24

JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka
Page 2: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberi kesempatan kepada saya sekali lagi untuk menurunkan coretan dalam ruangan ini. Atas Kehendak-Nya jua, diberikan kesihatan dan kekuatan dalam memimpin JHEV. Tidak ketinggalan ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada seluruh warga JHEV yang sentiasa bersama-sama saya tanpa mengenal erti kepayahan semata-mata untuk menentukan setiap keperluan veteran ATM dapat dipenuhi.

Tahun 2011, merupakan tahun paling mencabar jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya sepanjang menerajui organisasi ini. Cabaran yang paling utama adalah proses mewujudkan Akta Veteran. Selain dari menunggu proses pembacaan dan perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, proses menterjemahkan isi kandungan akta tersebut kepada warga veteran tidak kurang hebatnya. Pelbagai usaha dan cara penyampaian maklumat diadakan bagi menentukan usaha murni kerajaan ini dapat difahami supaya tidak ada perasaan syak wasangka terhadap kewujudannya. Reaksi-reaksi negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang cuba untuk memesongkan kebaikan naskah undang-undang ini, tidak pernah mematahkan semangat JHEV untuk terus menjadikan ia satu realiti yang akhirnya telah diluluskan oleh Dewan Negara pada …………. dan dengan perkenan SPB Yang diPertuan Agong pada ……..

Sudah pasti JHEV tidak menoleh ke belakang lagi. Perkembangan operasi agensi JHEV ATM sudah cukup matang walaupun baru berusia sepuluh tahun. Strategi demi strategi diatur dalam usaha untuk memantapkan objektif penubuhannya bagi menentukan setiap keringat warga veteran ATM yang telah berjuang demi kemakmuran negara diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan, tanpa mengira jarak usia, pangkat dan keturunan. Sungguh perimustahaknya, hubungan dua hala antara JHEV dengan veteran ATM dikekalkan. Saya mengakui adalah mustahil dapat menyelesaikan setiap permasalahan warga veteran di luar sana yang kini mencecah hampir 300,000 orang jika dibandingkan dengan jumlah kakitangan di jabatan ini iaitu hanya 158 orang. Maka menjadi tanggungjawab individu untuk tampil ke hadapan dan alangkah murninya, jika di kalangan ahli yang berpersatuan turut mengambil peranan sosial ini dalam membantu mereka yang memerlukan.

RM6.85 juta. Itulah jumlah yang berjaya dikutip dalam Kempen Rayuan Hari Pahlawan 2011.Persatuan -persatuan yang mempunyai jumlah bilangan ahli yang kecil juga berjaya membuat kutipan. Ini adalah petanda positif yang sudah tentu menyakinkan bahawa tanggungjawab kempen ini tidak hanya bergantung kepada persatuan yang jumlah ahlinys lebih ramai. Jumlah kutipan keseluruhan RHP tahun 2011 telah naik sebanyak 112.3%. berbanding tahun lepas. Maka sudah tentunya, dalam mengimbangi pengagihan hasil kutipan tersebut, YB Menteri Pertahanan telah meluluskan formula yang baru yang sedang dilaksanakan pengagihanya.

Kini telah masuk tahun 2012 dan sudah tentunya penemuan dan cabaran baru akan ditempuhi. Namun begitu, saya sentiasa menaruh keyakinan terhadap warga Jabatan ini yang akan memberikan sepenuh komitmen dan menyahut cabaran itu sebagai peluang untuk memperbaiki dan memberi nilai tambah terhadap kewujudan JHEV ATM. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi mengekal kecemerlangan dan kredibelitinya sebagai sebuah institusi/agensi kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap warga veteran ATM.

Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin MazlanKetua PengarahJabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)

SIDANG PENGARANG DITERBITKAN OLEH

PENAUNG Mej. Jen. Dato’ Zulkiflle b. Mazlan. PENASIHAT Mohd Fauzi b. Eshak. EDITOR Mohd Yusrizal bin Ab. Razak. EDITORIAL Mej. Suhaila bt Dahlan, Mej. Kamar, Mej. Fadzli Rizal, Mej Harisson b. Harun TUDM, Nia, Nor Izzua bt. Ismail, Shahrul Ikhwan bin Ridzuan, Sohana bt. Salleh, Aziz b. Jaffar & Hazidin b. Abdul Rahman. JURU FOTO DAN EDARAN Bahagian Khidmat Pengurusan

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, KEMENTERIAN PERTAHANAN.TINGKAT 8,9 & 20, MENARA TH PERDANA, JALAN SULTAN ISMAIL, 50250 KUALA LUMPUR.TINGKAT 1,2 & 3, 301, MEDAN TUANKU, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 50100 KUALA LUMPUR.TEL.: +603 205 0800 FAKS: +603 269 17564DICETAK OLEH SALZ-TERACHI DESIGN SDN. BHD. TEL.: +603 5880 4591 / 4519

SUDUT MINDAKETUA PENGARAH

Page 3: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

WIRA NEGARA PERANG DUNIA KE-� MASIH HIDUP!Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan

Ketua PengarahJabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)

SUDUT MINDAKETUA PENGARAH

Beliau bernama Ujang Mormin telah dilahirkan pada 14 Jun 1921 di Rembau, Negeri Sembilan. Kini beliau berusia 91 tahun.

Beliau telah berkhidmat di dalam perkhidmatan Tentera British pada 1939 sebelum diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1942 semasa Perang Dunia Kedua sebagai Prebet. Beliau merupakan salah seorang anak Melayu pertama yang diserap ke batalion tersebut.

Sejarah perjuangan beliau bermula bersama Tentera British dalam pertempuran terakhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Bukit Chermin, Singapura. Perjuangan beliau adalah sezaman dengan perjuangan Lt Adnan bin Saidi yang turut bertempur dalam Pertempuran Bukit Chandu, Singapura. Perjuangan beliau diperakui oleh Kerajaan Britain dan telah dikurniakan pingat-pingat War Medal dan Pacific Star bagi perkhidmatan beliau dari tahun 1939 hingga 1945.

