28
JURNAL MINGGU 1 Masalah Saya menjalani praktikum fasa 3 di SK (A) MIS Miri untuk tempoh 12 minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan Minor 2Pendidikan Al- Quran. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu memerhati guru matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Ustaz Ahmad Zahedi Bin Md Zain melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga merupakan guru pembimbing saya bagi praktikum semester ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 5C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang seramai 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Masalah Kelas 5C ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang pencapaian akademi. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan

Jurnal Mal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1-12

Citation preview

JURNAL MINGGU 1

Masalah

Saya menjalani praktikum fasa 3 di SK (A) MIS Miri untuk tempoh 12 minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan Minor 2Pendidikan Al-Quran. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu memerhati guru matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Ustaz Ahmad Zahedi Bin Md Zain melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga merupakan guru pembimbing saya bagi praktikum semester ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 5C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang seramai 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Masalah

Kelas 5C ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang pencapaian akademi. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada guru. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan. Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan.

CadanganDalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan diterima. Disamping itu, guru menggunakan kertas latihan berbanding soalan lisan. Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan. Oleh itu, murid-murid tidak akan berebut menjawab soalan kerana setiapmurid mempunyai peluang masing-masing. Disamping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.

Tempoh Penyelesaian2 Februari 2015 13 Februari 2015

Tindakan SusulanGuru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru.

CatatanMurid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan daripada dikenakan dendaan.Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan denganTeori Pelaziman Operan Skinner di mana peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.

JURNAL 2MAsalah

Setelah selesai kelas Al-Quran pada hari Isnin saya mendapati terdapat beberapa orang pelajar mempunyai tahap penguasaan Al-Quran yang sangat lemah. Mereka tidak dapat membaca ayat yang panjang. Mereka hanya mampu membaca beberapa kalimah.

Analisis Masalah

SK (A) MIS Miri merupakan sekolah kluster kecemerlangan fasa 4 di mana pelajar yang memasuki sekolah ini diberikan ujian sebelum masuk ke sekolah ini. Namun masalah yang saya hadapi adalah 2 orang murid yang saya ajar mempunyai masalah penguasaan al-Quran yang sangat lemah. Kedua-dua pelajar ini adalah Hashmat dan Nuriman. Pada awal PnP saya tidak menyedari masalah ini kerana mereka mampu mengikuti bacaan guru. Namun setelah saya menyuruh mereka membaca mereka menghadapi masalah untuk membaca kalimah yang panjang. Kemudian saya bertanya kepada guru yang pernah mengajar kelas mereka dan guru tersebut menyatakan bahawa mereka berdua ini sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai al-quran. Masalah ini perlu diatasi segera kerana tahun hadapan mereka merupakan calon UPSR bagi sekolah ini.

Cadangan

Saya telah mengambil langkah awal bagi membantu 2 orang murid ini meningkatkan tahap penguasaan al-Quran. Setiap kali waktu rehat saya akan mengambil 10 minit masa rehat mereka untuk mengajar mereka menggunakan Iqra. Hashmat bermula dengan kalimah yang mempunyai 5 huruf manakala Iman akan bermula dengan kalimah 3 huruf. Kelemahan Hasmat adalah mengenalpasti baris yang ada pada huruf manakala Iman terpaksa menulis huruf menggunakan jari pada kalimah tersebut untuk mengenalpasti huruf tersebut. Selain itu sewaktu PnP saya tidak akan meletakkan mereka berdua sebagai pasangan tasmi bahkan saya akan memberi mereka kepada rakan yang lebih tinggi penguasaan bacaan al-Quran bagi memastikan mereka mampu belajar dengan rakan sebaya mereka.Tempoh Penyelesaian

2 Februari 2015 30 April 2015

Tindakan Susulan

Kedua-dua pelajar ini saya berikan senarai semak dan buku Iqra bagi memastikan mereka mengambil sedikit masa untuk membaca Iqra di rumah. Saya menyarankan kepada mereka untuk menyerahkan senarai semak ini kepada ibu bapa mereka agar mereka tidak menipu mereka sudah membaca Iqra di rumah. Cadangan masa yang saya berikan adalah antara Maghrib dan Isyak iaitu pada jam 700 sehingga 745 malam. Setiap malam mereka akan membaca sekurang-kurangnya 6 hingga 10 mukasurat.

