Upload
tranngoc
View
216
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JOIN GROUP – Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam
HARI 1
KLIA – ISTANBUL (--, --, --)
Setibanya di Lapangan Terbang Atartuk, ketibaan anda akan
disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman
secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan
Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian,
kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu
Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, kita
akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh
arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman
pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal
dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul.
HARI 2
ISTANBUL - PAMUKKALE (SP, --, MM)
Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh
dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti
khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana.
Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan
& kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan
Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih
Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Muzium
Hagia Sophia (Optional). Bangunan yang kaya dengan
asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu
ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi
masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita
akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid
Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Ia dikenali ramai
sebagai Masjid Biru kerana keindahan seramik bersalut
turkuaznya yang memukau setiap mata yang memandang.
Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang
Istanbul untuk ke Pamukkale, menaiki penerbangan domestik
selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel
berkonsepkan thermal & SPA.
HARI 3
PAMUKKALE - CAPPADOCIA (SP, MT, --)
Anda boleh menikmati kolam air panas yang disediakan di
dalam hotel. Check out hotel. Lawatan pertama bermula
sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang
dahulunya merupakan tempat spa semula jadi, teater dan
pelbagai bangunan lain yang digunakan semenjak
pemerintahan Rom. Kemudian, struktur semulajadi yang
tersangat unik, Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi
salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO dan hanya terdapat
satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari & solat
jama, kita akan bersiap-siap untuk ke Cappadocia dengan
menaiki kenderaan persendirian selama 9 jam. Bermalam di
hotel berkonsepkan gua.
HARI 4
CAPPADOCIA – PAMUKKALE (SP, MT, --)
Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon
panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah
petangnya. Check out hotel. Kita akan memulakan lawatan ke
Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah
(Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar
Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini
dibuka kepada pelancong pada tahun 1969.. Kemudian Ia
dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan,
kandang kuda serta rumah ibadat. Seterusnya, kta akan terus
bergerak ke Kayseri Airport terbang ke Sabiha Gokcen Airport
dan terus ke Bursa. Bermalam di Bursa.
HARI 5
BURSA (SP, --, --)
Selepas sarapan pagi, kita akan melawat perkampungan
tertua Uthmaniyyah di Cumalikizik. Kemudian, menziarahi
makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat
panorama indah bandar Bursa di Tophane. Kita akan
menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah dengan
hiasan pelbagai ukiran khat. Seterusnya, lawatan sambil
membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan
fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491). Di akhir
lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan
Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan
jiwa. Bermalam di Bursa.
HARI 6
BURSA – ISTANBUL (SP, --, --)
[JADUAL MUSIM SEJUK]
• Check Out hotel dan bertolak ke Gunung Uludag
menaiki kenderaan untuk bermain salji beberapa jam.
• Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel
(Optional) dan bermain ski/snowboard dll (Optional)
• Seterusnya, kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul
selama 4 jam perjalanan. Bermalam di Istanbul.
[JADUAL MUSIM BUNGA DAN LURUH]
• Check Out hotel dan bertolak pulang ke Istanbul.
Sebelum menyeberangi jambatan ke Istanbul Eropah,
kita akan singgah di Bukit Camlica untuk bersantai-
santai sambil minum kopi/cay (Optional).
• Seterusnya kita akan melawat kawasan Ortakoy yang
terkenal dengan pemandangan Selat Bosphorus
berlatarbelakangkan Jambatan pertama Istanbul. Jangan
lupa untuk merasai makanan ringan mereka iaitu
‘Kumpir’ (Optional).
• Lawatan terakhir kita adalah di Taksim yang dahulunya merupakan tempat pembahagian air ke sekitar Istanbul pada zaman Daulah Uthmaniyyah. Seterusnya kita akan melalui Jalan Istiklal untuk merasai seperti suasana “The New Paris” di sana. Bermalam di Istanbul
HARI 7
ISTANBUL (SP, --, --)
Lawatan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand
Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan
Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya ke Spice Bazaar.
Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat
Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.
Nota: Khas untuk bulan April sahaja, selepas sarapan pagi
anda akan dibawa ke Taman Emirgan (musim bunga) yang
merupakan salah satu tempat Festival Tulip diadakan selain
daripada di kawasan Sultan Ahmed (Blue Mosque-Hagia
Sophia)
HARI 8
ISTANBUL - PULANG (SP, --, --)
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah
hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum
berlepas ke tanah air.
PAKEJ TERMASUK
❖ Penginapan untuk 7 malam di hotel beserta sarapan
❖ Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama
❖ Tour Leader JU terlatih sepanjang perjalanan
❖ Pengangkutan khas sepanjang perjalanan
❖ Tiket Penerbangan Domestik 2x [15kg luggage per pax]
❖ Private Airport Transfer 6x
❖ Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi,
Hierapolis, Pamukkale, Underground City
❖ Group Tour untuk Bosphorus Cruise
❖ Sarapan pagi (SP) di hotel bermula hari ke-2 trip
❖ Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional
PAKEJ TIDAK TERMASUK
❖ Perbelanjaan Peribadi
❖ Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
[kecuali yang dinyatakan & tidak termasuk minuman]
❖ Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
❖ Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
❖ Tiket penerbangan antarabangsa [bayaran asing]
❖ Takaful kembara/insuran pelancongan
INFO HOTEL
DESTINASI HOTEL KATEGORI
Istanbul Wishmore Hotel Pamukkale Hierapark Thermal & Spa
Cappadocia Mycave Hotel Special Class
Bursa Grand Heykel Hotel Special Class
❖ Tempat penginapan adalah seperti di atas atau yang setaraf
HARGA PAKEJ [DEWASA]
BILANGAN PES. JENIS PAKEJ HARGA
14 Dewasa Trip Gabungan RM 2,859
12-13 Dewasa Trip Gabungan RM 2,989
10-11 Dewasa Trip Gabungan RM 3,179
8-9 Dewasa Trip Gabungan RM 3,459 6-7 Dewasa Trip Gabungan RM 3,929
❖ Tertakluk kepada terma & syarat
HARGA PAKEJ [KANAK-KANAK]
UMUR JENIS PAKEJ HARGA
0-1 Tahun Tanpa Katil RM 299
2-9 Tahun Tanpa Katil RM 631
2-9 Tahun Dengan Katil Tambahan RM 1,859 ❖ 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa
DEPOSIT DAN PEMBAYARAN
❖ Pilihan Pertama : Bayaran Penuh
❖ Pilihan Ke-2 :
a) Deposit : RM 500 setiap seorang
b) Bayaran ke-2 : 50% daripada jumlah
c) Bayaran ke-3 : 100% daripada jumlah
❖ Sebelum buat apa-apa bayaran, dapatkan invois
daripada pihak konsultan Jejak Uthmaniyyah dahulu.
❖ Pembayaran penuh seawal mungkin sangat dihargai.
❖ Pembayaran deposit tidak akan dipulangkan jika
pembelian tiket penerbangan sudah dibuat oleh pihak
konsultan JU atau Jejak Vacation Networks (JVN) Sdn
Bhd.
❖ Tidak ada pemulangan wang apabila pembayaran kedua
sudah dibuat.
TERMA DAN SYARAT
❖ Harga pakej adalah untuk susunan bilik ‘double/twin
room’ hingga ‘triple room’. Penambahan kos daripada
harga pakej untuk ‘single room’.
❖ Harga pakej bergantung pada bilangan peserta
dewasa.
❖ Semua sebut harga yang ditawarkan diberi di dalam USD
dan telah ditukarkan kepada nilai MYR (Ringgit
Malaysia).
❖ Pembayaran dalam matawang lain akan mengikut nilai
tukaran semasa USD.
❖ Pihak kami berhak membuat perubahan pada kadar
pertukaran nilai matawang semasa di Turki atau
sebarang peningkatan kos yang ditetapkan kerajaan
tempatan atau perubahan nilai cukai ditetapkan.
❖ Pihak JVN Sdn Bhd berhak untuk membuat perubahan
pada jadual program yang dicadangkan mengikut
kesesuaian situasi tanpa mengurangkan khidmat yang
sudah dinyatakan dan dijanjikan.
NOTA PENTING
❖ Musim salji bermula daripada pertengahan Disember
hingga Februari. Musim bunga bermula daripada akhir
Mac hingga May. Musim panas bermula daripada Jun
hingga Ogos. Musim luruh bermula daripada September
hingga November.
❖ Harga pakej yang ditawarkan tidak termasuk dengan
penerbangan antarabangsa kerana peserta & tetamu
kami datang dari pelbagai negara Asia contohnya
Malaysia, Singapura, Brunei dan warganegara yang
bekerja atau menetap di luar negara.
❖ Kami mampu membantu anda untuk pembelian tiket
penerbangan antarabangsa.
❖ Jangan bimbang jika tuan atau cikpuan hanya seorang
sahaja, anda boleh sertai trip gabungan/campuran ini
yang mana pihak JU/JVN Sdn Bhd akan kumpulkan para
peserta pada tarikh tertentu pada setiap bulan.
❖ Kami akan sedaya upaya untuk mencari peserta untuk
anda dipasangkan sesama jantina untuk ‘twin room’
atau ‘triple room’. Pilihan terakhir adalah ‘single room’.
❖ Harga pakej ini juga tidak termasuk dengan makan
tengah hari (MT) & makan malam (MM) kecuali yang
dinyatakan pada jadual program di atas. Tujuannya
adalah kerana lebih memberi kebebasan memilih
makanan dengan kuantiti yang mereka mahu di Turki
ini. Malah ia lebih menjimatkan kepada para tetamu
kami yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan
makanan tempatan, maka mereka boleh membawa
makanan dari Malaysia seperti Brahim, Maggi, sambal
hitam dll sebagai penambah perisa semasa makan
makanan Turki yang rasanya tak sama seperti di rantau
kita.
❖ Jika tuan & cikpuan inginkan PRIVATE GROUP TOUR
iaitu trip persendirian dikalangan kumpulan anda
sahaja, harga pakej bergantung pada bilangan peserta
dan jumlah hari. Kelebihan mengambil PRIVATE TOUR
adalah jadual tarikh dan program mengikut kehendak
sendiri dan fleksibel melalui persetujuan bersama.
Untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut boleh
terus hubungi konsultan JU melalui Whatsapp:
En. Shafiq : +90551 711 2174 [Wakil Di Turki]
Puan Nurul : +6018 391 7948 [Wakil Di Malaysia]
En. Shihab : +6013 353 7576 [Wakil Di Malaysia]