10
BAB 1 1.0 Pengenalan Pelajar-pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip Geomorfologi telah mengadakan satu kajian lapangan pada 11 Mac 2012. Seramai 33 orang pelajar telah mengikuti kajian lapangan tersebut dan diselia oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom. Setiap pelajar dipecahkan kepada 5 orang bagi satu kumpulan untuk memudahkan kajian dilakukan di kawasan masing-masing. Setiap kumpulan diletakkan di kawasan yang berlainan di sepanjang jalan bermula dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sehingga ke Kampung Batang Batu, Selangor. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat pemerhatian tentang pergerakan jisim dan jenis batuan serta tanih yang terdapat di kawasan lapangan masing-masing. 1.1 Objektif Kajian Antaranya : a) Mengenalpasti proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian. b) Mengenal pasti sama ada berlakunya pergerakan jisim atau tidak di kawasan kajian. c) Melihat sama ada pergerakan jisim tersebut berlaku secara perlahan atau cepat. d) Mempelajari teknik-teknik untuk menggunakan GPS dan membaca koordinat kedudukan berdasarkan peta topografi dengan tepat dan betul. 1.2 Metodologi Kajian Kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah sepanjang menjalankan kajian. Kaedah utama yang digunakan oleh kami ialah dengan melakukan pemerhatian melalui kaedah lapangan. Lawatan ke kawasan kajian juga sedikit banyak membantu dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Bagi 1

jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

  • Upload
    dhea-ct

  • View
    817

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Jenis-Jenis BatuanRock is a hard, coherent material comprising individual particles or crystals. It is discontinuous in the sense that it is broken to a greater or lesser extent by joints and fractures but it is not significantly weakened when saturated with water. Pelbagai batuan yang telah dijumpai ketika berada di kawasan kajian, iaitu di Kampung Batang Batu. Namun begitu, satu kajian telah dijalankan untuk memastikan batuan ini merupakan batuan batu kapur ataupun sebaliknya. 2.2 Jenis-jenis TanihSoil, or also called regolith, by contrast is a weak, unconsolidated deposit which forms an essentially continous mass lacking significant joints or fissures, but which is further weakened when saturated with water. This definition of soil includes unconsolidated weathering and sedimentary deposits as well as materials we would more normally regard as soils (Gupta A., 2005).2.3 Proses Luluhawa Weathering is the breaking down of rocks, soils and minerals as well as artificial materials through contact with the Earth's atmosphere, biota and waters. Weathering with no movement, and thus should not be confused with erosion, which involves the movement of rocks and minerals by agents such as water, ice, snow, wind and gravity. Two important classifications of weathering processes exist is physical and chemical weathering. Mechanical or physical weathering involves the breakdown of rocks and soils through direct contact with atmospheric conditions, such as heat, water, ice and pressure. The second classification, chemical weathering, involves the direct effect of atmospheric chemicals or biologically produced chemicals in the breakdown of rocks, soils and minerals (Gupta A., 2005).The materials left over after the rock breaks down combined with organic material creates soil. The mineral content of the soil is determined by the parent material, thus a soil derived from a single rock type can often be deficient in one or more minerals for good fertility, while a soil weathered from a mix of rock types often makes more fertile soil. In addition many of Earth's landforms and landscapes are the result of weathering processes combined with erosion and re-deposition.2.4 Proses Pergerakan Jisim 2.3 (a) 2.3 (b)Mass movement is the downslope movement of slope material under the influence of the gravitational force of the material itself and without the assistance of moving water, ice or air. The distinction between mass movement and the transport of the other material by other denudational processes is, however, not always clear-cut in practice since mass movements involving material with a high water content grade into fluvial transport where streams carry very large loads of fine sediments (Summerfield M.A, 1991). Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kami mendapati berlakunya pergerakan jisim di kawasan kajian iaitu pergerakan jisim secara perlahan dan secara cepat. Pergerakan jisim secara perlahan dapat dilihat di sepanjang jalan yang telah dilalui di mana pokok-pokok berada dalam keadaan condong akibat daripada pergerakan tanih. Manakala dalam rajah di atas menunjukkan berlakunya pergerakan jisim secara cepat di mana kelihatan beberapa batang pokok telah tumbang di kawasan yang terhakis oleh aliran air permukaan seperti rajah 2.3 (a), dan 2.3 (b).2.5 Biogeomorfologi Sekitar Tapak KajianAir hujan yang turun menyebabkan wujudnya lumut yang akhirnya meliputi struktur luaran batuan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti rajah 2.4 (a) dan 2.4 (b).BAB 3 Perbincangan3.1 Faktor-Faktor Pergerakan Jisim3.1.1 KecerunanOleh kerana pergerakan jisim amat berkait rapat dengan tarikan graviti, kecerunan amat mempengaruhi kejadian ini. Di kawasan yang landai, iaitu kecerunan kurang daripada 5º akan menyebabkan daya gravitinya kurang berbanding di kawasan cerun yang bersudut 5 º hingga 40 º mempunyai tarikan graviti yang lebih kuat.3.1.2 Bahan Regolit yang TebalProses penyediaan beban, iaitu bahan