HARIMUKASURATJAMTANDATANGAN IBU BAPA @PENJAGA

SELASA12-18710-730

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

Contoh Senarai Semak

JURNAL 3

Masalah

Saya mengajar di kelas 5 Cemerlang untuk subjek Pendidkan Islam . Sepanjang seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal. Mereka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu,saya telah menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

Analisis masalah

Tingkah laku sebilangan kecil murid dalam kelas ini agak nakal. Tingkah laku mereka ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Murid-murid yang nakal ini bukanlah dalam kalangan murid yang lemah daripada segi prestasi akademik sekiranya ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya perhatikan mereka merupakan murid yang pandai, lebih-lebih lagi berada dalam kelas yang paling hadapan. Murid-murid ini tiada masalah pembelajaran tetapi hanyalah sikap dan perangai mereka sahaja yang menimbulkan masalah. Kebanyakan murid-murid berasal daripada keluarga yang berlatarbelakang tahap pendidikan dan pekerjaan yang tinggi. Mereka tidak mempunyai ruang dan masa untuk bermain di rumah. Kebanyakan masa mereka untuk menghadiri tuisyen pada waktu petang dan hujung minggu. Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk,A.,2004). Selain itu, berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif. Selain daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.

CadanganBagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka. Selain itu, saya boleh selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengan mereka. Tindakan ini akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid kerana mereka akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya, mereka akan merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang kerana dapat berkongsi dan melepaskan masalah dalam diri mereka. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai abang kepada murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu. Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya yang menghadapi pengalaman dan pengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi untuk mencegah masalah disiplin dan tingkah laku dan bukan satu respon kepada tingkah laku murid.Selain itu, saya perlu membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu melakukan tingkah laku negatif semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan negatif.

Tempoh PenyelesaianSepanjang Bulan Pertama Praktikum

Tindakan Susulan

Ketika berlakunya Pengajaran dan Pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan kelakuan murid-murid terbabit setelah teguran dan nasihat diberikan. Bermula daripada situ, guru dapat mengenalpasti sama ada teguran dan nasihat yang diberikan kepada murid terbabit diikuti dan dipatuhi atau tidak. Selain itu, kebiasaannya, apabila telah diberi nasihat dan teguran, akan ada sedikit perubahan terhadap tingkah laku murid. Oleh itu, guru perlu memberi peneguhan positif seperti pujian dan galakan kepada murid-murid tersebut. Murid tersebut dijadikan contoh kepada murid-murid lain yang masih melakukan tingkah laku negatif.

Catatan

Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan tingkah laku dalm bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin.Seorang murid yang melakukan tingkah laku negatif akan mempengaruhi tingkah laku rakan sebaya di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menguruskan bilik darjah untuk mengurang dan mengelakkan tingkah laku negatif.

JURNAL 4

Masalah

Dalam pembelajaran tajuk Aqidah iaitu Sifat-sifat Allah : Ilmu saya mendapati masalah murid dalam mengenal, memahami dan menghayati konsep Allah bersifat ilmu. Analisis Masalah

Saya mengenalpasti bahawa pemahaman murid dalam konsep Allah bersifat ilmu adalah mereka hanya tahu bahawa Allah Maha Mengetahui. Perkara ini disedari setelah saya membuat kesimpulan pembelajaran pada akhir PnP. Namun mereka tidak jelas bahawa ia bukan sekadar tahu makna ilmu tetapi bagaimana murid faham bahawa Allah mengetahui segala-segalanya yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Apabila ditanya apakah bezanya ilmu manusia dan Allah mereka seolah tidak mampu membezakan sedangkan perkara ini mampu dinilai di sekeliling mereka. Masalah ini juga berpunca daripada kaedah yang saya gunakan dalam PnP tidak berkesan untuk menerangkan kepada murid mengenai perkara yang abstrak seperti sifat Allah.

