Upload
phungthuan
View
215
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN, KESALAHFAHAMAN DAN MASALAH PENGUASAAN KONSEP PENGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM MATA
PELAJARAN BIOLOGI KBSM DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN IV DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya TAN CHENG THENG (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh
________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 14, JALAN KESUMBA, TAMAN PEKAN DR. BAHARIN BIN ABU BARU, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. Nama Penyelia Tarikh: 2 MAC 2004 Tarikh: 11.03.2004
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
i
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan:
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).”
Tandatangan : ………………………….…..
Nama Penyelia : ….DR..BAHARIN ABU…...
Tarikh: : ………11 / 03 / 2004……….
ii
TAHAP KEFAHAMAN, KESALAHFAHAMAN DAN MASALAH PENGUASAAN KONSEP PENGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM DI KALANGAN
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN IV DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH
TAN CHENG THENG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC, 2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penulis : ….TAN CHENG THENG….
Tarikh: : .………7/03/2004…………..
iv
DEDIKASI
Khasnya ditujukan kepada:
Ayah dan ibu yang tersayang,
TAN BONG SENG dan KUNG SWEE LEE
Adik-adik yang dikasihi,
TAN LIP SIN dan TAN LIP YONG
Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, keperihatian dan kasih sayang kalian.
v
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih
kepada Dr. Baharin Abu selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini di atas
galakan, bimbingan dan nasihat yang diberikan dalam menyempurnakan kajian dan
laporan projek ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Arba’at Hassan yang banyak
menghulurkan bantuan dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini. Tidak dilupakan juga kepada panel pemeriksa, pensyarah-pensyarah
Fakulti Pendidikan dan teman-teman seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pengetua, penolong
kanan kurikulum, guru-guru Biologi dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam
menjayakan kajian ini dan serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau secara tidak langsung dalam menjayakan kajian Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk
Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains. Selain daripada itu, kajian ini
juga bertujuan untuk mengenalpasti kesalahfahaman konsep serta masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam memahami dan menguasai konsep Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma (Bab 3). Kajian ini melibatkan seramai seratus dua puluh
orang pelajar tingkatan IV dari empat buah sekolah menengah di zon Johor Bahru,
Johor. Soal selidik yang digunakan mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang
responden. Bahagian B mengandungi tujuh soalan struktur untuk mengenalpasti
tahap kefahaman dan kesalahfahaman konsep oleh pelajar dan Bahagian C pula
mengandungi 1 soalan terbuka untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam menguasai konsep Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma. Data-data
yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan
min. Secara keseluruhannya, keputusan kajian mendapati tahap kefahaman pelajar
mengenai konsep ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’ adalah pada tahap
faham separuh dengan kesalahfahaman mengikut kategori Lumpe dan Staver (1995).
Kesalahfahaman pelajar adalah terutamanya melibatkan proses resapan, osmosis dan
pengangkutan aktif. Masalah-masalah penguasaan yang dapat dikenalpasti dari kajian
ini adalah berkaitan dengan cara pengajaran guru, persekitaran dan kelengkapan serta
kekeliruan pelajar. Beberapa cadangan dibuat untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dalam menguasai konsep ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to examine the Form Four science students’
understanding on the topic of 'Pengerakan Bahan Merentas Membran Plasma' in
Biology KBSM. The research also attempts to explain student's misunderstanding
and the problems they faced in understanding the topic. The respondents were one
