42
1.0 PENGENALAN Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dari berinteraksi dengan dunia luar 1 . Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah mengamalkan dasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa barat seperti Belanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad. Ekonomi Jepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara. 2 Hal ini di buktikan dengan kedudukan peta ini sebagai golongan yang ketiga penting selepas samurai. Semasa pemerintahan Tokugawa, beliau telah mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar, dasar ini telah dilaksanakan melalui tiga titah perintah yang dikeluarkan oleh Bakufu pada 1633, 1635, dan 1639. 3 Kesan daripada dasar pemencilan 1 Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh Chisholm. J. The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History , London : Usborne Publishing, 2000, hlm, 356 – 357. 2 Sila rujuk Steele. M.W. Alternative Narratives in Modern Japanese History . London and New York : Routledge Curzon, Taylor and Francis Group. 2003, hlm, 133 – 141. 3 Titah perintah yang pertama pada 1633 ialah melarang kapal-kapal Jepun daripada meninggalkan Negara kecuali mereka mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, begitu juga yang terjadi kepada penduduk Jepun, mereka tidak boleh meninggalkan Negara, kecuali mereka mempunyai kebenaran terlebih dahulu dari Kesyogunan Tokugawa. Jika rakyat ingkar, mereka akan dihukum bunuh. Titah kedua pula telah mengharamkan kapal- kapal Jepun daripada belayar dan pergi keluar negeri. Titah ketiga pula mengharamkan perdagangan asing dan tidak wujudnya perhubungan dengan dunia luar. Rujuk buku M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm 49-50. 1

Jepun Group

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jepun Group

1.0 PENGENALAN

Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dari

berinteraksi dengan dunia luar1. Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah mengamalkan

dasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa barat seperti

Belanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad. Ekonomi

Jepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada

pendapatan negara.2 Hal ini di buktikan dengan kedudukan peta ini sebagai golongan

yang ketiga penting selepas samurai. Semasa pemerintahan Tokugawa, beliau telah

mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar, dasar ini telah dilaksanakan melalui tiga

titah perintah yang dikeluarkan oleh Bakufu pada 1633, 1635, dan 1639.3 Kesan daripada

dasar pemencilan yang dilaksanakan oleh Tokugawa telah menyebabkan Jepun telah

ditipu dalam perjanjian Kanagawa.

Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) ini adalah berat sebelah kerana lebih

memihak kepada Amerika Syarikat. Kesan daripada perjanjian berat sebelah ini, maka

Jepun telah mengalami “Enlightement”, hal ini dapat dilihat apabila Jepun telah

mengalami revolusi yang ketara sejak berlakunya pemulihan yang dilakukan oleh

Maharaja Meiji. Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden disebabkan oleh dasar

luar yang dilakukan semasa pemerintahan Meiji dan Taisho. Perkara ini dapat dibuktikan

apabila kerajaan Jepun membuat perjanjian dan persidangan dengan negara-negara barat

melalui perjanjian Shimonoseki, perjanjian Inggeris-Jepun 1902, perang China-Jepun,

perang Rusia-Jepun, perjanjian Porthmouth, Tuntutan dua puluh satu, persidangan

1 Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh Chisholm. J. The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History, London : Usborne Publishing, 2000, hlm, 356 – 357.2 Sila rujuk Steele. M.W. Alternative Narratives in Modern Japanese History. London and New York : Routledge Curzon, Taylor and Francis Group. 2003, hlm, 133 – 141.3 Titah perintah yang pertama pada 1633 ialah melarang kapal-kapal Jepun daripada meninggalkan Negara kecuali mereka mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, begitu juga yang terjadi kepada penduduk Jepun, mereka tidak boleh meninggalkan Negara, kecuali mereka mempunyai kebenaran terlebih dahulu dari Kesyogunan Tokugawa. Jika rakyat ingkar, mereka akan dihukum bunuh. Titah kedua pula telah mengharamkan kapal-kapal Jepun daripada belayar dan pergi keluar negeri. Titah ketiga pula mengharamkan perdagangan asing dan tidak wujudnya perhubungan dengan dunia luar. Rujuk buku M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm 49-50.

1

Page 2: Jepun Group

Versailles, persidangan Washington, dan akhir sekali perancangan semula struktur

pembangunan ekonomi dalam tahun-tahun 1920-an.

2.0 PEMULIHAN MAHARAJA MEIJI

Pemimpin pemulihan Meiji menyedari kedatangan kuasa barat merupakan satu ancaman

kepada kedaulatan dan kebebasan negara mereka. Hal ini telah di sedari sejak kedatangan

wakil Amerika Syarikat, Komodor Perry ke Jepun pada 1853. Desakan dan ancaman

yang telah di buat oleh kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan menjatuhkan

maruah negara Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi Jepun apabila

terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun negara yang

mengikut kehendak kuasa barat.4

Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20

disebabkan dasar luar negara yang dilakukan oleh negara Jepun. Perkara ini dapat

dibuktikan dengan adanya hubungan yang erat antara negara Jepun dengan dunia luar.

Sejak peristiwa perjanjian berat sebelah ini, telah menyebabkan pakar cerdik pandai

Jepun mengkaji semula perjanjian-perjanjian lama semasa pemerintahan Keshogunan

Tokugawa. Undang-undang serta cukai eksport telah dilaksanakan, sementara itu

perjanjian yang tidak adil dibubarkan. Kuasa-kuasa barat enggan untuk menandatangani

semula perjanjian dengan Jepun. Pada 1890-an isu perjanjian yang tidak adil ini telah

menjadi isu politik. Parti pembangkang termasuk parti Jiyuto dan Kaishinto telah

memberi tekanan yang kuat, lantaran itu, Hitorobumi telah mengarahkan menteri luar

negara (Mutsu Munemitsu) telah mengambil pendirian yang tegas akan perjanjian

tersebut.

Pendekatan yang diambil oleh Ito Hitorobumi adalah secara drastik, hal ini

disebabkan kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat.

4 Menjelang 1858, Jepun telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang menamatkan zaman tradisi Jepun dalam hubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di ketahui melalui pedagang China di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan Korea dan pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang Belanda di Dejima dan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah persamaan antara negara. Tetapi dalam kes Jepun dan China, perjanjian yang memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang asing yang di amalkan oleh kedua–dua negara tersebut. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R, Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy, Massachussets : Harvard University Press, 2004, hlm, 1–16.

2

Page 3: Jepun Group

Mutsu Munemitsu telah mengumumkan kepada negara-negara barat terutamanya Britain

bahawa sekiranya perjanjian itu tidak dikaji semula, Jepun akan menolaknya, justeru itu,

kerajaan British akhirnya setuju dan pada Julai 1894 perjanjian baru telah ditandatangani,

perjanjian ini telah menghapuskan hak wilayah asing. Dalam tahun 1880-an dan 90-an,

Korea telah menjadi isu utama di Jepun. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun amalkan satu

dasar yang agresif terhadap Korea, tetapi ditentang oleh Okubo dan Iwakura.5

3.0 PERANG CHINA-JEPUN

Dasar luar Meiji telah membawa kepada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan

batas sempadan dan keselamatan negara. Isu-isu yang berkenaan dengan penentuan batas

sempadan dan keselamatan negara secara tidak langsung telah menjejaskan perhubungan

Jepun dengan Korea, Negara China dan Rusia. Berikutan dengan penggulingan kerajaan

Shogun, pemerintahan oligaki iaitu terdiri daripada empat buah keluarga (Itagaki, Saigo,

Okubo dan Iwakura) yang telah bekerjasama sejak beberapa lama tanpa perselisihan

besar, telah berselisih faham mengenai soal dasar luar negara. Perselisihan ini berkenaan

dengan bagaimana hendak mengendalikan perhubungan dengan negara Korea pada masa

hadapan. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif

terhadap Korea.

Dalam menjalinkan hubungan luar dengan Korea, satu rombongan telah dihantar

ke negera Korea bertujuan untuk memaksanya mengamalkan dasar buka pintu dengan

Jepun. Tetapi orang Korea telah menolak permintaan Jepun itu dengan mudah akibat

permusuhan yang masih membara diantara kedua-dua buah negara itu disebabkan

peristiwa serangan Hideyoshi dalam kurun ke-16. Saigo bersama suatu kumpulan penting

dalam kerajaan berpendapat bahawa satu pasukan tentera perlu dihantar untuk mengugut

Korea dan beliau sendiri akan mengepalai pasukan tersebut. Namun, dasar ini telah

ditentang oleh Okubo dan Iwakari yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea

merupakan suatu isu penting kepada Jepun, tetapi kerajaan harus menumpukan ke arah

melaksanakan proses transformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat.

Mereka ini sedar bahawa belum cukup masanya bagi orang Jepun hendak campur tangan

5 Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong di Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun.

3

Page 4: Jepun Group

di Korea kerana mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri kekuatan

negara-negara besar di dunia ini dan bagaimana lemahnya negeri Jepun dalam lapangan

perusahaan. Tambahan pula, campur tangan di Korea akan melibatkan mereka dengan

Rusia. Perdebatan tersebut telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletak jawatan.

Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, namun ia telah bersikap lebih tegas

terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan

diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya menandatangani

satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun. Krisis yang

melibatkan antara Jepun dengan China dan Korea merupakan faktor utama yang

membawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun di Korea. Perang China-Jepun

Pertama 1894-1895 berlaku di Korea kerana kedua-dua kuasa tersebut mempunyai

kepentingan masing-masing di Korea.

