16
PERKEMBANGAN, CABARAN DAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MALAYSIA Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia E-mel : [email protected] Abstrak Kertas kerja ini membincangkan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di Malaysia bermula dengan pelaksanaan program Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Cabaran ini dibincangkan daripada kesediaan guru meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap. Seterusnya perbincangan mengupas lima perisian utama dalam penyampaian teknologi maklumat di sekolah iaitu aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, perbincangan ini menjurus kepada manfaat aplikasi ini kepada guru dan pelajar. 1. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan ...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan... (Mahathir Mohamad, 1998) 1.1 Koridor Raya Multimedia Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan

Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

PERKEMBANGAN, CABARAN DAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Johan @ Eddy Luaran

Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

E-mel : [email protected]

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di Malaysia bermula dengan pelaksanaan program Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Cabaran ini dibincangkan daripada kesediaan guru meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran,

pengetahuan dan sikap. Seterusnya perbincangan mengupas lima perisian utama dalam penyampaian teknologi maklumat di sekolah iaitu aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, perbincangan ini menjurus kepada manfaat aplikasi ini kepada guru dan pelajar. 1. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan

ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...

(Mahathir Mohamad, 1998)

1.1 Koridor Raya Multimedia

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan

Page 2: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

2020 dan ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi utama iaitu

Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia. Langkah mewujudkan sekolah bestari dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998). Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020 kelak.

1.2 Sekolah Bestari

Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan secara terperinci kemudahan teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 1: Program Pembestarian Sekolah

Program Kemudahan disediakan

Sekolah Bestari i. Melibatkan 88 buah sekolah ii. 5, 809 komputer disediakan iii. 261 pelayan (server) disediakan

Makmal Komputer i. 4,495 makmal komputer disediakan ii. 93,372 komputer disediakan iii. 4,495 pelayan (server) disediakan

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI)

i. 97,104 komputer riba disediakan ii. 69,009 projektor disediakan iii. 2,286 televisyen disediakan iv. 9,662 mesin pencetak disediakan

TV Pendidikan i. 11,709 televisyen disediakan

SchoolNet Kemudahan SchoolNet untuk sekolah luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai aksess Internet

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)

Teknik pengajaran di sekolah bestari adalah berbeza dengan teknik pengajaran konvensional. Kaedah pengajaran akan menekankan kepada pencapaian objektif spesifik yang dicapai oleh pelajar dengan pelbagai pendekatan termasuklah secara individu, berpasangan, kumpulan kecil, dengan kehadiran fasilitator ataupun dengan menggunakan simulasi multimedia berasaskan komputer. Pelajar akan digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif yakni mereka akan membina dan ikut serta dalam proses pembelajaran. Teknik pengajaran ini akan melibatkan pelbagai teknik pedagogi dan kaedah pengajaran yang secara khususnya berpusatkan pelajar. Selaras dengan matlamat ini, langkah kementerian Pelajaran Malaysia khususnya yang memberi penekanan pada elemen teknologi maka keperluan pedagogi, kandungan dan pengetahuan guru perlu dititik beratkan supaya seiring dengan perkembangan semasa. Pelbagai insentif dan langkah telah dijalankan oleh kerajaan yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Matlamat utama sekolah bestari adalah memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja untuk era teknologi maklumat dan berpaksikan pada lima objektif utama iaitu:

a. Memperkembangkan potensi individu yang seimbang (intelek, rohani, jasmaniah dan emosi) b. Memperkembangkan potensi dan bakat individu

Page 3: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

c. Menghasilkan tenaga kerja yang bijak berfikir dan celik teknologi maklumat

d. Pendemokrasian pendidikan e. Meningkatkan penyertaan pemegang saham

Langkah ini sebenarnya sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang digubal dan diumumkan pada tahun 1988 yang menyatakan pedoman dan arah tuju pendidikan negara. Oleh itu, dengan wujudnya sekolah bestari ia dapat memperkembangkan lagi potensi atau bakat individu seterusnya akan dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan khususnya dalam teknologi maklumat yang seterusnya akan dapat menyumbang kepada negara.

1.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal insan pada masa depan amat bergantung pada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirancang dan dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia dan telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP ini menggariskan enam teras utama dan salah satu teras utamanya iaitu, pembangunan modal insan yang memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, penekanan dalam hal ini dapat dilihat daripada program yang dirancang dalam Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ia menyatakan bahawa pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Program ini melibatkan usaha melengkapkan semua sekolah dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta pengurusan perubahan yang bersesuaian dan mencukupi.