Beliau telah menamatkan perkhitamatannya pada tahun 1947 setelah berjuang hampir lima tahun mempertahankan bangsa dan tanahair. Setelah tamat perkhidmatan, beliau seterusnya meneruskan hidup beliau sebagai seorang Warden di Jabatan Penjara, Seremban.

Veteran ATM ini telah mendirikan rumahtangga bersama Pn. Che Nah binti Bahauddin dan mempunyai tiga orang anak. Isteri beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2010. Kedua-dua anak perempuan juga telah meninggal dunia akibat kanser dan kini beliau hidup berseorangan.

Kini, beliau dibantu oleh seorang anak angkat beliau yang sedang menetap di Kuantan, Pahang dan cucu-cucu beliau dari segi bantuan pengangkutan serta perbelanjaan hariaan.

Beliau telah diperkenalkan buat kali pertama kepada Menteri Pertahanan dan media massa semasa Pelancaran Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 10 Mac 2012 Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Di dalam majlis yang sama beliau menerima Pingat Jasa Malaysia.

Semasa Lawatan Kebajikan JHEV pada 12 April 2012, Wira Negara ini menerima perkhabaran gembira dimana, Bantuan Sara Hidup bulanan beliau sebanyak RM200.00 yang telah diterima sejak tahun 2009 telah dinaikkan ke RM300.00 selepas melihat penderitaan dan kesukaran hidup beliau yang tua

dan uzur dan tambahan sumbangan daripada Yayasan Veteran ATM sebanyak RM400.00 sebulan mulai April 2012.

Selain Bantuan Sara Hidup, beliau juga telah diberikan sepasang Alat Bantuan Pendengaran bernilai RM5,956.00 beserta sebatang tongkat untuk memudahkan pergerakan harian beliau.

Bagi menghargai jasa serta pengorbanan beliau ini, sumbangan ehsan Yayasan Veteran ATM sebanyak RM10,000.00 telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Datuk Hj. Zulkifli bin Zainal Abidin mewakili Panglima Angkatan Tentera kepada beliau.

PENGHARGAAN

Page 4: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA DISEMBER �011 – APRIL �01�

1 2 3

4 5 6

7 8 9

10 11

1. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

2. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

3. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

4. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

5. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

6. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

7. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

8. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

9. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

10. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

11. Lorem ipsum dolor sit amet dolor kusum

Page 5: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA DISEMBER �011 – APRIL �01�

Page 6: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

��

VETERAN AUSTRALIA “PULANG” KE MALAYSIA

Ketua Pengarah JHEV telah mewakili Menteri Pertahanan Malaysia dalam Dinner Reception yang telah dihoskan oleh Menteri Hal Ehwal Veteran Australia, Warren Snowdon MP yang telah diadakan di Pan Pacific Hotel, KLIA pada 13 Februari 2012. Selain Menteri Hal Ehwal Veteran Australia ini, seramai enam orang Veteran Australia yang telah terlibat dalam Battle of Malaya and Singpore juga menyertai rombongan ini.

DINNER RECEPTION

Veteran Australia Perang Dunia kedua bersama Menteri Hal Ehwal Veteran Australia telah mengunjungi Gemas Memorial, Kampung Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan pada 14 Februari 2012. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV.

Maklumat mengenai Gemas Memorial Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan Batalion Australia ke 2/20 dengan tentera Jepun pada 12 Januari 1941.

Dalam peperangan ini, tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serangan hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran ini telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya.

Dalam usaha menghalang kemaraan tentera Jepun, jambatan kayu yang merentasi Sungai Gemencheh yang menghubungkan Tampin dengan Gemas, terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa batang tiangnya masih kekal hingga ke hari ini.

LAWATAN VETERAN AUSTRALIA WWII KE GEMAS MEMORIAL, NEGERI SEMBILAN

LAWATAN VETERAN AUSTRALIA WWII KE PARIT SULONG, JOHOR

Veteran Australia Perang Dunia kedua bersama Menteri Hal Ehwal Veteran Australia telah mengunjungi Tugu Peringatan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 14 Februari 2012. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV. Tugu ini dibina oleh Kerajaan Australia akan memberi penghormatan kepada rakyatnya yang telah berjuang dan terlibat dalam peperangan di Malaya antara bulan Disember 1941 dan Februari 1942, khususnya dalam Perang Muar dan pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong, dengan membina sebuah tugu peringatan perang di Parit Sulong.

Page 7: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

VETERAN AUSTRALIA “PULANG” KE MALAYSIA

BIL KATEGORI JUMLAH

1 Badan Swasta 5,120,000.00

2 JHEV Negeri 517,403.38

3 Badan Kerajaan dan Badan Berkanun 87,721.45

4 Kutipan Jalanan 11,387.90

5 IPTA 6,334.77

6 Kutipan Sekolah 2,738.01

7 Kutipan SMS 1,877.93

8 Kutipan IPTS 1,810.20

9 Lain-lain 656.60

10 Penyata bank 198,864.66

11 Jumlah kutipan yang tidak diserahkan 898,000.00

JUMLAH KESELURUHAN 6,846,794.90

LAPORAN KUTIPAN RAYUAN HARI PAHLAWAN (RHP) �011

PECAHAN KUTIPAN RHP �011 MENGIKUT KATEGORI

Pada tahun 2011, JHEV telah menerajui kutipan RHP dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Pelancaran RHP 2011 telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Penaung RHP pada 29 Julai 2011 di Amfiteater Seri Utama, Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.

Konsep RHP 2011 adalah untuk mendidik masyarakat agar mereka menghargai jasa Veteran ATM yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dengan cara menghulurkan derma bagi mengiktiraf perjuangan pahlawan negara. Kutipan ini telah dijalankan selama tiga bulan bermula dari 15 Julai hingga 15 Oktober 2011. Tema RHP 2011 ialah Negara Gemilang, Pahlawan Dikenang.

