1
Penguasaan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi titik tolak terhadap penguasaan murid dalam subjek ini. Jika salah satu operasi tidak dikuasai maka minat murid terhadap subjek ini akan semakin kurang. Saya mendapati murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 masih belum menguasai operasi asas terutama pendaraban dan bahagi. Saya telah memilih operasi darab sebagai masalah yang difokuskan semasa menjalani praktikum kedua. Hal ini kerana murid perlu menguasai setiap operasi secara berperingkat. Murid seharusnya memahami konsep pendaraban terlebih dahulu sebelum beralihkepada operasi bahagi. Pendaraban atau operasi darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Jadi, apabila saya mula mengajar topik pendaraban ini, saya menguji murid- murid saya dengan menghafal sifir-sifir. Semasa menghafal sifir murid- murid memang tidak bermasalah tetapi apabila murid diminta menjawab jawapan dengan segera, contohnya 7 x 5 = 35, beberapa orang murid didapati tidak dapat menjawab dengan segera. Fokus ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran fakta asas darab berasaskan kepada pengajaran tradisional dibandingkan dengan kaedah petak sifir. Ini adalah kerana fakta asas kira darab dan kemahirannya sangat penting sebagai asas pembelajaran matematik, tambahan pula pada masa ini pelajar sudah dapat menguasai asas kira tambah dan asas kira tolak.

Jurnal

  • Upload
    ec

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cx

Citation preview

Page 1: Jurnal

Penguasaan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi titik tolak

terhadap penguasaan murid dalam subjek ini. Jika salah satu operasi tidak dikuasai maka minat

murid terhadap subjek ini akan semakin kurang. Saya mendapati murid tahap 2 iaitu murid

tahun 4, 5 dan 6 masih belum menguasai operasi asas terutama pendaraban dan bahagi. Saya

telah memilih operasi darab sebagai masalah yang difokuskan semasa menjalani praktikum

kedua. Hal ini kerana murid perlu menguasai setiap operasi secara berperingkat. Murid

seharusnya memahami konsep pendaraban terlebih dahulu sebelum beralihkepada operasi

bahagi.

Pendaraban atau operasi darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik.

Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah

rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang

lebih tinggi. Jadi, apabila saya mula mengajar topik pendaraban ini, saya menguji murid-murid

saya dengan menghafal sifir-sifir. Semasa menghafal sifir murid-murid memang tidak

bermasalah tetapi apabila murid diminta menjawab jawapan dengan segera, contohnya 7 x 5 =

35, beberapa orang murid didapati tidak dapat menjawab dengan segera.

Fokus ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran fakta asas darab berasaskan

kepada pengajaran tradisional dibandingkan dengan kaedah petak sifir. Ini adalah kerana fakta

asas kira darab dan kemahirannya sangat penting sebagai asas pembelajaran matematik,

tambahan pula pada masa ini pelajar sudah dapat menguasai asas kira tambah dan asas kira

tolak.