5
JURNAL MINGGU 1: 1 FEB 2015 -5 FEB 2015 SK. DATO’ SYED NAHAR, KODIANG. ISU/CABARAN Masalah yang dihadapi pada minggu pertama adalah hilang kawalan murid semasa mengendalikan aktiviti di dalam bilik darjah. Terdapat segelintir murid yang tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga berakhir. Selain itu, punca daripada masalah ini adalah disebabkan oleh guru yang tidak tegas semasa mula-mula memasuki kelas pada kali pertama iaitu semasa sesi suai kenal dengan murid. ANALISIS MASALAH Faktor mengapa masalah ini terjadi adalah, keadaan saya yang kurang tegas dengan murid-murid. Murid-murid tidak berasa takut dan mula membuat perkara yang mereka suka seperti bermain, bercakap dan mengusik rakan-rakan yang lain. Apabila pada kali pertama memasuki kelas tanpa menunjukkan sikap tegas, murid sekaligus mengandaikan bahawa guru ini baik dan mereka dapat berbuat apa yang mereka suka. Faktor kedua ialah guru kurang pengalaman dalam mengurus kelas bahasa Inggeris khususnya bagi murid-murid sekolah rendah. Pendekatan mengurus kelas pelajar sekolah rendah amat berbeza dengan mengurus pelajar sekolah menengah. Saya tidak mengetahui pendekatan yang perlu diguna pakai sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sehingga kelas menjadi bising dan

JURNAL MINGGU 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1:

1 FEB 2015 -5 FEB 2015

SK. DATO’ SYED NAHAR, KODIANG.

ISU/CABARAN

Masalah yang dihadapi pada minggu pertama adalah hilang kawalan murid

semasa mengendalikan aktiviti di dalam bilik darjah. Terdapat segelintir murid yang

tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran saya sejak bermulanya

proses pengajaran sehingga berakhir. Selain itu, punca daripada masalah ini adalah

disebabkan oleh guru yang tidak tegas semasa mula-mula memasuki kelas pada kali

pertama iaitu semasa sesi suai kenal dengan murid.

ANALISIS MASALAH

Faktor mengapa masalah ini terjadi adalah, keadaan saya yang kurang tegas

dengan murid-murid. Murid-murid tidak berasa takut dan mula membuat perkara

yang mereka suka seperti bermain, bercakap dan mengusik rakan-rakan yang lain.

Apabila pada kali pertama memasuki kelas tanpa menunjukkan sikap tegas, murid

sekaligus mengandaikan bahawa guru ini baik dan mereka dapat berbuat apa yang

mereka suka.

Faktor kedua ialah guru kurang pengalaman dalam mengurus kelas bahasa

Inggeris khususnya bagi murid-murid sekolah rendah. Pendekatan mengurus kelas

pelajar sekolah rendah amat berbeza dengan mengurus pelajar sekolah menengah.

Saya tidak mengetahui pendekatan yang perlu diguna pakai sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran sehingga kelas menjadi bising dan tidak terkawal.

Penggunaan BBM yang digunakan juga tidak mencukupi bagi setiap murid

melaksanakan aktiviti menyebabkan murid merasa tidak berminat untuk

menjalankan aktiviti pada hari tersebut. Menurut Dr Rajbir Kaur (2005), aktiviti yang

kurang menarik akan menyebabkan tercetusnya gangguan komunikasi dalam bilik

darjah dan sekaligus menyebabkan minat murid-murid untuk belajar akan

berkurangan dan mereka akan cenderung untuk membuat bising dalam bilik darjah.

Tambahan pula, suara dan juga intonasi yang kurang jelas juga membuatkan

murid hilang tumpuan. Suara saya pada mulanya agak perlahan dan tidak dapat

Page 2: JURNAL MINGGU 1

didengar bila berada di kawasan yang luas. Oleh yang demikian, kawalan kelas

terganggu disebabkan oleh murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.

Di samping itu, istilah guru baru juga membuatkan murid mengambil kesempatan

terhadap individu ini. Mereka sudah biasa dengan guru mereka yang bersuara

lantang dan tegas. Oleh itu, mereka lebih menghormati guru dan mendengar arahan

guru mereka.

