77

K A N D U N G A N

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: K A N D U N G A N
Page 2: K A N D U N G A N

K A N D U N G A N

MUKA SURAT

PERUTUSAN KETUA AUDIT NEGARA i

BAHAGIAN 1: MAKLUMAT KORPORAT 2

BAHAGIAN 2: PENGURUSAN SUMBER 12

BAHAGIAN 3: USAHA MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVI JABATAN 22

BAHAGIAN 4: PENCAPAIAN JABATAN

• BIDANG PENGAUDITAN 36 • PROJEK PEMBANGUNAN 45 • LAIN-LAIN PENCAPAIAN 48

BAHAGIAN 5 : PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA 54

BAHAGIAN 6: PERISTIWA 2003 58

BAHAGIAN 7: AKTIVITI SOSIAL, SUKAN DAN KEBAJIKAN 68

Audit
PERUTUSAN KETUA AUDIT NEGARA
Audit
BAHAGIAN 1: MAKLUMAT KORPORAT
Audit
BAHAGIAN 2: PENGURUSAN SUMBER
Audit
BAHAGIAN 3: USAHA MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVI JABATAN
Audit
BAHAGIAN 4: PENCAPAIAN JABATAN
Audit
BIDANG PENGAUDITAN
Audit
PROJEK PEMBANGUNAN
Audit
LAIN-LAIN PENCAPAIAN
Audit
BAHAGIAN 5 : PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Audit
BAHAGIAN 6: PERISTIWA 2003
Audit
BAHAGIAN 7: AKTIVITI SOSIAL, SUKAN DAN KEBAJIKAN
Audit
68
Audit
58
Audit
54
Audit
48
Audit
45
Audit
36
Audit
22
Audit
12
Audit
2
Audit
i
Page 3: K A N D U N G A N

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jabatan Audit Negara buat julung kalinya menerbitkan Laporan Tahunan Jabatan Audit Negara 2003 sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan Jabatan kepada auditi dan pihak luar. Laporan ini merupakan satu sumber maklumat yang penting kepada mereka untuk mengetahui perkembangan yang berlaku di Jabatan Audit Negara. Seiring dengan peranan Jabatan Audit Negara bagi menjamin akauntabiliti awam, beberapa strategi yang dilaksanakan untuk menghadapi cabaran masa kini dan akan datang telah dimuatkan dalam laporan ini. Melalui proses pengauditan yang profesional dan penghasilan Laporan Audit yang berkualiti, auditi telah menerima dengan positif terhadap tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan. Selain daripada tugas pengauditan, Jabatan juga telah melaksanakan program khidmat nasihat (consultancy) kepada auditi. Hasilnya Laporan Audit telah dijadikan sebagai sumber rujukan untuk memperbaiki kualiti pengurusan mereka.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan dan pegawai yang terlibat dengan penyediaan Laporan Tahunan Jabatan Audit Negara 2003 kerana buat julung kalinya laporan ini dikeluarkan. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada warga kerja di cawangan-cawangan dan negeri-negeri kerana memberi sumbangan bagi memenuhi ruangan dalam laporan ini.

Laporan Tahunan ini adalah untuk membolehkan warga kerja Jabatan Audit Negara mengimbas kembali peristiwa dan kenangan bagi tahun 2003. Ianya diharap menjadi pendorong kepada usaha yang lebih gigih bagi tahun-tahun yang akan datang.

Sekian.

Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul JalilKetua Audit Negara,Malaysia.31 Disember 2003

PERUTUSAN KETUA AUDIT NEGARA

i

Page 4: K A N D U N G A N

1

Page 5: K A N D U N G A N

2 3

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pengurusan kewangan dalam perkhidmatan awam dan menjadikan Malaysia antara yang terbaik di persada antarabangsa. Untuk mencapai hasrat ini Jabatan Audit Negara dipertanggungjawab untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pentadbiran dan pengurusan wang awam. Ini dapat dilakukan melalui proses pengauditan yang dilaksanakan terhadap akaun dan aktiviti Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri serta Majlis Agama Islam. Jabatan Audit Negara diketuai oleh Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ketua Audit Negara diberi kebebasan dalam menjalankan tugasnya berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Audit 1957.

Anggota Jabatan Audit Negara terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam yang diperturunkan kuasa oleh Ketua Audit Negara sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

Penemuan audit akan dilaporkan dan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar, Sultan/Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Setelah diperkenankan laporan tersebut akan dibentangkan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang kemudiannya dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam. Struktur organisasi Jabatan Audit Negara terbahagi kepada 4 sektor di peringkat ibu pejabat serta mempunyai 14 cawangan negeri di seluruh negara.

Lokasi Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara

Jabatan Audit NegaraAras 6-9, Parcel D, Blok D2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62518 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

www.audit.gov.my

MAKLUMAT KORPORAT

PERSPEKTIF

Page 6: K A N D U N G A N

2 3

Jabatan Audit Negara telah memperbaharui Visi, Misi, Objektif, Piagam Pelanggan, Dasar Kualiti, Slogan Kualiti dan Budaya Korporat Jabatan. Majlis pelancaran telah dibuat sempena Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Audit Negara di Kota Kinabalu, Sabah pada Februari 2003.

Visi

Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ke arah meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.

Objektif

• Menyediakan Laporan Audit yang berkualiti dan menepati masa untuk dikemukakan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

• Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara bebas dan seimbang.

• Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan auditi.• Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan.• Menjadi majikan contoh.

Piagam Pelanggan

• Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada standard pengauditan antarabangsa.

• Mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan Laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan penyata kewangan tahunan.

• Menyediakan Laporan Audit yang seimbang tanpa sebarang prejudis dan prasangka.

Page 7: K A N D U N G A N

4 5

Dasar Kualiti

Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Standard Pengauditan Antarabangsa.

Slogan Kualiti

Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti

Budaya Korporat

• Profesionalisme Memastikan tahap profesionalisme yang tinggi dalam pelaksanaan audit dengan

memberi penekanan kepada disiplin kakitangan dan kualiti kerja.

• Kebebasan Melaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor dan memberi pendapat

dengan bebas selaras dengan keperluan Akta Audit 1957.

• Kualiti Memastikan kualiti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dengan menekankan

kepada budaya kerja yang baik dan pembangunan profesional yang berterusan.

• Integriti Mematuhi kod etika profesional dalam melaksanakan pengauditan dan melaporkan

penemuan audit.

• Espirit de Corp Menekankan kepentingan kerja berpasukan dengan mewujudkan persekitaran kerja

yang produktif yang menekankan kepada semangat espirit de corp dan berinovasi.

• Bertanggungjawab Bertanggungjawab di dalam semua tindakan sama ada sebagai juruaudit atau

kakitangan Jabatan.

Page 8: K A N D U N G A N

4 5

CA

RTA

OR

GA

NIS

ASI

JA

BAT

AN

AU

DIT

NEG

AR

A

Page 9: K A N D U N G A N

6 7

Konsep

Logo ini berasaskan gabungan huruf ‘a’ dan elemen grafik moden.

Huruf ‘a’ Mewakili Audit yang melambangkan peranan utama Jabatan Audit Negara. Elemen ini

juga merupakan huruf pertama dalam abjad dan mencerminkan kecemerlangan organisasi

Lingkaran OrbitMelambangkan kesediaan Jabatan Audit Negara menghadapi era globalisasi.

Bentuk segi 4 (abstrak berlian)Melambangkan keteguhan dan keutuhan organisasi dalam merealisasikan Wawasan

Negara.

Warna Kuning Melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang

merupakan punca kuasa bagi Jabatan Audit Negara.

Warna MaroonMelambangkan imej dan identiti Jabatan Audit Negara.

Warna BiruMelambangkan semangat kerja berpasukan yang menjadi pegangan warga Jabatan Audit

Negara.

Warna MerahMelambangkan semangat jitu warga Jabatan Audit Negara.

Logo ini dilancarkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Samsuddin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 15 Ogos 2002 sempena Majlis Pecah Tanah Akademi Audit Negara.

LOGO JABATAN AUDIT NEGARA

Page 10: K A N D U N G A N

6 7

Mesyuarat Pagi

Mesyuarat Pagi diadakan setiap bulan untuk membincangkan hal berhubung pengurusan Jabatan dan perkembangan kerja bulanan setiap sektor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah-pengarah Sektor dan Timbalan-timbalan Pengarah Sektor.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

Mesyuarat Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara diadakan empat kali setahun dan diadakan selepas selesai mesyuarat pagi. Mesyuarat ini antara lain membincangkan kedudukan kewangan Jabatan yang meliputi aspek perbelanjaan, perakaunan dan pungutan serta tunggakan hasil.

Mesyuarat Jawatankuasa Standard Pengauditan

Mesyuarat Jawatankuasa Standard Pengauditan dipengerusikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan Korporat dan dianggotai seramai 10 kakitangan Jabatan Audit Negara. Sepanjang tahun 2003 jawatankuasa ini telah mengadakan 5 kali mesyuarat. Di antara perkara yang telah dilaksanakan setakat ini adalah:

a) Memberi maklum balas terhadap Exposure Draft yang dikeluarkan oleh INTOSAI, ASOSAI, IFAC dan MIA

Mesyuarat Pagi yang diadakan pada 29 Disember 2003

Page 11: K A N D U N G A N

8 9

b) Mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi istilah audit.c) Mengedarkan artikel mengenai isu semasa yang berkaitan bidang pengauditan.d) Meminda Kod Etika Juruaudit Jabatan Audit Negara.

Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan

Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan diadakan empat kali setahun. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi memastikan pentadbiran dan perkhidmatan jabatan dilakukan secara cekap, berdisplin serta mempunyai integriti. Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah dan kelemahan pengurusan.

Mesyuarat Jawatankuasa Standard Perakaunan

Mesyuarat Jawatankuasa Standard Perakaunan dipengerusikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan Korporat dan dianggotai seramai 9 kakitangan Jabatan Audit Negara yang mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan. Jawatankuasa ini antara lainnya bertanggungjawab untuk memastikan standard perakaunan yang diamalkan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan mematuhi standard perakaunan yang dikeluarkan oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA). Selain itu jawatankuasa ini juga membincangkan Exposure Draft yang dikeluarkan oleh Malaysian Accounting Standard Board (MASB) dan memberi ulasan terhadap standard perakaunan yang dikeluarkan oleh International Federation Accounting Committee (IFAC). Sepanjang tahun 2003 jawatankuasa ini telah mengadakan tiga kali mesyuarat.

Mesyuarat Bersama Jabatan

Mesyuarat Bersama Jabatan diadakan empat kali setahun yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan dihadiri oleh 4 orang wakil dari Jabatan serta wakil dari setiap kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I, Kumpulan Sokongan II dan Kumpulan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir. Mesyuarat ini membincangkan mengenai kebajikan setiap kumpulan perkhidmatan dalam menjalankan pekerjaan mereka.