Peperangan ini berpunca daripada persaingan Jepun dan China untuk menegakkan

pengaruh masing-masing di Korea. Sebenarnya Jepun mempunyai agenda yang tersendiri

untuk menawan Korea. Bagi Jepun, Korea telah menjadi isu penting dalam tahun 1880-an

dan 1890-an disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa seperti politik,

ekonomi dan sosial. Keadaan ini didorong oleh fahaman imperialisme Barat yang telah

mempengaruhi pemimpin-pemimpin Jepun pada akhir abad ke-19. Mereka melihat

bahawa dasar imperialisme amat penting bagi sesebuah negara menunjukkan

kekuatannya agar mendapat pengiktirafan dunia. Pada masa yang sama telah timbul

kekacauan di Korea disebabkan konflik antara Jepun dan China. Faktor-faktor ini

sekaligus menjadi alasan utama Jepun untuk menguasai Korea hingga mencetuskan

Perang China-Jepun antara kedua buah negara tersebut.

Kejayaan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama telah memberi kejutan yang

besar kerana ramai pemerhati menjangkakan Jepun akan kalah disebabkan ketika itu

Jepun masih tidak berupaya untuk berperang kerana dianggap lemah oleh Barat. Lebih-

lebih lagi China dianggap sebagai negara gergasi dari segi saiz, penduduk dan sumber-

sumber. Namun kemenangan Jepun telah memperlihatkan kecemerlangan pasukan

tentera Jepun yang moden dan berdisplin. Kejayaan ini membuktikan bahawa dasar-dasar

yang dijalankan oleh Jepun telah membawa kejayaan kepada negara tersebut terutama

4

Page 5: Jepun Group

dalam bidang ketenteraan.6 Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani pada 17 April

1895 merupakan suatu kemenangan kepada Jepun oleh kerana syarat-syarat yang

diletakkan dalam perjanjian tersebut nyata memihak kepada Jepun. Hal ini

memandangkan sebelum ini perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh Jepun dengan

kuasa-kuasa Barat dilihat sebagai tidak adil kepada Jepun.

Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani antara negara Jepun dan China telah

memberi banyak kelebihan serta menguntungkan Jepun. Antara syarat-syarat paling

penting perjanjian ini ialah Negara China mengakui kemerdekaan dan autonomi Korea,

Negara China terpaksa menyerahkan Semenanjung Liaotung, Formosa dan Kepulauan

Pescadores kepada Jepun, Negara China bersetuju untuk membayar gantirugi sebanyak

230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta. Jumlah gantirugi ini sama nilainya dengan

hampir 1/3 daripada pendapatan negara Jepun dalam tahun 1895. Kawasan Weihaiwei

yang dimiliki oleh negara China akan diduduki oleh pihak Jepun sehingga gantirugi ini

dibayar. Syarat seterusnya empat pelabuhan baru telah dibuka oleh perdagangan asing

iaitu Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow. Dengan pengambilan Taiwan, Jepun

telah menjadi sebuah kuasa kolonial.7

Perjanjian Shimonoseki ini dilihat telah membuka jalan kepada Jepun untuk

memperolehi konsesi-konsesi yang penting dari segi strategik sehinggakan Jepun telah

berjaya memonopoli kawasan-kawasan penting yang berada di bawah naungan Tanah

Besar tersebut. Peperangan Jepun dengan China ini merupakan suatu titik tolak ke arah

penglibatan Jepun dalam peperangan dengan negara-negara selepas China, hal ini kerana,

kesan peperangan ini telah mengakibatkan Jepun memulakan dasar luarnya dengan

negara Eropah yang lain, antaranya Jepun telah terlibat dengan Perang Rusia-Jepun.

Jepun juga telah terlibat sama dalam Perang Dunia Pertama, 1914 dalam Era Taisho.

Peperangan dengan China dalam Perang China-Jepun Pertama juga telah membawa

kepada tercetusnya Perang China-Jepun Kedua pada 7 Julai 1937 hingga 9 September

1945 yang lebih kepada perasaan dendam dan tidak puas hati China terhadap Jepun.

Kesan peperangan ini memperlihatkan penglibatan Jepun dalam perang dapat

menonjolkan imej Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20

disebabkan oleh dasar luar negaranya.

6 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd., 1988. hlm. 987 Ibid, hlm. 99.

5

Page 6: Jepun Group

4.0 PERANG RUSIA-JEPUN

Pada 10 Februari 1904 telah berlaku peperangan di antara Jepun dan Rusia, akhirnya

Jepun menang.8 Korea merupakan isu utama berlakunya peperangan ini. Rusia telah

melaksanakan satu dasar perluasan yang agresif di Asia Timur khususnya di Timur Laut

Asia dan bertapak kukuh di Manchuria.9 Kebencian Jepun terhadap Rusia semakin kuat,

ditambah lagi peristiwa campur tangan Rusia dalam menyerahkan Semenanjung Liaotung

kepada China.10 Faktor perang ini juga disebabkan tercetusnya Perikatan Inggeris-Jepun

1902.11 Antara syarat-syarat Perikatan Inggeris-Jepun iaitu, kedua-dua negara berjanji

akan menjaga keamanan dan keselamatan di Asia Timur, kedua-dua kuasa ini mengiktiraf

kedaulatan China dan Korea, kedua-dua negara mengiktiraf kepentingan istimewa

masing-masing di negara China dan kepentingan istimewa Jepun di Korea dan berjanji

akan berkecuali sekiranya salah satu di antara mereka menghadapi perang serta perjanjian

ini berlanjutan selama lima tahun. Tujuan sebenar Jepun mengadakan perjanjian ini

adalah untuk mendapatkan sokongan daripada negara luar untuk membendung ancaman

Rusia di Korea, oleh itu, Britain telah bersama-sama dengan Jepun untuk menangani

pengaruh Rusia di Asia Timur. Selepas perang Rusia-Jepun Perikatan Inggeris-Jepun

diperbaharui semula selama 10 tahun pada 1911. Lantaran itu, Jepun dilihat mempunyai

hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing.12 Melalui perikatan Inggeris Jepun ini,

dapat dilihat bahawa Jepun telah mengamalkan dasar luar semasa pemerintahan maharaja

Meiji.

Perasaan anti Rusia merupakan pendorong utama peperangan ini. Hal ini kerana

perasaan anti-Rusia ini telah memuncak dalam kalangan persatuan-persatuan

8 Perdana Menteri Rusia memutuskan hubungan diplomatik dengan Jepun dengan menghalang laluan di sungai Yalu Korea. Pada malam 8-9 Februari satu amaran telah dikeluarkan oleh pihak Jepun terhadap Rusia di Port Arthur dan akhirnya peperangan terjadi. Rujuk buku, Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry To 1970, New York : The Ronald Company, hlm, 273.9 Untuk mengukuhkan perluasan kuasa, Rusia membina landasan keretapi Tran-Siberia (1891), Panjang landasan keretapi ini ialah 3500 batu yang dibina merentasi Manchuria dan menghubungkan Pelabuhan Vladiyostok di Rusia dengan Pelabuhan Arthur yang terletak di selatan Semenanjung Liaotung. Rujuk buku M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm, 100-104.10 Japanese Society For History Textbook Reform from Atarashii Rekishi Kyokasho, Tokyo : Publish Fusosha, 2005, hlm 27-18.11, Ibid, Sejarah Jepun, hlm 102.12 Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm, 107.

6

Page 7: Jepun Group

ultranasionalis seperti Kokuryukai.13 Perang ini telah meletus selepas dua tahun Perikatan

Inggeris-Jepun ditandatangani. Tindakan Jepun menyerang negara-negara lain adalah

untuk meluaskan pengaruhnya selain mengukuhkan kedudukan ekonominya.

Kesungguhan Jepun terserlah apabila Jepun menang dalam kedua-dua perang tersebut.

Ini memperlihatkan begitu pentingnya kawasan Korea sebagai pelaburan utama Jepun

pada ketika itu. Pelbagai perjanjian yang dilakukan oleh Jepun supaya pengaruhnya di

Korea tidak hilang dan secara tidak langsung, secara realitinya Jepun telah mengamalkan

dasar buka pintu dengan dunia luar, perkara ini dapat meningkatkan imej Jepun sebagai

negara moden menjelang abad ke-19 dan ke-20.

Kesan peperangan dengan Rusia, Perjanjian Portmouth telah ditandatangani oleh

kedua-dua pihak pada 5 September 1905.14 Perjanjian ini menjadikan Jepun semakin

berkuasa dan menakluki Korea 1910. Dalam perjanjian ini, Rusia mengakui kepentingan-

kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea. Kesan yang ketara dalam

peperangan ini ialah perluasan kuasa Jepun di Shakhalin dan pengambilan Semenanjung

Liaotung. Keunggulan Jepun di Korea diiktiraf oleh Rusia. Dasar perluasan ini telah

membawa Jepun ke negara China dan seterusnya Asia Tenggara.15 Sejak tahun 1868,

Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti

Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi

Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-

Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-

Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut

membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia.

5.0 ERA TAISHO (1912-1926)

13 Beliau telah menyebarkan dasar perluasan Jepun di seberang laut dan beliau telah mendesak kerajaan Meiji memperluaskan kawasan pengaruh Jepun sejauh Sungai Amur di Manchuria. Persatuan ini telah ditubuhkan dalam tahun 1901 apabila pejuang-pejuang kebangsaan yakin Jepun akan terpaksa menentang Rusia. Salah satu kerjanya adalah mengintip di Manchuria dan Siberia. Ibid., Sejarah Jepun Moden, hlm, 114-115.14 Antara syarat-syarat Perjanjian Portsmouth ialah, Semenanjung Lioatung kembali diserahkan kepada Jepun, Jepun mendapat semula Port Athur dan sebahagian dari Pulau Sakhlin di Utara Hokkaido, Jepun diberi hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yang telah dibina oleh Rusia dan seterusnya Jepun diberi hak istimewa ke atas Korea, justeru itu, Korea perlulah menerima seorang residen Jepun di negaranya. Rujuk buku, Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry to 1970, New York The Ronald Press Company: hlm, 276-277.15 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm, 104-106.