Citation preview

Page 1: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

BAB 1

1.0 Pengenalan

Pelajar-pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip Geomorfologi telah mengadakan satu kajian

lapangan pada 11 Mac 2012. Seramai 33 orang pelajar telah mengikuti kajian lapangan tersebut

dan diselia oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom. Setiap pelajar dipecahkan kepada 5 orang bagi

satu kumpulan untuk memudahkan kajian dilakukan di kawasan masing-masing. Setiap

kumpulan diletakkan di kawasan yang berlainan di sepanjang jalan bermula dari Sekolah

Menengah Sains Hulu Selangor sehingga ke Kampung Batang Batu, Selangor. Setiap kumpulan

ditugaskan untuk membuat pemerhatian tentang pergerakan jisim dan jenis batuan serta tanih

yang terdapat di kawasan lapangan masing-masing.

1.1 Objektif Kajian

Antaranya :

a) Mengenalpasti proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian.

b) Mengenal pasti sama ada berlakunya pergerakan jisim atau tidak di kawasan kajian.

c) Melihat sama ada pergerakan jisim tersebut berlaku secara perlahan atau cepat.

d) Mempelajari teknik-teknik untuk menggunakan GPS dan membaca koordinat kedudukan

berdasarkan peta topografi dengan tepat dan betul.

1.2 Metodologi Kajian

Kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah sepanjang menjalankan kajian. Kaedah

utama yang digunakan oleh kami ialah dengan melakukan pemerhatian melalui kaedah lapangan.

Lawatan ke kawasan kajian juga sedikit banyak membantu dalam mencapai matlamat yang

ditetapkan. Bagi memenuhi objektif kajian juga, kami telah mengambil gambar-gambar di lokasi

yang telah ditetapkan iaitu Kampung Batang Batu. Selain itu, sampel-sampel tanah dan batuan

juga diambil untuk diklasifikasikan dengan Siri Reaksi Bowen.

1

Page 2: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

1.3 Lokasi Kajian

Kampung Batang Batu

Sumber : http://maps.google.com/

This place is situated in Selangor, Malaysia, its geographical coordinates are 3° 26' 0" North, 101° 40' 0" East and its original name (with diacritics) is Hulu Yam Baharu.

2

State Selangor

Location Between Selayang and Ulu Yam

Coordinates and map N03 19.91' E101 42.15'

Water Source Stream

Waterfall Profile Near vertical Falls

Accessibility From Carpark

Page 3: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

1.4 Peralatan dan Instrumen Kajian

Beberapa peralatan telah digunakan dalam menjalankan kajian di kawasan lapangan. Setiap

kumpulan dibekalkan sebatang tukul besi dan peta topografi kawasan kajian. GPS pula

digunakan bagi mendapatkan garisan latitud dan longitud kawasan yang dikaji. Bagi

mendapatkan sampel batuan, kami telah menggunakan alatan seperti tukul dan penyodok. Carta

warna tanah juga dijadikan rujukan bagi menentukan jenis tanah yang terdapat di kawasan gua

batu kapur yang berlainan.

1.5 Batasan Kajian

Terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang menjalankan kajian lapangan di

kawasan kajian. Halangan tersebut ialah ketiadaan kenderaan bagi memudahkan pergerakan

kumpulan untuk menuju ke kawasan kajian masing-masing. Keadaan ini menyebabkan semua

kumpulan terpaksa diangkut secara bergilir-gilir.

Halangan yang kedua ialah ketiadaan pita pengukur atau tali untuk mengukur kecerunan

kawasan kajian dan telah menjejaskan laporan kajian kerana tidak dapat mengukur ketinggian

kawasan kajian dengan tepat. Kami terpaksa membuat anggaran dan mengukur melalui peta

topografi kawasan kajian. Peta topografi tersebut tidak dapat memberikan ukuran yang lebih

jelas dan terperinci. Seterusnya ialah kesukaran menandakan latitud dan longitud kawasan kajian

dengan lebih tepat kerana ketiadaan alat ‘Global Positioning System’ (GPS). Kami terpaksa

menggunakan GPS yang terdapat pada telefon bimbit ahli kumpulan untuk mendapatkan nilai-

nilai tersebut. Halangan yang seterusnya ialah ketiadaan buku sampel tanih. Hal ini menyukarkan

kami untuk mengetahui jenis tanih yang terdapat pada kawasan kajian. Kami terpaksa membawa

pulang sedikit tanah tersebut dan dikenal pasti setelah pulang daripada kajian lapangan tersebut.

3

Page 4: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

BAB 2

2.0 Dapatan Kajian

Pada Bab 2, laporan berfokuskan terhadap jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa,

proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi sekitar tapak kajian.

2.1 Jenis-Jenis Batuan

Rock is a hard, coherent material comprising

individual particles or crystals. It is

discontinuous in the sense that it is broken to a

greater or lesser extent by joints and fractures

but it is not significantly weakened when

saturated with water.

Pelbagai batuan yang telah dijumpai

ketika berada di kawasan kajian, iaitu di

Kampung Batang Batu. Namun begitu, satu

kajian telah dijalankan untuk memastikan

batuan ini merupakan batuan batu kapur ataupun sebaliknya.

4

Page 5: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

2.2 Jenis-jenis Tanih

Soil, or also called regolith, by contrast is a weak, unconsolidated deposit which forms an

essentially continous mass lacking significant joints or fissures, but which is further weakened

when saturated with water. This definition of soil includes unconsolidated weathering and

sedimentary deposits as well as materials we would more normally regard as soils (Gupta A.,

2005).

2.3 Proses Luluhawa

5

Page 6: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

Weathering is the breaking down of rocks, soils and minerals as well as artificial materials

through contact with the Earth's atmosphere, biota and waters. Weathering with no movement,

and thus should not be confused with erosion, which involves the movement of rocks and

minerals by agents such as water, ice, snow, wind and gravity. Two important classifications of

weathering processes exist is physical and chemical weathering. Mechanical or physical

weathering involves the breakdown of rocks and soils through direct contact with atmospheric

conditions, such as heat, water, ice and pressure. The second classification, chemical weathering,

involves the direct effect of atmospheric chemicals or biologically produced chemicals in the

breakdown of rocks, soils and minerals (Gupta A., 2005).

The materials left over after the rock breaks down combined with organic material

creates soil. The mineral content of the soil is determined by the parent material, thus a soil

derived from a single rock type can often be deficient in one or more minerals for good fertility,

while a soil weathered from a mix of rock types often makes more fertile soil. In addition many

of Earth's landforms and landscapes are the result of weathering processes combined with

erosion and re-deposition.

2.4 Proses Pergerakan Jisim

2.3 (a) 2.3 (b)

6

Page 7: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

Mass movement is the downslope movement of slope material under the influence of the

gravitational force of the material itself and without the assistance of moving water, ice or air.

The distinction between mass movement and the transport of the other material by other

denudational processes is, however, not always clear-cut in practice since mass movements

involving material with a high water content grade into fluvial transport where streams carry

very large loads of fine sediments (Summerfield M.A, 1991).

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kami mendapati berlakunya pergerakan jisim

di kawasan kajian iaitu pergerakan jisim secara perlahan dan secara cepat. Pergerakan jisim

secara perlahan dapat dilihat di sepanjang jalan yang telah dilalui di mana pokok-pokok berada

dalam keadaan condong akibat daripada pergerakan tanih. Manakala dalam rajah di atas

menunjukkan berlakunya pergerakan jisim secara cepat di mana kelihatan beberapa batang

pokok telah tumbang di kawasan yang terhakis oleh aliran air permukaan seperti rajah 2.3 (a),

dan 2.3 (b).

