMASA BERHADAS BESAR
Larangan ketika berhadas besar bagi lelaki dan perempuan
• Solat fardu dan sunat
• Berhenti atau duduk dalam masjid
• Tawaf
• Membaca,menyentuh dan membawa mashaf al-Quran
MANDI WAJIB PENYUCI DIRI
PELAJARAN 22
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
MANDI
MAKSUD
Bahasa :
Mengalirkan air ke atas sesuatu.
Istilah :
Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu.
MANDI WAJIB
Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi.
18
Larangan tambahan ketika haid dan nifas bagi wanita
• Puasa fardu atau puasa sunat
• Jima’
Anggota badan yang perlu diberi perhatian ketika mandi wajib :
• Tangan, kaki, rambut, telinga, lubang pusat, kulit perut, ketiak dan celah kelengkang.
HIKMAH MANDI WAJIB
• Diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
• Segala ibadah lain yang diharamkan ketika berhadas besar boleh dilaksanakan semula.
• Kesegaran badan yang lesu dan penat dapat dikembalikan.
• Menghilangkan bau peluh dan darah.
• Membersihkan badan daripada kotoran dan kuman yang boleh membawa penyakit.
• Bagi jenazah pula, dapat membersihkan dan menjaga ‘aib mereka dengan menghilangkan bau, najis serta sebarang kotoran terakhir yang ada pada badannya sebelum dikebumikan.
RU
KU
N
MA
ND
I WA
JIB Niat mesti ketika air sampai ke mana-mana anggota badan.
Meratakan air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut.
PERKARA SUNAT KETIKA MANDI
WAJIB
Basuh pergelangan tangan
Bersihkan qubul dan dubur dengan tangan
kiri sambil mencangkung
Bersihkan tangan dengan air
Berwuduk
Dahulukan menjirus air ke anggota badan
sebelah kanan
Basuh kepala (tiga kali) dan selat
rambut
Gosok badan berturut-turut antara basuhan anggotanya
Sempurnakan basuhan lipatan
badan.
19
MANDI SUNAT
Antara contoh mandi sunat termasuklah:
Hari Jumaat Sebelum solat minta hujan
Hari raya : Aidilfitri, Aidiladha Sembuh daripada gila atau pitam
Selepas mandi jenazah Selepas masuk Islam
Sebelum solat gerhana : matahari, bulan.
Berkaitan dengan ibadah haji : sebelum ihram, sebelum berwukuf, sebelum melontar jamrah, sebelum masuk Mekah atau Madinah.
GALERI KATA :
Haid : Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.
Wiladah : Proses kelahiran anak sama ada dengan keluar darah ataupun tidak.
Nifas : Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang nyata sebahagian bentuk anak.
Darah Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita. Darah ini keluar pada waktu selain waktu haid dan nifas. Darah ini berbeza warna dan kepekatannya dengan haid. Darah ini bukan perkara yang mewajibkan mandi.
20
SOLAT MERCU KEJAYAAN
PELAJARAN 23
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
SOLAT
BAHASA Doa
ISTILAHPerbuatan dan perkataan tertentu yang
dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
SYARAT WAJIB
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.
SYARAT SAH
Menutup aurat
Yakin masuk waktu
Menghadap kiblat
Suci daripada hadas kecil dan besar
Suci daripada najis pada badan pakaian dan tempat
21
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Berhadas sebelum salam yang pertama.
2. Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit.
3. Meninggalkan satu daripada rukun solat.
4. Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk.
5. Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat.
6. Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga kali berturut-turut.
7. Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami.
8. Makan atau minum.
9. Murtad.
10. Berpaling dada daripada arah kiblat.
11. Terbuka aurat dengan sengaja.
12. Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat.
