5
JURNAL 3 (26/4/2015-30/4/2015) DAYA TUMPUAN MURID DAN FOKUS MURID MASALAH Pada minggu ketiga ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah melibatkan pengajaran saya untuk kelas 4M terdapat sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan. ANALISIS MASALAH Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan

JURNAL 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

3

Citation preview

JURNAL 3 (26/4/2015-30/4/2015)DAYA TUMPUAN MURID DAN FOKUS MURIDMASALAH

Pada minggu ketiga ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah melibatkan pengajaran saya untuk kelas 4M terdapat sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan.

ANALISIS MASALAH

Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat punca-punca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi perhatian dan kebisingan di dalam kelas cuba saya kaji dan saya dapati mungkin masalah ini berlaku terhadap murid yang memang lemah dalam subjek pendidikan seni visual menyebabkan mereka kurang memahami apa yang saya ajar. Akibatnya, mereka tidak focus semasa guru mengajar.

CADANGANSetelah akan mendapatkan maklumat dari Pn Asmaliza iaitu, guru kelas yang asal dan merupakan guru sebelum saya mengambil alih tersebut. Saya mendapatkan maklumat tentang beberapa murid yang lemah dan bermasalah di dalam kelas tersebut. Seterusnya, saya terus mengatur strategi dengan memberi penekanan terhadap pengajaran secara individu. Menurut kajian Ivan Pavlov, dalam teori Pelaziman Klasik (Classical Conditioning), kelakuan seseorang boleh diubah jika terdapat rangsangan secara berterusan.

Dalam mengatasi masalah ini, saya mengambil beberapa tindakan seperti berikut:1. Merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan melibatkan semua murid.2. Menyusun semula kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan.3. Menyusun semula kedudukan murid mengikut perbezaan individu.4. Pemberian hadiah bagi murid merangsang minat murid untuk belajar.5. Menggunakan Pendidikan seni visual baku sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6. Merancang waktu pengajaran sebaik mungkin.TEMPOH PENYELESAIANSehingga murid menunjukkan tingkah laku yang positif.TINDAKAN SUSULAN

Dalam melaksanakan cadangan, saya akan lebih memberikan perhatian terhadap murid yang tidak fokus tersebut. Saya juga menggunakan kaedah peneguhan positif daripada teori pelaziman operan (Operant Conditioning), peneguhan boleh dilakukan apabila murid membuat satu kebaikan. Hal ini dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang di dalam kumpulan. Saya memberi ganjaran atau reward kepada kumpulan murid yang mendapat jawapan dengan cepat dan betul dalam aktiviti yang dijalankan.

Daripada tindakan ini, saya dapati, murid dari kumpulan lain berlumba-lumba untuk memenangi hadiah tersebut. Saya nampak lihat kesungguhan mereka menjawab dan menyelesaikan soalan pemahaman yang diberikan. Terdapat beberapa orang murid yang curi-curi melihat beg saya yang berisi bahan bantu mengajar dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut. Ini membuktikan murid telah menaruh minat untuk belajar dan seterusnya focus semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan menyusun semula murid berdasarkan perbezaan individu hasil daripada keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun dan ujian-ujian yang lepas. Saya telah membahagikan mereka kepada kumpulan tertentu yang lebih kecil bagi memudahkan saya mengawal kelas. Dengan pembahagian seperti ini, saya dapat memberi tumpuan sepenuhya terhadap murid mengikut tahap kepandaian mereka juga, bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

KESIMPULANSecara kesimpulannya, masalah fokus dan daya tumpuan murid bukanlah menjadi isu besar dan boleh diatasi segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. Ganjaran dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk melakukan aktiviti pengajaran. Selain itu juga, ianya dapat memastikan disiplin murid sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan memuaskan, selain mewujudkan suasana pembelajaran yang erat diantara murid dan guru.