hundred and twenty Form Four students from four secondary schools in Johor Bahru,
Johor using a set of questionnaires. The questionnaires consist of Part A, Part B and
Part C. The students were required to fill in their background in Part A. Part B
consists of seven structured questions to determine the students’ understanding on the
concept. Part C consists of one open-ended question to find out problems faced by
students in understanding the concept. The data was analyzed descriptively to obtain
the frequency, percentage and mean. On the overall, the result shows that student's
understanding level towards the concept of 'Pengerakan Bahan Merentas Membran
Plasma' was 'Partial Understanding and Misunderstanding' according to a five
category written test analysis, adapted from Lumpe and Staver (1995). Most of the
students exhibited a misunderstanding to the concept of diffusion, osmosis and active
transport. Study environment and the equipments available, students’ confusion, and
finally instructors’ teaching methods supposedly as the important factors that cause
the students faced problems in understood the topic. Finally, some suggestions were
given in this research to improve student's understanding on the topic.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 12
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Kepentingan Kajian 14
1.6 Batasan Kajian 15
1.7 Definisi Operasi 16
1.7.1 Mata Pelajaran Biologi KBSM 16
ix
1.7.2 Tahap Kefahaman 17
1.7.3 Kesalahfahaman Konsep 17
1.7.4 Pelajar 17
1.8 Penutup 18
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 19
2.1 Definisi Konsep 20
2.2 Klassifikasi Pembentukan Dan Pembelajaran
Konsep 22
2.3 Kesalahfahaman Konsep Sains Secara Umum 25
2.4 Kesalahfahaman Konsep: Resapan Dan Osmosis 28
2.5 Peranan Guru Dalam Mengatasi Masalah 30
Kesalahfahaman Konsep
2.6 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34
3.1 Reka Bentuk Kajian 34
3.2 Populasi dan Tempat Kajian 35
3.3 Instrumen Kajian 37
3.4 Kajian Rintis 38
3.5 Analisis Kajian 39
3.6 Penutup 42
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan 43
4.1 Profil Responden 44
4.2 Persoalan Kajian I 46
4.3 Persoalan Kajian II 55
4.4 Persoalan Kajian III 61
4.5 Penutup 63
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 65
5.1 Perbincangan 65
5.1.1 Tahap Kefahaman dan Kesalahfahaman Konsep 66
5.1.2 Masalah Pembelajaran Konsep Pergerakan
Bahan Merentas Membran Plasma 73
5.2 Kesimpulan 74
5.3 Kekangan Kajian 76
5.4 Cadangan Kajian 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN 89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 SPM 1999-2000. Bilangan Calon Yang Mengambil
Mata Pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia. 10
1.2 SPM 1999 - 2000. Analisis Mata Pelajaran
Biologi Mengikut Peringkat. 11
3.1 Sekolah Dan Bilangan Pulangan Soal Selidik
Yang Lengkap 36
3.2 Skor Markah Untuk Setiap Tahap Kefahaman 41
3.3 Skor Min Untuk Setiap Tahap Kefahaman 41
4.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 45
4.2 Bangsa dan Jantina Responden 45
4.3 Analisis Mengenai Konsep Membran
Plasma (Soalan 1) 47
4.4 Analisis Mengenai Definisi Resapan, Osmosis
Dan Pengangkutan Aktif (Soalan 2) 48
4.5 Analisis Mengenai Jenis Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma (Soalan 3) 49
4.6 Analisis Mengenai Konsep Larutan Hipotonik, 50
Larutan Isotonik dan Larutan Hipertonik (Soalan 4)
4.7 Analisis Mengenai Konsep Osmosis (Soalan 5) 51
4.8 Analisis Mengenai Konsep Resapan (Soalan 6) 52
4.9 Analisis Mengenai Konsep Pengangkutan
Aktif (Soalan 7) 53
xii
4.10 Skor Min Untuk Setiap Item Ujian 54
4.11 Tahap Kefahaman Untuk Setiap Item Ujian 54
4.12 Masalah Pembelajaran Yang Dihadapi oleh Pelajar
Mengikut Kategori Tema dan Kekerapan. 62
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Ujian Penguasaan 90
B Skema Jawapan Ujian Penguasaan 98
C Contoh Jawapan Untuk Menunjukkan Tahap
Kefahaman Responden Mengikut Kategori 101
D Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia 103
E Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 105
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pendidikan sains digubal bagi menghasilkan pelajar
yang berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, celik sains, serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.
Biologi merupakan salah satu mata pelajaran yang menjadi teras kepada
teknologi. Mata pelajaran Biologi diajarkan adalah untuk menyediakan pelajar yang
lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam
kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan pelajar ini
akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Untuk menjayakan hasrat
ini, pencapaian dan kefahaman pelajar merupakan objektif utama dan sering
mendapat perhatian dalam pembelajaran sains seperti Biologi.
2
Banyak kajian yang dilakukan di luar negara menunjukkan adanya perkaitan
antara pencapaian akademik pelajar dengan penguasaan konsep-konsep Biologi.
Penguasaan konsep merupakan salah satu faktor yang membantu pelajar untuk
menyelesaikan suatu masalah. Kegagalan pelajar untuk menguasai satu-satu konsep
menyebabkan pelajar gagal apabila diuji (Bloom, 1976).
Di Malaysia, walaupun banyak kajian yang telah dibuat namun masalah
kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Tambahan lagi, daripada
tiga mata pelajaran sains tulen yang ditawarkan iaitu Biologi, Fizik dan Kimia,
jumlah calon yang mengambil mata pelajaran Biologi sebagai mata pelajaran
peperiksaan adalah yang terendah (Statistik Peperiksaan SPM 1999-2000).
Abu Hassan (1999) pula menyatakan bahawa masalah pengajaran sains di
sekolah yang dihadapi sejak dari dahulu lagi ialah kesukaran untuk memperkenalkan
konsep yang baru di samping memastikan konsep lama tidak dilupai. Hampir semua
konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah, terutamanya dalam sains adalah
berbentuk abstrak (contohnya, haba, suhu, tekaanan dan sebagainya). Kebanyakan
konsep yang terdapat dalam sains tidak mempunyai contoh untuk dilihat dan jika ada
pun kadang-kadang sifat khas yang terdapat dalam sesuatu konsep tidak dapat dilihat.
Walaupun ada kajian-kajian yang telah dilakukan, namun kajian-kajian
tersebut masih belum cukup untuk menjelaskan tahap kefahaman pelajar terhadap
konsep-konsep Biologi. Kebanyakan kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada
salah faham konsep yang wujud dalam pembelajaran dan pengajaran Biologi.
Walaubagaimanapun, ada di antara penyelidikan-penyelidikan yang telah dibuat cuba
untuk membincangkan tahap kefahaman konsep dan salah konsep di kalangan pelajar
3
seperti oleh Lumpe dan Staver (1995) dan Simpson dan Marek (1988). Mereka
mengatakan salah satu faktor penyumbang kepada kelemahan pelajar dalam pelajaran
adalah kegagalan mereka menguasai konsep-konsep Biologi.
Simpson dan Marek (1988)menegaskan bahawa individu yang faham dengan
baik terhadap sesuatu konsep terbuktilah berlakunya pembelajaran bermakna dan
bukannya pembelajaran hafalan. Justeru, dalam sukatan pelajaran Biologi KBSM
kemahiran memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi turut diberi
keutamaan dalam objektif-objektif utama mata pelajaran Biologi dengan memberi
penekanan terhadap kecekapan penguasaan konsep (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
Kajian-kajian yang dilakukan ke atas kesalahfahaman konsep yang wujud
dalam pembelajaran dan pengajaran konsep Biologi hanya banyak dijalankan di luar
negara. Kekurangan kajian yang berkaitan dengan tahap kefahaman, kesalahfahaman
dan masalah penguasaan terhadap konsep Biologi amat ketara di Malaysia. Jadi,
adalah wajar kajian ini dibuat untuk mengkaji kefahaman dan kelemahan pelajar
dalam menguasai konsep-konsep Biologi, khasnya dalam tajuk Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma dan mencari cara yang empirikal untuk memahami
pembelajaran tajuk ini supaya pendekatan yang efektif dapat dirancang dan
diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam tajuk Biologi yang
dikaji.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata
pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah sains untuk sekolah rendah dan
sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di
sekolah menengah atas iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Sukatan
Pelajaran Biologi KBSM digubal untuk memenuhi keperluan negara dan ciri-ciri
sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan
mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Abdul Shukor
bin Abdullah (2001), mata pelajaran Biologi KBSM bermatlamat untuk melahirkan
murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Biologi, kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan kurikulum Biologi KBSM
terdiri daripada lima tema iaitu:
I. Pengenalan kepada biologi (Bab1)
II. Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan (Bab 2, 3, 4, 5, 6)
III. Menyiasat fiosiologi hidupan (Bab 7, 8, 11, 12, 13, 14)
IV. Menyiasat pewarisan dan variasi dalam kehidupan (Bab 15, 16)
V. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran (Bab 9, 10)
Pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep sains dalam tema-tema yang
dinyatakan di atas dirancangkan dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan
proses pembelajaran dan minat murid-murid khususnya dalam mata pelajaran sains
(Kuetel, 1963; Fisher dan Ilpson, 1986). Setiap tema mengandungi beberapa bidang
5
pembelajaran. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan
antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi
10 bab yang perlu dipelajari oleh pelajar Tingkatan IV dan 6 bab yang perlu
dipelajari oleh pelajar Tingkatan V untuk menghadapi peperiksaan SPM. Senarai 10
bab yang termasuk dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan IV adalah:
Bab 1 Pengenalan Kepada Biologi
Bab 2 Struktur Sel dan Fungsi Bahagian Sel
√ Bab 3 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma (Topik Kajian)
Bab 4 Komposisi Kimia Dalam Sel
Bab 5 Pembahagian Sel
Bab 6 Oganisasi Sel
Bab 7 Nutrisi
Bab 8 Respirasi
Bab 9 Ekosistem Dinamik
Bab 10 Ekosistem Terancam
Terdapat 10 objektif yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Biologi KBSM
bertujuan untuk membolehkan pelajar:
1. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi dan
menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman
harian.
2. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan
teknologi kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
6
4. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan yang rasional dan bertanggung jawab berkaitan dengan
isu biologi dalam kehidupan harian.
5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan
kesejahteraan diri.
6. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan, perhubungan
hidupan dengan persekitaran dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang
bijak demi menjaminkan kemandirian hidupan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi
sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui kajian sains
merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional
tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, muka surat 5)
Dalam mata pelajaran Biologi, terdapat konsep-konsep sains yang abstrak dan
memerlukan pengetahuan dan kemahiran aras kognitif yang tinggi untuk memahami
konsep-konsep tersebut dengan baik. Kefahaman konsep-konsep adalah penting
untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi kerana konsep boleh
7
dianggap sebagai pembentukan asas ‘struktur’ kandungan dalam proses pembelajaran
(Hoover, 1997). Ianya berkaitan dengan objektif pertama yang termaktub dalam
sukatan pelajaran Biologi KBSM iaitu membolehkan pelajar memperolehi
pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan prinsip Biologi dan mengaitkannya
untuk memahami fenomena alam dan pengalaman harian.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Ilmu pengetahuan
sains tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba
sempurna. Pelajar sebenarnya telah mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah
konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan
asal pelajar itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
8
1.2 Pernyataan Masalah
Biologi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan kerana
terlalu banyak menggunakan hafalan disebabkan istilah-istilah dan terminologi yang
banyak perlu diingati (Omundsen, 1999). Menurut Mary dan Chin (1999), masalah
pembelajaran konsep yang wujud di kalangan pelajar adalah akibat daripada:
i. Kekeliruan tentang istilah saintifik.
ii. Kefahaman konsep asas kurang betul, dan
iii. Penerangan fenomena alam berdasarkan pemerhatian.
Kesukaran dalam memahami konsep dan istilah boleh menjejaskan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan, malah masalah ini akan menjadi penghalang kepada
berlakunya proses pembelajaran bermakna.