Cadangan

Antara langkah yang saya ambil adalah membuat perbandingan yang jelas perbezaan ilmu Allah dan manusia di dalam jadual. Berikut merupakan contoh jadual yang dihasilkan bagi memastikan murid jelas antara sifat ilmu Allah dan manusia.

CiriSifat Ilmu AllahSifat Ilmu Manusia

TahapIlmu Allah tanpa batasanIlmu manusia hanya pada bidang tertentu sahaja

PengajarIlmu Allah tiada diajar oleh sesiapaManusia perlu guru untuk mengajar dan membimbing

Tempoh Penyelesaian

22-27 Februari 2015

Tindakan Susulan

Saya membuat sedikit aktiviti bagi mengukuhkan pengetahuan murid mengenai perbezaan sifat Allah dan manusia. Murid akan diberi jadual kosong dan akan menyusun semula jawapan yang diberikan mengenai perbezaan sifat ilmu Allah dan manusia

Catatan

Mok Soon Sangmenjelaskan bahawa:Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.Kesimpulannya guru seharusnya menyesuaikan kaedah atau BBM yang sesuai bagi menerangkan sesuatu yang abstrak bagi muridmurid ini.

JURNAL 5Masalah

Dalam pembelajaran tajuk Isra Miikraj murid didapati sukar untuk mengingati maksud Isra Mikraj. Dalam 30 orang murid kelas 5C hanya 8 orang sahaja yang mampu mengingati maksud tersebut setelah diuji pada akhir pembelajaran.

Analisis Masalah

Masalah mengingat merupakan masalah yang sering berlaku dalam PnP terutama dalam tajuk sirah yang melibatkan fakta yang tidak akan berubah kerana ia merupakan perkara yang berlaku pada masa lalu. Murid diberikan penerangan oleh guru di dalam kelas hanya berbantukan kad perkataan dan tidak semua murid dapat mengingati maksud tersebut. Contoh BBM yang digunakan :

: :

Cadangan

Saya telah pun mengetahui bahawa murid kelas 5C memerlukan sesuatu yang menarik bagi mereka mengingati fakta atau maksud Isra Mikraj. Saya menggunakan BBM grafik bagi menggantikan kad perkataan untuk memudahkan mereka mengingati maksud Isra Mikraj. Berikut merupakan contoh grafik yang dihasilkan :

Ini disokong oleh Osman Affan yang menyatakan dalam tulisannya yang bertajuk Teknik Memori Smart Study bahawa memori kita sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Oleh itu, antara kaedah yang dicadangkan beliau bagi memudahkan penghafalan fakta adalah dengan menukarkan maklumat tulisan kepada maklumat bergambar. Gambar Rajah yang direka oleh guru mempunyai penunjuk arah yang memudahkan murid mengingat maksud Isra dan Mikraj supaya tidak bertukar maksud. Selain itu, terdapat tulisan berbaris pada gambar supaya memudahkan murid menyebut perkataan arab.

Tempoh Penyelesaian

2 Mac- 20 Mac 2015

Tindakan Susulan

Setelah membuat penerangan melalui grafik saya melaksanakan latihan berfokuskan kepada pengukuhan terhadap maksud Isra dan Mikraj.Aktiviti ini dijalankan secara ringkas. Muridakandiberikan dua helai kertas, sehelai kertas mengandungi gambar dan sehelai lagi terdapat ruangan petak kosong untuk ditampal gambar. Muridakanmenggunting gambar pada helaian pertama dan melekatkan pada ruangan petak kosong yang betul pada helaian kedua.Seterusnya, murid menerangkan maksud Isra dan Mikraj di hadapan rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini berulang sehingga semua murid dapat menerangkan maksud Isra dan Mikraj.