7

Page 8: Jepun Group

Zaman Meiji merupakan sebuah era kegemilangan Jepun di mana ia menjadi perintis

kepada hubungan luar Jepun yang lebih luas dan penuh konflik. Dengan kemangkatan

Maharaja Mutsuhito (Maharaja Meiji) pada 30 Jun 1912, Jepun telah ditadbir oleh

anaknya pula, iaitu Maharaja Taisho, yang bererti ‘kebaikan yang besar’. Hakikatnya,

Taisho tidak sebijak ayahnya, Maharaja Meiji. Keadaan kesihatan baginda yang sering

terjejas kadangkala mengundang masalah kepada prestasi dan tugas-tugas baginda

sebagai maharaja yang cekap.16 Maharaja Taisho sentiasa tidak sihat dan kemudian,

baginda menunjukkan tanda-tanda tidak siuman dari tahun 1921-1926.17

Dari segi politik dalam negeri, tempoh ini memperlihatkan kepada kebangkitan

golongan-golongan masyarakat dalam Jepun sendiri. Begitu juga dengan hubungan luar

Jepun, yang telah menjadi perintis kepada pengeksploitasian sumber bagi memenuhi

permintaan negara. Salah satu caranya ialah dengan melibatkan diri dalam Perang Dunia

Pertama. Sebaik sahaja Era Taisho bermula, satu pergolakan politik telah bermula.

Perdana Menteri Saionji telah didesak oleh Angkatan Tentera Darat yang disokong oleh

Yamagata supaya membuat satu peruntukan perbelanjaan yang besar untuk tentera baru.

Beliau menolak usul tersebut dan disokong oleh sesetengah ahli Jemaah Menteri yang

lain kerana kedudukan kewangan Jepun tidak mengizinkan beliau meluluskan

perbelanjaan tersebut. Pelbagai krisis dalaman yang berlaku dalam kerajaan Jepun pada

masa itu seperti peristiwa perletakan jawatan Menteri Perang Jepun, Jeneral Uehara,

Perlembagaan Jepun dan persidangan Parlimennya yang rumit, perlantikan Katsura

sebagai Perdana Menteri Jepun yang sememangnya menimbulkan pelbagai konflik

dalaman Jepun.18 Perkara yang paling ketara sekali ialah peristiwa perlantikan Katsura

yang telah mendapat tentangan daripada ahli-ahli politik Jepun, manakala faktor

pertandingan ataupun persaingan politik antara Satsuma-Choshu juga menjadi

penyumbang kepada peralihan Zaman Taisho kepada Era Taisho yang lebih terbuka dan

demokrasi. Era Taisho telah memperlihatkan pengantian yang berterusan terhadap pucuk

16 Namanya bersempena memberi amaran tentang perkara buruk kepada rakyatnya, kerana ramai yang bimbang dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam susunan masyarakat dan dalam cara berfikir yang sedang berlaku kerana kesan perusahaan. Buku Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 118.17 Baginda telah mangkat dan diganti oleh putera sulungnya. Walau bagaimanapun, kelemahan Taisho tidak menjejaskan sistem pentadbiran dan politik dalam negeri atau prestasi dasar luar Jepun dalam tempoh 1912-1926. Sila rujuk buku M. Rejendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 116.18 Ibid, Sejarah Jepun Moden, hlm. 119.

8

Page 9: Jepun Group

pimpinan kerajaan Jepun di mana selepas pengunduran Katsura, pentadbiran diambil pula

oleh Yamamoto dan terakhir sekali oleh Osuma. Penggantian ini memperlihatkan

bagaimana pentadbiran dan perjalanan sistem politik negara berjalan. Jika seseorang

pemimpin itu tidak disukai, secara automatik dia akan diganti oleh orang lain yang lebih

berkaliber.

Jika diteliti, Era ini juga memperlihatkan satu zaman yang penuh dengan

penyebaran ilmu dan ideologi yang lebih membuka minda masyarakat Jepun pada masa

itu. Peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar, dan kemajuan dalam bidang pendidikan

semasa Katsura menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat terpengaruh dengan

ideologi yang dikemukakan oleh para ahli politik. Kebetulan, pada masa tersebut, Katsura

tidak disenangi oleh akhbar-akhbar Jepun, menyebabkan rakyat terpengaruh dengan

akhbar-akhbar dengan membenci Katsura. Mereka menggangap perlantikan Katsura, dan

kejatuhan Saionji telah dirancang oleh Suku Chonsu, dengan mengabaikan peranan yang

dimainkan oleh Parlimen. Kejatuhan Katsura, yang dirancang oleh Ozaki Yukio telah

menimbulkan kekalutan kepada Parlimen dan Negara Jepun sendiri. Rusuhan-rusuhan

telah meletus di Tokyo, Osaka, Kyoto, Kobe dan tempat-tempat lain.

Keadaan ini telah memaksa Katsura bersama-sama dengan jemaah menterinya

meletak jawatan dan sejak dari ini, telah bermula pemerintahan sebuah kerajaan berparti

di Jepun. Akan tetapi, hal sebaliknya telah berlaku di mana, kerajaan Jepun telah di

ambilalih oleh suku Satsuma, bukannya oleh Dewan Perwakilan. Suku Satsuma

membentuk perikatan dengan Parti Senyukai iaitu sebuah parti yang besar dalam Dewan

tersebut. Perdana Menteri Jepun yang baru iaitu dari suku Satsuma, Yamamoto Gombei.

Kepimpinan Yamamoto juga tidak lama ekoran kes rasuah dan kejatuhan kerajaan beliau

yang terlalu awal adalah tidak disangka sama sekali. Pada masa ini juga, telah

menyebabkan rusuhan berleluasa. Sekali lagi, kepimpinan terus diganti dengan yang

baru.19 Selepas itu, Jepun berganti dengan pemimpin baru iaitu Yamamoto, dan terakhir

diganti dengan Okuma, iaitu seorang yang terlampau menumpukan perhatiannya kepada

Universiti Waseda yang telah dibukanya beberapa tahun dahulu berbanding menumpukan

perhatian kepada hal ehwal politik negaranya.20 Pada mulanya, beliau menjalinkan 19 Ibid, Jepun: Sejarah Sebuah Negara, hlm. 88-89.20 Okuma mula memegang jawatan dalam musim bunga pada 1914, dia merupakan seorang pembangkang yang kuat menentang oligaki suku yang lama di mana beliau sendiri ketika dulu, pernah menjadi ahlinya. Beliau dianggap sebagai seorang yang memperjuangkan hak rakyat. Ibid, hlm. 120.

9

Page 10: Jepun Group

hubungan baik dengan Yamamoto tetapi tetapi, sejak Menteri Luar Negerinya, Kato

Takaaki mula berselisih faham dengan Yamamoto yang pada masa itu masih lagi

berkuasa.21 Hal ini disebabkan dengan “Tuntutan Dua Puluh Satu” yang dikumukakan

oleh China. Peristiwa ini telah menjejaskan hubungan antara Okuma dengan

Yamamoto.22

5.1 JEPUN DAN PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia I (juga dinamakan Perang Dunia Pertama, dan nama dalam bahasa Inggris

lainnya: Great War, War of the Nations, dan "War to End All Wars" (Perang untuk

Mengakhiri Semua Perang) adalah sebuah konflik dunia yang berlangsung dari 1914

hingga 1918. Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertakluk kepada

Pakatan Inggeris Jepun.23 Dalam perjanjian tersebut, ada disebutkan jika mana-mana

pihak sama ada Jepun atau Great Britain diserang oleh pihak ketiga, salah sebuah negara

tersebut perlu menolong dan memberikan bantuan. Perminataan bertulis ini disebutkan

dalam artikel II, Perjanjian Anglo-Jepun 1902.24 keadaan ini menjelaskan penglibatan

Jepun dalam Perang Dunia Pertama. Dalam perang ini, Jepun hanya membekalkan

perlindungan dan keperluan keselamatan kepada Pihak Bersekutu yang diketuai oleh

Britain.25

Menurut perjanjian tersebut, telah dinyatakan sekiranya salah sebuah negara

tersebut, iaitu Jepun atau British diganggu oleh pihak ketiga, masing-masing akan saling

bergantungan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, semasa

tercetusnya Perang Dunia Pertama, Jepun telah memberikan bantuan kepada Britain

kerana mereka harus akur dengan syarat-syarat perjanjian tersebut.26 Hal ini dibuktikan

pada 7 Ogos 1914, Duta British di Tokyo telah berunding dengan pihak Pejabat Luar

negeri secara formal supaya memberikan bantuan kepada Jepun untuk mengusir kapal-

21 Kato dilantik menjadi Perdana Menteri Jepun pada Disember 1912 semasa Kerajaan Katsura berkuasa. Selepas penamatan Katsura dalam politik sekitar 1913, beliau turut dipaksa meletak jawatan dalam pentadbiran Jepun dan pada April 1914, belaiu telah dilantik semula sebagai Menteri Luar iaitu apabila Okuma dilantik menjadi Menteri dan menubuhkan kerajaan baru. Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 122.22 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 118.23 Jepun terlibat dalam Perang Dunia Pertama pada 1914. hal ini dikaitkan dengan perikatan ataupun perjanjian yang telah dibuat oleh Jepun dengan pihak Britain dibawah Perjanjian Anglo-Jepun (Inggeris-Jepun) yang diperbaharui pada 1905 dan 1911.24 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 220.25 Ibid, hlm. 118.26 Artikel II, Perjanjian Inggeris-Belanda, Ibid, hlm. 117.