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK RHP�011 KEPADA PBTM CAWANGAN LABUAN

31 Mac 2012 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mej Jen Zulkiflee bin Mazlan telah menyampaikan Cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP2011) berjumlah RM30,000 kepada Pengerusi PBTM Cawangan W.P. Labuan, Tuan Haji Tomy bin Sawali di Hotel Waterfront, Labuan.

Bagi PBTM Cawangan W.P Labuan, Cawangan ini telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM10,000. JHEV telah mengembalikan wang tersebut serta insentif sebanyak RM20,000 berdasarkan komitmen Cawangan ini dalam menjayakan RHP2011.

PENYAMPAIAN CEK KUTIPAN RHP�011 KEPADA CAW. PBTM N.SEMBILAN

12 April 2012 - Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan telah menyampaikan Cek Agihan hasil dari Kutipan RHP2011 kepada 18 buah Cawangan PBTM Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Setiap Cawangan PBTM Negeri Sembilan ini telah menerima agihan sebanyak RM11,000.00. (RM10,000 insentif JHEV kepada Cawangan; RM1,000 kutipan Cawangan).

Page 8: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

PERBANDINGAN FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN / TAMAT PERKHIDMATAN DAN BANTUAN YANG DITERIMA OLEH PESARA /

VETERAN ATM, PDRM DAN AWAM

BERPENCEN

BILFaedah-Faedah Persaraan @ Tamat

Perkhidmatan / Bantuan Diterima

Perkhidmatan (Berpencen)

ATM Awam (Skim Pencen)

PDRM (Skim Pencen)Pegawai LLP

1 Pencen Perkhidmatan Layak Layak Layak Layak

2 Ganjaran Perkhidmatan Layak Layak Layak Layak

3 Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) Layak Layak Layak Layak

4 Caruman LTAT* / KWSP** Tiada

Layak (Caruman

sendiri sahaja + dividen dan

bonus)

Layak (Untuk tempoh sebelum

diberi taraf berpencen)

(Caruman sendiri sahaja + dividen

dan bonus)

Layak (Untuk tempoh sebelum

diberi taraf berpencen)

(Caruman sendiri sahaja + dividen

dan bonus)

5 Kemudahan Perubatan Layak Layak Layak Layak

6Bantuan Mengurus Jenazah / Khairat Kematian

Layak Layak Layak Layak

7 Bantuan Sara Hidup Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada*** Tiada***

8 Bantuan Persekolahan Anak Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada*** Tiada***

9 Bantuan Kemasukan Ke IPTA Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada*** Tiada***

10 Bantuan Peralatan Pesakit Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada*** Tiada***

11 Bantuan Bencana Alam Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada*** Tiada***

Nota:* Caruman wajib sahaja (untuk perkhidmatan ATM sahaja)** Memilih skim berpencen atau KWSP – borang opsyen diberi semasa proses pengesahan jawatan dibuat (untuk perkhidmatan awam sahaja termasuk PDRM)*** Tiada jabatan/agensi Kerajaan khas bagi perkhidmatan dan tujuan tersebut

Page 9: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

PERBANDINGAN FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN / TAMAT PERKHIDMATAN DAN BANTUAN YANG DITERIMA OLEH PESARA /

VETERAN ATM, PDRM DAN AWAM

TIDAK BERPENCEN

Nota:* Caruman wajib sahaja (untuk perkhidmatan ATM sahaja)** Memilih skim berpencen atau KWSP – borang opsyen diberi semasa proses pengesahan jawatan dibuat (untuk perkhidmatan awam sahaja termasuk PDRM)*** Kecuali bagi pegawai yang dibersarakan di bawah Seksyen 6A (6), Akta Pencen 1980 Seksyen 6A (6), Akta Pencen 1980 – Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan awam dalam mana-mana hal-keadaan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) subseksyen (5) seksyen 10 atau seksyen 11. (*) Tiada jabatan/agensi Kerajaan khas bagi perkhidmatan dan tujuan tersebut

BILFaedah-Faedah Persaraan @ Tamat

Perkhidmatan / Bantuan Diterima

Perkhidmatan (Berpencen)

ATM Awam (Skim Pencen)

PDRM (Skim Pencen)Pegawai LLP

1 Ganjaran Perkhidmatan

Layak (Ganjaran

Tamat Perkhidmatan)

Tiada Tiada Tiada

2 Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) Layak Layak Layak Layak

3 Caruman LTAT* / KWSP** Tiada

Layak (Caruman

sendiri sahaja + dividen dan

bonus)

Layak (Caruman sendiri

dan Kerajaan serta apa-apa

faedah yang diberi di bawah Akta

KWSP + dividen dan bonus)

Layak (Caruman sendiri

dan Kerajaan serta apa-apa

faedah yang diberi di bawah Akta

KWSP + dividen dan bonus)

4 Kemudahan Perubatan Layak Layak Tiada*** Tiada***

5Bantuan Mengurus Jenazah / Khairat Kematian

Layak Layak Tiada*** Tiada***

6 Bantuan Sara Hidup Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada(*) Tiada(*)

7 Bantuan Persekolahan Anak Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada(*) Tiada(*)

8 Bantuan Kemasukan Ke IPTA Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada(*) Tiada(*)

9 Bantuan Peralatan Pesakit Layak (JHEV) Layak (JHEV) Tiada(*) Tiada(*)

Page 10: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1010

KURSUS e-PEROLEHAN

Kursus e-Perolehan bil 01/2012 telah diadakan pada 08 hingga 10 Februari 2012 di Park Avenue Hotel Sungai Petani, Kedah. Peserta kursus adalah seramai 27 orang yang terdiri daripada veteran ATM. Peserta kursus kali ini merupakan usahawan yang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan seperti makanan sejuk beku, jahitan uniform, kontraktor, pengusaha asas tani serta veteran yang baru merancang untuk memulakan perniagaan secara komersil.

Kursus yang dijalankan selama 3 hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Ahmad Rizal bin Ramlan, Penolong Pengarah Kanan daripada Unit e-Perolehan Kementerian Kewangan dan dibantuoleh Encik Faizul daripada Commerce.Com Sdn Bhd. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan asas berkaitan sisteme-Perolehan serta memahami aliran kerja, turutan fungsi dan proses berkaitan pendaftaran pembekal melalui sistem e-Perolehan. Malah peserta juga diberipendedahan kepada pengenalan dan penggunaan sistem e-Perolehan dan seterusnya memahami proses perlaksanaan pembelian terus melalui sistem ini. Selain daripadaitu, kursus ini juga dapat membantu para peserta dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka serta dapat memberikan peluang-peluang perniagaan terutamanya peluang perniagaan bersama agensi kerajaan.

Secara keseluruhannya, Kursus e-Perolehan bil 01/2012 telah mencapai sasaran. Kesemua peserta menyatakan bahawa selepas kursus ini dijalankanmereka mempunyai idea yang lebih memberangsangkan bagi mengembangkan perniagaan mereka seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi masing-masing. Komitmen dan kesungguhan peserta kursus kali ini juga merupakan salah satu faktor tercapainya objektifutama kursus e-Perolehan ini diadakan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil Kursuse-Perolehan bil 01/2012 telah disempurnakan oleh Kdr Jumali bin Jabon TLDM, Penolong Pengarah 1, Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi, JHEVserta dihadiri oleh Mejar Tuan Haji Idrus, Pengarah JHEV ATM Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang

Page 11: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

11

KarnivalkarnivalKetua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Y. Bhg. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival 1MinDef bertempat di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang.

Karnival yang diadakan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai rakyat berbilang bangsa mengenali dengan lebih jelas fungsi serta tanggungjawab Kementerian Pertahanan terutama Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara selain membangkitkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda disamping mendedahkan mereka peluang-peluang kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Pelbagai program menarik menanti telah disediakan untuk pengunjung. Antaranya termasuklah pameran aset-aset ketenteraan serta perkhidmatan perubatan oleh doktor-doktor ATM secara percuma. Turut diadakan Persembahan Pentas yang akan menampilkan artis-artis dari Badan Kesenian Tentera Darat.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

JHEV juga terlibat dalam menjayakan karnival kali ini. Seramai empat orang Usahawan Veteran ATM terlibat dalam karnival ini bermula 25 hingga 26 Feb 2012.

11

Page 12: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

JHEVdiari

22 Dis 2011 29 Jan 2012

13-14 Feb 201213 Feb 2012

9 Mac 2012 9 Mac 201218 Feb 2012

17 Mac 201214 Mac 2012

Majlis Perasmian KOPEM di Ipoh, Perak

Perasmian Gotong-royong sempena Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)

Veteran Australia yang pernah terlibat semasa Battle of Malaya & Singapore

Penyampaian PJM Sempena Mesyuarat PERIM di Petaling Jaya, Selangor

Perjumpaan KP Bersama Warga JHEV Bil. 2/2012

Majlis Penyampaian PJM Kepada Veteran ATM VEKOPT (MP), Bachok, Kelantan

Majlis Penyampaian PJM Kepada PVRSD, Sungai Besi, KL

Page 13: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

29 Jan 2012 2 Feb 2012

22 Dis 2012 19 Feb 2012

9 Mac 2012 12 Mac 2012

24 Mac 2012 31 Mac 2012

Perhimpunan Veteran ATM & Bekas Polis Bersama TPM di Muar, Johor

Kunjungan Australia Defense Adviser, Colonel S.P. Tulley, Am

Veteran Australia yang pernah terlibat semasa Battle of Malaya & Singapore

Lawatan 5S dari Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

Penyampaian PJM Sempena Mesyuarat PERIM di Petaling Jaya, Selangor

Kunjungan Hormat Military Advisor Philipines ke JHEV

Majlis Penyampaian PJM Sempena Perlancaran Kelab X-1RAMD, Sg. Besi, KL

Majlis Penyampaian PJM Kepada PVRSD, Sungai Besi, KL

Majlis Penyampaian PJM Kepada KBTBM, Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bahru, KL

Majlis Penyampaian PJM Kepada PBTM WP Labuan, Waterfront Hotel, Labuan

Page 14: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

JHEV CAWANGAN NEGERI KEDAH, PERLIS & PULAU PINAnGAlamat : 268 Kompleks Shahab Perdana Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah. Pengarah : Mej Hj. Idrus bin Hj. Amran TUDM. Tel : 04-7332437 / 04-7332446 Fax : 04-7332592

Sejajar dengan peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM didalam menjaga kebajikan semua bekas-bekas Veteran dengan moto ̀Kebajikan Veteran ATM Terpelihara’ satu majlis penyampaian sumbangan cek Belanja Mengurus Jenazah (BMJ) YATM telah diadakan di Pejabat JHEV Cawangan Negeri kedah,Perlis & Pulau Pinang pada 13 Feb 2012 yang lalu. Sumbangan tersebut adalah bagi meringankan bebanan kewangan dan juga sebagai

penghargaan kepada bekas Veteran yang pernah berjasa kepada negera termasuk keluarga (Isteri dan anak).

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN BELANJA MENGURUS JENAZAH

JHEV Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan kerjasama PBTM Bahagian Pulau Pinang telah mengadakan majlis penyerahan cek Skim Bantuan Sara Hidup kepada veteran warga emas dan balu yang menerima bantuan sara hidup. Pada bulan Januari 2012 ini seramai 50 orang penerima dari Negeri Pulau Pinang terdiri daripada veteran dan balu pada 16 Feb 2012 yang lalu bertempat di pejabat PBTM Bahagian Negeri Pulau Pinang.