Terdapat 17 inisiatif Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk membestarikan kesemua sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara inisiatif tersebut adalah:

a. Peruntukan RM82 juta untuk kelengkapan tele persidangan, kemudahan telefon satelit dan faks tanpa talian di lebih 5,800 sekolah luar bandar dan pedalaman

b. Peruntukkan RM113 juta untuk penyediaan perisian kursus bagi guru dan murid c. Perluasan akses SchoolNet kepada semua sekolah termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan d. Sekolah kurang Murid (SKM) dan sekolah pedalaman disediakan makmal komputer menggunakan konsep

kabin e. Mengelompokkan Sekolah Orang Asli dan Penan dengan menggunakan sidang video untuk i) perkongsian

pengetahuan berasaskan pengajaran dan pembelajaran, ii) perkongsian data dan iii) meningkatkan pencapaian dengan berkongsi maklumat antara satu sama lain.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)

Sejajar dengan langkah pembestarian ini, adalah perlu untuk guru untuk menyahut cabaran dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat agar inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2. Penggunaan Komputer di Sekolah Mengikut statistik, terdapat 900,000 pengguna Internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya kira-kira 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini (Daily Express, 2007). Ini disokong oleh fakta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan bahawa pada suku pertama tahun 2007 hanya 689,800 bilangan isi rumah yang melanggan perkhidmatan jalur lebar (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007). Sementara itu, dapatan lain menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira-kira 300,000 guru di negara ini memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% sahaja yang mempunyai akses Internet (The Star, 2007). Jumlah ini merupakan satu jumlah yang rendah kerana guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perubahan kepada inovasi di dalam pendidikan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa perubahan penting telah berlaku dalam sistem pendidikan di rantau Asia yang guru-guru khususnya dikehendaki mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka (Tan et al., 1999 dalam William, 2000). Sesetengah daripada perubahan ini adalah kesan daripada

Page 4: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

perubahan polisi kerajaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat di sekolah manakala selebihnya disebabkan

oleh perkembangan teknik pedagogi dan perkembangan teknologi maklumat. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, komputer telah dianggap sebagai agen yang berupaya

untuk meningkatkan potensi dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Oleh itu, langkah Malaysia mewujudkan sekolah bestari adalah langkah bijak yang seiring dengan negara-negara lain di Asia yang mula menggerakkan aplikasi teknologi maklumat di sekolah seperti Australia, Hong Kong, New Zealand dan Singapura (William, 2000). Langkah mengadaptasikan komputer sebagai media pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, dilihat oleh pakar sebagai gabungan multimedia sebagai alat baharu yang boleh menjana era pendidikan baharu.

Dalam konteks pembelajaran berbantukan komputer di Malaysia, ia telah mula diperkenalkan pada tahun 1992 melalui Program Komputer dalam Pendidikan. Dalam program ini 60 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia telah disediakan makmal komputer yang mempunyai 21 buah komputer yang telah dirangkaikan. Susulan daripada langkah ini, pada tahun 1994 program Computer Aided Instruction telah diperkenalkan di 15 buah sekolah rendah di Selangor dengan setiap sekolah dibekalkan 21 buah komputer yang menggunakan perisian Microsoft Windows 3.1, beberapa perisian koswer untuk pengajaran juga telah diedarkan untuk digunakan oleh guru-guru. Langkah ini diteruskan lagi dengan Program Komputer dalam Pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Dalam fasa pertama, 50 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan empat buah komputer yang mempunyai akses Internet. Dalam fasa kedua, 90 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah telah dibekalkan dengan komputer multimedia dengan local area network (LAN), manakala dalam fasa ketiga, ia diperluaskan lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111 buah sekolah menengah dan seorang guru daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14 minggu di maktab-maktab perguruan yang terpilih. Pelaksanaan sekolah bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat.

Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah diimplementasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara. Sebanyak Ringgit Malaysia 1.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Blue print Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah komputer dan 3,205 pusat akses Internet di semua sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007). Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program-program tersebut adalah langkah kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan celik IT yang seiring dengan cabaran globalisasi. Oleh itu, guru merupakan medium utama yang memainkan peranan untuk memastikan program ini berjaya mencapai matlamatnya. Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725 buah komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). 2.1 Komputer sebagai Tutor, Tutee dan Tool Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat, untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi yang pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer pendidikan kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool. Menurut beliau, komputer adalah dalam mod tutor apabila komputer mengajar pelajar dengan mempersembahkan maklumat, menilai respons pelajar dan memberi maklum balas yang sesuai. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah latih tubi, tutorial, simulasi dan permainan berbentuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dalam mod tutee, komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai pengajar. Dalam situasi ini, pengguna komputer akan mengajar komputer belajar atau membuat sesuatu tugasan seperti program komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Mod ini memerlukan pengguna mahir dengan bahasa pengaturcaraan untuk setiap perisian. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah seperti TURBO C++, AUTO-CAD, MATLAB dan sebagainya. Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan contoh antara muka untuk perisian dalam mod tutor dan tutee.