10

Page 11: Jepun Group

kapal Jerman dari negara China dan Lautan Pasifik. Ekoran perjanjian ini juga, Jepun

telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai perang dengan Pihak Bersekutu

yang diketuai Britain. Kato, Menteri Luar Negeri Jepun yang juga seorang yang

berpegang kuat kepada Perjanjian Inggeris-Jepun telah berjaya menyakinkan Kabinet

supaya menyertai perang tersebut untuk kepentingan Jepun. Apabila Great Britain

mengisytiharkan perang terhadap negara Jerman pada 4 Ogos 1914, banyak organisasi di

Jepun menuntut supaya Jepun menyertai Britain untuk berperang dengan Jerman.27

Ekoran Perang Dunia Pertama, semua kuasa Barat telah menumpukan perhatian kepada

konflik yang berlaku di Eropah di antara Pihak Bersekutu, (iaitu Britain, Perancis dan

Rusia) dengan pihak Perikatan yang diketuai Jerman. Keadaan ini memberi peluang

kepada Jepun untuk mengintai peluang dalam mengembangkan kepentingannya di China

dan seterusnya menyebabkan terjadinya peristiwa ‘Tuntutan Dua Puluh Satu’.

5.2 JEPUN DAN TUNTUTAN DUA PULUH SATU

Sebenarnya, idea perluasan kuasa di China telah mendapat sokongan banyak pihak

terutama oleh pemimpin-pemimpin ultranasionalisme seperti Toyama, Uchida, Sugiyama

yang berperanan mendesak Kerajaan Taisho dalam memulakan perluasan kuasa di China.

Tuntutan Dua Puluh Satu bolehlah dianggap sebagai satu percubaan Jepun bagi

meletakkan China di bawah pengawasannya dan Perang Dunia Pertama yang lebih

menjurus ke arah negara Eropah telah mengalihkan perhatian Barat, lebih-lebih lagi

Britain dari negara China.28 Istilah “Tuntutan Dua Puluh Satu” merujuk kepada suatu

senarai yang mengandungi dua puluh satu tuntutan yang dikemukakan oleh Jepun ke atas

China pada bulan Januari 1915. Keseluruhan tuntutan tersebut merupakan satu strategi

27 Hal ini dikaitkan dengan Campurtangan Tiga Pihak 1895, yang telah memaksa Jepun menyerahkan Liaotung kepada China. Perisiwa ini juga dikaitkan dengan Perjanjian Shimonoseki, 17 April 1895 yang diadakan antara Jepun dengan China. Pada mulanya, melalui perjanjian ini, China telah mengesahkan pendudukan Jepun dibeberapa tempat yang menjamin kemajuan ekonomi dan politik Jepun. Perjanjian ini juga telah membuka jalan kepada Jepun untuk mendapatkan konsesi-konsesi penting dari Tanah Besar China. Tetapi campur tangan diplomatik antara Rusia, Perancis dan Jerman telah mengagalkan usaha Jepun ini. Mereka merancang untuk menyerang Jepun sekiranya Jepun enggan memulangkan balik tanah-tanah yang diperolehi tadi kepada China. Kesannya, pada 5 Mei 1895, , Jepun bersedia untuk memulangkan Semenanjung Liaotung kepada China dan Campurtangan Tiga Kuasa membangkitkan rasa benci Jepun terhadap Rusia yang telah mendapat kuasa di Liaotung. Sejak dari itu, Jepun telah kehilangan pelbagai lagi kawasan di negara China. Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 98-100.28 Dulu, China bergantung kepada Britain untuk mendapatkan sokongan kewangan, diplomat dan moral dalam usaha mendapatkan kemerdekaan untuk bertindak menentang Jepun yang sekarang telahpun mengambilalih tempat Rusia di Manchuria Selatan, Ibid, Sejarah Jepun Moden, hlm. 120.

11

Page 12: Jepun Group

yang dijalankan oleh Jepun bagi meluaskan kuasa di China. Idea ini telah dikemukakan

oleh Menteri Luar Negeri Jepun (Duta Jepun ke Britain), Kato pada 1912.29 Sejak awal

lagi, iaitu pada 1912, Kato menyedari tentang keperluan Jepun dalam menakluki

Manchuria Selatan dan Kawasan Dalaman Mongolia yang dianggap berpotensi dan

memiliki kepentingan ekonomi dan politik yang semakin bertambah. Selain itu, faktor

ketegangan politik di China dan peranan Rusia yang semakin menunjukkan minat ke atas

Kawasan Luar Mongolia menjadi punca kepada Kato dalam mengemukakan Tuntutan

tersebut. Pada Disember 1912, Kato menjadi Perdana Menteri Jepun dan bermula dari ini,

Kato mendesak Kerajaan Taisho mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap China

untuk mengukuhkan kepentingan ekonomi dan politik Jepun di China.

Penglibatan Kato dalam Tuntutan Dua Puluh Satu sememangnya tidak dapat

dinafikan. Sememangnya penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama membuka mata

Barat bahawa Jepun bukannya boleh dibuat main-main. Kebangkitan ketenteraan

semenjak Meiji dan kekalahan China dan Rusia dalam beberapa siri peperangan

sebenarnya menjadi bukti bahawa Jepun tidak mudah menyerah kalah demi mencari

kepentingan mereka di seluruh dunia. Akan tetapi, kegagalan Kato menangani isu

Tuntutan Dua Puluh Satu telah menyebabkan kepincangan dalam Kerajaan Okuma itu

sendiri. Walaupun pada mulanya, Jepun memenangi perang tersebut dengan merampas

kepentingan dan kepunyaan Jerman di Shantung, namun kesilapan dan kebodohan Kato

memusnahkan segalanya.30 Beliau mungkin dapat mengantikan pengunduran Jepun dari

Shantung dengan pemberian tanah-tanah di China yang lebih bernilai iaitu di Manchuria

Selatan dan Mongolia Tengah dalam Peristiwa Manchuria dalam tahun 1931.31 Kato yang

menerima satu rancangan bertindak daripada seorang pegawai Kementerian Luar Negeri,

29 Beliau seorang penganjur kepada Perjanjian Inggeris-Jepun, dan juga berperanan memujuk Kabinet Jepun unutk menyertai Perang Dunia Pertama. Selain itu, beliau juga perancang utama “Tuntutan Dua Puluh Satu” yang pada beliau dianggap penting bagi melakukan proses transformasi Negara China kepada sebuah negara naungan Jepun. 30 Ibid, Sejarah Jepun Moden, hlm. 121-122.31 Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945), juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan adalah satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China. Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua.

12

Page 13: Jepun Group

Koike Chozo dan seorang wakil tentera di Peking di samping mendapat sokongan Okuma

dan ahli-ahli jemaah yang lain telah melaksanakan Tuntutan Dua Puluh Satu. Tuntutan

ini telah disusun di antara bulan Ogos dan Disember 1914. Tuntutan Dua Puluh Satu

telah dikemukakan oleh Hioki, Menteri Jepun ke China untuk diserahkan kepada Yuan

Shih Kai.

Tuntutan Dua Puluh Satu telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk

dikemukakan kepada Yuan Shih Kai, Presiden Negara China. Secara umumnya, tuntutan-

tuntutan tersebut meliputi hal-hal seperti pemindahan tanah-tanah pajakan Jerman di

Shantung kepada Jepun dan meluaskan lagi hak Jepun di Manchuria Selatan, selain

tuntutan-tuntutan supaya kerajaan China mengambil orang-orang Jepun sebagai

penasihat-penasihat politik, kewangan dan tentera, di mana polis Jepun perlu diberikan

kuasa mentadbirkan bandar-bandar yang penting, lebih daripada separuh bahan-bahan

perang China mestilah dibeli dari Jepun.32 Antara senarai-senarai yang terdapat dalam

Tuntutan Dua Puluh Satu ialah:

Kumpulan Pertama

Ia terdiri daripada empat artikel yang merujuk kepada Wilayah Shantung. Jepun telah

memaksa China supaya mengiktiraf hak Jepun untuk menyelesaikan dengan negara

Jerman berkenaan dengan hak dan konsesi-konsesi Jerman di Wilayah Shantung. Jepun

turut memaksa China supaya berjanji tidak akan menyerah atau menyewakan Wilayah

Shantung kepada mana-mana kuasa lain. Jepun turut menuntut untuk membina sebuah

landasan keretapi yang menghubungkan Chenfu atau Lungkow dengan Kiaochow. Jepun

juga seperti biasa telah mendesak China untuk membuka bandar-bandar utama kepada

pendatang-pedatang asing untuk tujuan kediaman dan perniagaan.

Kumpulan Kedua

Ia mengandungi tuntutan terhadap kawasan Manchuria Selatan dan Mongolia Dalam.

Jepun mahu China teruskan selama sembilan tahun lagi penyewaan Jepun ke atas

Pelabuhan Arthur, Dairen, Landasan Keretapi Manchuria Selatan, dan Landasan Antung-

32 Ibid, Sejarah Jepun Moden, hlm. 120-121.

13

Page 14: Jepun Group

Mukden. Tuntutan-tuntutan lain ialah mengenai kebebasan perjalanan dan perdagangan

yang sepenuhnya untuk rakyat Jepun di Manchuria Selatan dan bahagian Timur

Mongolia Dalam. Ini bermakna, China harus memberikan kebenaran atau permit

melombong kepada orang-orang Jepun di kawasan tersebut manakala China tidak boleh

mendapat pinjaman atau memberi pinjaman atau kuasa bagi mebina landasan keretapi di

kawasan tersebut tanpa kebenaran Jepun, di samping melantik penasihat-penasihat

politik, kewangan, militari terdiri daripada orang-orang Jepun dan terakhir ialah Jepun

mahu kuasa kawalan ke atas landasan keretapi Kirin-Changchun dari China selama

sembilan tahun lagi.

Kumpulan Ketiga

Ia berkenaan dengan Syarikat Hanyehping di mana Jepun mahu menjadikan syarikat ini

sebagais sebuah firma pengkongsian antara China dan Jepun.