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN SARA HIDUP KEPADA VETERAN ATM

Pada 14 Feb 2012 yang lalu, Pengarah JHEV Cawangan Kedah,Perlis dan Pulau Pinang telah bersempatan mengadakan lawatan dan seterusnya menyampaikan Skim Bantuan Peralatan Pesakit kepada seramai 4 orang Veteran ATM.

MAJLIS PENYAMPAIAN PERALATAN PESAKIT KEPADA VETERAN ATM

Nama: Haji Hashim bin Morat; Nama Syarikat : DIDILABA ENTERPRISE; Alamat: No.33 Jalan Cenderawasih, Felda Rimba Mas, 02100 Padang Besar (U), Perlis Indera Kayangan; No. Telefon: 012-4037050

Kerjaya Haji Hasim bin Morat (138239) di dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula pada 1 Febuari 1979 sehingga 15 Mac 1981 dalam perkhidmatan Wataniah Kerahan di Rejimen 504 (AW) dengan menyandang pangkat terakhir Prebet.

Selepas menamatkan perkhidmatan, veteran telah melakukan pelbagai pekerjaan bagi menjana pendapatan, namun atas minat yang mendalam dalam bidang vermikompos, beliau mula mengusahakan projek tersebut bermula pada tahun 2005 di bawah Syarikat Didilaba Enterprise. Dipermulaan projek, veteran mengusahakannya seorang diri tanpa bantuan mana-mana agensi cuma diakhir tahun 2008 beliau mendapat didikan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Modal permulaan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan mula mengeluarkan hasil selepas 3 bulan.

Kini, Haji Hasim bin Morat bukan sahaja memiliki perusahaan Baja Organik Vermikompos, beliau turut mengusahakan Kopi Garam Buluh di bawah jenama DD Mas Kopi dan Agensi Pelancungan untuk mengerjakan umrah di bawah syarikat De Mawarbah Travel & Tours Sdn Bhd.

Matlamat hidupnya yang lebih suka berdikari daripada terlalu bergantung kepada bantuan orang lain membuktikan bahawa ketabahan, kecekalan, usaha dan ilmu yang dimiliki mampu memberi kejayaan dalam apa bidang yang diusahakan. Ilmu dan kejayaan yang dimilikinya bukan sahaja digunakan untuk menjana pendapatan tetapi dimanfaatkan untuk orang lain dengan memberi latihan kepada bakal-bakal pesara ATM melalui Latihan Peralihan PERHEBAT.

KEJAYAAN USAHAWAN PERUSAHAAN BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS – Haji HASIM BIN MORAT

1�

Page 15: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

KEJAYAAN USAHAWAN PERUSAHAAN BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS – Haji HASIM BIN MORAT

JHEV CAWANGAN NEGERI perakAlamat : Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3 Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Pengarah : Lt Kol Zainal Abdin bin Zainudin Tel : 05-2435062 / 05-2435063 Fax : 05-2435124

Encik Saiful Nazri bin Mat Yusof merupakan veteran Tentera Darat Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkat Pegawai Waren 2. Beliau berasal dari Raub, Pahang. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun mulai tahun 1986 hingga tahun 2008. Setelah menamatkan perkhidmatan, beliau

telah memulakan perniagaan pada bulan Mei 2010 sehingga sekarang. Menurut beliau, air kelapa yang disediakan sangat istimewa kerana beliau menjual air kelapa dicampur dengan Nata De Coco dan perisa buah kiwi. Menurut beliau lagi keuntungan yang diperolehi mencecah RM 400.00 hingga RM 500.00 sehari. Beliau mengambil pendekatan “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”.

Beliau boleh dihubungi di alamat berikut: No.15, sari 17, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan No. Tel : 016-5156762 (H/P)

Encik Diaol Kama bin Boliah merupakan veteran Tentera Darat dari Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) berpangkat Koperal. Beliau berasal dari Kampar, Perak. Beliau telah berkhidmat selama 21 tahun mulai tahun 1990 hingga tahun 2011. Beliau telah memulakan perniagaan pada bulan Nov 2011 sehingga sekarang. Setelah menamatkan perkhidmatan, beliau mempunyai minat dan kepakaran dalam memperbaiki

pelbagai jenis kenderaan. Kebanyakan pelanggan terdiri dari rakan-rakan yang masih berkhidmat. Menurut beliau lagi keuntungan yang boleh diperolehi mencecah RM 3000.00 sebulan.

Beliau boleh dihubungi di alamat berikut: Pt 2681, Jalan Sejahtera 6, Kampung Tersusun Batu Puteh, 31950 Kampar, Perak Darul Ridzuan No. Tel : 012-5588769 (H/P)

1�

Page 16: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

Encik Azizol bin Hoshim (No Tentera: 18308) yang menetap di Hulu Langat, Selangor merupakan seorang bekas anggota Kor RAMD yang telah berkhidmat selama 12 tahun mulai 1967. Keadaan kesihatan yang kurang baik setelah menjalani 2 kali pembedahan pintasan jantung serta kaki kiri dipotong akibat kencing manis telah menyebabkan beliau tidak lagi mampu untuk bekerja.

Namun, tanpa menyerah kalah serta atas nekad dan desakan hidup demi menyara kehidupan harian serta menanggung 5 orang anak yang masih menuntut dan bersekolah beliau tetap berusaha mendapatkan

pendapatan sendiri tanpa meminta-minta. En Azizol dengan daya kreativiti yang dianugerahkan telah menghasilkan kerja tangan beliau iaitu parang beserta sarung dan tongkat bermata. Penghasilan parang atau tongkat tersebut kesemuanya dilakukan sendiri oleh En Azizol termasuk pembetukan bongkah kayu menjadi hulu parang dan tongkat serta sarung parang atau tongkat sehinggalah kepada pembentukan mata parang atau tongkat.