Page 12: K A N D U N G A N

8 9

PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN AUDIT NEGARA

Y. Bhg. Dato’Azizah binti Hj. ArshadTimbalan Ketua Audit Negara

(Persekutuan)(JUSA B)

En. Harun bin AliTimbalan Ketua Audit Negara

(Negeri)(JUSA C)

En. Boon Jon LinPengarah Audit Sektor Badan

Berkanun Persekutuan

(JUSA C)

En. Mustapha bin Naina Maricar

Pengarah Audit Negeri Sabah

(JUSA C)

Tn. Hj. Mustafa bin Saman

Pengarah Audit Negeri Sarawak

(JUSA C)

Tn. Hj. Anwari bin Suri

Pengarah Sektor Pengurusan

Korporat(JUSA C)

Pn. Nailah binti Shafie

Pengarah Audit Sektor

Persekutuan(JUSA C)

Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Audit Negara semasa menghadiri Persidangan di Kota Kinabalu, Sabah.

Page 13: K A N D U N G A N

10

LAGU KORPORAT JABATAN AUDIT NEGARA

WARGA JABATAN AUDIT NEGARAMENJUNJUNG MANDAT YANG MULIAMENJULANG MARTABAT BANGSADALAM SEMANGAT WAJAMALAYSIAKU YANG TERCINTA

BERKHIDMAT DENGAN SEIKHLAS HATITEGUR MENEGUR MENASIHATISALING HORMAT MENGHORMATIPADA SEMUA AUDITIITULAH JANJI KAMI

AUDITAN KAMI YANG BERKUALITIITULAH AMALAN KAMIBERSAMA KAMI SEDIA BERBAKTIDENGAN AKHLAK MINDA TERPUJIKAMI WARGA AUDIT NEGARACEKAP DAN MESRA

AUDITAN….BERKUALITI….PASTI MENINGKAT ….AKAUNTABILITI

Melodi Lagu Korporat dicipta oleh En. Baharuddin bin Mohd Amin dari Bahagian Pengurusan, Sektor Pengurusan Korporat dan lirik asal lagu ditulis oleh En. Dzulkifli bin Abdul Kadir dari Cawangan Audit Negeri Sarawak. Lirik ini telah diolah semula oleh Jawatankuasa Lagu Korporat di peringkat Ibu Pejabat yang dipengerusikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan Korporat. Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia, Kementerian Penerangan telah membuat rakaman Lagu Korporat dalam bentuk cakera padat pada 12 Jun 2003. Rakaman tersebut telah dibuat dalam versi minus one, solo dan koir. Lagu ini telah dilancarkan semasa Hari Kualiti pada 23 Ogos 2003 oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara. Lagu ini bertujuan untuk membangkitkan semangat kerja berpasukan dan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Page 14: K A N D U N G A N

10 11

Page 15: K A N D U N G A N

12 13

Bahagian Pengurusan di bawah Sektor Pengurusan Korporat bertanggungjawab untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan kewangan, sumber manusia dan pentadbiran Jabatan keseluruhannya. Di samping itu, Bahagian ini juga mengendalikan peperiksaan Jabatan bagi tujuan pengesahan jawatan, pergerakan gaji dan kenaikan pangkat.

Perbelanjaan Mengurus

Jabatan Audit Negara telah diperuntukkan Perbelanjaan Mengurus sejumlah RM 63.36 juta pada tahun 2003. Daripada jumlah ini RM 63.34 juta telah dibelanjakan bagi tujuan mengurus. Butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN KEWANGAN

BUTIR PERBELANJAAN PERUNTUKAN(RM)

PERBELANJAAN(RM)

PERATUS (%)

Emolumen 40,716,300 43,121,764 106

Perkhidmatan dan Bekalan 19,423,500 18,187,866 94

Aset 3,197,900 3,018,867 94Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 8,000 2,153 26

Lain-lain Perbelanjaan 15,000 11,437 76

Jumlah 63,360,700 64,342,087

PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI

TAHUN 2003

Page 16: K A N D U N G A N

12 13

Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2003, Jabatan Audit Negara telah diperuntukkan sejumlah RM16.12 juta bagi projek pembinaan Akademi Audit Negara dan Projek Pengkomputeran. Daripada jumlah ini RM 15.54 juta telah dibelanjakan seperti berikut:

BUTIR PERBELANJAAN PERUNTUKAN(RM juta)

PERBELANJAAN(RM juta)

PERATUS(%)

Projek Pengkomputeran 2.7 2.32 86

Projek Pembinaan Akademi Audit Negara 13.42 13.22 98

Pembinaan Akademi Audit Negara

Projek pembinaan Akademi Audit Negara bermula pada awal tahun 2003. Kos peruntukan berjumlah RM 37.8 juta yang meliputi kos tanah dan bangunan. Sehingga akhir tahun 2003 perbelanjaan bagi projek ini adalah seperti berikut:

BUTIR PERBELANJAAN PERUNTUKAN(RM juta)

PERBELANJAAN(RM juta)

PERATUS(%)

Tanah 7.8 7.8 100

Bangunan 30 13.22 44

Jumlah 37.8 21.02

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2003

Page 17: K A N D U N G A N

14 15

Akaun Amanah

Jabatan Audit Negara mengendalikan satu akaun amanah iaitu Akaun Amanah Bagi Latihan Kepakaran. Tujuan penubuhan akaun ini adalah untuk menampung perbelanjaan Jabatan bagi pengurusan projek-projek latihan kepakaran dan menghantar pegawai audit mengikuti latihan dalam bidang pengurusan kewangan, teknologi maklumat, perakaunan dan pengauditan. Jumlah terimaan dan perbelanjaan bagi tahun 2002 dan 2003 adalah seperti berikut:

Naziran

Unit Naziran Sektor Pengurusan Korporat telah menjalankan pemeriksaan audit dalaman terhadap pengurusan kewangan di peringkat Ibu Pejabat, Negeri Johor, Terengganu, Kedah dan Selangor pada tahun 2003.Tujuan pemeriksaan adalah untuk memastikan wujudnya kawalan dalaman, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan.

TAHUN TERIMAAN (RM) BAYARAN (RM)

2002 6,000 57,708

2003 2,000 7,642

Page 18: K A N D U N G A N

14 15

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Sehingga akhir tahun 2003 bilangan perjawatan yang diluluskan berjumlah 1,533 jawatan dan daripada jumlah ini, 1,442 jawatan telah diisi. Ringkasan keseluruhan perjawatan adalah seperti berikut:

KEDUDUKAN JAWATAN MENGIKUT KATEGORI

JAWATAN JUMLAH DILULUSKAN

JUMLAH DIISI

JUMLAH KEKOSONGAN

JUSA Turus III 1 1 0

JUSA ‘B’ 2 1 1

JUSA ‘C’ 5 6 0

Pengurusan dan Profesional 260 252 8

Kumpulan Sokongan 1,265 1,182 83

JUMLAH 1,533 1,442 92

Sepanjang tahun 2003 Cawangan Sumber Manusia telah menguruskan pengisian jawatan, pengesahan, pertukaran dan persaraan kakitangan seperti berikut:

AKTIVITI CAWANGAN SUMBER MANUSIA

PERKARA BILANGAN

Pengisian Jawatan 236

Pengesahan Dalam Jawatan 49

Kemasukan Kejawatan Berpencen 38

Pertukaran 132

Kenaikan Pangkat 120

Persaraan 22

JUMLAH 597

Page 19: K A N D U N G A N

16 17

SENARAI ANGGOTA AUDIT YANG BERSARA WAJIB

BIL. NAMA JAWATAN CAWANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

Eddy Ong @ Ong Kee Heng

Jamil bin Hitam

Shamsuddin bin Seis

Nor Hamzah bin Hassan

Abdul Aziz bin Othman

Noraini bt. Mahyuddin

Zakaria bin Osman

Eu Yau Cheon

Hugh Lawrence Zehnder

Tosiah @ Tusiah bt. Shaian

Mat Yusop bin Mat Isa

Wong Chie Yong

Mohd Mahli bin Morsidi

Tan Hong Boon

Juruaudit W54

Penolong Juruaudit W32

Juruaudit W54

Penolong Pegawai Tadbir N32

Penolong Juruaudit W32

Pembantu Tadbir N17

Pemandu R3

Penolong JuruauditW32

Penolong Juruaudit W27

Pembantu Tadbir (P/O) N22

Pembantu JuruauditW17

Penolong JuruauditW32

Pembantu Am Rendah N1

Penolong JuruauditW32

Sektor Audit Badan Berkanun PersekutuanTerengganu

Sektor Persekutuan

Bahagian Pengurusan,Sektor Pengurusan KorporatUAD. Kem. Pengangkutan

Cawangan Latihan, Sektor Pengurusan Korporat

Bahagian Pengurusan,Sektor Pengurusan Korporat

Sabah

Sarawak

Bahagian Pengurusan,Sektor Pengurusan Korporat

Perak

Sarawak

Sarawak

Sarawak

SENARAI ANGGOTA AUDIT YANG BERSARA PILIHAN

BIL. NAMA JAWATAN CAWANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Lim Hooi Eng

Noorizan bt. Omar

Siti Asmah bt. Shaik Abdul RazakWan Rosni bt. Wan Abdullah

Salmah bt. Ibrahim

Mazanah bt. Jusoh

Wan Fauziah bt. Wan Abdul RahmanPrances Sooza

Penolong JuruauditW32

Penolong JuruauditW27

Pembantu JuruauditW17

Penolong JuruauditW27

Pembantu JuruauditW17

Penolong JuruauditW32

Penolong JuruauditW32

Juruaudit W48

Sabah

Perak

Pulau Pinang

Pahang

Audit Hasil

Kelantan

Sektor Audit Badan Berkanun PersekutuanSektor Audit Kerajaan

Persekutuan

Page 20: K A N D U N G A N

16 17

Peperiksaan

Unit Peperiksaan telah melaksanakan urusan peperiksaan Jabatan bagi seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara. Bilangan dan jenis peperiksaan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2003 adalah seperti berikut:

TARIKH PEPERIKSAAN JENIS PEPERIKSAAN BILANGAN

CALON

16 Jun – 18 Jun 2003 i) Peperiksaan Perkhidmatan 1/2003:

a) Juruaudit Gred W41 dalam Percubaan b) Penolong Juruaudit Gred W27 Dalam Percubaan

ii) Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

a) Ke Skim Perkhidmatan Juruaudit Gred W41 b) Ke Skim Perkhidmatan Penolong Juruaudit Gred W27

52134

144

61

28 Ogos 20034 Oktober 200322 Oktober 2003

22 Oktober 2003

i) Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Tahun 2003

a) Ujian PTK 4 Juruaudit Gred W48 b) Ujian PTK 6 Juruaudit Gred W54 c) Peperiksaan PTK 1 Juruaudit Gred W41 d) Peperiksaan PTK 2 Juruaudit Gred W41 e) Peperiksaan PTK 3 Pen. Juruaudit Gred W32 f) Peperiksaan PTK 3 Pen. Juruaudit Gred W22 g) Peperiksaan PTK 1 Pen. Juruaudit Gred W27 h) Peperiksaan PTK 2 Pen. Juruaudit Gred W27 i) Peperiksaan PTK 1 Pemb. Juruaudit Gred W17 j) Peperiksaan PTK 2 Pemb. Juruaudit Gred W17

572095

14

276

65

170

80

26

53

15 Dis. – 17 Dis. 2003 i) Peperiksaan Perkhidmatan 2/2003:

a) Juruaudit Gred W41 Dalam Percubaan b) Penolong Juruaudit Gred W27 Dalam Percubaan

91183

Page 21: K A N D U N G A N

18 19

Sambutan Hari Kualiti Jabatan Audit Negara telah diadakan pada 23 Ogos 2003 di Ruang Utama, Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara Malaysia. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan nilai budaya kualiti di Jabatan Audit Negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja dan pihak pengurusan. Acara kemuncak majlis ini adalah Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan kualiti kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2002. Pada majlis ini juga pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat selama 25 tahun menerima penghargaan dalam bentuk sijil dan cenderamata. Ini adalah bagi menghargai sumbangan dan komitmen mereka kepada Jabatan Audit Negara. Selain itu Jabatan juga telah mengundang Tan Sri Clifford Herbert bekas pegawai kanan kerajaan yang kini menjawat jawatan Pengerusi Percetakan Nasional Berhad bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Kualiti Dari Perspektif Bekas Penjawat Awam”.

HARI KUALITI DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Sambutan Hari Kualiti Jabatan Audit Negara 2003

Page 22: K A N D U N G A N

18 19

Antara Penerima Anugerah Cemerlang Tahun 2002

Page 23: K A N D U N G A N

20

BILANGAN PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

TAHUN 2002

BAHAGIAN/CAWANGANGRED & BILANGAN PENERIMA

W48 W41 W32 W27 W22 N22 W17 N17 F11 N11 R3 N1Sektor Pengurusan Korporat 2 1 1 1 1 1

Sektor Audit Persekutuan 2 3 6 8 2 1 1

Sektor Audit Negeri 1

Sektor Audit BBP 2 2 4

Perlis 1 1

Kedah 1 2 1

Pulau Pinang 2 1 1 1

Perak 1 2 1 2

Selangor 1 1 1 1

Negeri Sembilan 2 1 1

Melaka 1 1 1

Johor 1 2 1 1 1

Pahang 2 1 1

Terengganu 1 1 2

Kelantan 1

Sabah 1 1 1 1 1

Sarawak 1 2 1 2 1 1

Page 24: K A N D U N G A N

20 21

Page 25: K A N D U N G A N

22 23

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu pengauditan dan laporan audit yang dikeluarkan setiap tahun, Jabatan Audit Negara sentiasa melakukan proses penambahbaikan kualiti. Ianya dilaksana berasaskan kepada keperluan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) seperti yang disarankan oleh Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 tahun 1992. Antara prinsip TQM yang diberi penekanan ialah sokongan pengurusan atasan, menyediakan latihan serta pengiktirafan, meninggikan semangat berpasukan dan kepastian kualiti.

Dalam melaksanakan program latihan, aktiviti peningkatan nilai positif dan murni diberi penekanan. Tiga elemen penting yang dititikberatkan ialah sikap, kemahiran dan ilmu (attitude, skills and knowledge). Y. Bhg. Datuk Dr Hadenan Abd Jalil, Ketua Audit Negara akan merasmikan setiap kursus yang dianjurkan oleh Jabatan jika beliau berkesempatan. Visi, misi dan nilai-nilai murni dalam ucapan Ketua Audit Negara akan diterapkan dalam program kursus yang dijalankan. Selain daripada itu, program team building secara sistematik dilaksanakan untuk mewujudkan ‘synergy and collaboration climate’ di kalangan peserta. Semangat dinamik, bekerjasama, harmoni dan toleransi akan dapat disemai melalui program team building ini. Seterusnya, barulah input untuk ilmu pengetahuan dan kemahiran diberi. Kebiasaannya, sesi penerapan ilmu dan kemahiran dijalankan secara berkumpulan. Perbincangan di antara peserta akhirnya akan mencapai persetujuan bersama dan memberi output yang diharapkan seperti Perancangan Strategik Pengauditan, Memorandum Perancangan Audit dan sebagainya.

USAHA MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI JABATAN

PROGRAM LATIHAN

Ketua Audit Negara sedang menyampaikan

amanatnya

Aktiviti team buildingAktiviti Safe & Rescue

Page 26: K A N D U N G A N

22 23

Sepanjang tahun 2003 seramai 1,694 orang kakitangan Jabatan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan I dan Sokongan II telah menghadiri kursus di pelbagai bidang seperti berikut:

NAMA KURSUS BIL. CALONKursus Am 1,094Kursus Pengauditan 323Kursus Perakaunan 90Kursus ICT 147Kursus bersama agensi luar 40

Sebagai satu motivasi kepada kakitangan audit untuk meningkatkan lagi bidang kemahiran mereka, Jabatan Audit Negara memperakukan Hadiah Latihan Persekutuan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti Diploma ICT (INTAN), Diploma Pengurusan (INTAN), dan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) kepada mereka yang berkelayakan.

Pada tahun 2003, Jabatan telah berjaya melaksanakan kursus di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 4 untuk seramai 57 orang peserta dan PTK 6 untuk seramai 20 orang peserta. Selain itu, kakitangan Jabatan Audit Negara juga diberi peluang secara bergilir dan mengikut pengkhususan untuk menghadiri kursus anjuran agensi dalam negara seperti Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta di luar negara anjuran International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI), Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI), Japan International Cooperation Agency (JICA) di Jepun serta Colombo Plan di India dan Pakistan. Seramai 5 orang pegawai audit telah dihantar untuk berkursus di luar negara seperti di India, Pakistan, Turki dan Jepun pada tahun 2003.

Kursus SSM PTK 4

Perbincangan Kumpulan Kursus INTOSAI

Perbincangan Kumpulan Kecil

Page 27: K A N D U N G A N

24 25

Jabatan Audit Negara Malaysia telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi seminar/bengkel antarabangsa anjuran ASOSAI dan INTOSAI. Ini memberi peluang kepada kakitangan Jabatan untuk terlibat sama mengikuti kursus tersebut, dapat bertukar-tukar ide dan pengalaman serta belajar pelbagai budaya dari negara lain. Pada Ogos, 2003, Jabatan Audit Negara telah menjadi tuan rumah untuk Design Meeting for The Environmental Auditing Course yang diadakan di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. Kerjasama di antara Jabatan Audit Negara dengan INTOSAI dan ASOSAI, telah memberi peluang kepada Malaysia untuk melahirkan 4 orang ‘Regional Training Specialist‘.

Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara dan En. John W Reed,

subject matter expert from Office of The Auditor General of Canada and Commisioner

of The Environmental and Sustainable Development.

Peserta Design Meeting Course dari luar negara menikmati buah-buahan tempatan.

Sesi perbincangan semasa seminar Design Meeting Environmental Auditing Course di Kuala

Lumpur.

Page 28: K A N D U N G A N

24 25

Kualiti program latihan terus diperbaiki dan dipertingkatkan oleh Cawangan Latihan, Sektor Pengurusan Korporat selaras dengan prinsip ‘Training is a Process not an Event’. Latihan diberi secara berterusan bagi meningkatkan kompetensi kakitangan Jabatan Audit Negara.

Pelbagai media juga menjadi bahan pengajaran dalam program latihan. Produk multimedia seperti video, CD ucapan Ketua Audit Negara, CD Ceramah Eksekutif Jabatan Audit Negara dan poster telah dihasilkan oleh Unit Multimedia, Cawangan Latihan. Produk tersebut diedarkan ke seluruh negara untuk faedah semua kakitangan Jabatan Audit Negara.

Antara produk multimedia ialah folder berwarna-warni untuk pelbagai

kursus sebagai tarikan.

Bahan rujukan yang dikeluarkan oleh Unit

Multimedia.

Page 29: K A N D U N G A N

26 27

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan satu program yang ditawarkan dan diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK). Kursus ini merangkumi pelbagai aspek seperti penetapan tugasan bagi pekerja, penilaian prestasi pekerja serta penentuan kerjaya sesuatu pekerjaan. Kesemua kursus ini perlu mengikut garis panduan yang dikenali sebagai National Occupational Skill Standard (NOSS) iaitu dokumen yang menggariskan perkara yang perlu diperolehi oleh seseorang pekerja dalam bidang kemahiran yang diikuti. Semua perkara yang terkandung dalam NOSS akan dinilai berasaskan keterampilan untuk memastikan setiap pekerja berkebolehan melakukan perkara-perkara berkenaan pada tahap yang ditentukan.

Pada masa kini Jabatan Audit Negara telah mendapat kelulusan sebagai PUSAT BERTAULIAH dan menawarkan dua tahap kursus SKM kelolaan MLVK di bawah Program Pengurusan Sistem Maklumat. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

i. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (Tahap 2)ii. Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (Tahap 3)

Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Kursus ini adalah setaraf dengan sijil kursus sistem maklumat komputer anjuran agensi luar. Program kursus direka bentuk untuk memberikan khidmat sokongan terhadap pengurusan fail secara manual dan elektronik, dokumentasi, penyediaan laporan, merekabentuk pangkalan data, persembahan kertas kerja, mengemas kini rekod, membuat penyalinan rekod elektronik dan lain-lain.

Penyelia Tadbir Sistem Maklumat

Kursus ini adalah setaraf dengan sijil lanjutan anjuran kursus komputer agensi luar. Kursus ini meliputi kemahiran penyeliaan di samping kemahiran teknikal. Program kursus direka bentuk untuk memberikan tumpuan terhadap penyeliaan data dan rekod, keselamatan fail manual dan elektronik, menyelia mesyuarat, perhubungan korporat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan lain-lain perkhidmatan berkaitan penyelenggaraan pejabat.

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Sijil MLVK

Page 30: K A N D U N G A N

26 27

Selaras dengan keperluan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) iaitu Kepastian Kualiti, Jabatan Audit Negara menyediakan beberapa manual, garis panduan dan arahan bagi memastikan pelaksanaan proses pengauditan menepati standard yang telah ditetapkan. Manual, garis panduan dan arahan tersebut adalah seperti berikut:

Manual ini menerangkan secara terperinci mengenai latar belakang organisasi serta peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan kedudukan Ketua Audit Negara. Di samping itu ia juga menerangkan mengenai jenis-jenis pengauditan yang dijalankan dan laporan audit yang disediakan. Selain itu manual ini juga menjelaskan standard yang digunakan dalam melaksanakan pengauditan seperti standard am, standard pengauditan dan juga standard pelaporan. Manual ini disediakan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Manual ini disediakan sebagai memenuhi keperluan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8/1991. Manual ini antara lain menjelaskan mengenai objektif dan carta organisasi jabatan, fungsi utama jabatan, aktiviti-aktiviti yang menggerakkan fungsi utama tersebut, proses kerja serta carta aliran yang berkaitan. Manual ini merupakan rujukan utama bagi pelaksanaan tugas pengurusan dan pengauditan di semua peringkat Jabatan.

