4
Jurnal Refleksi Pengajaran Mikro Tema : Waktu Saya Langkah : 2 Aktiviti : Aktiviti menayangkan video dan memadankan waktu yang ditulis di papan putih dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan seharian berdasarkan kad gambar. Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat: 2) memadankan kad bergambar dengan waktu yang ditulis di papan putih dengan tepat. Strategi pengajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Menggunakan kemahiran memperkukuh untuk Meningkatkan kefahaman murid. Memberi keyakinan pada murid untuk memadankan kad bergambar pada waktu yang ditulis Memberi motivasi kepada murid. Bbm : Kad bergambar dan papan putih Kelemahan saya : 1) Saya menganggap murid saya sebagai kawan dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya iaitu memanggil murid dengan panggilan kau. 2) Gaya tubuh saya kurang sesuai semasa mengajar iaitu saya mencekak pinggang semasa sesi soal jawab. 3) Saya tidak dapat mengikuti RPH yang disediakan sepenuhnya disebabkan kekangan waktu pembelajaran. (video tidak dapat ditayangkan) Langkah mengatasi: 1) Saya perlu membuat lebih banyak latihan dan pengalaman membuat simulasi pengajaran untuk mengelak perkara num 1) dan 2) diatas berulang kembali. 2) Ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran amat penting. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Jurnal refleksi pengajaran mikro

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal refleksi pengajaran mikro

Jurnal Refleksi Pengajaran Mikro

Tema : Waktu Saya

Langkah : 2

Aktiviti : Aktiviti menayangkan video dan memadankan waktu yang ditulis di

papan putih dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan seharian berdasarkan

kad gambar.

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat:

2) memadankan kad bergambar dengan waktu yang ditulis di papan putih

dengan tepat.

Strategi pengajaran : Pembelajaran berpusatkan murid.

Menggunakan kemahiran memperkukuh untuk

Meningkatkan kefahaman murid.

Memberi keyakinan pada murid untuk memadankan kad bergambar pada waktu yang

ditulis

Memberi motivasi kepada murid.

Bbm : Kad bergambar dan papan putih

Kelemahan saya : 1) Saya menganggap murid saya sebagai kawan dan menggunakan

perkataan yang tidak sepatutnya iaitu memanggil murid dengan panggilan

kau.

2) Gaya tubuh saya kurang sesuai semasa mengajar iaitu saya mencekak

pinggang semasa sesi soal jawab.

3) Saya tidak dapat mengikuti RPH yang disediakan sepenuhnya disebabkan

kekangan waktu pembelajaran. (video tidak dapat ditayangkan)

Langkah mengatasi: 1) Saya perlu membuat lebih banyak latihan dan pengalaman membuat

simulasi pengajaran untuk mengelak perkara num 1) dan 2) diatas

berulang kembali.

2) Ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran amat penting.

Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH.

Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga

akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian

pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Page 2: Jurnal refleksi pengajaran mikro

Kelemahan murid : 1) Murid kelihatan agak pasif sewaktu sesi pengajaran mikro.

2) Murid ada kalanya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh

guru.

Kekuatan Pengajaran Mikro

1- Kelantangan dan kejelasan suara

Suara saya yang lantang memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman

murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.Hal ini memberi kesan kepada tumpuan dan

fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan

gangguan-gangguan lain.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam pengajaran

mikro saya. Kejelasan ini memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan

dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberikan oleh saya sangat jelas, memudahkan

murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh

saya.

2- Peneguhan dan pujian kepada murid

Saya telah memberikan peneguhan dan pujian dalam beberapa cara yang positif seperti memberi

peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, menepuk bahu dan memuji murid kerana memberi

jawapan yang baik. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang

baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif.

Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum

selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu

tidak tepat’. Murid akan lebih bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka

akan merasakan diri mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan.

Selain itu juga, komunikasi dua hala antara saya dan murid berjalan dengan lancar. Kami

beramah mesra dengan senang hati.Ini menunjukkan kemesraan yang terjalin antara saya dan

murid-murid.

Aplikasi teori dalam pengajaran mikro

Saya mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pengajaran. Pengetahuan murid dibina

berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Saya berperanan sebagai fasilitator yang membantu

murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Contohnya, saya membimbing murid

Page 3: Jurnal refleksi pengajaran mikro

saya memadankan kad bergambar dengan waktu yang ditulis dengan menyuruh mereka

mengingati semula pembelajaran sebelum ini.

Penambahbaikan pengajaran mikro

1. Bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik.

Saya akan menggunakan kad bergambar 3D dan menggunakan tulisan yang bewarna sebagai

BBM saya. Gambar dan tulisan yang menarik dan ceria ini akan dapat menarik perhatian murid,

murid sungguh seronok dan memberi respon dengan menjawab soalan-soalan daripada saya.

2. Memberi ganjaran kepada murid.

Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang

diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti air susu sebagai penghargaan kepada

murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih dihargai

oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti yang dilakukan di

dalam kelas. Pemberian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok dan

bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti.

Penutup

Secara keseluruhan nya, pengajaran mikro saya agak berjaya. Saya bukan sahaja dapat mengawal

kelas itu, malah semasa saya menayangkan video pengajaran mikro saya, kebanyakan rakan-

rakan saya ketawa melihat telatah saya sebagai guru ini.

Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya dapati perancangan yang

sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil langkah

penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan penbelajaran saya

akan menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.

Page 4: Jurnal refleksi pengajaran mikro