Jurnal Mingguan Internship (2014)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    1/8

    Bilangan Jurnal

    Minggu Internship

    Tarikh Peristiwa / Kejadian

    Tajuk Jurnal

    :

    :

    :

    :

    Ke - 1

    Pertama

    8 Julai 2014

    Persekitaran Sekolah

    1. Masalah / Peristiwa

    Pada hari ini, 8 Julai 2014, saya telah melawat persekitaran sekolah bersama semua guru-guru

    pelatih IPG bagi memudahkan kami merancang projek untuk tujuan program Internship yang

    akan dijalankan selama sebulan di SK Salak, Sepang. Melalui pemerhatian kami sepanjang

    melawat persekitaran sekolah tersebut, kami mendapati bahawa terdapat banyak tempat atau

    sudut yang memerlukan tenaga kerja untuk tujuan kebersihan, keceriaan dan sebagainya.

    2. Analisis

    Masalah ini timbul kerana sekolah tersebut mempunyai bilangan tenaga kerja yang kurang untuk

    melakukan aktiviti-aktiviti keceriaan. Selain itu juga, kekangan masa yang wujud dalam kalangan

    guru-guru sekolah itu menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan program keceriaan secara

    sepenuhnya pada masa persekolahan. Hal ini berlaku disebabkan ramai guru yang terikat dengan

    jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas serta mempunyai waktu yang

    singkat dalam menambahbaik kemudahan sekolah.

    3. Cadangan Tindakan Susulan

    a. Saya boleh memilih tempat-tempat seperti tandas atau makmal komputer untuk menjalankan

    projek keceriaan bersama rakan-rakan guru pelatih saya sebagai salah satu kriteria bagi

    memenuhi garis panduan program Internship kami.

    b. Saya boleh merancang kertas kerja bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain bagimembolehkan Guru Besar meluluskan permohonan pelaksanaan projek sekolah agar

    kerjasama yang padu terhadap komuniti sekolah dapat dibentuk dengan erat.

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    2/8

    4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah bagi

    program Internship dengan kerjasama rakan-rakan guru pelatih yang lain.

    Disemak oleh Guru Pembimbing

    Tandatangan :

    Nama :

    Tarikh :

    Disemak oleh Guru Besar

    Tandatangan :

    Nama :

    Tarikh :

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    3/8

    Bilangan Jurnal

    Minggu Internship

    Tarikh Peristiwa / Kejadian

    Tajuk Jurnal

    :

    :

    :

    :

    Ke - 2

    Kedua

    16 Julai 2014

    Pelaksanaan Bengkel KBAT

    1. Masalah / Peristiwa

    Pada hari ini, 16 Julai 2014, saya bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain telah

    mengendalikan bengkel KBAT untuk murid-murid Tahun 3 hingga 5 di bilik surau sekolah. Saya

    mendapati bahawa kehadiran murid pada hari tersebut agak kurang memuaskan kerana bilangan

    murid yang hadir pada hari tersebut sangat kurang iaitu dalam 80 orang sahaja. Selain itu, bilik

    surau yang agak kecil juga tidak mampu untuk memuatkan semua murid bagi menjalankan aktiviti

    secara berkumpulan.

    2. Analisis

    Masalah ini timbul kerana bengkel tersebut telah dijalankan pada sebelah petang semasa waktu

    kokurikulum. Tambahan pula, bengkel tersebut telah dilaksanakan pada bulan puasa

    menyebabkan ramai murid yang tidak menghadirkan diri untuk aktiviti petang yang berlangsung

    pada hari tersebut. Selain itu, kami terpaksa menjalankan bengkel KBAT itu di dalam bilik surau

    atas sebab dewan telah digunakan untuk aktiviti murid Tahun 6 walaupun kami telah menempah

    dewan tersebut pada minggu sebelumnya lagi.

    3. Cadangan Tindakan Susulan

    a. Saya bersama rakan-rakan guru pelatih boleh mengadakan bengkel tersebut pada tarikh dan

    masa lain yang dianggap sesuai dengan budi bicara Guru Besar sekolah agar semua murid

    dapat melibatkan diri dalam bengkel yang diadakan.

    b. Saya boleh berbincang bersama rakan-rakan guru pelatih untuk meminta izin daripada Guru

    Besar sekolah bagi menggunakan kelas-kelas yang berdekatan dengan dewan agar aktiviti

    murid secara berkumpulan dapat berjalan dengan lebih lancar. Namun, cadangan ini haruslah

    dikemukakan lebih awal agar penggunaan bilik darjah dapat diuruskan dengan baik.

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    4/8

    4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya supaya semua masalah

    yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan dengan baik.