Kumpulan Keempat

Deklarasi yang dibuat oleh China bahawa mereka tidak akan menyerahkan atau memberi

mana-mana pelabuhan sebagai konsesi kepada sebarang kuasa asing.

Kumpulan Kelima

Dalam kumpulan ini, mengandungi senarai tuntutan-tuntutan yang mendatangkan

kontroversi. Antara tuntutan yang terkandung ialah China harus mengambil orang-orang

Jepun yang berpengaruh sebagai penasihat politik, ekonomi dan militari. China juga perlu

memberi hak dan kuasa kepada rakyat serta organisasi-organisasi Jepun untuk membina

hospital, sekolah, kuil-kuil di pedalaman China. China perlu mendapatkan bekalan

senjata daripada Jepun dan menubuhkan gudang senjata di bawah kawalan bersama

China-Jepun. China perlu bersetuju tubuhkan pasukan polis bersama Jepun apabila

diperlukan. Kerajaan Peking juga harus memberikan hak kepada rakyat Jepun untuk

menjalankan dakwah di kawasan pedalaman.33 Terakhir ialah Jepun telah menuntut kuasa

bagi membina landasan-landasan keretapi di kawasan Yangtze di samping menuntut

Tokyo berunding dengan China berkenaan dengan modal dan bantuan bagi

membangunkan Fukien. Jika dikaji, tuntutan kelima ini jika dilaksanakan akan

meletakkan China di bawah pengaruh dan naungan Jepun.

33 Ibid, Sejarah Moden, hlm. 122-123.

14

Page 15: Jepun Group

Kato sedar bahawa Tuntutan Dua Puluh Satu akan membangkitkan pembantahan

kuasa-kuasa asing di China seperti Amerika, Perancis, Britain dan lain-lain. Penyertaan

kuasa-kuasa barat dengan perang di Perang Dunia Pertama, terutama Britain memberi

peluang kepada Jepun untuk menundukkan China terhadap tuntutan Jepun sebelum

kuasa-kuasa Barat lain masuk campur. Kato mengingatkan Hioki yang menyampaikan

tuntutan tersebut kepada Yuan Shih Kai pada 18hb Januari 1915 supaya tegas dengan

tuntutan tersebut dengan memaksa China menerima semua tuntutan tersebut. Hioki telah

mengugut Yuan Shih bahawa Jepun akan menyokong Sun Yat Sen, iaitu musuh ketat

Yuan sekiranya enggan menerima tuntutan tersebut. Rancangan Kato gagal kerana Yuan

sengaja melambatkan penerimaan tuntutan tersebut.34

Rundingan masih berjalan antara China dengan Jepun.Beberapa pertubuhan di

China seperti Doshikai dan Persatuan Anti-Jepun di Shanghai sedang mendesak Yuan

menentang habis-habisan Tuntutan Dua Puluh Satu. Langkah tegas Yuan dalam

menangani isu ini mengundang kemarahan Hioki. Beliau mahu kekerasan digunakan ke

atas Yuan supaya tuntutan tersebut dituruti. Oleh itu, beliau minta Tokyo keluarkan

arahan kepada China. Pada masa ini, Kato berada ditengah-tengah jalan, iaitu sama ada

mahu memperkenankan permintaan Hioki ataupun mencari jalan pendamaian. Beliau

sendiri mahukan kedamaian. Manakala pihak-pihak tentera darat dan persatuan

ultranasionalis seperti Kokuryukai mahu kata dua diberikan kepada China seperti mana

kehendak Hioki. Hasil perundingan antara parti-parti pembangkang seperti Genro dan

Diet pada 6 Mei 1915, telah mencapai persetujuan iaitu memaksa China memberikan kata

putus berkenaan isu ini.35 Yuan Shih telah diberi masa 48 jam untuk memberi jawapan

berkenaan tuntutan tersebut dan ia dimenterai dengan persetujuan China dengan

Kumpulan I-1V pada 9 Mei 1915.36

Kesan-Kesan Tuntutan Dua Puluh Satu

34 Yuan melambatkan tuntutan tersebut untuk mendapatkan bantuan luar terutama daripada Amerika dan Britain. Beliau juga sedar bahawa kato pada masa itu sedang dikritik hebat oleh Genro tentang pengendalian isu Tuntutan Dua Puluh Satu.35 Kepimpinan Kato dikritik hebat oleh kedua-dua parti pembangkang ini. Hasil perundiangan, mereka telah mengeluarkan tuntutan Kumpulan Kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu di mana tuntutan tersebut akan dibincangkan secara berasingan dengan China pada masa hadapan. 36 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 125.

15

Page 16: Jepun Group

Jepun menuntut terlalu banyak daripada yang sepatutnya mereka dapat. Kelewatan

menarik balik tuntutan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan kepada Jepun.

Antaranya ialah kebangkitan semangat anti-Jepun di China, yang merosakkan perniagaan

Jepun dengan China. Negara-negara Eropah tidak ada masa untuk memantau keadaan

yang berlaku di Jepun dan China. Walaupun Menteri Luar British telah memberi amaran

kepada duta Jepun di London, supaya Kato tidak melampau dalam tuntutannya, namun di

California telah wujud perasaan anti-Jepun di mana ahli-ahli politik telah menggunakan

prasangka bangsa menyalahkan orang ramai menentang kemasukan orang Jepun ke

Amerika. Oleh itu, Tuntutan Dua Puluh Satu menjadi simbol perpaduan kepada pencinta

tanah air China dan menyebabkan Jepun kehilangan ramai kawan di dunia luar. Kesan

daripada ini ialah penarikan balik tuntutan kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu

serta persetujuan China, walaupun terpaksa menandatangani persetujuan pemindahan

kepentingan Jepun di Shantung kepada Jepun dan memberikan hak istimewa kepada

Jepun di Manchuria Selatan dan Timur Mongolia Tengah. Pemberian ini terdiri daripada

empat kumpulan tuntutan sahaja.37

Tuntutan ini juga membawa perubahan kepada hubungan Jepun-Amerika. Selepas

tahun 1915, Jepun tidak lagi mendapat penghormatan yang tinggi. Jepun mula dikenali

sebagai sebuah negara yang menindas negara yang lemah dan walaupun Jepun

berkelakuan baik dengan China sebagaimana mereka lakukan pada tahun-tahun 1920-an,

mereka tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya. Walaupun pada dasarnya, Jepun

telah berjaya melaksanakan cita-citanya tetapi reputasinya di peringkat antarabangsa

telah tergugat akibat pelaksaan Tuntutan Dua Puluh Satu. Jepun kehilangan hubungan

persahabatan dengan China dan digelar sebagai sebuah kuasa imperialisme. Kuasa-kuasa

antarabangsa yakin bahawa China telah diugut dan dipaksa menerima tuntutan tersebut.38

Manakala di Jepun, Menteri Luar Jepun, Kato telah dicela dan kedudukan beliau

tergugat disebabkan krisis Tuntutan Dua Puluh Satu. Kato terkenal dengan pengetahuan

luasnya tentang dunia dan beliau pernah menjadi Duta Jepun di London. Terdapat ramai

yang benci dengan usaha yang dibuat Kato kerana dasar yang dilaksanakan Kato

menyebabkan Jepun dibenci oleh China. Orang yang paling benci dengan Kato ialah

37 Ibid, Sejarah Jepun Moden, hlm. 122.38 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 125-126.

16

Page 17: Jepun Group

Yamagata yang sedaya upaya merancang perlucutan jawatan Kato.39 Namun, atas jasa

Kato, kesemua tuntutan tersebut telah diterima oleh rakyat Jepun dengan baik yang

memberikan kemenangan kepada kerajaan Okuma di dalam pilihan raya 25 Mac, 1915.

Walaupun Kato meletak jawatan dari Kerajaan Okuma, beliau tetap menjadi Perdana

Menteri Jepun pada 1924.

Pada 9 Mei 1915, Yuan Shih telah memberikan kata putus dan menerima

Kumpulan I-IV dan ia ditandatangani pada 25 Mei 1915. Bahagian utama perjanjian ini

adalah berkenaan dengan wilayah Shantung, Manchuria Selatan dan Timur Mongolia

Dalam. Berkaitan dengan isu Semenanjung Shantung, China tertakluk kepada arahan

Jepun dan mesti menerima segala perkara yang ditetapkan oleh Jepun berkenaan dengan

konsesi Jerman dan memberikan pemodal Jepun pilihan pertama bagi pinjaman landasan

keretapi di Shantung. China bersetuju untuk teruskan penyewaan 99 tahun Pelabuhan

Arthur dan Dairen. Jepun turut bagi kebebasan kepada China untuk mengendalikan

landasan keretapi Manchuria Selatan dan semua perjanjian ini disahkan semula pada 7

Jun 1915.40

6.0 PERSIDANGAN VERSAILLES.

Penyertaan nominal Jepun dalam Perang Dunia Pertama telah membawa banyak

faedah kepada negara tersebut dari segi ekonomi dan imejnya telah meningkat dalam

perhubungan antarabangsa. Jepun juga telah muncul sebagai sebuah kuasa angkatan laut

yang utama di kawasan Pasifik. Jepun, dengan pantas dapat menggantikan kuasa Jerman

di China dan Lautan Pasifik melalui Perjanjian Versailles pada 1919. Tambahan pula,

Jepun telah mengukuhkan kedudukan barunya di Asia Timur dengan memaksa China

menandatangani Tuntutan Dua Puluh Satu. Kepentingan utama Jepun dalam Perjanjian

Versailles telah mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya di benua Asia dan

Lautan Pasifik.41

Perjanjian Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang

ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris pada bulan Januari 1919. Perundingan

ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya dalam Perang Dunia Pertama iaitu

39 Ibid, sejarah Jepun Moden, hlm. 12340 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 125.41 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 126.