En Azizol boleh dihubungi dialamat:No 75A-1, Batu 14, 43100 ULU LANGAT, Selangor.Tel: 017-6278060

JHEV CAWANGAN NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUANAlamat : 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur Pengarah : Lt Kdr Borhan bin Daut TLDM Tel : 03-20508000 Fax : 03-26917564 / 03-26917546

Pada 8 Mac 2012 yang lalu, penduduk sekitar Ampang, Selangor telah digemparkan dengan kejadian banjir kilat yang disifatkan terburuk dalam tempoh 30 tahun. Bencana ini turut mengakibatkan kerosakan rumah veteran ATM iaitu En Halim bin Mohamad Zain (No. Ten: 1069462) yang tinggal bersama isteri serta 11 orang anak mereka yang masih kecil di Lembah Jaya Utara, Ampang. Banjir ini telah menenggelamkan sebahagian besar rumahnya dan memaksa mereka sekeluarga menyelamatkan diri dengan memanjat siling rumah dalam usaha menyelamatkan dari

arus deras. Sebuah teksi kepunyaan beliau turut musnah sama sekali menyebabkan sumber pendapatan harian mereka sekeluarga telah terjejas.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & WP menyerahkan cek Bantuan Bencana sebanyak RM 3000.00 dari Yayasan Veteran ATM kepada Encik Abd Halim sambil diperhatikan ahli keluarganya.

JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

Page 17: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melakaAlamat : Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, MelakaPengarah : Mej Nik Anuar bin Nik Man Tel : 06-2345931 / 06-2345932 Fax : 06-2345930

Pada 25 Feb 2012 bertempat di Kompleks Falak Ai-Khawarizmi, Tanjung Bidara telah mengadakan Kaunter Bergerak. Program tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran. Yb. Kapt (B) Datuk Hj Ab Karim bin Hj Sulaiman. Pengerusi PBTM Negeri Melaka. Kehadiran pada majlis tersebut seramai 150 orang. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Skim Bantuan Kebajikan dan maklumat terkini kepada veteran disamping memberi peluang untuk mengemukakan masaalah dan cadangan oleh veteran dan balu.Selain itu Khidmat nasihat pengurusan kewangan daripada Hong Leong Bank. RHB Bank dan Bank Muamalat turut disediakan.

KAUNTER BERGERAK TANJUNG BIDARA, MELAKA

Pada 14 Feb 2012, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan Mej Nik Anuar telah menyampaikan cek bantuan pengurusan jenazah sumbangan yayasan veteran ATM kepada Puan Saejah bte Mohamad balu kepada AY Mohd Som bin Hitam. Allahyarham yang tidak berpencen telah kembali kerahmatullah pada 28 Sept 2011.Bantuan yang diberi dapat menbantu meringankan beban keluarga.

Penyampaian Bantuan Pengurusan Jenazah (BMJ)

Pengarah JHEV, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah membuat penyerahan kerusi roda dan Foam cucion kepada veteran ATM En. Abu Shahrin bin Ismail pada 29 Feb 2012 dikediaman beliau di kampung Tumang ,Johol Negeri Sembilan. Beliau diserang angin ahmar. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa sepanjang hari.

BANTUAN PERALATAN PESAKIT KEPADA VETERAN ATM

1�

Page 18: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�

JHEV CAWANGAN NEGERI JOHORAlamat : Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Dato’ Dalam, 80000 Johor Bahru, Johor Pengarah : Mej Khaler bin Alias Tel : 07-2226564 / 07-2267712 Fax : 07-2221148

1�

JHEV CAWANGAN NEGERI PAHANG

Page 19: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

1�1�

JHEV CAWANGAN NEGERI PAHANGAlamat : Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, PahangPengarah : Mej Maizatul Akmal binti Taharin TUDM Tel : 09-5142235 / 09-5142295 Fax : 09-5142275

Encik Zainal Azahaa bin Ahmad telah memulakan kerjayanya sebagai seorang anggota tentera pada 02 Mac 1981 dalam Kor Armor Diraja. Beliau telah bersara dari perkhidmatannya pada 05 Februari 2004 setelah berkhidmat selama 23 tahun.

Bermula pada Februari 2004, beliau telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan dengan berkidmat sebagai kontraktor Mekanikal, Elektrikal dan Sivil dengan mendaftarkan Syarikat beliau atas nama Peran Buana Enterprise setelah mengambil Sijil Kontraktor Kelas F.

Pada mulanya beliau hanya menyewa sebuah kedai kecil dan kini telah berjaya memiliki sebuah kedai persendirian yang agak selesa dan dengan berbekalkan modal

sebanyak RM150,000.00 beliau meneruskan perniagaan ini.

Perniagaan utama yang dijalankan oleh syarikat ini adalah tertumpu dengan menjalankan perkhidmatan pendawaian elektrikal bangunan dan lampu hiasan (lanskap). Kerja-kerja mekanikal seperti membekal, memasang dan membuat penyelenggaraan unit penghawa dingin split unit dan Chiller, membaiki motor pump dan penyelenggaraan. Selain itu syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja sivil seperti kerja-kerja menurap, patching jalan, membina longkang dan Calvert.

Syarikat beliau kini telah mempunyai 9 orang kakitangan iaitu 2 orang penyelia projek, 2 orang kerani dan 5 orang juruteknik. Pada tahun 2009 beliau mula dilantik menjadi “Dealership Acson Air Conditioners” daripada ACSON. Kini beliau menjadi pembekal unit penghawa dingin serta alat ganti.

Beliau boleh dihubungi di alamat:PERAN BUANA ENTERPRISE No. B20, Jalan Kempadang Perdana 2, Taman Berjaya Permai, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmar. Tel : 09-5343394. Fax :09-5342394. Web :peranbuana.blogspot.com Emel: [email protected]

usahawan veteran

Program Bersama Majikan Zon Timur telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang pada 8 Mac 2012. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JHEV.Ucapan Perasmian Ketua Pengarah telah menjelaskan kepada majikan yang hadir tentang kewujudan JHEV ATM yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan Veteran ATM serta keluarga dalam pelbagai aspek khususnya membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan.Taklimat yang disampaikan oleh wakil perkhidmatan terdiri dari wakil Darat, Laut, Udara dan PERHEBAT bertujuan untuk mendedahkan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Veteran ATM kepada bakal majikan. Seramai 35 orang wakil majikan yang hadir ke program tersebut terdiri dari syarikat swasta dan awam.

PROGRAM BERSAMA MAJIKAN

1�

Page 20: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

�0

Pada 17 Mac 2012, pihak JHEV Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah menganjurkan satu Majlis Kaunter Bergerak khusus untuk Veteran ATM dan Balu yang bermastautin sekitar kawasan Ketereh, Kelantan. Majlis Kaunter Bergerak dikawasan Ketereh ini merupakan sesi yang pertama bagi tahun ini.

Penganjuran majlis tersebut telah mendapat kerjasama daripada pihak PBTM Cawangan Ketereh dan telah berlangsung di Dewan Leftenan Adnan, Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan, Kok Lanas. Kehadiran Veteran ATM dan Balu amat menggalakkan.

Panel dalam majlis ini telah dipimpin oleh Pengarah JHEV Cawangan Negeri. Kebanyakan hadirin majlis tersebut telah mengambil peluang untuk mengusulkan permasalahan dan kemusykilan. Secara keseluruhannya mereka telah berpuashati dengan jawapan dan penerangan yang telah disampaikan oleh para ahli panel.

Antara aturcara lain yang turut diadakan pada majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak veteran yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran. Selain daripada itu, pihak penganjur juga telah menjemput wakil daripada RHB Bank dan beberapa lagi syarikat tempatan untuk mempromosikan produk keluaran masing - masing.

JHEV CAWANGAN NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANUAlamat : Tingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak, 15000 Kota Bharu, KelantanPengarah : Mej Abu Bakar Siddik bin Sulaiman Tel : 09-7470289 / 09-7470395 Fax : 09-7470499

Pada 12 Mac 2012 Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JHEV telah megadakan Lawatan Kerja selama satu hari (1 hari) ke Negeri Kelantan. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali kedua beliau ke Negeri Kelantan semenjak mengambil alih jawatan sebagai TKP JHEV pada tahun 2011.

Sempena dengan lawatan tersebut, beliau telah sempat memenuhi beberapa undangan majlis yang telah diaturkan. Antaranya adalah merasmikan perasmian Majlis Penubuhan Kelab Veteran Kor Polis Tentera Bahagian Negeri Kelantan ampaian Pingat Jasa Malaysia kepada kepada ahli-ahli VKOP bertempat di Melawi Beach Resort, Bachok.

Seterusnya TKP telah menyampaikan cek sumbangan Bantuan Bencana Alam kepada veteran yang menjadi mangsa rumah terbakar di Kampung Hutan Buloh, Melor.

TKP juga telah sudi untuk menyerahkan Bantuan Peralatan Pesakit berupa Kerusi Roda, Katil Hospital beserta tilam kepada anak veteran ATM di Kampung Chenggal, Ketereh.

Lawatan kerja selama satu hari TKP ke Negeri Kelantan diakhiri dengan Majlis Penyampai Pingat PJM dan cek Bantuan IPT kepada ahli-ahli PBTM Cawangan di Pejabat PBTM Cawangan Ketereh.

JHEV CAWANGAN NEGERI sabah

�0

LAWATAN KERJA TKP JHEV KE NEGERI KELANTAN TAHUN �01�

MAJLIS KAUNTER BERGERAK DI KETEREH, KELANTAN

Page 21: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

�1

JHEV CAWANGAN NEGERI sabahAlamat : Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, MelakaPengarah : Mej Nik Anuar bin Nik Man Tel : 06-2345931 / 06-2345932 Fax : 06-2345930

Kaunter bergerak dan majlis dialog JHEV ATM Cawangan negeri Sabah telah diadakan pada 12 Feb 2012 bertempat di dewan serbaguna pekan Beaufort. Program tersebut telah dihadiri oleh seramai 73 orang veteran serta balu.

Semasa majlis dialog pelbagai soalan telah diajukan oleh veteran dan penerangan yang telah diberikan oleh Pengarah JHEV Sabah telah mampu memberikan gambaran yang jelas tentang tugas dan tanggungjawab JHEV ATM kepada veteran yang hadir.

Sebelum ini terdapat juga dikalangan Veteran ATM yang tidak dapat membezakan JHEV ATM dengan PERHEBAT serta PBTM.

Namun demikian JHEV Negeri Sabah kesal dengan sikap segelintir veteran yang lebih muda yang mana baru menamatkan perkhidmatan kurang daripada 10 tahun yang lepas yang tidak menghadiri program seumpamanya. Kelihatannya yang hadir hanyalah golongan veteran kategori warga emas dan balu sahaja.

PROGRAM KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JHEV ATM CAWANGAN NEGERI SABAH

Pada 12 Feb 2012 , JHEV Sabah telah mengadakan ProgramKaunter Bergerak dan Majlis Dialog bertempat di Daerah Beaufort. Selepas majlis tersebut Pengarah telah mengambil kesempatan untuk melawat Veteran ATM yang memerlukan bantuan.

Menurut Ketua Cawangan PBTM Beaufort iaitu En Jeffry Sulingan , En Maidin adalah seorang bekas anggota Battalion ke 2 Renjer kini sedang menderita penyakit angin ahmar

manakala isteri mengalami lumpuh separuh badan. Veteran ini kini sedang dijaga oleh dua orang anak yang sedang bekerja sebagai buruh ladang di syarikat Borneo Samudera Sawit Sdn Bhd.

Melihatkan keadaan ini Pengarah JHEV Cawangan negeri Sabah Mej Mat Jiamin Maddalasi telah menasihati veteran ini untuk memohon bantuan sarahidup bagi membantu meringankan beban kehidupan mereka serta meminta PBTM Cawangan Beaufort agar sentiasa memantau perkembangan keluarga ini dan membantu mendapatkan rawatan susulan daripada hospital daerah Beaufort sekiranya perlu.