    Disemak oleh Guru Pembimbing

    Tandatangan :

    Nama :

    Tarikh :

    Disemak oleh Guru Besar

    Tandatangan :

    Nama :

    Tarikh :

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    5/8

    Bilangan Jurnal

    Minggu Internship

    Tarikh Peristiwa / Kejadian

    Tajuk Jurnal

    :

    :

    :

    :

    Ke-3

    Ketiga

    21 Julai 2014 25 Julai 2014

    Persekitaran i-THINK

    1. Masalah / Peristiwa (Huraian)

    Pada 22 Julai 2014, projek komuniti sekolah sudut i-THINK mula dilaksanakan oleh

    seramai dua belas orang guru pelatih dari dua institut iaitu Institut Pendidikan Guru

    Kampus Pendidikan Teknik dan juga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,

    Bangi. Saya mendapati bahawa kami menghadapi masalah kekangan masa untuk

    menyiapkan projek ini.

    2. Analisis (Kenapa, Bagaimana?)

    Masalah ini timbul kerana kami perlu menunggu masa yang sesuai untuk membina

    sudut i-THINK ini kerana murid sering berada di makmal komputer bagi subjek Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi. Sekiranya ia dibuat pada waktu tersebut, kemungkinan akan

    mengganggu tumpuan murid semasa proses pdp mereka. Selain itu, saya juga

    mempunyai satu lagi projek yang perlu dilaksanakan disamping tugasan-tugasan IPG

    dan kajian tindakan yang perlu disiapkan sepanjang tempoh internship ini.

    3. Cadangan Tindakan Susulan

    a) Saya akan menguruskan masa dengan lebih efisien lagi dengan membahagikan kerja

    mengikut masa yang telah ditetapkan dan peluang sewaktu murid tidak berada di dalam

    makmal komputer akan saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan sudut i-THINK .

    b) Saya akan bergilir-gilir dengan rakan saya bagi menyiapkan kedua-dua projek dan saya

    akan memberikan kerjasama yang jitu serta komitmen yang tinggi dalam projek ini juga

    agar projek dapat disiapkan dengan jayanya.

    4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya supaya semua

    masalah yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan dengan baik.

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    6/8

    Disemak oleh Guru Pembimbing

    Tandatangan:

    Nama:

    Tarikh:

    Disemak oleh Guru Besar

    Tandatangan:

    Nama:

    Tarikh:

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    7/8

    Bilangan Jurnal

    Minggu Internship

    Tarikh Peristiwa / Kejadian

    Tajuk Jurnal

    :

    :

    :

    :

    Ke-4

    Keempat

    4 Ogos 2014 8 Ogos 2014

    Program Tandas Bersih 2014

    5. Masalah / Peristiwa (Huraian)

    Pada minggu ini, projek komuniti sekolah Program Tandas Bersih 2014 mula

    dilaksanakan oleh guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Salak. Objektif program ini ialah

    bagi mewujudkan budaya tandas bersih dan ceria dalam kalangan warga sekolah serta

    meningkatkan kefahaman tentang tatacara penggunaan tandas dengan betul. Saya

    mendapati bahawa masalah tandas yang berbau sewaktu kami melaksanakan program

    ini sedikit sebanyak menggangu konsentrasi kami untuk menceriakan tandas. Selain itu,

    murid yang kerap berulang-alik masuk ke tandas turut menggangu kelancaran program

    ini.

    6. Analisis (Kenapa, Bagaimana?)

    Masalah ini timbul kerana sejak awal pagi lagi tandas belum dibersihkan kerana terdapat

    banyak tandas di sekolah ini yang menyebabkan masa yang lebih lama telah diambil

    untuk membersihkan kesemua tandas. Murid juga telah memasuki tandas seawal jam

    7.00 pagi kerana mereka sudah berada di sekolah pada waktu tersebut.

    7. Cadangan Tindakan Susulan

    a) Saya perlu mencari masa yang sesuai dan keadaan tandas yang memuaskan sebelum

    memulakan projek ini agar konsentrasi dapat diberikan sepenuhnya dalam menghias

    tandas agar ceria dan bersih.

    b) Saya perlu menghalang beberapa orang murid daripada menggunakan tandas yang

    sedang kami gunakan agar proses menghias tandas berjalan dengan lancar. Murid boleh

    menggunakan tandas-tandas lain yang terdapat di sekitar sekolah.

    8. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya di sekolah saya

    kelak agar semua masalah yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan

    dengan baik.

  • 8/11/2019 Jurnal Mingguan Internship (2014)

    8/8

    Disemak oleh Guru Pembimbing

    Tandatangan:

    Nama:

    Tarikh:

    Disemak oleh Guru Besar

    Tandatangan:

    Nama:

    Tarikh: