Upload
others
View
32
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD
HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN KURSUS DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN ELEKTRIK
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
DR. FAIZAH BTE ABD GHANI
Nama Penyelia
NO. F12, KAMPUNG JAWA 0600 YAN KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan : .........................................
Nama Penyelia : Dr.Faizah Bte Abd Ghani
Tarikh : ........................................
iii
HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN KURSUS DI
KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN ELEKTRIK
SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD
Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : Siti Noorazzura binti Ahmad
Tarikh : ..............................................
v
DEDIKASI
Teristimewa buat ibunda tercinta, Zahrah binti Othman (MAK)...,
Dan Allahyarham Ayahandaku Ahmad bin Said (ABAH)...,
(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu ini)
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas doa restu serta kasih sayang yang diberikan
kepadaku..serta kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula
menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang...
Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi...
Buat abang-abang, kakak-kakak serta anak saudaraku,
Ismail, Zainudin, Zahari, Siti Rosmaza, Siti Aishah, Nur Amani Husna,Muhammad Alif
Hazmi,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepadaku...
Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segalanya...jasa anda dikenang..
Buat tunang yang disayangi,
Muhammad Azhar bin Mohamad Yusop,
Terima kasih di atas segala dorongan, sokongan dan sentiasa memahami...
Buat Dr.Faizah serta Pensyarah-pensyarah UTM,
Buat teman-teman,
Jasa anda terlu besar sepanjang penulisan...tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan...
Sehingga dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini...
Dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini...
Dan kepada orang perseorangan yang terlibat secara lansung atau tidak langsung...
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...
KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar termakbul
segala cita-cita……..Amin..
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNYA. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W sebagai contoh teladan
terbaik, para sahabat dan pejuang Islam. Syukur kepada Allah S.W.T, kesyukuran
yang tidak terhingga kerana dengan izinNya penulisan ini dapat disiapkan juga
dengan sempurna.
Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam
meyiapkan kajian ini termasuk yang memberi dorongan dan sokongan kepada
penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Dr.Faizah Bte
Abd Ghani, selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah, tunjuk ajar,
menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan dan dorongan yang telah
diberikan sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada teman-temanku terutamanya Emy, Lely
dan Rat yang banyak memberi sokongan dan pertolongan kepada kawanmu ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor kerana telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Dengan kerjasama semua pihak, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar
dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik
kalian semua. Terima Kasih..
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan
pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk
kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39
responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Alat
kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah
digunakan bagi mendapatkan trait personaliti responden, manakala Indeks Kongruen
Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan trait personaliti. Soal
selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082
digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Data-
data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. Analisis data secara deskriptif yang
diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kursus responden
adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan trait personaliti utama
keseluruhan responden adalah RSE. Selain itu dapatan kajian menunjukkan 46.2%
daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah
berdasarkan Indeks Kongruen Iachan. Analisis inferensi kolerasi Pearson ‘r’
digunakan bagi melihat hubungan di antara darjah kongruen trait personaliti
responden dengan faktor pemilihan kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen trait personaliti
responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to examined the personality trait and the
selection of course among Sarjana Muda Teknologi and Pendidikan Elektrik students
at Faculty of Education, UTM, Skudai. This correlation research was used and the
theoretical framework of this study was based on Holland’s Theory of Career
Typology (1973). A total 39 respondents were selected by using purposive sampling
method. Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Amla translation version, 1984)
was used as the instrument to study the respondents’ personality trait while the
degree of congruence on personality trait respondents’ were measured by using
Iachan Congruence Index. Questionnaire from Norlia Melawi (2000) showed the
alpha Cronbanch 0.7082 was used to study the career decision factors in selecting
teacher as a career path. The data was analyzed by using Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. The descriptive analysis of data
showed that the main factors on selecting courses is environment factors. The result
also indicated that the personality trait of the respondents is RSE. Other than that,
the finding showed 46.2% from the total amouts respondent have the poor level
based on Iachan Congruence Index. Inferential analysis for Pearson ‘r’ correlation
was used to identify the relationship between degree congruence on personality trait
respondents’ with their selecting courses. Their finding showed that there was no
significant relationship between degree congruene on personality trait resondents’
with their interest, family, reward and environment factors.
xiv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS i
PENGESAHAN ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN xiv
SENARAI JADUAL xx
SENARAI RAJAH xxii
SENARAI SIMBOL xxiii
SENARAI LAMPIRAN xxiiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.7.1 Pelajar 8
1.7.2 Ibubapa 9
xv
1.7.3 Institusi Pengajian Tinggi 10
1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
1.8 Skop dan Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 12
1.9.1 Trait 12
1.9.2 Personaliti 12
1.9.3 Trait personaliti 15
1.9.4 Kursus 15
1.9.5 Pelajar 15
1.11 Kesimpulan 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kerangka Teori Kajian 17
2.2.1 Teori Tipologi Kerjaya Holland 18
2.3 Kajian-kajian Lepas 27
2.3.1 Kajian-kajian Dalam Negeri 27
2.3.2 Kajian-kajian Luar Negeri 34
2.4 Kesimpulan 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Lokasi Kajian 39
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 40
3.5.1 Bahagian A – Butir-butir Diri Responden 41
3.5.2 Bahagian B – Faktor Pemilihan Kursus 43
3.5.3 Bahagian C – Self-Directed Search (SDS)
Form Easy (Versi Terjemahan Amla,1984) 44
3.5.3.1 Skor Manual Self Directed Search
(SDS) – Form Easy (Versi
Terjemahan Amla) 46
xvi
3.5.3.2 Kebolehpercayaab dan Kesahan
SDS – Form Easy (Versi
Terjemahan Amla) 48
3.5.3.3 Indeks Kongruen Iachan 50
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 52
3.7 Penganalisisan Data 53
3.7.1 Statistik Deskriptif 53
3.7.2 Statistik Inferensi 54
3.8 Jangkamasa Kajian 56
3.9 Kesimpulan 57
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 58
4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Peribadi Responden
(Bahagian A) 58
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun
Pengkhususan 60
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap
Kelulusan 61
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Cita-cita
Sebenar Bekerja di sektor 61
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Butir-butir
Persekolahan Ibubapa 62
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa di sektor 63
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu di sektor 63
4.2.9 Taburan Responden Mengikut Tahap
Pendapatan Ibubapa 63
xvii
4.3 Analisis Deskriptif Faktor Pemilihan Kursus
(Bahagian B) 64
4.3.1 Faktor Minat 65
4.3.2 Faktor Keluarga 66
4.3.3 Faktor Ganjaran 68
4.3.4 Faktor Persekitaran 70
4.3.5 Min Bagi Faktor-faktor Pemilihan Kursus 71
4.4 Analisis Deskriptif Trait Personaliti
(Bahagian C) 72
4.4.1 Trait Personaliti Responden 72
4.4.2 Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding
Kod Tiga Huruf Holland 73
4.5 Analisis Tahap Padanan Darjah Kongruen
Trait Personaliti Responden 74
4.5.1 Taburan Analisis Tahap Padanan Darjah
Konguen Personaliti Responden dengan
Bidang Kursus Yang Diikuti 74
4.5.2 Klasifikasi Bagi Hasil Taburan Analisis
Tahap Padan Darjah Kongruen Trait
Personaliti Responden Dengan Bidang
Kursus Yang Diikuti 75
4.6 Analisis Inferensi 77
4.6.1 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait
Personaliti Responden Dengan Faktor
Minat dalam Pemilihan Kursus Responden 77
4.6.2 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait
Personaliti Responden Dengan Faktor
Keluarga dalam Pemilihan Kursus
Responden 78
4.6.3 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait
Personaliti Responden Dengan Faktor
Ganjaran dalam Pemilihan Kursus
Responden 79
xviii
4.6.4 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait
Personaliti Responden Dengan Faktor
Persekitaran dalam Pemilihan Kursus
Responden 80
4.7 Kesimpulan 81
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Perbincangan 82
5.2.1 Hasil Dapatan Taburan Responden 83
5.2.2 Hasil Dapatan Faktor Pemilihan Kursus
di kalangan Responden 85
5.2.3 Hasil Dapatan Trait Personaliti Utama
Responden dan Perbandingan Kod Tiga
Huruf Pengkaji Berbanding Kod Tiga
Huruf Holland 89
5.2.4 Hasil Analisis Taburan Tahap Padanan
Darjah Kongruen Trait Personaliti
Responden Dengan Bidang Kursus
Yang Diikuti 91
5.2.5 Keputusan Dan Analisis Ujian Kolerasi
Pearson 92
5.3 Rumusan Dan Implikasi Kajian 93
5.4 Cadangan Tindakan Kajian 96
5.5 Cadangan-cadangan Kajian Lanjutan 98
5.6 Kesimpulan 99
BIBLOGRAFI 101
LAMPIRAN 110
xix
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
2.1 Cara Kehidupan Sendiri dan Personaliti Profesion 20
2.2 Tahap Ketekalan dan Bentuk Personaliti 24
3.1 Skor bagi faktor demografi 42
3.2 Pemeringkatan skala empat mata 43
3.3 Taburan soalan bagi setiap faktor mendorong pemilihan kursus 44
3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self-Directed Search- Form
Easy (versi terjemahan Amla) 46
3.5 Contoh penggunaan skor kasar dan sub skala SDS-E 47
3.6 Pengujian kebolehpercayaan SDS-Form E
(Versi terjemahan Amla) 50
3.7 Tahap Indeks Kongruen Berdasarkan Indeks Iachan 51
3.8 Skala pemeringkatan yang telah diubah untuk item 25 54
3.9 Klasifikasi kekuatan kolerasi (Rowntree, 1981) 55
3.10 Kaedah penentuan pemilihan statistik bagi proses
penganalisisan data 55
4.1 Analisis taburan responden mengikut jantina 59
4.2 Analisis taburan responden mengikut umur 59
4.3 Analisis taburan responden mengikut tahun pengajian 60
4.4 Analisis taburan responden mengikut tahap kelulusan 61
4.5 Analisis taburan responden mengikut cita-cita sebenar
bekerja di sektor 61
4.6 Analisis taburan responden mengikut butir-butir persekolahan
ibubapa 62
4.7 Analisis taburan responden mengikut pekerjaan bapa di sektor 63
4.8 Analisis taburan responden mengikut pekerjaan ibu di sektor 63
xx
4.9 Analisis taburan responden mengikut pendapatan ibubapa 64
4.10 Analisis data bagi faktor minat 65
4.11 Analisis data bagi faktor keluarga 67
4.12 Analisis data bagi faktor ganjaran 69
4.13 Analisis data bagi faktor persekitaran 70
4.14 Analisis min bagi setiap faktor 72
4.15 Analisis trait personaliti responden 73
4.16 Analisis Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding
Kod Tiga Huruf Holland 73
4.17 Analisis tahap padanan trait personaliti responden dengan
darjah kongruen bidang kursus yang diikuti oleh responden 74
4.18 Klasifikasi bagi hasil taburan analisis padanan darjah kongruen
trait personaliti responden dengan bidang kursus yang diikuti 76
4.19 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti
dengan faktor minat dalam pemilihan kursus responden 77
4.20 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti
dengan faktor keluarga dalam pemilihan kursus responden 78
4.21 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti
dengan faktor ganjaran dalam pemilihan kursus responden 79
4.22 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti
dengan faktor persekitaran dalam pemilihan kursus responden 80
xxi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH MUKA SURAT
2.1 Model Heksagonal Holland (Model Jenis Personaliti
dan Persekitaran Profesion Holland) 23
2.2 Perbezaan personaliti dengan persekitaran 25
4.1 Peratusan Bagi Taburan Tahap Padanan Darjah Kongruen
Trait Personaliti Responden dengan Bidang Kursus
Pendidikan Elektrik 76
xxii
SENARAI SIMBOL
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FP - Fakulti Pendidikan
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
Ho - Hipotesis
R - Realistik
I - Investigatif
A - Artistik
S - Sosial
E - Enterprising
C - Conventional
SDS-E - Self-Directed Search-Form Easy
SPSS-PC+ - Statistical Package for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
r - Pekali kolerasi
p - Nilai signifikan bagi Ujian Kolerasi
N - Bilangan
% - Peratus
S.D - Sisihan Piawai
F - Kekerapan
xxiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK A Senarai Nama Pelajar SPE
B Contoh Borang Soal Selidik
C Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Projek Sarjana
Muda
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion merupakan satu aktiviti penting dalam kehidupan seseorang.
Profesion juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan
identiti peribadi (Azizi et. al., 2005). Profesion merupakan sesuatu aktiviti yang
menjadi impian setiap pelajar setelah menamatkan pengajian. Menurut Hushim
Salleh (2007), hampir setiap individu mempunyai profesion idaman mereka yang
tersendiri. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut seperti
hendak jadi cikgu, doktor, polis, peguam, penyanyi atau pelakon. Namun tidak
kurang juga, yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.
Kaunselor dan juga pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim
Salleh (2007) berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa
adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerja. “Contohnya, orang yang bercita-
cita tinggi untuk menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap
kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,” katanya
kepada Utusan. Kebiasaannya profesion yang diceburi bergantung kepada jenis
pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperolehi semasa sekolah. Apa
yang menyedihkan masih terdapat lagi masalah pelajar yang tidak dapat menentukan
minat mereka terhadap sesuatu profesion.
Pemilihan personaliti yang baik akan membantu seseorang bersedia untuk
memasuki alam profesion dengan penuh keyakinan. Ia akan membantu seseorang
2
memperoleh profesion yang sesuai dengan diri dan kelayakan akademiknya. Ia juga
akan membantu dalam menghadapi cabaran dan halangan apabila menceburi alam
profesion sama ada kerja untuk orang lain ataupun kerja sendiri. Seterusnya ia akan
membantu seseorang itu berjaya dalam kerja seharian yang diceburi dan menjadi
individu yang berjaya.
Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti akan mempengaruhi
gaya kehidupannya di mana dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang
dimiliki oleh seseorang pelajar akan menentukan cara penyelesaian masalah
hidupnya. Masalah-masalah ini termasuklah masalah dengan pemilihan kursus yang
bersesuaian dengan personaliti pelajar. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri
personaliti sendiri adalah penting bagi setiap pelajar supaya dapat membantunya
memahami diri sendiri. Hal ini berlaku kerana semakin hampir keselarasan antara
ciri-ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu profesion, maka
semakin besar seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Ini disokong
oleh Holland (1973), yang menyatakan bahawa keselarasan antara personaliti-
persekitaran itu amat penting untuk mencapai tahap kepuasan, motivasi dan
pencapaian akademik yang baik. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan
stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara
jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland (1985), yang memperkenalkan
teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras
dengan ciri-ciri individu.
Pemilihan kerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelak daripada
berlakunya pertukaran kerja. Implikasi daripada kenyataan ini ialah perlunya
mendapatkan individu yang betul untuk pekerjaan yang betul supaya guna tenaga
dapat dipertingkatkan ke tahap yang semaksima mungkin. Holland (1985), juga
menegaskan bahawa apabila wujud keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis
persekitaran, maka individu dikatakan berada dalam kerjaya yang selaras atau sesuai.
Keselarasan ini seterusnya akan dipamerkan melalui kesungguhan dan keterampilan
individu dalam kerjayanya.
3
Persekitaran belajar yang bersesuaian dengan jenis personaliti dan minat
seseorang individu akan menjamin kepuasan dan kejayaan kepada individu
berkenaan di sepanjang pengajiannya. Ini bertepatan dengan teori Model Tipologi
Heksagon Kerjaya Holland (1973) yang menekankan tentang keserasian personaliti-
persekitaran untuk mencapai kepuasan yang tinggi. Menurut Holland (1973), jika
individu dengan personaliti jenis sosial diletakkan dalam persekitaran jenis sosial,
individu berkenaan akan dapat menunjukkan kecekapan dan minat yang tinggi dan
seterusnya mencapai kepuasan dalam persekitaran tersebut.
Menurut kenyataan daripada Malaysian University Selection Inventory
(MUnsI), isu ketidakselarasan personaliti dan minat dengan bidang pengajian diikuti
mungkin tidak dapat diselesaikan walaupun pelajar berjaya memperoleh ijazah.
Ketidakselarasan ini akan membawa masalah dalam pekerjaan seperti prestasi yang
kurang memuaskan, produktiviti yang rendah, dan berpotensi besar untuk bertukar
kerjaya yang diceburi. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan universiti
dipersalahkan kerana tidak dapat melatih graduan dengan baik.
(https://pohon.usm.my/ujian_aptitud.asp)
Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan
kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat
ketidakselarasan ini boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang
berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan,
2004) dalam (MUnsyI). Perkara ini juga boleh melangkau keluar alam pekerjaan
dan memberi impak kepada kehidupan keluarga dan kesihatan mental pelbagai
individu yang terbabit.
Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang sering berlaku
kepada para pelajar dalam menentukan profesion mereka. Ini kerana terdapat
pelajar-pelajar yang masih keliru untuk menentukan profesion mereka sendiri.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan mereka tidak dapat memastikan ke
manakah kecenderungan minat yang mereka ada, yang menyebabkan mereka keliru
dan tiada hala tuju. Mereka sering kali berhadapan dengan konflik antara kehendak
4
ibu bapa, kehendak mereka sendiri dan pengaruh rakan sebaya dalam memilih
jurusan yang boleh menjejaskan pemilihan profesion.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerjaya guru merupakan salah satu bidang profesion. Menurut Sufean Husin
(1993), kerjaya guru bukanlah satu profesion yang mudah seperti yang disangkakan
oleh orang ramai selama ini. Menurut Berita Portal Pendidikan Utusan Malaysia
(2004), menjadi guru bukanlah semudah yang difikirkan, bukan kerana untuk
mendapat cuti yang panjang, gaji yang lumayan atau sebagai pilihan terakhir dalam
menentukan karier, tetapi bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak di mana
bukan sekadar bangga dengan berlumba-lumba melahirkan pelajar yang mendapat
keputusan ‘10 A’, tetapi berlumba-lumba untuk melahirkan pelajar ‘A’, dari aspek
intelek, rohani dan jasmani.”
Profesion keguruan merupakan bidang yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Hal ini dapat dilihat dengan peranan dan tanggungjawab guru yang semakin
mencabar. Menurut Atan Long (1988), terdapat tiga rintangan utama yang sentiasa
mencabar profesion keguruan iaitu rintangan yang wujud di sekolah atau sistem
persekolahan yang tidak sempurna, rintangan daripada faktor masyarakat, rintangan
yang wujud akibat sikap dan perwatakan guru yang negatif. Hal ini dikukuhkan
dengan pandangan Goth dan Roth (1993) yang menyatakan status profesion
keguruan masa kini menghadapi tiga keadaan negatif iaitu tekanan, moral guru yang
rendah dan perletakan jawatan.
Fenomena kerjaya guru yang semakin mencabar sering di perkatakan kini.
Menurut Siva (1995), guru sering dibebani dengan kerja-kerja sampingan selain
daripada melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kerja-kerja guru merangkumi
pelbagai tujuan dari segi pengajar, pengkeranian, permainan, perancangan dan
kebajikan. Bebanan ini boleh memberi implikasi yang negatif disebabkan pemilihan
kerjaya guru bukan disebabkan faktor minat. Hal ini dibuktikan dengan kajian oleh
5
Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia yang
menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti
menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian (Muhammad,
1995).
Persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah,
malah ia menjadi isu dalam media masa. Hal ini dibuktikan dengan Laporan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NTUP) yang menunjukkan tahap
stres di kalangan guru semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran daripada
tugas yang meningkat. Laporan ini bertekalan dengan kajian NTUP (2005) yang
menunjukkan seramai 69% warga pendidik bekerja dalam keadaan stres. Dalam
konteks negeri Sarawak pula, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari
Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal
pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 orang guru di Sarawak telah
meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara
alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan
dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat
(Borneo Post, 1996).
Isu-isu guru menampar, menumbuk dan menendang murid adalah merupakan
antara tindakan yang dilakukan oleh guru akibat daripada tekanan (Straits Times,
April 1994, Strait Times, Jan 1995). Hal ini dikukuhkan lagi dengan pandangan
Razali Othman (2008) yang menunjukkan 209 responden guru merasakan profesion
perguruan merupakan profesion yang menjadikan mereka tertekan.