17

Page 18: Jepun Group

Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Namun, Itali telah keluar dari

persidangan tersebut pada 24 April 1919 akibat konfliknya dengan Presiden Wilson iaitu

pengerusi Persidangan ini berkenaan dengan tuntutannya ke atas Adriatik. Delegasi Jepun

yang diketuai oleh Saionji telah mengambil bahagian aktif dalam isu-isu kepentingan

Jepun. Terdapat tiga isu yang menjadi keutamaan Jepun ketika itu iaitu isu hak

penghapusan dan kuasa Jerman di Shantung, penghapusan kuasa takluk Jerman ke atas

pulau-pulau di Lautan Pasifik dan perbincangan mengenai deklarasi persamaan

perkauman yang telah dipelopori oleh Jepun. Misi Jepun dalam Persidangan Versailles

telah membawa kejayaan kerana dua daripada tiga tuntutan yang dikemukakan oleh

Jepun telah berjaya diperolehi negara tersebut.

Pertamanya mengenai isu tuntutan Jepun ke atas Shantung telah berjaya

walaupun ditentang oleh rombongan China yang diketuai oleh C.T Wang dan Wellington

Koo. Kejayaan terhadap tuntutan Jepun ini disebabkan adanya sokongan daripada negara-

negara Great Britain, Perancis dan Itali. Amerika Syarikat yang pada mulanya

menyokong pendirian China akhirnya terpaksa berpihak kepada Jepun setelah diancam

dengan penarikan diri Jepun. Hal ini kerana sokongan Jepun penting untuk menubuhkan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain negara Perancis dan Britain. Lebih-lebih

setelah pengunduran Itali. Jepun akhirnya telah berjaya bertapak kukuh di Shantung

dengan pengiktirafan Kuasa-Kuasa Bersekutu.

Jepun juga telah berjaya dalam objektifnya yang kedua iaitu mengenai

tuntutannya untuk memiliki pulau-pulau takluk Jerman di Lautan Pasifik yang terdiri

daripada Pulau Caroline, Marshall dan Marianas. Walaupun tuntutan Jepun ini telah

melanggar prinsip tidak menceroboh tetapi negara matahari terbit itu telah berjaya

mendapatkannya atas sokongan daripada Britain dan Perancis. Wilson yang menghadapi

tekanan daripada Britain dan Perancis juga akhirnya bersetuju menyerahkan pulau-pulau

ini kepada Jepun. Namun, Jepun tertakluk di bawah Mandat Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pulau-pulau Pasifik ini telah diberi status Mandat Kelas C, dimana Jepun tidak

dibenarkan membina benteng pertahanan tentera di pulau-pulau ini. Ini tidak penting

kepada Jepun kerana negara tersebut telah memperolehi kuasa sepenuhnya ke atas pulau-

pulau Pasifik ini. Dengan ini, apabila Perjanjian Versailles ditandatangani pada 28 Jun

18

Page 19: Jepun Group

1919, Jepun telahpun mencapai objektif-objektifnya untuk menjamin kedudukannya di

Shantung dan juga menguasai hak milik Jerman di Lautan Pasifik.

Walaubagaimanapun Jepun telah gagal dalam satu isu lain berkenaan dengan

persoalan persamaan perkauman. Di Persidangan tersebut, Jepun telah membantah

kemasukan klausa “persamaan ras”. Tuntutan Jepun menghendaki agar satu fasal

persamaan perkauman dimasukkan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditolak oleh

Amerika Syarikat dan Britain atas sebab kekurangan sokongan.42 Di Amerika sebenarnya,

orang-orang dari Timur pada mulanya tidak layak untuk menerima hak atas dasar ras. Di

California dan negara Barat lain, anak mereka telah diasingkan di sekolah dan dinafikan

hak mereka untuk mendapatkan tanah.43 Kekalahan Jepun dalam tuntutan tersebut telah

menyebabkan imigran-imigran Jepun menghadapi diskriminasi. Rakyat Jepun telah

berharap bahawa dengan memasukkan satu fasal mengenai persamaan perkauman ke

dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat terpaksa mengurangkan

diskriminasi perkaumannya terhadap imigran-imigran Jepun terutamanya di kawasan

California dan Hawaii. Harapan Jepun untuk melonggarkan diskriminasi perkauman

terhadap imigran-imigran Jepun di Negara Amerika telah hancur sama sekali.44

Walaupun Jepun secara keseluruhannya telah berjaya mencapai objektifnya di

Persidangan Versailles, namun persoalan Shantung masih belum selesai kerana Presiden

Amerika yang baru iaitu Presiden Harding dan ramai pemimpin-pemimpin Amerika yang

lain berpendapat bahawa Jepun harus memulangkan Shantung kepada China. Sekali lagi

Jepun telah terlibat sama dalam Persidangan Washington, 1922 disebabkan isu mengenai

Shantung. Dalam persidangan ini isu mengenai Shantung telah berjaya diselesaikan.

7.0 PERSIDANGAN WASHINGTON.

Persidangan Washington termeterai kerana didorong oleh hasrat Amerika Syarikat,

Britain, dan juga Jepun untuk mencari penyelesaian kepada peningkatan persaingan

kedudukan angkatan tentera laut antara ketiga- tiga kuasa tersebut serta keperluan bagi

menggantikan Perikatan Inggeris- Jepun yang mendapat penentangan yang keras dari

Amerika Syarikat. Selain itu, isu Shantung juga menjadi salah satu faktor yang

mendorong kepada persidangan ini. 42 Ibid, hlm. 127-128.43 Edwin O. Reischauer, Jepun: Sejarah Sebuah Negara, terjemahan Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2006, hlm. 120.44 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd., 1988. hlm. 126-128.

19

Page 20: Jepun Group

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama Britain, Amerika Syarikat dan Jepun

mendapati bahawa mereka terlibat dalam suatu persaingan kekuatan angkatan tentera laut

yang besar dan mahal. Amerika misalnya mendapati bahawa persaingan ini telah menjadi

bebanan hutang yang besar. Oleh hal yang demikian, Amerika merasakan bahawa negara

tersebut perlu bertindak mengadakan genjatan senjata. Hasrat tersebut tercapai setelah

Harding memenangi pilihanraya Amerika pada tahun 1920. Selaras dengan manifestonya

yang ingin menyegerakan genjatan senjata terhadap kuasa- kuasa besar. Selain itu,

Amerika juga berhasrat untuk mengawal kekuatan tentera Jepun yang dianggap sebagai

ancaman utama kepada kedudukan Amerika Syarikat di rantau Pasifik.

Selain itu, kerajaan Jepun juga ingin mengakhiri persaingan kekuatan Angkatan

Tentera Laut di Lautan Pasifik. Kerajaan Jepun sedar bahawa pembinaan kapal perang

Nagato dan Mutsu45 yang telah dibina selepas Perang Dunia Pertama dan pembinaan

lapan buah kapal perang dan lapan buah kapal pembinasa lagi yang bakal disiapkan

menjelang tahun 1928 akan menjadi bebanan kewangan yang besar ke atas ekonomi

Jepun. Hal ini juga kan menyebabkan berlakunya persaingan tentera laut terutamanya

dengan Amerika Syarikat yang telah dikenalpasti sebagai musuh utama Jepun. Pemimpin

Jepun meyedari bahawa Jepun tidak akan dapat menandingi Amerika Syarikat atau

Britain dari segi teknikal mahupun kewangan dalam persaingan bagi meningkatkan

kekuatan pertahanan Angkatan Tentera Lautnya. Oleh hal yang demikian Jepun telah

mengambil langkah dengan lebih menekankan ke arah kegiatan perdagangan sebagai

salah satu cara untuk memajukan negara.46

Sehubungan dengan itu juga, Britain seperti Amerika dan Jepun juga berhasrat

untuk menamatkan persaingan tersebut. Britain yang sedang menghadapi masalah

kewangan yang serius akibat daripada peperangan sudah tidak mampu lagi untuk

melibatkan diri dalam persaingan kekuatan tentera laut bersama Amerika Syarikat dan

Jepun. Menyedari hakikat tersebut, ketiga-tiga negara tersebut telah bersetuju untuk

mengadakan satu persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Washington.

Selain daripada faktor untuk menamatkan persaingan militari, faktor bantahan

keras Amerika Syarikat terhadap Perikatan Inggeris – Jepun yang membentuk dasar luar 45 Kapal Nagato dan Mutsu merupakan kapal yang dibina selepas Perang Dunia Pertama. Merupakan kapal yang paling besar dan termahal di dunia. 46 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 1988. hlm 136- 137.

20

Page 21: Jepun Group

Jepun 1902- 1920 juga menjadi faktor persidangan perlu diadakan. Amerika inginkan

pembatalan Perikatan Inggeris Jepun.47 Amerika Syarikat melihat Perikatan Inggeris-

Jepun dengan sikap curiga. Hal ini kerana dalam perjanjian tersebut mengkehendaki

Britain wajib menyebelahi Jepun jika berlaku peperangan antara Jepun dengan Amerika

Syarikat. Selain itu, beberapa buah negara dari lingkungan Komanwel British seperti

Kanada juga inginkan supaya perikatan tersebut dibatalkan dan menggantikannya dengan

sebuah perjanjian pelbagai kuasa yang lebih luas yang meliputi rantau Pasifik.

Menjelang bulan Julai 1921, Washington dan London telah bersetuju untuk

mengadakan persidangan untuk menyelesaikan isu-isu di Lautan Pasifik terutamanya

mengurangkan persaingan kekuatan tentera laut, kedudukan Jepun di Shantung, keutuhan

dan kedaulatan Negara China, pembaharuan Perikatan Inggeris-Jepun dan juga status

Pulau Yap yang menjadi faktor perselisihan di antara Amerika Syarikat dan juga Jepun.