Page 5: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Rajah 1: Contoh Antara Muka untuk Perisian Simulasi (Mod Tutor) (http://www.simulationgames365.com/2008/08/who-knows-about-computer-sim-games.html)

Rajah 2: Contoh Antara Muka untuk Perisian Turbo C++ (Mod Tutee) (http://dybfin.wustl.edu/willard/turbohlp.html)

Berbeza daripada mod tutor dan tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer digunakan oleh guru atau

pelajar sebagai alat (tool) untuk membuat sesuatu kerja seperti pemprosesan perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, persembahan dan sebagainya. Menurut Pelgrum (2001), perisian komputer ini disediakan dalam aplikasi stand alone dan diintegrasikan dengan gabungan beberapa perisian ini kepada satu program yang komprehensif. Zulkifli (1985) menyatakan bahawa dengan komputer bertindak sebagai tool, ia boleh menyediakan mekanisme yang efektif kepada guru untuk mempersembahkan pengajaran dalam pelbagai rangsangan seperti teks,

audio, grafik, video dan sebagainya. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah Microsoft Office dan Linux. Contoh antara muka ditunjukkan pada Rajah 3.

Page 6: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Rajah 3: Contoh Antara Muka untuk Perisian Microsoft Word 2007 (Mod Tool) Pengklasifikasian penggunaan aplikasi komputer kepada tiga mod oleh Taylor (1980) bermula pada lewat

era 1970-an dan pada waktu tersebut teknologi serta penggunaan komputer tidak sehebat seperti masa kini. Walaupun perkembangan serta kemajuan teknologi komputer khususnya dalam bidang pendidikan, pengklasifikasian mod ini masih relevan hingga sekarang. 3. Cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Walaupun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Subtajuk seterusnya akan membincangkan cabaran yang dihadapi guru untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Kemahiran Teknologi Maklumat Guru Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.

Kursus komputer dalam kalangan guru di Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak yang utama iaitu Jabatan

Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga mengadakan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum sekolah bestari. Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan, 2005).

Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran ICT pada

Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) juga akan melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Agama dan

Page 7: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. Langkah ini selaras dengan input yang diperoleh daripada Soon Yin dan

Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya “School Investments in Instructional Technology”

yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995 (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke atas perisian dengan keperluan latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Knirk dan Gustafson (1986) mendapati bahawa kekecewaan dan keresahan merupakan sebahagian daripada kehidupan para pengguna sistem teknologi maklumat. Mereka sentiasa bertungkus lumus untuk cuba mempelajari bahasa komputer. Sistem menu yang sepatutnya membantu mereka di dalam bidang tugasan menyukarkan tugas mereka. Malah, terdapat sebahagian pengguna komputer yang mengalami perasaan fobia terhadap teknologi komputer. Lawrence (2002) berpendapat bahawa;

…to embrace technology, teachers must have positive attitudes toward it. It is imperative that instructional technology trainers supply a supportive and nurturing environment.

Mengenai jenis kemahiran komputer yang diperlukan, Geisert dan Futrell (1990) menjelaskan bahawa The Association of Computing Machinery (ACM) telah menggariskan skop dan keperluan kepada latihan berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan. Ini termasuklah keperluan mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah, menggunakan program komputer dan dokumentasi, memahami dan mengetahui terminologi perkakasan komputer, mengenali had keupayaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, mengetahui lokasi untuk memperoleh sumber maklumat daripada komputer, kebolehan berbincang mengenai sejarah penggunaan komputer dalam pengajaran serta memahami impak penggunaan komputer ke atas nilai moral dan kemanusiaan. Secara keseluruhannya, ia disokong oleh Furst-Bowe et al. (1996) dan Chao (2003) yang sependapat bahawa guru-guru seharusnya kompeten dengan aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, grafik, melayari multimedia dan Internet serta berkomunikasi dengan menggunakan e-mel. Kajian ini juga menekankan kepada kompetensi yang telah dinyatakan.

3.2 Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu (Anderson, 1983). Oleh itu, ia adalah berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang dimilikinya. Merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat, terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar, 1997 dalam Johan, 2005). Menurut Levine dan Donitsa-Schmidit (1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat.

Berdasarkan kajian oleh Sunal (1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar. Namun demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan yang dapat membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. Malah menurut Robiah dan Juhana (2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang. Mengikut Charp (2003) guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Berdasarkan beberapa kajian lepas yang merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat guru, Jeannette (2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi berasaskan komputer daripada kawan, 80% belajar sendiri dan 24% belajar daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi tertentu. Kajian beliau juga mendapati bahawa sebanyak 30% guru menyatakan bahawa mereka berminat untuk terus belajar sekiranya terdapat kursus yang sesuai ditawarkan. Manakala dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Inman-Anderson dan Ditson (1999) mendapati

Page 8: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

87% daripada guru belajar menggunakan teknologi berasaskan komputer dengan belajar sendiri dan mendapati 40%

guru belajar daripada kawan. Kajian yang dijalankan oleh Liu et al. (2002) juga mendapati bahawa 96% guru memperoleh pengetahuan dengan belajar sendiri. Daripada kajian McMohan et al. (1999) mendapati 55% guru-guru belajar daripada kawan. Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa majoriti guru memperoleh pengetahuan tentang Internet melalui pembelajaran sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Norizan Abdul Razak (2003) terhadap 60 orang guru pelatih di Institut perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendapati 60% guru pelatih belajar tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri dan 18% belajar daripada luar pengajian di institut perguruan. Untuk pengetahuan membina perisian multimedia, 90% menyatakan mereka belajar dalam pengajian di institut perguruan. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti guru pelatih memperoleh pengetahuan menggunakan ICT daripada pengajian mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan kursus teknologi maklumat yang diikuti semasa di institut perguruan banyak membantu guru memahirkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan meningkatkan tahap pengetahuan guru-guru.

3.3 Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan komputer di empat buah sekolah di Amerika Syarikat, latihan teknologi maklumat yang konsisten terhadap kakitangan telah dikenal pasti sebagai satu faktor yang penting yang memupuk sikap positif dalam kalangan guru yang seterusnya membawa kepada perubahan dalam aktiviti profesional guru dalam teknologi maklumat selepas dua tahun (Rockman, Pershing & Ware, 1992 dalam Soon Yin & Kooi Guan, 2002).

Jika dianalisis daripada aspek demografi, dapatan oleh Azhar Haji Ahmad (1998) dalam kajiannya mendapati

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan responden lelaki dengan responden perempuan pada enam sub skala sikap terhadap komputer iaitu keyakinan, tingkah laku, kesukaan, penggunaan, kecekapan dan sikap kognitif. Walau bagaimanapun, dapatan oleh Ong dan Lai (2003, dalam Su Luan et al. ,2005) adalah sebaliknya, ia menunjukkan terdapat persepsi yang lebih baik khususnya daripada responden lelaki untuk tahap kemahiran, keupayaan dan pembelajaran secara e-Learning menggunakan komputer berbanding dengan responden perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh Liaw (2002) dan Chen dan Tsai (2005, dalam Su Luan et al. ,2005) yang mendapati bahawa responden lelaki mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap komputer dan teknologi web berbanding responden perempuan. Walau apa pun dapatan daripada kajian lepas, penyelidik bersetuju dengan Kirkpatrick dan Cuban (1998) yang menyatakan bahawa jurang tahap kemahiran dan sikap terhadap jantina akan dapat dikurangkan jika didedahkan kepada pengalaman serta kemahiran yang sama dalam bidang komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, Ting Kai Chu (1998) mendapati, secara

keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukama dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer dan Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan serta bidang pengkhususan

(opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997) menunjukkan data yang diperoleh daripada

Page 9: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

soal selidik dan temu bual terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan

yang signifikan dengan penggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakan bahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guru terhadap komputer. Namun demikian, dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir. Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007). Penyelidik amat bersetuju dengan hujah ini.

Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru

seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan pelajar. 4. Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai productivity tools yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Namun begitu apakah kemahiran dan pengetahuan asas yang perlu ada pada seseorang guru? Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi.

Menurut Hayes (2006), teknologi komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua cara:

Dengan membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang lain. Fine dan Thornbury (2006), sebagai contoh menyatakan bahawa pelajar yang diberikan komputer riba (laptop) menggunakannya lebih kerap untuk kerja sekolah daripada bermain permainan (games). Ia juga mendapati bahawa komunikasi pelajar tersebut dengan pelajar yang lain bertambah baik. Ini menunjukkan bahawa komputer tidak dapat dinafikan berfungsi sebagai alatan teknologi untuk meningkatkan kebolehan serta bakat pelajar, merevolusikan cara pemikiran mereka dan memberikan mereka akses kepada dunia (Peck & Dorricott, 1994). Peck dan Dorricott juga menyatakan bahawa koleksi aplikasi komputer yang juga dikenali sebagai alatan produktiviti (productivity tools) boleh meningkatkan cara pelajar berfikir dan membuat tugasan. Alatan produktiviti ini termasuklah hamparan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, persembahan elektronik dan Internet. Johnson (1996) menekankan bahawa alatan produktiviti seperti pemproses perkataan, pangkalan data, hamparan elektronik, program persembahan, perisian pengarangan multimedia, e-mel, alatan penghasilan video, bahan rujukan digital, indeks elektronik dan enjin pencari rangkaian adalah medium penggunaan teknologi. Jeyagobi dan Subramaniam (2007: 45) menambah bahawa teknologi maklumat dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai-bagai bentuk. Mereka menambah bahawa kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan di dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod.

4.1 Pemprosesan Perkataan Aplikasi pemprosesan perkataan adalah merujuk kepada perisian komputer yang membolehkan pengguna menulis, memadam, menyelit, menukar dan mengedit ayat. Ia konsisten dengan definisi oleh Weiss (2003) yang menyatakan pemprosesan perkataan adalah aplikasi komputer yang membolehkan pengguna memasukkan, menyimpan, memanipulasi dan mencetak teks. Walau apa pun definisi yang diberikan, pemprosesan perkataan adalah aplikasi menulis komputer yang menggantikan alatan penulisan tradisional seperti pensel, kertas dan mesin taip. Ini disokong oleh Irons (2002), yang turut menyatakan bahawa aplikasi pemprosesan perkataan khususnya Microsoft Word adalah aplikasi yang mudah digunakan, bermanfaat serta merupakan program yang stabil. Rajah 4 menunjukkan antara muka untuk aplikasi pemprosesan perkataan.

Page 10: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Rajah 4: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Word 2007

Dapatan oleh Weiss (2003) dalam kajiannya yang membandingkan dua kumpulan pelajar dalam subjek penulisan perniagaan yang salah satu kumpulan pelajar didedahkan dengan perisian pemprosesan perkataan. Weiss (2003) membuat empat kesimpulan berdasarkan kajian beliau 1) Kumpulan yang menggunakan komputer menulis lebih banyak berbanding kumpulan yang tidak menggunakan komputer; 2) Kumpulan yang menggunakan komputer dapat mempelajari kemahiran pemprosesan perkataan dengan cepat yang menggambarkan bahawa mereka selesa dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan untuk menulis tugasan; 3) Jadual kerja mingguan menunjukkan bahawa kumpulan yang menggunakan komputer memperuntukkan lebih banyak masa untuk menulis tugasan; 4) Lapan puluh sembilan peratus pelajar dalam kumpulan yang menggunakan komputer menjadi penulis yang baik.

Selain pelajar, golongan pendidik juga mendapat kesan positif dengan penggunaan perisian pemprosesan

perkataan. Sebagai contoh, Morrison (2000) menggambarkan bagaimana beliau mengintegrasikan pakej pemprosesan perkataan dalam pengajarannya. Beliau telah menggunakan pakej pemprosesan perkataan untuk dengan menaip semua respons pelajar pada komputernya dan menggabungkannya dan mengedit kemudian menayangkannya pada skrin. Beliau menjelaskan bahawa kerja leceh seperti menulis respons kemudian menulis semula selepas mengedit dapat dielakkan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Adalah penting untuk diingat bahawa, pelajar, guru dan penulis telah mendapat kesan yang amat baik dengan penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Su Luan, 2002). Aplikasi pemprosesan perkataan boleh digunakan oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Guru boleh menggunakannya daripada aspek penyediaan aktiviti pengajaran harian, slip kebenaran, pembuka cerita, edaran nota kepada pelajar dan surat kepada ibu bapa atau penjaga pelajar. Pelajar boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan ini dalam menyediakan laporan projek kumpulan, laporan penyelidikan, menyediakan bahan yang boleh dihubungkan terus dengan Internet dan sebagainya. 4.2 Hamparan Elektronik Aplikasi hamparan elektronik adalah merupakan alatan yang biasanya digunakan oleh guru untuk mengutip,

menganalisis data dan dalam pengurusan markah pelajar. Ini selaras dengan keupayaan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti corak berangka dan keupayaanya untuk membina graf, carta dan menjalankan operasi matematik. Menurut Walkenbach (2003) aplikasi hamparan elektronik yang merujuk pada Microsoft Excel adalah mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna baru. Ciri-ciri baru meliputi pembinaan carta, analisis data dan tool bar yang diperkembangkan mengikut aplikasi Microsoft Word. Rajah 5 menunjukkan antara muka untuk aplikasi hamparan elektronik.

Dalam subjek sains khususnya, penggunaan hamparan elektronik digunakan secara meluas. Sebagai contoh melibatkan aktiviti seperti mengukur dan merekodkan isi padu air yang disimpan dalam botol yang berlainan dan pada ketinggian yang berbeza (Niess, 1994). Data yang diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk graf menggunakan hamparan elektronik dan pelajar akan membandingkan garis lengkung pada graf yang berbeza untuk botol yang berlainan. Penggunaan hamparan elektronik bukan sahaja banyak diaplikasikan dalam kurikulum sains

Page 11: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

dan matematik tetapi boleh juga digunakan untuk subjek lain (Weiss, 2003). Malahan hamparan elektronik juga

banyak digunakan dalam bidang pengajian lain seperti astronomi, kaji cuaca dan sebagainya.

Rajah 5: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Excel 2007

Menurut Patricia dan William (2003), aplikasi hamparan elektronik boleh digunakan oleh guru dan pelajar untuk merekodkan, menyusun dan menganalisis. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik, menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat. 4.3 Pangkalan Data Aplikasi pangkalan data adalah hampir sama dengan aplikasi hamparan elektronik tetapi ia digunakan apabila

maklumat dalam bentuk teks adalah lebih penting berbanding angka atau digit. Salah satu kelebihan penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis. Program pangkalan data membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu. Kajian oleh Hirtle’s (1996) menunjukkan bahawa aplikasi pangkalan data bukan hanya boleh digunakan secara sendiri malah boleh diintegrasikan dengan aplikasi lain khusunya pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik. Rajah 6 menunjukkan antara muka untuk aplikasi pangkalan data.

Rajah 6: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Access 2007

Page 12: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Aplikasi pangkalan data membolehkan guru-guru untuk menyimpan dan mengurus maklumat. Aplikasi ini

menyediakan kerangka seperti jadual, borang, laporan yang membolehkan guru-guru dan pelajar mengutip data, menyusun data dan melaporkan maklumat tersebut. Walau bagaimanapun, senario dalam bidang pendidikan di Malaysia kini, aplikasi ini tidak dikuasai oleh sebahagian besar golongan guru disebabkan fungsinya yang dianggap tidak relevan dalam pengajaran dan pembelajaran malah sesetengah guru menganggap aplikasi ini tidak perlu dikuasai (Jewitt, 2006). Namun begitu menurut Dragan (2003), Microsoft Access adalah penyelesaian kepada rangkaian data yang banyak, namun demikian beliau menyatakan bahawa seseorang individu mestilah dapat menguasai kemahiran teknikal untuk aplikasi ini sebelum dapat menggunakannya secara berkesan. Templat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai profesion. Penyelidik bersetuju dengan kenyataan oleh Dragan (2003) dan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan oleh Jeyagobi dan Subramaniam (2007: 45) yang menyatakan bahawa guru seharusnya menguasai aplikasi ini kerana ia dapat membantu guru-guru khususnya daripada aspek pengurusan pelajar dan bukan terhad kepada guru-guru tertentu sahaja. 4.4 Persembahan Elektronik Di sebalik penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan yang amat meluas, terdapat impak yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan perisian PowerPoint adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum kerana ia boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan ulasan daripada How Stuff Works (2005) yang menyatakan bahawa Microsoft Powerpoint adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan. How Stuff Works (2005) juga menambah, bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat. Ini disokong dengan kajian oleh Robert dan Kristi (2004) yang mengkaji sama ada pelajar lebih meminati sesi pengajaran menggunakan PowerPoint atau overhead transparencies. Dapatan menunjukkan pelajar cenderung kepada penggunaan PowerPoint tetapi kajian juga mendapati bahawa bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah relevan dengan mata pelajaran jika tidak ia tidak akan dapat membantu pelajar secara khusus dalam ujian atau peperiksaan. Rajah 7 menunjukkan antara muka untuk aplikasi persembahan.

Rajah 7: Antara Muka untuk Perisian Microsoft PowerPoint 2007

Menurut Weiss (2003) salah satu fungsi yang amat bermanfaat dalam aplikasi persembahan adalah kapasitinya untuk membina atau menambah komponen slaid yang akan menunjukkan perkembangan idea atau konsep. Dalam kajian oleh Joshua (2004) yang menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint untuk mengajar subjek psikologi mendapati bahawa pelajar menyatakan bahawa penggunaan aplikasi Microsoft PowerPoint memudahkan

Page 13: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

mereka mengikuti perkembangan pengajaran dan memahami maklumat yang ingin disampaikan. Pada masa yang

sama, pelajar juga menyatakan kandungan kursus, menjadikan kelas lebih teratur dan menarik, dapat membantu pelajar mengambil nota dan yang paling penting dapat mengaplikasikan grafik, gambar dan kesenian kepitan (clip art) dalam pengajaran.

Patricia dan William (2003) menambah, guru-guru seterusnya boleh menaip dan mempersembahkan nota

kepada pelajar serta boleh mencetaknya sebagai edaran kepada pelajar sebagai bahan ulang kaji pelajar. Kandungan dalam persembahan elektronik ini mudah untuk diubahsuai dan elemen multimedia seperti teks, audio, animasi, gambar dan video boleh disertakan. Dari segi psikologinya, dapatan daripada kritikan Adam (2006, dalam Vallance & Towndrow, 2007) yang telah membuat kajian tentang perkembangan minda serta budaya bilik darjah apabila guru menggunakan aplikasi PowerPoint yang diedarkan oleh Microsoft Corporation mendapati bahan pengajaran guru akan lebih tersusun ini disebabkan guru perlu memilih maklumat yang perlu sahaja untuk ditayangkan pada skrin ini serba sedikit memberikan keyakinan kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 4.5 Internet Meski pun terdapat pelbagai alatan produktiviti (productivity tools) dalam pasaran, penggunaan Internet semakin meningkat. Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu kebiasaan dan seseorang yang tidak mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan terdengar tentang Internet. Faedah penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat jelas kerana ia adalah platform untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru, pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan juga dengan komuniti (Jewitt, 2006; Rozinah Jamaludin, 2007). Ia juga menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey, 2002: 89), bayangkan sahaja jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik dengan menggunakan enjin pencari (seacrh engine) , contohnya Google tidak mustahil jika anda mendapat lebih daripada 500,000 sumber untuk topik berkenaan sahaja. Namun begitu pemilihan laman web yang relevan dengan topik terletak pada pertimbangan anda. McKenzie (2003) menyatakan bahawa salah satu keunikan Internet adalah maklumatnya adalah percuma dan pertukaran maklumat secara percuma adalah salah satu budaya dalam Internet. Rajah 8 dan 9 menunjukkan antara muka untuk aplikasi Internet.