2.5 Biogeomorfologi Sekitar Tapak Kajian

7

Page 8: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

Air hujan yang turun menyebabkan wujudnya lumut yang akhirnya meliputi struktur luaran

batuan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti rajah 2.4 (a) dan 2.4 (b).

BAB 3 Perbincangan

3.1 Faktor-Faktor Pergerakan Jisim

3.1.1 Kecerunan

Oleh kerana pergerakan jisim amat berkait rapat dengan tarikan graviti, kecerunan amat

mempengaruhi kejadian ini. Di kawasan yang landai, iaitu kecerunan kurang daripada 5 º akan

menyebabkan daya gravitinya kurang berbanding di kawasan cerun yang bersudut 5 º hingga 40 º

mempunyai tarikan graviti yang lebih kuat.

3.1.2 Bahan Regolit yang Tebal

Proses penyediaan beban, iaitu bahan regolit oleh tindakan luluhawa di kawasan cerun juga

mempengaruhi kejadian ini. Sekiranya, di kawasan cerun tersebut kurang bahan regolit akan

menyebabkan kejadian pergerakan jisim berlaku dalam skala yang kecil. Sebaliknya, jika bahan

regolit terdapat dalam jumlah yang abnyak atau tebal akan menyebabkan pergerakan ini berlaku

dalam skala yang besar.

3.1.3 Hujan

Hujan yang turun dengan lebat dan berpanjangan akan meresap ke dalam regolit dan menambah

berat bahan regolit di atas cerun dan ini menambahkan lagi tarikan graviti. Hal ini kerana hujan

yang turun berfungsi sebagai pemberat dan pelicin untuk melicinkan permukaan batu hampar

yang mana terdapatnya bahan regolit tersebut.

3.1.4 Litupan Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan berperanan sebagai pelindung semula jadi yang palinh berkesan untuk

kestabilan cerun bukit. Tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan dari

terus ke pemukaan tanah melalui proses cegatan silaranya. Sementara itu, akar-akar pokok pula

akan bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah. Apabila pokok di kawasan cerun

8

Page 9: jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi : kajian kes di ulu yam

ditebang dan dihapuskan menyebabkan air hujan terus turun ke permukaan tanah dan daya ikatan

dan cengkaman akar terhadap regolit akan hilang lantas mempercepat pergerakan jisim.

3.1.5 Tindakan Manusia

Tindakan manusia dalam melakukan aktiviti pembalakan, pertanian tanpa teres di kawasan

cerun, pembajakan tanpa mengikut kontur, aktiviti pertanian pindah oleh orang asli,

perlombongan kuari dan pecah batu, petempatan dan pembinaan jalan raya akan menyebabkan

cerun-cerun ditarah dan dipotong mengakibatkan struktur tanah terganggu. Tindakan ini

menyebabkan struktur tanah terganggu. Apabila manusia meneroka cerun bukit untuk kegiatan

pertanian, kawasan hutan terpaksa ditebang. Keadaan ini menyebabkan permukaan cerun

menjadi gondol. Ketiadaan cengkaman akar pokok akan menyebabkan struktur tanah menjadi

longgar. Hal ini mengakibatkan struktur tanih permukaan cerun meresap lebih banyak air dan

menjadikan struktur tanih tidak kukuh dan mudah runtuh (Rosnah Haji Salleh, 2007).

BAB 4

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian lapangan selama 1 hari ini telah mendedahkan para pelajar dengan

pelbagai ilmu yang berfaedah terutamanya dalam aspek geomorfologi. Para pelajar juga dapat

mempelajari jenis-jenis batuan yang berbeza secara lebih dekat. Melalui kajian lapangan ini juga,

para pelajar dapat mengenal pasti biogeomorfologi kawasan batu kapur di lokasi kajian secara

nyata. Di samping itu, kajian ini juga mendedahkan para pelajar kepada proses-proses

geomorfologi yang berlaku seperti proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kajian terhadap jenis-jenis batuan yang terdapat di kawasan kajian juga dapat

dikenal pasti dan jenis-jenis tanah dari lokasi berasingan turut dikaji.

Perkara ini dapat menambah pengetahuan para pelajar secara nyata dan tidak hanya

merujuk pada buku sahaja. Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat mengeratkan

hubungan antara sesama pelajar dengan pelajar dan dengan pensyarah, malahan dapat

memberikan input yang berharga terutamanya kepada pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip

Geomorfologi.

9