Berdasarkan maklumbalas awal daripada beberapa guru biologi yang
berpengalaman, mereka menyatakan bahawa kebanyakan pelajar sekolah menengah
mempunyai pengetahuan asas sains yang lemah. Masalah yang sama juga dilaporkan
berlaku di luar negara. Yap Din-Yan (1996) mendapati kebanyakan pelajar di Hong
Kong menghadapi masalah salah konsep dalam topik osmosis, respirasi, nutrisi dan
makanan, sistem pembiakan, sistem peredaran darah, enzim, genetik dan
pembahagian sel. Dalam satu kajian lain oleh Marek, Cowan dan Cavallo (1994) di
Amerika Syarikat mendapati bahawa seratus peratus pelajar yang terlibat dalam
kajiannya menghadapi masalah kesalahfahaman mengenai konsep resapan.
Dalam mata pelajaran Biologi, topik yang berkaitan dengan osmosis, resapan
dan pengangkutan aktif telah dikenalpasti sebagai salah satu tajuk yang susah untuk
9
difahami. Menurut Fisher dan Lipson (1986), konsep osmosis, resapan dan
pengangkutan aktif ini sangat luas dan abstrak untuk difahami dan dipelajari. Untuk
memahami konsep-konsep ini memerlukan aras kognitif yang tinggi serta melakukan
latihan yang banyak. Dalam sukatan pelajaran Biologi KBSM, konsep yang berkaitan
dengan osmosis, resapan dan pengangkutan aktif merupakan subtopik yang
terkandung di bawah tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma seperti
mana yang akan dikaji dalam kajian ini.
Dalam kajian Odom dan Barrow (1995), menyatakan bahawa kebanyakan
pelajar menengah atas mengalami kesalahfahaman konsep mengenai resapan dan
osmosis. Pelajar tidak dapat membezakan konsep osmosis dengan resapan apabila
diberi suatu soalan aplikasi. Pelajar didapati tidak mudah melepaskan konsepsi awal,
walaupun guru telah mengajar konsepsi yang diguna oleh saintis. Pelajar lebih
cenderung menggunakan konsepsi yang salah walaupun mereka telah didedahkan
kepada konsep saintifik seperti yang diajar oleh guru. Kesalahfahaman tidak mudah
dinyahkan dan didapati akan terus kekal walaupun hingga ke peringkat pendidikan
tinggi (Webb, 1992).
Westbrook dan Marek (1992) telah menjalankan satu kajian tinjauan terhadap
300 orang pelajar mengenai tahap kefahaman konsep resapan di kalangan 4
kumpulan pelajar; gred 7 (12 tahun), gred 10 (15 tahun) dan peringkat kolej di
Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati tiada seorang pun yang memahami
sepenuhnya konsep resapan dengan memberi jawapan tepat semasa menjawab
soalan-soalan yang berkaitan dengan konsep resapan. Pelajar-pelajar tersebut kerap
menggunakan istilah-istilah sains yang kurang sesuai semasa menjelaskan sesuatu
fenomena sains. Sebagai contoh, apabila mereka ditanya ‘apa yang akan berlaku jika
sesuatu pewarna dimasukkan ke dalam sebikar air jernih?’ Jawapan yang dinyatakan
oleh kebanyakan pelajar gred 7 menunjukkan kesalahfahaman iaitu “pewarna akan
10
meresap dan hilang dengan cepat kerana apabila sesuatu zat terlarut bertemu dengan
pelarut, mereka akan bergabung menjadi satu.”
Sawrey (1990) menegaskan pelajar yang tidak memahami sesuatu konsep yang
diajar akan memberikan jawapan yang sama walaupun jawapan yang diberi
sebelumnya adalah salah. Kesalahfahaman konsep dalam pembelajaran sains adalah
penting sebab kesalahfahaman konsep itu memberi peluang menyaksikan proses dan
fungsi minda (Fisher dan Lipson, 1986). Dengan mengesan salah konsep di kalangan
pelajar dalam kelas, guru dapat membimbing pelajar melalui satu urutan pengajaran
yang dapat membantu membentuk kefahaman seperti yang diterima oleh ahli sains
iaitu apa yang hendak diajar. Fenomena ini harus diberi perhatian supaya masalah
pemahaman konsep dalam tidak berterusan.
