JSU SCE 3111 W.docx

  • Upload
    abekie

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

CE 3111 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)SAINS TAHUN 5

BAHAGIAN A (30 Soalan)

NOTOPIK SOALAN OBJEKTIFTAHAP TAKSONOMIJUMLAH

123456

1Menyiasat Alam Kehidupan1

(Mikroorganisma)

2Menyiasat Alam Kehidupan1

(Mikroorganisma)

3Menyiasat Alam Kehidupan1

(Mikroorganisma)

4Menyiasat Alam Kehidupan1

(Kemandirian Spesies)

5Menyiasat Alam Kehidupan1

(Kemandirian Spesies)

6Menyiasat Alam Kehidupan1

(Kemandirian Spesies)

7Menyiasat Daya & Tenaga1

(Eletrik)

8Menyiasat Daya & Tenaga1

(Tenaga)

Menyiasat Alam Kehidupan1

9(Rantai dan Siratan

Makanan)

Menyiasat Alam Kehidupan1

10(Rantai dan Siratan

Makanan)

11Menyiasat Daya & Tenaga1

(Cahaya)

12Menyiasat Daya & Tenaga1

(Cahaya)

13Menyiasat Daya & Tenaga1

(Haba)

14Menyiasat Daya & Tenaga1

(Haba)

15Menyiasat Daya & Tenaga1

(Eletrik)

16Menyiasat Daya & Tenaga1

(Tenaga)

17Menyiasat Daya & Tenaga1

(Eletrik)

Menyiasat Daya & Tenaga1

18(Tenaga)

19Menyiasat Alam Bahan1

(Asid dan alkali)

20Menyiasat Alam Bahan1

(Asid dan alkali)

21Menyiasat Alam Bahan1

(Asid dan alkali)

22Menyiasat Alam Bahan1

(Keadaan Jirim)

23Menyiasat Alam Bahan1

(Perubahan Keadaan Jirim)

Menyiasat Bumi Dan Alam1

24Semesta

(Buruj)

Menyiasat Bumi Dan Alam1

25Semesta

(Bumi, Bulan dan Matahari)

26Menyiasat Alam Bahan1

(Keadaan Jirim)

Menyiasat Bumi Dan Alam1

27Semesta

(Bumi, Bulan dan Matahari)

28Menyiasat Dunia Teknologi1

(Kekuatan dan Kestabilan)

29Menyiasat Dunia Teknologi1

(Kekuatan dan Kestabilan)

30Menyiasat Dunia Teknologi1

(Kekuatan dan Kestabilan)

JUMLAH SOALAN77743230

2.0 ITEM UJIAN OBJEKTIF

1. Soalan : Aras Pengetahuan

Karnivor ialah haiwan yang makan

I. Rumput II. Daging III. Ikan IV. Buah

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

Jawapan : C

2. Soalan : Aras Pemahaman

Rajah 4 Menunjukkan lalat

Rajah 4

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh lalat ?

A. Campak

B. Selesema

C. Pereputan gigi

D. Keracunan makanan

Jawapan : D

3

3. Soalan : Aras Aplikasi

Rajah 11 menunjukkan suatu siratan makanan.

Burung

Ular

Tumbuhan

Belalang

Helang

Kambing

Rajah 11

Apakah yang akan mengurangkan populasi belalang ?

I. Menanam lebih banyak tumbuhan II. Membiak lebih banyak burung III. Membunuh kambing IV.Membunuh ular

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

Jawapan : D

4. Soalan : Aras Analisis

Antara berikut, yang manakah faktor yang menyebabkan kejadian siang dan malam ?

A. Bumi yang berputar pada paksinya B. Bulan yang berputar pada paksinya C. Bulan yang bergerak mengelilingi bumi D. Bumi yang beredar mengelilingi matahari

Jawapan : A

4

5. Soalan : Aras Sintesis

Seorang budak lelaki menutup suis lampu dengan tangan basah. Antara berikut, ramalkan yang manakah mungkin berlaku ?

A. Lecuran B. Kebakaran C. Kejutan eletrik D. Renjatan eletrik

Jawapan : C

6. Soalan : Aras Penilaian

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kekuatan sesuatu struktur?

I. Luas tapak struktur II. Bahan yang digunakan III. Ketinggian struktur IV.Cara struktur itu dibina

A. I dan II

B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Jawapan : C

5

Esei Refleksi

Tugasan penilaian dan pentaksiran ini merupakan tugasan subjek major kami pada Semester 6. Tugasan ini adalah berkaitan dengan proses penilaian dan pentaksiran dalam pengajian sains. Sebelum kami keluar untuk menjalankan praktikum selama 8 minggu, soalan tugasan telah diberikan kepada kami. Pensyarah pembimbing kami iaitu En. Redzuan Bin Mustapha telah memberikan taklimat dan kemudian beberapa susulan untuk perubahan telah dilakukan pada soalan bagi memenuhi syarat tugasan.

Tugasan berkaitan dengan mencari maklumat berkenaan proses pentaksiran, alat penilaian dan bentuk-bentuk pentaksiran, penilaian kemahiran proses sains dan kemahiran saintifik yang mana ia dijalankan disekolah pada ketika ini. Tugasan pertama ialah mencari maklumat bagi mengenalpasti apakah konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Apabila saya dan pasangan saya Asrul Hafiz memulakan tugasan ini, kami telah mengenalapsti bagaimanakah cakupan dan ruang lingkup tajuk tugasan dan pemberatan tugasan ini. Jadi, merujuk kepada soalan yang telah diberikan oleh Pensyarah Pembimbing kami En.Ridzuan bin Mustapha, kami telah meneliti beberapa perkara yang seharusnya ada dalam tugasan berpasangan kami.

Tugasan berpasangan yang kami perlu lakukan ialah melakukan peta minda bagi setiap perkara yang berkaitan dengan pentaksiran. Ia meliputi, konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Peta minda tersebut disusuli dengan penerangan berkenaan setiap perkara yang dinyatakan.

6

Kemudian, bagi tugasan individu saya telah meminta bantuan guru di sekolah tempat saya menjalankan pratikum yang mana saya cuba mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan Jadual Spesifikasi Ujian dan proses penilaian yang dijalankan disekolah. Namun, saya hanya mampu mendapatkan maklumat berkenaan JSU yang mana saya perolehi dari laman sesawang sekolah lain. Kemudian, saya telah bekerjasama dengan seorang guru cemerlang sains daripada SK Chica Menyabong untuk mendapatkan gambaran berkenaan JSU Sains yang sebenar.

Situasi pada hari ini, guru disekolah tidak lagi diberikan kuasa untuk menggubal soalan bagi ujian sumatif dan ujian bulanan (UBB). Ini kerana Majlis Guru-Guru Besar (MGB) telah ditauliahkan untuk mengeluarkan soalan ujian dan guru tidak lagi membina soalan ujian seperti dulu. Saya lihat disini, hanya guru-guru yang mempunyai pengalaman sahaja mempunyai kemahiran dalam membina item soalan dan ujian yang standard. Kemudian, kebanyakan guru baru atau guru yang ada di sekolah ketika ini bukan dari kalangan guru yang mempunyai kepakaran dalam membina item soalan.

Kita dapat lihat dari segi pro dan kontranya, yang mana membina item ujian merupakan satu kepakaran yang sangat teliti. Ini kerana, bermula dari membina JSU, kemudian merangka bentuk soalan yang perlu diteliti setiap item yang dibina. Pembinaan item ujian merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi mengenalpasti tahap soalan, aras soalan dan standard soalan yang dibina.

Pembinaan item ujian haruslah selari dengan JSU yang dibina. Tidak semestinya soalan harus menjadi terlalu mudah dan terlalu sukar untuk dijawab oleh murid. Saya ingin merujuk kepada soalan UPSR yang baru sahaja menutup tirai pada minggu lepas, saya mendapati setiap soalan yang dibina merupakan soalan yang seimbang dan tidak begitu sukar dan tidak juga begitu mudah. Ia adalah salah satu contoh item pengujian yang baik.

Item pengujian yang baik haruslah meliputi setiap aspek yang ingin dinilai. Tidak semestinya ia merujuk kepada satu tahap iaitu pengetahuan dan pemahaman sahaja. Pelbagai variasi bentuk soalan membentuk satu

7

pengelasan yang mana kita dapat lihat hasilnya kelak, samada ia harus merangkumi semua aspek, sebahagian atau khusus kepada satu aspek sahaja.

Item pengujian yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti keakuran, ketepatan dan kejelasan serta kesesuaian. Ia bukanlah satu pembinaan yang mana mengikut sedap, tetapi ia adalah satu penghasilan item yang kita sebutkan sebagai item yang baik.

Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan

Jadi, sebagai seorang guru, kefahaman dalam menentukan apakah matlamat sebenar dalam melakuskan proses pentaskiran melalui ujian adalah satu perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak semestinya item ujian yang mudah adalah yang tidak baik dan item ujian yang sukar adalah yang baik. Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati matlamat pentaksiran yang sebenar adalah yang terbaik.

Situasi penilaian disekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada proses pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) yang mana sedang dijalankan sejak tahun lalu. Ketika ini, murid tahun dua dan satu menggunakan penilaian individu bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan. Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan aktiviti membaca dan selepas itu guru akan menilai pengajaran mereka pada hari tersebut untuk dimasukkan kedalam data murid.

Perangkaan KSSR adalah bertujuan untuk menilai murid melalui potensi kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian yang berterusan dan merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada penilaian dapatlah guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau menambah baik

8

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.

Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan merupakan satu proses yang menjadi medium untuk guru melihat hasil pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Namun, bagi melaksanakan satu pentaksiran dan penilaian, pelbagai aspek yang harus diambil kira bagi memastikan ia tidak terpesong dari landasan yang kita rencanakan.

Kini saya telah jelas apabila berbicara berkenaan pentaksiran dan penilaian, maka saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga bersa bertuah kerana pendedahan yang sebegini memberikan nilai tambah kepaa saya untuk mengetahui lebih dekat lagi berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah.

Semoga, apa yang telah saya pelajari ini akan membantu saya dalam berhadapan dengan situasi yang sebenar di sekolah kelak. Saya berharap, agar saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi ini untuk digunakan pada masa akan datang. Mungkin saya juga boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya bersama rakan-rakan untuk tujuan kebaikan bersama.