Catatan

Berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan oleh R.M. Gagne, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.Menurut Osman Affan (2011) menyatakan dalam tulisannya yang bertajuk Teknik Memori Smart Study bahawa memori kita sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan.Oleh itu, antara kaedah yang dicadangkan beliau bagi memudahkan penghafalan fakta adalah dengan menukarkan maklumat tulisan kepada maklumat bergambar.Sementara itu, Ismail Zin (2003) menyebut bahawa perbuatan melihat kepada gambar dan visual boleh meningkatkan daya ingatan seseorang kepada 40%. Penggunaan gambar sebagai elemen grafik pegun adalah selari dengan kepentingan visual dalam membantu pemahaman dan ingatan.

Rujukan :1. Osman Affan. (2011). Teknik Memori Smart Study. Selangor Darul Ehsan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.2. Wan Nor Farehah binti Wan Mohamad (2013).Kaedah D&D Mempermudah Murid Tahun 5 Menghafal Peristiwa Isra dan Mikraj.Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

JURNAL 6Masalah

Masalah murid yang tidak pandai membaca dan menulis dengan menggunakan tulisan jawi. Bermula dari awal pengajaran saya pada beberapa minggu lepas lagi saya telah menyedari perkara ini. Hal ini kerana, dalam Pendidikan Islam, tulisan jawi adalah tulisan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, masih wujud masalah tidak pandai membaca dan menulis tulisan jawi walaupun murid tersebut sudah tahun 5.

Analisis Masalah

Saya mendapati masalah ini dihadapi oleh beberapa orang sahaja murid di dalam kelas 5C. Ada antara mereka yang masih membaca secara merangkak-rangkak dan lambat. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan dua tulisan iaitu tulisan rumi dan jawi bagi menyesuaikan tahap penguasaan jawi murid ini. Masalah ini perlu diatasi segera kerana pada minggu ini diadakan Ujian Prestasi bagi semua murid SK(A) MIS Miri. Ujian Pendidikan Islam memerlukan murid dapat menulis jawi dengan betul. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati kemungkinan bahawa murid-murid tidak dilatih secara berterusan dengan menggunakan tulisan jawi dan tidak ditekankan dalam pembacaan harian. Bukan itu sahaja, ada sesetengah murid tidak berani ingin menyatakan bahawa mereka tidak pandai membaca jawi tetapi mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Hal sedemikian akan menyukarkan guru untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap pembacaan jawi. Namun, walaupun mereka kurang fasih dalam pembacaan jawi, di sekolah ini mempunyai murid-murid yang sangat bersemangat untuk membaca akan tetapi apabila disuruh membaca mereka tidak dapat membaca dengan baik.

Cadangan

Bagi mengatasi dan menggelakkan masalah murid-murid yang kurang dalam tulisan jawi, guru harus menekankan penggunaan dalam tulisan jawi. Bukan itu sahaja, saya menggunakan teknik ulangan dan membiasakan diri mereka dengan tulisan jawi. Saya akan membantu mereka membaca tulisan jawi dengan semampu saya dan mereka membaca dengan berulang-ulang dan menulis. Selain itu, saya juga menggunakan teknik peneguhan positif yang mana saya menggalakkan mereka membaca dan menulis dengan menggunakan tulisan jawi dengan cantik dan kemas dan saya akan memberi ganjaran kepada mereka yang mempunyai kerja yang tercantik dan terkemas. Ganjaran yang mungkin saya akan bagikan ialah seperti sticker ataupun alat tulis. Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dan pengalaman (Gage, Berliner, 1984). Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000).

Tempoh Penyelesaian

Sepanjang Tempoh Praktikum

Tindakan SusulanSemasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu memantau dan sentiasa memerhatikan murid dalam penulisan tulisan jawi dan tingkah laku murid semasa pengajaran ini. Guru juga sentiasa menasihati mereka agar belajar membaca jawi dan belajar bersungguh-sungguh untuk menulis tulisan jawi dan menjaga tulisan supaya kemas.

Catatan

JURNAL 8MasalahSewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bidang ibadah, saya mendapati murid kurang faham mengenai perkara-perkara sunat abad dan sunat haiat. Mereka masih tidak dapat mengingati perkara-perkara yang melibatkan sunat ini. Mereka seakan-akan tidak pernah melaksanakan solat kerana semua perkara ini terkandung dalam solat mereka.