MANUAL AUDIT

MANUAL PROSEDUR KERJA

Manual Audit

Manual Prosedur Kerja

Page 31: K A N D U N G A N

28 29

Pengauditan prestasi adalah salah satu jenis pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara. Pengauditan ini lebih tertumpu kepada penilaian terhadap aktiviti sesuatu organisasi bagi memastikan penggunaan sumber dilakukan secara ekonomi, cekap dan berkesan. Untuk tujuan ini satu garis panduan yang lengkap telah disediakan setelah mengambilkira garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dan dipinda mengikut keperluan Jabatan. Garis panduan ini juga telah disediakan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Panduan ini disediakan bagi membantu kakitangan Jabatan Audit Negara dalam menjalankan satu lagi jenis pengauditan iaitu pengauditan pengurusan kewangan. Panduan ini antara lain meliputi aspek pengauditan terhadap pengurusan kewangan sesebuah organisasi seperti pengurusan, kutipan hasil, perbelanjaan, akaun amanah, pelaburan, pinjaman dan juga aset.

GARIS PANDUAN PENGAUDITAN PRESTASI

GARIS PANDUAN PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN

Garis Panduan Pengauditan Kewangan

Garis Panduan Pengauditan Prestasi

Page 32: K A N D U N G A N

28 29

Arahan Ketua Audit Negara dan Pekeliling Ketua Audit Negara dikeluarkan dari semasa ke semasa bertujuan untuk menerangkan dasar dan polisi Jabatan berhubung dengan sesuatu perkara kepada semua kakitangan audit dan pihak lain yang berkepentingan seperti auditi dan firma audit swasta. Sejak tahun 2000 sejumlah 18 Arahan dan 11 Pekeliling telah dikeluarkan. Pada tahun 2003 sejumlah 7 Arahan Ketua Audit Negara dan 1 Pekeliling Ketua Audit Negara telah dikeluarkan.

ARAHAN KETUA AUDIT NEGARA - TAHUN 2003

1/2003 Garis Panduan Penggunaan Bas Jabatan

2/2003 Garis panduan Pemandu Kenderaan

3/2003 Format Sijil dan Laporan Ketua Audit Negara

4/2003 Peranan Pegawai Jabatan Audit Negara Selaku Ketua Unit Audit Dalam

5/2003 Memberi Kursus/Ceramah /Seminar Anjuran Sektor Swasta

6/2003Garis panduan bagi Pelajar Universiti Tempatan/Luar Negara dan Kakitangan Kerajaan Organisasi Luar Negara Yang Menjalankan Penyelidikan Di Jabatan Audit Negara

7/2003 Pelepasan Pada Hari Peperiksaan Anjuran Jabatan Audit Negara

PEKELILING KETUA AUDIT NEGARA – TAHUN 2003

1/2003 Pengedaran Dan Penyimpanan Dokumen Kontrak

ARAHAN KETUA AUDIT NEGARA

Arahan Ketua Audit Negara dan Pekeliling Ketua Audit

Negara

Page 33: K A N D U N G A N

30 31

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan asas untuk menjalankan pengauditan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Komponen garis panduan ini terbahagi kepada pengauditan ICT secara umum, pengauditan pembangunan sistem, pengauditan prestasi dalam persekitaran ICT dan kaedah Computer Assisted Audit Techniques and Tools (CAATTs).

Garis Panduan CAATTs

Bagi melancarkan tugas pengauditan, Cawangan Khidmat Nasihat, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menyiapkan garis panduan penggunaan CAATTs dalam pengauditan sistem auditi. Sistem-sistem tersebut ialah:

i. Sistem e-SPKBii. Sistem SPEKSiii. Sistem Jabatan Pengangkutan Jalaniv. Sistem Pelaburan KWSPv. Sistem Caruman KWSPvi. Sistem Gaji Persekutuanvii. Sistem Cukai Taksiran DBKL

Dari semasa ke semasa arahan dan panduan berhubung dengan pengauditan dikeluarkan oleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Sektor Audit Negeri. Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk menjelaskan pendekatan dan juga kaedah pengauditan yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan di sektor tersebut. Arahan yang dikeluarkan pada tahun 2003 adalah seperti berikut:

GARIS PANDUAN PENGAUDITAN ICT

ARAHAN MENGIKUT SEKTOR AUDIT

Page 34: K A N D U N G A N

30 31

ARAHAN SEKTOR AUDIT PERSEKUTUAN

BIL. TAJUK

1/2003

2/20033/20034/2003

Perkara Utama Yang Perlu Dikaji Terhadap Pengauditan Projek Pembinaan, Program/Aktiviti dan PenyelenggaraanPanduan Pengauditan Taksiran Cukai PendapatanPanduan Pengauditan Akaun Amanah/Kumpulan Wang AmanahPanduan Pengauditan Kastam

ARAHAN SEKTOR AUDIT BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

BIL. TAJUK

1/2003

2/2003

3/2003

4/2003

5/2003

6/2003

7/2003

Panduan Audit Terhadap Akaun Di Pejabat Pengurus Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Panduan Audit Mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung HajiPanduan Audit Mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Panduan Audit Mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM)Panduan Audit Mengenai Pengauditan Cawangan Bank Negara MalaysiaPanduan Audit Mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)Panduan Mengenai Proses Kerja Bagi Aktiviti Pengurusan Kerja Audit Yang Dikontrakkan Kepada Firma Audit Swasta dan Pengeluaran Sijil Ketua Audit Negara

ARAHAN SEKTOR AUDIT NEGERI

BIL. TAJUK

1/20032/20033/20034/2003

Rancangan Audit Tahunan 2003 dan 2004Exit Conference Penyata Kewangan Tahunan AgensiJadual Kerja Program Khas AuditRancangan Audit Tahunan 2004 dan 2005

Page 35: K A N D U N G A N

32 33

Kerajaan telah menetapkan supaya perkhidmatan awam Malaysia mencapai taraf MS ISO 9000 dengan tujuan memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti yang sedia ada. Sehubungan itu hasil dari pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 2 Tahun 1996 mengenai Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000, Jabatan Audit Negara telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9002 pada 23 November 2000. Skop pensijilan MS ISO 9002 ini adalah khusus terhadap pengauditan Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan. Usaha-usaha bagi pensijilan ini telah bermula sejak tahun 1997. Antara langkah yang telah diambil oleh Jabatan pada peringkat permulaan adalah seperti berikut:

i) Mengenalpasti Core-Process Untuk Pelaksanaan MS ISO 9000 ii) Penubuhan Jawatankuasa Pemandu MS ISO 9000 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan). iii) Mengadakan ceramah kesedaran mengenai MS ISO 9000

iv) Mengadakan Bengkel Audit Kualiti Dalaman

Tiga dokumen utama iaitu Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja telah disediakan dan diguna pakai oleh semua Cawangan Audit Persekutuan dan Seksyen Audit Persekutuan di semua Cawangan Audit Negeri. Usaha sedang diambil untuk mengemas kini dokumen tersebut bagi tujuan mendapatkan pensijilan di bawah MS ISO 9000:2000 pula.

PENSIJILAN MS ISO 9000

Sijil MS ISO 9002 Untuk Jabatan Audit Negara

Page 36: K A N D U N G A N

32 33

Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta membuka minda pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara, sesi Ceramah Eksekutif diadakan secara berterusan dengan mengundang penceramah khas dari luar Jabatan. Tajuk ceramah yang dibincangkan meliputi aspek ekonomi, pengurusan dan juga isu-isu semasa. Ceramah ini diadakan di Dewan Utama Jabatan Audit Negara dan kakitangan yang dijemput adalah mereka yang bertugas di Ibu Pejabat dan di cawangan-cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Perjalanan majlis ceramah ini dirakamkan dan diedarkan kepada Cawangan Audit Negeri untuk sama-sama dihayati kandungan ceramahnya oleh kakitangan audit di Cawangan Audit Negeri.

CERAMAH EKSEKUTIF

Hadirin di Ceramah Eksekutif Ceramah Eksekutif Oleh Y.Bhg. Dato’ Mustapha bin Mohamed

Ketua Audit Negara menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Clifford F.

Herbert

Ketua Audit Negara menyampaikan cenderahati kepada En. John W. Reed

dari Pejabat Audit Kanada

Page 37: K A N D U N G A N

34

Ceramah eksekutif yang telah diadakan sepanjang tahun 2003 seperti berikut:

BIL. TAJUK TARIKH

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Suasana Ekonomi Semasa – Cabaran Dan Strategi Kerajaan Menanganinya.Penceramah undangan: Y.Bhg. Dato’ Mustapha bin Mohamed Pengarah Eksekutif MTEN

Peranan Bank Negara Dalam Menangani Pengubahan Wang Haram Dan Skim Cepat Kaya.Penceramah undangan: Y.Bhg. Dato’ Zamani bin Abdul GhaniPenolong Gabenor Bank Negara Malaysia

Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)Penceramah undangan: Dr. Husni bin HussainPakar Perubatan Klinik Kesihatan Putrajaya

Taklimat Pembelajaran Cukai Di Bawah Skim Taksiran Sendiri.Penceramah undangan: Tn. Hj.Ab. Rahim bin AbdullahPengarah Bahagian Khidmat Korporat LHDN

Kualiti Dari Perspektif Bekas Penjawat AwamPenceramah undangan: Y.Bhg. Tan Sri Clifford F. HerbertPengerusi Percetakan Nasional Malaysia

Introduction to Environmental Awareness and Environmental AuditingPenceramah undangan: Mr. John ReedPrincipal, Office of the Auditor General of Canada and Commissioner of the Environmental and Sustainable Development

Ibadah di Bulan RamadhanPenceramah undangan: Sahibul Samahah Prof Dr. Mohammad Yusoff bin HussainMufti Wilayah Persekutuan

25 Mac 2003

29 April 2003

13 Mei 2003

10 Jun 2003

23 Ogos 2003

28 Ogos 2003

13 Nov. 2003

Ceramah Eksekutif Mengenai SARS disampaikan oleh Dr. Husni bin Hussain

Hadirin di Ceramah Eksekutif

Page 38: K A N D U N G A N

34 35

Page 39: K A N D U N G A N

36 37

Dalam menentukan wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan wang awam, Jabatan Audit Negara melaksanakan tiga jenis pengauditan iaitu:

i) Pengauditan Penyata Kewangan (Attestation Audit)ii) Pengauditan Pematuhan (Compliance Audit)iii) Pengauditan Prestasi (Performance Audit)

Ketiga-tiga jenis pengauditan ini dijalankan terhadap semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Akta Audit 1957.

PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN

Pengauditan Penyata Kewangan dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan penyata kewangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri dan lain-lain agensi bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggara dengan teratur dan dikemas kini. Pengauditan ini dijalankan secara muktamad. Pada tahun 2003 Ketua Audit Negara telah mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, 13 Kerajaan Negeri, 111 Badan Berkanun Persekutuan, 139 Badan Berkanun Negeri, 145 Pihak Berkuasa Tempatan dan 14 Majlis Agama Islam.

Pengauditan bagi 89 Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan, 111 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri dan 137 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan oleh 47 firma audit swasta bagi pihak Ketua Audit Negara. Pengauditan oleh firma audit swasta ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 7(3) Akta Audit, 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara melantik mana-mana pihak yang berkebolehan untuk menjalankan pengauditan bagi pihak beliau.

Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2003

BIDANG PENGAUDITAN

PENCAPAIAN JABATAN

BIL. PENYATA DISAHKANSENDIRI

DISAHKAN OLEH FIRMA AUDIT SWASTA JUMLAH

1. Kerajaan Persekutuan 1 - 1

2. Kerajaan Negeri 13 - 13

3. Badan Berkanun Persekutuan 22 89 111

4. Badan Berkanun Negeri 28 111 1395. Pihak Berkuasa Tempatan 8 137 1456. Majlis Agama Islam 14 - 14

Page 40: K A N D U N G A N

36 37

Sejumlah 451 Penyata Kewangan telah diterima daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam untuk disahkan pada tahun 2003. Ini disebabkan terdapat Badan Berkanun yang mengemukakan Penyata yang tertunggak. Daripada 451 penyata yang telah disahkan pada tahun 2003, Jabatan Audit Negara berjaya mengeluarkan 314 Sijil Bersih dan bakinya 137 adalah Sijil Berteguran. Jumlah penyata yang disahkan ini telah meningkat dengan 63 penyata berbanding 388 penyata yang berjaya disahkan pada tahun 2002.

Akaun Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Agensi Kerajaan yang disahkan pada tahun 2002 dan 2003.

PENYATA

2002 2003

SIJIL SIJIL

BERSIH BERTEGURAN DISCLAIMER ADVERSE BERSIH BERTEGURAN DISCLAIMER ADVERSE

1. Kerajaan Persekutuan 1 - - - 1 - - -

2. Kerajaan Negeri 4 9 - - 10 3 - -

3. Badan Berkanun Persekutuan

71 21 - - 98 11 - -

4. Badan Berkanun Negeri

66 54 - - 99 51 - -

5. Pihak Berkuasa Tempatan

73 68 - - 97 62 - -

6. Majlis Agama Islam

12 9 - - 9 10 - -

Jumlah 227 161 - - 314 137 - -

Penyampaian Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara kepada Y.A.B. Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Menteri Besar

Negeri Sembilan

Page 41: K A N D U N G A N

38 39

PENGAUDITAN PEMATUHAN

Pengauditan pematuhan dijalankan bertujuan untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Semasa pengauditan ini dijalankan, aspek utama dalam pengurusan kewangan yang diberi tumpuan ialah kawalan terimaan hasil, kawalan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah, pengurusan pelaburan dan juga pengurusan inventori dan harta modal. Pengauditan ini dilaksanakan terhadap Kementerian/Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan juga Negeri. Memandangkan bilangannya yang banyak, lawatan ke Kementerian/Jabatan dan Agensi ini dilakukan secara cyclical di mana sesuatu Kementerian/Jabatan/Agensi itu akan dilawat sekali dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Pada tahun 2003, pengauditan pematuhan telah dijalankan terhadap 19 Jabatan di peringkat Persekutuan dan 102 Jabatan di peringkat Negeri.

Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan

KEMENTERIAN BIL. JABATAN

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta 1Jabatan Akauntan Negara 1Jabatan Kastam DiRaja 2

Badan Pencegah Rasuah 1

Kementerian Pertahanan 3Jabatan Pendaftaran Pertubuhan 1Kementerian Kesihatan 1

Jabatan Kerja Raya 2

Kementerian Pendidikan 2Jabatan Pertanian 1

Jabatan Pengairan Dan Saliran 1Kementerian Perdagangan Dalam NegeriDan Hal Ehwal Pengguna 1

Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat 1

Kementerian Pembangunan Usahawan 1

Jumlah 19

Page 42: K A N D U N G A N

38 39

Selain dari itu Jabatan Audit Negara juga dikehendaki menjalankan pengauditan yang khusus terhadap akaun tertentu di beberapa Kementerian dan Jabatan. Akaun ini termasuklah akaun amanah/kumpulan wang amanah, akaun panjar, penilaian terhadap pengurusan kewangan dan pengauditan yang dipohon sendiri oleh Kementerian atau Jabatan terlibat. Pengauditan tersebut adalah seperti berikut:

• Pengauditan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah

Pengauditan khusus terhadap akaun amanah beberapa Kementerian dan Jabatan dijalankan bagi memastikan pengurusannya adalah selaras dengan peraturan yang terkandung dalam arahan amanah berkenaan. Sepanjang tahun 2003 sejumlah 235 akaun amanah/kumpulan wang amanah di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan telah diaudit.

• Pengauditan Akaun Panjar

Sejumlah 24 akaun panjar di beberapa Kementerian dan Jabatan Persekutuan juga telah disahkan. Jumlah ini termasuk 4 akaun panjar yang beroperasi di luar negara dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

• Penilaian Khas Pengurusan Kewangan

Atas permintaan Kementerian Kewangan, penilaian khas dibuat terhadap pengurusan kewangan Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah kawalan pegawai dalam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) bagi tujuan pengesahan jawatan mereka. Pada tahun 2003 pengesahan telah dilakukan untuk 33 pegawai JUSA.

Page 43: K A N D U N G A N

40 41

• Pengauditan Khas Atas Permohonan Jabatan Atau Agensi

Jabatan Audit Negara menerima permohonan untuk menjalankan pengauditan khas terhadap penyata agensi yang menerima pembiayaan dari pihak luar. Sijil Berasingan dikeluarkan bagi penyata kewangan projek untuk dikemukakan kepada pihak yang memberi pembiayaan. Pada tahun 2003, Sektor Audit Persekutuan telah menjalankan pengauditan terhadap 14 penyata melibatkan 4 pembiaya luar, manakala bagi Sektor Badan Berkanun Persekutuan, ia melibatkan 4 penyata bagi 3 pembiaya luar. Penyata tersebut adalah seperti berikut:

Pengauditan Khas Kementerian/Jabatan Persekutuan

PEMBIAYA KEMENTERIAN/JABATANBILANGAN PENYATA

Bank Dunia

Kementerian Sains Dan Alam Sekitar 4

Kementerian Pertanian 1

Kementerian Pendidikan 2

United Nations Development Project (UNDP)

Kementerian Kesihatan 1

Kementerian Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia 1

Asian Development Bank Kementerian Pendidikan 2

Japan Bank For International Cooperation (JBIC)

Perbendaharaan Malaysia 3

Page 44: K A N D U N G A N

40 41

PENGAUDITAN PRESTASI

Pengauditan prestasi dijalankan untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berekonomi. Ia juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku pembaziran dalam perbelanjaan wang awam. Pengauditan yang dijalankan ini meliputi 3 aspek utama dalam sesuatu aktiviti iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Pengauditan ini dijalankan terhadap semua aktiviti Kerajaan seperti pembinaan rumah kos rendah, aktiviti penyelenggaraan, pengurusan pinjaman pendidikan, program rakan muda dan lain-lain. Pada tahun 2003, sejumlah 109 pengauditan prestasi telah dijalankan di mana 59 pengauditan dilaksanakan di peringkat Negeri, 35 pengauditan di peringkat Persekutuan dan 15 pengauditan di peringkat Badan Berkanun Persekutuan.

Di samping itu Jabatan Audit Negara juga menerima permintaan dari Kementerian, Jabatan dan Agensi tertentu untuk melaksanakan pengauditan khas terhadap sesuatu aktiviti. Pada tahun 2003 sejumlah 3 kajian khas telah dilaksanakan atas permintaan Kerajaan Pusat terhadap Kementerian Sumber Manusia, Asian and Pacific Development Centre (APDC) dan Syarikat Konsesi Tol. Semua hasil pengauditan pematuhan dan pematuhan prestasi ini akan dilaporkan secara terperinci dalam Laporan ketua Audit Negara bagi Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri yang akan diterbitkan pada tahun 2004.

Pengauditan ke atas Syarikat Konsesi Tol.

Page 45: K A N D U N G A N

42 43

Selain dari 3 jenis pengauditan yang dilaksanakan di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Jabatan Audit Negara juga memperkenalkan beberapa pendekatan positif bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengurusan wang awam. Pendekatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

PROGRAM ANAK ANGKAT

Program Anak Angkat telah dilancarkan oleh Jabatan Audit Negara pada November 2002 dan mula dilaksanakan pada tahun 2003. Program ini bertujuan memberi bimbingan dan nasihat kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengurusan kewangan mereka. Kakitangan audit telah melawat beberapa Jabatan yang dipilih untuk dijadikan anak angkat dan seterusnya memberikan teguran serta bimbingan dalam memperbaiki kelemahan yang wujud dalam pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan berkenaan. Lawatan selanjutnya dilakukan bagi memastikan tindakan susulan diambil oleh pihak terlibat terhadap penambahbaikan yang disyorkan. Sejumlah 57 Jabatan di peringkat Negeri dan 10 Jabatan di peringkat Persekutuan telah dipilih untuk program ini pada tahun 2003.

PENAMPILAN AUDIT (AUDIT PRESENCE)

Program Penampilan Audit atau Audit Presence telah diperkenalkan semula pada tahun 2003. Pemeriksaan Audit ini dibuat terhadap Jabatan yang tidak terpilih untuk pengauditan pengurusan kewangan pada tahun tersebut. Bagi Jabatan yang tidak terpilih atau tidak pernah dipilih untuk dibuat pengauditan pengurusan kewangan, Audit Presence dibuat dengan memberi penekanan kepada aspek semakan kawalan dalaman dan pemeriksaan audit terhadap wang hasil/panjar. Pada tahun 2003, sejumlah 419 Jabatan dan Agensi di peringkat negeri telah dilawati.

Page 46: K A N D U N G A N

42 43

PENGAUDITAN AGENSI

Melalui Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002, Ketua Audit Negara telah menetapkan penyediaan Laporan Pengauditan Pengurusan bagi setiap Agensi Kerajaan mulai tahun 2003. Matlamat utama penyediaan Laporan ini adalah bagi mengetahui perkembangan dan prestasi keseluruhan Agensi Kerajaan dan seterusnya memudahkan pemantauan dari segi pengurusan kewangan. Laporan ini meliputi aspek pengurusan organisasi, fungsi Jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan prosedur, analisis kewangan, pengurusan kewangan dan pelaksanaan program/aktiviti Agensi. Laporan ini tidak dibentang dalam Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri tetapi dikemukakan kepada Pengurusan Tertinggi sesuatu agensi untuk makluman dan tindakan mereka. Pada tahun 2003, sejumlah 36 agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan telah dipilih untuk maksud pengauditan ini.