Pada 11 Ogos 1921, Amerika Syarikat dengan rasminya menjemput lapan buah kuasa

iaitu Britain, Perancis, Itali, Jepun, Belgium, China, Belanda dan Portugal untuk

menghadiri persidangan Washington. Walaupun Jepun menyokong persidangan untuk

menghadkan penggunaan senjata, tetapi pada awalnya persidangan tersebut telah

menimbulkan rasa curiga Jepun kerana idea persidangan tersebut yang ingin

membincangkan tentang isu- isu seperti Shantung dan lebih pentingnya China yang

dianggap berada di bawah pengaruhnya. Pendiri tegas Amerika meyebabkan Jepun

terpaksa akur. Antara isu- isu persidangan tersebut ialah:

1. kuasa- kuasa laut besar perlu menghentikan pembinaan kapal- kapal perang

selama 10 tahun.

2. Pengurangan penggunaan dan juga pembinaan kapal perang.

3. Mewujudkan nisbah 5:5:3 bagi Angkatan- angkatan Tentera Laut Amerika

Syarikat, Britain dan Jepun. Perancis dan Itali akan berada pada nisbah 1.75: 1.75.

4. Penggantian kapal dihadkan oleh perjanjian kepada 500,000 tan bagi Amerika

Syarikat dan Britain kepada 300,000 tan bagi Jepun.

5. Nisbah-nisbah yang seumpama ditetapkan bagi pengangkut-pengangkut kapal

terbang dan kapal- kapal selam.

47 Perikatan Inggeris Jepun telah ditandatangani pada tahun 1902 dan telah diperbaharui dalam tahun 1915.

21

Page 22: Jepun Group

Persidangan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu jawatankuasa genjatan senjata

jawatankuasa mengenai masalah-masalah kawasan Asia Timur dan Pasifik. Pada awalnya

persidangan tersebut telah membincangkan isu Perjanjian Inggeris-Jepun. Britain mahu

memperluaskan perikatan tersebut supaya meliputi Amerika Syarikat tetapi dibantah oleh

Hughes.48 Beliau mencadangkan sebuah perjanjian Empat-Kuasa yang teridri daripada

Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan juga Perancis. Dalam perjanjian ini, keempat-

empat kuasa berjanji untuk menghormati atau mengiktiraf milik satu sama lain di Lautan

Pasifik. Mereka juga telah bersetuju untuk berunding bersama bila-bila masa apabila

sesuatu kontroversi timbul mengenai hak-hak mereka di kawasan Pasifik.

Perjanjian Tentera Laut Washington telah memberi Jepun kuasa di Pasifik Barat

dan pegangan kuat ke atas jalan masuk ke pantai China. Fasal mengenai pertahanan juga

telah mempertingkatkan keselamatan Jepun itu sendiri keran Amerika Syarikat telah

bersetuju tidak akan mendirikan pengkalan pertahanan di Pulau Guam dan Filipina yang

terletak lebih dekat dengan negara Jepun.

Mengenai isu China, Hughes telah menganjurkan supaya dasar “ Pintu Terbuka “

bagi China di samping mendesak bahawa keutuhan wilayah dan pentadbiran China harus

dijamin oleh semua negara yang hadir di persidangan tersebut. Pada 6 Febuari 1922,

Pakatan Sembilan-Kuasa telah ditandatangani oleh negara China, Belgium, Itali, Belanda,

Portugal, Amerika Syarikat, Britain dan juga Jepun. Mereka berikrar untuk:

1. Menghormati kedaulatan, kemerdekaan serta keutuhan kawasan dan

pentadbiran negara China.

2. Memberi peluang sepenuhnya kepada Negara China untuk mewujudkan

sebuah Kerajaan yang stabil dan berpengaruh.

3. Menghapuskan sikap kepentingan sendiri di atas kerugian pihak lain di China.

4. Untik mengekalkan prinsip peluang perdagangan yang sama bagi semua

negara di China.

Walaubagaimanapun, wakil China tidak puas hati dengan pakatan tersebut kerana

menuntut bahawa negara mereka harus dibebaskan dari semua perjanjian- perjanjian yang

tidak adil, mahukan penghapusan semua lingkungan – lingkungan pengaruh di China dan

penghapusan semua kadar tarif yang telah ditetapkan oleh perjanjian – perjanjian yang

48 Hughes merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

22

Page 23: Jepun Group

telah ditandatangani dengan kuasa- kuasa barat dan Jepun. Akhirnya beberapa konsensi

telah diberi kepada China. Kadar tarif telah disemak semula supaya China boleh

memperolehi hasil yang lebih banyak daripada perdagangan luar negerinya. Mengenai

hak wilayah asingan, persidangan tersebut telah meluluskan suatu resolusi untuk

menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji isu ini. Walaubagaimanapun China tetap

tidak memperolehi sebarang faedah daripada perjanjian Sembilan–Kuasa walaupun

pihak- pihak yang manandatangani perjanjian menjamin keutuhan wilayah dan

kemerdekaan China, kuasa-kuasa ini tidak menubuhkan sebarang jentera atau organisasi

untuk menguatkuasakan fasal-fasal yang terkandung dalam perjajian ini, lebih-lebih lagi

negara Jepun ternyata telah melanggar prinsip-prinsip Pakatan Sembilan-Kuasa.

Contohnya perluasan ke atas Manchuria dan pencerobohan terhadap China dalam tahun-

tahun 1930-an.

Sehubungan dengan itu juga, masalah Shantung juga telah diselesaikan. Secara

teknikal, isu Shantung telah dibincangkan di dalam mesyuarat-mesyuarat yang telah

diadakan berasingan di luar persidangan keran isu ini melibatkan Jepun dan juga China.

Rakyat China berkeras dan menuntut pemulangan sepenuhnya hak-hak Jerman di China

kepada kerajaan China. Pihak Jepun pula tidak berganjak. Pada 4 Febuari 1922, Jepun

dan China telah menandatangani perjanjian China–Jepun yang memperlihatkan

pemulangan semula wilayah Shantung kepada China. Sebagai balasannya perjanjian ini

telah mengiktiraf hak-hak ekonomi Jepun di Shantung. Jepun juga telah diberi kuasa ke

atas landasan kereta api Tainan-Tsingtao selama 15 tahun.

Sehubungan dengan itu juga, isu mengenai Pulau Yap juga telah diselesaikan oleh

Amerika Syarikat dan Jepun di Washington tetapi di luar persidangan. Perundingan

diantara Amerika Syarikat dengan Jepun telah menghasilkan Perjanjian Amerika-Jepun

dimana Amerika mengakui mandat Jepun ke atas pulau- pulau bekas jajahan Jerman di

Pasifik Utara. Sebagai balasannya Jepun memberi kebenaran kepada rakyat Amerika

bermastautin, pemasangan kabel dan radio di Pulau Yap.

Hasil daripada persidangan tersebut Jepun telah mendapat banyak faedah. Antaranya

Jepun telah diakui oleh semua kuasa- kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat sebagai

salah sebuah daripada lima buah kuasa besar di dunia. Keunggulan Jepun di Shantung

dan pendudukannya di pulau- pulau milik Jerman di Pasifik Utara juga telah diiktiraf.

23

Page 24: Jepun Group

Status Jepun dalam arena hubungan antarabangsa telah dipertingkatkan apabila Jepun

menjadi salah sebuah ahli pengasas Liga Bangsa- Bangsa Bersatu. Persidangan

Washington telah menjadi satu titik permulaan yang penting dalam kemunculan Jepun

sebagai salah sebuah daripada Lima Kuasa Besar di Dunia dalam tahun- tahun 1920- an.49

8.0 PERANCANGAN SEMULA STRUKTUR PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM TAHUN-TAHUN 1920-AN.

Selepas pembukaan Jepun melalui Perjanjian Kanagawa 1854 telah meningkatkan aktiviti

perdagangan orang asing di Jepun melalui pembukaan beberapa pelabuhan baru. Perkara

ini terbukti dengan wujudnya petempatan orang asing di Yokohama dan Osaka.

Kehadiran mereka telah memberi saingan yang sengit kepada kegiatan ekonomi

masyarakat tempatan yang ketinggalan. Keruntuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah

membuka sistem ekonomi tradisional Jepun kepada persaingan dari kuasa asing. Keadaan

ini memberi cabaran dan survival Jepun dalam meneruskan kewujudannya.50 Jepun sedar

kebergantungan yang berlebihan kepada kuasa asing dari segi ekonomi akan memberi

kesan negatif seperti yang terjadi kepada negara China yang banyak kehilangan wilayah.

Pada abad ini Jepun muncul sebagai kuasa tentera seiring dengan kemajuan ekonomi.

Peperangan dengan China dan Rusia telah membawa faedah ekonomi kepada Jepun,

Jepun berjaya menceburi bidang perusahaan perindustrian berat dan ini memberi peluang

kepada ahli-ahli perniagaan Jepun meluaskan perniagaan dan pasaran mereka sebelum

dikuasai orang Eropah.51

Profesor Ohkawa dan Rosovsky telah membahagikan keadaan ekonomi Jepun

kepada dua fasa dalam Struktur Pembangunan Ekonomi Moden Jepun. Fasa pertama

antara tahun 1868-1885 yang meliputi Transition 1868-1885 dan Initial Pembangunan

Ekonomi Moden 1885-1905. Sementara itu dalam fasa kedua dalam Pembangunan

49 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 1988. hlm 136- 137. 50 Bagi meningkatkan kemampuan ekonominya, Jepun telah melantik penasihat ekonomi dari barat seperti Amerika bagi menyusun sistem ekonominya. Pembangunan infrastruktur juga di laksanakan. Pada 1872, landasan keretapi pertama di bina dengan mendapatkan pinjaman dari Britain. Perkembangan industri semakin rancak semasa zaman Meiji . Jepun telah mampu membina kapal sendiri dengan memperolehi teknologi dari Britain. Manakala teknologi persenjataan banyak di perolehi dari Jerman yang merupakan kuasa tentera di Eropah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Duiker W..J, Jackson J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third Edition. Belmont : Wadsworth/ Thompson Learning. hlm 707. 51 Edwin O. Reischauer, Penterjemah Md Sidin Ahmad Ishak et al, Jepun Sebuah Negara, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2006, hlm, 108-109.