BANTUAN PERALATAN PESAKIT KEPADA VETERAN ATM

�1

LAWATAN KERJA TKP JHEV KE NEGERI KELANTAN TAHUN �01�

Page 22: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

��

JHEV CAWANGAN NEGERI sarawakAlamat : Tingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, SarawakPengarah : Lt Kol Monday ak Juhid Tel : 082-230358 / 082-230357 Fax : 082-231009

ARTIKEL KHAS

JHEV Cawangan Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Bergerak di Belawai pada 14 Januari 2012. Program ini diadakan di Rumah Rehat, Pejabat Daerah Kecil Belawai, Sarikei.

Persiapan tempat dilakukan oleh Pegawai Rela Belawai iaitu Veteran ATM Haji Abdul Wahap bin Moris. Program bermula pada jam 9 pagi di mana Penolong Pengarah JHEV member taklimat berkenaan mengenai peranan JHEV.

Program bergerak ini juga disertai LUK Tengku Azli dari Bahagian Kebajikan dan Kpl Rahamad dari Bahagian Sosioekonomi dan Kerjaya.

Veteran ATM digalakan berpersatuan supaya mereka mengetahui perkembangan dasar-dasar baharu mengenai mereka.

Bagi mereka yang tidak mengetahui peranan JHEV, Veteran ATM boleh menghadirikan diri ke pejabat-pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran.Bagi JHEV Cawangan Negeri Sarawak, ia terletak di Satok, Kuching, Sarawak.

KAUNTER BERGERAK

Perasmian Kedai atau Outlet Lenispice kepunyaan Veteran ATM Encik Haji Morshidi bin Moris telah dilancarkan pada 29 Januari 2012 di Kuching Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh Yang Berhormat YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar ll merangkap Menteri Kemudahan Awam merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian.

Majlis Peramian ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datu Len Talif bin Salleh (ADUN N35 Belawai) dan Yang Berhormat Abdullah bin Saidol (ADUN N36 Semop). Syarikat Lanispice ini menyedikan makanan

sejuk beku dalam bentuk pes dan rempah serta hasil laut dari Daerah Belawai.

Ketua Pengarah JHEV, pernah melawat kilang Usahawan Veteran ATM beberapa tahun yang lalu. Usahawan Veteran ATM ini memilih pekerja mereka di kalangan keluarga beliau.

USAHAWAN VETERAN ATM

��

CORETAN DARI NEGERI DI BAWAH BAYU: KEMERDEKAAN, NILAI SUATU PERJUANGANDAN PERPADUAN

Oleh: Mejar Mat Jiamin Maddalasi -Pengarah JHEV Cawangan Negeri Sabah.

Page 23: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka

����

ARTIKEL KHAS

Sudah 55 tahun negara menikmati kemerdekaan. Jika ia seorang anggota kerajaan yang mengunakan opsyen lama maka pada bulan Ogos nanti tentunya sudah pencen daripada perkhidmatan. Maknanya tempoh tersebut bukanlah suatu usia yang boleh dianggap muda. Namun dalam beberapa bidang Malaysia sudah mampu menjadi contoh kepada beberapa negara lain yang seangkatan dengannya malah yang telah merdeka terlebih dahulu.

Selepas merdeka pelbagai cabaran getir yang dihadapi oleh negera. Bermula dengan era pemberontakan komunis, konfrontasi oleh negara Indonesia yang menentang pembentukan Malaysia dengan memasukkan negeri Sabah dan Sarawak, Pergolakan kaum pada 13 Mei 1969 dan pelbagai isu serta pergolakan selepas itu yang meskipun kecil tetapi kalau tidak ditangani dengan bijak mampu menjadi api dalam sekam yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Justeru, semua itu hendaklah menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita generasi era pasca merdeka. Encik Abdul Rahman Oswold adalah seorang saksi betapa getirnya mempertahankan kemerdekaan ini. Beliau yang telah kudung kaki akibat mempertahankan negara daripada ancaman komunis sedikit masa dahulu mengakui generasi sekarang kurang peka dengan semangat perpaduan antara kaum serta kurang semangat patriotik dalam jiwa mereka.

“Dalam arus kehidupan kini yang tanpa sempadan kita saban hari disogokkan dengan berita pergolakan dalam sesebuah negara kerana tiadanya persefahaman dikalangan rakyat yang menyokong pelbagai ideologi berbeza. Perbezaan ideologi tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak bersatu.”

Apakah ini yang kita mahu berlaku dalam negara ini? Atau kita pasrah sahaja dengan mengatakan teori domino memang betul dan pasti akan berlaku.

Lebih menakutkan lagi ikatan perpaduan dikalangan kaum kini dilihat semakin longgar bilamana golongan pasca merdeka ini begitu lantang mempersoalkan pelbagai perkara yang sepatutnya sudah diketahui termaktub dalam perlembagaan dengan jelas maksudnya.

Dimana silapnya kita, jangan menuding jari kepada seseorang kerana empat lagi jari akan menuding kepada diri sendiri. Sesuatu perlu dilakukan sebelum api dalam sekam menjadi semakin tidak terkawal. Masih belum terlambat untuk bertindak membendung serta memberi pengajaran yang sepatutnya. Renungkan dan fikirkan.

��

CORETAN DARI NEGERI DI BAWAH BAYU: KEMERDEKAAN, NILAI SUATU PERJUANGANDAN PERPADUAN

Oleh: Mejar Mat Jiamin Maddalasi -Pengarah JHEV Cawangan Negeri Sabah.

“Dalam arus kehidupan kini yang tanpa sempadan kita saban hari disogokkan dengan berita pergolakan dalam sesebuah negara kerana tiadanya persefahaman dikalangan rakyat yang menyokong pelbagai ideologi berbeza. Perbezaan ideologi tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak bersatu.”

Page 24: JHEV CAWANGAN NEGERI sembilan & melaka