Temubual dengan Pengetua Sekolah Jururawat Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Page 47: K A N D U N G A N

44 45

PENGAUDITAN SYARIKAT

Selain dari mengaudit Jabatan dan Agensi Kerajaan, Jabatan Audit Negara juga bertanggungjawab untuk mengaudit syarikat Kerajaan di mana lebih daripada 50% ekuitinya dipegang oleh Kerajaan dan juga syarikat yang menerima geran, pinjaman dan jaminan pinjaman daripada Kerajaan. Pada 19 November 2003 Jabatan Audit Negara telah mendapatkan perintah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan pengauditan terhadap syarikat demikian.

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MAJLIS AGAMA ISLAM Amalan Terbaik ini disediakan bagi membantu dan memastikan urusan kewangan semua Majlis Agama Islam berjalan dengan cekap dan teratur selaras dengan pengurusan Islam yang menekankan aspek disiplin, menepati masa, tepat, kemas dan telus. Amalan Terbaik ini dirangka selaras dengan Hukum Syarak, Arahan Perbendaharaan dan mengambil kira di mana sesuai standard yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB). Dalam menyediakan Amalan Terbaik ini Jabatan Audit Negara telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan MASB.

Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan Bagi Majlis Agama

Islam

Page 48: K A N D U N G A N

44 45

PROJEK AKADEMI AUDIT NEGARA

Projek Akademi Audit Negara adalah satu projek pembangunan Jabatan Audit Negara di bawah Rancangan Malaysia ke-8. Projek ini yang sedang dalam pembinaan terletak di Mukim Labu, Negeri Sembilan. Projek ini dibina di atas tanah seluas 19.9 ekar yang berharga RM7.85 juta. Projek pembangunan yang bernilai RM32.128 juta ini dijangka siap pada Mei 2004. Majlis Pecah Tanah telah dilakukan oleh Y. Bhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 15 Ogos 2002. Akademi ini menyediakan kemudahan latihan yang lengkap seperti auditorium, bangunan akademik/pentadbiran, dewan makan, asrama, kuarters kakitangan, surau dan juga kemudahan untuk aktiviti riadah serta team building.

PROJEK PEMBANGUNAN

Ketua Audit Negara mengiringi Ketua Setiausaha Negara untuk Upacara Pecah Tanah Akademi

Audit Negara

Gambaran Artis Akademi Audit Negara

Page 49: K A N D U N G A N

46 47

Kemajuan Kerja Pembinaan Akademi Audit Negara sehingga 29 Disember 2003

Lawatan Ketua Audit Negara ke tapak Akademi Audit Negara

Surau Dewan Makan

Blok Asrama

Blok Pentadbiran dan Akademik Kuarters Kakitangan

Page 50: K A N D U N G A N

46 47

PROJEK PENGKOMPUTERAN JABATAN AUDIT NEGARA FASA V

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelenggaraan serta menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal sistem komputer Jabatan. Di dalam bidang pengauditan, BTMK bertanggungjawab memberi khidmat nasihat perundingan berkaitan pengauditan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyelenggara pangkalan data untuk rujukan audit.

Projek Pengkomputeran Jabatan Audit Negara telah melalui beberapa fasa dan ia telah dilaksanakan mulai tahun 1996. Fasa-fasa tersebut adalah Fasa 1 (1996), Fasa II (1997-1998), Fasa III (1999-2000) dan Fasa IV (2001-2002). Fasa-fasa ini meliputi penyediaan prasarana melibatkan perolehan perkakasan dan perisian komputer serta rangkaian di seluruh Negara. Selain itu kerja-kerja pengkabelan dan penyediaan bilik komputer turut dilakukan. Bagi melancarkan lagi Projek Pengkomputeran Jabatan Audit Negara, Fasa V telah dijalankan pada tahun 2003 bagi tujuan perolehan perkakasan dan perisian baru.

Perolehan Perisian Audit

Perisian Audit membolehkan pegawai audit menjalankan pengauditan bagi aplikasi persekitaran elektronik. Jabatan Audit Negara menggunakan perisian tersebut dengan kaedah Computer Assisted Audit Techniques and Tools (CAATTs) di mana ianya merupakan alat bantuan bagi meningkatkan keberkesanan kerja audit. Selaras dengan itu melalui Fasa V, perolehan dilakukan untuk perisian CAATTs dalam persekitaran rangkaian dan stand alone bagi membolehkan lebih ramai kakitangan Jabatan Audit Negara menggunakan perisian tersebut. Sejumlah 132 lesen pengguna perisian diperolehi yang melibatkan kos RM788,462.

Perkakasan komputer peribadi dan server yang diperolehi di bawah Fasa I dan II mengalami proses keusangan teknologi dan masalah penyelenggaraan. Selaras dengan perkembangan semasa, ianya diganti dengan keupayaaan semasa dalam bentuk memori utama, kepantasan pemprosesan dan ruang storan. Berikutan tugas pengauditan yang semakin berkembang maka bilangan dokumen dan laporan yang perlu disediakan semakin bertambah. Oleh itu terdapat keperluan tambahan bilangan pencetak sebagai memenuhi keperluan tersebut. Di samping itu, Jabatan Audit Negara juga mempunyai bilik multimedia sebagai melengkapi kemudahan perpustakaan. Perolehan kepada peralatan bilik multimedia bertujuan menambah bahan rujukan dan penyelidikan. Perkakasan disediakan ialah workstation, PC desktop, scanner, printer, TV dan DVD.Bilik Server

Makmal Komputer

Page 51: K A N D U N G A N

48 49

PERSEDIAAN SAMBUTAN 100 TAHUN INSTITUSI KETUA AUDIT NEGARA

Sejarah Institusi Ketua Audit Negara bermula sejak tahun 1906 di mana pada ketika itu ianya wujud secara berasingan untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Menjelang tahun 2005 kelak akan genap 100 tahun Institusi ini. Sambutan ulangtahun ke 100 Institusi Ketua Audit Negara akan diadakan bertujuan untuk mengimbas kembali sejarah penubuhan serta peranannya dalam mewujud dan meningkatkan akauntabiliti pengurusan wang awam. Peringkat awal persediaan untuk sambutan ini ialah mengumpul maklumat untuk menerbitkan buku ulangtahun ke 100 Tahun Institusi Ketua Audit Negara yang memaparkan semua maklumat dan rekod mengenai penubuhan, perkembangan pengauditan dan juga personaliti yang terlibat dalam tempoh tersebut. Proses pengumpulan maklumat telah dijalankan sejak awal tahun 2003 dan sumber-sumber diperolehi daripada Jabatan Arkib Negara, Perpustakaan Perbendaharaan, Perpustakaan Parlimen, Perpustakaan Universiti Malaya dan lain-lain. Logo Sambutan 100 Tahun Institusi Ketua Audit Negara juga telah dicipta dan begitu juga dengan konsep buku laporan. Di samping itu dua siri majlis Pengkisahan Sejarah Jabatan Audit Negara telah diadakan dengan menjemput bekas Ketua Audit Negara, Pegawai Kanan dan Pegawai Audit yang telah bersara. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mereka menceritakan pengalaman kerja yang lalu serta kisah suka duka semasa berkhidmat di Jabatan Audit Negara. Semua kenangan ini akan diabadikan sebagai warisan sejarah Jabatan ini.

LAIN-LAIN PENCAPAIAN

Majlis Pengkisahan Sejarah Jabatan Audit Negara Siri 2. Tetamu undangan

adalah Tn. Hj. Zainal Abidin b. Hj. Pitchay dan Tn. Hj. Abd. Rasad b. Abu Hassan

Majlis Pengkisahan Sejarah Jabatan Audit Negara Siri 1. Tetamu undangan adalah Y. Bhg. Tan Sri Ishak bin Tadin dan Tuan Haji

Ab. Rahman bin Mohamed.

Page 52: K A N D U N G A N

48 49

LOGO SAMBUTAN 100 TAHUN INSTITUSI KETUA AUDIT NEGARA

Logo ini telah dilancarkan pada 17 Februari 2003 sempena Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Audit di Kota Kinabalu, Sabah.

KAJIAN PENUBUHAN LEMBAGA/INSTITUT JURUAUDIT MALAYSIA

Kajian penubuhan Lembaga/Institut ini adalah sebagai satu inisiatif bagi menubuhkan sebuah Lembaga dan Institut Juruaudit Malaysia. Penubuhan Lembaga/Institut ini adalah cetusan ide Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara Malaysia yang bertujuan seperti berikut:

(i) memberikan pengiktirafan profesional dan sebagai sebuah badan pentauliahan bagi juruaudit;

(ii) bertindak sebagai sebuah badan yang mengawal selia pengamal pengauditan yang merangkumi soal etika dan perilaku serta pentauliahan.

(iii) bertanggungjawab dalam hal menentukan silibus peperiksaan bagi juruaudit untuk kelayakan keahlian; dan

(iv) menganjurkan dan menggalakkan kemajuan profesional juruaudit melalui kursus/latihan/seminar/persidangan dan penyelidikan.

Bagi tempoh Februari hingga Julai 2003, perbincangan telah diadakan dengan badan profesional seperti UEM, MIA, IIAM dan MIT dan juga agensi seperti KLSE, SC dan Jabatan Peguam Negara untuk mendapat pandangan mereka mengenai penubuhan Lembaga/Institut Juruaudit Malaysia. Tinjauan juga telah dibuat terhadap amalan beberapa buah negara luar serta perkembangan sejagat mengenai beberapa skandal kewangan seperti kes ENRON yang melibatkan juruaudit. Setakat ini, draf kertas kabinet telah disediakan dan pihak Jabatan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklum balas terhadap draf berkenaan.

Page 53: K A N D U N G A N

50 51

PENUBUHAN PASUKAN HELPDESK

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga telah menubuhkan satu pasukan Helpdesk yang terdiri daripada seorang Pegawai Sistem Maklumat, seorang Pengaturcara Komputer dan lima orang Juruteknik Komputer. Objektif penubuhan pasukan Helpdesk ini adalah :

• Menyediakan satu perantara tunggal kepada pengguna bagi menyalurkan masalah yang dihadapi dari penggunaan perkakasan komputer termasuk aplikasi.

• Merekod dan menyalurkan masalah yang diterima kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diatasi serta memantau dan membuat pelaporan ke atas status rangkaian AUDIT*Net.

• Memantau dan menilai prestasi perkakasan, perisian dan peralatan komputer pengguna yang digunakan.• Memantau dan menganalisa prestasi untuk mengenalpasti konfigurasi untuk memperbaiki prestasi sistem.• Melaksanakan ‘trouble shoot’ ke atas komponen perkakasan dan perisian komputer yang gagal berfungsi termasuk sistem penggunaan.• Mengurus penjadualan pengendalian sistem dan rangkaian termasuk mengurus inventori sistem, perkakasan dan penyelengaraan.

Juruteknik sedang membaiki komputerAnggota pasukan Helpdesk

Memantau dan membuat pelaporan ke atas status rangkaian Audit*Net

Page 54: K A N D U N G A N

50 51

SUMBANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN AKAUNTABILITI SEKTOR AWAM

Selaras dengan visi Jabatan untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam, penyertaan yang aktif diberikan oleh Jabatan untuk mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam. Ini termasuklah penglibatan Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai kanan sebagai ahli dalam beberapa jawatankuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Melalui Jawatankuasa ini Ketua Audit Negara dan pegawai kanan lain dapat memberi pandangan dan ulasan terhadap isu yang melibatkan pengurusan kewangan yang dibincangkan. Jawatankuasa yang dianggotai oleh Ketua Audit Negara adalah seperti berikut :

a) Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.b) Jawatankuasa Pembangunan Negarac) Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kewangand) Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan JPMe) Jawatankuasa Pemandu Pengkomputeranf) Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronikg) Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaanh) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awami) Jawatankuasa Pemilihan dan Perlantikan Perunding Peringkat Agensi j) Jawatankuasa Audit Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Di peringkat negeri pula antara Jawatankuasa yang dianggotai oleh Pengarah Audit Negeri adalah seperti berikut :

a) Jawatankuasa Pembangunan Negeri b) Jawatankuasa Pemantauan Projek-projek Pembangunan Persekutuan Sarawak c) Jawatankuasa Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Dan Badan Berkanun Persekutuan d) Jawatankuasa Integriti Kerajaan Negeri e) Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan f) Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri g) Jawatankuasa Pengaduan Awam Negeri h) Jawatankuasa Tetap Kewangan Dan Belanjawan Kerajaan Negeri i) Jawatankuasa Panel Anugerah Pengurusan Negeri

Selain itu Ketua Audit Negara dan pegawai kanan lain juga sering diundang untuk membentangkan kertas kerja dan menyampaikan ceramah berkaitan dengan pengurusan kewangan dari organisasi seperti INTAN, Jabatan dan Kementerian di peringkat Persekutuan dan Negeri dan juga Agensi Kerajaan.

Page 55: K A N D U N G A N

52

Rancangan Televisyen - Malaysia 2020

Ketua Audit Negara telah menjadi tetamu khas kepada Rancangan Malaysia 2020 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang telah disiarkan pada 28 November 2003. Dalam rancangan selama satu jam ini, berbagai informasi mengenai aktiviti pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan telah dipaparkan untuk makluman dan tontonan ramai. Ketua Audit Negara, Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil telah diwawancara mengenai strategi baru Jabatan, cabaran masa kini serta persiapan menghadapi Wawasan 2020. Selain itu, pendapat dan pandangan orang ramai terhadap tugas pengauditan juga telah disiarkan. Adalah diharapkan menerusi rancangan ini, peranan Jabatan Audit Negara dapat difahami oleh rakyat dengan jelas sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk menjamin wujudnya akauntabiliti sektor awam di era globalisasi yang kian mencabar.

Sedutan dari Rancangan Malaysia 2020 bersama Ketua Audit Negara

Page 56: K A N D U N G A N

52 53

Page 57: K A N D U N G A N

54 55

Di peringkat antarabangsa Jabatan Audit Negara merupakan ahli kepada Asian Organisatian of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh 36 Pejabat Ketua Audit Negara Asia. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk menggalakkan kerjasama di kalangan negara anggota melalui program latihan, penyelidikan dan juga pertukaran maklumat dan pengalaman. ASOSAI adalah salah sebuah daripada 7 Regional Working Groups di bawah International Organisatian of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Jabatan Audit Negara sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan bagi memastikan penyertaan negara yang aktif dalam pertubuhan ini. Enam soal selidik, 2 maklumbalas mengenai tajuk tertentu dan 2 kertas kajian yang melibatkan organisasi antarabangsa telah disediakan oleh Jawatankuasa Standard Pengauditan iaitu:

• Survey on Fraud and Corruption• Survey on the Independence of SAI• Survey on Auditing Standards of SAI• Questionnaire on Environmental Auditing• Questionnaire on New Methodologies and Tools to Fight Fraud and Corruption• Comparative Study on IT Systems• Information of SAI’s Mandate• Rulings on Internal Audit Unit in Ministries/Departments in Malaysia• INTOSAI Strategic Plan (2004-2005)• Country Paper on Multilateral and Bilateral Co-

operation Among SAI’s Sehubungan itu sebagai menghargai penglibatan Jabatan yang berterusan dalam aktiviti pertubuhan ini Ketua Audit Negara Malaysia telah dilantik sebagai salah seorang ahli ASOSAI Governing Board semasa Perhimpunan ASOSAI ke 9 yang telah diadakan di Manila, Filipina pada Oktober 2003. Di samping itu Jabatan Audit Negara juga telah diberi kepercayaan untuk mengetuai 6th ASOSAI Research Project bagi menyediakan Guidelines for IT Audit.

PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

ASOSAI IT Audit Guidline.

Ketua Audit Negara bersama Auditor General Australia semasa bermesyuarat di Canberra.

Page 58: K A N D U N G A N

54 55

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat dalam projek ini ialah Australia, China dan India. Guidelines ini telah diluluskan dan diterima pakai semasa Perhimpunan ASOSAI ke 9 baru-baru ini. Selain itu seorang pegawai Audit telah dilantik sebagai wakil untuk back office expert yang akan bekerjasama dengan INTOASAI bagi mengkaji semula dan membangunkan International Standards of Auditing.

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa juga telah diberikan kepada Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara Malaysia oleh Persatuan Alumni Institut Pengurusan Asia (AIM) pada 7 Mac 2003. Anugerah yang dikenali dengan nama Triple A iaitu Alumni Achievement Award and Honor & Prestige Recognition hanya diberikan kepada bekas graduan AIM sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam pembangunan profesionalisme dan pengurusan.

Y. Bhg. Datuk Dr Hadenan bin Abdul Jalil bergambar bersama penerima anugerah yang lain.

Page 59: K A N D U N G A N

56 57

Page 60: K A N D U N G A N

58 59

PERISTIWA 2003

Sepanjang tahun 2003, berbagai aktiviti jabatan telah diadakan melibatkan pegawai dan kakitangan di peringkat Ibu Pejabat dan juga Cawangan Audit di seluruh Negeri. Aktiviti ini termasuklah persidangan, perjumpaan, perasmian pejabat baru dan juga lawatan dari tetamu dalam dan luar negara.

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN AUDIT

Persidangan Pegawai Kanan Audit 2003 telah diadakan pada 17 – 19 Februari 2003 di Kota Kinabalu, Sabah dengan tema “The Changing Role of Auditors in the 21st Century”. Persidangan ini telah dihadiri oleh 80 pegawai Jabatan dan merupakan perjumpaan yang pertama sejak penstrukturan semula Jabatan. Dalam ucaptama Ketua Audit Negara semasa Persidangan tersebut beliau telah menyentuh beberapa cabaran juruaudit masa kini dan perlunya Juruaudit mengamalkan pendekatan yang progresif, risiko terhadap penggunaan ICT dalam sektor awam, sumbangan juruaudit dalam penggunaan Electronic Service Delivery dan Good Governance. Beliau menyarankan agar juruaudit mengambil langkah dan membuat persediaan yang perlu dalam menghadapi cabaran ini. Antara aturcara Persidangan kali ini adalah:

• Pelancaran Pra-Sambutan Se Abad Pengauditan Sektor Awam di Malaysia oleh Y.B. Kol. (Kehormat) Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Lajim bin Hj. Ukin, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

• Ceramahi. Legal Aspect of Auditing In Cyber-Environment : Legal Risk and Intellectual

Asset Audit oleh Prof. Madya Zaid bin Hamzah, Visiting Associate Professor, Faculty of Law University Malaya.

ii. Balanced Scorecard : Applications & Benefits oleh Encik Goh Swee Seang, Director for Industry Research, National Productivity Corporation.

• Pembentangan dan perbincangan mengenai Rancangan Tahunan Jabatan bagi tahun 2003

Pelancaran Pra-Sambutan Se Abad Pengauditan Sektor Awam Di Malaysia oleh Y.B. Kol. (Kehormat) Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Lajim bin Hj. Ukin, Timbalan Ketua

Menteri Sabah

Page 61: K A N D U N G A N

58 59

PERSIDANGAN-PERSIDANGAN SEKTOR AUDIT

Selain daripada Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Audit, Sektor Audit Negeri, Badan Berkanun dan juga Korporat telah mengadakan persidangan di peringkat sektor masing-masing. Persidangan ini diadakan bertujuan membincangkan rancangan pengauditan tahu-nan sektor serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan tugas pengauditan dan pengu-rusan. Persidangan yang telah diadakan adalah seperti berikut:

1. Persidangan Sektor Audit Negeri pada 17 dan 18 Mac 2003 2. Persidangan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan pada 18 Disember 2003 3. Persidangan Sektor Pengurusan Korporat pada 22 hingga 23 Disember 2003

Persidangan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan di Ibu Pejabat,

Putrajaya

Persidangan Sektor Audit Negeri di Melaka

Persidangan Sektor Pengurusan Korporat di Port Dickson, Negeri

Sembilan

Page 62: K A N D U N G A N

60 61

Laporan Audit yang telah ditandatangani oleh Ketua Audit Negara perlu dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum dibentangkan di Parlimen. Begitu juga dengan Laporan Audit Negeri yang perlu dipersembahkan kepada Yang di-Per-tuan Besar, Sultan, Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Ketua Audit Negara bersama pegawai-pegawai kanan telah melakukan kunjungan hormat mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan juga Ketua-ketua Menteri sambil menyembah dan menyampaikan Laporan Audit Persekutuan dan juga Laporan Audit Negeri berkenaan bagi tahun 2002.

PERJUMPAAN KETUA AUDIT NEGARA DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DENGAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, YANG DI PERTUA NEGERI DAN KETUA MENTERI

Kunjungan Hormat Ketua Audit Negara dan Pegawai Kanan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Ketua Audit Negara mempersembahkan Laporan Audit Persekutuan Tahun 2002 kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Page 63: K A N D U N G A N

60 61

Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang

Bersama TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang

Bersama Ketua Menteri Sabah

Page 64: K A N D U N G A N

62 63

Perjumpaan tahunan kali ke 3 antara Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai kanannya dengan Firma Audit Swasta telah diadakan pada 22 Julai 2003 di Kuala Lumpur. Seramai 34 Pegawai Jabatan Audit Negara dan 47 wakil Firma Audit Swasta telah menghadiri perjumpaan tersebut. Perkara utama yang telah dibincangkan pada perjumpaan ini adalah proses perlantikan Firma Audit Swasta, isu berhubung pelaksanaan audit, Memorandum Perancangan Audit dan juga langkah Jabatan dalam memperkemaskan sistem maklumat Firma Audit Swasta.