Menurut Carmeli dan Gefan (2004), pengambilan cuti yang panjang, ponteng
kerja, kurang komitmen dan dan kesihatan mental yang terjejas akan timbul apabila
seorang guru itu mengalami tekanan yang boleh memberi implikasi kepada mutu
profesion keguruan. Sehubungan dengan itu, hal ini boleh menjejaskan mutu
perkhidmatan pendidikan dalam mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi bangsa
yang maju dengan memiliki minda kelas pertama ke arah melahirkan guru yang
cemerlang.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Jaminan terhadap kualiti perkhidmatan dalam profesion pendidikan pada
abad ke-21 merupakan satu cabaran. Keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan
peningkatan kualiti pendidikan (Wan Mohd Zahid, 1995). Arus pembangunan masa
kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan sosial. Pada
abad ke-21 ini, menjadi guru sememangnya bukan satu perkara yang mudah.
Peranan guru kini bukannya kepada menyampaikan ilmu semata-mata, malah
melampaui istilah guru sendiri. Selain melayan pelbagai kerenah pelajarnya, guru
juga perlu melaksanakan pelbagai tanggungjawab mengenai perkara yang
berhubungkait dengan pelajar seperti menyelesaikan masalah disiplin, program
kaunseling, menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan mengadakan kelas bimbingan
(Tee, 2003).
Sehubungan dengan itu, kajian-kajian mengenai personaliti untuk pemilihan
profesionalisme perguruan perlu dilakukan bagi mengenalpasti keserasian dengan
kerjaya guru dan minat. Hal ini berlaku kerana ketidakselarasan antara jenis
personaliti dan persekitaran akan menimbulkan perasaan jemu dan kecewa yang
akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerjaya (Atan, 1982). Hal ini dikukuhkan
dengan pandangan Bretz dan Judge (1994), yang menyatakan keselarasan personaliti
dan persekitaran akan mempengaruhi kejayaan sesuatu kerjaya.
Maka dengan itu, pengkaji memfokuskan mengenai hubungan trait personaliti
pelajar dengan pemilihan kursus kerana kajian ke atas ciri-ciri personaliti memanglah
penting, khasnya di dalam memotivasikan diri pelajar untuk memahami personaliti
diri ke arah profesion yang menjadi pilihan. Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri
personaliti yang ada pada pelajar-pelajar? Wujudkah perbezaan personaliti antara
mereka? Personaliti masing-masing individu sama ada sesuai untuk menjadi
seseorang guru adalah penting untuk menjamin kualiti pendidikan dan juga kualiti
pelajar yang akan dilahirkan nanti. Tetapi, adakah pelajar-pelajar yang bakal
menjadi guru khususnya guru Elektrik yang sangat diperlukan oleh dunia pendidikan
ini benar-benar memiliki personaliti yang sesuai dengan persekitaran guru Elektrik?
7
Adakah mereka benar-benar bersedia menjadi seorang guru yang berkelayakan dan
profesional?
Oleh sebab guru memainkan peranan penting dalam pembentukan modal
insan, maka kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti trait personaliti dan faktor-
faktor pemilihan kursus oleh bakal-bakal guru keluaran Universiti Teknologi
Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif untuk dicapai menerusi kajian ini. Trait-trait
personaliti ke arah pendekatan profesional keguruaan merupakan elemen yang ingin
di kaji. Oleh itu objektif dalam menjalankan kajian ini ialah:
i. Mengenalpasti faktor pemilihan kursus di kalangan pelajar SPE.
ii. Mengenalpasti trait personaliti utama yang dimiliki oleh pelajar SPE.
iii. Mengenalpasti tahap keselarasan atau kekongruenan trait personaliti dengan
bidang kursus yang diikuti di kalangan pelajar SPE.
iv. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara darjah kongruen trait
personaliti dengan faktor pemilihan kursus yang diikuti oleh pelajar SPE.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah faktor pemilihan kursus di kalangan pelajar SPE?
ii. Apakah trait personaliti utama yang dimiliki oleh pelajar SPE?
iii. Apakah tahap keselarasan atau kekongruenan trait personaliti dengan bidang
kursus yang diikuti di kalangan pelajar SPE.
iv. Adakah terdapat hubungan antara darjah kongruen trait personaliti dengan
faktor pemilihan kursus yang diikuti oleh pelajar SPE.