CADANGAN

Untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini iaitu mencari pendekatan

yang sesuai untuk p&p bagi murid Tahun 2 Bestari iaitu berjumpa dengan guru kelas

dan bertanya cara mereka mengajar dan membuat kawalan kelas sewaktu

mengendalikan kelas masing-masing. Di sini, mereka dapat memberikan sedikit

perkongsian pengalaman mereka dalam mempraktikkan p&p dan kawalan yang

berkesan. Ini kerana guru-guru terlibat sudah berpengalaman lebih kurang 3 hingga

4 tahun di sekolah tersebut. Saya juga perlu kreatif dan mencari kesesuaian

khususnya dari segi penggunaan BBM. BBM yang digunakan mesti sesuai dengan

tahap penerimaan murid tersebut, serta mampu untuk menarik minat mereka dalam

melakukan aktiviti dan seterusnya dapat memberi nilai selepas pembelajaran. Saya

akan menggunakan BBM lain untuk setiap kelas agar murid-murid tidak mempelajari

perkara yang sama.

TEMPOH PENYELESAIAN

Tempoh penyelesaian yang diambil selama 3 minggu kerana saya akan

memasuki kelas ini pada 11 minggu akan datang sepertimana yang dijadualkan.

Oleh hal demikian, dalam tempoh ini, saya akan cuba untuk mempraktikkan sebaik

mungkin langkah-langkah penyelesaian kepada masalah yang timbul ini.

PENILAIAN KEJAYAAN.

Saya akan meminta kerjasama rakan saya untuk memberi penilaian tentang

kejayaan saya di samping saya memanfaatkan pengajaran berpasangan saya. Saya

juga akan meminta rakan saya merakam video pengajaran saya, agar saya dapat

melihat kembali pengajaran saya dan membuat penilaian.

Page 3: JURNAL MINGGU 1

TINDAKAN SUSULAN

Saya telah berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang

sesuai semasa pengajaran bagi murid Tahun 2 Bestari. Guru pembimbing memberi

beberapa penekanan untuk proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan

menggunakan suara yang lantang dan tegas sewaktu kali pertama memasuki kelas.

Ini kerana, pandangan pertama murid terhadap guru baru itu memberi kesan untuk

proses p&p yang seterusnya. Dan ini sekaligus akan menimbulkan rasa hormat

mereka kepada guru.

Selain itu, perlukan perbincangan dengan murid-murid sebelum memulakan

aktiviti. Murid bukan sekadar mendengar sahaja, tetapi melihat dan mengaplikasikan

apa yang diajari. Ini membolehkan nilai yang diinginkan di sampaikan dengan oleh

guru diperolehi selepas p&p. Di samping itu, saya turut menggunakan sistem

‘mengecop’ kepada kumpulan yang mematuhi peraturan dan mendengar arahan

saya. Hadiah akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai markah yang

tertinggi selepas 2 minggu dan ini sekaligus dapat memotivasikan murid-murid

berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mematuhi peraturan bilik

darjah. Tempoh masa pemberian hadiah itu saya singkatkan ekoran pada praktikum

yang lepas terdapat sesetengah murid enggan berusaha lagi kerana pengukuhan

positif itu bukan dibagi secara segera. Oleh itu, saya mengandaikan untuk

mengubah waktu pemberian hadiah kepada murid yang berkelakuan baik.

Selain itu juga, pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan

sebaik sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik turut diberikan. Misalnya,

setiap kali tamat waktu, saya akan mengisytiharkan kumpulan yang terbaik pada hari

tersebut dan memberikan kata-kata pujian untuk memotivasikan murid-murid yang

lain. Bagi murid-murid yang bermasalah, saya akan cuba untuk menegur mereka

apabila mereka melakukan kesalahan.

CATATAN

Penggunaan BBM yang pelbagai juga dilihat mampu menarik minat pelajar

sewaktu proses P&P. Selain itu juga, saya perlu meneliti dari aspek kepelbagaian

latar belakang murid. Hal ini adalah perlu kerana setiap pelajar mempunyai gaya

pembelajaran yang berlainan. Oleh itu penggunaan BBM juga perlu bervariasi dan

Page 4: JURNAL MINGGU 1

sesuai dengan gaya mereka itu sendiri. Saya juga turut merasakan adalah perlu

untuk membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Agar setiap murid

dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut dan menjadikan

pembelajaran pada hari itu bermakna serta hasil yang diperolehi amat

memberangsangkan dan murid mendapat nilai-nilai murni hasil pembelajarannya.