Perjumpaan Ketua Audit Negara dengan wakil Firma Audit Swasta

PERJUMPAAN TAHUNAN KETUA AUDIT NEGARA DENGAN FIRMA AUDIT SWASTA

Page 65: K A N D U N G A N

62 63

Pada tahun 2003 Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang dan Selangor telah berpindah ke pejabat baru yang mempunyai ruang pejabat yang lebih kondusif. Majlis Perasmian pejabat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara.

PERASMIAN PEJABAT BARU CAWANGAN AUDIT NEGERI

Majlis Perasmian Pejabat Baru Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang pada 5 Disember 2003

Majlis Perasmian Pejabat Baru Cawangan Audit Negeri Selangor pada 19 Disember 2003

Page 66: K A N D U N G A N

64 65

LAWATAN KE JABATAN AUDIT NEGARA OLEH PELAWAT DARI DALAM DAN LUAR NEGARA

14 Januari 2003

Lawatan dari mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor seramai 80 orang.

14 Mac 2003

Lawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Kedah seramai 13 orang.

21 Mac 2003

Lawatan dari Pelajar-pelajar Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim, Muadzam Shah, Kedah seramai 42 orang.

18 Jun 2003

Lawatan dari pegawai Unit Audit Dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seramai 13 orang.

Jabatan Audit Negara sering menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai tugas dan peranan Jabatan Audit Negara. Pelawat-pelawat terdiri dari kalangan pelajar, kakitangan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Ketua-ketua Audit Negara Luar Negara.

Page 67: K A N D U N G A N

64 65

26 Jun 2003

Lawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Pulau Pinang seramai 10 orang.

8 - 18 Julai 2003

Lawatan sambil belajar pegawai Audit Negara Maldives seramai 2 orang pegawai ke Ibu Pejabat dan beberapa Cawangan Audit.

31 Julai 2003

Lawatan Akademi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Machang, Kelantan seramai 30 orang siswa/siswi.

18 September 2003

Lawatan dari pegawai Unit Audit Dalam Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang dan Anak Syarikat seramai 9 orang.

24 September 2003

Lawatan dari Ketua Audit Negara Republik China, Taiwan bersama-sama pegawai seramai 5 orang.

Page 68: K A N D U N G A N

66

27 - 28 Oktober 2003

Lawatan dari Ketua Audit Negara Yemen dan Pegawai seramai 2 orang.

7 Oktober 2003

Lawatan sambil belajar dari Pegawai Kerajaan Negara Vietnam seramai 11 orang.

2 - 13 Disember 2003

Lawatan dari Ketua Audit Negara dan PegawaiKanan Negara Cambodia seramai 7 orang.

16 Disember 2003

Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negara Tanzania seramai 6 orang.

Page 69: K A N D U N G A N

66 67

Page 70: K A N D U N G A N

68 69

Di samping melaksanakan tugas pengauditan, aktiviti yang bercorak sukan, sosial dan ke-bajikan juga tidak ketinggalan dijalankan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Ne-gara. Aktiviti ini berlangsung di luar waktu pejabat ataupun pada cuti am. Aktiviti sedemikian banyak menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan di samping mengeratkan lagi tali siratulrahim antara pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara serta keluarga mas-ing-masing. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

AKTIVITI SUKAN DAN HARI KELUARGA

Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) merupakan badan induk yang menyelaras dan juga penaung kepada Kelab Sukan dan Kebajikan di semua Cawangan Audit Negeri. MASJAN dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan di Cawangan Audit Negeri Kelab Sukan masing-masing diketuai oleh Pengarah Audit Negeri. Kelab-kelab Sukan Audit yang bernaung di bawah MASJAN adalah seperti berikut :

1. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Perlis (KESAPs) 2. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Kedah (KSAK) 3. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Pulau Pinang (KESKAP) 4. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Perak (KESUKAP) 5. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Jabatan Audit Negeri Sembilan (KESANS) 6. Kelab Rekreasi Dan Kreatif Audit Selangor (KREATIF) 7. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Melaka (KSAM) 8. Kelab Sukan Audit Negeri Johor 9. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Pahang 10. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Kelantan (KESKA) 11. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Terengganu (KESKAT) 12. Kelab Rekreasi Audit Sarawak (KERAS) 13. Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Sabah (KESKAS) 14. Kelab Audit Kuala Lumpur (KAKL)

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kelab-kelab Sukan Audit termasuklah Hari Kel-uarga, Majlis Khatam Quran dan Kejohanan Sukan mengikut Zon masing-masing. Selain itu pegawai dan kakitangan Audit di Cawangan-cawangan Negeri juga turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga kebajikan yang dianjurkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri.

Hari Keluarga Kelab Audit Kuala Lumpur telah diadakan pada 29 Jun 2003 bertempat di Padang ‘C’, Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit Negara yang juga Penaung kepada Kelab Audit Kuala Lumpur. Hari Keluarga ini diadakan untuk mencapai objektif berikut:

AKTIVITI SOSIAL, SUKAN & KEBAJIKAN

Page 71: K A N D U N G A N

68 69

Acara tarik tali Sukan Audit Zon TengahPerasmian Hari Keluarga Kelab Audit Kuala Lumpur 2003

Bersama TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah

• Merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan warga Audit wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

• Memberi peluang warga Audit untuk bekerjasama antara Sektor serta Unit Audit Dalam.

Antara acara sukaneka ialah memungut gula-gula, bola muzik, lari bawa bola, masukan air dalam botol, rim basikal, lari kaki tiga, baling telur (telur kasih sayang), bowling padang dan terompah tradisional. Selain dari acara sukaneka, cabutan bertuah juga diadakan sepanjang Hari Keluarga berlangsung di mana hadiah utama ialah sebuah televisyen. Hari keluarga ini yang dianjurkan oleh Kelab Audit Kuala Lumpur diketuai oleh Yang Dipertua Kelab, Y. Bhg. Dato’ Azizah Hj. Arshad telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua warga Audit di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Audit Negara semasa Majlis Khatam al-Quran di Pejabat Audit Sarawak

Page 72: K A N D U N G A N

70 71

Keberangkatan Tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah Di HariPenutup Kejohanan Boling Padang sempena Ulang Tahun Hari

Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 75 Diiringi YAB Menteri Besar Kedah Dan Pengarah Audit Negeri Kedah

Pertandingan badminton antara pasukan Cawangan Audit Negeri Johor

Perasmian Sukan Audit Zon Utara oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil, Ketua Audit

Negara

Hari Keluarga Cawangan Audit Negeri Selangor

Page 73: K A N D U N G A N

70 71

PUSPANITA Jabatan Audit Negara yang diketuai oleh Y. Bhg. Datin Faridah binti Abdul Hamid, isteri kepada Ketua Audit Negara giat menjalankan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2003. Aktiviti ini termasuk Kursus Motivasi Kecemerlangan Akademik yang telah diadakan pada 13 Mei 2003 di Taman Botani, Putrajaya. Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terdiri daripada anak-anak ahli PUSPANITA mengenai cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang, teknik menghafal, pembacaan yang berkesan dan meningkatkan kreativiti dalam bidang penulisan.

Di samping itu PUSPANITA juga telah mengadakan kelas Fardhu Ain setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan yang dibimbing oleh ustazah jemputan. Bagi tujuan meningkatkan tahap kesihatan ahli, Jawatankuasa Kecil Sukan PUSPANITA mengadakan aktiviti senamrobik pada setiap hari Sabtu bekerja bertempat di Ruang Utama, Aras 7,Blok D2, Putrajaya selama satu jam. Selain itu PUSPANITA Jabatan Audit Negara juga mengadakan program lawatan dalam dan luar negara untuk ahli-ahli yang berminat. Lawatan ke Cawangan Audit Negeri diadakan bagi mengenali dengan lebih dekat ahli-ahli PUSPANITA di peringkat negeri. Selain itu ahli-ahli PUSPANITA juga telah mengadakan lawatan ke Bandar Ho Chin Minh, Vietnam pada 1hingga 5 Oktober 2003.

AKTIVITI PUSPANITA JABATAN AUDIT NEGARA

Lawatan ke Cawangan Audit Negeri Sembilan

Lawatan ke Cawangan Audit Pulau Pinang

Lawatan ke Cawangan Audit Perak Lawatan ke Bandar Ho Chi Mihn, Vietnam

Page 74: K A N D U N G A N

72 73

Kursus Motivasi Untuk Anak Ahli Puspanita Ceramah Agama

Hari Keluarga Puspanita Cawangan Audit Negeri Sabah yang julung kali diadakan di Pantai Tanjung Aru pada 19 Oktober 2003

HARI KEBANGSAAN - 31 OGOS 2003

Warga Audit yang mengambil bahagian dalamPerbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya

Page 75: K A N D U N G A N

72 73

AKTIVITI SURAU AL-MUTAQQIN

Surau Al-Mutaqqin Jabatan Audit Negara yang telah dirasmikan pada bulan November 2002 menjalankan aktiviti ceramah agama dan tafsiran ayat Al-Quran pada setiap hari Se-lasa dan Khamis setiap minggu. Ceramah-ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah yang diundang daripada UKM, UPM, UIA, JAKIM dan juga Kementerian Dalam Negeri dan disampaikan masa tengahari dan diikuti dengan solat zohor berjemaah. Majlis bacaan Su-rah Yassin dan tahlil juga dianjurkan oleh Surau Al-Mutaqqin pada setiap hari Jumaat jam 12.00 tengahari.

Ceramah Agama di Bulan Ramadhan

Ceramah Tafsiran Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa

Page 76: K A N D U N G A N

74 75

Cawangan Audit Negeri Perlis Telah MenyertaiMajlis Memasak Bubur Terpanjang Anjuran Kerajaan Negeri Perlis

Pada 30 Ogos 2003 Di Perkarangan Stadium Utama Kangar

Sebahagian Anggota Audit Cawangan Audit Negeri Perlis Telah Menyertai Majlis Gotong Royong Anjuran Kerajaan Negeri

Bagi Membersih Pekan Kuala Perlis Pada 8 Mei 2003

AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Page 77: K A N D U N G A N

74 75

PENASIHAT

Y. Bhg. Datuk Dr. Hadenan bin Abdul JalilKetua Audit Negara

Y. Bhg. Dato’ Azizah binti Hj. ArshadTimbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

En. Harun bin AliTimbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

En. Boon Jon LinPengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Pn. Nailah binti ShafiePengarah Sektor Audit Persekutuan

PENGERUSI

Tn. Hj. Anwari bin SuriPengarah Sektor Pengurusan Korporat

SIDANG PENGARANG

Y.M Ungku Arfah binti Ungku TahirEn. Zulkifli bin Abdullah

En. Abd. Wahab bin AhmadPn. Patimah binti Ramuji

En. Y. Hamdan bin Mohd DomEn. Azman bin Mahmood

Cik Alifa Aida binti Lope Abd. RahmanEn. Rasdi bin Mohammed Razali

Cik Badariah binti AbasCik Naemah binti Abdul Rashid

GRAFIK DAN REKABENTUK

En. Md. Yazit bin HashimEn. Muhamad Syafiq bin Pauzee

SIDANG REDAKSI