Rajah 8 : Antara Muka untuk Enjin Pencari Google

Menurut Learning Discovery Team (2006), terdapat pelbagai faedah menggunakan Internet. Internet boleh mewujudkan komuniti elektronik dan menggalakkan komunikasi merentas budaya dalam kalangan pelajar daripada pelosok dunia. Ia juga akan dapat memberikan pelajar akses kepada sumber maklumat. Ia juga akan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang kurang upaya dengan memudahkan mereka berkomunikasi dengan selamat dan mudah. Ini disokong oleh Deacon et al. (2004) yang menyatakan bahawa web dalam aplikasi Internet memperkembangkan pemikiran pelajar secara kritikal.

Page 14: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Rajah 6: Antara Muka untuk Laman Web Portal Pendidikan Utusan

Internet secara khususnya dapat membantu guru dalam pelbagai aspek. Berdasarkan daripada kesimpulan oleh Jewitt (2006), ia membantu guru-guru untuk mendapatkan bahan bantu belajar sama ada berbentuk teks, audio atau visual memandangkan bahan-bahan ini boleh diperoleh daripada Internet. Internet juga akan dapat membantu guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dengan mengintegrasikan sumber maklumat dan pembelajaran koperatif (berkumpulan). Rozinah (2007) menambah bahawa dengan menguasai aplikasi Internet, guru akan dapat mengajar konsep sains khususnya yang memerlukan pelajar menggambarkan sesuatu fenomena secara simulasi atau menggunakan makmal maya. Daripada aspek lain, Internet dapat membantu pihak pengurusan sekolah, penggubal polisi dan penyelidik untuk berhubung menerusi ’e-mel’ atau web perbincangan yang lain yang seterusnya diharap dapat meningkatkan taraf pendidikan negara.

5. Kesimpulan Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

Page 15: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

RUJUKAN

Adenan Husin. (1999). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara

Malaysia. Aiken, L. R. (1976). Update and other Affective Variables in Learning Mathematics. Review Of The Educational Research 46: 293-

311. Ajzen, I. (1988). Attitudes, Personality and Behaviour. Illinois: Dorsey Press. Azhar , H. A. (1998). Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Utara. Tesis

Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak. Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. (2003). Providing a Technology Edge for Liberal Arts Students. Journal of Information Technology

Education 2: 331-348. Charp, S. (2003). Professional Development. Journal Article Excerpt 30: 122-136. Daily Express. (2007). Knowledge On IT Use Still Low. 5 August: 3. Deacon, A., Jaftha, J. and Horwitz, D. 2004. Customizing Microsoft Office to Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal

of Educational Technology, 32(2): 65-72 Dragan, V. R. (2003). Microsoft Access 2003, http://www.pcmag.com/article2/0,2817,1818935,00.asp. Retrieved 12 December

2008. Fine, C. and Thornbury, M. L. (2006). ICT: Play and Exploration. Learning and Teaching with Information and Communications

Technology 1: 21-36. Furst-Bowe, J., Boger, C., Franklin, T., Mclntyre, B., Polansky, J. and Schlough, S. (1996). An Analysis of Required Computer

Competencies for University Students. Journal of Research and Computing Education 28(2): 166-198. Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala Lumpur: Longman. Geisert, P. and Futrell, M. K. (1990). Teachers, Computers and Curriculum: Microcomputers in the Classroom. Boston: Allyn and

Bacon. Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with Information and communications Technology 1:

7-20. Hirtle, B. Constructing a Collaborative Classroom. (1996). Learning and Leading with Technology 7: 19-21. How Stuff Works. (2005). Expert Review: Microsoft PowerPoint 2003, http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint-

2003-review.htm. Retrieved 12 December 2008. Inman-Anderson, L. and Ditson, L. (1999). Computer-Based Concept Mapping: A Tool for Negotiating Meaning. Learning and

Leading With Technology 26: 6-13. Irons, M. L. (2002). Product Review, http://www.rdrop.com/~half/General/ProductReviews/Word9x.html. Retrieved 12 December

2008. Jeannette, S. (2001). Integrating Information and Communication Technology in Professional Practice: Based on Survey of Primary

and Secondary School in Scottish School. Journal for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182. Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach. New York: Routledge. Jeyagobi, R. dan Subramaniam, S. (2007). BESTARI: Pembestarian Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Mahir

Holdings Sdn. Bhd. Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT)

dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Johnson, D. (1996). Evaluating the Impact of Technology: The Less Simple Answer, http://www.fromnowon.org/Jan96/reply.html. Retrieved 23 January 2007.

