Upload
khairul-zamri
View
228
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sdds
Citation preview
Pendahuluan
Ujian merupakan indikator terbaik untuk mengukur sejauh manakah tahap kebolehan
dan pencapaian murid .Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian.
Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat
bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas
ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Item (JSI).
JSI adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan
taburan aras kesukaran. Tujuan JSI disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang
lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti
aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSI dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai
kesahan dan keutuhan.
Kubiszyn dan Borich (2003) berpendapat, JSI adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Kesimpulan
Dalam penilaian atau ujian , JSI memainkan peranan yang penting kerana dapat
menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSI wajar diguna pakai
oleh guru untuk menyediakan ujian. Oleh itu, kami berpendapat, semua soalan yang digubal
perlu berdasarkan pada JSI yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperoleh
adalah rasional dan mampu dijadikan nilai kesahan yang tinggi. Selain daripada menjadikan
kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi mudah, ia juga membantu memudahkan
lagi pembinaan item-item soalan yang dikehendaki mengikut ketetapan yang telah dibuat
melalui pembinaan JSI .Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi
markah mengikut sistem pemarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah khususnya.