RUKUN SOLAT
1. Niat.
2. Berdiri bagi yang mampu.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Rukuk serta tomakninah.
6. I’tidal serta tomakninah.
7. Sujud serta tomakninah.
8. Duduk antara dua sujud serta tomakninah.
9. Duduk ketika membaca tahiyat akhir.
10. Membaca tahiyat akhir.
11. Berselawat kepada Nabi S.A.W dalam tahiyat akhir.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib.
22
SUNAT DALAM SOLAT
SUNAT HAIAT SUNAT AB`AD
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyat awal
Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri
Melihat tempat sujud
Membaca doa iftitah
Membaca isti’azah sebelum membaca surah Al-Fatihah
Menyebut amin selepas membaca surah Al-Fatihah
Membaca secara kuat (jahar) dan secara perlahan (sir) pada tempat-tempat tertentu
Melafazkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain
Membaca mana-mana ayat al-Quran
Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
Meletakkan kedua-dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir
Duduk tawaruk ketika tahiyat akhir dan duduk iftirash pada tempat selainnya
Membaca selawat Ibrahimiah
Berpaling ke kanan ketika memberi salam pertama
Memberi salam kedua
Duduk tahiyat awal
Membaca tahiyat awal
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat awal
Selawat kepada keluarga Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat akhir
Membaca doa qunut pada waktu subuh
Berdiri ketika membaca doa qunut
Selawat kepada nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda ketika membaca doa qunut
AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT
• Orang yang meninggalkan solat berdosa besar ..
• Antara akibat meninggalkan solat ialah :
1. Menjadi penghuni neraka.
2. Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat.
23
HIKMAH SOLAT
KELEBIHAN SOLAT DARI SUDUT SAINS
KETIKA BERDIRI, TAKBIRATUL IHRAM DAN QIAM
✓ Boleh meluruskan tulang belakang
✓ Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan pernafasan
✓ Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan penyakit artritis
KETIKA RUKUK, I’TIDAL DAN TOMAKNINAH
✓ Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang
✓ Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang
✓ Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewaspadaan
KETIKA SUJUD (SESUAI DENGAN TARIKAN GRAVITI)
✓ Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak
✓ Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah
dan baik
✓ Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat
mengelakkan tuberculosis
✓ Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak
menjadi lebih cerdas
✓ Proses peredaran darah menjadi lancar dan sempurna
MEMBENGKOKKAN JARI KAKI KETIKA SUJUD, DUDUK IFTIRAS DAN DUDUK TAWARUK
✓ Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan
✓ Melancarkan pengaliran darah ke jantung
✓ Merendahkan risiko penyakit jantung
Memperoleh pahala dan meningkatkan
darjat.
Mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia.
Menyembuhkan penyakit dengan izin
Allah SWT.
Memberikan kebahagiaan hidup dan
ketenangan jiwa.
Hidup selamat, diberkati dan dikasihi
Allah SWT.
Melahirkan masyarakat yang harmoni.
Penawar stress dan tekanan jiwa.
24
KHUSYUK DALAM SOLAT DAN KEPENTINGANNYA Khusyuk merupakan kunci utama ibadat solat. Seseorang yang khusyuk dalam solatnya akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
KHUSYUK
BAHASASenyap, tunduk dan
merendah diri
ISTILAH
Menumpukan hati di hadapan Allah dengan menetapkan anggota,
memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang
dilakukan dari awal hingga akhir solat.
KEPENTINGAN KHUSYUK DALAM
SOLAT
Membentuk daya fokus terhadap tujuan
hidup
Penghalang daripada melakukan
kemungkaran
Dapat merasai nikmat menunaikan
solat
Dapat merasai kemanisan iman
Memberikan kekuatan rohani
Mendapat pengampunan Allah
SWT
Jaminan solat diterima Allah SWT
Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
PEN
GH
ALA
NG
KH
USY
UK
DA
LAM
SO
LAT
Banyak melakukan dosa dan maksiat
Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
Banyak memikirkan perkara keduniaan
Solat dalam keadaan tergesa-gesa
Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
Tidak menjaga adab ketika berwuduk
Solat pada waktu makanan terhidang, ketika lapar atau mengantuk
25
CARA MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
SEBELUM SOLAT
Menunaikan solat pada awal waktu.
Menyempurnakan wuduk dengan menjaga sunat dan adab-adabnya.
Mendahulukan solat sunat rawatib.
Menjauhkan tempat solat daripada segala gangguan.
Peranan ANGGOTAketika solat
Mata melihat tempat sujud ketika berdiri.
Tidak berpaling, menjeling atau melakukan pergerakan yang bukan daripada perbuatan solat.
Peranan FIKIRAN
ketika solat
Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat.
Tidak memikirkan hal-hal keduniaan.
Peranan HATI ketika
solat
Yakin bahawa Allah SWT mengetahui perlakuan kita.
Merasakan seolah-olah kita melihat Allah SWT atau Allah SWT melihat kita.
Menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah SWT.
Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat yang terakhir.