Joshua, E. S. (2004). PowerPoint's Power in the Classroom: Enhancing Students' Self Efficacy. Computer Education 45: 203-215. Kirkpatrick, H. and Cuban, L. (1998). What the Research Says about Gender Differences in Access, Use, Attitudes and Achievement

with Computers. Educational Technology 38: 56-61. Knirk, F. C. and Gustafson, K. L. (1986). Instructional Technology: A Systematic Approach to Education. London: Holt, Rinehart and

Winston. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala

Lumpur: Percetakan Nasional. Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan, Noor Azean. (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan

E-Pembelajaran di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology 1: 6-12.

Lawrence, A. T. (2002). The Technology Facade : Overcoming Barriers to Effective Instructional Technology. Boston: Allyn and

Bacon. Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International

Publishing Group Ltd. Levine, T. and Donitsa-Schmidit, S. (1998). Computer Use, Confidence, Attitudes and Knowledge: A Causal Analysis. Computer in

Human Behaviour 14: 125-146. Liaw, S. S. (2002). An Internet Survey for Perceptions of Computers and the World Wide Web: Relationship, Predection and

Difference. Computer in Human Behaviour 18: 17-35. Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2002). Teacher, Education, Students and Computers: Gender, Major, Prior Computer Experience,

Occurrence and Anxiety. Journal of Research and Computing Education, 24(4): 17-24 Mackey, M. (2002). Literacy Across Media: Playing the Text. New York: Routledge.

Page 16: Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi

Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. McKenzie, J. K. (2003). Past, Present, and Future of Computer-Tailored Nutrition Education. American Journal of Clinical Nutrition

77(4): 102-121. McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (1999). Barrier to Computer Usage: Staff and Student Perceptions. Journal of

Computer Assisted Learning 15: 56-68. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih

UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. 28 Ogos.

Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan. (1997). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengurusan kurikulum di sekolah menengah daerah Sik, Kedah. Kertas Projek Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan).

Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.

Morrison, J. L. (2000). Teacher use Computers. Victoria Park: Napier Publication. Mortimer, E. and Scott, P. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. London: Continuum. Mukama, E. and Andersson, S. B. (2007). Coping with change in ICT-Based Learning Environments: Newly qualified Rwandan

Teachers' Reflection. Journal of Computer Assisted Learning 24: 156-166. Niess, L. M. (1994). Analyzing and Interpreting Graphs in the Middle Grades-Bottles and Beyond. The Computing Teacher 4: 27-29. Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos. Norizan Abdul Razak. (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in Malaysian Secondary Schools. Doctor of

Philosophy Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Patricia, J. F. and William, J. G. (2003). MIcrosoft Office for Teachers. New Jersey: Pearson Education. Peck, K. L. and Dorricot, D. D. (1994). Why Use Technology?. Educational Leadership 51(7): 11-14. Pelgrum, W. J. 2001. Obstacles to the Integration of ICT in Education: Results from Worldwide Education Assessment. Computer

Education 37: 163-178. Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching with Technology. Vancouver: Thomposon Wardsworth. Robert, A. B. and Kristi, M. C. (2004). Computer in Education . Guilford: McGraw Hill. Robiah dan Juhana. (2002). Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi

Pendidikan Sabah 4(2): 23-36. Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal

2002 Pendidikan guru 2: 62-72. Su Luan, Wong. (2002). Development and Validation of an Information Technology (IT) Based Instrument to Measure Teacher's IT

Preparedness. Doctor of Philosophy Thesis. Universiti Putra Malaysia. Su Luan, Wong, Sidek Abdul Aziz, Aida Suraya Mohd Yunus, Zakaria Sidek, Kamariah Abu Bakar dan Hamidah Maseran. (2005).

Gender Differences in ICT Competencies among Academicians at Universiti Putra Malaysia. Malaysian Online Journal of Instructional Technology 2(3): 62-69.

Sunal, D. W. (1996). The Impact of Network Communication Technology on Science Teacher Education. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching 11(2): 143-153.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. (2007). Komunikasi dan Multimedia : Fakta dan Angka Terpilih. Selangor: Percetakan Nasional.

Taylor, R. P. (1980). The Computer In The school: Tutor, Tool, Tutee. New York: Teacher College Press. The Star. 2007. Highlight of Report Card. 4 Julai: 8. Ting, K. C. (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in Education in Miri. Master Thesis. Universiti Malaysia

Sarawak. Vallance, M. and Towndrow, P. A. (2007). Towards the 'Informed Use' of Information and Communication Technology in Education:

A Response to Adams' 'PowerPoint', Habits of Mind, and Classroom Culture. Journal of Curriculum Studies 39(2): 219-227.

Walkenbach, J. (2003). Excel 2003 Review, http://j-walk.com/ss/excel/xl2003.htm. Retrieved 12 December 2008. Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom Computers and Composition 5(2): 57-70. William, M. D. (2000). Integrating Technology into Teaching and Learning: Concepts and Application (An Asia-Pasific Perspective).

London: Prentice Hall. Zulkifli Mohamed. (1985). Instructional Application of Computer in School System: An Analysis. Master Thesis. University of

Scranton.