18
PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA DISEDIAKAN OLEH: LOGHESWAARY DARSHINI DEWI SHIVAASHINII RUBENESWARY

Jenis-jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

PENILAIAN BERASASKAN

BUDAYADISEDIAKAN OLEH: LOGHESWAARY

DARSHINI DEWISHIVAASHINII

RUBENESWARY

JENIS-JENIS PENILAIAN

BERASASKAN BUDAYA

• Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik  untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid.

• Maklumat  yang dikumpul  akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar.

• Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

JENIS-JENIS PENILAIAN

BERASASKAN BUDAYA

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran & sosial murid dalam situasi

bilik darjah

Penilaian portfolio

Penulisan jurnal

Projek

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Penilaian kendiri murid

Penilaian kendiri guru

• Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk

membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang

tekal dan bermakna. 

• Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara

mudah untuk merekodkan pemerhatian harian.

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah.

• Murid dan guru boleh memilih sampel  tugasan yang menggambarkan

kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai.

• Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang

murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu

ditambah baik. 

Penilaian Portfolio

• Penulisan jurnal memberi  peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi

mengenai  perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya  untuk

memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang  masyarakat majmuk.

• Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat

kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca.

Penulisan Jurnal

• Projek memberi peluang kepada murid untuk menyumbang  idea  mengikut kebolehan

mereka.

• Projek sebegini baik untuk murid  dari pelbagai  budaya dan berbeza secara  individu  kerana

mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka.

• Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya.

Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta

lukisan untuk menggambarkan konsep utama  terselindung dalam topik mereka.

• Salah satu  contoh projek termasuk  rekacipta artifak  yang mewakili  patung kumpulan etnik dan

murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Projek

• Perhatian utama harus diberi kepada  gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.

• Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai

pengetahuan atau prestasi murid dalam  bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra

budaya. • Bahasa yang digunakan harus difahami semua  dan  tidak bias kepada  kumpulan murid yang

dominan.

• Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik  sedia ada murid dan

murid perlu  merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam

penilaian.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

• Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai

pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid.

• Portfolio boleh digunakan semasa konferens.

• Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang

hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.

Penilaian kendiri murid

• Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru.

• Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-

strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka

serta  reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik

darjah mereka  yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian kendiri guru

UJIAN DAN PROGRAM

PENGAJARAN

• Perhatian harus diverikan dari segi gaya kognitif dan kemahiran akademik

• Ujian haruslah mesra budaya• Bahasa yang digunakan harus difahami• Tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan• Faktor linguistic dalam memberi arahan perlu diberi

penekanan

PENILAIAN KENDIRI MURID

• Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferensi guru/murid

• Portfolio boleh digunakan• Cth: murid menjalankan kerja/tugasan, membincang hasil

mereka dengan guru

PENILIAN KENDIRI GURU

• Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam penlajaran mereka serta reaksi dan tindak balsa mereka kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.