24

Page 25: Jepun Group

Ekonomi pula antara tahun 1906-1952 yang meliputi perbezaan Struktur : Creation 1906-

1930 dan Perbezaan Struktur : Kesan Ekonomi dan Politik 1931-1952.52 Implikasi yang

dapat dilihat di sini, peperangan dengan China dan Rusia telah menubuhkan pelbagai

perbankan kebangsaan, misalnya antara tahun 1890-1914 ekonomi Jepun meningkat,

dalam industri perkapalan dan alat-alat senjata ini dapat mengeksport produk tersebut di

pasaran China termasuk Hong Kong dan Manchuria, Britain, Amerika dan India, mereka

menggunakan kemudahan seperti telegraf, telefon, keretapi dan buruh untuk menghantar

bahan mentah di pasaran antarabangsa. Keadaan ini dapat digambarkan melalui :

“The Russo-Japanese war was a turning point in the history of Japanese industry. After the war, the newly started or developed industries were extended more than ever owing to the post-bellum restoration. The government encouraged the use domestic products which resulted in the establishment of Japanese industry on an equal footing with their foreign rivals ”53

Aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Jepun ini dapat memperlihatkan hubungan

yang terjalin antara Jepun dengan kuasa asing. Di Amerika Syarikat pula mereka

mempelajari kaedah perniagaan. Pada abad ke-19 sehingga 20 sebahagian besar alat-

alatan yang dikehendaki kilang-kilang, lombong-lombong, dan keretapi Jepun dibawa

masuk dari luar negeri. Oleh itu, pemimpin pemulihan Meiji merasakan mereka harus

mempunyai perusahaan dan industri sendiri yang mantap dan mampu memberi saingan

kepada barangan keluaran asing. Pada 1873, Kementerian Perusahaan di tubuhkan

dengan Ito Hirobumi sebagai menteri yang pertama (1873–1878). Usaha memajukan

ekonomi Jepun mengambil tempoh yang panjang serta perbelanjaan yang besar kerana

Jepun tidak mempunyai asas industri yang kuat. Selain itu, kekurangan kemudahan

Infrastruktur dan jalan raya melambatkan perkembangan ekonomi Jepun. Namun,

masalah ini berjaya di atasi apabila Jepun berjaya menubuhkan beberapa syarikat iaitu,

Mitsubishi, Sumitomo, Mitsui dan Yasuda. Kemudian Syarikat ini bergabung menjadi

entiti baru yang di kenali sebagai Zaibatsu.54

52 Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry to 1970, New York The Ronald Press Company: hlm, 313.53 Ibid., hlm, 305.54 Zaibatsu dipanggil Zaibatsu Manchuria iaitu satu kumpulan pedagang, dan adalah dasar kerajaan Jepun dalam proses pemulihan ekonomi Jepun. Kerajaan telah benyak menyerahkan perusahaan kepada syarikat bersendirian dengan harga yang rendah, namun begitu kerajaan telah menguasai perusahaan tentera yang penting. Syarikat persendirian yang disukai oleh kerajaan tersebur\t telah membentuk Zaibatsu. Rujuk buku Richard Story, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm, 93.

25

Page 26: Jepun Group

Dasar luar yang diamalkan oleh Jepun dapat dilihat melalui perhubungannya

dengan dunia luar, terutamanya dalam aspek ekonomi. Akibat perang dunia kedua,

permintaan barangan Jepun telah meningkat, perkara ini dapat dilihat apabila Britain,

Perancis dan Itali berminat untuk membeli senjata dan alat-alat perang yang dibuat

daripada Jepun. Lebih hebat lagi apabila barangan Jepun ini mendapat permintaan di

Eropah, Asia Tenggara dan China, keadaan ini telah menyebabkan pertumbuhan yang

pesat dalam industri pengeluaran dan pertambahan kadar eksport. Buktinya dapat dilihat

apabila permintaan kapas telah meningkat daripada 2.4 juta kepada 3.8 juta antara tahun

1914-1920, manakala pengeluaran besi keluli telah berganda daripada 255,000 tan

kepada 547,000 tan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini menyebabkan Jepun

memperolehi hasil yang lumayan terhadap barangan eksportnya iaitu sutera mentah yang

telah meningkat harganya daripada Y800 (1913) kepada Y1400 (1918), sementara itu

kain kapas pula telah berganda empat kali daripada Y100 kepada Y400 dalam tempoh

masa yang sama.55

Lebih membanggakan lagi, dalam 1919, Jepun telah mengeksport atau telah

memberi pinjaman sebanyak 1,350-1,400 juta kepada negara-negara di luar empayar

Jepun. Perkembangan yang pesat dalam aktiviti perdagangan asing telah menampakkan

perubahan yang besar dalam daya pengeluaran perindustrian.56 Walau bagaimanapun

peningkatan ekonomi Jepun tidak kekal lama, hal ini dilihat, apabila berakhirnya perang

tahun 1919, maka permintaan terhadap alat-alat senjata dan pertahanan di Eropah

berkurang. Keadaan ini menyebabkan Jepun memperluaskan pengaruhnya dengan

meluaskan empayarnya di Asia Tenggara, dan Asia Timur telah menjalankan dasar

berpura-pura dikebanyakan negara yang dijajah, hal ini kerana melalui penjajahan ini

negara Jepun dapat menguasai ekonomi negara yang dijajah. Perkara ini dapat dibuktikan

apabila penduduk di negara Asia Tenggara terpaksa menjadi hamba Jepun terutamanya

untuk mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi untuk kepentingan Jepun. Hal ini

dapat dibuktikan apabila penduduk Indonesia dipaksa menjadi buruh.57

55 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm 137.56 Perkara ini dapat dilihat apabila nilai perindustrian pengeluaran telah bertambah daripada 1.4 trilion kepada 3.42 trilion pada 1921. keadaan ini telah menyebabkan Jepun berjaya membuat kemajuan dalam sector industri berat seperti keluli dan perkapalan. Ibid., hlm 138.57 Akibat kekejaman yang dilakukan oleh Jepun terhadap penduduk Indonesia telah mengakibatkan wujudnya gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun seperti Amir Sjarifuddin yang menerima bantuan Belanda untuk menetang Jepun. Maka lahirlah Gerakan Anti Fasis seperti nasionalis Tanah

26

Page 27: Jepun Group

Ketidakseimbangan ekonomi Jepun telah mengikis pertukaran wang asing dan simpanan

tetap emas dan dengan ini telah melemahkan keseluruhan struktur kewangan negara

tersebut.58 Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor dalam memajukan ekonomi Jepun

pada ketika itu, antaranya, bergantung kepada populasi penduduk dalam mengeluarkan

makanan keperluan, kebergantungan kepada sistem kewangan dan perbankan kerajaan

yang bergantung kepada peranan tentera, pertumbuhan yang pesat dalam perindustrian

berat dan pemasaran barangan keluar negara seperti produk pertanian.59

9.0 KESIMPULAN

Dasar Luar Jepun merupakan perkara yang menarik dan penting kepada masyarakat

Jepun. Tujuannya jelas adalah untuk menjalankan proses transformasi negara tersebut

kepada pengwujudan sebuah negara moden dan kuat. Keadaan ini sebenarnya didorong

oleh kesedaran pemimpin-pemimpin pada zaman Meiji untuk mewujudkan sebuah negara

moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat bagi mengatasi ancaman-ancaman

daripada kuasa-kuasa Barat. Hal ini kerana mereka melihat bahawa dasar imperialisme

Barat sebagai suatu yang tidak adil kerana Barat telah memaksa negara tersebut

menandatangani perjanjian-perjanjian secara paksaan dan tanpa kerelaan. Keadaan ini

jika dibiarkan berterusan akan menjadi suatu ancaman kepada kedaulatan Jepun. Bagi

mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji dengan teliti telah menggubal suatu

dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi, pengetahuan,

institusi barat secara besar-besaran. Proses ini secara tidak langsung telah membawa

kepada dasar luar Jepun yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin Maharaja Meiji.

Ternyata dasar luar Jepun yang dijalankan terutamanya berkaitan dengan perhubungan

dengan kuasa-kuasa Barat secara tidak langsung telah menjadikan Jepun sebagai sebuah

kuasa asia yang moden pada abad ke-19 dan 20 hingga menjadikannya setanding dengan

kuasa-kuasa Barat yang lain berbanding negara asia lain. Kesan yang dapat dilihat

apabila Jepun secara agresif meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Keadaan ini memperlihatkan dasar luar negara yang dimainkan oleh Negara Jepun

Melayu, Aron dan golongan kiri Cina di Sumatera Timur serta Tanah Melayu untuk menentang Jepun.58 Pada tahun 1913-1917 Jepun telah mengimport beras sebanyak 2.7 billion koku kerana pada ketika itu kuantiti makanan tidak dapat menampung pertambahan penduduk Jepun. Rujuk buku Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry to 1970, New York The Ronald Press Company: hlm 301.59 Ibid., hlm, 298-299.

27

Page 28: Jepun Group

sehingga dikenali sebagai negara Asia pertama yang kuat dari segi ketenteraan untuk

memerangi penjajahan Barat. Dasar luar Jepun ini dilihat telah berjaya membawa Jepun

ke arah pemodenannya hingga kini.

28