Analisis Masalah

Perkara sunat abad dan sunat haiat ini sebenarnya amalan dalam solat yang mereka sering lakukan. Namun ia menjadi sukar didingati kerana murid sudah menganggap amalan-amalan tersebut wajib dilakukan, jika tidak solat mereka tidak sah. Kepentingan yang wujud dalam mendedahkan mereka kepada tajuk ini kerana apabila mereka tertinggal amalan sunat ini di dalam solat mereka maka seharusnya mereka tahu bahawa solat mereka adalah sah. Wujud dalam kalangan murid apabila meninggalkan amalan sunat ini mereka beranggapan bahawa solat mereka tidak sah dan perlu dilaksanakan semula.Masalah seumpama ini menjadi kebimbangan yang serius apabila melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan solat. Hal ini kerana solat merupakan satu elemen yang sangat penting dan menjadi kewajipan utama bagi setiap muslim menunaikannya dengan sempurna. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertakwa. Guru telah memberikan latihan pengukuhan kepada murid-murid di akhir pembelajaran. Hanya sebilangan kecil murid yang dapat menjawab soalan-soalan dengan betul. Terdapat murid yang keliru tentang pengertian sunat Abad dan menyatakan sunat Abad adalah perkara yang diwajibkan sujud sahwi sekiranya tertinggal melakukannya dalam solat. Mereka juga tidak dapat menyenaraikan perkara-perkara sunat Abad dengan tepat. Walaupun perkara sunat Abad adalah salah satu perkara sunat dalam solat, namun ia mestilah dijaga serta dilakukan dengan sempurna.

Cadangan

Kemahirann membeza dan mengingat memang amat sukar dan seorang murid harus menguasai kemahiran ini untuk menjadi seorang Berjaya. Saya telah mengkaji dan bercadang menggunakan kaedah 3 in 1. 3 in 1 ini terdiri daripada tiga item iaitu nota poket dan slaid, menulis dan amali. Semasa sesi pertama, setiap murid diberikan nota poket. Selepas itu, guru akan menerangkan nota itu berbantukan slaid power point. Kemudian, murid perlu menghafal perkara Sunat Abad dan Haiat. Pada sesi ini, guru memfokuskan kepada menghafal akronim dan perkara Sunat Abad dan Haiat. Kemudian murid perlu menulis hasil hafalan mereka di atas kertas A4 yang telah dibekalkan oleh guru. Sebelum itu, guru akan menerangkan terlebih dahulu cara-cara untuk menulis akronim dan huraian mengenai akronim tersebut. Murid diberi masa 10 minit untuk menulis perkara tersebut. Selepas itu, satu ujian telah dijalankan bagi melihat kemampuan murid untuk membezakan antara Sunat Abad dan Haiat. Pada sesi ini, guru memfokuskan kepada menulis perkara Sunat Abad dan Haiat.Akhir sekali, guru telah menjalankan sesi amali kepada murid. Amali ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap perkara Sunat Abad dan Haiat. Sesi ini memerlukan murid untuk melakukan perbuatan terhadap perkara yang telah dihafal. Semasa sesi ini, guru telah memfokuskan kepada pelaksanaan amali berkaitan perkara Sunat Abad dan Haiat.

Tempoh Penyelesaian

23 Mac 2015- 1 Mei 2015

CatatanKaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. Menurut Mok Soon Sang (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne mengatakan bahawa ransangan-ransangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

Rujukan1. Majdan Paharal bin Radzi (2013), Pendekatan Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab (j-QAF). Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin2. Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Jurnal 9Masalah

Guru menghadapi masalah sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 5C terutama ketika mengajar bidang Asuhan Tilawah al-Quran kerana kebanyakan mereka lemah dalam menghafaz ayat-ayat hafazan. Murid-murid dalam kelas ini dapat dipecahkan kepada tiga kategori iaitu sederhana, lemah dan sangat lemah. Berdasarkan ujian lisan yang dijalankan, guru mendapati hampir kesemua murid menghadapi masalah untuk menghafaz surah al-Bayyinah. Surah al-bayyinah terdiri daripada lapan ayat.

Analisis Masalah

Kebanyakan daripada murid Tahun 5 hanya mampu mengingat empat ayat di awal surah dan menghadapi masalah untuk menyambung empat ayat hafazan yang berikutnya dengan betul. Malah dalam ujian bertulis sebahagian murid tidak dapat memadankan dengan betul sambungan bagi ayat surah al-Bayyinah. Kelemahan murid dalam menghafaz surah al-Bayyinah bukan sahaja dikenal pasti melalui rekod bertulis seperti lembaran kerja, malah guru juga mengenal pasti murid lemah melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Pada peringkat awal, guru telah meminta murid-murid untuk membaca surah tersebut dengan kuat dan lancar secara kelas. Selepas itu, guru meminta murid-murid untuk membaca kembali surah tersebut secara kelas tanpa mengikut bacaan guru. Kemudian, murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa kad ayat yang mengandungi ayat-ayat dalam surah al-Bayyinah. Walau bagaimanapun, setelah diberikan waktu untuk menghafaz surah tersebut, guru mendapati, keseluruhan murid tahun 5 seramai 30 orang mengalami kesukaran untuk menghafaz surah tersebut.

Cadangan

Melalui kajian lepas guru mengambil langkah merancang satu kaedah hafazan baru bagi mengatasi masalah tersebut. Jadi, kaedah yang digunakan diberi nama CMR (Cut, Memorise and Repeat). Kaedah ini digunakan bermula dengan guru memberi penerangan kepada murid berkenaan kaedah hafazan yang akan digunakan. Kemudian, guru meminta kesemua murid menghafaz sedikit demi sedikit empat ayat pertama daripada keseluruhan lapan ayat surah al-Bayyinah, dengan cara mencerakinkan setiap ayat kepada beberapa bahagian yang menjadikannya lebih pendek. Seterusnya, guru telah meminta mereka untuk menyambung hafalan mereka sehingga ke ayat terakhir. Guru mendapati kesemua murid boleh menghafaz dengan baik apabila menggunakan kaedah ini. Setelah murid berjaya menghafaz keseluruhan ayat surah al-Bayyinah, mereka diminta memperdengarkan hafazan yang lengkap di hadapan guru sebanyak tiga kali. Diharapkan penggunaan kaedah CMR yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid-murid lemah dalam meningkatkan kemahiran menghafaz surah al-Bayyinah.CMR merupakan satu kaedah yang direka bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menghafaz surah al-Bayyinah. Istilah CMR diertikan sebagai teknik mudah menghafaz dengan menggunakan tiga langkah iaitu memotong ayat (Cut), menghafaz ayat demi ayat (Memorise), dan mengulang hafazan surah al-Bayyinah dari ayat 1 hingga 8 (Repeat). Kaedah ini dijalankan berbantukan slaid power point yang telah disediakan oleh guru. Dalam slaid tersebut, guru memotong 8 ayat surah al-Bayyinah kepada 20 potongan yang lebih pendek.

Tempoh Penyelesaian30 Mac 2015-6 April 2015

CatatanWan Bakar Wan Dagang (1990), Pengajaran dan Pendidikan al-Quran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Antara pendekatan pengajaran al-Quran di sekolah rendah adalah pendekatan menghafaz. Menghafaz kalimah-kalimah, ayat-ayat ataupun surah merupakan salah satu pendekatan mengenal dan melancarkan pembacaan murid-murid. Pendekatan menghafaz boleh diperkenalkan sebelum murid-murid dapat membaca. Walaupun begitu pendekatan ini sesuai diperkenalkan setelah murid-murid boleh membaca kalimah dan ayat-ayat dari surah tertentu.

RujukanWan Bakar Wan Dagang. (1990). Pengajaran dan Pendidikan Al-Quran Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Jurnal Pendidikan Islam Jilid 3 Bil 3,1990: 21-31.