Kebanyakan pelajar juga didapati tidak memilih Biologi sebagai mata
pelajaran pilihan peperiksaan. Berdasarkan kepada statistik peperiksaan SPM tahun
1999-2000, didapati antara tiga mata pelajaran sains tulen iaitu Biologi, Fizik dan
Kimia, jumlah calon terendah adalah mata pelajaran Biologi seperti dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: SPM 1999 - 2000. Bilangan Calon Yang Mengambil Mata Pelajaran
Biologi, Fizik dan Kimia
Mata Pelajaran Bilangan Calon
Tahun 1999
Bilangan Calon
Tahun 2000
Peratus
Pertambahan (%)
Biologi 62192 67453 7.8
Fizik 79554 94027 15.4
Kimia 81618 98328 17.0
11
Situasi ini mungkin kerana kebanyakan daripada mereka menganggap konsep
biologi adalah kompleks, sukar difahami dan tidak begitu mencabar minda jika
dibandingkan dengan mata pelajaran elektif lain yang banyak melibatkan pengiraan
(Krynock dan Rob, 1996). Ini disokong oleh Raven (1995) yang mengatakan bahawa
hanya orang yang berfikiran saintifik sahaja yang boleh mempelajari Biologi.
Menurut Gagne (1985), kebanyakan pelajar akan mengambil jalan pintas semasa
mempelajari konsep sains dengan cara menghafal, sama ada dari segi definisi, contoh
atau penggunaan tanpa berusaha untuk memahami konsep sebenar. Kebanyakan
pelajar memilih jalan pintas untuk menghafal konsep Biologi dan bukan untuk
memahami konsep sebenarnya.
Jadual 1.2: SPM 1999 - 2000. Analisis Mata Pelajaran Biologi Mengikut
Pangkat.
Tahun Bilangan
Calon
Sangat Baik
(gred 1-2)
Kepujian
(gred 3-6)
Lulus
(gred 7-8)
Peratus
Jumlah
1999 62192 13.8% 44.1% 36.5% 94.4%
2000 67453 14.1% 44.9% 35.5% 94.8%
Jadual 1.2 pula menunjukkan sebanyak 94.4% dan 94.8% calon yang masing-
masing lulus dalam mata pelajaran Biologi bagi tahun 1999 dan 2000. Keputusan
analisis menunjukkan hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang memperolehi gred
P1 dan P2 dalam mata pelajaran Biologi dan lebih kurang 80% daripada keseluruhan
calon masih dalam status ‘kepujian’ dan ‘lulus’ iaitu antara gred 3 hingga gred 8.
Berdasarkan kepada masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas dan
pencapaian rendah pelajar dalam peperiksaan SPM 1999-2000 di atas, satu kajian
12
perlu dijalankan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam mempelajari Biologi, khususnya dalam topik Pergerakan Bahan Merentas
Membran Plasma. Kajian ini juga akan menentukan tahap kefahaman dan
kesalahfahaman konsep yang wujud pada pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai konsep Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
1. menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.
2. mengenalpasti kesalahfahaman konsep dalam tajuk Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.
3. menentukan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan
menguasai tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma bagi mata
pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.
13
1.4 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian yang telah dibentuk bagi mendapatkan
jawapan bagi masalah dan objektif kajian ini:
1.4.1 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma yang berkaitan dengan:
i) Konsep membran plasma
ii) Definisi resapan, osmosis dan pengangkutan aktif
iii) Jenis pergerakan merentas membran plasma
iv) Konsep larutan hipotonik, larutan isotonik dan larutan hipertonik
v) Konsep osmosis
vi) Konsep resapan
vii) Konsep pengangkutan aktif
1.4.2 Apakah kesalahfahaman konsep yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk
Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma?
1.4.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami dan menguasai
tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma?